Pengikut

Barisan Nasional

Posted by Admin Direktori Blog | | Posted on 7:12 PG

sumber :-

Barisan Nasional


bumiyang

Posted: 24 Jun 2014 03:32 AM PDT

bumiyang


Usaha Pakatan Rakyaat Singkirkan Khalid Ibrahim - Sukar???

Posted: 23 Jun 2014 05:16 AM PDT

anakbukitgantang says

Posted: 24 Jun 2014 03:12 AM PDT

anakbukitgantang says


Laut China Selatan dulunya dikenali sebagai Laut Champa

Posted: 23 Jun 2014 07:17 PM PDT








Ya kenapa digelar Laut Champa? Sebab Champa ialah Empayar Besar dunia Melayu  ketika itu. Syeikh Jamaludin Al Kubra juga bermastautin di Champa selama 19 tahun sebelum mendarat di Kelantan.

Untuk generasi muda, Champa adalah nama bagi Empayar Melayu yang menjurus ke Utara sehingga Danang dan pernah menempati bumi Vietnam dan Kemboja. Menurut seorang pakar sejarah Champa, nama Da Nang asalnya dari nama Air yang Besar Da Nang

Empayar Champa mengandungi beberapa negara kota seperti tertera dalam peta di bawah



Empayar ini diasaskan pada sekitar abad ke-7M  dan bertahan sehingga tahun  1832M. Sepanjang tempoh tersebut, Empayar Champa mengalami pelbagai peristiwa turun naik sehingga memaksa ibukotanya dipindahkan beberapa kali iaitu di Indrapura (875-978M), Vijaya (978-1485M) dan terakhir di Panduranga (1485-1832M) setelah diasak oleh orang-orang Viet (Vietnam) yang berasal dari Utara (Selatan China)

Empayar Champa dikatakan mencapai zaman kemuncak kekuasaannya sekitar tahun 800-1000M. Sepanjang tempoh tersebut, orang-orang Champa menguasai perdagangan rempah dan kain sutera di antara China, Nusantara dan Kerajaan Abbasiah di Baghdad.

Orang-orang Champa merupakan pelaut dan pedagang yang mahir. Menurut Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Ismail Hussein, Presiden Gabungan Persatuan  Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Laut China Selatan ini asalnya dikenali sebagai LAUT CHAMPA. Ia menjadi tempat atau gelanggang utama perdagangan dan pelayaran orang-orang Champa.
Keagungan dan kemasyhuran Empayar Champa di samping kehebatan serta kemahiran orang-orang Champa dalam perdagangan dan pelayaran diakui dan terkenal bukan sahaja di Nusantara bahkan juga ke seluruh dunia sehingga laut di sekitarnya lebih dikenali sebagai LAUT CHAMPA.


Sumber 






tunku

Posted: 24 Jun 2014 03:03 AM PDT

tunku


Najib Spells Out Six Principles As Recipe To Strengthen Umno

Posted: 23 Jun 2014 11:50 PM PDT

Najib who is also the Prime Minister said it is the loyalty that can be seen in Umno as the main characteristic of true Malays.

The Prime Minister also underlined a '6K' formula as the recipe to ensure Umno remained strong and relevant, namely Obedient (Ketaatan), Loyalty (Kesetiaan), Bravery (Keberanian), Unity (Kesetiakawan), Excellence (Kebijaksanaan) and Sincere (Keikhlasan).

Najib said this after attending the Cheras Umno division's 20th anniversary celebrations at a leading hotel, last night.

Also present were his wife Datin Seri Rosmah Mansor, Umno vice president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor and Cheras Umno division chairman Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

"Loyalty must not only be to the party but to the country as well, be brave to face the challenges, must have the ability to adopt to changes and follow the rapid changes in the social media and technology.

"We cannot just go into a battle without being prepared for the technical advancement. If there are people who are using the Facebook to challenge us, we must fight back using the Facebook. If they use online, we must also know how to fight back via online," he said.

Najib later launched a book titled 'Buku Minda Syed Ali' and a special bulletin to commemorate Cheras Umno's 20th year anniversary.
Umno President Datuk Seri Najib Tun Razak said the main recipe for Umno to continue prospering is to ensure Umno members are loyal to Allah and the Prophet, as well as Ulul Amri who is their leader.

Panglima Perang Cyber

Posted: 23 Jun 2014 11:40 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Pertahan 6 faktor kekuatan UMNO - Presiden @NajibRazak

Posted: 23 Jun 2014 10:22 PM PDT


Gambar program yang disalin dari FB :













Pertahan 6 faktor kekuatan UMNO
Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN

KUALA LUMPUR 23 Jun - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan enam faktor yang perlu menjadi pegangan setiap ahli UMNO untuk memastikan parti itu dan orang Melayu kekal kuat serta berkuasa di negara ini.

Beliau berkata, faktor pertama adalah ketaatan kepada Allah SWT dan Rasul serta mematuhi arahan pemerintah dalam apa sahaja keputusan demi kebaikan setiap lapisan rakyat Malaysia.

Menurut beliau, faktor kedua adalah kesetiaan kepada negara dan parti yang perlu diterjemahkan pada setiap pilihan raya dengan memberi kemenangan kepada calon yang telah dipilih.

''Perkara ketiga adalah keberanian dalam perjuangan iaitu kita tanamkan sifat berani semasa berjuang kerana lawan akan takut pada orang yang berani dan itulah sebenarnya karakter orang Melayu.

''Yang keempat adalah kesetiakawanan sama ada susah atau senang. Bila ada pilihan raya pastikan parti kita berjaya tapi kalau tahu kalah, kita bantu rakan lain untuk memastikan mereka menang,'' kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-20 UMNO Bahagian Cheras di sini malam ini.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO, pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) dan pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian Cheras.

Menurut Najib, dua faktor seterusnya adalah kebijaksanaan dan keikhlasan yang mana bagi orang Melayu, sifat ikhlas itu telah dipupuk melalui amal ibadat kepada Allah SWT yang menjanjikan ganjaran pahala.

"Kita kena bijak sebab kalau hentam semberono sahaja tidak akan menang. Saya mahu sebut teknologi, kalau orang lain guna Facebook, Twitter atau internet kita lawan balik dengan cara sama.

"Strategi juga mesti ada. Pepatah mengatakan orang yang tidak betul pun tapi kalau ada strategi boleh kalahkan orang yang betul tapi gagal merancang," kata beliau.

Najib berkata, penubuhan UMNO pada tahun 1946 merupakan titik permulaan kepada penyatuan orang Melayu di negara ini justeru parti itu perlu sentiasa dipertahankan.

Ini kerana katanya, sejarah membuktikan punca utama orang Melayu dijajah selama 500 tahun adalah kerana mereka berpecah mengikut negeri dan puak masing-masing sehingga menjadi terlalu lemah apabila diserang musuh.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140624/po_01/Pertahan-6-faktor-kekuatan-UMNO#ixzz35WyqAXSl 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPhone

@PDRMsia Beri Amaran Jangan Sebar Berita Tak Sahih Isu Jenayah Culik Yang Dinafi KPN @KBAB51 cc @Zahid_Hamidi

Posted: 23 Jun 2014 07:48 PM PDT


Penafian Ketua Polis Negara 



Sinar Harian 24.6.2014 Selasa 




Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang didapati menyebarkan maklumat palsu berhubung khabar angin terdapat van putih menggunakan nombor pendaftaran kenderaan negara jiran berkeliaran dan menculik kanak-kanak sebagai mangsa organ.




Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohd berkata, pihak yang didapati masih meneruskan penyebaran berita palsu itu menerusi laman sosial akan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).



Menurutnya, seseorang yang menggunakan internet atau telefon untuk menyebar berita palsu boleh dikenakan tindakan mengikut seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.



"Polis memberi amaran keras kepada mana-mana pihak supaya tidak lagi menyebarkan berita palsu yang bertujuan menakut-nakutkan orang awam terutama pelajar sekolah tentang sindiket menculik dan menjual organ menggunakan van berwarna putih," katanya kepada Sinar Harian.



Noor Mushar berkata, penyebaran maklumat menerusi Facebook (FB), WhatsApp dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) itu dipercayai menular sejak seminggu lalu hingga mendatangkan kegusaran kepada masyarakat setempat.



"Sehingga kini polis masih tidak menerima apa-apa laporan daripada orang awam berhubung perkara ini dan hasil siasatan kita juga mendapati tiada sebarang kes dilaporkan berlaku di daerah ini," katanya.



Beliau berkata, beberapa individu turut dipanggil bagi membantu siasatan berhubung penyebaran maklumat palsu itu ekoran terdapat dakwaan kononnya mereka terserempak dengan van terbabit.



"Hasil siasatan polis juga mendapati gambar pada van terbabit telah disunting pihak tidak bertanggungjawab yang bertujuan menakut-nakutkan orang awam terutama pelajar sekolah," katanya.



Menurutnya, orang awam diminta merujuk terlebih dahulu kepada polis sebelum menyebarkan sesuatu perkara itu bagi mengesahkan maklumat yang diterima itu benar atau sebaliknya kerana ia memberi kesan kepada masyarakat.



"Jangan bertindak sendiri dan orang awam yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Sabak Bernam (0332242222) atau melalui Bahagian Hal Ehwal Awam IPD Sabak Bernam, Asisten Superintendan, Iek Ren Chong (0192825748)," katanya

.
http://thekl-chronicle.blogspot.com/2014/06/pdrmsia-beri-amaran-kepada-facebookers.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1


Sent from my iPhone

Tiada PRK Di DUN Bukit Assek Sarawak, Kata Pengerusi SPR

Posted: 23 Jun 2014 02:30 AM PDT

Tiada PRK Di DUN Bukit Assek Sarawak, Kata Pengerusi SPR

PUTRAJAYA, 23 Jun – Tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Assek, Sarawak berikutan kematian wakil rakyat DAP, Wong Ho Leng, minggu lepas, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Beliau berkata keputusan SPR itu dibuat dengan mengambil kira peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada.
Berdasarkan Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya kecil hanya perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun, sebelum tamat sesi Parlimen dan DUN.
"PRK hanya perlu diadakan di DUN Bukit Assek sekiranya tempoh mandat kurang daripada tiga tahun. Kematian berlaku selepas itu, iaitu dua tahun terakhir atau selepas tiga tahun pertama.
Jadi dalam Perlembangan Malaysia dan juga dalam Perlembagaan Sarawak, tidak ada pilihan raya kecil perlu diadakan walaupun berlaku kekosongan kerusi di luar jangka. Itu keputusan dalam perlembagaan," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Hari Inovasi SPR 2014 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SPR 2013, di sini hari ini.
Wong, 54 yang juga bekas Pengerusi DAP Sarawak meninggal dunia di Pusat Perubatan Rejang, Sibu pada 21 Jun akibat barah otak.
Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011, Wong memenangi kerusi DUN Bukit Assek dengan menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Chieng Huong Toon dan calon Bebas Hii Tiong Huat dengan majoriti 8,827 undi.
Abdul Aziz berkata sidang DUN Sarawak bermula 20 Jun 2011, manakala tarikh kematian wakil rakyat DAP itu dengan tempoh berkenaan adalah tiga tahun satu hari bermakna lebih sehari daripada peraturan mewajibkan PRK.
"Tempoh matang DUN Sarawak ialah pada 20 Jun 2016. Bagaimapun Ketua Menteri boleh mengadakan pilihan raya lebih awal daripada tempoh matang tersebut dengan dipersetujui Yang Dipertua Negeri Sarawak dan undang-undang sedia ada," katanya.
Menurutnya pihak SPR juga masih belum menerima maklumat rasmi daripada Speaker DUN Sarawak mengenai kematian bekas Anggota Parlimen DAP Sibu itu.
Pada majlis hari ini, 47 pegawai SPR diberikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 48 pegawai menerima sijil kepujian, selain 35 pegawai yang berkhidmat lebih 40 tahun dan 19 pegawai yang akan bersara diraikan oleh Abdul Aziz.

Kembara Politik

Posted: 23 Jun 2014 11:15 PM PDT

Kembara Politik


ISU OKU (ADIK FIRDAUS)- DIJADIKAN BAHAN POLITIK OLEH PENYOKONG PR

Posted: 23 Jun 2014 06:05 PM PDT

Pada sabtu minggu lepas negara telah dikejutkan oleh isu adik firdaus. Adik firdaus merupakan seorang OKU yang telah dijumpai oleh JKM dalam keadaan yang amat daif. kepada sesiapa yang melihatnya akan berasa tersentuh dan sedih. tergamak seorang ibu yang membiarkan anak OKUnya sebegitu rupa, sedangkan jika dilihat dalam FB ibunya, dia agak menjaga penampilan. Cerita mengenai adik firdaus ini telah menjadi bualan oleh masyarakat malaysia pada hujung minggu ini. Adik firdaus telah dijumpai di Flat Taman Semarak, Nilai, Negeri sembilan. Menurut penduduk flat itu, mereka tidak mengetahui tentang kewujudan insan OKU ini, lantaran ibunya tidak banyak bergaul dengan penduduk setempat.


Gambar yang dimuat naik oleh penyokong PR
Pada hari isnin penulis mendapati gambar-gambar adik firdaus telah dimuat naik kedalam media sosial oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Gambar-gambar yang dimuat naik oleh mereka, sperti biasa menyalahkan pihak BN kerana isu ini. Pelbagai tohmahan di berikan kepada pihak kerajaan. Ada yang mengatakan kerajaan mementingkan panda berbanding isu OKU, kerajaan telah mengabaikan rakyat dan banyak lagi. Ingin penulis ingatkan kepada penyokong PR bahawasanya DUN nilai telah dimenangi oleh DAP (J. Arul Kumar) dengan majoriti 4,047. ADUN merupakan orang yang dipilih rakyat setempat untuk menjaga kawasan mereka. Dimanakah beliau? ADUN sepatutnya menjadi orang yang paling mengetahui tentang masyarakat atau masalah-masalah yang berbangkit, dimanakah DAP dalam isu ini? sudah pastinya mereka tidak buat kerja. Selepas PRU terus menghilang, sehingga isu ini keluar.

Sebenarnya isu sebegini tidak seharusnya menjadi bahan politik. Penyokong PR seperti biasanya terus menerus mencari isu-isu politik, segala-gala isu mahu dipolitikkan. Tidak terlintas langsung di hati mereka untuk menjaga sensitiviti. Hanya memikirkan keuntungan politik semata-mata. Bersikap matang lah sedikit wahai penyokong PR.

rujukan:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140623/dn_12/Penduduk-Flat-Taman-Semarak-terkejut

The Unspinners

Posted: 23 Jun 2014 11:15 PM PDT

The Unspinners


Elok Mat Taib jawab: Perasuah masuk PAS mampu ke ke syurga?

Posted: 23 Jun 2014 10:00 PM PDT


Cakap bayak malas.

Macam mana MB dengan gaji banyak tu masa dulu boleh bawa duit satu beg ke Australia?

Langsung digugurkan dari jawatan MB.

Tak malu pulak tu nak kembali.

Mat Taib lari ke PAS pasal dia keseorangan sebagai pemimpin veteran UMNO dan mahu terus berperanan.

Dah dapat hdup balik bawah Pak Lah pun tak bersyukur.

Orang tak bersyukur baik tak payah cerita pasal syurga negara

Hadi ngaku ramai pemimpin PAS jahil

Posted: 23 Jun 2014 08:17 PM PDT



Yang kini menentang hudud bukan ke Mujahid, Khalid Samad, Husam Musa, Salahuddin Ayub, Nizar Jamaluddin, Mahfuz Omar, Dr Dzulkifli, Dr Rani,  ....

........banyak lagi nama.

Terima kasih kerana  mengaku PAS jahil.

Kaum India carwash turut didiskriminasi kerajaan DAP Penang

Posted: 23 Jun 2014 08:23 AM PDT






Semalam, satu demonstrasi berlangsung di PP Car Wash Jalan Tenggiri, Seberang Jaya berhubung campurtangan kerajaan negeri dalam urusan perniagaan.

Pemilik Carwash Pp.Seramai 25 orang yang terdiri daripada kalangan pemimpin BN, kalagan pekerjax carwash dan wartawan tempatan telah hadir dalam demonstrasi tersebut.




Demonstrasi tersebut diketuai oleh Vigeneswaran A/L Arjunan.

Sepanjang demontrasi kandungan kain rentang yang dipaparkan adalah seperti berikut:-

(a) Kami hanya mencari makan secara jujur..bukan meraikan keuntungan secara beribu-ribu dan kami tak pernah menggangu ketenteraman penduduk-penduduk seperti mana yang dituduh oleh YB Afif......

(b) Mana Ahli Parlimen Permatang Pauh? Mana ADUN Seberang Jaya? Mana macai macai PR??

(c) Kami dipaksakeluar dan diugut oleh YB JKKK PR. Kerajaan yang harus membela hak kami tapi menjadikan kami menderita inikah disebutkan harapan rakyat??

(d) Harapan dibawa kerajaan Pakatan Rkyat Pulau Pinang menindas hak orang kurang kemampuan

(e) Kerajaaan Pakatan Rakyat tiada perikemanusiaan sebab apa???


(f) YB Afif dari Parti Keadilan tidak membela rakyat oku.. YB..takut kepada JKKK dan menindas rakyat

(g) Kami rakyat Pulau Pinang terus ditindas dibawa kerajaan Pakatan Rakyat

(h) Kerajaan Pakatan Rakyat tidak perikemanusiaan sebab apa???

(i) Mengapa pengusaha cuci kereta ditindas kerana permainan politik JKKK dan ADUN Seberang Jaya

(j) 8 tahun kami mengusahakan cuci kereta di sini. Mengapa semua tak kena YB Afif????? Sebab saya Indiakah???

(k) Yb Afif Berkata....!!!dewan tidak boleh dijadikan premis perniagaan yb tolong......?jawab soalan kami......????

Kini penyokong kerajaan pun tuntut Gani Patail dipecat?

Posted: 23 Jun 2014 05:00 AM PDT


Tindakan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail untuk mengarahkan menarik balik kes terhadap RSN Rayer nampaknya menampah lagi kontroversi yang sedang melandanya.

Semalam, Gani arah ditarik balik dakwaan terhadap RSN Rayer walaupun Pesiden ISMA dan Pemuda UMNO yang menceroboh DUN Pulau Pinang didakwa.Baca SINI


Ada pihak kata kes pendakwaan RSN Rayer a/l Pariasamy  ditarik balik disebabkan laporan polis ke atas beliau merujuk kepada ungkapan Rayer di dalam Dewan Undangan Negeri, Pulau Pinang. Sepatutnya laporan polis dibuat berdasarkan kepada ucapan beliau dan beberapa pemimpin pakatan di luar Dewan.

