Isnin, 16 September 2013

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 15 Sep 2013 11:02 PM PDT

Suara Sri Andalas


End of the 2020 Dream

Posted: 15 Sep 2013 07:24 AM PDT

YES, to me this dream is lost after reading our PM's speech at UITM Shah Alam.  We have all been led to believe that by 2020 this country would be a developed one, with a fair system based on justice by the government of the day. I quote the words of our PM, "To all bumiputras, do not despair. As long as there is life in this body, your survival will be our utmost priority and struggle." When have the people of Malaysia ever questioned the Bumiputra agenda? But, now PM says its forever. . .  so what does UMNO expect from the rest of the country.  This is an UMNO agenda and not a Malaysian agenda.

UMNO says the 30% equity has not been achieved, but articles say otherwise.  Has the 2020 vision turned into a pipe dream?  UNMO knows very well that they have lost the battle and are now fighting to survive. Don't get me wrong, I want to see a Malaysia where ALL the races in this country prosper. But there must come a time when the best are chosen for jobs in both the private and public sector.  We cannot forget what all the different races have contributed to build this country.

We understand that the UMNO elections is just round the corner, but what does the PM expect from speeches like this. Is he just talking to the 2 million UMNO members and not thinking of the 25 million Malaysians. He of all people should know that his leadership is in question because he is the first prime minister with a minority government and massive allegation of fraud in the polls. Perhaps he has forgotten that it is only because of East Malaysia that he is still the Prime Minister.

Instead of making speeches, he should really take a serious look at the problems facing Malaysia today.  We need to look at the socio-economic problems facing the lower income group which has lead to an increase in crime and gangsterism. We have lost our competitive edge in this region and most of the time we talk of past glories and do not want to make a critical analysis of the present situation. Our policies should be need based rather than focusing on race. Equitable distribution of wealth to all, with priority being given to the marginalised group so that they can break out of the vicious circle of poverty. How can real changes take place when racial and religious based policies are high on the PM's agenda?

We seem to be giving excuses all the time.  Political integrity is embodied in a man who upholds the rule of law, delivers to the letter on the mandate of the people despises corruption, promotes efficiency, does not tolerate indolence and stands up against tyranny. Does this sound like our present government?  The present BN regime is nearing the end of their reign and like all other regimes is clutching at straws and will do and say anything to survive.

Come tomorrow, Malaysia Day,  I am hoping that change will take place and all Malaysians regardless of race or creed will live happily and peacefully in a just Malaysia.

Happy Malaysia Day.

YB Dr Xavier Jayakumar
ADUN Seri Andalas

Umno Bertanggungjawab Atas Kelemahan Berterusan Bumiputera

Posted: 15 Sep 2013 08:01 AM PDT

SHAH ALAM, 15 SEPT : Dasar Ekonomi Baru dibawah urustadbir Umno-Barisan Nasional telah gagal mengangkat martabat ekonomi Bumiputera, disebalik pelbagai retorik dan peruntukan berbilion ringgit untuk memperkasa pembangunan Bumiputera.

Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Umno sering menggunalan istilah Melayu, Bumiputera dan pembangunan secara seiring, namun taraf ekonomi golongan majoriti itu kekal lemah dibawah Umno-BN tidak dapat dinafikan. Turut mendukacitakan adalah keadaan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang daif berbanding Bumiputera di Semenanjung Malaysia.

"Umno-BN mesti menjelaskan kepada semua rakyat Malaysia mengapa meskipun begitu lama DEB dilaksanakan dan berbilion-bilion ringgit dibelanjakan, tetapi mobiliti sosial Bumiputera kekal rapuh dan memperlukan sokongan Kerajaan berterusan," katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung  Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Universiti Teknologi Mara (UiTM), semalam.

Muhyiddin berkata agenda ini merupakan pengukuhan komitmen Umno kepada pembangunan ekonomi Bumiputera, dan Umno tidak akan apologetik kepada masyarakat bukan Bumiputera dalam memperjuangkan matlamat itu.

Nik Nazmi bagaimanapun berkata Umno terlebih dahulu perlu menjawab mengapa selepas 42 tahun DEB dikelola Umno-BN, golongan Bumiputera masih tidak mempunyai daya ekonomi untuk berdiri atas kaki sendiri.

"Mobiliti sosial hanyalah bermakna pada jangka masa panjang sekiranya fenomena ini dapat bertahan sendiri. Justeru, mobiliti sosial seharusnya dapat diwariskan kepada generasi akan datang tanpa bantuan yang berterusan," tegas beliau.

Tambahnya lagi, Umno perlu menjelaskan kebocoran RM54 bilion saham yang diperuntukkan untuk Bumiputera di Bursa Saham Kuala Lumpur, seperti yang dilaporkan Bernama, 30 Jun 2010.

"Tiga tahun lalu Najib mengakui bahawa daripada RM54 bilion nilai saham yang diperuntukkan kepada masyarakat Bumiputera, hanya RM2 bilion yang kekal di tangan masyarakat itu. Ke manakah pergi saham yang lain?" soal beliau.

Nik Nazmi juga mendesak Umno memberi alasan mengapa jurang sosioekonomi di dalam masyarakat Bumiputera semakin melebar, disebalik kepercayaan yang diberikan kepada parti itu.

"Banyak kelemahan-kelemahan masyarakat Bumiputera, termasuk hakikat bahawa pendapatan purata masyarakat Cina Malaysia adalah lebih tinggi berbanding Bumiputera dengan nisbah 1: 1.43 dan effective control terhadap syarikat korporat hanyalah 10 peratus," katanya.

Hakikatnya, tegas Nik Nazmi, UMNO bertanggungjawab di atas kelemahan berterusan masyarakat Bumiputera.

"Berapa lamakah penyelesaian kepentingan dan masalah sebenar masyarakat bukan Bumiputera perlu ditangguhkan atau tidak diendahkan sementara Kerajaan memainkan sentimen masyarakat Bumiputera hingga hubungan antara kaum menjadi korban?

Beliau berkata, inisiatif terbaru Najib tidak memberi keyakinan bahawa isu pokok yang dihadapi masyarakat Bumiputera sekarang dapat diatasi.

Malah katanya, langkah-langkah yang diumumkan itu adalah lebih kepada memastikan survival politik terhadap individu tertentu, bukannya keprihatinan sebenar untuk mengangkat martabat Bumiputera.

"Semua rakyat menjadi mangsa kegagalan dasar-dasar Kerajaan Umno-BN yang lebih mementingkan retorik daripada perkara-perkara substantive. Pendekatan Kerajaan hanyalah membelanjakan wang untuk semua masalah dengan harapan masalah tersebut akan selesai," katanya lagi.

Sumber: SelangorKu

Kerajaan Negeri Peruntuk RM5 Juta Atasi Banjir di Klang

Posted: 15 Sep 2013 07:57 AM PDT

KLANG, 13 SEPT : Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan RM5 juta kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk membiayai langkah bersepadu mengatasi banjir.

Timbalan Yang Dipertua MPK, Ehsan Mukri berkata fokus kini adalah menyelesaikan projek-projek tebatan banjir melalui naik taraf sungai, pemulihan saluran perparitan dan pembinaan lebih banyak kolam tadahan.

"MPK menerima peruntukan sebanyak RM5 juta daripada Kerajaan Negeri untuk melaksanakan projek ini (tebatan banjir) di mana RM1 juta daripada peruntukan itu diserahkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor untuk kerja-kerja menaik taraf sungai.

"Kita juga bercadang untuk membina kolam tadahan bawah tanah yang pertama di Klang sebagai salah satu langkah untuk mengatasi masalah banjir di sini," kata semasa sesi Dialog Manifesto Manifesto Kerajaan Negeri bersama rakyat di Dewan Hamzah, malam tadi.

Katanya, setakat ini sebanyak sembilan buah projek sudah dijalankan dengan menumpukan kepada beberapa kawasan, antaranya Jalan Tengku Kelana dan Pandamaran.

Katanya, MPK turut menyediakan saluran khas melalui laman sosial yang memberi akses kepada orang awam untuk mengemukakan sebarang pertanyaan atau aduan sekiranya berlaku kesulitan di kawasan mereka.

"Pimpinan dan Ahli Majlis mesti turun setiap kali musim banjir di sini, malah kami berhubung dengan semua agensi untuk bersepadu menjalankan tugas.

"Kami di MPK menyediakan peruntukan kerja-kerja membersihkan parit dan longkang, tetapi sayangnya masyarakat sering membuang sampah hingga menyebabkan longkang tersumbat.

Sesi dialog dan soal jawab itu memfokuskan kepada empat aspek utama iaitu ekonomi, kesejahteraan, persaudaraan dan kerajaan rakyat.

Hadir sama, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, Adun Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dan Ahli Majlis MPK.

Sumber: Selangorku

Penantian 4 Tahun Ibu Tunggal Dapat Dokumen Diri Berakhir

Posted: 15 Sep 2013 07:22 AM PDT

KLANG 13 SEPTEMBER : Penantian sejak empat tahun ibu tunggal, Raja Devi, 34, dan empat orang anak bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri berakhir apabila memperolehinya hari ini.

ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar berkata, kejayaan ini diperolehi apabila beliau dan sukarelawan pejabat Dun Sri Andalas, Tamil Maran bertungkus-lumus menguruskannya agar mereka memperoleh dokumen penting itu.

"Raja Devi bersama anak lelaki beliau berumur 15 tahun menerima Mykad biru, manakala tiga lagi anak beliau berumur 10, 9 dan 5 tahun menerima sijil kelahiran masing-masing.

"Harap dengan dokumen ini dapat lebih memudahkan keluarga ini melakukan urusan rasmi termasuk bagi mendapatkan pekerjaan," kata Dr Xavier di sidang media penyerahan Mykad di pejabat beliau.

Sebelum ini, beliau dan Tamil Maran berusaha menyelesaikan urusan itu dan berulang-alik ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Hospital Klang, Port Dickson serta Kuantan bagi mendapatkan bukti kelahiran ahli keluarga ibu tunggal yang cacat penglihatan itu.

"Saya sangat terharu dengan pengorbanan Dr Xavier dan Tamil tidak berputus asa untuk beliau mendapatkan dokumen kewarganegaraan Malaysia yang sah," kata Raja Devi.

Dalam pada itu, Pejabat DUN Sri Andalas turut membantu mendaftarkan anak sulung Raja Devi, Logeswaran ke institut kemahiran My Skill Foundation di Klang dan dua anak beliau yang lain dibantu bagi pendaftaran sekolah rendah.






Kelas Menjahit Manik Keenam Usaha Menambah Pendapatan Wanita dan Keluarga

Posted: 15 Sep 2013 07:22 AM PDT

Kelas menjahit manik yang keenam telah diadakan dengan jayanya. Pejabat ADUN Seri Andalas telah mengadakan kelas menjahit manik secara berterusan untuk membantu para wanita mempelajari kemahiran yang dapat membantu mereka menambahkan pendapatan sampingan keluarga.





Sekitar Pertandingan Futsal di Taman Maznah

Posted: 15 Sep 2013 07:22 AM PDT

Berikut adalah gambar-gambar sekitar pertandingan futsal yang diadakan di Taman Maznah pada 31 Ogos 2013 yang lalu.











Anwar Ibrahim

Posted: 15 Sep 2013 07:06 PM PDT

Anwar Ibrahim


[KENYATAAN MEDIA] Perutusan Hari Malaysia 2013

Posted: 15 Sep 2013 08:14 AM PDT

15 SEPTEMBER 2013

Perutusan Hari Malaysia

16 September adalah catatan sejarah untuk Malaysia iaitu tarikh keramat untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di mana 14 negeri ditadbir dibawah satu kerajaan persekutuan yang berpegang kepada prinsip dan system demokrasi berparlimen.

Setelah 50 tahun , sudah pasti kita semua punyai impian untuk melihat negara yang kita cintai ini diterajui oleh kepimpinan yang benar-benar memartabatkan kehidupan dan hak rakyat.

KEADILAN mengimpikan Malaysia akan menjadi sebuah negara yang membuka ruang kepada setiap individu warganya menikmati pendidikan percuma, kesihatan, keselamatan dan pengurusan yang ikhlas dan membela rakyat.

Sejajar dengan apa yang telah dideklarasikan di Permatang Pauh pada 12 September 1998 bahawa "Kami akan menggerakkan reformasi ini dengan aman, mengikut semangat perlembagaan dan bernafaskan prinsip pemerintahan undang-undang".

Selamat Hari Malaysia.

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

[PROGRAM] Dato’ Seri Anwar Ibrahim Di Pulau Pinang dan Perak

Posted: 15 Sep 2013 03:08 AM PDT

1 — Himpunan Kepedulian Kemanusiaan Global & Solat Hajat

16 September 2013 Jam 3 – 6 ptg di Yayasan An-Nahdoh, Kubang Semang, Pulau Pinang

2 — Program Rapat Kemanusiaan (Mesir, Gaza, Syria, Rohingya, Bangladesh)

16 September 2013 (Isnin), 9.00mlm di Surau Nurul Huda, Batu 6 RPT Tambun

PEJABAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

Tiada ulasan:

Pengikut