Pengikut

Pakatan Rakyat

Posted by Admin Direktori Blog | | Posted on 3:32 PTG

sumber :-

Pakatan Rakyat


SIASAH

Posted: 28 May 2014 03:13 PM PDT

Oleh HARIS ZALKAPLI

Semasa konflik di Syria memuncak pada 2012 hingga 2013, pandangan umum di hampir seluruh dunia Islam termasuk Malaysia banyak dipengaruhi sentimen sektarian, sehingga mencetuskan suasana tegang dan perpecahan yang berleluasa.

Sepanjang tempoh itu, wacana tentang mazhab dan geopolitik yang tercetus daripada konflik itu dikuasai oleh sudut pandang yang menyeleweng, yang membingkaikan seluruh isu ini menjadi isu pertembungan antara aliran Islam Sunni dan Syiah, dengan tuduhan paling ringan ialah golongan Syiah dipimpin Iran didakwa sedang berusaha untuk menguasai seluruh dunia Islam.

Banyak sekali pertubuhan bukan kerajaan dan ilmuan Islam termasuk dari Asia Barat memperjuangkan isu Syria dengan bersemangat sekali, dan hampir kesemuanya menangani konflik ini dari sudut pertembungan sektarian, dan membawa sekali kempen-kempen propaganda yang berniat jahat, sama ada secara sengaja atau disebabkan kenaifan.

Kempen-kempen ini jelas kelihatan disusun sebegitu rupa dan digerakkan secara global, dengan mesej kebencian yang seragam terhadap aliran Syiah. Kempen ini dapat dilihat di mana-mana, termasuk jaringan media sosial di internet, yang menerima sambutan hangat umat Muslim global.

Kempen-kempen ini membawa mesej yang mudah dan simplistik, seperti meletakkan semua kesalahan sepenuhnya di pihak rejim Bashar al-Assad, yang disokong oleh kuasa Syiah Iran.

Umat Muslim semua diseru menyokong usaha menentang rejim Bashar, dan dituntut memberi bantuan kewangan, tetapi yang lebih utama ialah usaha penentangan terhadap pemerintah Syria, dan memberi sokongan penuh kepada pemberontak.

Penentangan ini diberikan justifikasi keagamaan, dikemukakan dengan mudah sebagai pertentangan antara hak dengan batil secara hitam putih, mengabaikan segala kemungkinan dan muslihat lain yang timbul sepanjang konflik berlangsung.

Suasana panas ini berjalan selama sekitar tiga tahun, sehingga memecah-belahkan umat di banyak negara dalam dunia Islam, mencetuskan pelbagai tindakan tidak rasional dan menampakkan kesannya hingga ke hari ini, walaupun pada masa pihak-pihak berkepentingan yang terlibat telah mula mengubah pendirian atau pendekatan.

Dalam konflik di Syria, dari sudut geopolitik serantau, secara umumnya dua kumpulan besar terlibat, yakni Syria yang disokong Iran dan Rusia, dan kelompok pemberontak yang pelbagai disokong oleh Arab Saudi, Qatar, Turki dan kuasa-kuasa Barat.

Tetapi pembahagian ini tidak menjelaskan dengan mudah pecahan ideologi, mazhab, dan kepentingan geopolitik masing-masing pihak yang terlibat, walaupun melibatkan dua pihak yang berada di kelompok yang sama.

Satu contoh yang mudah ialah Arab Saudi dan Qatar, yang berkongsi agenda yang sama menjatuhkan Bashar di Syria, tetapi tidak sepakat dalam pendirian siapa yang akan mengambil alih dan berkuasa di Syria selepas kejatuhan rejim Bashar.

Saudi dan Qatar yang pada awalnya kelihatan bersatu akhirnya bertembung dan mengambil haluan berbeza dalam konflik di Syria, dengan masing-masing menyokong kumpulan yang berbeza dan bertentangan antara satu sama lain.

Kemuncaknya dilihat apabila Arab Saudi, Bahrain dan Kuwait memanggil pulang duta masing-masing dari Qatar sebagai tanpa protes terhadap agenda dasar luar Doha yang dilihat menjejaskan keselamatan negara-negara Arab jirannya itu.

Tindakan Saudi dan sekutu ini kelihatan dapat dilakukan selepas Emir Sheikh Hamad bin Khalifa al-Thani turun takhta dan menyerahkan kepimpinan kepada anaknya, Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani.

Konflik di Syria dan peranan kuasa-kuasa serantau ini berada di tengah-tengah pergeseran antara negara-negara Arab Teluk Parsi yang sedang berlaku ini. Kebangkitan di Syria untuk menjatuhkan Bashar tidak berjalan seperti yang dijangka oleh kuasa-kuasa terbabit yang berkepentingan, sehingga membawa kepada perubahan yang sedang berlaku melibatkan mereka pada masa ini.

Beberapa peristiwa penting yang berlaku telah menampakkan perubahan pendekatan dan sikap kuasa-kuasa terbabit dengan konflik di Syria, yang membawa implikasi serius kepada negara-negara terbabit.

Arab Saudi telah menunjukkan perubahan apabila mufti besarnya, Sheikh Abdulaziz Al al-Sheikh pada Oktober 2013 mengatakan jihad ke Syria salah dan tidak perlu. Sebelum itu, pada 2012, Sheikh Ali al-Hikmi, seorang autoriti agama di Arab Saudi juga berfatwa mengharamkan jihad ke Syria.

Larangan ini dilihat sebagai perubahan sikap Riyadh ekoran ramai warganya pergi berperang di Syria, dan dikhuatiri akan membawa pemikiran dan pendekatan radikal dan militan apabila pulang. Radikalisasi dan militarisasi yang berpunca langsung daripada konflik Syria akhirnya menjadi satu penyebab perubahan agenda kuasa-kuasa yang terlibat.

Paling jelas menunjukkan perubahan di pihak Riyadh ialah tindakan menamatkan khidmat Putera Bandar bin Sultan sebagai ketua perisikan Arab Saudi pada April lalu. Bandar yang dikenali sangat rapat dengan pihak konservatif di Amerika Syarikat berperanan besar dalam tindakan Riyadh berhubung Syria, terutama melibatkan pembekalan senjata kepada militan yang berperang menentang kerajaan Bashar.

Penyingkiran Bandar di Riyadh dan penurunan takhta Sheikh Hamad di Doha menjadi petunjuk paling penting perubahan agenda negara-negara kuasa serantau melibatkan konflik di Syria. Saudi mula menyelaraskan dasar Syria dengan dasar AS yang menentang al-Qaeda dan kumpulan-kumpulan sepertinya, manakala Qatar mula berundur daripada dasar luar agresif yang bermula di bawah emir lama.

Pada masa yang sama, Bashar masih bertahan di Damsyik, dan kumpulan penentang-penentangnya di Syria terus menunjukkan ketidaksepakatan malah berperang sesama sendiri. Beberapa kumpulan pula telah terpinggir apabila dikaitkan dengan al-Qaeda dan dikategorikan sebagai pengganas oleh Washington.

Di Malaysia, kesan seperti radikalisasi dan peningkatan sentimen sektarian telah merebak dan berleluasa, dalam kalangan golongan elit dan juga masyarakat awam, akibat kelemahan dan sikap tidak bertanggungjawab ramai pihak yang terlibat, termasuk agamawan yang terpengaruh dan dipergunakan.

Selari dengan dasar AS, Malaysia telah mula bertindak terhadap militan di negara ini, menggunakan undang-undang Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, tindakan yang kelihatan bermula sejurus selepas Presiden AS Barack Obama menamatkan lawatan rasmi ke negara ini.

Semangat dan sentimen yang tercetus akibat konflik di Syria, kini mendatangkan kesan yang jauh berbeza berbanding apa yang dibembar-gemburkan dan dirasai sebelum ini. - Mei 25, 2014

DUNIACACAMARBA

Posted: 28 May 2014 03:02 PM PDT

Pengantin Baharu Dirogol 3 Lelaki, Pelajar 13 Tahun Dirogol Kekasih Baru Dikenali

Posted: 28 May 2014 06:31 AM PDT

[BH] Kinabatangan: Polis menahan tiga lelaki warga Indonesia kelmarin dipercayai ada kaitan dengan kes merogol bergilir-gilir seorang wanita berusia 18 tahun yang baharu dua bulan berkahwin.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat, berkata polis menerima aduan daripada mangsa beberapa hari selepas kejadian didakwa berlaku pada jam 6 petang 14 Mei lalu di Ladang Leepang 5. 

Mangsa dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk pemeriksaan lanjut manakala kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. 

Mangsa dikatakan dirogol ketika pergi ke tepi sungai berhampiran rumahnya di situ untuk membuang air besar berikutan tandas di kediamannya rosak.

Diekori 3 suspek 

Dalam perjalanan, mangsa diekori tiga suspek yang kemudian menariknya ke dalam ladang kelapa sawit sebelum merogol mangsa secara bergilir-gilir.

Mangsa kemudian menceritakan perkara berkenaan kepada suaminya beberapa hari selepas kejadian sebelum dibawa membuat laporan polis. 

Di Sandakan, seorang pelajar Tingkatan Satu mengadu dirogol kekasih yang baharu dikenali dua minggu menerusi Facebook ketika berjumpa di tangga sebuah bangunan di Jalan Singapura di sini, kira-kira jam 3.30 petang kelmarin.

Dalam kejadian berkenaan, mangsa dikatakan bertemu remaja berusia 18 tahun itu selepas sesi persekolahan sebelum suspek menawarkan diri untuk menghantarnya pulang ke rumah.

Bagaimanapun ketika melalui sebuah bangunan, mangsa mendakwa diajak oleh suspek untuk ke bahagian atas bangunan terbabit dan ketika berbual, suspek dipercayai memujuk mangsa untuk melakukan hubungan seks.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Fadzil Mohd Ali mengesahkan ada menerima aduan. -28/5/14

[Video] Kalah Piala Thomas Kerana Khairy Bodoh - Raja Bomoh

Posted: 28 May 2014 05:35 AM PDT

[Suara TV] Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim menyifatkan Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai punca kekalahan skuad Piala Thomas dan perlu memikul tanggungjawab dengan meletakkan jawatan sebagai menteri.

Ini kerana, menurutnya kenyataan Khairy sebelum ini meminta masyarakat agar tidak meletakkan sebarang harapan kepada skuad negara itu.

"Ini kerana sejak awal-awal lagi dia telah mengatakan skuad ini tidak akan masuk ke peringkat akhir, tetapi bila dapat masuk peringkat akhir dia (cuba) ambil kesempatan (publisiti)" ujar.

Ibrahim turut meminta Khairy agar meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang menteri.

Menurutnya sebagai seorang menteri yang diberi tanggungjawab menjaga dan membangunkan sukan negara,

Khairy sepatutnya terus memberikan semangat kepada para pemain dan bukannnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menajtuhkan moral pemain.

Namun sebaik sahaja pasukan badminton negara berjaya melangkah ke separuh akhir menentang Jepun, Khairy dikatakan terhegeh-hegeh mencari publisiti dengan menghadiri perlawanan akhir itu.

"Dia mengata, kemudiannya memuji. Menteri (KJ) ini bodohlah, dia patut meletakkan jawatan" ujarnya lagi.

Memetik laporan Utusan Malaysia sebelum ini, Khairy dilaporkan meminta rakyat negara ini agar tidak meletakkan harapan tinggi terhadap skuad Piala Thomas negara untuk melakar kejayaan yang besar pada kejohanan dwi tahunan itu.

Beliau berkata, peluang skuad kebangsaan untuk sampai ke peringkat separuh akhir adalah amat sukar

"Saya rasa lebih elok jika kita meletakkan satu sasaran yang sederhana kerana saya tidak mahu ada yang memberikan harapan yang terlalu tinggi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Malaysia Purple League.

Menurut Khairy, harapan yang diletakkan terhadap skuad badminton negara perlulah lebih realistik bersesuaian dengan barisan pemain yang Malaysia miliki pada masa sekarang.

Sultan Perak Mangkat

Posted: 28 May 2014 12:54 AM PDT

[MK] Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat pada jam 1.30 petang hari ini.

Perkara itu diumumkan oleh menteri besar Datuk Seri Zambry Abd Khadir secara langsung di RTM hari ini.

Ekoran kemangkatan itu, bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang selama 100 hari di negeri itu manakala bendera Malaysia pula selama seminggu.

Semua hiburan dan keraian ditanggguhkan dalam tempoh tujuh hari.

Menteri besar juga mengumumkan cuti umum di Perak selama sehari esok sebagai tanda berkabung.

Jenazah almarhum akan dibawa ke Istana Kuala Kangsar esok pagi dan akan dimakamkan selepas asar. -28/5/14

P/s: Takziah.


Berkaitan:
[TMI] Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat pada jam 1.30 petang hari ini, kata Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Menteri besar Perak itu mengumumkan perkara itu dari Kuala Kangsar, Perak dan disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebentar tadi.

Almarhum berusia 86 tahun.

Beliau meninggalkan isteri, Raja Permaisuri Tuanku Bainun Muhammad Ali, seorang bekas guru, dan empat anak mereka iaitu Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah; Raja Datuk Seri Azureen Shah, Raja Eleena dan Raja Yong Sofia.

Seorang lagi putera, Raja Ashman Shah meninggal dunia pada 2012.

Pengembumian akan diadakan esok selepas solat Asar di Makam Diraja Kuala Kangsar.

Sultan Perak ditabalkan secara rasmi sebagai Sultan Perak ke-34 pada 1985. Sebelum ini, baginda mempunyai kerjaya cemerlang dalam sistem kehakiman Malaysia, dan pernah menjadi Ketua Hakim Negara pada 1982.

Pada 1989, Sultan Azlan menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-9, berkhidmat selama lima tahun, sebelum kembali ke takhta Perak pada 1994.

Khabar angin tersebar mengenai kemangkatan Sultan sejak Ahad, tetapi, perkara itu tidak benar.

Sultan Azlan Shah menjadi pemerintah Perak selepas kemangkatan bapa saudaranya, Sultan Idris Shah pada 1984.

Baginda juga adalah bekas Pro-Canselor Universiti Sains Malaysia dan terkini Canselor Universiti Malaya.

Sultan Azlan menjadi presiden Persekutuan Hoki Malaysia sehingga 2005 dan kekal sebagai presiden Persekutuan Hoki Asia dan ahli lembaga eksekutif badan global sukan itu, Persekutuan Hoki Antarabangsa.

Kejohanan Hoki Sultan Azlan Shah adalah kejohanan hoki tahunan yang disertai beberapa banyak negara dan diadakan di Ipoh.

Raja Azlan Shah dilahirkan pada 19 April, 1928 di Batu Gajah, Perak.

Baginda adalah putera kepada Sultan Yusuf Izzuddin Shah (1948–1963) dan Toh Puan Dewangsa Khadijah Ahmad.

Ketika kecil, Raja Azlan Shah dibesarkan oleh bondanya di luar lingkungan diraja. – 28 Mei, 2014.

Remaja Diratah 38 Lelaki: 12 Suspek Ditahan Setakat Ini

Posted: 28 May 2014 12:41 AM PDT

[Mstar] KOTA BARU: Polis sudah memberkas 12 orang termasuk seorang gadis berusia 17 tahun bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan lebih 30 suspek dalam satu kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman berkata empat daripada mereka termasuk gadis berusia 17 tahun itu diberkas pukul 4 pagi Selasa di Ketereh dan mereka kini ditahan reman selama tujuh hari.

Perintah reman terhadap tiga lelaki berusia antara 17 dan 30 tahun serta gadis berkenaan bermula pada Rabu, katanya yang ditemui pemberita di luar mahkamah majistret, di sini, Rabu.

"Polis pada hari ini (Rabu) telah menahan lapan lagi suspek berkaitan kes itu masing-masing pada pukul 4 pagi dan 10.30 pagi ini di sekitar Ketereh," katanya.

Katanya polis akan mendapatkan perintah reman terhadap kesemua lapan suspek berusia 20 hingga 30-an itu Khamis. 

Semua suspek lelaki yang ditahan juga positif dadah sementara gadis itu pula dipercayai membantu suspek lain dalam kejadian tersebut, katanya.

Sementara itu, Azham tidak menolak kemungkinan remaja perempuan berusia 15 tahun itu turut diliwat.

Katanya, polis turut akan meneliti laporan perubatan mangsa bagi membantu siasatan.

"Kami menjangkakan kes itu ditutup dalam masa terdekat kerana suspek berusia diantara 20 hingga 30 tahun dipercayai berasal dari kampung yang sama.

"Kami juga tidak menolak kemungkinan remaja perempuan itu turut diliwat.

"Polis mempunyai alasan untuk percaya bahawa hampir kesemua suspek berada pada pengaruh dadah ketika melakukan jenayah itu," katanya.

Menurut Azham, polis menubuhkan pasukan khas bagi mengesan saki-baki suspek dalam kes yang disiasat menurut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian 7.30 petang itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian. -28/5/14

Dakwaan Enam Budak Diseludup di FB Tidak Benar

Posted: 28 May 2014 12:06 AM PDT

[HM] Alor Setar: Dakwaan penahanan sebuah lori ayam yang dipercayai cuba menyeludup enam kanak-kanak tempatan ke negara jiran untuk diambil organ mereka seperti tersebar dalam laman sosial Facebook sejak semalam disifatkan sebagai tidak berasas.

Difahamkan, 'kekecohan' tercetus di ruang maya berikutan status seorang lelaki dalam laman sosial berkenaan mendakwa kejayaan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam menahan lori ayam terbabit.

Lelaki itu turut mendakwa lori terbabit membawa enam kanak-kanak iaitu tiga daripada mereka tidak boleh bercakap, dibius dan disorokkan di bahagian tengah kenderaan terbabit.

Pada masa sama, status berkenaan turut tersebar luas melalui aplikasi Whatsapp dan WeChat yang bertujuan untuk disebarkan kepada orang ramai bagi memaklumkan kejayaan pihak berkuasa itu.

Komander UPP Kedah Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, pihaknya sudah menyiasat laporan seperti didakwa menerusi status laman sosial itu tetapi tiada sebarang tangkapan membabitkan lori ayam dilaporkan setakat ini.

Menurutnya, pihaknya masih menyiasat tujuan pemilik akaun Facebook itu membuat status demikian selain meminta orang ramai tidak panik atau bimbang mengenai apa yang dinyatakan dalam laman sosial berkenaan.

"Saya dimaklumkan mengenai perkara ini dan tidak tahu menahu mengenai penahanan lori ayam berkenaan. Ini berikutan setiap laporan berkaitan tangkapan akan dimaklumkan kepada saya terlebih dahulu, tetapi semua anggota dan pegawai saya tidak tahu mengenai perkara itu.

"Adalah mustahil penyeludupan membabitkan lori ayam dari negara ini ke Thailand kerana biasanya lori ayam hanya akan masuk dari negara jiran ke sini dan kenyataan itu membuktikan ia adalah tidak sahih," katanya ketika dihubungi, di sini.

Menurutnya, anggota UPP melakukan pemeriksaan ketat di kedua-dua hala laluan dalam sekatan di Kilometer 1.3 Lebuhraya Changlun-Bukit Kayu terhadap kenderaan yang keluar masuk dari negara ini ke Thailand selain dibantu kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan itu untuk pemantauan.

Katanya, beliau tidak menafikan berkemungkinan penyeludupan kanak-kanak boleh berlaku, tetapi pasukan UPP bersama agensi penguat kuasa lain di sekitar kawasan sempadan sentiasa melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa untuk memastikan perkara itu tidak akan berlaku.

"Saya meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung penyeludupan manusia boleh menghubungi balai polis berhampiran atau memaklumkan kepada UPP supaya tindakan boleh diambil, bukan sekadar menghebahkannya melalui laman sosial kerana akan mencetuskan panik.

"Malah, kita menasihatkan ibu bapa supaya mengawasi anak-anak mereka supaya tidak menjadi mangsa penyeludupan dan sebarang maklumat kehilangan anak atau anggota keluarga boleh memaklumkan kepada pihak berkuasa supaya siasatan boleh dilakukan," katanya. -28/5/14

[Gambar] Polis Tahan Sebahagian daripada 38 Suspek Ratah Pelajar Tingkatan 3

Posted: 27 May 2014 09:48 PM PDT

[HM] Kota Bharu: Polis menahan 10 individu termasuk seorang remaja perempuan bagi membantu siasatan kes dua pelajar dirogol 38 orang dalam kejadian di Ketereh, di sini, Selasa minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Azham Othman berkata, salah seorang suspek yang ditahan adalah mangsa rogol berusia 15 tahun.

Katanya, empat daripada suspek ditahan kira-kira jam 4 pagi semalam manakala selebihnya ditahan jam 3.30 pagi tadi.

Seorang suspek perempuan berusia 17 tahun ditahan reman enam hari, manakala tiga lagi seminggu.

"Semua suspek ditahan di Kampung Hutan Pasir dan Kampung Padang Lembek.

"Polis masih lagi mengesan semua suspek lain bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya. - Siti Fatimah Hassan/28/5/14

[Kejam] 2 Pelajar Tingkatan 3 Dirogol 38 lelaki

Posted: 27 May 2014 05:28 PM PDT

[BH] Kuala Lumpur: Dua pelajar Tingkatan Tiga dirogol beramai-ramai oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh, Kelantan sehingga kemaluan mangsa cedera.

Dalam kejadian pada 20 Mei lalu, seorang rakan lelaki mereka dipaksa menyaksikan perbuatan kejam itu oleh lelaki berusia 20 hingga 40-an terbabit. 

Bagaimanapun, dua daripada suspek berjaya ditahan kelmarin dan polis sedang menjalankan gerakan besar-besaran memburu 36 lagi suspek. 28/5/14

Berkaitan:

Pelajar Tingkatan 2 Jadi Mangsa Rogol Lebih 30 Lelaki

[Mstar] PETALING JAYA: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang keluar untuk bertemu rakan perempuannya dipercayai menjadi mangsa rogol berkumpulan oleh lebih 30 lelaki di sebuah rumah kosong di Ketereh, Kelantan pada malam Selasa lalu.

Sumber polis berkata, seorang rakan telah meminta pelajar Tingkatan 2 dari Guchil, Kuala Krai itu untuk mengambilnya di Ketereh.

Mangsa kemudiannya menghubungi rakan lelakinya untuk membawanya ke Ketereh yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Kuala Krai.

Sumber berkata, selepas mengambil rakan mangsa di Ketereh, sahabat lelakinya membawa mereka ke sebuah rumah kosong di Ketereh untuk berehat.

Sebelum meninggalkan rumah tersebut, mereka telah ditahan oleh seorang lelaki.

Selepas itu, sekurang-kurangnya 40 lelaki masuk ke rumah kosong tersebut dan membawa dua remaja perempuan itu ke dalam sebuah bilik dan merogol mangsa secara bergilir-gilir.

Tidak dapat dipastikan sama ada rakan mangsa turut dirogol kerana dia belum membuat sebarang laporan polis berhubung insiden itu.

Mangsa, yang pengsan selepas diperkosa sekumpulan lelaki itu tersedar pada keesokan harinya dengan mengadu sakit dibahagian kemaluannya.

Menurut sumber, mangsa yang takut untuk memberitahu kedua-dua ibu bapanya mengenai insiden itu, tinggal di rumah saudara teman lelakinya sehingga 24 Mei lalu.

Selepas itu barulah mangsa memaklumkan kepada bapanya di Kuala Krai mengenai insiden tersebut.

"Apabila di pulang ke rumah pada Ahad, mangsa dibawa ke hospital Kuala Krai kerana kemaluanya mengalami pendarahan yang teruk," kata sumber.

Bapa mangsa kemudiannya membuat laporan polis mengenai insiden tersebut pada hari yang sama.

Sumber berkata kes tersebut masih dalam siasatan polis. -28/5/14

Comments (0)