Ucapan seorang wakil rakyat adalah tertakluk kepada imuniti sebagai seorang Ahli Dewan selain dari keputusan Speaker untuk membawa seseorang ahli ke Jawatankuasa Tatatertib dan Hak. Oleh yang demikian, kes tidak boleh dibawa ke mahkamah atau jika dibawa jua, Pendakwaraya akan kalah atau ditolak oleh Hakim.  Suatu laporan polis yang baru perlu dibuat ke atas RSN Rayer agar pendakwaan boleh dilakukan.


Selain isu ini, Gani telah mengarahkan JAIS memulangkan Bible Bahasa Melayu dan Iban yang menggunakan kalimah Allah.DAP sudah naik kepala pasal Gani memberi mereeka peluru. Baca SINI


Dengan keputusan Mahkamah Persekutuan berpihak kepada MAIS dan JAIS, kini ternyata Tan Sri Gani Patail telah salah dalam arahannya.

Sebuah blog mengatakan Gani sudah melanggar Seksyen 7 Enakmen 9 Enammen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang sudah jelas adalah kesalahan sebar doktrin palsu. Baca blog SINI.

Lebih utama kenyataan dan arahan Gani Patail bersalahan dan melanggari al Quran, al Hadith dan kesepakatan para ulamak. Baca SINI


Nampaknya Gani Patail hanya berani dakwa pihak kerajaan hingga dikatakan sumber polis telah memaksa pihak polis ada-adakan bukti walaupun satu sumber polis kata tiada bukti untuk dakwaan.

Bila pembangkang pula, laporan polis yag beribu dan bukti yag jelas langsung tidak diambil tindakan. Baca house PK SINI

Dengan mendakwa ISMA, Gani terperangkap kerana mereka sedia didakwa tapi mahu semua pihak-pihak khususnya puak liberal dan pembangkang di dakwa juga.

Gani seolah-olah tak mahu menentang pihak pembangkang sejak dari zaman reformasi. Ada pihak kata Gani takut hingga tarik diri dari mengetuai pasukan mendakwa Anwar untuk kes sodomi 2.


Gani boleh berani beri amaran pada Dato Dr Khir Toyo tapi Anwar boleh berleluasa menuduh kerajaan dalam hal sodomi 2. Baca SINI.

Ada kata Gani bukan peguam yang cekap tapi hanya pandai berpolitik dan mengampu saja. Gani dikatakan selalu kalah dalam perbicaraan maka tak mahu bawa kes melainkan kes yang hanya 100% menang.

Sudah ada pihak membuat pelbagai tuduhan salahlaku terhadap Gani hingga mengungkit isu yang dibangkitkan pembangkang. Baca Malaysiakini SINI dan MI SINI dan blog pembangang SINI


Gani dikatakan tangan utama yang mahukan EO dan ISA dibubarkan. Baca kmen Tan Sri Musa Hasan SINI.


Dia nampaknya sedia mahu kemukakan cadangan Majlis Peguam dalam tiga akta baru oleh MPKN bawah tan Sri Joseph Kurup.

Sudah ada suara menuntut supaya diadakan Suruhanjaya Diraja Siasat Penyelewengan Gani Patail -

Sesaorang Peguam Negara yg terdedah kepada blackmail atau ugutan drp pihak2 tertentu pasti tidak boleh berfikir dan mempertimbangkan sesuatu diatas kepentingan negara.

Dikhuatiri implikasi keputusannya akan menyebabkan ugutan terhadapnya akan di laksanakan.

Banyak bahaya yang akan timbul apabila sesaorang penjawat jawatan peguam yang mempunyai pelbagai tuduhan skandal atau dipercayai banyak masalah persendirian yang mungkin di guna pakai oleh sesetengah pihak untuk memeras peguam negara.

Samada betul tuduhan yang dibuat terhadap AG, imej AG bukan saja dipersoalkan pihak pembangkang tapi juga pihakk penyokong kerajaan.

Jangan sebab AG negara jadi kacau bilau dan sentiasa huru hara hingga hilang sokongan rakyat pada kerajaan BN.


Cina India sokong kebijaksanaan IGP dan PDRM tangani perebutan anak

Posted: 23 Jun 2014 02:00 AM PDT


Dalam isu perebutan anak antara bekas pasangan bukan Islam dan bekas pasangan yang sudah masuk Islam, ada peruntukan undang-undang yang menyebut anak itu boleh ditukar ugama oleh salah seorang ibu bapa sahaja.



Maka IGP enggan masuk campur dalam hal ini. Malah PM kata serahkan pada mahkamah. Perlu ikut mahkamah tinggi dulu sebelum mahkamah persekutuan dan mungkin mahkamah persekutuan sudah ada pprecedent undang-undang tertentu.

Tindakan IGP menerima banyak kritikan dari peihak pembangkang khususnya puak ultra liberal dan DAP.


Namun begitu tidak semua pihak bukan Islam sokong Guan Eng yang bertambah dibenci sekian hari. Malah ada yang menyokong IGP.


SIDANG MEDIA CP BUKIT INDAH SOKONGAN TERHADAP KETUA POLIS NEGARA.

Dalam sebuah sidang akhbar di pejabat Pejabat CP. di No. 23A, Jln Indah 1/2, Tmn Bukit Indah, Nusajaya, lebih kurang 60 orang ahli2 CP Bukit Indah dan wakil penduduk Horizon Hills menyatakan sokongan.

Yap Keng Tak - ketua CP Bukit Indah menyatakan dalam sidang media beberapa perkara berikut:


1. Menyatakan sokongan terhadap IGP dan PDRM tentang isu hak penjagaan anak kerana mereka menyifatkan hal ini tidak perlu dipolitikkan oleh pembangkang.

2. Mewakili penduduk dan menyatakan rasa tak puas hati dgn pengurusan dan sekuriti Horizon Hills kerana dua keluarga telah mnjadi mangsa akibat rumah mereka dipecah masuk sebanyak dua kali. Menjelaskan pengurusan Horizon Hills tidak mendengar rintihan penduduk.

Selama ini pembangkang perlecehkan polis dan nampaknya kasi swasta pun tak boleh harap. Ini pula nak kasi seluruh Iskandar pada syarikat Singapura.

3. Menyatakan rasa tak puas hati dengan agen pembantu rumah warga Singapura yang telah menipu seorng perempuan India yg ingin mencari pembantu rumah. Menjelaskan pembantu rumah tersebut tiada permit kerja dan RM 3,000.00 tlh dibyr bg tujuan tersebut.


Mahkamah tolak: JAIS dan MIS tak salah!!! Gani Patail, Zainon Ali buat pelik?

Posted: 23 Jun 2014 12:00 AM PDT


Hirannya kenapa hakim Zainon Ali setuju Evangelis appeal di Federal Court?


Bekas Registrar ROS ini dulu pernah dikhabar anginkan sebagai pro Anwar kan? Islam liberal ke dia ni? 

Puak-puak evangelis ini dijangka bakal menggunakan jalan COMANGO untuk bawa isu ini ke Bangsa Bersatu. Sekiranya perlu, mereka sanggup Malaysia di boikot ekonomi untuk dipaksa ubah perlembagaan bagi membolehkan orang `islam di murtadkan!!!



Dengan pihak mahkamah sudah putuskan kalimah Allah untuk orang Islam dan pihak gereja dah tiada alasan perlembagaan dan undang-undang, tindakan JAIS dan MAIS menentang arahan Khalid Ibrahim memulangkan bible Melayu dan Iban yang guna kalimah Allah adalah betul!!!





Kenapa pula Tan Sri Gani Patail arahkan MAIS dan JAIS pulangkan bukti Bible bahasa Melayu dan Iban yang guna kalimah Allah sebaga tuhan yang mana kes belum habis???


Khalid guna arahan Gani patail untuk arah pulangkan

Hairannya kenapa Tan Sri Gani Patail boleh arahkan JAIS dan MAIS pulangkan Bible tersebut? Takde telor ke atau tak faham undang2????



Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 23 Jun 2014 11:10 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PESANAN ALLAHYARHAM USTAZ ABU BAKAR CHIK - UTAMAKAN KEPENTINGAN ISLAM BUKANNYA DIRI SENDIRI

Posted: 23 Jun 2014 07:20 PM PDT

Pesanan akhir sang murabbi


KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Datuk Ustaz Abu Bakar Chik selamat dikebumikan petang tadi selepas disolatkan ribuan hadirin di Maahad Tahfiz Wa Tarbiyah (MTT), Tok Jiring.

Tatkala jenazahnya disempurnakan, pesanan akhir Allahyarham ketika berucap di program "Santai Anak Muda Bersama Murabbi" di Laman Budaya Taman Tasik Shah Alam, malam semalam berlegar di laman sosial.

Dalam ucapannya itu, beliau mengingatkan bahawa anggota jemaah perlu berperanan mengatur strategi untuk kepentingan Islam dan bukannya untuk diri sendiri.

"Kita nak selesaikan kehidupan dengan syariat," ujarnya.

Jemaah, ujarnya bukan medan berehat tetapi medan berjuang, maka setiap isu masyarakat mesti ditafahhum dengan dasar Islam.

"Saf kita bukan sekadar ahli yang baik, tapi jundi (pejuang) yang berdisplin. Perlu ada kesegeraan dalam time management (pengurusan masa).

Menurut Ustaz Abu Bakar, ahli PAS memerlukan ilmu untuk memimpin dan mampu berijtihad dan inilah ciri yang perlu ada dalam "kepimpinan ulama".

Beliau turut berpesan supaya jangan ada walau sedikit pun bagi pejuang Islam memikirkan bahawa agama ini (Islam) menyusahkan.

