Selasa, 3 Disember 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 03 Dec 2013 03:07 PM PST

[KD] AMPANG 2 DIS: Penswastaan syarikat Beras Nasional (Bernas) yang menguntungkan hanya seorang individu umpama lintah darat yang menghisap 200,000 pesawah miskin di negara ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, penguasaan Bernas oleh jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary antara contoh penyelewengan pimpinan Umno.

Menurutnya, Bernas yang diswastakan pada 1995 dan awal '96 diluluskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau menjawat Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan Menteri Kewangan.

"Bila Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir putus nak swastakan Bernas, dia luluskan dulu kemudian barulah kertas sampai kepada Menteri Kewangan," dedah Ketua Umum KEADILAN itu.

Anwar berkata, ketika itu beliau memberi jaminan di luar dan di dalam Parlimen jika berlaku penswastaan, kerajaan tidak sesekali meminggirkan kepentingan pesawah padi.

"Saya bagi jaminan walaupun kita swastakan, kerajaan tidak akan bertolak ansur untuk pertahankan kepentingan pesawah padi di negara ini," katanya lagi pada Ceramah Perdana dan Penerangan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) di Padang Tasek Tambahan, Ampang malam tadi.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, kerajaan pada waktu itu menjamin Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) yang juga dianggotai pesawah padi akan diberikan 10 peratus saham.

Begitu juga Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) termasuk nelayan-nelayan kecil memperoleh 10 peratus saham, manakala Pertubuhan Peladang (Mada), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) dan pekerja Bernas masing-masing memperoleh 5 peratus saham meliputi jumlah keseluruhan 45 peratus.

Tauke besar bantah

Menurut Anwar, agihan saham itu yang pada mulanya dibantah kroni Umno berjaya dilaksanakan hanya sehingga beliau dipenjarakan pada 1998.

"Tauke-tauke besar macam Tun Daim (Zainuddin) bantah, dia kata buat apa nak bagi 45 peratus kepada pesawah, peladang sebab mereka tak tahu berniaga.

"Industri beras ini menyentuh kepentingan rakyat miskin. Siapa lagi yang nak pertahankan golongan itu bila beras diswastakan. Alhamdulillah pemberian saham dapat dipertahankan 45 peratus," katanya.

Sambung Anwar, nasib pesawah tidak lagi terbela apabila pemberian saham tersebut ditarik semasa beliau dipenjarakan dan saham tersebut dianugerah kepada Syed Mokhtar yang mengaut keuntungan berlipat ganda.

"98 saya cuti di 'istana hinggap' Sungai Buloh, 45 peratus saham itu dan syarikat Bernas dibeli atau dijual kepada Tan Sri Syed Mokhtar. Syed Mokhtar sekarang mempunyai 84 peratus daripada saham Bernas. Mana dia saham untuk Nafas, Peladang, nelayan, staf

Bernas? Semuanya kosong.

"Berapa untung Syed Mokhtar dapat? Import beras setahun satu juta metrik tan. Satu metrik tan dari Vietnam dan negeri-negeri lain untung RM700 setahun dia untung RM700 juta. Apa yang diperoleh pesawah padi…kosong! Syed Mokhtar untung RM1 bilion. Ini yang dikatakan bela nasib Melayu," bidas Anwar.

Sebab itu katanya beliau membantah keras dan meminta Ahli-Ahli Parlimen Umno menjawab isu ini tetapi mereka menikus malah mencerca beliau di media Umno.

"Saya kata saya bela hak 170,000 pesawah padi miskin dan angka ini menurut Jabatan Pertanian. Dari jumlah itu, 95 peratus adalah Melayu. Selebihnya sedikit kaum Cina di Sekinchan, Bidayuh, Iban dan Kadazan di Sabah dan Sarawak. Tetapi kalau mengikut Lembaga Pertubuhan Peladang, jumlah pesawah dan petani seramai 200,000.

"Dalam Parlimen, saya tanya MP BN mana pembela Melayu? Kamu bela Melayu mana? Saya pula jawab, saya pertahankan hak 200,000 pesawah padi Melayu miskin. Tapi kamu guna kuasa pertahan seorang yang bernama Syed Mokhtar, seorang pun MP BN tak berani bangkit. Dia maki saya dalam TV3 tiap malam tak apa. Bila berdepan tak ada seorang yang berani bangkit kerana ini adalah fakta.

"Bernas ini syarikat kerajaan, pasal apa nak bagi dekat seorang. Dia balas saya balik, dia kata pasal apa Anwar marah sangat Melayu ini (Syed Mokhtar) sebab dia kaya.

"Saya tak peduli. Dia kaya bagus…tapi jangan jadi lintah darat yang hisap darah orang miskin. Sebab itu mereka gunakan media untuk cerca kita. Mereka kata kita ini khianat pada Melayu. Melayu mana? 200,000 pesawah yang miskin, siapa sebenarnya yang khianat," kata Anwar menegaskan penyelewengan ini mesti dihentikan dan pastikan perubahan akan berlaku.

PENYAPU SIAL

Posted: 03 Dec 2013 01:22 PM PST

Ada 12 negeri bernaung di bawah Persekutuan Tanah Melayu dan sebelas daripadanya mempunyai kerajaan negeri masing-masing dengan legislatifnya sendiri. Masing-masing mempunyai identiti sendiri dan boleh dilihat perbezaan daripada satu negeri dengan satu negeri yang lain dalam banyak bidang.

Ada sebuah negeri yang dinamakan Negeri Terengganu Darul   Tak Beriman  aka Darul Runtuh. Ia agak lain daripada yang lain kerana akhir-akhir ini tidak banyak lagi bangunan selamat dimasuki dan diduduki. Ini disebabkan acap kali kita mendengar berita atap dan bumbung bangunannya mudah runtuh dan membahayakan orang ramai.

Terakhir, kejadian bumbung runtuh Kolej Universiti Tati, di Teluk Balung walaupun ia baru sahaja digunakan selama 14 bulan. Selepas ini tidak tahu bangunan mana pula yang akan runtuh. Kejadian bumbung runtuh ini sudah sinonim dengan Terengganu dan tiada siapa tahu kenapa ia hanya banyak berlaku di Terengganu.

Tahun ini juga sudah tiga kejadian bangunan runtuh, daripada keruntuhan bangunan masjid hingga ke Pusat Pengajian Tinggi. Di Asia utara ada sebuah negeri, iaitu Bangladesh yang sering menghadapi bangunan runtuh yang melibatkan nyawa ratusan rakyat. Tetapi di negara itu bangunan-bangunan yang runtuh adalah bangunan yang sudah beratus tahun usianya tetapi di Terengganu, usia Universiti Kolej itu hanya 14 bulan. Maka bayangkanlah betapa teruknya tahap keselamatan rakyat di negeri itu hanya disebabkan ada permainan jahat dan rasuah yang tidak terbendung dalam negeri itu.

Jika bangunan yang hanya berusia 14 bulan boleh runtuh bumbungnya, bagaimana agaknya tahap keselamatan di bangunan yang berusia lebih lama daripada itu? Ini sudah pasti berpunca daripada tindakan "cutting corners" yang dilakukan kontraktor-kontraktor binaan yang ingin mendapatkan keuntungan lebih bagi menyediakan wang "kick-backs" yang perlu dibayar kepada yang berkuasa dengan projek itu.

Nampaknya rakyat terpaksa duduk dan tinggal di padang-padang yang luas bagi mengelak risiko dihempap bumbung yang rapuh di negeri itu. Bangunan dan rumah kediaman adalah pelindung kepada manusia daripada di timpa hujan dan menghadapi ribut dan taufan serta tempat duduk bersenang-senangan dengan keluarga tersayang. Jika bangunan tempat hendak berlindung pun tidak selamat bagi manusia di mana lagi manusia hendak mendapatkan perlindungan?

Itulah sebabnya rasuah sebagai musuh umat nombor satu di dunia. Ia boleh menjahanamkan negara dan tamadun manusia. Rasuah tidak akan mendorong sesiapa termasuk pemimpin membuat keputusan dengan betul. Selalu disebutkan penerima atau pemberi rasuah itu adalah mereka yang memakan daging saudaranya sendiri.

Rasuah akan merosakkan segala-galanya. Tidak ada tindakan rasuah yang boleh membantu membuat kebaikan selain memberi keuntungan kepada pemimpin "evil" yang serupa dengan syaitan salutan muka dan tubuh manusia. Syaitan itu dikatakan oleh agama kita sebagai musuh yang nyata. Jika Perdana Menteri yang rasuah maka Perdana Menteri itu adalah musuh kita. Jika isterinya menggunakan kuasa dan pengaruh menjahanamkan negara kita, maka isterinya itu adalah musuh semua.

Begitu juga rasuah itu dilakukan oleh pegawai kerajaan dan pelaksana dasar maka mereka wajib dimusuhi dan jika Menteri Besar melakukan rasuah, elok sahaja mereka ditolak serta merta. Rakyat perlu sedar betapa bahayanya mereka jika dipimpin oleh pelaku rasuah tegar.

Rasuah ini merupakan satu ketagihan yang sangat susah untuk diubati. Jika penagih dadah dimasukkan kedalam Pusat Serenti untuk dipulihkan, bolehkah tuan-tuan beri tahu dimanakah kita perlu hantar perasuah untuk dipulihkan? Cuma aku mempunyai  sikit  idea di mana mereka ini patut dihantar untuk memulihkan mereka tahap kerosakan identiti mereka dengan menjilat burid ROSMAH bini NAJIB .yang berbau hapak sampai licin dan hilang hapaknya...!!!

Penyakit ketagihan rasuah ini ada jalan untuk diubati. Kalau kerajaan yang sedia ada tak mampu membasminya maka elok la kerajaan HARAMJADAH ini di tolak oleh rakyat dengan tanpa berlengah lengah lagi..

Umno  sendiri pun kata parti itu menolak rasuah tetapi kenapa rasuah berlaku dengan hebatnya di bawah pentadbiran parti itu?Mungkin Ustaz Kazim boleh membersihkan Umno daripada rasuah kerana orang yang beragama tidak berkompromi dengan rasuah.

Kalau si jahil seperti aku  dan mungkin sebahagian daripada anda yang tidak mempunyai latar belakang agama yang kuat, masakan Uztaz Kazim tidak mampu membersihkan Umno daripada masalah ketagihan rasuah di kalangan pimpinan negara kita atau ustaz Kazim teringin merasa tempias RASUAH....kah kah kah

Tiada ulasan:

Pengikut