Jumaat, 8 November 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 08 Nov 2013 03:24 PM PST


As'salamualaikum . Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, Aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

Kamu banyak mengutuk/menyumpah

Kamu kufurkan kebaikan suami

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya:

Banyak beristighfar

Banyak bersedekah

Keterangan: Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1 – Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2 – Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'.
Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari dua perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW :

"Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendirimelakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW :

"Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki.

Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda.Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

d. Tuturkata/percakapan yang baik.

Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.

Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tutur katanya".

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifatburuk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

Sumber: Tokuban78′s Blog

islamituindah

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

DIALOG RAKYAT

Posted: 08 Nov 2013 03:13 PM PST


KUALA LUMPUR: Projek 1BestariNet kelolaan Kementerian Pelajaran ternyata menghina kapasiti intelek profesyen guru dengan mengenakan sekatan akses kepada beberapa laman web politik.

Projek 1BestariNet bernilai RM663 juta yang diuruskan pihak YTL Communications disebut sebagai bertujuan "mengubah arena pendidikan dan menjadikan Malaysia sebagai model cemerlang di dalam pembelajaran bersepadu berteras internet."

Namun amat mengecewakan apabila akses internet akhirnya dikawal dan dihalang, seolah-olah guru tidak mampu menghadam maklumat yang pelbagai dan membuat keputusan sendiri.

dap

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong; Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari mendedahkan dalam satu kenyataan bersama hari ini bahawa pihak Kementerian menghalang akses kepada beberapa laman web dan blog dapmalaysia.org (DAP Malaysia) liewchintong.com (Liew Chin Tong) ongkianming.com (Ong Kian Ming) dan juga zairil.com (Zairil Khir Johari).

"Malahan, entiti berkaitan BN seperti laman web MCA (mca.org.my) dan laman web Pemuda UMNO (pemudaumno.org.my) juga turut dihalang aksesnya kerana sebab yang tidak diketahui," kenyataan itu dipetik berkata.

Tambah mereka lagi, adalah amat malang pula apabila laman web yang membawa sudut pandang perkauman dan pelampau tidak pula dihalang aksesnya seperti http://pribumiperkasa.blogspot.com dan perkasaonline.com.my. Turut tidak dihalang aksesnya adalah organ rasmi UMNO, umno-online.my, laman web Wanita UMNO, wanitaumno.my dan portal Puteri UMNO, puteriumno.my

"Memandangkan 1BestariNet adalah sebuah projek yang bertujuan menggalakkan budaya pengajaran dan pembelajaran yang akan menjadi kayu ukur piawaian pendidikan pada masa akan datang, adalah sangat menghina sekali untuk meletakkan kawalan dan sekatan ke atas maklumat yang boleh diakses oleh guru dan pelajar," ujar mereka.

ongkianming

"Ia adalah penghinaan tambahan kepada profesyen perguruan, yang sudah pun dibebani setakat ini dengan segala macam tugas pentadbiran, ketimbang urusan mengajar dan memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak kita.

"Kini kebebasan mereka untuk mendapatkan maklumat pun disekat dengan tindakan menghalang akses laman web ini," tambah mereka lagi.

"Kami amat pasti bahawa MCA dan Pemuda UMNO juga turut berminat untuk mengetahui kenapa laman web mereka turut terhalang," ujar mereka lagi sambil menuntut penjelasan daripada Kementerian Pelajaran tentang sebab musabab akses ke laman tersebut dihalang.

"Kami juga menuntut penjelasan tentang pendirian Kementerian mengenai polisi kerajaan dan MSC bahawa internet tidak boleh ditapis." – Roketkini.com

Tiada ulasan:

Pengikut