Ahad, 22 Disember 2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Keluhan graduan pendidikan menganggur dengan hutang PTPTN

Posted: 21 Dec 2013 08:55 PM PST


22 Dis 2013 

TEKA TEKI mengenai masa depan graduan ijazah sarjana muda pendidikan IPTA dan IPTS masih lagi menjadi tanda tanya. Ada dalam kalangan daripada kami yang tamat pada Januari 2013 dan Jun 2013 kini masih belum lagi diberi penempatan dan terus dibiarkan menganggur ibarat digantung tidak bertali.

Lebih menyinggung perasaan kami apabila terdapat graduan DPLI-KPLI yang tamat pada Jun 2013 dipanggil terlebih dahulu untuk sesi ditemuduga berbanding kami yang menunggu setahun tanpa ada panggilan temuduga dijalankan.

Dengan bebanan yang terpaksa ditanggung ekoran dengan pelbagai kenaikan yang berlaku adakah adil kepada kami yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan untuk bekerja di kedai serbaneka mahupun pasar malam bagi menolong keluarga dan menampung kehidupan kami sendiri.

Malah, rata-rata dalam kalangan kami perlu untuk melunaskan hutang PTPTN sebanyak RM 26-30 ribu dan belum lagi dikira dengan tambahan kadar faedah yang tertunggak sekiranya kami tidak memulakan pembayaran secepat mungkin.

Untuk makluman, graduan ISMP sukar untuk mendapatkan pekerjaan di sektor lain selain daripada sektor pendidikan kerana kami terpaksa bersaing dengan graduan pasaran terbuka.

Mohon untuk pihak pemerintah mendengar keluhan rakyat bawahan dan tidak hanya menabur janji menyelesaikan segala hal berkaitan dengan rakyat tatkala musim pilihanraya .

Jasa baik dan kerjasama serta sifat toleransi daripada pihak kerajaan amat kami hargai.

Pengerusi
Jawatankuasa 3rd Batch
Gabungan Graduan ISMP Malaysia (GGIM)

Bumiputera tak dapat tempat di N.Sembilan

Posted: 21 Dec 2013 08:44 PM PST


22 Disember 2013

SEREMBAN - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) akan bertemu dengan Yang Dipertuan Majlis Perbandaran Nilai, Datuk Abd Halim Abd Latif bagi membincangkan masalah dihadapi usahawan bumiputera di Nilai 3, dalam masa terdekat ini.

Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, Ikhlas akan berbincang mendapatkan tempat sekurang-kurangnya 50 tapak khas untuk peniaga Melayu di dalam kawasan Nilai 3.

"Bangsa asing dilihat memonopoli pusat perniagaan di situ, maka sudah tentu ia akan menyukarkan peniaga kita berniaga, kalau ada pun mereka hanya menjual makanan dan minuman di tepi-tepi jalan, berbanding bangsa asing yang mampu membuka kedai-kedai besar," katanya.


Tiada ulasan:

Pengikut