Allahyarham turut menggaris tiga tunggak "perlembagaan Islam" iaitu masjid yang mesti dimakmurkan; persaudaraan diikat dengan kefahaman yang kukuh; dan Piagam Madinah sebagai sumber dan menjadi panduan.

Ustaz Abu Bakar Chik meninggal dunia awal pagi ini selepas kereta yang dinaiki bersama pembantunya Hasmizi Hasan terlibat dalam kemalangan di KM 390 Lebuh raya Pantai Timur laluan Bukit Besi-Ajil.

Beliau meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu manakala Hasmizi yang memandu kereta Toyata jenis Camry tersebut cedera.
Menurut maklumat, kereta yang dinaiki Ustaz Abu Bakar melanggar sebuah van Vannete yang dinaiki enam penumpang.

Sebaik sahaja beliau dan Hasmizi dibawa keluar, kereta yang dinaiki itu terbakar.

Antara yang hadir menziarahi jenazah Allahyarham ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat, Menteri Besar Terengganu, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman dan para pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat di pelbagai peringkat. - HARAKAH.

SANTAI MALAM: BILA RETIS PENCACAI PUN GATAL NAK CAKAP...

Posted: 23 Jun 2014 08:23 AM PDT


Semua orang terkejut dengan insiden penemuan remaja OKU: Muhammad Firdaus Dullah 15 tahun yang dikurung oleh ibu kandungnya sendiri secara terbiar dan menyayat hati.

Ada juga ibu yang sanggup menyiksa anaknya sendiri, sedang dia pula sibuk melaram berselfie dalam facebook. 

Akibat perbuatan gila berintenet dan bermedia sosial, dia ternyata dapat menyembunyikan perangai buruknya membiarkan anaknya menderita terkurung.

Sama juga dengan perangai sorang retis mulut capoi ni yang tak tahu hujung pangkal mula salahkan kerajaan kononnya tak ambil tindakan.

Banggalah sangat dengan perkhidmatan kebajikan di Ostolia - sebuah negara kapir tu menurut retis ni. Negara kapir ini kononnya beri perkhidmatan percuma dan melarang mak bapak yang punyai anak OKU supaya tak perlu bekerja tapi beri perhatian penuh pada anak-anak OKU mereka.

Kerajaan Ostolia juga beri terapi free, masuk sekolah free, diberi cuti free...pendek kata semua serba serbi free. Memanglah di Ostolia banyak yang free sebab cukai GSTnya pun tinggi 10%, banyak duit bolehlah bagi free banyak mende. 

Wardina...ko kalau nak free, ko beranaklah anak OKU lepas tu ko hijrah ke Ostolia. Rasanya ko sebagai pendatang asing ko dapat tak kemudahan itu?  

Moga sel-sel otak ko sentiasa berhubungan dan belajarlah bersyukur dengan nikmat yang ada diberi oleh kerajaan. Ingat... keluarga ko di Aceh dulu yang kena timbus dek tsunami pun kerajaan yang banyak membantu. 

Selamat minum susu yer...mudah-mudahan sel-sel otak kamu berhubungan dengan baik serta lebih berhikmah ketika berbicara yer...

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 23 Jun 2014 09:26 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Video Kekecohan & Pergaduhan Pemilihan PKR Di Kota Raja, Selangor

Posted: 23 Jun 2014 03:00 AM PDT


Betapa Dashyatnya Amalan Demokrasi Dalam PKR

Posted: 23 Jun 2014 01:42 AM PDT


GERAKAN ANTI PKR

Posted: 23 Jun 2014 09:23 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 23 Jun 2014 03:35 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Piala Dunia: Sepanyol tersingkir dengan kemenangan ke atas Australia

Posted: 23 Jun 2014 11:09 AM PDT

AKSI pemain Sepanyol, David Villa (kanan) ketika menjaringkan gol menewaskan penjaga gol Australia, Mathew Ryan pada perlawanan Piala Dunia Brazil di Baixada arena, Curitiba, awal pagi ini. Kedudukan terkini Sepanyol masih mendahului 1-0. - Foto Reuters
CURITIBA: Sepanyol menewaskan Australia 3-0 dalam perlawanan terakhir mereka dalam Kumpulan B sebentar tadi. Keputusan ini sekurang-kurangnya dapat memberi juara bertahan itu sedikit penawar duka dalam kempen yang buruk kali ini.

Kedua-dua pasukan itu sudah pun tersingkir awal sebelum hadir dalam perlawanan ini selepas tewas pada dua perlawanan pertama. David Villa meletakkan La Roja di hadapan dengan satu kuisan cantik pada minit ke-36 selepas menerima hantaran paras rendah daripada Juanfran.

Penyerang Chelsea, Fernando Torres menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-69 selepas yakin menolak masuk hantaran Andres Iniesta sebelum pemain gantian, Cesc Fabregas dan Juan Mata bergabung tenaga untuk gol ketiga pada minit ke-82. Mata bijak menolak masuk melepasi penjaga gol Australia, Mat Ryan.

Belanda mendahului Kumpulan B berbekal sembilan mata maksimum selepas menewaskan Chile 2-0.

(Foto) 'Ringan-ringan' dalam tempoh edah

Posted: 23 Jun 2014 01:44 AM PDT

RAMAI yang mempersoalkan kewajaran Izreen Azminda memuat naik gambar mesra dengan pelakon Amar Baharin baru-baru ini.

Paling terkesan apabila gambar mesra tersebut dipertontonkan semasa pelakon itu masih lagi dalam tempoh edah selepas disahkan bercerai 9RAMAI yang mempersoalkan kewajaran Izreen Azminda memuat naik gambar mesra dengan pelakon Amar Baharin baru-baru ini.

Paling terkesan apabila gambar mesra tersebut dipertontonkan semasa pelakon itu masih lagi dalam tempoh edah selepas disahkan bercerai 9 Jun lalu.
Tidak menganggap perkara tersebut sebagai satu isu yang perlu diperbesar-besarkan, Izreen tidak menafikan sama sekali dia seharusnya menjaga tatasusila sepanjang tempoh edah tersebut.

Namun tegasnya gambar yang dimuat naik itu dibuat atas dasar kerja semata-mata.

"Saya tahu ramai yang mempersoalkan perkara tersebut. Tapi gambar antara saya dan Amar Baharin hanyalah untuk tujuan promosi drama bersiri Kerana Terpaksa Aku Relakan yang sedang ditayangkan di kaca televisyen.

"Gambar-gambar itu hanya untuk menarik perhatian peminat untuk menonton. Tak lebih pun daripada itu. Sebab itu saya anggap apa sahaja komen negatif peminat tidak menjejaskan apa-apa.

"Mereka kena tahu mengapa saya buat macam itu dan bukannya menghentam semata-mata," jelas Izreen kepada Pancaindera.

Pun begitu Izreen meminta agar peminat tidak melihat gambar tersebut sebagai sesuatu yang peribadi sebaliknya itu sebahagian antara babak cinta dalam drama bersiri berkenaan.

Bagi Izreen, meskipun masih dalam tempoh edah dia masih perlu ke lokasi penggambaran memandangkan itu merupakan sumber rezekinya.

"Saya terikat dengan kontrak tak mungkin saya akan duduk di rumah sepanjang tempoh edah.

"Bagaimanapun penggambaran drama tersebut sudah pun berakhir dan selepas ini saya boleh kurangkan sedikit aktiviti luar," tegasnya.

Ketika ditanya tentang reaksi peminat terhadap perkara berkenaan, Izreen tidak menafikan menerima banyak komen-komen negatif daripada peminat di laman sosial miliknya.

Jauh sekali untuk marah atau berkecil hati dengan perkara itu, dia mengambil pendekatan untuk berdiam diri dan menjadikan semua komensama ada yang positif mahupun negatif sebagai iktibar.

Penceraian

Baru dua tahun bergelar isteri kepada Muhamad Riza Baharuddin akhirnya hubungan mereka itu terputus di tengah jalan.

Enggan menyalahkan mana-mana pihak bagi Izreen isu cerai tersebut sudah berakhir secara baik awal bulan lalu.

Bagi pelakon ini dia bersyukur kerana kemelut yang melanda dirinya dan bekas suami sudah berakhir dan lebih menyenangkan apabila masing-masing tidak menyalahkan antara satu sama lain.

"Dua tahun kami berkahwin dan akhirnya hubungan itu tak dapat diselamatkan lagi. Saya sebenarnya sedih dengan perpisahan ini tapi mungkin itu jalan yang terbaik buat kami.

"Mujur ada keluarga yang banyak memberikan sokongan. Apa sahaja yang berlaku mereka tetap memberikan kata-kata semangat dan tak mahu saya mengalah dengan perasaan," jelasnya.

Tidak menafikan perasaan kekok untuk kembali hidup sendirian, Izreen mengakui perlu kuat semangat untuk mengharungi hidup bergelar janda.

Dalam fasa ini dia perlu membuktikan status bukan halangan untuk melakukan yang terbaik kepada dirinya.

Tentang hubungannya dengan bekas suami, Izreen menganggap mereka baik-baik sahaja.

"Saya dan bekas suami masih okey. Kami masih berhubung antara satu sama lain tetapi hanya kerana anak sahaja. Saya diberi hak penjagaan anak tetapi dia boleh mengambil anak bila-bila masa sahaja.

"Setakat itu komunikasi kami. Tak lebih daripada itu. Dan saya juga bersyukur kerana dia masih mengambil berat tentang komitmen penjagaan anak termasuk membeli barang-barang keperluan," jelasnya.

Dedah wajah kekasih, Nabila Huda minta diberi ruang

Posted: 23 Jun 2014 12:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Umum mengetahui tentang hubungan keluarga Nabila Huda dan Amy Search yang agak kurang baik pada masa ini.

Ini kerana selepas ditegur bapanya di laman sosial Instagram, keadaan menjadi semakin tegang apabila Nabila pula mengeluarkan komen di laman sosial Twitter miliknya.

Menerusi komen tersebut, Nabila telah meminta penjelasan daripada bapanya secara terbuka dan dengan beraninya mendakwa Amy telah merosakkan hidupnya lagi.

Tidak lama selepas itu Nabila memuat naik dua status yang memohon dirinya diberi ruang 'bernafas' kerana sedang bercuti setelah penat berlakon.

Episod tersebut bagaimanapun tidak habis di situ sahaja apabila ada pengguna laman sosial twitter yang sudah mula menyebarkan gambar Nabila dan kekasihnya.

Ada juga pengikut Nabila memberitahu lelaki tersebut pemilik restoran Kulkats Barrio di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Damansara, yang dipanggil 'Bert'. -- Astro Gempak


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/wajah-kekasih-didedahkan-nabila-huda-mohon-diberi-ruang-38252?cp

(Foto) Kerana Selfie, Pelajar Tersepit Dalam 'Faraj'

Posted: 22 Jun 2014 11:14 PM PDT

SEORANG pelajar dilaporkan telah terperangkap di dalam replika batu faraj gergasi di Tubingen, Jerman.

Pelajar pertukaran dari Amerika Syarikat itu tersepit pada marmar faraj gergasi itu ketika cuba memasuki ke dalamnya untuk merakam gambar pada Jumaat.

Berikutan itu, lima kenderaan yang dilangkapi 22 anggota bomba dikerah untuk membebaskan pelajar berkenaan.

Ketika mangsa tersepit, terdapat orang ramai yang merakam gambar dan menyebarnya di laman sosial sebagai kejadian yang memalukan.
Selain itu, pihak bomba juga menganggap tindakan lelaki terbabit sebagai memalukan apabila dia cuba memasuki faraj gergasi.

Faraj gergasi itu merupakan hasil seni seorang artis dari Peru, Fernando de La Jara dan telah berada Universiti Tubingen sejak 13 tahun lalu.

Replika yang dipanggil Pi-Chacan itu bermaksud berkasih-sayang. - metro.co.uk
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page

Isu OKU terabai, Wardina salahkan kerajaan

Posted: 22 Jun 2014 11:01 PM PDT

Hujung minggu lalu, isu seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 15 tahun yang dikurung sehingga kurus kering mendapat perhatian masyarakat dan ramai yang bersimpati dengan nasib remaja malang itu. Ianya masih diperkatakan ramai hari.

Namun Wardina Safiyyah tidak mengambil masa yang lama untuk meletakkan kesalahan ke atas bahu kerajaan dan polisi negara terhadap golongan OKU hari ini.

"Ini berlaku salah satunya berpunca dari ibu bapa remaja OKU itu tidak diberikan bantuan. Saya (di sini mahu) bandingkan bagaimana kita masyarakat orang Islam melayan anak anak istimewa ini dengan negara yang kononnya kafir," Wardina memulakan tulisan di Instagram.

"Di Australia, ibu bapa kepada anak OKU akan diberi pelbagai keistimewaan seperti elaun bulanan yang tinggi. Malah kawan saya mempunyai anak OKU kedua dua suami dan isteri tidak perlu bekerja kerana disuruh kerajaan untuk fokus menjaga anaknya yang OKU"

"Anak anak OKU dihantar ke terapi secara percuma. Dihantar ke sekolah OKU berkualiti dengan percuma dan ibu bapa diberi cuti percuma setiap tahun kerana kerajaan faham betapa tertekannya untuk menjaga kanak kanak istimewa ini"

"Ya, itu negara kafir. Anak anak istimewa & OKU kita pula? Di mana nilai kita? Terpaksa ibu bapa memikul beban tanpa pertolongan dan sistem sokongan yang padu dari mereka yang sepatutnya. Saya cuma berkongsi realiti, terimalah," tambahnya lagi.
Well Wardina Safiyyah, walaupun polisi kita mungkin tidak sehebat Australia yang anda julang tiinggi itu, kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mempertuntukkan banyak bantuan dan polisi untuk membantu golongan OKU. Hmm. (rtky/m)

Suami boleh 'rogol' isteri

Posted: 22 Jun 2014 09:00 PM PDT

SEORANG pembaca yang menamakan dirinya Puan L bertanya sama ada kelakuan suami dalam melakukan perhubungan seks dengan isterinya boleh didefinisikan sebagai jenayah rogol jika isterinya tidak rela atau dipaksa.

Puan L juga ingin tahu sama ada seksyen 375 Kanun Keseksaan akan dipinda bagi memasukkan kesalahan suami merogol isteri atau marital rape.

Kemusykilan ini ditimbulkan kerana kata Puan L, beberapa negara lain telah menjadikan perbuatan suami mengadakan hubungan seks secara paksa dengan isteri sebagai suatu kesalahan jenayah.

Penggunaan kekerasan oleh suami terhadap isterinya untuk melakukan seks adalah tidak bermoral dan merendahkan martabat seorang isteri.

Ini bersesuaian dengan istilah 'rogol' dalam undang-undang jenayah, yang merujuk kepada serangan seksual, di mana penyerang memaksa mangsa untuk melakukan hubungan seksual.

Tetapi di Malaysia, seksyen 375 Kanun Keseksaan menyatakan persetubuhan antara suami dengan isteri dalam perkahwinan yang sah di sisi undang-undang tidak boleh dianggap sebagai rogol.

Bagaimanapun, perbuatan suami mendatangkan kecederaan atau menimbulkan ketakutan akan kematian kepada isterinya atau kecederaan kepada mana-mana orang lain bagi tujuan untuk mengadakan hubungan seks dengan isteri adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 375A.

Elemen penting dalam perkara ini adalah kecederaan yang dilakukan oleh suami terhadap isteri. Ini juga tidak bertentangan dengan mana-mana prinsip agama.

Seksyen 375A Kanun Keseksaan dimasukkan atas syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang telah mengkaji Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004.

Dapatan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ini telah mencadangkan seksyen 375A tersebut bagi melindungi martabat dan kepentingan seorang isteri yang daripada dipaksa oleh suami untuk melakukan hubungan seks sehingga mendatangkan kecederaan.

Namun Jawatankuasa itu tidak bersetuju bahawa perbuatan suami melakukan perhubungan seks tanpa kerelaan isteri atau dengan memaksa isteri sebagai suatu jenayah rogol di Malaysia dengan alasan ia bertentangan dengan undang-undang syariah dan juga agama lain.

Oleh itu, seksyen 375 Kanun Keseksaan tidak perlu dipinda kerana peruntukan untuk menghukum suami yang mendatangkan kecederaan kepada isteri telah terdapat dalam seksyen 375A kanun itu, cuma ia tidak diistilahkan sebagai rogol.

Persoalan yang timbul sekiranya suami memaksa mengadakan hubungan seks tanpa kerelaan isteri tetapi tidak berlaku sebarang kecederaan kepada isteri, adakah isteri tidak boleh mendakwa suami atas apa juga alasan?

Undang-undang lazim mendefinisikan rogol sebagai persetubuhan tanpa keizinan yang dilakukan oleh seorang lelaki ke atas seorang perempuan yang tidak dikahwininya.

Takrifan rogol merujuk tafsiran Seksyen 375 (a) - (e) serta huraiannya jelas menunjukkan semua elemen yang dinyatakan menjurus kepada jenayah rogol kecuali jika lelaki itu adalah suami kepada perempuan berkenaan.

Jika berdasarkan takrifan dalam seksyen berkenaan, suami boleh melakukan apa sahaja perbuatan seksual terhadap isteri walaupun dalam keadaan isteri tidak rela atau tidak setuju.

Maknanya, suami kebal daripada sebarang tuduhan rogol jika perempuan yang diperlakukan sebegitu adalah isterinya asalkan ia tidak mendatangkan kecederaan fizikal.

Suami hanya boleh dikenakan tindakan undang-undang jika pihak isteri dapat membuktikan suami telah mendatangkan kecederaan kepada isteri.

Dalam setiap jenayah perlu dibuktikan elemen mens rea (niat) dan actus rea (perbuatan). Jika dikaji semula, mens rea dalam perlakuan rogol ialah seseorang itu berniat untuk merogol mangsa dengan sengaja. Mangsa pula tidak rela diperlakukan sebegitu dan tidak mahu hubungan seks itu berlaku. Perkara yang boleh dibangkitkan sebagai mens rea berdasarkan definisi itu ialah hubungan seks itu berlaku tanpa kemahuan perempuan itu. Orang yang melakukan seks itu berniat untuk memaksa perempuan itu dan seks itu terjadi adalah kerana paksaan yang dibuat oleh lelaki itu. Oleh itu, ada persamaan antara perlakuan seks oleh suami tanpa kerelaan isteri dengan jenayah rogol berdasarkan Kanun Keseksaan. Perlakuan seks yang terjadi adalah tanpa kerelaan perempuan itu dan wujudnya unsur paksaan dari pihak lelaki dan dilakukan dengan sengaja.

Dari segi actus reus pula, berlaku perlakuan memasukkan zakar ke dalam kemaluan perempuan tanpa kerelaan perempuan itu. Dalam kes suami paksa isteri melakukan hubungan seks ini, kedua-dua elemen penting jenayah iaitu actus reus dan mens rea wujud.

Ini sepatutnya boleh membuatkan pihak lelaki (suami) di dakwa kerana jenayah rogol. Apakah kewajaran suami yang memaksa isteri mengadakan hubungan seks secara kekerasan tidak dikategorikan sebagai jenayah rogol? Daripada sudut agama dan adat pula, adakah menjadi kewajipan isteri melayan kehendak seks suami dalam apa jua keadaan?

Setakat ini jenayah terhadap wanita yang mewajibkan hukuman sebatan ialah di bawah Seksyen 376B. Seksyen 376 memberi budi bicara kepada mahkamah untuk mengenakan hukuman sebatan ke atas dakwaan rogol di bawah seksyen 375. Tetapi tidak pula dicadangkan bagi menambahkan hukuman berat ke atas kes marital rape.

Tambahan pula dalam sesetengah kebudayaan dan agama, istilah marital rape tidak wujud. Adakah ini bermakna setelah berkahwin wanita menjadi hak suami sepenuhnya dan boleh diperlakukan tanpa batasan?

Tentulah sangat malang bagi seseorang wanita itu jika dia mendapat suami yang tidak bertimbang rasa.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Lelaki Ditahan Rogol Budak Perempuan Depan Anak Sendiri

Posted: 22 Jun 2014 08:00 PM PDT

SIBU – Sepasang suami isteri berumur 51 dan 42 tahun ditahan polis di sebuah tapak binaan di Jalan Wawasan di sini pada jam 12.50 tengah hari kelmarin berhubung satu laporan kes rogol membabitkan seorang budak perempuan berumur 13 tahun.

Dalam kejadian pada jam 6 petang Rabu lalu, mangsa dipercayai dirogol di hadapan anak suspek sebelum dibelasah oleh isteri suspek di rumah pekerja kilang di Jalan Bawang Assan, di sini.

Dalam insiden itu, mangsa dipercayai dipaksa berbaring di atas lantai sebelum suspek membuka pakaiannya dan melakukan perbuatan terkutuk itu.

Mangsa tidak melawan kerana dipercayai takutkan suspek.

Perbuatan keji itu turut disaksikan oleh anak lelaki suspek berumur 11 tahun yang kemudiannya menceritakan segalanya kepada ibunya (isteri suspek).

Isteri suspek yang hilang pertimbangan setelah mengetahui perkara itu kemudiannya dipercayai bertindak menendang kepala, menampar muka serta menghentak kepala mangsa ke dinding.

Tidak cukup dengan itu, badan mangsa juga dipercayai dicucuh dengan api rokok malah rambut mangsa digunting dan kepalanya dicukur oleh isteri suspek.

Selepas insiden itu, mangsa dan abangnya melarikan diri ke rumah datuk mereka dan memberitahu apa yang terjadi.

Pada jam 11 malam keesokannya, mangsa dibawa ke Balai Polis Sentral untuk membuat laporan polis.

Mangsa dihantar ke Hospital Sibu untuk menjalani pemeriksaan perubatan pagi semalam.

Difahamkan, mangsa dan abangnya tinggal bersama keluarga suspek sejak dua bulan lalu setelah dihalau oleh ibu bapa mereka dari rumah.

Pasangan suami isteri tersebut kini ditahan reman sehingga Isnin ini sementara siasatan kes dijalankan. – The Borneo Post

Hanez Suraya dan Romie Sudah Putus Cinta

Posted: 22 Jun 2014 07:31 PM PDT

Berita yang agak (atau sebenarnya tidak) mengejutkan semua pihak hari ini nampaknya, Hanez Suraya dalam satu kenyataan kepada Harian Metro yang seakan berkata hubungannya dengan Romie, yang juga masih bergelar suami orang kini sudah berakhir.

Baca elok elok kenyataan Hanez Suraya ini kalaulah tersilap faham maksudnya.

"Saya tidak mampu berbuat apa-apa. Bayangkan setiap kali isu perceraian Romie dan Liyana dibangkitkan, nama saya diheret sama. Dalam perbicaraan pun nama saya tidak disebut, tetapi alih-alih di laman sosial nama saya dikaitkan"

"Saya menjadi bahan cemuhan dan hinaan. Saya tidak faham mengapa ia terjadi, sedangkan sebelum ini saya tegasan apa jua masalah yang berlaku antara Romie dan Liyana, jangan kaitkan nama saya. Saya sudah korbankan hubungan kami"

"Cuma orang yang tidak tahu keputusan yang saya ambil sebab saya bukan jenis semua perkara mahu dipukul canang. Apa yang saya fikir sekarang mahu teruskan kerjaya tetapi nampaknya orang masih terus menuduh dengan membuat pelbagai dakwaan negatif. Saya habis punca walaupun mengambil keputusan sejauh ini"

"Saya bersedia mengundur diri memandangkan masalah dihadapi hanya mereka yang tahu dan faham. Cuma saya minta apa jua masalah, selesaikan berdua dan jangan babitkan nama saya. Ini kali kedua saya menyatakan perkara sama. Jika saya tidak lagi ada dan wujud dalam hidup mereka namun masih dikaitkan, nampaknya saya menjadi kambing hitam dalam situasi berlaku yang ia sangat tidak bagus," ujar Hanez Suraya hari ini.

Mungkin itu jalan yang terbaik buat Hanez Suraya secara peribadi untuk kelangsungan dirinya yang masih muda & untuk terus relevan dalam kerjayanya. Sampai bila 'kan mahu bergelumang dengan kontroversi cinta tidak bertepi sebegini. (rtky/m)

Pasangan dicekup separuh bogel selepas pulang dari kelas mengaji

Posted: 22 Jun 2014 07:01 PM PDT

Sekadar gambar hiasan
Jitra: Seorang lelaki warga tua yang hanya dibaluti selimut dari paras pinggang ke bawah tanpa berbaju, manakala pasangannya hanya berkemban, ditahan berkhalwat di rumah wanita itu di Tunjang di sini, semalam.

Lelaki berusia 61 tahun dan pasangannya yang berumur 63 tahun ditahan oleh sepasukan penguat kuasa Pejabat Agama Kubang Pasu (PADKP), kira-kira jam 1.40 pagi. Difahamkan, lelaki itu singgah di rumah wanita berkenaan sebaik selesai belajar agama di sebuah pondok berdekatan. Jurucakap PADKP berkata, ketika tiba di rumah itu selepas menerima aduan awam, mereka mendapati rumah itu dalam keadaan gelap dan pintu bertutup rapat.

Tutup badan dengan selimut 


Selepas pintu diketuk beberapa kali, seorang lelaki warga tua yang hanya menutup badan menggunakan selimut dari paras pinggang ke bawah tanpa baju, membuka pintu. Setelah melakukan pemeriksaan, pasukan itu menemui seorang wanita duduk di atas katil dalam sebuah bilik dengan hanya berkemban.

"Ketika disoal siasat, pasangan itu yang segan silu akhirnya mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram atau suami isteri sehingga menimbulkan syak melakukan maksiat.

"Lelaki itu memberi alasan dia dalam proses perceraian dengan isterinya, manakala wanita itu pula mengakui kematian suami setahun lalu. Kita percaya alasan itu hanya untuk mengelak ditahan," katanya.

Sudah lama jalin hubungan


Jurucakap itu berkata, berdasarkan maklumat penduduk setempat, pasangan terbabit sudah lama menjalinkan hubungan dan anggota keluarganya sendiri sudah berkali-kali menasihati tetapi tidak diendahkan. "Sepatutnya mereka menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada anak dan cucu tetapi sebaliknya pula yang berlaku," katanya.

Pasangan itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis Jitra untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan. Mereka disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan

Piala Dunia: Portugal ikat Amerika Syarikat

Posted: 22 Jun 2014 05:59 PM PDT

CLINT Dempsey (kanan) menjaringkan gol kedua AS ketika seri 2-2 menentang Portugal dalam aksi Kumpulan G di Amazonia Arenas, Manaus, sebentar tadi. - Foto AP
MANAUS, Brazil 23 Jun - Portugal sudah berada di ambang penyingkiran ketika permainan tinggal 30 saat untuk ditamatkan, sebelum Silvestre Varela memberi sedikit 'nyawa' dengan meledak gol penyamaan untuk mengikat Amerika Syarikat 2-2 dalam aksi Kumpulan G, pagi ini.

Varela menanduk hantaran silang Cristiano Ronaldo untuk membantu pasukan itu bangkit daripada ketinggalan 1-2 sebelum mengikat Amerika Syarikat. - AGENSI

Piala Dunia: Algeria kembali bernyawa benam Korea Selatan

Posted: 22 Jun 2014 05:53 PM PDT

PORTO ALEGRE: Algeria kembali menghidupkan peluang untuk mara ke pusingan kedua selepas mencatat kemenangan besar 4-2 ke atas Korea Selatan pada pertembungan Kumpulan H di Stadium Beira-Rio, sebentar tadi.

Mendahului dengan jaringan selesa 3-0 pada babak pertama, Algeria begitupun dikejutkan dengan kebangkitan Korea yang meledak gol pertama lima minit selepas separuh masa kedua bermula menerusi Son Heung-Min.

Begitupun, kebangkitan yang diharapkan jaguh Asia itu gagal menjadi kenyataan selepas Algeria meledak gol keempat menerusi Yacine Brahimi pada minit ke-63 dan gol Koo Ja-Cheol pada minit ke-72 sekadar gol sagu hati buat Korea selepas gagal menambah jaringan.

Ketika ramai yang mengharapkan perlawanan sengit berlangsung sebelum perlawanan berlangsung, kelemahan jentera pertahanan Korea jelas kelihatan selepas Algeria meledak gol pertama menerusi Islam Slimani pada minit ke-26 sebelum memperoleh jaringan menerusi Rafik Halliche selang dua minit kemudian.

Dan benteng pertahanan Korea sekali lagi dihukum Algeria menerusi jaringan Abdelmoumene Djabou pada minit ke-38.

Pada perlawanan pertama, Algeria tumbang kepada Belgium 2-1 dan Korea berjaya mengikat Russia 1-1.

Perlawanan terakhir Algeria adalah menentang Russia manakala Korea perlu mencatat kemenangan ke atas Belgium untuk sekurang-kurangnya jika mahu mara. - Agensi

ALGERIA 4
Islam Slimani (m26)
Rafik Halliche (m28)
Abdelmoumene Djabou (m38)Yacine Brahimi (m63)

KOREA SELATAN 2
Son Heung-Min (m50)
Koo Ja-Cheol (m72)

Piala Dunia: Belgium tundukan Rusia untuk langkah ke pusingan kedua

Posted: 22 Jun 2014 05:47 PM PDT

RIO DE JANEIRO, Brazil 23 Jun - Divock Origi muncul penjaring termuda Belgium pada Piala Dunia apabila jaringannya dua minit sebelum tamat permainan membantu pasukannya menundukkan Rusia 1-0 untuk melangkah ke pusingan kedua di Stadium Maracana, sebentar tadi.

Jaringan Origi pada minit ke-88 memecah kebuntuan selepas dia menyudahkan gerakan cantik Eden Hazard dalam perlawanan Kumpulan H.

Rusia, yang seri 1-1 dengan Korea Selatan dalam perlawanan pembukaan kini perlu menewaskan Algeria pada perlawanan terakhir untuk menghidupkan peluang. - AGENSI

Duke of UMNO

Posted: 23 Jun 2014 01:32 PM PDT

Duke of UMNO


ALERT..!!! PUAK AVENGELIS PELAMPAU KRISTIAN AKAN SERANG KITA HABIS-HABISAN..???

Posted: 23 Jun 2014 06:13 AM PDT

Merujuk laporan di sini, kita dapat simpulkan keputusan Mahkamah Persekutuan memang selaras dengan Perlembagaan Malaysia yang memberikan hak dan keistimewaan kepada Islam di Malaysia yang TAK BOLEH DIPERTIKAI KEDUDUKANNYA OLEH MANA-MANA PIHAK...

Saya percaya, majoriti umat Islam di Malaysia menganggap keputusan mahkamah tu adalah hadiah terbaik untuk kita semua sempena menyambut Ramadhan Al-Mubarak tidak lama lagi...

Tapi pada saya, keputusan mahkamah tu hanyalah permulaan. Kita masih di garisan permulaan dan saya percaya lepas ni akan muncul ramai pihak dari puak avengelis pelampau Kristian yang tak reti hormat perlembagaan dan ketetapan di Malaysia...

 

Bukan setakat tu saja.. saya jangka lepas ni puak-puak pembangkang yang sememangnya menyokong agenda mencemarkan kalimah "Allah" di Malaysia ni akan melancarkan pelbagai serangan dan provokasi menjelang Ramadhan nanti...

Saya yakin, kita semua akan bersatu hati mempertahankan kalimah "Allah" tanpa batas sempadan politik. Tak kira UMNO atau PAS, kita umat Islam akan bersatu demi terus mempertahankan Islam dan perlembagaan dari terus dicabar puak-puak kurang ajar ni...

Anggaplah perjuangan itu sebagai jihad. Meskipun tanpa mengangkat senjata, saya yakin dengan izinNya, kita mampu memastikan kesucian dan kepentingan Islam terus terpelihara dari bajingan-bajingan ini...

Apapun.. kita perlu bersedia dengan serangan lebih hebat lepas ni. Sediakah kita bersatu demi Islam? Atau masih nak letakkan politik di atas Islam? Sampai bila?

THE FLYING KICK

Posted: 23 Jun 2014 01:11 PM PDT

THE FLYING KICK


AWAS!!! MENJELANG RAMADHAN, SI PENIPU BERJENAMA DATO' AKAN PERGUNAKAN LAGI ANAK-ANAK YATIM ATAS NAMA YAYASAN UNTUK MENIPU JUTAAN RINGGIT!!!

Posted: 23 Jun 2014 08:00 AM PDT

WARDINA vs SHAHRIZAT... ANTARA CAKAP PAKAI OTAK DENGAN TUTUP KEBODOHAN DENGAN TUDUNG!!!

Posted: 23 Jun 2014 06:30 AM PDT

KHAKHAKHAKH... PECAH KEPALA SEBAB BEREBUT GIRLFRIEND, KATA ANAK SI BEDUL, JOHARI!!!

Posted: 23 Jun 2014 05:08 AM PDT

AWAS!!! KIUB PERASA BABI DI PASARAN DAN KENAIKAN HARGA BARANG MAKANAN!!!

Posted: 23 Jun 2014 02:35 AM PDT

SUDAH TAHU HAKIM MANA YANG BENARKAN 'KALIMAH ALLAH' UNTUK HERALD DAN HAKIM MANA YANG MENENTANG?

Posted: 23 Jun 2014 12:23 AM PDT

JENAZAH ALLAHYARHAM ABU BAKAR CHIK DAN PEMBANTU HAMPIR RENTUNG KALAU TIDAK DISELAMATKAN!!!

Posted: 22 Jun 2014 10:50 PM PDT

PEJUANG BANGSA

Posted: 23 Jun 2014 11:30 AM PDT

PEJUANG BANGSA


TUN M UMUM PROTON VERSI KOMPAK DILANCAR HUJUNG TAHUN INI

Posted: 23 Jun 2014 09:21 AM PDT




KUALA LUMPUR 20 - Model versi kompak pertama Proton Holdings Bhd., (Proton) bakal dilancarkan pada penghujung tahun ini, menurut Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, model baharu itu adalah berlainan daripada model-model Proton sedia ada, dan merupakan usaha terbaharu syarikat kereta nasional itu untuk menyertai persaingan segmen kompak.

Beliau berkata, dari segi harga, ia jauh lebih murah daripada model-model import yang setaraf, tetapi lebih tinggi sedikit daripada harga model terdahulu.

Jelasnya, penghasilan model baharu itu membabitkan perbelanjaan yang tinggi sekitar RM2 bilion dan turut diuji di dalam cuaca berbeza.

"Jika nak dibandingkan dengan kereta daripada import yang sama setaraf dengannya (kereta kompak Proton) kita (Proton) masih murah, tetapi lebih tinggi daripada harga model terdahulu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini kelmarin.

Proton mula mempromosi pengenalan model kompak itu sejak pertengahan 2013 termasuk mengadakan peraduan kepada orang ramai untuk memberi idea nama yang akan digunakan oleh model itu.

Antara kriteria nama yang dimahukan ialah ia mesti dalam Bahasa Malaysia, tidak lebih enam huruf, boleh dikombinasikan huruf dan nombor serta tidak berkaitan dengan nama haiwan.

Dalam pada masa sama, Dr. Mahathir berkata, untuk model itu Proton menjalankan kajian secara terperinci dan membabitkan pandu uji mencecah 100,000 kilometer.

"Di dalam jarak tersebut, kita menghantar kereta itu ke Sweden untuk mengujinya di dalam cuaca sejuk dan di negara-negara Asia Barat untuk cuaca panas. Penghasilannya bukan mudah kerana ia membabitkan 3,000 komponen berlainan yang mana sesetengahnya perlu diimport, hal ini mengambil sedikit masa" kata beliau.

Mengenai pasaran eksport kereta itu katanya, kajian pasaran ke atas negara-negara perlu dikaji terlebih dahulu memandangkan setiap negara mempunyai perundangan dan selera pasaran berbeza yang mungkin melibatkan perubahan kepada reka bentuk kereta.

Tambah Dr. Mahathir, penghasilan kereta baharu ini turut menggunakan teknologi Lotus khususnya untuk aspek kawalan dan pemanduan.

Dalam pada itu, beliau berkata, Proton menyedari pengenalan model kompak itu bakal menyaingi Perodua yang selama ini menguasai jumlah jualan tahunan (TIV) Malaysia menerusi kereta-kereta kompak.

Bagaimanapun katanya, Perodua tetap mempunyai kelebihan tersendiri memandangkan syarikat itu hanya menggunakan konsep pemasangan dan menukar nama kereta Jepun sedia ada dengan kos perbelanjaan lebih rendah.


Wanita Umno mahu ambil remaja OKU jadi anak angkat @WanitaUMNOMsia @Najibrazak

Posted: 23 Jun 2014 02:14 AM PDT




Nasib remaja orang kelainan upaya (OKU),Muhammad Firdaus Dullah,15,yang ditemui dalam keadaan menyayat hati di dalam serbuan Imigresen di Nilai akan dibela Wanita UMNO.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata‎, Wanita UMNO sedia menimbang untuk mengambil remaja berkenaan menjadi anak angkat seandainya tiada pihak mahu menjaganya.

"Dari segi penjagaan,kita sedia untuk mengambil Firdaus sebagai anak angkat. Selepas kisahnya disiarkan media, saya rasa terpanggil untuk membuat lawatan.

"Kita ada 1.3 juta ahli di seluruh negara, kita mahu orang ramai membuat laporan terus kepada Wanita UMNO jika takut untuk menghubungi agensi penguatkuasa seandainya ada kes seumpama ini lagi," katanya.

Shahrizat berkata demikian semasa sidang media selepas melawat Firdaus di Hospital Tunku Jaafar di sini.

AIR ASIA JAWAB ISU WANITA HAMIL DIHALAU NAIK PESAWAT

Posted: 23 Jun 2014 12:07 AM PDT





Susulan penyebaran gambar dan video berkenaan dakwaan pasangan suami isteri dihalang menaiki pesawat AirAsia ke Kuala Terengganu ekoran wanita tersebut hamil dan tidak memiliki sebarang surat pengesahan daripada doktor, syarikat penerbangan tambang murah itu tampil memberi kenyataan.

Menurut jurucakap AirAsia Berhad, penumpang hamil perlu mematuhi garis panduan ketat yang telah ditetapkan demi keselamatan mereka.

"Penumpang yang sepatutnya menaiki penerbangan AK6220 dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu pada 21 Jun itu hamil 28 minggu dan tidak memiliki sebarang surat pengesahan dari doktor yang menyatakan beliau sihat untuk menaiki penerbangan tersebut seperti yang ditetapkan oleh syarat dan terma penerbangan.

"Sehubungan itu, pihak penerbangan tidak dapat membenarkan beliau menaiki pesawat atas sebab keselamatan," katanya dalam satu kenyataan.

Namun begitu, AirAsia menegaskan bahawa pihaknya telah menyediakan penginapan dan mengganti penerbangan keesokannya selepas penumpang tersebut memperoleh surat pengesahan doktor.

"AirAsia sediakan penginapan percuma dan menggantikan penerbangan mereka kepada keesokan harinya tanpa sebarang caj tambahan dan penumpang boleh menaiki penerbang selepas mendapat surat pengesahan doktor," katanya.

Sejak kelmarin, video dan gambar tentang pasangan suami isteri yang mendakwa dilarang menaiki penerbangan Air Asia ke Kuala Terengganu menjadi viral di media sosial.




Pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Nasran dan Nadiah bersama anak mereka itu tiba di Kuala Lumpur dengan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dari Incheon, Korea Selatan, 4.30 petang, hari yang sama.

Mereka dikatakan bergegas pulang ke Malaysia selepas dikhabarkan bapa Nadiah meninggal dunia di Terengganu.

"Dari Incheon kami dapat ke KLIA selepas melalui pemeriksaan yang ketat. Namun tiada penerbangan MAS  terus ke Kuala Terengganu dan penerbangan lain pula, Firefly tapi kena pergi ke Subang, ia agak jauh.

"Memandangkan isteri saya hamil dan sangat letih malah secara emosi tidak stabil kerana bapanya meninggal dunia. Sebab itu kami cuba yang terbaik untuk mengejar penerbangan terakhir Air Asia. Kami 'check in' tiket yang dibeli secara online dan ke kaunter untuk dapatkan 'boarding pass'. Saya tunjuk isteri (yang sedang hamil) dan anak saya," katanya yang dipetik dari sebuah video yang tersebar di laman sosial.

Nasran menegaskan sanggup mengambil sebarang risiko jika berlaku sesuatu ke atas isterinya asalkan diberi kebenaran menaiki pesawat AirAsia tersebut.

"Di pintu terakhir, kami tidak dibenarkan masuk. Mereka kata kami kena dapatkan surat pengesahan kesihatan. (Tapi) di Korea, isteri saya tidak memerlukan apa-apa surat. Ini situasi kecemasan.  Hari Jumaat jam 5.30 petang, bagaimana saya nak ke hospital untuk mendapatkan semuanya?

"Prosedur hanya atas kertas. Kita ini manusia. Beri saja kebenaran dan sebagai suami segala risiko saya akan tanggung. Mendarat di Malaysia pun saya sudah sangat beruntung sebab saya berjaya membawa isteri saya ke sini walaupun dia tidak dapat bertemu dengan arwah ayahnya," katanya yang kelihatan begitu sedih.


Menurut Nasran juga, syarikat penerbangan tambang murah itu telah menawarkan hotel untuk mereka sekeluarga namun beliau menolak.

"Mereka tawarkan hotel tapi kelihatan tak begitu ikhlas. Mereka mahu membawa kami untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan malam ini (semalam) supaya mereka boleh teruskan untuk penerbangan esok (hari ini).

"Tapi kenapa penerbangan tadi (Jumaat lalu) isteri saya tak dibenarkan naik pesawat tapi esok (kelmarin) boleh?," katanya.

Kemudian seorang wanita yang bersimpati dengan keadaan keluarga itu bertanya soal tawaran hotel tersebut, Nasran menjawab, "Ini bukan sebab duit. Kalau saya mampu bawa isteri saya balik ke Malaysia, maksudnya saya mampu beli benda lain."

Sementara di laman sosial, rata-rata orang ramai mempersoalkan tentang larangan menaiki penerbangan yang hanya memakan masa 40 minit itu sedangkan penerbangan selama lima jam dari Korea ke Malaysia dibenarkan.

Tertakluk peraturan

Namun tegas syarikat penerbangan berkenaan, pihaknya tertakluk kepada peraturan ketat membabitkan wanita hamil demi keselamatan mereka.

Kenyataan AirAsia menyebut, bagi wanita yang hamil sehingga 27 minggu, penumpang perlu memberitahu syarikat penerbangan dan menandatangani Penyata AirAsia / AirAsia X Liabiliti Terhad.

Manakala bagi kehamilan antara 28 hingga 34 minggu, penumpang perlu menyediakan sijil perubatan doktor yang mengesahkan bilangan minggu kehamilan penumpang berkenaan.

"Penumpang juga akan menandatangani Penyata Liabiliti Terhad selain daripada surat doktor.

"Sebarang kehamilan yang 35 minggu dan ke atas tidak akan dibenarkan menaiki pesawat demi keselamatan dan kesejahteraan tetamu serta penumpang lain," katanya.

AirAsia merakamkan simpati ke atas kehilangan bapa penumpang tersebut.




*** Kalau peraturan ketat menjadi pegangan syarikat Air Asia dan tidak kompromi terhadap situasi kecemasan dll ... 

maka GPB nasihatkan kepada yang  penumpang  &  diri sendiri juga  jika   dalam keadaan  demam dan  wanita hamil , janganlah   memilih penerbangan ini disebabkan peraturan ketat ini . 

Lagi tragis kalau terkandas  di negara asing & duit pulak kehabisan .. memang malang tak berbau .  

Terima kasih Air Asia di atas penjelasan ini .......





PEMILIK CAR WASH SEBERANG JAYA TAK PUAS HATI KETIDAKADILAN ADUN PKR & KERAJAAN DAP ! @dzainalabidin

Posted: 22 Jun 2014 05:30 PM PDT






"  Cakap Tak Serupa Bikin "" ..pemilik Car Wash PP , Vigeneswaran terus membidas dan mempersoal sikap Adun PKR Seberang Jaya Dr Afif Bahardin yang menuduh beliau dengan pelbagai dakwaan terhadap perniagaannya .




semasa kempen PRU13 dijanji macam2 PKR , bila menang tak dipedulikan 



Semalam beliau bersama kepimpinan MIC & juga  BN  Permatang Pauh  diketuai Ketua Umno Bahagian Cikgu Mohd Zaidi Hj Mohd Said juga   turut  hadir    membantah tindakan YB Adun Seberang Jaya ini
melalui kain rentang yang tertera seperti berikut:-



(a) Kami hanya mencari makan secara jujur..bukan meraikan keuntungan secara beribu-ribu&kami tak pernah menggangu ketenteraman penduduk-penduduk seperti mana yang dituduh oleh yb. Afif......

(b) mana ahli parlimen permatang pauh mana adun seberang jaya mana macai macai PR??

(c)kami dipaksa  keluar dan diugut oleh YB ,  JKKK   PR. Kerajaan yang harus membela hak kami tapi menjadikan kami menderita inikah disebutkan harapan rakyat??

(d)harapan dibawa kerajaan pakatan rakyat pulau pinang menindas hak orang kurang kemampuan

(e)kerajaaan pakatan rakyat tiada perikemanusiaan sebab apa???

(f) Yb afif dari parti keadilan tidak membela rakyat oku..yb..takut kepada jkkk dan menindas rakyat

(g)kami rakyat pulau pinang terus ditindas dibawa kerajaan pakatan rakyat

(h)kerajaan pakatan rakyat tidak perikemanusiaan sebab apa???

(i)mengapa pengusaha cuci kereta ditindas kerana permainan politik jkkk dan adun seberang jaya

(j)8 tahun kami mengusahakan cuci kereta di sini mengapa semua tak kena yb. Afif?????sebab saya indiakah???

(k) Yb Afif Berkata....!!!  dewan tidak boleh dijadikan premis perniagaan yb tolong......?jawab soalan kami......????




Jika begini sikap & penindasan  dilakukan YB yang takut kepada JKKK ,  ternyata semasa kempen beliau di PRU13 yang berjanji bermacam2 kononnya nak bela rakyat   hanyalah palsu .Surat TKM 2 juga hanya surat kosong penipu sahaja  kepada pengusaha ini  !!

Tahniah Cikgu Zaidi yang turun melihat kesusahan dihadapi rakyat dari  kaum India ini yang  ditindas walaupun mereka dulu orang kuat  PKR .






Comments (0)