Pengikut

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted by Admin Direktori Blog | | Posted on 11:14 PG

sumber :-

Anak Muda Kampung Nak Senang


Penculikan kanak-kanak semakin berleluasa

Posted: 27 Jun 2014 07:41 PM PDT


Berita Harian 28 Jun 2013

Penduduk di kawasan perumahan dan warga sekolah diminta segera melaporkan kepada polis jika ternampak individu mencurigakan di kawasan mereka bagi mengekang kejadian penculikan kanak-kanak yang semakin berleluasa.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata polis sentiasa dalam keadaan bersiap sedia, namun memerlukan keprihatinan dan kerjasama orang awam supaya tindakan awal dapat diambil.

"Kita tidak mahu apabila maklumat lambat sampai dan tindakan tidak dapat dilakukan segera oleh polis, mereka (polis) yang akan dipersalahkan.

Justeru, kerjasama orang ramai dalam hal ini amat diharapkan.

Ibu, bapa usah leka "Selain itu, ibu bapa juga usah leka dan terlepas pandang terhadap anak mereka sama ada di sekolah atau apabila melakukan kegiatan luar rumah yang lain.

"Jangan ambil mudah keselamatan anak dengan tidak mematikan enjin dan meninggalkan anak dalam kereta"

Comments (0)