BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 14 Apr 2014 03:17 PM PDT Dibelasah selepas tegur rakan lakukan mukaddimah zina Posted: 14 Apr 2014 07:01 AM PDT | Gambar hiasan |
Niat baik seorang wanita cuba menasihati rakannya supaya tidak membawa pulang teman lelaki ke rumah sewa didiami dibalas dengan derita apabila dia cedera teruk ditendang dan dipijak berulang kali.
Dalam kejadian jam 4 pagi kelmarin, mangsa yang berusia 28 tahun cedera di kepala dan badan selepas diserang rakan serumahnya itu di Pandan Indah, di sini.
Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang sedang tidur di biliknya terjaga sebaik mendengar bunyi bising di ruang tamu.
Menurutnya, mangsa yang membuka pintu bilik terkejut apabila terserempak seorang lelaki dipercayai kekasih rakan serumahnya itu.
"Mangsa kemudian memanggil rakan serumahnya itu sebelum menegur perbuatan dosa berkenaan.
Teguran itu bagaimanapun menyebabkan suspek tidak berpuas hati.
"Suspek yang berusia 20-an memaki hamun namun mangsa hanya mendiamkan diri," katanya.
Menurutnya, suspek kemudian bertindak menumbuk dan menendang mangsa sambil diperhatikan teman lelakinya itu.
"Tidak cukup dengan itu, suspek turut memijak kepala dan perut mangsa sebaik mangsa terjatuh.
Mangsa cuba merayu supaya tidak diapa-apakan namun rayuannya tidak diendahkan.
"Suspek dikatakan memukul mangsa hampir 10 minit sebelum berhenti sebaik ditenangkan teman lelakinya itu.
Pasangan itu kemudian bergegas meninggalkan rumah itu," katanya.
Katanya, suspek mengugut mahu mencederakan mangsa sekiranya dia masih mencampuri urusannya.
"Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dan badan dibawa rakan lain ke Hospital Ampang (HA), di sini," katanya.
"Mangsa yang dirawat sebagai pesakit luar kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah, di sini," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan. | DAP lobi 46 ahli parlimen bukan Islam tentang hudud Pas Posted: 14 Apr 2014 06:01 AM PDT Hasrat Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa untuk melobi 87 ahli Parlimen beragama Islam bagi menyokong usul rang undang-undang persendirian hudud kerajaan negeri Kelantan bakal mendapat tentangan DAP. Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng (gambar), berkata setakat ini 50 ahli Parlimen menyatakan tentangan terhadap hudud termasuk 38 ahli Parlimen DAP, MCA (7), Gerakan (1) dan MIC (4). "Seramai 38 ahli Parlimen DAP secara terbuka menyatakan tidak akan mengundi usul persendirian yang dikemukakan PAS. "Kami memerlukan sokongan 25 ahli Parlimen lagi melalui cara melobi ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bukan beragama Islam bagi menyokong kami membantah rang undang-undang ini," katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Parlimen Segambut, hari ini. Usul persendirian hudud yang akan dikemukakan oleh ahli Parlimen PAS akan dapat ditentang DAP sekiranya mereka mendapat sokongan melebihi dua pertiga ahli Parlimen iaitu seramai 75 orang. Annuar pada Sabtu menyatakan kesediaannya untuk melobi ahli Parlimen Umno selain sebelumnya pernah menyatakan sokongan terhadap rang undang-undang persendirian hudud. "Jika PAS ingin membawa perkara ini melalui undang-undang persendirian, maka kita mengalu-alukan dan saya sedia melobi ahli Parlimen Umno supaya menyokong. "Saya sudah bercakap dengan sebahagian besar ahli parlimen Umno dan mereka positif menyokong," katanya kepada Sinar Harian. Dalam sidang media yang turut dihadiri Ahli Parlimen Ipoh Timur Thomas Su dan Ahli Parlimen Lanang Alice Lau, Lim berkata usaha melobi ahli parlimen bukan Islam BN bukan sahaja digerakkan DAP malah oleh parti komponen BN sendiri. "Usaha ini tidak dilakukan sendirian. Kami akan menggesa ahli parlimen MCA dan MIC untuk sama-sama memujuk ahli parlimen BN yang lain," katanya. Thomas berkata usaha melobi itu akan dilaksanakan pada masa terdekat dan mereka kini dalam proses mengumpulkan maklumbalas dan membuat persediaan. Ketika ditanya adakah MCA pernah menyatakan sokongan secara peribadi untuk menentang hudud, Lim berkata: "MCA menyatakan dalam media beberapa kali tujuh ahli parlimennya tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian hudud. "Saya juga difahamkan Gerakan dan MIC turut tidak menyokong usul itu," katanya. Lim berkata berdasarkan kenyataan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali