Selasa, 13 Mei 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ikhlas buat laporan polis terhadap Pengarah Imigresen N.Sembilan

Posted: 12 May 2014 09:46 PM PDT


Ikhlas buat laporan polis terhadap Pengarah Imigresen N.Sembilan
12 Mei 2014

SEREMBAN: Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah hari ini membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Seremban terhadap Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Omar.

Dalam laporan polis tersebut Mohd Ridzuan berkata Faizal Fazri selaku Pengarah Imigresen Negeri Sembilan telah gagal dan cuai melaksanakan tugas sebagai penjawat awam dalam menangani isu pendatang asing yang telah melanggar Akta Imigresen.

Mohd Ridzuan berkata disebabkan itu telah wujud peniaga-peniaga warga asing haram yang berani melanggar peraturan kerajaan.

"Mereka (peniaga warga asing haram) menyekat periuk nasi peniaga tempatan khususnya peniaga Melayu. Duit hasil perniagaan mereka kirim ke negara asal melalui money changer tanpa membayar cukai perniagaan (Lembaga Hasil Dalam Negeri)

"Rasuah melibatkan penjawat awam berkenaan dan penambahan kerakyatan pendatang asing. Pasar malam, Uptown, Bazaar Ramadhan, kawasan kampung dan bandar telah dimonopoli. Terlibat dengan gejala sosial, kongsi gelap, jenayah kekerasan dan harta benda awam. Kewujudan MyKad dan Passport Antarabangsa klon dan membawa penyakit merbahaya," katanya.

Tiada ulasan:

Pengikut