Rabu, 18 Jun 2014

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Dana pasar malam hilang?

Posted: 18 Jun 2014 01:31 AM PDT

MELAKA: Peniaga pasar malam merasa tertipu dengan pengumuman kerajaan bagi mewujudkan Skim Usahawan Pasar Malam dengan dana sebanyak RM100 juta dalam Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri pada tahun lepas.

Menurut Adun Ayer Keroh (DAP), Khoo Poay Tiong bajet tersebut telah diluluskan dalam Parlimen tetapi hingga hari ini dana itu belum diperuntukkan lagi kepada Bank Simpanan Nasioanal (BSN) yang akan mengendalikannya.

"Kebiasaannya perkara yang lulus dalam bajet biasanya akan dilaksanakan pada 1 Januari atau 1 April tapi bila saya tanya BSN mereka kata masih belum ada peruntukan lagi dan sedang menunggu arahan.

"Skim pinjaman mudah ini akan mengenakan kadar faedah empat peratus dengan pinjaman maksimum sehingga RM30 ribu dan ianya bagi menampung kos perniagaan seperti modal pusingan, sewaan tapak, bahan mentah dan kelengkapan perniagaan.


Dalam hal ini kita alu-alukan kemudahan ini kerana dalam suasana ekonomi yang meruncing dan masalah aliran tunai mereka maka dana ini dijangka akan dapat membantu mereka," katanya kepada Harakah di sini baru-baru ini.

Beliau turut mempersoalkan ke mana perginya dana RM100 juta itu dan menganggap ianya satu lagi bukti kukuh janji dicapati.

"Bajet lulus dalam parlimen bukan buat pengumuman dalam upacara di luar tapi sehingga hari ini belum dilaksanakan, kalau kita lihat Bank Rakyat boleh beri RM32 juta kepada peniaga Pakistan, Deepak tanpa faedah untuk 10 tahun.

"Kalau ikut pasaran hari ini faedahnya RM12 juta tapi Bank Rakyat bagi percuma dan ini merugikan Bank Rakyat sedangkan bajet untuk bantu peniaga kecil kena empat peratus dan sampai sekarang belum diperuntukkan lagi," ujarnya.

- Harakah 11 - 14 SYAABAN 1435 / 9 - 12 JUN 2014

Musab Umair

Tiada ulasan:

Pengikut