Astaghfirullahil'azim... sampai 59 tugas yang perlu dilaksanakan sepanjang tahun? Kenapa tak cukupkan saja sampai 60 tugasan? Bagi cikgu-cikgu kita tu "koma" terus kat sekolah...kan senang? Nasib baik la saya buka seorang guru...
Siapa kata kerja cikgu tu senang? Ingat kerja cikgu tu mengajar anak-anak kita, periksa buku sekolah dan organize sukan saja ke? Ingat kalau sekolah cuti maka cikgu-cikgu tu semua cuti sama ke? Pergi pagi balik tengahari? Siapa cakappp???
Kalau tuan puan semua nak tahu... kat bawah ni ada list tugasan cikgu-cikgu kita. Dalam bahasa lain, "job description". Kebanyakkannya semua guna sistem online. Kononnya "online" sebab nak mudahkan guru, tapi sebenarnya lebih menyusahkan...
Contohnya SPPBS. Cikgu perlu update dalam sistem tu pasai maklumat pelajar-pelajar depa. Masalahnya, sistem tu punyalah lembab! Bukan masalah line 512kbps, 1meg atau 4meg. Pakai unifi 20meg sekali pun, sistem tu memang lembab...
Nak tunggu loading pun satu hal, nak update satu-satu data tu makan masa berjam-jam. Mungkin disebabkan uploading data yang buat server tu congested. Maklum la.. kadang-kadang berpuluh-puluh cikgu update data kat sistem tu dalam masa yang sama...
Ada pulak cikgu-cikgu kita yang cuba update data kat sistem tu pukul 2 pagi - 3 pagi. Kononnya nak elak "kesesakan" server SPPBS tu. Tapi sama jugak hasilnya... bank data kat server tu kecik sangat ke kapasitinya?
Saya tertanya-tanya, sapa yang buat sistem tu? Konsultan mana? Berapa juta duit depa charge Kementerian? Awat yang sistem tu teruk sangat? Perkara tu patutnya memudahkan, tapi sekarang ni dah jadi menyusahkan guru-guru kita pulakkkk...???
Tu baru 1 contoh sistem online. Belum lagi kerja-kerja yang melibatkan tulis tangan, kerja luar bilik darjah, kerja kat luar sekolah dan kerja-kerja yang lain. Patut pun profesyen guru ni diiktiraf sebagai kedua paling beri tekanan dalam dunia...!
Aku simpati kat cikgu-cikgu kita. Pada aku, sistem pendidikan yang kononnya "perfect" tu perlu dikaji dari sudut perlaksaan dan practical... Menteri dah buat dasar yang memudahkan. Tapi nampaknya pihak pengurusan/pentadbiran yang nampak kurang cekap melaksanakan...
Cuba tengok senarai kerja yang perlu dilaksanakan cikgu-cikgu kita di sekolah kat bawah ni. Senang jad guru? Siapa kata? Try la jadi cikgu... baru tau betapa susahnya jadi guru. So, nak salahkan cikgu-cikgu kita lagi?
1- E-Operasi
1- E-Pangkat
3- E-Prestasi
4- HRMIS
5- SPLG
6- E-Tukar
7- E-Profil
8- SPPBS
9- Psikometrik
10-E-SPTS
11-APDM
12-SPS
13-SAPS
14-SARANA IBU BAPA
15-Guru Penyayang
16-Mentor Mentee
17-Minda Sihat
18-L4
19-Konsep Kendiri
20-DWEN
21-VLEFrog
22-E-Nilam
23-Zoom A
24-EMIS
25-SSDM
26-SSQS
27-E-Kehadiran
28-IQ PSS
29-PROTIM
30-1MURID1SUKAN
31-Myspata
32-E mateks for spbt
33-E bulk for spbt
34-SISTEM SKPK PRASEKOLAH
35-Penandaan buku latihan
36-Gubal soalan ujian
37-Penghasilan abm
38-Persediaan Buku Rekod Mengajar
39-Penetapan KPI setiap subjek
40-Aktiviti Persatuan
41-Aktiviti Sukan
42-Aktiviti Koakademik
43-Kajian Tindakan
44-Keceriaan Kelas
45-Kemaskini fail kokurikulum
46-Kem motivasi
47-Program susu sekolah
48-Program Pemulihan Pengayaan
49-PAFA
50-Pelaporan Guru Bertugas Harian
51-Program Sekolah Selamat
52-Pelaporan Kantin
53-Program Akses Kendiri
54-Program Pecutan UPSR/PMR/SPM
55-Projek Hikmah
56-Kelas Tambahan Cuti Sekolah
57-Galeria Sekolah
58-Pengurusan Stok dan Rekod
59-Pengurusan Panitia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan