Jumaat, 11 Oktober 2013

Barisan Nasional

Barisan Nasional


tun faisal dot com

Posted: 10 Oct 2013 01:25 PM PDT

tun faisal dot com


#PemilihanUMNO : Tak faham semangat dan tujuan sebenar pindaan Perlembagaan UMNO 2009?

Posted: 09 Oct 2013 07:10 PM PDT


Saya adalah di antara saksi hidup yang pernah terlibat dalam membantu Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan dan berada di dalam dewan semasa usul meminda Perlembagaan UMNO dibentangkan. Sedikit sebanyak saya mempunyai memori dan memahami tentang hasrat dan semangat sebenar pindaan perlembagaan ini. Ucapan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pernah saya siarkan pada 16 Oktober 2009 dan saya paparkan.

Menghayati semangat Pindaan Perlembagaan UMNO, teks penuh ucapan Datuk Seri Hishammuddin

dimuat naik pada tarikh 16 Oktober 2009

Alhamdulillah, langkah pertama transformasi UMNO telah dimulakan apabila Usul Pindaan Perlembagaan diluluskan semalam. Saya suka hendak menulis panjang mengenainya tetapi mungkin elok untuk saya biarkan pembaca membaca ucapan pembentang usul tersebut bagi pihak Majlis Tertinggi UMNO, iaitu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya rakan-rakan semua dapat menghayati semangat dan roh di sebalik pindaan ini. Apa yang penting, UMNO telah memulakan langkah yang amat penting ini dan berresponsif dengan kehendak akar umbi dan rakyat. Bagi saya, ianya satu detik yang bersejarah dalam UMNO; saya merasa amat terharu dan bangga kerana menjadi salah seorang daripada lebih 2000 orang perwakilan yang terlibat meluluskan pindaan tadi demi survival UMNO, bagi menjadikannya terus relevan dan demi masa depannya yang lebih cemerlang.

MENJANA TRANSFORMASI

YBhg Datuk Pengerusi Tetap

1. Sebentar tadi kita telah mendengar dan menghayati dengan penuh tekun akan harapan, hasrat dan cita-cita besar Presiden kita, YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak untuk melakukan transformasi demi memastikan kelangsungan dan survival parti yang kita semua sayangi ini. Kita perlu segera berubah. Semua tahu bahawa kita tiada pilihan. Berubah atau rebah. Tranformasi yang dimaksudkan menuntut perubahan dari segi sikap kita sebagai ahli dan perubahan dari segi struktur organisasi. Ianya perlu bersifat drastik, berani dan menunjukkan bahawa UMNO benar-benar serius untuk melakukan perubahan. Yang akan menilai kesungguhan untuk melaksanakan perubahan ini bukan semata-mata kita dalam umno sahaja tetapi rakyat di luar sana. Seperti yang sering diingatkan oleh YAB Presiden, "tidak guna kita pegang jawatan dalam parti jika kita tidak ada kuasa".

2. Selaku Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan Parti yang diamanahkan oleh Majlis Tertinggi UMNO, berdirinya saya di sini adalah untuk menyempurnakan tanggungjawab bagi memenuhi tuntutan kepada transformasi besar ini. Ianya merupakan amanah yang begitu berat kerana pindaan-pindaan yang dikemukakan ini adalah semata-mata bertujuan untuk memperkukuh parti, memperteguh lunas-lunas demokrasi serta menghak-upayakan ahli-ahli parti agar UMNO menjadi lebih terbuka, lebih inklusif dan lebih demokratik.

3. Insya-Allah apabila diluluskan nanti, pindaan kepada perlembagaan UMNO ini bakal mencatat sejarah paling bermakna, paling drastik dan paling berani pernah dilakukan sepanjang tempoh 62 tahun kewujudan parti keramat UMNO kita ini.

Datuk Pengerusi Tetap,

4. Izinkan saya memberikan sedikit latar belakang kepada usaha penyediaan usul pindaan perlembagaan UMNO yang akan kita bahaskan hari ini. Untuk makluman sidang perwakilan, saya dan seluruh Ahli Jawatankuasa telah memulakan gerakerja seawal 30hb Mei 2009 dengan meminta maklum balas sewaktu Persidangan Cawangan berlangsung dan disusuli pula dengan maklum balas ketika bahagian-bahagian bermesyuarat.

5. Jawatankuasa kemudiannya telah bermesyuarat beberapa kali untuk menyediakan draf awal cadangan pindaan perlembagaan ini, sebelum draf ini diangkat untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Parti, yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Presiden, sebanyak tiga (3) kali.

6. Draf ini kemudiannya dibentangkan kepada Majlis Tertinggi pada 11hb September dan secara prinsipnya telah dipersetujui dan telah diputuskan untuk ianya diperhalusi lagi oleh mesyuarat Biro Politik, yang dipengerusikan oleh YAB Presiden sendiri, dan turut dianggotai oleh semua Pengerusi Badan Perhubungan Negeri-Negeri.

7. Langkah penyediaan tidak terhenti di sini dan bagi memastikan semua Ketua Bahagian mendapat maklumat mutakhir tentang draf ini, saya telah diminta untuk memberi taklimat kepada mereka di Kursus Orientasi Perdana di Janda Baik, di mana dalam taklimat tersebut ia turut dihadiri oleh pimpinan tertinggi sayap-sayap parti.

8. Malah sebelum dibentangkan di dalam Perhimpunan Agung Khas ini pun, draf tersebut telah dibawa ke mesyuarat khas yang dihadiri oleh wakil-wakil Negeri pada pagi semalam. Akhirnya cadangan pindaan perlembagaan yang saya bentangkan ini telah mendapat persetujuan Majlis Tertinggi yang bermesyuarat malam semalam. Keseluruhan proses ini dilakukan agar cadangan pindaan ini dapat disediakan dengan sebaik mampu. Untuk makluman, sebanyak 36 Fasal dan sub-Fasal terlibat dalam cadangan ini yang boleh saya rumuskan kepada 7 perkara.

i. Perluasan jumlah perwakilan

ii. Penghapusan kuota

iii. Penambahan bilangan Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan lantikan;

iv. Penubuhan Jawatankuasa Pemilihan UMNO;

v. Penghapusan Yuran Tahunan;

vi. Pendaftaran Keahlian;

vii. Pengiktirafan kepada Setiausaha Bahagian;

9. Bagi memudahkan Sidang Perwakilan menyemak fasal-fasal berkaitan dengan setiap perkara yang akan disentuh sebentar lagi, pihak ibu pejabat ada membekalkan Buku Usul Pindaan Perlembagaan UMNO (berwarna merah) beserta addendumnya dan Ringkasan Usul Pindaan sebagai rujukan kepada semua perwakilan.

Datuk Pengerusi Tetap,

10. Di sini izinkan saya mengupas dan mengulas fasal-fasal pindaan yang telah saya bentangkan sebentar tadi yang merupakan fasal-fasal yang dipinda, fasal-fasal yang perlu dimansukh dan fasal-fasal baru merealisasikan 7 perkara yg saya sebutkan tadi.

11. Perkara pertama adalah berkaitan dengan perluasan jumlah perwakilan. Tujuan pindaan ini adalah bagi menjadikan UMNO lebih inklusif dengan menghakupayakan ahli-ahli di peringkat akar umbi, sekaligus akan menjadikan UMNO lebih demokratik dalam soal pemilihan. Ia juga berdasarkan kepada maklum balas yang diterima, rata-rata berpandangan bahawa UMNO perlu melebarkan jumlah perwakilan dalam proses pemilihan pemimpin tertinggi dengan mengembalikan hak memilih kepada lebih ramai ahli selaras dengan semangat dan roh parti UMNO itu sendiri.

12. Mengambil Majlis Tertinggi sebagai contoh, jika sebelum ini, pemilihan ahli Majlis Tertinggi hanya dibuat oleh 2,510 orang perwakilan, maka adalah dicadangkan agar seramai 146,500 orang perwakilan akan terlibat dalam proses membuat pemilihan ini pada masa akan datang.

13. Jumlah 146,500 ini adalah berdasarkan kepada anggaran jumlah perwakilan mengikuti formula berikut:

i. secara purata diandaikan terdapat seramai 500 orang perwakilan di dalam satu Bahagian yang ada pada hari ini. Maka, 500 orang x 191 bahagian bersamaan 95,500 orang.

ii. cadangan untuk memberi taraf perwakilan secara automatik kepada ketua sayap-sayap cawangan dengan mengambil kira secara purata terdapat 17,000 cawangan yang ada hari ini, maka, 3 orang ketua sayap-sayap x 17,000 cawangan bersamaan 51,000 orang. Justeru, 95,500 campur 51,000 menjadikan jumlah keseluruhan seramai 146,500 orang pemilih.

14. Langkah ini akan memberi pengiktirafan kepada suara dan peranan ketua pergerakan sayap-sayap cawangan dan perwakilan di peringkat bahagian untuk terlibat sama dalam pemilihan pemimpin di peringkat tertinggi parti semasa mesyuarat bahagian.

15. Majlis Tertinggi sedia maklum bahawa perubahan cadangan ini telah menarik minat ahli tentang urusan logistik dan kos pelaksanaannya yang akan melibatkan jumlah yang lebih besar. Sukacita, saya memaklumkan bahawa sebuah Jawatankuasa Khas akan ditubuhkan bagi menangani perkara ini yang akan saya perjelaskan sebentar nanti. Inilah di antara perkara yang amat ditunggu-tunggu oleh ahli akar umbi dan rakyat. Apabila diluluskan nanti, pindaan ini bakal mencatatkan sejarah kerana tiada mana-mana pemimpin, khususnya yang berkuasa mentadbir negara sanggup mengubah sistem yang meletakkan mereka di persada kuasa. Jelas ini adalah manifestasi sikap keterbukaan dan demokratik pemimpin UMNO terhadap citarasa serta harapan ahli parti dan rakyat, dan apabila dipersetujui, saya percaya ianya tidak akan mengecewakan kerana ianya merupakan penambahan 5,800 peratus (5,800%) dari jumlah perwakilan yang sedia ada.