semalam, apa yang difahami kesemua ahli parlimen PKR turut akan memberi tentangan terhadap hudud. "Menurut kenyataan Azmin apabila ditanya media, beliau berkata PKR akan mengikut apa yang dipersetujui dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu kerangka dasar bersama. "Maknanya PKR tidak bersetuju PAS membawa usul persendirian untuk melaksanakan hudud di Kelantan untuk dibawa ke Parlimen," katannya. Azmin ketika ditemui media semalam berkata PR tetap tidak akan berganjak dengan pendiriannya mengenai isu hudud seperti yang dipersetujui melalui konsensus antara DAP-PAS-PKR sejak 2011. Katanya, pendirian Majlis Presiden Pakatan Rakyat sedia ada kekal dan sudah dipersetujui semua pihak. Ahli Parlimen Gombak itu berkata sehingga kini PR masih menunggu penjelasan PAS Kelantan berhubung pelaksanaan hukum hudud di negeri itu. – 14 April, 2014. | Alasan jumpa bakal mertua, gadis dirogol teman lelaki Posted: 14 Apr 2014 01:36 AM PDT | Gambar hiasan |
Kuala Lumpur: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun diperdaya kononnya mahu dibawa berkenalan dengan bakal keluarga mentua sebelum dirogol teman lelakinya di sebuah pangsapuri di Pandan Indah di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, suspek berusia lewat 20-an memberi alasan dan memujuk mangsa kononnya mahu dibawa pulang ke rumah untuk dipertemukan dengan ahli keluarganya. Menurut sumber, mangsa dikatakan baru berkenalan dengan suspek sejak tiga minggu lalu melalui media sosial 'WeeChat' sebelum membuat temu janji. "Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudiannya bertemu dengan lelaki terbabit berhampiran kawasan perumahannya di Serdang, Selangor. "Mereka kemudian berbual seketika sebelum suspek mengajak mangsa pulang ke rumahnya dengan alasan untuk diperkenalkan kepada ibu bapa," katanya. Katanya, mangsa yang teruja dengan dakwaan itu bersetuju mengikut teman lelaki baru dikenalinya itu. Sumber itu berkata, mangsa yang tiba ke rumah suspek bagaimanapun terkejut apabila mendapati rumah itu tidak berpenghuni sebelum meminta supaya dihantar pulang. "Bagaimanapun, suspek menarik tangan mangsa masuk ke dalam biliknya sebelum merogol remaja itu Mangsa cuba melawan dari diperkosa namun dipukul berulang kali oleh suspek. "Suspek kemudian menghantar mangsa pulang ke rumah selepas merogol mangsa," katanya. Susulan itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah di sini, berhubung kejadian itu. "Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan pihak polis yakin lelaki terbabit akan ditahan dalam masa terdekat," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan. | 'Alah, gambar cium mulut aje, bukan romen buka baju pun...' Posted: 14 Apr 2014 12:01 AM PDT Astaghfirullah… kronik sangat dah generasi muda sekarang ini. Bayangkan, gambar panas begini bukan sahaja sewenang-wenangnya dikongsikan di Facebook tanpa malu untuk tatapan orang ramai, malah mendapat LIKE sampai ratusan pula. Tak cukup dengan itu, ada pula yang bagi komen teringin mahu lakukan aksi sama. Kata budak yang teringin tu: Masalah sekarang ni cuba korang tengok betul-betul gambar ni, benda cium mulut je bukan beromen sampai buka baju seluar gile! Macamlah korang tak pernah cium mulut kan? Mustahil weh. Dari situ dapat dilihat, 'setakat' cium mulut adalah perkara biasa bagi budak-budak zaman sekarang. Apa nak dikata lagi? Ibu bapa silalah pantau aktiviti anak-anak anda untuk memastikan mereka tak terjebak dengan aktiviti tak bermoral di luar. Jangan lupa, pastikan juga anda jadi salah seorang 'Friend' di Facebook anak-anak anda agar tahu dengan siapa dia berkawan dan sekaligus mengelak mereka mengepos gambar bukan-bukan seperti ini! - MYNEWSHUB Sumber: hotisusemasa.blogspot.com | Susulan kes suara azan, lelaki 'dihambat' pindah dari rumah Posted: 13 Apr 2014 11:01 PM PDT SUSULAN laporan polis yang dibuat oleh seorang lelaki berusia 56 tahun kerana mendakwa terganggu oleh suara azan fardhu subuh dan juga suara mengaji pada kira-kira pukul 5.45 pagi, 8 Mac lepas, semalam dia menerima tetamu. Dengar ceritanya di laman sosial, sekumpulan orang didakwa dari sebuah parti politik telah pergi membuat lawatan dan bersua dengan tuan empunya rumah Mohd Said Mohamed Jaid. Beberapa keping gambar berkaitan lawatan itu juga sudah disebarkan di laman sosial dan turut dilaporkan di laman blog. Kumpulan itu dapat berjumpa dengan Mohd Said pada pukul 11.40 pagi dan difahamkan tuan rumah itu yang hanya menyewa diminta berpindah jika berasa terganggu oleh azan dan mengaji Al-Quran. Mereka juga dilihat menggantung poster manila kad yang tertulis "Kalau tak nak dengar azan, pindah saja, tak payah nak report polis,". Antara kata-kata lain yang ditampal di pagar rumah berkenaan ialah "Duduk dan pindah dalam hutan kalau tak mau dengar azan faham, jangan campur masyarakat.. Kawan dengan monyet atau jadi orang utan.. Faham…," menurut poster itu. Di laman sosial berkenaan, tidak pula dijelaskan apa yang diperkatakan oleh Mohd Said ekoran ketidakpuasan hatinya itu. Kerana lebih adil rasanya untuk sertakan juga luahannya yang menyebabkan sehingga dia tergamak membuat laporan polis berkenaan hal itu. BenciAzan Pada rangkaian gambar berkenaan terdapat juga gambar beberapa anggota polis dilihat berada di hadapan rumah itu berkemungkinan meminta kumpulan berkenaan agar beredar dari kawasan rumah itu. – MYNEWSHUB.MY | Aurat: Raja Azmi makin jahil agama selepas pulang dari umrah? Posted: 13 Apr 2014 07:01 PM PDT Sebenarnya, mudah saja. Kalau tak ada ilmu bab agama usahlah kita pandai-pandai keluarkan kenyataan mengikut logik fikiran semata-mata. Itulah yang boleh dikatakan terhadap komen berani mati yang dikeluarkan oleh Raja Azmi dalam program hiburan terbitan TV9, Galaksi. Apabila ditanya oleh wartawan mengapa dia tidak menutup aurat selepas pulang dari mengerjakan umrah, Raja Azmi menyatakan dia mahu mencukupkan solat lima waktu dahulu kerana baginya itu lebih penting. Tak apalah kalau dia tidak kisah orang tahu solatnya compang camping pada usia sudah 55 tahun, namun ayat seterusnya dari mulut pengarah dan produser filem ini agak kontroversi kerana membabitkan hukum agama. Raja Azmi dirakam berkata, "Kak Mi akan pakai (tudung) bila-bila Kak Mi nak pakai seperti pergi majlis keagamaan. Tapi hari-hari biasa tu Kak Mi rasa tu tak penting. "Kalau betul (tak pakai tudung) satu dosa yang amat besar sampai orang kata kalau orang perempuan tak tutup rambut akan masuk neraka Kak Mi tak boleh terimalah semua tu." Tambah Raja Azmi, yang penting baginya adalah amal ibadat dalam solat yang perlu dibetulkan dahulu. Ditegur wartawan apa yang dikatakannya itu boleh dianggap lantang Raja Azmi menjawab, "Kak Mi bercakap sebab dah fikir sebab tu lantang bercakap. Kalau tak fikir Kak Mi akan cakap benda yang bodoh." Sebenarnya jika sudah tahu kita bersalah tidak mengikut hukum agama atas apa alasan sekalipun, sebaik-baiknya tidak perlu menegakkan benang yang basah. Apa pun marilah kita sama-sama berdoa semoga Raja Azmi dan kita semua sentiasa diberikan hidayah olehNya. MYNEWSHUB
Sumber Video: Facebook TF Crew | Engku Emran 'ngorat' Erra kembali Posted: 13 Apr 2014 06:31 PM PDT SHAH ALAM - Hasrat bekas suami pelakon dan pengacara Erra Fazira, untuk memenangi hatinya terbukti apabila gambar anak perempuan mereka memakai baju putih dengan tulisan #prayformomandayah telah dimuatnaik di laman Instagram semalam. Bekas suami Erra, Engku Emran Engku Zainal Abidin turut menyatakan hasrat dan keinginannya untuk memujuk dan memulihkan kembali rumah tangga mereka. Menurutnya, anak perempuan mereka, Engku Aleesya, 5 turut bersetuju dan teruja apabila beliau menyatakan hasrat mahu memikat kembali hati ibunya. "Saya perlu mulakan langkah terlebih dahulu, sejak tiga hari lalu saya cuba hantar mesej pesanan ringkas kepadanya dan luahkan perasaan sayang saya pada dia. "Saya mengaku saya masih menyayangi dia dan saya tidak malu untuk berusaha memujuknya untuk kembali," katanya dalam status pada gambar yang disiarkan di laman instagram miliknya. Menurutnya, insiden perceraian yang terjadi pada 18 Febuari lalu adalah satu kesilapan dia mahupun Erra. Emran dan Erra telah bercerai pada 18 Februari yang lalu dengan talak satu setelah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun namun dia tidak bersedia untuk mendedahkan punca perceraian mereka. Emran pada sebelum ini turut memuat naik beberapa keping gambarnya dan Erra menerusi akaun miliknya iamkumbre untuk mengimbas semula saat-saat indah perkenalan mereka. Hashtag #prayformomandayah dan juga #prayforerrakumbre diwujudkan buat peminat yang menyokong penyatuan semula pasangan ini. Menurutnya lagi, dia turut berharap agar semua pihak serta peminat turut mendoakan yang terbaik buat keluarganya. | Hudud: PBB kritik Brunei Posted: 13 Apr 2014 06:15 PM PDT | Rupert Colvile |
PEJABAT Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia (OHCHR) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengkritik keputusan Brunei yang mahu melaksanakan hukum hudud di negara itu, lapor AFP. Jurucakap OHCHR, Rupert Colvile berkata, pihaknya prihatin dengan keputusan Brunei dalam pelaksanaan hukum hudud yang memperuntukkan hukuman mati bagi beberapa kesalahan. Beliau memberitahu pemberita, kesalahan-kesalahan ini termasuk rogol, zina, liwat, hubungan seks luar nikah untuk orang Islam termasuk jenayah lain seperti rompakan dan pembunuhan. Beliau turut menyentuh kesalahan lain seperti menghina Nabi Muhammad SAW, al-Quran dan hadis boleh dijatuhi hukuman mati. "Pelaksanaan hukuman mati bagi pelbagai kesalahan ini melanggar undang-undang antarabangsa," katanya. Tekannya, melalui undang-undang antarabangsa, hukuman rejam hingga mati diklasifikasikan sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan bermaksud ia diharamkan di bawah perjanjian hak asasi manusia. Sejak 1957, Brunei tidak melaksanakan hukuman mati. Oktober tahun lalu, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memperkenalkan hukuman hudud, termasuk merejam sampai mati mereka yang didapati bersalah kerana berzina. Akta baru undang-undang syariah itu dikatakan telah dikaji selama bertahun-tahun. | #MH370: CIA tahu hal sebenar Posted: 13 Apr 2014 06:01 PM PDT | Seorang tentera Australia melakukan misi pencarian melalui udara menggunakan helikopter Tiger 75, S-70B-2 Seahawk. Foto EPA |
WASHINGTON - Seorang penulis berasal dari Amerika Syarikat (AS) yang juga penyiar radio tempatan, Dr Kevin Barrett mempercayai bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS mengetahui perihal sebenar apa yang terjadi kepada pesawat MH370. Dr Kevin, pemegang Doktor Falsafah Arab-Islamoligi dan pengkritik Perang dan Keganasan terkenal Amerika menyatakan pendapat itu menerusi saluran Press TV, semalam. "Kehilangan pesawat itu tidak masuk akal. Ia tidak mungkin hilang begitu saja," katanya. Menurutnya, beberapa individu di pangkalan CIA di Alice Springs, Australia tahu mengenai perihal sebenar mengenai pesawat itu. "Maka itu kerajaan Malaysia meminta mereka untuk membantu, namun sehingga kini Malaysia tidak mendapat sebarang respons," katanya. Beliau juga bertegas bahawa terdapat individu yang menutup perkara sebenar dalam kejadian ini. "Sesuatu tidak logik apabila timbul maklumat mengenai pesawat terbabit mengubah haluan, terbang ke arah yang salah dengan beberapa penduduk terlihat ianya terbang rendah di sekitar Kepulauan Maldives lalu menuju ke Diego Garcia dan hilang begitu sahaja. "Perkara ini sangat aneh dan tidak masuk akal," katanya menurut laporan Mirror. | Isu suara azan: Penjelasan mengapa laporan polis dibuat Posted: 13 Apr 2014 04:01 PM PDT Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam pasti terkejut dengan satu laporan polis yang tersebar baru-baru ini. Manakan tidak, jikalau si pembuat laporan adalah seorang non-muslim sudah tentu kita tidak terperanjat. Namun, kali ini adalah seorang lelaki melayu muslim. Dan sudah tentu ramai yang marah akan tindakan lelaki itu. Namun agak menghairankan apabila gambar wajah lelaki itu seakan tidak melambangkan wataknya. Dengan ketayap yang sentiasa melekat di kepala dan perwatakan yang sederhana, sudah tentu ada perkara lain yang membuatkan beliau tampil membuat laporan polis itu. Pakcik Mohd Said Mohamed Jaid ketika rumahnya didatangi orang ramai yang tidak berpuas hati. Kredit photo: Ohartis.com Hari ini, satu artikel pencerahan ditulis oleh seorang penduduk di kawasan kejiranan masjid itu. Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang menerangkan punca sebenar kejadian itu berlaku. Jom baca penerangan beliau dibawah: Assalamualaikum
Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9. Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan?
Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi :
Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu. Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaan Tarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuat sehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.
Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11malam.
