Seorang penyokong kerajaan hari ini menyelar pihak pembangkang yang mendakwa Parlimen di negara ini tidak demokratik.
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang paling tidak demokratik kerana menafikan hak wakil rakyat Barisan Nasional (BN) untuk bertanya dalam sesi soal jawab lisan.
''Bagaimana Padang Serai (N. Surendran (PKR) kata Parlimen ini tidak demokratik, saban hari kita dengar semua benda dikritik di sini. Saya hendak beritahu DUN Pulau Pinang paling tidak demokratik.
''Sesi soal jawab lisan iaitu benda paling asas itu pun dinafikan oleh pihak kepimpinan DAP Pulau Pinang untuk wakil-wakil rakyat BN bertanya sebagai mewakili rakyat. Bukankah ini paling-paling tidak demokratik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 dalam Dewan Rakyat hari ini.
Dalam perkembangan lain, Reezal Merican turut mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan untuk memberi pelepasan cukai kepada bonus tahunan yang diterima oleh golongan pekerja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan