Sampai dekat² nak lupa dah password nak masuk admin blog ni ... huhuhu ...
AloQStaQ tak menulis lama ni bukan sebab apa, bukan sebab dah kojol atau dah mampus, atau keciwa ataupun jauh hati mahupun merajuk (jauh sekali !) , tetapi AloQStaQ lama tak menulis di sini hanya kerana nak memerhatikan kerja buat Exco-Exco Kedah yang telah dipertanggungjawabkan oleh YAB MB Kedah untuk membantu beliau mengembalikan kegemilangan Negeri Kedah demi kebaikan sekalian rakyatnya.
Para Exco yang dilantik diingatkan jangan ambil mudah jawatan yang telah diberikan. Kedah sepatutnya 'dibersihkan' segera dari segala kekotoran dan kelemahan pentadbiran PAS selama 5 tahun lalu.
Janganlah anda para Exco Kedah yang diberi kepercayaan oleh YAB Mukhriz mempersia-siakan kepercayaan tersebut sehinggakan mencalarkan kepimpinan yang diharap-harapkan oleh sekalian rakyat Kedah setelah 5 tahun rakyat merana di bawah tampuk kepimpinan lemah PAS dan Pakatan Rakyat.
Jangan ulangi sikap Exco PAS yang tidak membuat sebarang pembaharuan kepada pembangunan Negeri Kedah dan asyik menggunakan jawatan tersebut untuk menelan segala kemudahan dan keistimewaan sebagai Exco Kedah semata-mata ... Jawatan itu bukanlah untuk bermegah-megah. Tanggungjawabnya amatlah berat untuk dipikul. Demi nama baik UMNO/BN di mata rakyat Kedah untuk menghadapi PRU14 lima tahun (tak lama lagi!).
INI ADALAH INGATAN MESRA DARI ALOQSTAQBLOG :
PARA EXCO YANG MEMBUAT KERJA DENGAN BAIK DAN SEMPURNA UNTUK RAKYAT, PASTI AKAN DISAYANGI OLEH SEKALIAN RAKYAT KEDAH TERMASUKLAH PARA BLOGGER (Khasnya yang tidak berbayar !) ...
TETAPIAWAS !
PARA EXCO YANG MEMBUAT KERJA BURUK DAN HANCUR DI MATA & HATI RAKYAT, AKAN DIBENCI OLEH SEKALIANNYA TERMASUKLAH PARA BLOGGER (Khasnya bloggers yang tidak berbayar!) ... EXCO ITU NAMANYA MENEMPAH NAHAS !! Mencari penyakit ...
BAHAWA KAMI SESUNGGUHNYA TIDAK AKAN TERAGAK-AGAK MENYAMPAIKAN MAKLUMAT SEBENAR KEPADA PM, TPM, MB KEDAH , RAKYAT MALAYSIA AMNYA & RAKYAT KEDAH KHASNYA MENGENAI SIKAP BURUK DAN KELEMAHAN KERJA BUAT ANDA PARA EXCO SEKALIAN ... INGAT ! 24/7 ANDA DIPERHATIKAN OLEH KAMI & SELURUH RAKYAT KEDAH.
Takut Pada Allah , OK !?
Kepada rakyat Kedah yang berhasrat untuk menegur, memuji, memberi maklumat salah laku Exco beserta bukti sahih, salah laku Wakil Rakyat (tak kira BN / PAS / PKR / DAP di Kedah), mahupun untuk memberi apa sahaja maklumat penting mengenai Kerajaan BN Kedah, sila berbuat demikian dengan menghantar Email kepada AloQStaQBlog di alamat email : AloQStaQ@gmail.com
Segala maklumat anda akan dirahsiakan.
Sekian, terima kasih dan InsyaAllah kita akan sama-sama memacu Negeri Kedah menjadi negeri yang Aman Makmur dan berteknologi tinggi selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia menuju Wawasan 2020 ! InsyaAllah ...
Kerajaan Singapura buat apa? Kerajaan BN buat apa? Jerebu dari Indonesia, kerajaan BN nak buat apa? dinding? bumbung? tiup ramai-ramai bagi angin tiup jerebu ke tempat lain? Buat hujan? Tuih! Bodoh punya cina lahanat.
You are subscribed to email updates from Ohpolitik!™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Satu hari seorang orang Pahang pergi ke KL membawa kereta besar. Tentulah dia susah nak parking dan ke sana kemari. Bila ditanya orang kenapa tak bawak kereta kecik, katanya, "Koi orang Pahang."
Ketika berada di KL, dia menyewa bilik yang besar disebuah hotel yang besar dan mahal. Apabila kawan dia datang untuk bertemu, jenuh berjalan nak jumpa di coffeehouse. Ditanya kenapalah pilih hotel ini? Jawabnya "Isy ... koi orang Pahang."
Mengikut versi lama jenaka orang Pahang, dia akan mengisahkan kenduri besar dan malam penganti. Tapi ini jenaka orang Pahang versi baru sebab orang Pahang ahli politik.
Orang Pahang ini seorang pemimpin dan pegang jawatan paling tinggi. Dia bertanding sebagai calun Parlimen pada pilihanraya.
Sebelum mula kempen, dia kasi rakyat duit bagi membantu rakyat hadapi kenaikan harga barang dan model ekonomi baru yang pendapatan rakyat belum naik tapi gaji CEO berjuta-juta setahun.
Orang Cina dikasi banyak sekolah-sekolah. Orang India, orang kadazan, orang iban, dan rakyat pelbagai lapisan bangsa, pekerajaan, syarikat, dan lingkungan pendapatan mendapat bahagian masing-masing.
Rasanya orang sayang dia. Masa kempen, orang diminta luahkan kasih dan sayang mereka kepadanya.
Majlis kempen, makan busat dan ceramah mestilah besar-besaran dan pakai baju warna serupa. Orang memang ramai datang. Seorang pemimpin lama tanya kenapa kempen macam gitu. Katanya, "Koi pemimpin Pahang."
Bila keputusan keluar, orang Pahang ni dapat kurang kerusi dan majoriti kecil.
Ada salahkan Penasihat. Ada salahkan tentera kacang hantu. Ada salahkan cina. Ada salahkan duit tak turun. Ada salahkan orang UMNO tak pandai kempen .... macam-macamlah yang bersalah.
Semua malu dan tak mahu nak salahkan orang Pahang. Tak mahu gaduh ... nanti parti politik orang Pahang berpeccah belah dan sudah tak besar lagi.
Akhirnya ada orang pergi jumpa tanya orang Pahang ini kenapa keputusan begitu. Katanya, "Isteri koi orang Negeri Sembilan."
RM100,000 diperuntukkan kepada mangsa kebakaran Kampung Nangka
SIBU: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, semalam telah meluangkan masa melawat mangsa kebakaran di Kampung Nangka di sini.
Dalam lawatan singkat selepas mengadakan kunjungan Hari Raya ke kediaman wakil-wakil rakyat dan ketua kaum di sini, Ketua Menteri berkata, kerajaan negeri akan memperuntukkan bantuan sebanyak RM100,000 kepada mangsa kebakaran.
"Saya berharap wakil rakyat iaitu Dr Annuar (Rapaee) akan bertemu dengan pihak Jabatan Tanah dan Survei untuk membincangkan dan mencari lot tanah di penempatan semula di Teku bagi membina kediaman baharu kesemua mangsa," katanya ketika ditemui pemberita.
Turut mengiringi Ketua Menteri serta isteri ialah Timbalannya Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh, Temenggung Vincent Lau, Residen Sibu Sim Kok Kee serta yang lain.
Dalam kejadian subuh raya kedua itu, 15 keluarga melibatkan 83 penduduk Kampung Nangka kehilangan tempat tinggal setelah rumah mereka ranap dijilat api.
Kejadian kebakaran itu telah menyebabkan sambutan Hari Raya tahun ini tidak bermakna setelah sembilan buah rumah hangus manakala tiga lagi rosak di bahagian dapur.
kesan kebakaran malam tadi menghapuskan kesan sejarah
Sejarah dua penempatan awal orang Melayu di Sibu yang mana rumah mereka didirikan lebih daripada satu abad yang lalu sebahagiannya terpadam dari lipatan sejarah apabila sekurang-kurangnya 100 rumah kayu di Kampung Dato dan Kampung Hilir telah dibakar di dalam api yang paling teruk yang melanda negeri itu tahun ini.
api mulai padam setelah bahan bakar habis
Pada jam 8.30 malam, seramai 653 orang daripada 107 keluarga telah didaftarkan sebagai mangsa api kebakaran 3.40 petang yang dipercayai bermula dari sebuah rumah di Kampung Hilir yang ditinggalkan kosong kira-kira enam bulan yang lalu.
Laluan ke Kg Dato dan Kg Hilir
Tiupan angin kencang dan kering dari Barat Daya menyebabkan api merebak dengan cepat ke Kampung Dato dan hampir mencapai berdekatan Paramount Hotel.
api marak
Sebuah surau di tengah-tengah Kampung Dato telah musnah.
Kg Dato dilihat dari bekas tapak hospital Low King How
Jalan Kg Dato yang menjadi laluan utama kedua-dua kampung gagal untuk menghalang api menyeberangi jalan tersebut apabila api terus marak, melintasi jalan tersebut dan terus mengganas di rumah bagan di sepanjang tebing Sungai Igan
Penduduk hanya mampu menjadi penonton dalam keadaan cemas dan menyeramkan . Kebakaran ini ialah yang terbesar berlaku di Sarawak tahun ini.
Pemimpin masyarakat Temenggong Datuk Wan Hamid berkata, terdapat lebih daripada 200 buah rumah di Kampung Dato. Sekarang pihak kerajaan akan berusaha untuk menyediakan tempat tinggal sementara kepada mangsa.
Ketua Polis Sibu ACP Shafie Ismail berkata polis telah menubuhkan satu bilik operasi pada SRK Abang Ali.
Setelah membaca artikel di sana dan di sini, maka hari ini TM nak cerita sikit lah.
Perbezaan pandangan dan pendapat menjadi lumrah manusia. Nak kritik ka, nak balun ka biarlah berpada-pada tetapi perbalahan kali ini dilihat seperti dendam yang tak berkesudahan.
Amarah blogger tersebut telah masuk babak kedua dan ketiga. Segala-galanya berpunca daripada program media sosial.
Kehadiran Raja Ariff ke dalam BTN mendapat reaksi yang kurang baik pada blogger kerana Raja Arif membawa agenda dan prinsip lama Anwar Ibrahim terutama apabila Raja memperkenalkan gambar pokok demokrasi tetapi semuanya menjadi positif selepas mendapat penjelasan beliau.
Benar bagaimana disebut oleh Jari 9 bahawa segala persengketaan antara blogger tersebut dengan BTN adalah gara-gara program media sosial selepas pelancarannya di PWTC pada November 2011.
Blogger tersebut hanyalah memulakan agenda sebagai pengerusi majlis sahaja tetapi akhirnya menjadi pengarah program dan program pertama dianjurkan ialah di Kota Bahru Kelantan dengan kerjasama beberapa orang blogger lain.
TM mendapat maklumat bahawa program Media Sosial tersebut adalah program cilok dan tanpa melibatkan jawatan kuasa asal yang mengilhamkan program tersebut.
Apabila TM mengkritik program tersebut ia menyebabkan blogger tersebut telah mengarahkan beberapa orang blogger yang terlibat supaya menghubungi TM supaya menarik balik artikel tersebut. Demi rakan-rakan TM mengeluarkan artikel tersebut.
Program kedua dibuat di Temerloh Pahang, TM turut hadir atas jemputan rakan-rakan di sana dan atas tiket Timbalan Presiden 1 Agenda.
Blogger tersebut turut muncul sebagai pemerhati dan bukan pengarah program. Kehadirannya juga kerana dijemput oleh seorang Datuk yang memaksa dia hadir. TM faham kenapa dia dijemput hadir.
Kehadirannya menyebabkan dia malu-malu bila berhadapan dengan TM yang membelasah beliau pada minggu sebelumnya.
Tutup cerita itu.
Program media sosial terus bergerak maju ke hadapan dibeberapa buah negeri dan ramai bloggers ternama dilihat bersama-sama bloggers tersebut. TM memerhati sahaja dengan dari jauh tanpa melibatkan 1 Agenda. Pada hemat TM program Media Sosial tidak akan kekal lama kerana nampak jalan yang dibawa oleh blogger tersebut tidak betul dan ternyata telahan tersebut tepat dan benar-benar berlaku.
Perkenalan blogger tersebut dengan pengarah BTN bermula apabila Raja Arif mula mengambil alih tugas BTN melalui individu bernama Nazari. Melalui Nazarilah blogger tersebut di perkenalkan dengan Datuk Raja dan program pertama ialah perjumpaan dengan penggiat media di Jalan Bellamy. TM seperti biasa tidak hadir walaupun dijemput. Dari perkenalan itu telah merubah cara hidup blogger tersebut dari seorang biasa menjadi somebody yang luar biasa. Tahniah lah atas kejayaan misi dan visi beliau.
Suara-suara sumbang terus diterima oleh TM terutama dalam gelaran Dato pada blogger tersebut Sama ada benar Dato atau tidak terus menjadi persoalan apabila gelaran tersebut sekejap ada dan sekejap tiada pada banner atau back drop atas pentas.
Kontroversi terus menjadi besar setelah seorang kakitangan BTN yang juga blogger membela Raja Arif dalam blognya. Ia menyebabkan blogger tadi cuba mendedahkan identiti pegawai tersebut dan lain-lain pendedahan yang menggerunkan. TM tetap baca dan mengikuti perkembangan tersebut. Semuanya kerana kerjasama BTN dengan ABIM.
Baru baru ini blogger tersebut mengaitkan nama Dato Razali Ibrahim turut menjadi mangsa BTN. Apa yang TM tahu ialah Dato Razali yang menjadi mangsa blogger tersebut.
Beliau telah menghimpit timbalan menteri tersebut untuk mendapat dana bagi membangunkan sebuah laman web untuk menteri tersebut tetapi projek tersebut gagal dan satu laman habuk pun tak nampak.
Seorang lagi rakan juga mengadu beliau meminta itu dan ini untuk sebuah projek akhirnya setelah mendapat sebuah ipad, projek hilang entah ke mana.
Begitu juga dengan seorang usahawan wanita yang baru menghasilkan satu produk baru. Beliau pun turut menjadi mangsa blogger tersebut dan paling menjengkelkan apabila beliau masuk campur dan memburukkan pengusaha tersebut secara peribadi. Apa jadi dengan produk dan usahawan tersebut sekarang?
Cukuplah sampai di sini dan selama 5 tahun menjadi blogger macam-macam ragam manusia dijumpai.
Teringat juga kes Himpunan belia di Putrajaya 2012. TM juga kena getah. Pada mulanya dijanjikan ganjaran jika meletakkan logo dan jika buat artikel akan diberi ganjaran lebih, akhirnya sekupang pun tak nampak. Tak apa lah tak jadi kudis pun sebab TM bukan menjadi blogger upahan, TM ada kerja dan ada gaji yang cukup untuk hidup selesa. Menjadi blogger hanya suka-suka setelah rasa terpanggil apabila mendengar saranan Tun Mahathir agar BN mempunyai ramai blogger untuk menentang fitnah jahat pembangkang yang kini ternyata dalam askar merah dan askar hijau.
TM menulis kerana ingin membetulkan apa yang salah yang diterima oleh rakyat daripada Anwar dan Pas yang banyak menipu.
TM mahu pastikan BN terus membela bangsa melayu sampai bila-bila. TM sayangkan UMNO dan bukan orang-orang dalam Umno, jadi pemimpin datang dan pergi. Umno kekal selama-lamanya. Opportunist dalam Umno memang wujud tetapi biarlah kita hapuskan secara berhemah dan secara politik tetapi bila dah tersingkir jangan jadi seperti al-Jub yang lupa segala-galanya seolah-olah dia tak pernah menjadi ahli Umno.
Cukuplah takat tu, nanti makin jauh dan meleret-leret pula. Jom terjah blog di bawah . Ingat! Siapa kita dan siapa Raja Arif, fikirkan lah
Pada ketika ini lebih dari 50 buah rumah tradisional melayu yang dibina di zaman kolonial sedang diratah api dan usaha memadam dan mengawal api sedang giat dijalankan oleh Bomba Sibu.
Sebuah rumah yang terlibat bermula dari arah Kg Hilir menuju ke arah Kg Datu Lama.
Kesemua penghuni kebanyakannya ialah orang Melayu dan Melanau Islam. Kebanyakan rumah-rumah ini dibina rapat-rapat oleh generasi kedua, ketiga dan keempat.
Kesemua rumah mempunyai bekalan elektrik dan air bersih. Kemungkinan kebakaran kali ini adalah berpunca daripada litar pintas atau gas memasak.
Kebakaran seperti ini kerap berlaku di Sibu. Sebelum ini Kampung Nangka melibatkan berpuluh keluarga hilang tempat tinggal. Beberapa tahun dahulu perkampungan Cina yang padat di Lai chi Lane terbakar dan menyebabkan ramai orang Cina Foochow dan Iban kehilangan tempat tinggal.
Kebakaran tadi bermula lebih kurang jam 4.30 ptg Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
SIBU: More than 50 houses are believed to have been burnt in a fire that spread from Kampung Hilir to Kampund Dato, and at press time at 6.35pm, the fire is still spreading, threatening to burn down more houses.
The fire is believed to have been started from an empty house in Kampung Hilir at 3.40pm and fanned by strong wind, it went out of control.
A surau in the heart of the kampung was razed.
Residents at the side of Kampung Hilir said the houses built since colonial time had been flattened.
The fire is burning on both sides of the main road, creating walls of fire, and the roads have become impassable.
Sibu police chief ACP Shafie Ismail said police responded to the fire, setting up an operation room at Abang Ali School.
The fire is spreading towards Paramount Hotel.
Reporters at the scene said it was also spreading into the back portion of Jalan Masjid close to Jalan Ramli Amit
Bekas Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Hidayat Mohd Shariff membidas Pakatan Pembangkang yang mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf meletakkan jawatan dengan menyifatkan desakan itu sebagai satu tindakan yang memalukan pembangkang sendiri.
Jelas beliau, pakatan pembangkang, terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) patut menyuluh muka mereka di cermin terlebih dulu sebelum meminta Tan Sri Aziz meletakkan jawatan sebagai pengerusi SPR.
"Saya tak nampak di mana salah SPR sehingga mereka desa pengerusi badan tersebut meletakkan jawatan. Jika mereka kata SPR tak betul, sepatutnya Pakatan tidak boleh menerima kemenangan mereka di tiga buah negeri dalam PRU ke 13 baru-baru ini.
"Kalau kita lihat keputusan pilihanraya baru-baru ini, BN tidak dapat majoriti dua pertiga. Bahkan kerusi yang dimenangi pakatan juga meningkat. Jika SPR tidak telus dan menyebelahi BN, sudah tentu BN akan mendapat kemenangan 2/3 dalam PRU yang lepas," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Jika mahu bercakap soal ketelusan menurutnya lagi, kepimpinan pembangkang terutama PKR dan DAP jangan buat-buat lupa berapa banyak penyelewengan yang berlaku ketika proses pemilihan parti mereka.
"Kepimpinan PKR jangan buat-buat lupa berapa banyak berlakunya penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pemilihan cabang dan ranting PKR. Kalau tak berlaku penyelewengan, masakan sampai ahli-ahli PKR bergaduh sesama sendiri sampai berlakunya acara baling kerusi?
"Itu belum lagi kita cerita tentang ada dakwaan individu yang bukan ahli dibenarkan mengundi ketika proses pemilihan PKR. Malah ada juga isu kertas undi yang tidak sah tetapi diterima oleh kepimpinan tertinggi PKR.