Cuba kita bayangkan dengan jarak rumah kariah ada yang 10meter sahaja dari corong speker akan melalui perkara ini hari-hari......nak mengadu takut dikatakan Anti majlis ilmu....Anti Masjid....maka terpaksalah tanggung selamanya perkara ini biarpun Solat kaum ibu terganggu, anak2 kecil tak lena tidur, orang2 tua yang nak berehat, anak2 sekolah yang nak study dan lain2 lagi.
Perkara ini telah ditegur oleh Pengarah Jakim Dr Ismail Ibrahim dari tahun 2002 lagi tetapi masih ada lagi Masjid yang tak ambil kisah. Jika dulu kita dikampung-kampung jarak rumah yang agak jauh, pak bilal baca Tarhim kita seronok sebab didengari sayup-sayup aje, tapi tidak sama dengan suasana diTaman2.
Rasullah pun pernah menegur sahabatnya yang membaca Al Quran didalam masjid dengan suara yang kuat, apatah lagi jika siap guna 15 biji speker ? sudah pasti menganggu jemaah yang lain. Fikir-fikirkanlah
Jom Mengajiiii tak ngaji ceroiiiilah.
Mohon ampun dan maaf jika pencerahan yang saya berikan ini ada menyentuh mana-mana pihak.
Wassalam.
~Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang Mungkin pencerahan ini masih tidak dapat diterima oleh sesetengah orang. Apapun, marilah kita bersangka baik terhadap pakcik Mohd Said. - TengokTVonline | |
Cucu Tok Selampit Posted: 14 Apr 2014 01:26 PM PDT Bukti Kerjasama Orang Ramai Dan Kakitangan Awam Dapat Elak Kejadian Tidak Diingini - Tahniah @SPADchannel Posted: 14 Apr 2014 02:12 AM PDT CTS amat tertarik dengan perbualan atau lebih kepada aduan permasalahan seorang pelayar laman sosial Twitter yang mengadu kepada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), menerusi akaun Twitter @SPADchannel. Aduan yang dibuat adalah berkaitan Go KL City Bus yang mengalami tayar yang tiada bunga yang boleh mengundang kemalangan. Tahniah kepada pelayar Twitter berkenaan yang peka dengan keselamatan orang awam dan bertanggungjawab membuat aduan.
Sikap sensitif masyarakat ini dapat mengelakkan sesuatu kemalangan dari berlaku. Tahniah juga buat kakitangan SPAD yang bertugas mengawal selia akaun Twitter yang bertindak cepat (kurang dari 5 jam) untuk menyelesaikan aduan berkenaan. Kalau semua kakitangan awam bertindak sebegini, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang indah untuk didiami. | 'Blue Wave Army' - Ini Penjelasan Datuk Ahmad Maslan Posted: 13 Apr 2014 10:56 PM PDT Media maya semalam 'havoc' dengan kenyataan spontan Datuk Ahmad Maslan ketika menjawab soalan pemberita mengenai perlunya diwujudkan 'Blue Wave Army' untuk melawan 'Red Bean Army'. Untuk merungkai kekusutan Datuk Ahmad Maslan hari ini mengeluarkan kenyataan pendek dan ringkas seperti berikut:
"Saya tidak jaga media sosial BN. Itu kerja DS Ahmad Shabery Chik. Yang juga ketua Biro / Jabatan Media Sosial BN. Bila media tanya saya semalam lepas rasmi Konvensyen UMNO Cheras & Penerangan GST, elok ke BN ada jentera media sosial, saya kata memanglah elok. Apa namanya tak jadi hal. Pemberita itu sebut 'Blue Wave Army'. Dan nama itu sebenarnya bukan baru. Saya response BWA ke atau apa-apa nama. Terpulanglah. Yang penting media sosial BN utk terangkan isu & serang pembangkang mesti ada secara aktif. Dan saya juga sebut media sosial BN jangan memfitnah seperti pembangkang. Sebarkan cerita kebenaran Kerajaan & BN dengan pantas. Itu sudah memadai utk masa ini. Salam.
ABM, 14/4/14" | The Straits Times Guna Keputusan Soal Selidik @tm_insider Untuk Burukkan Kerajaan Malaysia Isu #MH370 ? Posted: 13 Apr 2014 08:16 PM PDT Tidak dapat dipastikan apakah motif akhbar terkemuka negara jiran Singapura, The Straits Times mengunakan hasil kajian yang dilakukan oleh sebuah akhbar pro pembangkang, The Malaysian Insiders, untuk membuat rumusan bahawa separuh daripada Rakyat Malaysia percaya bahawa Kerajaan telah menyembunyikan fakta berkenaan misteri kehilangan pesawat MH370.
CTS memang tidak pernah percaya dengan soal selidik yang dilakukan secara online. Pertama, kredibiliti keputusan berkenaan yang diperolehi daripada badan yang pro pembangkang amat diragui sama sekali. Keduanya, dari segi responden. Berapa ramai responden? Hanya 1,029 orang! Adakah 1,029 orang yang melayari portal The Malaysian Insiders mewakili keseluruhan Rakyat Malaysia? | SPAD Akan Buat Siasatan Terperinci Kemalangan Bas Dua Tingkat Di Bentong - Raub Posted: 13 Apr 2014 01:00 AM PDT Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menjalankan siasatan terperinci ke atas syarikat bas yang terbabit dalam kemalangan yang meragut tiga nyawa di KM11, Jalan Bentong-Raub berdekatan kawasan Bilut tengah malam Sabtu lalu yang menyebabkan tiga penumpang maut. Bas ekspres dua tingkat itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan membawa 68 penumpang termasuk pemandu terlibat dalam kemalangan selepas melanggar tiang elektrik di sebelah kanan jalan sebelum terbalik.
Sebagai tindakan segera, SPAD akan meneliti secara terperinci segala aspek pengurusan keselamatan, pemandu dan penyelenggaraan syarikat berkenaan, ia berhubung dengan makluman awal yang mengatakan bahawa pemandu tidak memberi tumpuan kepada pemanduan kerana kerap mengunakan handphone di ketika sedang memandu dan melalui siasatan awal juga, ujian air kencing terhadap pemandu bas yang berumur 35 tahun juga negatif.
SPAD juga tidak akan berkompromi dan pasti mengambil tindakan tegas ke atas pengendali sekiranya mereka melanggar syarat-syarat yang termaktub dalam pekeliling serta Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Dalam kemalangan itu, selain tiga yang maut, sembilan lagi penumpang parah apabila bas ekspres dua tingkat yang dinaiki dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar tiang lampu jalan dan terbalik. Bas yang boleh memuatkan sehingga 69 orang termasuk pemandu itu hanya membawa 68 orang ketika kejadian.
Untuk makluman berikutan tragedi bas di Tanah Tinggi Genting tahun lalu, pihak SPAD telah mengeluarkan Pekeliling mengenai pelaksanaan kod amalan industri bagi keselamatan pengendali bas yang beroperasi di kawasan tanah tinggi, Pekeliling berkenaan memberi penekanan serius kepada aspek keselamatan kenderaan yang beroperasi di tanah tinggi. Selain itu, Pekeliling mengenai SPAD ICOP-Keselamatan juga telah dikeluarkan pada 9 September 2013 yang mengkehendaki pengendali bertanggungjawab memastikan segala aspek pengurusan pemandu dan penyelenggaraan kenderaan dilakukan secara betul dan berkala.
Sehingga kini, sebanyak 2,300 syarikat pengendali bas telah menghadiri latihan SPAD ICOP–Keselamatan yang telah dijalankan sejak Disember 2012. SPAD juga telah mengaudit 24 syarikat bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan jalanraya dan telah menggantung sebanyak enam lesen pengendali dan membatalkan dua permit pengendali yang didapati bersalah atas kesalahan di bawah SPAD ICOP-Keselamatan dan APAD 2010. | |
THE FLYING KICK Posted: 14 Apr 2014 01:25 PM PDT |
tun faisal dot com Posted: 14 Apr 2014 01:08 PM PDT |
Apa Yang Tersirat Posted: 14 Apr 2014 01:08 PM PDT MH370: Amerika Sepatutnya Beritahu Di Mana Pesawat itu Posted: 14 Apr 2014 05:32 AM PDT Mengapa Amerika tidak beritahu di mana pesawat itu? Sedangkan pada 13 Mac, Pentagon berkata, pesawat itu terhempas di Lautan Hindi. Negara itu memerlukan lebih sebulan untuk menafikan bahawa pesawat itu tidak mendarat di Diego Garcia. FLIGHT MH370 FACTBOX Flight MH370 took off from Kuala Lumpur International Airport en route to Beijing at 00:41 on Saturday 8 March (16:41 GMT Friday). About 50 minutes later, the aircraft lost contact with air traffic control. No distress call was made. On board, there were 12 Malaysian crew members and 227 passengers from 14 countries. That included 153 Chinese and 38 Malaysians. Two Iranian male passengers, Pouria Nour Mohammad Mahread and Delavar Syed Mohammad Reza, were travelling on fake passports. Neither had any apparent links to terrorist groups. No debris from the plane has been found in the international search. | MH370: Sekurang-kurangnya Perlu Dua Bulan Lagi Mengetahui Khabarnya Posted: 14 Apr 2014 04:44 AM PDT | The underwater search zone is currently a 1300-square-kilometre patch of the seabed, about the size of Los Angeles. The sub takes six times longer to cover the same area as the ping locator, and will need about six weeks to two months to canvass the current underwater zone. The signals are also coming from 4500 metres below the surface, which is the deepest the sub can dive. The surface area being searched on Sunday for floating debris was 57,506 square kilometres of ocean extending about 2200 kilometres north-west of Perth. Up to 12 planes and 14 ships were participating in the hunt. |
| MH370: Pemetaan Dasar Laut Bermula Posted: 14 Apr 2014 03:14 AM PDT | How does Bluefin-21 work? Bluefin-21 is a probe equipped with side-scan sonar. Such technology uses acoustic sounds to create a picture of the sea floor. After emitting a sound the submarine then waits to receive a response, before calculating the distance from those results. The bottom of the search area now being combed, while extremely deep - some 4,500m - it is not especially mountainous. That said, despite the area being generally flat experts have warned that the search is a long and painstaking process. |
| MH370: Bakal Misteri Selamanya Posted: 13 Apr 2014 05:05 PM PDT Masuk hari ke-37, kehilangan MH370 bersama 239 penumpang termasuk kru, setakat ini tiada sebarang clue, kecuali "pancaran" kononnya daripada "kotak hitam" pesawat itu yang kali terakhir dikesan pada 8 April.
Pesawat yang berlepas daripada KLIA pada pukul 12.41 pagi 8 Mac tujuan Beijing, seharusnya mendarat pada pukul 6.30 pagi hari yang sama di destinasi terakhirnya itu; sebaliknya dinyatakan berakhir di Lautan Hindi.
Berbagai terori menyelubungi kehilangan pesawat itu, termasuk ianya telah dirampas dan di daratkan di suatu lokasi. Kalau menurut Russia, pesawat itu di daratkan di perbatasan Pakistan yang dikawal Taliban. Para penumpang dan kru masih selamat, namun dibahagi-bahagikan kepada beberapa kumpulan, selain ada kumpulan yang diseludup ke Aganistan untuk dijadikan persiai.
Selain itu, banyak yang percaya, bahawa pesawat itu sebenarnya didaratkan di Diego Garcia, 3,500 km daripada Kuala Lumpur; bekalan minyak kapal itu mencukupi untuk di terbangkan ke Pengakalan Amerika itu. Selepas penumpang dan kru diturunkan, pesawat diterbangkan dengan drone lalu dihempaskan di lokasi liputan pencarian. Liputan pencarian ini, merupakan satu kawasan yang amat sukar, selain kedalaman laut, akan tetapi juga terdapatnya gaung dasar laut yang bernama Diamantina Trench yang mempunyai kedalaman 19,000 kaki. Selain itu, kawasan itu mempunyai dasar laut yang berlumpur; sehingga boleh menimbusi sebarang objek keras yang berat; atas sebab pemetaan dasar laut akan sukar mengesan sebarang objek.
Kini, pancaran daripada "kotak hitam" jika benar pesawat itu dihempaskan di lokasi itu tidak akan dapat dikesan lagi, memandangkan bateri beacon itu sudah tamat. Bateri sesebuah kotak hitam adalah 30 hari, walaupun secara teorinya boleh mencapai 40 hari.
Melihat keadaan yang ada, kehilangan pesawat MH370, akan selama-lamanya misteri. | |
PEJUANG BANGSA Posted: 14 Apr 2014 11:15 AM PDT RAKYAT P.PINANG BERANG , BANGKIT BANTAH KENAIKAN TARIF AIR KERAJAAN DAP @dzainalabidin Posted: 13 Apr 2014 05:30 PM PDT
Cadangan Kerajaan Pulau Pinang untuk menaikkan kadar tarif air di negeri ini terus mendapat bantahan pelbagai pihak apabila sekumpulan penduduk yang menggelarkan diri mereka 'Himpunan Anak-anak Penaga' berkumpul secara aman membantah cadangan itu hari ini.Wakil kumpulan itu, Mohd Sukor Md Yusof, 42, berkata cadangan menaikkan kadar tarif air itu hanya menambah beban rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah."Selama ini pun, rakyat sudah dibeban dengan caj perkhidmatan air selepas Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menaikkan surcaj pemuliharaan air (WCS) sebanyak dua kali iaitu pada 2010 dan 2013."Sekarang kadar tarif air pula mahu dinaikkan sebanyak 100 peratus yang dijangka hujung tahun ini, ia sangat membebankan pengguna terutama mereka yang mempunyai keluarga besar," katanya kepada pemberita selepas bantahan aman itu di sini.Bantahan oleh kira-kira 40 penduduk jati Penaga diadakan di kawasan pekan Penaga di sini dengan sebahagian mereka memegang sepanduk membantah cadangan kenaikan tarif air itu.Baru-baru ini, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri memberi kebenaran kepada PBAPP untuk menjalankan kajian mengenai kenaikan tarif air sebagai langkah terakhir bagi mengurangkan penggunaan air di Pulau Pinang, yang mencatatkan kadar tertinggi di Malaysia. Lim yang juga pengerusi PBAPP berkata sekiranya tarif air di negeri ini dinaikkan, kadarnya masih merupakan yang terendah berbanding di negeri lain, iaitu RM0.31 bagi setiap 1,000 liter padu untuk 35,000 liter pertama. Menurutnya langkah pendidikan dan surcaj penjimatan air yang dikenakan sebagai hukuman ke atas pengguna sebelum ini, gagal membendung sikap pembaziran air di negeri ini.Mohd Sukor turut mendesak kerajaan negeri supaya menghapuskan surcaj WCS itu kerana ia mengakui bahawa kaedah itu gagal mendidik rakyat berjimat dalam menggunakan air.Beliau berkata kerajaan negeri juga mungkir janji apabila cuba menaikkan tarif air kerana menerusi manifesto yang dilancarkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13, ia menyatakan tiada kenaikan kadar caj perkhidmatan air di negeri ini.
