Pengikut

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted by Admin Direktori Blog | | Posted on 3:13 PTG

sumber :-

Anak Muda Kampung Nak Senang


Tapir di Malaysia terancam dan kepupusan, sumbangan cuma RM15,000

Posted: 17 Jun 2014 09:26 PM PDT




17 Jun 2014 – Eksploitasi secara besar-besaran kawasan hutan untuk kegiatan pertanian, pembangunan mahupun pemburuan menyebabkan tapir meninggalkan habitatnya dengan berpindah ke tempat lain.

Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Prof. Maketab Mohamed berkata, ancaman itu menyebabkan tapir berkemungkinan pupus akibat menyusup ke kawasan pinggir bandar sehingga banyak kes haiwan ini mati dilanggar kenderaan sewaktu mencari habitat baharu.

Ujarnya, usaha proaktif perlu dilakukan oleh semua pihak bagi memastikan pemuliharaan tapir secara berterusan demi kesinambungan generasi mamalia itu.

"Kita menubuhkan tabung Tapir di Mutiara Resort Taman Negara (MTNR) untuk membolehkan orang ramai menghulurkan sumbangan untuk mengumpul dana bagi tujuan usaha pemuliharaan haiwan ini," ujarnya selepas melancarkan Program Konservasi Tapir, di Kuala Tahan, dekat sini semalam.

Pada majlis itu, Pejabat Pelancongan Pahang menyampaikan sumbangan RM15,000 kepada MNS untuk tabung konservasi tapir bagi tujuan pendidikan dan konservasi haiwan berkenaan.

Comments (0)