Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor |
Posted: 09 Nov 2013 08:08 AM PST
KUALA LUMPUR: Kejadian merampas dan melarikan kanak-kanak berumur 20 bulan di Jalan Terasik 7, Bangsar semalam adalah kejadian yang amat mengejutkan dan satu kemalangan besar bagi Sarah Joseph, seorang 'expat' bahasa itu, tulis Aspan Alias. Baginya, jika diambil semasa berada di dalam kawasan rumah sekali pun tidak boleh menjamin keselamatan manusia, di manakah tempat yang benar-benar selamat untuk kita diami. "Kadang-kadang kita mahu juga bertanya, di manakah yang dikatakan Malaysia sebagai negara yang selamat? "Benarkah negara kita selamat untuk melindungi rakyatnya dari kemalangan seperti yang dialami oleh Sarah Joseph ini?" tanya Aspan Alias di dalam blognya. Baginya, jika selalunya kita mendengar kanak-kanak hilang dicuri orang, sekarang tahap jenayah telah meningkat ke tahap yang paling tidak boleh difahami lagi, iaitu merampas anak yang sedang diberi makan oleh ibunya. Menurutnya, kejadian buruk yang di alami oleh Sarah Joseph semalam menunjukkan betapa seriusnya isu keselamatan negara sekarang ini. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan