Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil |
Anak muda perlu serius 'terjun' dalam masyarakat Posted: 20 Oct 2013 07:00 PM PDT PETALING JAYA: Penglibatan wanita muda secara khusus dalam masyarakat masih rendah terutama perlibatan diri secara sukarela yang menuntut kepada kesedaran dan rasa tanggungjawab yang tinggi untuk bersama. Menurut Ketua Ameerah Malaysia Dewan Muslimat PAS Pusat Fareedah Samad berkata, anak muda hari ini harus lebih serius untuk mengambil tempat dalam masyarakat melalui agensi-agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Tambahnya, penglibatan melalui agensi ini merupakan permulaan yang terbaik untuk terjun ke dalam masyarakat sebagai tanggungjawab dan bukannya satu bebenan. "Jika dahulu kita dapat lihat anak muda seawal usia dua puluhan telah cukup bersemangat melaungkan ucapan keramat dan bersungguh-sungguh membela anak bangsa. "Kesedaran ini kerana mereka sendiri melihat dan merasa segala perit jerih anak pertiwi menongkah badai kemelut kehidupan," katanya ketika memberi ucapan aluan dalam majlis Hi-Tea Ameerah Fan Club di sini semalam. Malangnya kata beliau, sebahagian anak muda hari ini lebih cenderung terlibat dengan budaya nagatif sehingga menggelapkan peranan besar mereka dalam proses pembinaan dan kepimpinan negara. Apatah lagi katanya, terjebak dalam dunia yang nembantutkan perkembangan minda muda yang masih segar, merosakkan jiwa dan melemahkan jasad yang sepatutnya dimanfaatkan untuk rakyat dan negara. Kelompangan golongan muda yang gagal mempersiapkan diri sebagai pelapis kepimpinan negara, bagi Fareedah ia dilihat akan menjadi barah yang membawa kepada krisis kepimpinan negara yang berkualiti. Justeru katanya, pendidikan politik dan kecintaan kepada negara akan langkap melalui penglibatan generasi ini di dalam kelompok masyarakat secara optima. ~harakahdaily |
Sahabatku, perjuangan bukan hanya... Posted: 19 Oct 2013 07:00 PM PDT 1. Perjuangan bukan hanya buah fikir yang dilontar menerusi medium wacana. 2. Perjuangan bukan hanya lantunan suara tinggi yang dilambung menerusi pembesar suara. 4. Perjuangan bukan hanya silang lengan membentuk ribat yang disusun gagah menerusi demonstrasi. 5. Perjuangan bukan hanya tinggi rating dan hit viewer yang dihasilkan menerusi facebook dan twitter. 6. Perjuangan bukan hanya membalut tubuh dengan pakaian hebat yang diimejkan menerusi jubah serban atau kemeja bertali leher. 7. Perjuangan bukan hanya meriwayatkan ilmu yang diungkap menerusi kuliah, forum dan usrah. 8. Perjuangan bukan hanya seni berpencak di pentas politik menerusi penyertaan dalam pilihan raya, penampilan dan kenyataan media mengupas isu. 9. Perjuangan bukan hanya bergaya hebat memimpin jentera dan jamaah yang ditunjuk menerusi jawatan yang disandang. 10. Perjuangan bukan hanya merekodkan pelbagai aktiviti yang dianjur menerusi laporan muktamar tahunan. Tetapi... perjuangan itu adalah merangkumi semua perkara tersebut dan ia diterjemah dalam diari rutin harian, justeru perjuangan juga adalah pelaksanaan kata-kata. Nasrudin bin Hassan Ketua DPPM |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda PAS Bukit Katil To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan