Pakatan Rakyat |
Posted: 20 Oct 2013 03:21 PM PDT Setiap kali musim pilihanraya atau pemilihan parti, UMNO akan jadi juara Melayu sejati, juara yang dizahirkan dengan slogan. Saya tidak berminat untuk membuang masa melayan aktiviti kepartiannya, sebaliknya apa yang ingin saya utarakan disini adalah UMNO sebagai parti yang memerintah (baca:kerajaan). Maka, isunya apa kerja UMNO sebagai kerajaan? Selama ini, kita dapat lihat limpahan dana untuk membantu rakyat khususnya golongan bumiputera. Antaranya agensi TEKUN, yang setiap tahun, menerima sekitar RM 300 juta untuk membantu ekonomi bumiputera dan usahawan Melayu. Malah dalam pengumuman Perdana Menteri untuk memperkasa ekonomi bumiputera baru-baru ini, tambahan sebanyak RM 700 juta lagi diperuntukan untuk TEKUN – sahaja, tidak termasuk agensi-agensi lain. CEO Tekun baru-baru ini mengesahkan bahawa dana ini untuk ahli UMNO – sahaja, tanpa mempedulikan dari mana sumber dana itu datang. Dengan pelbagai dana dan bantuan, umumnya kita akan merasa bahawa kaum Melayu seharusnya tidak perlu lagi merasa risau dan susah mengenang nasib mereka. Malah dengan limpahan 'dana-dana' ini pastinya mereka akan segera dapat keluar dari kepompong kemiskinan menuju kemajuan yang diimpikan. Namun, adakah dengan pelbagai 'dana' yang diberikan boleh menjadi indikasi yang jelas untuk merujuk prestasi kerja UMNO sebagai kerajaan berbanding dengan slogan-slogan hebatnya? Jika kita lihat dalam konteks pembangunan sosio-ekonomi negara, nisbah pecahan populasi penduduk Malaysia adalah majoriti kaum Melayu lebih dari 50 peratus, maka secara tidak langsung kaum Melayulah yang paling ramai memburuh dalam banyak sektor, antaranya sektor pertanian dan perikanan. Jika sektor ini ditinjau, sebagai contoh, dicatatkan sejumlah 109,771 orang nelayan telah direkodkan sedang bekerja di atas bot (vessel) penangkapan ikan yang berlesen pada tahun 2008 . Dari jumlah bilangan nelayan tersebut, seramai 52,257 (47.61%) orang nelayan bekerja di atas vessel komersial (laut dalam kelas B), majoriti nelayan laut dalam ini adalah pengusaha bot besar dikalangan kaum Cina, jumlah mereka tak begitu besar, tetapi dengan modal yang ada maka mereka mampu memiliki bot besar dan mengupah awak-awak yang terdiri dari buruh asing dan juga kaum bumiputera. Manakala selebihnya berjumlah 57,514 orang (52.39%) bekerja di atas vessel yang mengusahakan peralatan menangkap ikan tradisional (laut pantai kelas A), yang mana nelayan tradisional ini rata-ratanya adalah bumiputera yang memiliki bot kecil. Kenapa bot kecil? Kerana tiada modal lebih untuk memiliki bot besar. Untuk ini kita ingin bertanya kemana dana-dana tersebut diagihkan selama ini? Sumbangan sektor perikanan Daripada laporan Jabatan Perikanan Malaysia, pada tahun 2010, sektor perikanan telah menyumbang sebanyak 1.1% kepada KDNK negara. Pada 2011 juga tercatat sumbangan dari sektor ini sekitar RM 10.62 juta meningkat sebanyak 6.85 peratus berbanding tahun 2010. Daripada jumlah itu, sekitar 53.71 peratus adalah hasil dari tangkapan laut pantai yang diusahakan oleh nelayan tradisional – bumiputera. Berdasarkan statistik dari agensi kerajaan ini, kita dapat lihat bahawa sektor perikanan ini seharusnya memberi pulangan yang bagus kepada nelayan khususnya nelayan pantai yang terdiri dari kalangan bumiputera. Dari purata 53 peratus jumlah sumbangan ini, jika dinisbahkan dengan nilai RM, bukan sedikit!. Tetapi mengapa sehingga kini, dengan sumbangan hasil tangkapan ikan yang banyak, dengan dana bantuan yang banyak, nelayan pantai yang bumiputera ini terus menjadi kumpulan paling miskin di Malaysia selain petani padi atau pekebun?. Dana + bantuan + pelaburan Beberapa faktor dikenalpasti sebagai punca yang menyumbang kepada masalah ini antaranya nelayan pantai (bumiputera) kekurangan modal untuk membeli bot-bot dan peralatan moden justeru daya pengeluarannya yang rendah. Termasuk beberapa masalah lain seperti tahap kemahiran serta faktor luaran yang lain. Difahamkan, untuk mengatasi masalah ini kerajaan telah menggunakan pendekatan modenisasi dengan penyediaan bantuan kepada golongan miskin untuk menambahkan aset produktif dan menggunakannya dengan cekap termasuk memodenkan kawasan desa dan untuk mempercepatkan lagi usaha tersebut, kerajaan menyediakan peluang-peluang pekerjaan yang produktif dalam sektor-sektor ekonomi. Dalam aspek penyediaan peluang-peluang pekerjaan dikawasan luar bandar khususnya dikawasan kampong dan pantai, kini kita dapat lihat bagaimana kerajaan membangunkan kawasan persisir pantai (khususnya) dengan projek mega dengan nilai billion ringgit. Contohnya projek RAPID di Pengerang dan Tanjung Bin Power Plant di Tanjong Piai. Projek mega ini sememangnya akan memberi impak besar terhadap ekonomi setempat dan komuniti sesuatu kawasan itu. Namun, hari ini kita dapat lihat 'kesan-kesan' pembangunan (projek) mega tersebut. Peluang pekerjaan bagaimanakah yang dapat ditawarkan kepada anak watan dalam projek tersebut? Buruh kasar secara kontrak? Dan bagaimana pula 'kesan-kesan' alam sekitar dan sumber marin dikawasan tersebut? Kajian Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pada 2012 mendapati berlaku hakisan yang serius iaitu kira-kira satu meter setiap bulan di kawasan pulau hutan bakau di Pulau Kukup. Kawasan ini terletak berhampiran dengan pelabuhan Panjung Pelepas (PTP) dan Tanjong Bin Power Plant. Ia berpunca dari kegiatan pembaungan disekitar kawasan sensitive tersebut. Ini dilaporkan sendiri oleh media masa 'mesra' kerajaan UMNO iaitu Berita Harian dan Utusan Malaysia. Untuk projek ini sahaja (tak termasuk projek petrokimia yang akan datang), telah meratah sekitar 235 ekar hutan bakau dari keseluruhan projek yang akan dianggarkan seluas 900 ekar. Hutan bakau ini merupakan rumah atau inkubator untuk ekosistem alam sekitar. Ini bermakna ia adalah kawasan penting bagi pemeliharaan alam sekitar. Ia menjadi sumber marin dikawasan persisir pantai, juga bermakna ia menjadi medan mencari makan oleh hidupan marin dan nelayan pantai. Tanah di kawasan projek ini adalah tanah pertanian, yang dihuni oleh orang kampung yang berkebun, berladang dan nelayan. Kerajaan (baca:UMNO) mendakwa bahawa projek pembangunan ini akan dapat memajukan kehidupan masyarakat desa, dan ia datang dengan sokongan penuh penduduk. Namun, kita dapati dakwaan ini agak meleset. Dari kajian yang dibuat oleh perunding Worley Parsons 2011 yang diupah sendiri oleh Malakoff (pemilik Tanjung Bin Power Plant), menunjukan kadar penurunan menangkap ikan sepanjang dekad lalu telah dilaporkan oleh nelayan, dan kebimbangan ini telah dibuktikan dengan kehilangan kawasan menangkap ikan tradisional dan pembiakan / kawasan pembiakan akibat kehilangan bakau, penurunan kualiti air dan peningkatan suhu air. Malah, sebanyak 67 peratus responden yang terdiri daripada penduduk setempat, tidak melihat kesan yang baik dari projek ini kepada mereka dalam aspek kesihatan, sosial , lalu lintas dan ekonomi. Hanya 29 peratus daripada mereka yang ditemu bual menyatakan positif tentang peluang-peluang pekerjaan langsung dan tidak langsung. Namun, secara kolektifnya, penduduk menyatakan kebimbangan mereka tentang kemusnahan bakau serta kualiti udara dan air, dan seterusnya kadar penurunan pendaratan ikan. Ini baru satu senario dari banyak lagi kawasan nelayan dari kawasan Pantai Barat, Pantai Timur hinggalah Sabah dan Sarawak. Semua senario ini membawa kita kembali kepada persoalan pokok iaitu, apa kerajaan UMNO telah buat? Bukan dalam tempoh 5 tahun, tetapi lebih dari 50 tahun yang lalu. Maka, kita boleh nilai prestasi antara kerja dan slogan UMNO selama ini. Namun, realiti ini masih ada lagi yang berkata " jika UMNO tak ada, apalah nasib kami kaum nelayan". Dan akhirnya, persoalan tentang dana-dana bantuan serta pelaburan projek pembangunan yang berniat untuk membantu golongan miskin khususnya nelayan pantai, entah jadi apa. Ratusan juta dana, berbillion pelaburan yang dibuat masih gagal mencapai matlamat. Itu belum lagi kita sertakan laporan AG tentang masalah ketirisan dana dan pengurusan kewangan dalam agensi kerajaan yang berlaku berterusan. Jadi, yang ada hanya tinggal slogan, dan slogan itu semakin nyaring terdengar dalam perhimpunan agung UMNO. Barangkali, dengan nyaringnya teriakan slogan 'Hidup Melayu' ini, mungkin dapat menyelesaikan masalah rakyat. Teriakan ini terus nyaring dan bergema. Iyalah, dimana lagi mereka nak bertempik bukan? – Roketkini.com SHAH ALAM : Belanjawan Alternatif 2014 yang dibentangkan Pakatan Rakyat (PR) akan memberikan fokus kepada usaha mempertahankan hak dan kepentingan rakyat dalam mengharungi gelombang krisis ekonomi mendatang. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Belanjawan Alternatif itu akan dibentangkan pada Isnin (21 Okt) di Parlimen sebelum Bajet 2014 dibentang Perdana Menteri pada 25 Oktober ini. "Kita menjangka, negara akan mengalami krisis ekonomi dengan kadar hutang semakin meningkat, pelaburan berkurangan, harga barang meningkat dan beban kepada rakyat juga bertambah," kata Anwar. Anwar berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Bengkel Persediaan Belanjawan Pakatan Rakyat 2014 di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di sini hari ini. Hadir sama dalam majlis itu Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. "Menerusi Bengkel Belanjawan tadi, Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat rancak membincangkan draf belanjawan 2014 secara teliti. "Ia kemudiannya dibentangkan kepada kami selaku pimpinan utama ketiga-tiga parti untuk membuat keputusan muktamad," kata Anwar. Anwar berkata, PR merancang untuk mengadakan sesi dialog dengan Kerajaan Pusat untuk membincangkan isu kepentingan rakyat. "Kita mengusulkan Perdana Menteri dan kepimpinan BN tumpu tadbir negara, urus ekonomi dan tangani isu besar demi kepentingan rakyat yang terabai sekian lama sejak PRU-13 Mei lalu. "Perlunya perbincangan dan dialog dalam isu ekonomi, perbalahan kaum dan agama, peningkatan kadar jenayah dan isu pengurusan kerajaan termasuk rasuah seperti yang dilaporan ketua audit negara," kata Anwar. PR sebelum ini menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menjalankan kajian sebelum satu belanjawan bayangan dibentangkan sebelum Belanjawan 2014 dibentangkan. Jawatankuasa itu ditubuhkan bagi mendapatkan satu formula terbaik untuk dimasukkan dalam belanjawan bayangan Pakatan Rakyat sekaligus mencabar Belanjawan 2014 yang dijangka akan dibentangkan Najib Razak. Jawatankuasa yang dikordinasikan Institut Rakyat itu dibahagikan kepada sembilan kumpulan yang diketuai Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berdasarkan kementerian tertentu dan bidang kepakaran masing-masing. Sembilan kumpulan tersebut, kajian isu nasional dan antarbangsa; ekonomi dan kewangan; keselamatan; pendidikan dan pekerjaan; pertanian, perladangan dan pembangunan luar bandar; pengangkutan dan pembangunan bandar; pengurusan sumber dan kelestarian; masyarakat, kebajikan dan gender serta polisi berkaitan Sabah dan Sarawak. | |
Posted: 20 Oct 2013 03:05 PM PDT Posted by Admin Direktori Blog | | 3:05 PTG Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info sumber :- Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
|
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan