Selasa, 24 Jun 2014

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Muslimat Melaka Jayakan Himpunan Mega 1K

Posted: 23 Jun 2014 06:51 PM PDT

Bukit Katil, Melaka - DEWAN Muslimat PAS Melaka mengorak langkah ke hadapan dengan kejayaan penganjuran "Himpunan Mega 1K Muslimat Melaka" yang telah diadakan di Kompleks PAS Bukit Katil di sini, baru-baru ini dan dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Siti Zailah Mohd Yusof.

Himpunan yang buat julung kalinya diadakan itu telah berjaya mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila menerima kunjungan yang menggalakkan bukan sahaja daripada para muslimat bahkan termasuk juga muslimin, pemuda serta kanak-kanak yang terhibur dengan pelbagai program santai dan bermanfaat.


Upacara perasmian dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan Briged Muslimat Melaka oleh Siti Zailah dan diiringi Ketua Muslimat Melaka, Kintan Man sebagai simbolik kepada keutuhan dan kegigihan Muslimat Melaka dalam mendepani cabaran semasa.

Siti Zailah dalam ucapan perasmiannya menyeru muslimat Melaka memantapkan diri dengan ilmu, akidah dan gerakerja di dalam jemaah agar tidak terlalai dengan dunia dan perhiasannya seperti yang terjadi kepada pemimpin Umno.

"Pemimpin Umno yang berjaya memegang tampuk pemerintahan di dalam negara ini telah lalai dan bermewah-mewah hingga mereka tak terasa dengan dosa yang mereka lakukan seperti rasuah, penyelewengan serta ketirisan. "Sebab itu hari ini berlaku terlalu banyak masalah dan kemelut yang tidak berkesudahan di mana dari hari ke sehari kita mendengar pelbagai isu negatif yang terjadi ke atas masyarakat kita hingga rakyat merasakan tidak selamat lagi," ujarnya.


Beliau turut meminta muslimat melipat-gandakan usaha dalam memenangi sokongan pengundi di Melaka dengan meneruskan pelbagai gerak kerja bekebajikan yang telah dilaksanakan selama ini kerana ianya diharapkan dapat menambat hati golongan atas pagar menyokong kita dalam PRU kelak.

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Muslimat Melaka kerana telah berjaya mengerakkan seluruh ahli dan penyokong ke himpunan ini dan ianya menjadi pembekal semangat dalam menghadapi cabaran yang semakin hebat,"jelasnya.

Tambah Ahli

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari meminta muslimat supaya turut mengerakkan usaha menambah keahlian PAS terutamanya di kalangan ahli keluarga terdekat kerana sebelum ini mungkin terlepas pandang atau disebabkan kesilapan teknikal.

Ada yang dia ahli dan pimpinan PAS tapi ahli keluarganya belum menjadi ahli, ini mungkin disebabkan terlepas pandang atau berlaku kesilapan teknikal, borang dah dihantar tapi tak tahu ke mana perginya.

Mari kita daftarkan anak-anak kita, ibu-ayah, saudara mara dan kaum keluarga kita yang terdekat dulu kerana bila kita periksa ramai yang sokong PAS tapi belum menjadi ahli lagi, PAS Melaka beri insentif kepada Cawangan bagi merealisasikan usaha ini," katanya.

Beliau turut memuji kejayaan Muslimat PAS Melaka menganjurkan program seumpama itu yang mampu memperlihatkan jalinan usaha di semua peringkat muslimat yang jitu dan kerjasama yang mantap
daripada semua pihak yang terlibat.

Integriti Disiplin Kami

Ketua Muslimat PAS Melaka, Kintan Man dalam ucapannya mewakili saff kepimpinan Dewan Muslimat PAS Melaka merakam setinggi-tinggi tahniah dan sekalung ucapan terima kasih kepada para dermawan
dan semua yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam bersama menjayakannya dan semoga diterima sebagai amal yang baik.

Jelasnya, himpunan itu bertemakan "Memperkasa Jawatankuasa Muslimat Cawangan Mempersada Dewan Muslimat Melaka" dengan slogan "Integriti Disiplin Kami" dan berkonsepkan ceria mahabbah.
"Objektifnya ialah mengunggulkan ketrampilan muslimat melalui pengembangan pelbagai disiplin ilmu kelangsungan dan menampilkan muslimat yang berintegriti.


"Antaranya juga ialah bertujuan memperkasakan jawatankuasa muslimat di cawangan-cawangan dengan mengumpulkan dana dan sebagainya seterusnya melaksanakan pelbagai program yang menjurus kepada mendekati masyarakat setempat.

Kintan berkata, himpunan tersebut berjaya kerana seribu lebih t-shirt yang diedarkan kepada muslimat adalah ditempah berdasarkan jumlah keahlian di cawangan yang kita ambil saiznya dengan turun ke setiap cawangan-cawangan.

"Himpunan ini antaranya juga bertujuan menghimpunkan seberapa ramai muslimat negeri Melaka di semua peringkat sama ada yang lama mahupun baru dan di samping itu ianya mampu memperkukuhkan ukhwah yang sedia terjalin sesama kita.

"Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Harakah yang sudi bersama kita mengadakan program 'Kempen Membaca Harakah', termasuk Kelab Veteran PAS Melaka yang turut mengadakan majlis
perasmiannya dan Persatuan Anak Melaka Di Perantauan (PERAWAN) yang memberikan sumbangan 100 beg beras 10kg untuk diagihkan oleh muslimat pada Ramadan ini," tambahnya.

Antara yang turut hadir adalah pimpinan negeri seperti Timbalan Pesuruhjaya I, Ustaz Kamarudin Sidek; Yang Dipertua PAS Bukit Katil, Sofi Wahab; Ketua Pemuda, Jauhar Md Nawi; Adun Bukit Baru, Dr Md Khalid Kassim; Presiden PERAWAN, Saad Shaari, Penaung PERAWAN, Muhammad Buruk dan pimpinan yang lain.

Pelbagai acara disediakan

Pelbagai pertandingan turut diadakan seperti pertandingan "Resepi Bonda", pertandingan bayi comel, pertandingan mewarna, pertandingan citra rempah, pertandingan memanah, pentas politik anak muda, persembahan azan dan bercerita termasuk cabutan bertuah.

Manakala, pelbagai gerai pameran dan jualan memenuhi tapak program seperti pameran Booth Muslimat, gerai jualan Harakah, gerai jualan PASTI, pemeriksaan kesihatan percuma, lelongan baju Himpunan turut diserikan dengan celoteh pengacara istimewa, Ustaz Nordin Md Dahan yang berjaya menceriakan suasana dan kadang-kadang menggamatkan suasana dengan aksi ceria beliau yang membuatkan pengunjung berdebar-debar ketika pengumuman cabutan bertuah.

Kempen Membaca Harakah

Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakop melancarkan Kempen Membaca Harakah yang antara lain katanya setiap pembelian suratkhabar Harakah adalah sebagai sumbangan kepada parti dan wang itu dikira jihad fisabilillah kerana ianya menjanai pelbagai gerak kerja PAS.

"Walaupun hari ini akhbar cetak di seluruh dunia mengalami kemerosotan disebabkan wujudnya media baru tapi Harakah mempunyai kekuatannya tersendiri iaitu sebagai organ parti dan mempunyai ahli-ahlinya.

"Ahli PAS lebih 1.2 juta dan kita nak sekurang-kurangnya 250 ribu ahli beli Harakah di mana ianya akan membantu PAS kembali, kita nak orang Melaka beli dua Harakah sumbang untuk perkasakan parti," ujar
beliau.

Tambahnya, melalui konsep satu ahli satu Harakah ianya dapat merealisasikan matlamat PAS membeli sambil berjihad kerana pulangannya akan kembali kepada parti dalam melaksanakan gerak kerja perjuangan memertabatkan Islam.

Kelab Veteran PAS Melaka

Perasmian Kelab Veteran PAS Melaka yang dipengerusikan Bakrin Sidek turut disempurnakan oleh Ustazah Zailah pada himpunan itu yang dijangka dapat memberi ruang kepada veteran PAS memberikan pandangan dan melaksanakan aktivitinya sesuai dengan kemampuan dan kelebihan yang ada pada mereka.

Bakrin berkata kelab ini dijangka akan bertambah keanggotaannya dari masa ke semasa dan mereka telah bersedia menggunakan segala kelebihan yang ada pada golongan itu untuk digunakan sepenuhnya dalam menarik sokongan warga emas kepada PAS.

"Pelbagai aktiviti telah dan sedang kita rangka bagi memenuhi hasrat penubuhan kelab ini dan saya yakin ianya mampu memberikan sumbangan kepada kelancaran perjuangan PAS khususnya kepada golongan veteran," katanya.

Harakah 22 – 24 SYAABAN 1435 / 20 – 22 JUN 2014


Tiada ulasan:

Pengikut