Datuk Pengerusi Tetap,

16. Perkara kedua, adalah perkara yang berhubung kait dengan penghapusan sistem kuota. Tujuan pindaan ini adalah untuk menjadikan UMNO lebih demokratik dan membuka ruang seluas-luasnya kepada ahli parti untuk bertanding, manakala sekatan-sekatan dalam melayakkan seseorang ahli menawarkan diri untuk bertanding akan dihapuskan.

17. Walaupun Majlis Tertinggi bersetuju secara prinsipnya dengan cadangan Jawatankuasa termasuk berkaitan kriteria kelayakan calon-calon, namun ia mencadangkan agar hanya kriteria kelayakan minimum sahaja dikenakan untuk melayakkan seseorang menawarkan diri bertanding bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Rasional Majlis Tertinggi ini adalah untuk melindungi institusi Presiden dan Timbalan Presiden kerana secara adatnya, mereka berdua merupakan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri negara.

18. Tetapi apabila cadangan ini dibawa kepada Biro Politik, kedua-dua penjawat sekarang, YAB Dato' Seri Mohd Najib dan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak cadangan ini dan berpendirian bahawa mereka berdua tidak memerlukan apa-apa perlindungan dan tidak akan berselindung di sebalik syarat yang dicadangkan itu.

19. Walaupun demikian, bagi memastikan agar calon-calon dapat melalui proses kepimpinan parti di samping membolehkan mereka menghayati persekitaran politik akar umbi serta menjiwai semangat perjuangan parti yang sebenar sebelum menawarkan diri, maka satu kelayakan minimum dicadangkan untuk diwujudkan, di mana;

i. bagi mana-mana ahli yang ingin bertanding untuk mana-mana jawatan Ahli Majlis Tertinggi, mereka hendaklah mendaftarkan diri dan pernah memegang mana-mana jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi atau Ahli Jawatankuasa Bahagian selama satu penggal.

ii. Manakala bagi ahli-ahli yang ingin bertanding untuk jawatan Ahli Jawatankuasa Bahagian, mereka hanya perlu menjadi ahli parti selama tiga tahun.

Datuk Pengerusi Tetap,

20. Perkara ketiga adalah untuk membolehkan pelantikan tambahan seorang lagi Wakil Wanita dalam Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan.

21. Kita amat mengiktiraf peranan yang telah dimainkan oleh seluruh warga Pergerakan Wanita terhadap UMNO. Sanjungan serta penghormatan sangat wajar diberikan kepada mereka di atas pengorbanan dan khidmat bakti yang telah diberikan kepada parti. Sumbangan Wanita memang cukup besar dan tidak kita nafikan. Justeru di atas prinsip inklusif dan untuk mengiktiraf sumbangan dan peranan Wanita selama ini, maka dicadangkan bahawa tambahan seorang lagi wakil Wanita untuk jawatan Ahli Jawatankuasa lantikan di peringkat Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan.

22. Namun begitu, bagi tidak menjejaskan kuasa lantikan Presiden, Ketua Bahagian atau Ketua Cawangan, maka dicadangkan supaya jumlah keseluruhan bilangan Ahli Jawatankuasa lantikan di peringkat Majlis Tertinggi ditambah daripada 12 kepada 13 orang, di peringkat bahagian daripada 7 kepada 8 orang dan di peringkat cawangan daripada 5 kepada 6 orang. Pindaan ini akan menambah suara Wanita di peringkat cawangan sehinggalah ke peringkat tertinggi parti.

Datuk Pengerusi Tetap,

23. Perkara keempat adalah mengenai penubuhan Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU).

24. Sama ada disukai atau tidak, hari ini, UMNO sedang dibelenggu oleh persepsi yang negatif sewaktu kita menjalani pemilihan parti. Di peringkat parti, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memerangi persepsi negatif ini. Salah satu cadangannya adalah dengan melaksanakan mesyuarat perwakilan bahagian-bahagian seluruh negara pada tahun pemilihan secara serentak. Dengan kaedah ini, ia akan mengatasi persepsi negatif tadi agar kita boleh memberi tumpuan kepada tugas-tugas parti berbanding kempen yang berpanjangan.

25. Kita memahami dan menyedari bahawa mungkin timbul perkara-perkara yang berhubung kait dengan masalah kos pelaksanaan, pentadbiran, penyelarasan, perjalanan dan pengawal seliaan sewaktu pemilihan. Di atas kesedaran itu satu jawatankuasa khas yang akan diinstitusikan di peringkat UMNO pusat yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pemilihan UMNO akan ditubuhkan untuk menyelaras perkara-perkara yang menjadi kerisauan ahli-ahli. Malah di dalam taklimat Presiden, Presiden telah menyatakan bahawa perkara ini akan ditangani dengan sebaik-baiknya.

Datuk Pengerusi Tetap,

26. Perkara kelima bertujuan untuk menghapuskan yuran tahunan dan menggantikannya dengan yuran seumur hidup.

27. Berdasarkan statistik ibu pejabat terdapat 27,000 kes diterima dan di antara aduan yang paling kerap timbul adalah berkaitan dengan pembayaran yuran tahunan, khususnya semasa tahun pemilihan. Hal ini tidak sepatutnya berlaku. Justeru dicadangkan agar yuran tahunan dihapuskan dan digantikan dengan yuran seumur hidup sebanyak RM2 kepada ahli baru. Ini dapat mengurangkan pelbagai aduan berkaitan soal yuran dan mengelakkan permasalahan atau pertikaian tentang keahlian daripada berlaku.

28. Berikutan pindaan ini, sekiranya diterima, tuan-tuan dan puan-puan sidang perwakilan semua, secara automatik telah menjadi ahli seumur hidup.

Datuk Pengerusi Tetap,

29. Perkara keenam adalah membenarkan ketua-ketua sayap untuk menerima keahlian.

30. Walaupun pelbagai pindaan telah dibuat sebelum ini terhadap pendaftaran keahlian, masih kedengaran ramai yang menimbulkan soal kesukaran utk menadi ahli UMNO. Benar atau tidak, ianya menjadi bahan perbualan dan malangnya ia menjadi senjata untuk menyerang kita. Justeru kita mencadangkan proses penerimaan keahlian diperluaskan kepada semua ketua sayap-sayap.

Dengan menghakupayakan ketua sayap-sayap, diharapkan agar kelulusan permohonan ahli dapat dibuat dengan lebih cepat dan seterusnya mengupayakan Ketua sayap-sayap bagi sama-sama memikul tanggung jawab menarik keanggotaan lebih ramai ahli di kalangan golongan sasar tersebut, khususnya golongan muda dengan harapan mereka akan merasa terpanggil untuk menyertai dan berkhidmat untuk parti.

Datuk Pengerusi Tetap,

31. Perkara ketujuh dan terakhir adalah untuk memberikan taraf perwakilan secara automatik kepada Setiausaha Bahagian bagi menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan. Ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada Setiausaha Bahagian-bahagian yang menjadi tonggak pentadbiran parti. Dengan lulusnya cadangan pindaan ini, jumlah perwakilan UMNO akan bertambah seramai 191 orang lagi.

Datuk Pengerusi Tetap,

32. Kesemua cadangan-cadangan di atas terkandung dalam tujuh (7) perkara teras pindaan yang saya kemukakan sebentar tadi. Ia bertujuan untuk memenuhi tanggungjawab dan amanah kita bagi melaksanakan transformasi dalam parti. YAB Timbalan Presiden menyatakan di dalam ucapan perasmian sayap-sayap Pemuda, Wanita dan Puteri bahawa tanda aras kepada perubahan ini bukan hanya ditentukan oleh kita, ahli-ahli parti sahaja, tetapi ia hanya diterima sebagai berjaya dan terlaksana, hanya jika rakyat dapat merasakan bahawa UMNO benar-benar berubah menjadi lebih inklusif, terbuka dan demokratik.
33. Bagi pihak Majlis Tertinggi, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas sokongan padu yang diberikan oleh pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO kepada cadangan Pindaan Perlembagaan ini semasa persidangan masing-masing semalam.

Datuk Pengerusi Tetap,

34. Suka tidak suka, rakyat mengikuti rapat perkembangan yang berlaku di dalam UMNO, terutama tatkala pemilihan parti dijalankan. Saya yakin rakyat terutamanya orang-orang Melayu masih sayangkan UMNO, apatah lagi UMNO telah banyak berjasa kepada Agama, Bangsa dan Negara. Tambahan pula Presiden UMNO juga merupakan Perdana Menteri kepada seluruh rakyat. Sudah tentulah harapan mereka untuk kita melaksanakan tugas dan amanah ini perlu segera kita penuhi. Kesemua cadangan ini perlu kita jayakan secara kesatuan niat dan tekad. Saya yakin apa yang kita lakukan hari ini, nescaya, akan dikenang sebagai pengorbanan dan sumbangan yang paling besar kepada Agama, Bangsa. Tanah Air, ahli-ahli UMNO dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Ya Allah – penuhilah cita-cita dan harapan kami ini. Amin ya Rabbal Alamin.

Ybhg Datuk Pengerusi Tetap, saya mohon mencadangkan.


Cucu Tok Selampit

Posted: 10 Oct 2013 01:21 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Gambar-Gambar MASWINGS Terbabas di Kudat, Sabah, Jam 2.50 Petang Tadi

Posted: 10 Oct 2013 02:00 AM PDT








Sekurang-kurang tiga orang cedera apabila sebuah pesawat ringan jenis 'Twin Otter' milik MASWINGS tergelincir dari landasan dan merempuh sebuah rumah semasa mendarat di Lapangan Terbang Kudat di bahagian Utara Sabah. Kejadian berlaku lebih kurang pada 2.50 petang, hari ini. 

Difahamkan juruterbang dan dua yang lain dalam keadaan parah manakala penumpang lain hanya mengalami kecederaan kecil. Terdapat 16 penumpang di dalam kapal terbang itu termasuk juruterbang. Semua penumpang telah dikejarkan ke Hospital Kudat untuk rawatan segera.
Status Update
By MASwings
[MEDIA STATEMENT: 7.00pm] MH3002 Incident at Kudat, Sabah
Malaysia Airlines regretfully confirms that there has been one fatality following the MASwings' Twin Otter, DHC6 9M-MDM MH3002 crash incident. The total number of injuries is five. The total number of passengers and crew on-board were 16 persons. The crash happened in the vicinity of Kudat Airport at 2.50pm on 10th October 2013.
Malaysia Airlines' Group Chief Executive Officer/MASwings Chairman, Ahmad Jauhari Yahya is on his way to Kota Kinabalu for a press conference to address the incident at 10.00pm today, 10 October 2013 at the Ming Garden Hotel, Kota Kinabalu. This is the first incident involving MASwings at Kudat. Updates on the injured passengers will be confirmed in the upcoming statement.
The cause of the incident is still under investigation. Focus of the airline is on the well-being of the passengers, crew and other affected parties. Malaysia Airlines together with MASwings will also continue to monitor the situation at the crash site and update on the situation.
Families of passengers who were on-board may call +603- 78841234 for further enquiries. The media hotline is +603- 87871276. The contact number in Kota Kinabalu, Sabah is +088-515320

Kurang Ajar! Pesta 'Mambo Jambo' Di Kelab Malam Zouk Semperna Hari Raya Haji

Posted: 09 Oct 2013 11:00 PM PDT


Agak keterlaluan dan biadap Kelab Malam Zouk menganjurkan pesta tarian bertema "Mambo Jumbo" semperna Hari Raya Haji. Nasib baik ianya diadakan di Zouk Singapura dan bukannya di Malaysia. Umat Islam di Singapura tidak mempunyai suara apabila Islam dihina di sana.

Di Malaysia, kita masih bernasib baik masyarakat Islam masih mempunyai sensitiviti terhadap Agama Islam. Nak buat pesta mabuk tungging terbalik di kelab malam Singapura, buatlah. Kenapa hendak mengadakan promosi pengiklanan dengan menghina Agama Islam?

Kenapa Akhramsyah Perlu Mengusung Tun Dr Mahathir Untuk Kempen Ketua Pemuda?

Posted: 09 Oct 2013 08:30 PM PDT


Yang menawarkan diri untuk bertanding kamu. Yang hendak bertanding Ketua Pemuda UMNO kamu. Kenapa perlu kamu mengusung Tokoh Negarawan Negara, Tun Dr Mahathir Mohamed untuk menarik sokongan perwakilan? Apakah diri kamu tidak mempunyai kredibiliti untuk memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO dengan pengaruh kamu sendiri. Datuk Mukhriz sendiri dulupun tidak pernah mengusung Bapanya sendiri ketika beliau bertanding menentang Khairy Jamaluddin untuk jawatan yang sama satu ketika dulu. Datuk Mukhriz bertanding atas kapasiti beliau sendiri.

Di sidang media atau "live tele conference" bersama Saudara Akhramsyah Sanusi, beliau dilihat semakin agresif dalam menyatakan perjuangan beliau demi Pemuda UMNO. Satu sahaja pertanyaan CTS buat calon Ketua Pemuda UMNO ini. Di manakah Akhramsyah ketika Pemuda-Pemuda UMNO bertungkus lumus berusaha memenangkan calon-calon Barisan Nasional di dalam Pilihanraya Umum Ke 13? Kenapa baru sekarang baru nampak muka? CTS juga ingin bertanya kepada Pemuda-Pemuda UMNO seluruh Malaysia, kenalkah anda dengan nama Akhramsyah sebelum beliau menawarkan diri untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO?

Adakah Akhramsyah calon proksi? Atau Akhramsyah calon bermusim? Menang kalah tidak ada bezanya. Hanya timbul masa pemilihan. Kalau kalah akan muncul 3 atau 4 tahun selepas itu. Lihat sahaja apa kata Akhramsyah, dipetik dari Malaysiakini, di sini:
Jika Khairy mengekalkan jawatannya, Akhramsyah berkata beliau mungkin merenggangkan dirinya dari sayap tersebut kerana beliau mempunyai falsafah politik yang sama sekali berbeza daripada kepimpinan pergerakan itu.
Hanya akan berkhidmat dengan Pemuda kalau anda menang sahaja Akhramsyah? Anak bapak ... 

Video Temubual Taukeh Kedai Mengapa Restoran Caj Sarapan VVIP RM6,000

Posted: 09 Oct 2013 07:00 PM PDT


Gara-gara mengenakan bayaran RM6,000 kepada kumpulan VVIP untuk sarapan pada 6 Oktober lepas, sebuah restoran di Pengkalan Chepa, di sini, telah diserbu penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK). Rombongan yang dilaporkan akhbar Sinar Harian seramai 50 orang itu, termasuk mereka yang datang dari luar Kelantan untuk menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.

Berikut adalah penjelasan oleh pemilik Restoran Selera Daun Pisang mengenai dakwaan yang digembar-gemburkan dan serbuan KPDNKK ke atas kedainya setelah dilaporkan mengenakan caj RM6,000 kepada sekumpulan VVIP yang bersarapan di kedainya itu. Tonton dan nilaikan sendiri. Kalau mengikut ceritanya seramai 400 orang yang datang makan secara percuma di kedainya pada pagi itu dan ada juga yang 'tapau' membawa pulang. RM6,000 jumlah caj yang dikenakan jika dibahagikan dengan 400 orang, harga lebih kurang RM15 seorang. Tidaklah terlalu mahal untuk hidangan sarapan pagi.

THE FLYING KICK

Posted: 10 Oct 2013 01:12 PM PDT

THE FLYING KICK


PELAJAR KPTM MATI DIROGOL 13 PENDATANG DI LRT PANDAN JAYA!!!

Posted: 10 Oct 2013 08:10 AM PDT

SORRY LER... MUKHRIZ TIDAK AKAN BAGI KEMENANGAN PERCUMA KEPADA PAS DI SUNGAI LIMAU!!!

Posted: 10 Oct 2013 07:30 AM PDT

CUEPACS DESAK MINTA KENAIKAN GAJI LAGI TANPA RASA MALU LANGSUNG DENGAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA!!!

Posted: 10 Oct 2013 06:20 AM PDT

UPDATE KAPAL TERBANG MASWING TERHEMPAS DI KUDAT!!! SEORANG MANGSA DISAHKAN MENINGGAL DUNIA!!!

Posted: 10 Oct 2013 05:32 AM PDT

POLIS JAHAT KERANA TEMBAK MATI TIGA DARIPADA EMPAT ORANG PEROMPAK KEDAI EMAS DI MERU, IPOH, PAGI TADI!!!

Posted: 10 Oct 2013 02:21 AM PDT

AKRAMSYAH GELARKAN TEMAN RAPAT KHAIRY JAMALUDDIN SEBAGAI BABI!!!

Posted: 10 Oct 2013 12:48 AM PDT

HAKIM BENGONG! PENGURUSAN MASJID CELAKA! PUSAT ZAKAT SIAL!!!

Posted: 09 Oct 2013 10:45 PM PDT

MAZA SOKONG FATHUL BARI UNTUK JAWATAN EXCO PEMUDA UMNO!!!

Posted: 09 Oct 2013 09:46 PM PDT

PEJUANG BANGSA

Posted: 10 Oct 2013 11:03 AM PDT

PEJUANG BANGSA


KERANA PERTAHAN MELAYU, ALI RUSTAM DITUDUH PEJUANG NAZI OLEH DAP !!

Posted: 10 Oct 2013 02:00 AM PDT



 Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam membidas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam sebuah portal yang mengibaratkannya sebagai pejuang Nazi kerana menghina kaum bukan Melayu khususnya kaum Cina.
"Adakah salah saya mempertahankan perlembagaan yang melindungi hak-hak orang Melayu, Bumiputera dan Islam yang cuba dihapuskan oleh DAP.
"Beliau (Lim) perlu cermin diri dia dahulu kerana sikap kuku besinya dalam DAP sendiri," katanya ketika ditemui pada sesi pengenalan calon anggota majlis tertinggi dan pergerakan sayap Umno di sini, Rabu.
Portal berkenaan hari ini melaporkan gesaan setiausaha agung DAP itu agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan tegas terhadap Mohd Ali atas penghinaan terhadap kaum bukan Melayu bagi membuktikan beliau serius menegakkan aspirasi 1Malaysia serta mengelak pemimpin UMNO terus menyebar fitnah ke atas pembangkang.
Calon Naib Presiden UMNO itu tidak hairan dituduh rasis oleh pembangkang kerana perjuangannya terhadap hak kaum Melayu dan Bumiputera.
Beliau berkata tuduhan dan cemuhan pembangkang tidak mematahkan semangatnya memperjuangkan perlembagaan, khususnya dalam mempertahankan hak Melayu, Bumiputera dan rakyat beragama Islam di negara ini. BERNAMA

TAK TAHAN KETEGASAN @ZAHID_HAMIDI ,AMBIGA HASUT MCA & MIC KELUAR BN !!

Posted: 10 Oct 2013 12:30 AM PDT




Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambabiga berkata, MCA dan MIC patut keluar BN sekiranya masih mempunyai harga diri.

"Selepas mendengar kenyataan menteri dalam negeri saya benar-benar ingin tahu apa yang MCA dan MIC lakukan dalam BN.

"Tolonglah ada sedikit kehormatan diri dan keluar!" katanya.

Pengamal undang-undang itu juga menyindir perdana menteri yang menurutnya sibuk memberitahu rakyat luar negara bahawa beliau seorang yang moderat dan mengambil berat kaum bukan Melayu.

"PM kita tiada masa untuk menegur menterinya yang menyeleweng," tulis Ambabiga di laman blog mikro Twitter.

Beliau merujuk kepada kenyataan kontroversi Zahid berhubung dasar "tembak dulu" terhadap suspek sebelum ini.

Dalam sebuah program di Melaka Sabtu lalu, Zahid antaranya berkata, mangsa-mangsa rompakan kebanyakannya orang Melayu dan langkah terbaik dengan tidak berkompromi dan "tembak dulu" jika terdapat bukti.

"Jangan ada lagi amaran kepada mereka, kita dapat bukti kita tembak dulu," katanya. 

CHEGUBARD ANGGAP CHIN PENG TOKOH PEJUANG HEBAT , ABU PUN KERAJAAN BN TAKUT !

Posted: 09 Oct 2013 11:26 PM PDT





"Hari ini bagi kita ialah Chin Peng adalah pejuang dan damailah kamu Chin Peng.. Kami anak muda terus membawa semangat perjuangan menentang fasis dan kapitalis," katanya ketika menjadi panel jemputan dalam satu majlis forum anjuran Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang bertajuk Chin Peng Pejuang @ Pengganas? Disebalik Perjanjian Hatyai di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor malam tadi.

Turut menjadi panel dalam majlis tersebut Bekas Komunis Malaya, Effandi, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, Dr.Jeyakumar, Aktivis Oral History, Aziz Suriani dan Aktivis Masyarakat, Lee Ban Chen.

Sementara itu, beliau turut mendakwa Kerajaan Malaysia sepatutnya tidak perlu gusar akan kematian Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng untuk membawa abu mayat komunis tersebut untuk disemadikan di Malaysia.

Katanya, kematian Chin Peng membawa erti yang besar kepada kerajaan Malaysia selepas pintu sempadan Malaysia dijaga rapi untuk tidak membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke dalam negara.
alt
"Saya rasa adalah tidak adil bagi saya sebagai insan yang kecil untuk berada dalam medan perjuangan yang besar jika tidak memberi ruang penghormatan kepada tokoh yang saya rasa dia cukup hebat kerana hidup dan matinya menjadi ketakutan rejim penguasa ini.

"Bukan saja mati (malah) sudah dibakar menjadi abu. Pintu sepadan dijaga dengan begitu hebat," katanya merujuk pengawalan ketat pasukan keselamatan Malaysia baru-baru ini untuk tidak membenarkan abu mayat Chin Peng untuk dibawa masuk ke Malaysia. 





*** Kalau malaun ini hidup zaman Darurat ...dia ini lah pengkhianat yang akan angkat senjata bersama KOMUNIS untuk menhuru-harakan negara .

MEMALUKAN ! CALON KP UMNO AKRAMSHAH HERET TUN M KEMPEN !!

Posted: 09 Oct 2013 09:46 PM PDT


Calon Bermusim & HIDUP MELAYU , Sdr Akhramsyah memang tak malu betul . Nak bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia tapi terpaksa mengheret Tun Mahathir berkempen sekali & anda boleh melihat sendiri melalui gambar sidang media ini . KLIK DI SINI 

 Muhkriz dahulu pun masa bertanding KP UMNO Malaysia , tak pun menggunakan pengaruh bapanya semasa berkempen . Beliau bertanding atas menggunakan kekuatannya sendiri .

 Jadi , di mana kekuatan hidup Melayu perjuangan nak dibawa Akramsyah ??

 Lagi satu di mana beliau semasa kempen PRU13 ?? Adakah beliau membantu parti terutama di negerinya seperti berceramah dan berkempen ??

 Bila  ada musim pemilihan baru , tiba-tiba  muncul dengan slogan Hidup Melayu ...

DAP SEMAKIN PANAS PUNGGUNG , UTUSAN PROMOSI BLOG BONGKAR PENIPUAN DINASTI LIM !!

Posted: 09 Oct 2013 05:38 PM PDT




- Kepesatan media sosial telah membawa kepada wujudnya sebuah blog baharu, thedapinsider.blogspot.com yang menceritakan mengenai kisah-kisah dalaman parti tersebut.
Blog itu yang mula beroperasi mulai 18 September lalu dikendalikan seorang lelaki bernama Peter yang mendakwa merupakan ahli DAP di sebuah cawangan di Johor sejak 1998.

Melalui thedapinsider, Peter berazam mendedahkan kisah sebenar di sebalik perjuangan DAP dan perkara itu ditegaskan beliau ketika mula-mula mengoperasikan blog tersebut.


Sejak itu, Peter telah mendedahkan pelbagai kisah dalaman DAP yang sebelum ini menjadi perbualan hangat termasuk tentang kontroversi dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Anak Omak

Posted: 10 Oct 2013 09:32 AM PDT

Anak Omak


Khairy tidak boleh diharap pertahankan Melayu

Posted: 10 Oct 2013 08:35 AM PDT

Khairy tunduk diam kepada Tony Pua

Tony Pua menggelar ROS dan Utusan Malaysia sebagai 'anjing UMNO'. Malangnya, tiada sambut balas dari Khairy di atas penghinaan yang dilakukan Tony Pua.

Khairy berani mengkritik dan membidas Perkasa, memarahi persatuan-persatuan sukan, menahan dana persatuan-persatuan belia dan apa lagi. Apabila sahabat bersama di Oxford, Tony Pua bersuara, dia hanya berdiam dan biarkan saja.

Khairy mesra betul bersama Tony Pua

Ianya seolah-olah dia tidak terasa apa-apa dari bahasa membenci dan kurang ajar Tony Pua.


Khairy bagaikan sudah dijinakkan oleh Setiausaha Akhbarnya, Regina Lee yang merupakan penyokong kuat DAP dan telah membina imej Hannah Yeoh, Teo Nie Ching dan lain-lain.


Menurut Helen Ang, Khairy mempunyai hubungan rahsia dengan Tony Pua yang mana Regina Lee merupakan perantara untuk menyalutkan maklumat kepada Tony Pua.



Padanlah Khairy bagaikan tidak sensitif dengan penghinaan Tony Pua yang bertujuan mempersoalkan integriti institusi kerajaan yang dibangunkan oleh kerajaan UMNO/Barisan Nasional dan memperlecehkan Utusan Malaysia sebagai legasi perjuangan Islam, Melayu dan Malaysia.


Adakah ini yang dikatakan Khary sebagai mahu mengubah DNA Pemuda UMNO menjadi anak kucing yang sudah dijinakkan dari harimau yang garang dan berani?

Sementara itu, Akramsyah tidak membiarkan tindak tanduk Tony Pua:



Akhramsyah gelar Tony Pua "anjing DAP"
OCTOBER 10, 2013

Calon Ketua Pemuda Umno, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi (gambar) menyifatkan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua sebagai 'anjing DAP' kerana sering menyalak untuk menutup kepincangan parti itu dengan menghina Pertubuhan Pendaftar (RoS) dan akhbar Utusan Malaysia.

Akhramsyah berkata, Pua bertindak sedemikian bagi mengalih perhatian orang ramai daripada melihat kelemahan DAP khususnya berkaitan dengan isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti pembangkang itu.

"Sebenarnya beliau (Pua) `anjing DAP' kerana sikapnya yang sering menyalak untuk menutup kepincangan parti berkenaan dan beliau sepatutnya melihat semula kepincangan dalam CEC itu kerana ia dibangkitkan sendiri oleh ahli DAP.

"Jangan mengheret orang lain kerana pemilihan semula itu adalah kehendak majoriti ahli DAP selepas merasakan berlaku manipulasi dan penyelewengan dalam pemilihan CEC terdahulu," katanya pada sidang akhbar, di Butterworth hari ini.

Pua dalam laman Facebooknya baru-baru ini menggelar RoS dan Utusan Malaysia sebagai 'anjing Umno' selepas parti itu diarah menjalankan pemilihan semula CEC berikutan  pelbagai pihak mempertikai kewibawaan proses pemilihan CEC pertama pada 15 Disember lalu.




Akramsyah yang juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Bendang Baru Langkawi, berkata sikap Pua yang enggan memohon maaf kepada RoS dan Utusan Malaysia ekoran kenyataannya itu hanya menyerlahkan sifat angkuh Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara itu.

"Sebagai seorang ahli Umno saya mendesak Pua memohon maaf secara terbuka kepada seluruh ahli Umno, kakitangan RoS dan Utusan Malaysia di atas tindakannya yang begitu celupar serta biadap sehingga melangkaui batas dan nilai murni kehidupan," katanya.

Beliau turut mengesyorkan supaya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meletak jawatan atas kegagalannya mentadbir parti itu sehingga menyebabkan DAP di ambang pembatalan pendaftarannya.

"Mungkin tugas Lim sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang terlalu berat untuk dipikul bersama dengan tugas Setiausaha Agung DAP jadi saya rasa lebih baik beliau melepaskan jawatan Setiausaha Agung itu," katanya.

Sementara itu, Akramsyah menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan nasibnya dalam persaingan merebut jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan sayap Umno 12 Oktober ini.

"Saya turun padang bertemu perwakilan dan sebagai seorang Islam sekarang ini saya berserah kepada Allah untuk jawatan itu tetapi berdasarkan maklum balas, keyakinan untuk menang adalah dalam 60 hingga 65 peratus," katanya.

Beliau yang juga anak sulung kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid berkata, beliau tidak akan kecewa jika kalah dan akan terus memperjuang serta menghidupkan kembali agenda perjuangan Melayu. - Bernama, 10 Oktober, 2013.

Tiada ulasan:

Pengikut