Pengikut

Pakatan Rakyat

Posted by Admin Direktori Blog | | Posted on 3:08 PTG

sumber :-

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 02 May 2014 03:08 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:08 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


4 GOLONGAN LELAKI YANG DITARIK KE NERAKA OLEH WANITA

Posted: 01 May 2014 11:19 PM PDT

Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka adalah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar sholat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat. menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana sholatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adiknya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.(p/s; Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas… kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak…jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat… dan tidak menutup aurat.)

4. Anak-anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram di sisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata-ngatai dan sebagainya…maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak…. dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.(p/s; Duhai anak2 lelaki…. sayangilah ibumu….nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa…. karena ibu juga insan biasa… sekali lepas dari melakukan dosa… selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api' neraka….jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

HIMPUNAN BANTAH GST: TAKDAK YANG KENA TIKAM PUN

Posted: 01 May 2014 06:00 PM PDT


Tiada peserta himpunan bantah GST cedera ditikam seperti didakwa, kata polisPeserta himpunan bantah GST hari ini berkumpul di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad untuk menyuarakan ketidakpuasan terhadap kenaikan kos hidup. Polis menafikan terdapat kes tikaman semasa perhimpunan itu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 1 Mei, 2014.

Tiada peserta perhimpunan bantah cukai barang dan pendapatan (GST) cedera atau ditikam seperti didakwa di internet, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad.

Beliau berkata gambar yang didakwa dihantar oleh Twitter Papa Gomo menunjukkan seorang peserta terlantar atas pengusung akibat ditikam merupakan gambar lama.

Zainuddin berkata dakwaan tersebut "tidak benar sama sekali".

Tentang laporan bahawa tiga jurukamera media cedera semasa membuat liputan perhimpunan itu, beliau berkata pihak polis belum menerima sebarang laporan mengenainya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata keadaan di ibu kota terkawal pada pukul 5 petang ini, walaupun terdapat beberapa lokasi dipenuhi peserta himpunan bantah GST, dan pada pukul 5.30 petang, kesemua peserta beredar dari lokasi perhimpunan dan keadaan kembali normal.

"Ada berlaku insiden kecil seperti tolak-menolak antara peserta, namun keadaan masih terkawal," katanya.

Beliau berkata polis akan tetap melaksanakan kawalan keselamatan di lokasi-lokasi tertentu bagi memastikan keadaan selamat.

"Saya menasihatkan peserta perhimpunan supaya tidak menimbulkan kekecohan sehingga menganggu ketenteraman awam," katanya.

Mohmad turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mengamalkan sikap toleransi dan bekerjasama demi mengekalkan keamanan serta kesejahteraan bandaraya Kuala Lumpur. – Bernama, 1 Mei, 2014.

TMI

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 02 May 2014 01:46 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 1:46 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Comments (0)