| |
Dari Kau Seja Bah Tu... Posted: 14 Apr 2014 09:48 AM PDT Daftar Harga Terbaru HP Samsung Galaxy S5 SM-G900I Posted: 13 Apr 2014 12:15 PM PDT Harga HP - Samsung merupakan salah satu vendor HP yang sangat digemari di Indonesia. Apalagi dengan memberikan fitur-fitur yang sangat lengkap kepada penggunanya. Sehingga samsung apat mengerti betul keiinginan para penggunanya.
Hape Samsung yang terkenal dengan Operating System Android nya kini sudah sangat berkembang pesat. Tak lagi Samsung hampir mengusai seluruh pengguna Android di Indonesia. Android kini sudah tidak asing lagi di Indonesia, mulai dari harga termurah hingga termahal juga banyak diperjual belikan.
Tetapi, sebagai user yang sangat mengerti betul dengan teknologi, anda pasti bisa dapat memilih dan memilah yang sangat cocok dengan anda. Mungkin Samsung Galaxy S5 adalah salah satu target yang menjadi incaran anda.
| Rp. 8.499.000,- |
Spesifikasi HP Samsung Galaxy S5 SM-G900I :
TAHUN Tahun : 2014
GENERAL Network : GSM 850 / 900 / 1800 / HSDPA 850 / 900 / 2100, LTE 800 / 850 / 900 / 1800 / 2100 / 2600
LAYAR Tipe : Super AMOLED Capacitive Touchscree, 16M colors Ukuran : 1080 x 1920 pixels, 5,1 inches (~432 ppi pixel density) Multitoch, Corning Gorilla Glass 3 - TouchWiz UI
DIMENSI Ukuran / Berat : 142 x 72,5 x 8,1 mm / 145 gr
AUDIO Fitur : Vibration, MP3, WAV ringtones Jack : 3,5 mm Jack Audio Speakerphone : Ya
MEMORY Internal : 16 / 32 GB storage, 2 GB RAM External : MicroSD up to 128 GB
DATA 3G : HSDPA, 42,2 Mbps; HSUPA, 5,76 Mbps; LTE, Cat4, 50 Mbp UL, 150 Mbps DL EDGE : Ya GPRS : Ya WLAN : Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, dual-band, DLNA, Wi-Fi Direct, Wi-Fi Hotspot Bluetoth : v4.0 with A2DP, EDR, LE Infrared : Ya USB/ Port : microUSB v.30 (MHL 2), USB On-the-gp, USB Host, NFC
KAMERA Primer : 16 MP, 5312 x 2988 pixels, autofocus, LED flash, Dual Shot, Simultaneous, HD video and image recording, geo-tagging, touch focus, face and smile detection, image stabilization, HDR. Sekunder : 2 MP, 1080p@30fps, dual video call Video Record : 2160p@30fpd, 1080@60fps, video stabilization, dual-core rec.
BATERAI Talk Time : Up to 21 hours Tipe : Li-Ion 2800 mAh battery Standby : Up to 390 hours
FITUR OS : Android OS, v.4.4.2 (KitKat) CPU : Qualcomm Snapdragon 800, Quad-core 2,5 GHz Krait 400 Browser : HTML5 GPS : A-GPS suppoert and GLONASS Messaging : SMS (threaded view), MMS, Email, Push Mail, IM, RSS Fitur Tambahan : Fingerprint sensor - IP67 certified - dust and water resistant - Water resistant up to 1 meter and 30 minutes
FITUR LAIN Video Player : MP4/DivX/XviD/WMV/H.264/H.23 player MP3 Player : MP3/WAV/eAAC+/FLAC player TV : TV-out (via MHL 2 A/V link)
Sekian dulu Daftar Harga HP Samsung Galaxy S5 yang dapat saya berikan. Semoga dapat menjadi referensi anda dalam memilih HP idaman anda, dans emoga informasi yang diberikan sangat bermanfaat bagi teman - teman semua. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan