Jumaat, 11 Oktober 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 11 Oct 2013 03:22 PM PDT

Aku benci,benci dengar namanya. Aku sungguh-sungguh tidak mahu mendengar namanya lagi! Kalau aku terus menetap di negeri ini pasti dan pasti namanya itu akan sampai ke telinga ku ini", keluh seorang wanita tua sambil membawa beberapa karung (beg) berisi barang-barang miliknya dengan niat berpindah dari negeri itu.
Wanita tua itu tetap bernekad untuk berpindah dari negeri itu memandangkan dia tidak sukakan seorang manusia mulia. Di mana sahaja orang bercakap tentang diri si mulia itu.Itu membuatkan dia tidak selesa tinggal di negeri itu. Dalam panas matahari yang membelah kepala dia sekuat kudrat mengheret karung yang penuh dengan barangan miliknya. Kesan heretan karung itu jelas kelihatan pada lantai padang pasir tersebut, larat atau tidak dia telah membulatkan nekadnya untuk pergi jauh dari bandar tersebut. Yang dia inginkan adalah nama orang mulia itu tidak sampai ke gegendang telinganya, itu sahaja hasratnya buat masa ini. Rasa benci membuak-buak di dalam dada wanita tua tersebut.
Melihat keadaan wanita tua yang terumbang-ambing tersebut tergerak hati seorang pemuda untuk menghulurkan bantuan. Tanya pemuda tersebut :
"wahai mak cik kemanakah arah tujuan makcik?, sekiranya makcik membenarkan saya membawa karung makcik, saya boleh bawakan untuk makcik".
Wanita tua itupun berkata:
 "makcik tidak tahan mendengar nama Muhammad (s.a.w), dimana-mana nama dia bermain di bibir orang, makcik benci mendengar nama si Muhammad (s.a.w*). Sebab itulah makcik mahu pergi jauh dari negeri ini ".
"Kalau begitu biarlah saya tolong bawakan karungini, sehingga makcik sampai ke tempat tujuan" , pemuda itu menawarkan bantuan kepada wanita tua tadi.
Sepanjang perjalanan pemuda itu telah disajikan dengan berbagai berita "kurang baik" dan cercaan demi cercaan mengenai Muhammad, tiada satu pun yang baik melainkan semuanya buruk-buruk belaka.
Pemuda yang membawa barang itu sepanjang perjalanan hanya diam dan mendengar dengan penuh tekun.
Pesan wanita tua itu "wahai pemuda yang baik hati, kamu telah menolongku dikala tiada siapa yang datang membantuku untuk membawa barangku ini,ramai pemuda gagah telah melewatiku namun tiada siapa yang membantuku melainkan kamu, untuk membalas jasamu itu aku ingin berpesan kepadamu dengan pesanan yang penting, dengarlah baik-baik, jauhilah dirimu dariMuhammad (s.a.w)".
"Apakah makcik pernah jumpa muhammad (s.a.w) sebelum ini ?" tanya pemuda tersebut.
"Tidak, belum pernah bertemu dengannya"jawab wanita tua tersebut.
Pemuda itu hanya senyum dan meminta izin untuk kembali ke Makkah memandangkan destinasi wanita itu telah sampai.
"Wanita jenis apa aku ini? Pemuda itu telah menolongku tanpa diminta dan telah bersusah payah membawa karungku ini tetapi aku tidak pun mengucapkan terima kasih atau menanyakan namanya?" bisik wanita tua menyalah kan dirinya.
Kemudian si wanita itu bertanya dengan suara yang lembut:
 "Wahai pemuda yang baik hati siapakah namamu?"
Pemuda itu tersenyum,dengan senyuman itu beliau menjawab "Namaku Muhammad, Muhammad Bin Abdullah..

Terduduk wanita tua itu, dan Wanita tua itu terasa langit terbelah dan jatuh ke atas kepalanya. Dia tidak percaya pada apa yang telah berlaku padanya.
 "Apakah benar kamu Muhammad ? tidak mungkin kamu Muhammad (s.a.w) kerana tiada satu berita baik pun yang sampai kepadaku mengenai Muhammad (s.a.w) melainkan semuanya adalah yang tidak elok mengenainya.
Tetapi kamu wahai pemuda yang baik hati, kamu sungguh-sungguh berakhlak mulia, dan bersifat kasih. Apa kamukah yang telah ku cerca sepanjang perjalanan, bagaimanaorang musyrikin Makkah sampai hati sanggup mencercamu sedangkan kamulah satu-satunya Al-Amin yang pernah muncul di kalangan kami ?.
Kalau benarkamu Muhammad (s.a.w) bersaksilah kamu wahai pemuda yang mulia Ashhadualla I la ha illallah wa ash hadu anna muhammadar rasulullah. Pada masaitu juga wanita tua itu mengucap kalimah syahadah beriman kepada Allahdan rasulNya yang mulia Muhammad (s.a.w)..

"sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada suri teladan yang baik"

"siapa(manusia) atau apapun (binatang, kayu kayan) ia maka tunjukkilah akhlakdan belas kasih yang baik, sebagaimana Allah telah tunjukkan rahimNyapada kamu tanpa mengira siapa kamu.

* orang yang kikir(bakhil, kedukut) adalah orang yang nama Muhammad di sebut dihadapannya tetapi tidak berselawat ke atas diri Muhammad (s.a.w).

Rasulullahsaw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencariilmu nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (SahihMuslim)

http://tazkirahamar.blogspot.com/2012/12/kisah-wanita-yang-sangat-bencikan-nabi_13.html?

Kerabu Bersuara ®

Posted: 11 Oct 2013 03:13 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:13 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


Terkini! Kejadian Kes Tembakan Di Binjai Kota Bharu

Posted: 11 Oct 2013 05:25 AM PDT

AS SALAM YDH DATO',

UNTUK MAKLUMAN AWAL YDH DATO',

KES MELEPASKAN TEMBAKAN DI TEPI BALAI POLIS BINJAI.
KEJADIAN BERLAKU L/KURANG 1840 HRS.MANGSA 1 (P) (M) NAMA : NURUL ATIKAH BT SIDIK.
KPT : 91129035616.
ALAMAT : KG. KARANG BINJAI.

MANGSA MENAIKI M/KAR JENIS PERSONA NO PENDAFTARAN : WWB 5519 DARI RUMAH KG KARANG UNTUK KE K/KERIAN.

APABILA SAMPAI DI TRAFIK LIGHT BINJAI DALAM KEADAAN BERHENTI KERANA LAMPU MERAH,MANGSA TELAH DI TEMABAK 2 DAS TEMBAKAN DIBAHAGIAN LENGAN KANAN DAN TAPAK TANGAN KANAN.

MANGSA TELAH DIBAWA KE WAD KECEMASAN DI ZON KUNING HUSM UNTUK RAWATAN LANJUT.

SASPEK DIPERCAYAI 2 (L) (M) MENAIKI M/SIKAL JENIS YAMAHA 135 LC WARNA MERAH DAN BERTOPI KELEDAR WARNA HITAM NO PENDAFTARAN TIDAK PASTI.

TINDAKAN : TELAH MAKLUM KEPADA KJSJ DAN T/KJSJ.
MAKLUM KEPADA FORENSIK.
DCC KOTA BHARU TELAH HEBAHKAN KEPADA SEMUA DCC,MPV,PEMEGANG W/TALKIE KELANTAN.
ARAHAN T/KPD KOTA BHARU MENGADAKAN OPS TUTUP DILOKASI DI SETIAP BALAI DAERAH KOTA BHARU.

T.KASIH DATO'.

ASP HJI. ABDULLAH BIN OTHAMAN
PEG. BERTUGAS CCC KN.

Tiada ulasan:

Pengikut