"Kalau mahu dibandingkan dengan SPR, penyelewengan ketika proses pemilihan parti PKR 100 kali lebih teruk lagi. Begitu juga dengan pemilihan CEC DAP. Ia lebih memalukan apatah lagi ia berlaku di dalam sebuah parti yang konon-kononnya bersih dan telus," tegasnya.
Beliau seterusnya menasihati kepimpinan pembangkang agar terlebih dulu membetulkan proses pemilihan di dalam parti masing-masing yang diselubungi oleh penyelewangan dan salah guna kuasa, sebelum menuduh pihak lain tidak telus, menipu dan sebagainya. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Dakwaan Pakatan Pembangkang berhubung isu dakwat kekal dianggap tidak lagi relevan memandangkan sehingga ke hari ini tidak ada sebarang bukti yang dikemukakan oleh pembangkang berlakunya kejadian mengundi dua kali disebabkan oleh dakwat kekal yang mudah luntur.
Menurut Pengerusi Barisan NGO Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar, setakat ini tidak ada sebarang bukti yang menjadi asas kepada dakwaan Pakatan Pembangkang berhubung kepada kegagalan dakwat yang didakwa mereka tidak kekal dan mudah luntur dari jari pengundi.
"Biarpun ada dakwaan dakwat itu tidak kekal tetapi ia tidak menjadi sebarang isu besar sekiranya tidak ada kejadian mengundi dua kali. Kita perlu ingat, dakwat kekal itu hanyalah satu elemen keselamatan tambahan yang didesak oleh Pakatan agar ia digunakan ketika PRU.
"Pembangkang hari ini cuba mainkan isu dakwat tersebut tidak kekal tetapi mereka hingga hari ini tidak dapat buktikan sebarang kejadian mengundi dua kali akibat kegagalan dakwat itu kekal di jari pengundi," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Justeru itu katanya, isu dakwat kekal ini tidak boleh dijadikan dasar hujah bahawa berlakunya penipuan dan penyelewengan undi dalam PRU ke 13 baru-baru ini.
"Isu dakwat kekal ini sama seperti isu blackout, isu kotak undi, isu 40 ribu warga Bangladesh, yang sehingga ke hari ini tidak ada bukti sama sekali yang dikemukakan oleh pembangkang untuk mengesahkan dakwaan mereka.
"Sebaliknya, SPR pula yang mengesahkan bahawa gambar yang menunjukkan berlakunya blackout ketika pengiraan undi itu adalah gambar lakonan yang dibuat-buat oleh pembangkang," jelasnya lagi.
Justeru itu beliau meminta agar rakyat di negara ini tidak tertipu dengan permainan licik politik pembangkang yang sanggup menabur fitnah dan cerita-cerita yang tidak benar untuk memburukkan kerajaan yang ada hari ini.
"Pembangkang sehingga ke hari ini tidak habis-habis memfitnah dan membuat tohmahan tentang keburukan kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya untuk membentuk persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan.
"Tetapi sehingga ke hari ini, kita lihat mereka hanya bercakap kosong tanpa disertai sebarang bukti apa yang mereka dakwakan itu. Mereka pusing keliling negara, cakap itu dan ini pada rakyat tapi semuanya kosong.
"Pembangkang berpolitik bukanlah untuk membantu rakyat, tetapi mempergunakan rakyat untuk kepentingan agenda politik peribadi mereka," tegasnya. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dengan pemberian kad pengenalan kepada warga asing hari ini mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Api-api dari PKR Christina Liew merupakan warga Indonesia dari etnik Cina, yang memperolehi kerakyatan Malaysia.
Setiausaha Majlis Permuafakatan Sulu Sabah Mohd Zaki Hari Susanto memberitahu panel inkuiri hari ini beliau mendengar perkara itu melalui "cakap-cakap penduduk Tawau" yang mempersoalkan mengapa hanya mereka yang berketurunan Bugis dan Sulu sahaja dikaitkan dengan gejala pemberian kad pengenalan palsu.
"Saya membangkitkan perkara ini kerana masyarakat di Tawau yang utarakannya ... kenapa hanya bangsa Bugis dan Sulu sahaja dibangkitkan dengan RCI
"Mereka berkata beliau (Christina) merupakan bangsa Cina dari Indonesia, dapat pengenalan diri dan jadi pembangkang di Sabah," dakwanya di hadapan lima panel inkuiri di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, di sini.
Ditanya sama ada beliau mempunyai bukti menyokong dakwaannya itu, Zaki bagaimanapun berkata beliau tidak mempunyai sebarang bukti, sebaliknya ia adalah khabar angin yang disampaikan kepadanya oleh penduduk Tawau.
"Saya tidak mempunyai maklumat lain ... ini hanya kepercayaan (penduduk Tawau)," katanya.
Ini satu lagi ajaran yang kononnya sufi dan semakin berkembang di Malaysia
Pengaruh Syiah dalam Malaysia perlu dibenteras sepenuhnya. Hari ini Jabatan Agama Islam Negeri takut untuk bertindak kerana kebanyakan ahli Syiah adalah penyokong atau ahli Pas. Oleh itu Pejabat Agama seolah-olah menutup mata sebelah dalam isu ini.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedia membantu Kerajaan Persekutuan dan negeri menghalang penularan ajaran Syiah daripada mempengaruhi masyarakat Islam di negara ini. Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya akan meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan perintah yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri bagi mengekang fahaman tersebut. "Oleh kerana hal ehwal agama terletak di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan negeri, jadi KDN tidak berhasrat untuk campur tangan tetapi daripada segi pelaksanaan dan penguatkuasaannya, PDRM lazimnya diminta untuk lakukannya. "Ini bermaksud KDN akan membantu Kerajaan Persekutuan dan negeri melaksanakan penguat kuasaan akidah dan syariah Islam," katanya.
Tm dah beratus kali menyiarkan gambar dan artikel mengenai penyebaran agama Syiah di Malaysia tetapi seolah-olah sepi. TM mula mengkaji ajaran Syiah sejak tahun 80an lagi yang dilebelkan bukan Islam oleh beberapa orang tokoh agama tempatan
Perak dikatakan menjadi pusat perkembangan ajaran Syiah dan ia bertumpu di daerah Kerian dan Kamunting Taiping.
You are subscribed to email updates from Taipingmali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tak heran la kalau hampir 20 tahun lebih kelantan dibawah pentadbiran pas...
Tak heranlah kalau air di kelantan kotor pun depa buat tak kisah je...
Tak heranlah kalau royalti minyak yang bukan menjadi hak mereka pun mereka mintak...
Kalau kenyataan screen shoot di atas di ambil kira, bermakna kelatan ada masaalah besar... Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Dalam bukunya, Lee Kuan Yew menulis dimuka surat 504-505 "The Tunku was not aware that it (16.09.1963) was my 40th birthday! If he had known, he might well have changed the date - my birthday could not be his lucky day!!".
[Terjemahan: "Tunku (Abdul Rahman) tidak menyedari bahawa tarikh itu (16.09.1963) adalah harijadi saya yang ke 40. Kalau beliau tahu, sudah pasti beliau akan menukar tarikh tersebut - kerana harijadi saya tidak mungkin boleh menjadi hari yang baik bagi Tunku!!".
Yup..tarikh 16 September adalah harijadi Lee Kuan Yew!! Lee Kuan Yew beranak pada 16 Sept 1923 ! Nampak gayanya dah lama kita "kena kencing". Lima puluh tahun lamanya kita dok sambut harijadi Lee Kuan Yew dan secara rasminya kita menyambutnya hari ini. Dan kita akan terus menyambutnya sehingga dunia kiamat, atau bila Melayu hilang negaranya (yang mana dulu).
Dan kita Melayu lurus bendul ni main terima aje cadangan tarikh 16 Sept itu tanpa usul periksa. Akhirnya tak pasal-pasal kita kena sambut harijadi Lew Kuan Yew tiap tahun, sekarang siap jadi public holiday lagi. Macam tu lah nasib bangsa Melayu ku yang selalu "kena kencing".
Selepas mendapat kemerdekaan melalui gabungan dengan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dibawah kepimpinan Lee Kuan Yew tak habis-habis cari pasal. Akhirnya menyebabkan Tunku tiada pilihan selain daripada menendang Singapura keluar pada tahun 1965 daripada gabungan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Maka dalam tempoh 2 tahun, Melayu "kena kencing" sekali lagi. Dan ini bukan kecik punya kencing tapi sampai hilang satu negara!
Negara yang asalnya milik umat Islam bangsa Melayu, dengan sejarah Sang Nila Utama dan Hang Nadim yang makin pudar; hari ni bulu singa pun dah tak nampak!! Bangsa Melayu menjadi kaum merempat dalam negara sendiri, akibat mainan politik yang orang Melayu memang bendul!!
Dan jangan lupa kita semua "kena kencing" 16 Sept dua tahun lepas. Satu dunia kena kelentong bagaimana sandiwara politik dimainkan yang Putrajaya akan bertukar tangan pada 16 Sept 2008. Satu dunia kena tipu!.Mamat tu siap tunggu kat Dewan Sultan Sulaiman Kg Baru . Siap berangan nak salam dengan YDP Agong!! Losyen baby Johnson dengan spray Calvin-Klein "The One" siap dalam beg dengar ceritanya..isyk-isyk..isyk. Dengar cerita Tuanku YDP Agong tengah menunggu di Istana. Dan dengar cerita lagi Mamat tu dah siap dok menghafal nak angkat sumpah, macam pengantin menghafal lafaz nikah!! Berpeluh jantan katanya! Tau-tau semua "kena kencing" jugak!! Hampeh!!
Itulah sejarah 16 Sept! Diharap janganlah kita umat Islam bangsa Melayu "kena kencing" lagi. Kalau dok tengok cara kita dok berpolitik sekarang ni, rasanya memang kita orang Melayu rela diperkencingkan. Pak Jangot dok sibuk mengembek mengurat si kapior. Yang terkedu esok bangsa Melayu jugak!!
Nak kata apa, nasi dah jadi bubur. Dah jadi dalam lipatan sejarah pun! Mahu tak mahu kita sambutlah jugak Hari Malaysia ni walaupun dah ditukar menjadi Hari 1 Malaysia. Abaikan lah dari dok mengingati harijadi si Lee Kuan Yew tu...walaupun harinya sama, tapi hakikatnya tak serupa..Wallahuallam.
Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa tidak sewajarnya menggelar mana-mana pemimpin parti yang tidak menyertai perhimpunan anjuran pakatan pembangkang bagi membantah perjalanan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, sebagai pengkhianat.
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Norazli Musa berpandangan, gelaran pengkhianat sebenarnya lebih tepat diberikan kepada mana-mana pemimpin Pas yang mematuhi arahan pucuk pimpinan parti lain.
Menurut beliau, arahan untuk menganjurkan perhimpunan membantah keputusan PRU-13 dikeluarkan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukan melalui persetujuan majlis pimpinan pakatan pembangkang.
Kalau kita mematuhi arahan pemimpin parti lain, itu lagi khianat sebenarnya," katanya di sini hari ini.
Norazli mengulas percanggahan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak memaksa ahli Pas menyertai perhimpunan itu sedangkan Husam sebelum ini mendakwa pemimpin Pas yang tidak menyokong pendiriannya sebagai pengkhianat parti yang lupa asal-usul.
Semalam, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din meminta ahli parti mematuhi pendirian dan nasihat Abdul Hadi.
Norazli menambah, ahli Pas juga sepatutnya wala' atau mematuhi pendirian pemimpin yang mempunyai kedudukan paling tinggi di dalam parti.
Husam cuma Naib Presiden sedangkan Abdul Hadi ialah Presiden manakala Majlis Syura Ulama menduduki hierarki tertinggi di dalam Pas.
Sepatutnya kita menyokong pemimpin yang lebih tinggi, bukannya bercanggah pendapat dengan mereka," jelasnya sambil menegaskan tidak akan menghadiri perhimpunan itu kerana mematuhi arahan pemimpin tertinggi Pas.
Sementara itu, Naib Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, secara dasarnya, mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat pada 9 Jun lalu sebulat suara bersetuju parti itu mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut.
Walau bagaimanapun, jelas beliau, tidak kesemua pemimpin dan ahli Pas dapat hadir kerana mereka ada halangan atau urusan lain yang lebih penting.
Mungkin mereka ada keperluan lain seperti urusan di luar kawasan atau mengerjakan umrah semasa perhimpunan dijalankan.
Kita tidak boleh melabelkan mereka sebagai pengkhianat kerana masing-masing ada alasan. Itu tidak tepat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ditanya sama ada akan menyertai perhimpunan tersebut atau tidak, Mahfodz menjelaskan, beliau berada di luar kawasan.-UMO
1. Ketika mana Menteri-menteri pergi ke luar negara untuk menarik pelabur untuk berdagang di Malaysia, ketika itu juga Anwar membazirkan berpuluhan ribu ringgit Malaysia untuk menarik kuasa luar untuk menghancurkan negara.
2. Ketika mana kerajaan Malaysia membuat polisi dan dasar ekonomi yang menguntungkan segenap lapisan lapisan masyarakat di negara ini, ketika itu juga Anwar ke luar negara mengecam tindakan tersebut dan seakan mengarahkan kuasa luar untuk terus mendesak kerana mempunyai polisi negara yang kononnya traditional dan tidak baik untuk dunia.
3. Ketika mana negara mengukuhkan sistem kehakiman, ketika itu Anwar mendesak kuasa luar untuk campur tangan dalam kes liwatnya kerana dilihat tidak berlaku adil. Pemerhati antarabangsa yang mempunyai agenda tersendiri pasti melihat kes ini dengan penuh prejudis. Pemerhati ini pasti akan menjadikan kes liwat ini sebagai satu kes dalam perlindungan hak asasi manusia yang perlu dilindungi. Jikalau perlu dilindungi, maka Malaysia berhadapan dengan kes antarabangsa.
4. Ketika mana negara ini ingin mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia di bawah naungan Satu Malaysia, ketika itu juga Anwar sebagai pemecah belah umat Islam mengaitkan dengan konsep One Israel daripada Apco World Wide.
Sedangkan kesatuan umat itu merupakan satu suruhan Allah supaya umat Islam bersatu sepertimana dalam ayat al-quran " Waltakum minkum ummataw wahidah" bermaksud "Hendaklah daripada kamu menjadi umat yang SATU". Anwar sebenarnya mahu negara ini porak poranda, hancur dan berkelahi sesama sendiri. Apabila hal ini berlaku, memudahkan lagi kemasukan kuasa besar untuk menguasai khazanah negara.
Oleh yang demikian, satu desakan perlu diambil berat supaya passport Anwar ditahan serta merta. Hal ini kerana ada peluang untuk Anwar ke luar negara untuk berbincang dengan teman-teman Yahudi yang berfahaman Neo-Con dalam menjalankan agendanya yang kotor ke dalam negara Malaysia.
Hal ini juga kerana wujudnya Anwar melawat ke luar negara akan menaikkan tarafnya sebagai tokoh politik berkaliber yang kononnya dizalimi oleh pemerintah rejim jahat Malaysia. Padahal hakikatnya Anwar merupakan tokoh penghancur kepada keharmonian negara Malaysia.
Sejak adanya Anwar, negara hancur. Kelembapan ekonomi berlaku kerana ketidakstabilan politik yang dimainkan oleh Anwar. Keharmonian kaum dalam sosial juga terganggu disebabkan Anwar memainkan sentiman perkauman yang kuat. Malah isu agama dalam polemik isu kalimah Allah yang disokong oleh Anwar membawa kepada kebakaran gereja, pelemparan cat ke masjid dan sebagainya.
Wujudnya Anwar sebenarnya telah merosakkan ekonomi, politik, sosial dan agama negara. Keempat-empatnya iaitu ekonomi, politik, sosial dan agama adalah instrument yang paling penting untuk membangun multi-bangsa di Malaysia ini.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Panglima : rakyat dah muak dengan drama demi drama yang dimainkan oleh Anwar dan pembangkang.
Mereka sudah menyampah dengan gaya politik yang tidak menguntungkan negara seperti ini.
Kerana itu hanya 15 orang dari puluhan ribu yang datang stadium Kelana Jaya sebelum ini, bukti kegagalan pembangkang mengumpul ahli setia mereka flash mob di Masjid Jamek siang tadi.
Petanda tidak ada sambutan dari rakyat ialah bila Hj Husam Musa mula kaitkan ganjaran syahid kepada yang sertai demonstrasi Blackout 505 hujung minggu ini. Bukan itu sahaja sesiapa tidak hadir juga digelar pengkhianat hingga menyebabkan Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dr Haron Din terpaksa menjawab.
Husam yang salah mengaji muqaddam semasa kempen PRU13 lepas di Putrajaya di Pinggiran Putra, pun masih ada hati mahu keluarkan pandangan yang kebiasaannya dianggap fatwa oleh ekstrem PAS.
Kenyataan Husam dilihat kerana hubungan baiknya dengan Anwar yang kini sanggup terbang ke Jakarta untuk mencari peluang berdamai dengan Najib
Pandangan mantan Exco Kanan Kelantan yang salah ini sudah tentu akan dianggap benar jika rakyat tidak mendapat info yang cukup tentang sesuatu hal dan kejadian.
Walhal beliau sekadar lulusan Ekonomi dan kursus bahasa Arab di Jordan sahaja. Yang teramat jauh dari mencukupi syarat menjadi Mufti di mana jua negeri.
Oleh itu elok jika anak muda 15 orang ini dan yang lain dipulihkan dengan bimbingan agama dan info yang tepat dari Jakim, Kementerian Komunikasi, Kementerian Belia, Biro Tatanegara serta diberi peluang menjalan perniagaan mencari tapak kehidupan.
Kita percaya mereka ini diupah sahaja untuk berdemo, bukannya kerana semangat perjuangan yang membara!
'Masakan ada singa menerkam rusa jika perut kenyang tiap masa'
1. Pada 11hb. Mei 2013, UMNO merayakan hari penubuhannya yang ke 63 dengan sembahyang dan tahlil, ucapan bersemangat dari Presiden Najib Tun Razak dan majlis makan malam. Tetapi UMNO pada 2013 ini bukanlah sama dengan UMNO 1946.
2. Pada 1946, pengasas UMNO yang berkumpul di Johor Baru bersemangat untuk menyelamatkan bangsa Melayu dari kehilangan bangsa mereka, dari kehilangan tanahair mereka, dari menjadi rakyat sebuah tanah jajahan British dan hilangnya Melayu di dunia.
3. Perjuangan pemimpin dan ahli pengasas UMNO pada masa itu ialah untuk bangsa, agama dan tanahair. Tidak ada tujuan lain yang menggerakkan mereka, sudah tentu tidak ada kepentingan diri atau niat untuk jadi pembesar negara merdeka dengan upah yang lumayan.
4. Oleh kerana itu mereka dihormati, dialu-alukan dan disokong oleh hampir semua orang Melayu. Mereka adalah pejuang dan jaguh dan orang Melayu datang berduyun-duyun untuk menyertai parti UMNO yang ditubuh oleh mereka.
5. Maka bersatulah Melayu, tanpa mengambilkira pangkat dan darjat, tanpa mempedulikan berpelajaran Melayu, Inggeris atau agama. Mereka semua Melayu samada dari negeri-negeri yang berlainan, dengan raja yang berlainan, atau apa-apa lain yang membezakan mereka.
6. Dan berbaris padat dan rapatlah mereka untuk perjuangan yang suci, perjuangan untuk menyelamatkan bangsa mereka, agama mereka dan negara mereka. Mereka tidak takut, tidak gentar dalam menghadapi kuasa besar British.
7. Dan berjayalah mereka dengan menewaskan Malayan Union, usul satu penjajah terkemuka, satu dari pemenang perang besar dunia. Dan terdirilah negara bangsa Melayu yang merdeka yang dikenali secara rasminya Persekutuan Tanah Melayu. Nama Federation of Malaya ialah terjemahan kepada Bahasa Inggeris dan dianggap oleh orang Melayu sebagai bukan nama rasmi.
8. Itulah UMNO enampuluh lebih tahun dahulu. Mereka disanjung, didukung oleh semua yang berbangsa Melayu di negeri-negeri Melayu dan di mana-mana ada orang Melayu.
9. Tetapi tidak pada hari ini. Sekarang UMNO tidak lagi dipandang tinggi dan tidak lagi disokong seperti dahulu. Sesungguhnya ramai orang Melayu meluat dengan UMNO, anggapnya tidak lagi relevan dan perlu ditolak pun.
10. Kenapa?. Kerana UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair. UMNO ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. UMNO berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri.
11. Untuk ini mereka berusaha mengurangkan kemungkinan diri mereka dicabar, kurangkan kemungkinan diganti oleh sesiapa yang lebih layak. UMNO adalah hak ahlinya, hak pemimpinnya yang sedia ada dan bukan hak orang Melayu. Setelah mereka mendapat tempat jangan benar orang Melayu lain, terutama yang memiliki kebolehan tertentu, menyertai UMNO. UMNO adalah untuk pemimpin dan ahli semasa, dari ketua cawangan kepada ketua bahagian. UMNO tidak perlu tambahan ahli, tidak perlu penyertaan sesiapa lagi kerana ahli yang sedia ada perlu memelihara habuan mereka. Jika terlalu banyak ahli, habuan perlu dikongsi. Dan habuan yang dikongsi tentulah tidak sebanyak sebelum berkongsi.
12. Apa itu perjuangan untuk bangsa, agama dan tanahair! Bukankah yang sudah ada dalam UMNO, sebagai pemimpin atau ahli biasa terdiri dari bangsa Melayu, yang beragama Islam. Perjuangan untuk diri mereka bermakna perjuangan untuk bangsa mereka, bangsa Melayu, agama mereka, agama Islam. Oleh itu perjuangan untuk bangsa, agama dan negara sedang diteruskan, tanpa penyertaan Melayu lain.
13. Kesannya ialah hari ini ahli tidak bertambah selaras dengan pertumbuhan jumlah orang Melayu. Dan mereka terutama yang berkebolehan, yang berbakat tidak dibenar masuk UMNO lagi.
14. Yang boleh menyertai hanyalah yang kurang berkebolehan disbanding dengan yang sudah ada. Oleh kerana penyertaan dalam UMNO mestilah melalui cawangan, yang boleh masuk UMNO ialah yang kurang berkebolehan dari ketua cawangan.
15. Ketua cawangan manusia biasa yang boleh diserang penyakit, bahkan boleh mati pun. Satu hari ketua cawangan terpaksa lepaskan jawatannya. Penggantinya tentulah orang yang memiliki kebolehan yang kurang darinya. Dengan itu kebolehan ketua cawangan akan merosot sepanjang masa, tiap kali pengganti mengambil alih.
16. Dan ini akan terjadi dalam keseluruhan parti. Semakin lama semakin kurang pemimpin UMNO yang berbakat. Semakin lama semakin kurang ahli yang berbakat dan layak untuk menjadi calon dalam PRU. Calon payung terjun yang berbakat akan dikalahkan. Dengan itu pemimpin Kerajaan juga akan terdiri dari yang tidak berkebolehan.
17. Di mana pergi mereka yang berbakat ini?. Mereka pergi ke mana mereka di terima, tentunya parti lawan.
18. Melihat UMNO hanya berjuang untuk diri sendiri semata-mata, dan tidak lagi untuk bangsa, agama dan tanahair, orang Melayu tidak lagi nampak kenapa mereka harus sokong dan jayakan semasa PRU orang yang utamakan kepentingan diri sendiri sahaja. Jika ada sahaja parti lain, mereka akan sokong parti itu. Hanya jika parti lain lebih buruk baharulah sokongan kepada UMNO diteruskan. Inilah yang berlaku pada PRU 13.
19. Mungkin kita boleh tepuk belakang kerana UMNO masih menjadi parti yang menang terbanyak dalan PRU 13. Tetapi ini bukan kerana orang Melayu masih sokong UMNO. Sebenarnya kemenangan UMNO dalam PRU 13 disebabkan mereka tidak ada pilihan. Mereka amat takut kalau-kalau Anwar Ibrahim menang bersama dengan DAP. Akan hancurlah harapan orang Melayu sama sekali. Seburuk-buruknya UMNO, ia masih berbau Melayu, masih lebih mungkin memelihara kepentingan orang Melayu. Justeru itu tidak ada pilihan bagi orang Melayu jika tidak sokong UMNO. Namun demikian dalam PRU 14 UMNO tidak boleh harap keadaan ini berterusan. Jika UMNO tidak bersihkan dirinya dari rasuah dan kepentingan diri, orang Melayu mungkin mencari jaguh yang lain.
20. Demikianlah riwayat dan sejarah sebuah parti politik yang lupakan usul-asal dan sebabnya ia ditubuh. Demikianlah berakhirnya perjuangan yang lari jauh dari matlamat asalnya. Dahulu lain, sekarang lain. Sejarah dan kecapaian dahulu tidak akan meraih sokongan selama-lamanya. Dahulu dahulu, sekarang sekarang. Hanya berharap kepada kata-kata hikmat Hang Tuah, "Tak akan Melayu hilang di dunia" tidak mencukupi. Mungkin Melayu tidak akan hilang di dunia, tetapi apakah jenis Melayu yang tidak hilang ini. Apakah mereka terdiri dari pencuci kasut, pemandu kereta, kuli yang terbongkok-bongkok menyembah bangsa lain yang menjadi Tuan mereka. Dan apakah nasib UMNO? Ia akan jadi cerita dongeng dalam buku kanak-kanak dizaman akan datang.
21. Inilah masa depan yang menunggu UMNO. Inilah masa depan sebuah parti yang cemerlang tetapi sudah hilang kegemilangannya. Inilah masa depan bagi yang tidak mahu sedar dan tidak mahu membetulkan diri.
22. Kata seorang penulis sajak di zaman dulu, "tidak ada yang lebih menyayat hati dari melihat bangsa ku dihina dan ditindas oleh orang".
Semalam berlaku pergaduhan besar dalam pendengaran RCI berhubung isu pendatang di Sabah apabila pemimpin-pemimpin Suluk Sabah mendedahkan bahawa seorang ADUN Sabah dari Pakatan Rakyat dilahirkan di Indonesia.
Mohd Zaki Harry Susanto berkata, walaupun lahir di republik itu, Christina Liew daripada PKR berjaya menjadi Wakil Rakyat Api-Api.
Mohd Zaki berkata, mereka mendapat maklumat daripada warganegara Indonesia di Tawau yang mengesahkan Liew seorang Cina Indonesia.Beliau mengetengahkan isu itu kerana hanya kumpulan Bajau dan Suluk disasarkan dalam RCI, jelasnya.
"Jangan hanya sasarkan satu atau dua kumpulan etnik sahaja," katanya lagi.
Bagaimanapun, seorang pesuruhjaya RCI Henry Chin berkata, beliau pasti Liew lahir di Tawau dan beliau mengetahuinya kerana menjadi Ketua Polis di daerah di Sabah itu pada masa itu.
Nampaknya berlaku "ketidakadilan" apabila Henry Chin seorang Cina Kristian yang seagama dengan Christina Liew atau nama Cina Indonesianya "Liew Chin Jin" mempertahankan Christina Liew. Walhal data yang kami dapati di atas Jelas dan Terang menunjukkan Christina Liew@Liew Chin Jin Bukan Dilahirkan di Sabah Malaysia.
CONFIRM CHRISTINA LIEW@LIEW CHIN JIN ADALAH CINA INDON Data di atas jelas menunjukkan Christina Liew@Liew Chin Jin adalah Rakyat Negara Asing dan kemungkinan besar dia dilahirkan di Indonesia!
Apakah Christina Liew@Liew Chin Jin adalah sebahagian daripada orang-orang Cina Indonesia yang dibawa masuk oleh "orang-orang tertentu" ataupun Christina Liew@Liew Chin Jin adalah orang Cina Indonesia yang melarikan diri dari Indonesia kerana peristiwa pembunuhan beramai-ramai orang Cina Indonesia di Indonesia!
RCI mesti berlaku adil dan kita mendesak Henry Chin meletak jawatan daripada Suruhanjaya RCI kerana cuba mempertahankan Christina Liew@Liew Chin Jin yang sememangnya Warga Kelahiran Negara Asing?
Sila kemukakan soalan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), apakah kod -71- untuk rakyat Malaysia atau rakyat asing yang dilahirkan di luar negara?
Dengan pendedahan ini, kita mendesak RCI supaya jangan terlalu Prejudis dan Prasangka buruk kepada orang Islam Bajau, Suluk, Bugis, Jawa, Banjar, India Muslim dan sebagainya sebaliknya Cina-Cina dari negara Indonesia, Taiwan, Hong Kong, Singapura, Kanada, China, Filiphina dan sebagainya didiamkan dan disembunyikan!
Persoalan seterusnya, RCI mesti mendapatkan Maklumat lanjut di Department Kependudukan Indonesia (di Jakarta Pusat) apakah nama Indonesia Christina Liew@Liew Chin Jin di negara asalnya di Indonesia? Apakah harta-harta yang masih disimpannya di negara asalnya Indonesia? Berapa kalikah Chritisna Liew@ Liew Chin Jin berulang-alik dari Malaysia ke Indonesia setiap tahun? Apakah Christina Liew@Liew Chin Jin mempunyai ibu bapa, nenek, datuk, anak-anak atau keluarga Cinanya di Indonesia? Dan pelbagai soalan berkaitan?
Terutama persoalan apakah Christina Liew@Liew Chin Jin memperolehi Kewarganegaraan Malaysia melalui pintu depan atau pintu belakang? Dedahkan Nombor Sijil Kewarganegaraan anda? Di Bawah Undang-Undang apa? Di Bawah Perkara berapa? Siapakah penjamin anda semasa anda memohon kewarganegaraan Malaysia? Adakah anda mempunyai Kad Pengenalan Permastautin Tetap (IC Merah) sebelum memohon kerakyatan? Berapa tahun kamu memegang IC Merah sebelum kamu dibenarkan memohon Kewarganegaraan Malaysia? Tunjukkan Permit Masuk kamu ke Sabah? Apakah kamu masuk ke Sabah sebagai Pelarian Perang atau Pelarian Ekonomi atau Pendatang Haram??? Christina Liew@Liew Chin Jin mesti mendedahkan isu-isu ini atau kami sendiri akan dedahkan!
Kita minta RCI yang sedang berjalan supaya mengkaji hal-hal ini. Jika tidak kita akan dedahkan satu persatu!!! Kita tidak mahu negara kita ada Wakil Rakyat memiliki DUA KERAKYATAN!!! Kamu tahu bukan risikonya, keselamatan negara kita akan tergadai jika kita mempunyai Wakil Rakyat Dua Kerakyatan!!! Kepada pasukan RCI di Sabah, SPRM, KDN, Jabatan Imigresen, SPR dan agensi-agensi berkaitan silalah Bertindak sekarang atau kita akan dedahkan sendiri!
Bekas ahli Umno, Aspan Alias yang menyertai DAP tahun lalu kini bertindak mengkritik parti pembangkang itu kerana hanya meletakkan sebilangan kecil ahli bukan Cina sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.
Aspan sendiri merupakan antara yang tidak dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya.
Malah beliau yang juga bekas Veteran Umno Negeri Sembilan membidas DAP kerana mempunyai terlalu sedikit orang bukan Cina memegang jawatan penting dalam parti.
"Bagaimana ini boleh berlaku? Jika anda mengatakan bahawa anda sedang berjuang untuk rakyat berbilang kaum, anda mesti menunjukkan bahawa parti ini sememangnya diwakili Melayu, Cina dan India," katanya kepada The Star.
Aspan menyertai DAP bersama Adun Umno, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.
Menurut Aspan, beliau menyertai DAP kerana merasakan bahawa Barisan Nasional (BN) gagal membangunkan perpaduan negara.
Namun katanya beliau kini menyedari bahawa DAP sendiri tidak mempercayai kaum lain, khususnya orang Melayu.
"DAP menyerang BN kerana mendakwa bersifat perkauman, tetapi ramai yang lupa bahawa DAP sendiri mengamalkan dasar perkauman sepenuhnya.
"Saya tidak peduli jika parti mahu memecat saya. Bagi saya menyertai parti politik hanya sebagai medium, namun matlamat saya adalah lebih penting. Tujuan saya adalah untuk mewujudkan perpaduan negara," katanya.
Sejak akhir-akhir ini Aspan semakin lantang mengkritik kedua-dua pihak sama ada Pakatan Rakyat dan juga BN dalam entri blognya (http://aspanaliasnet.blogspot.com/).
Aspan berkata beliau mengambil keputusan untuk bersuara kerana bimbang tentang keharmonian kaum di negara ini.
Sementara itu, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata tindakan Aspan itu kerana kecewa apabila tidak dipilih bertanding dalam pilihan raya.
Beliau juga menolak semua dakwaan Aspan dan menyifatkan ia sebagai "tidak penting".
"Dia hanya seorang ahli biasa. Dia boleh mengatakan apa yang dia mahu. Kepimpinan parti akan bertindak balas apabila diperlukan, "katanya
Terbaca satu kisah bagaimana seorang anak kampung sebagaimana teman yang cuba mempertahankan kampungnya (KLIK) yang juga merupakan kampung terakhir dikeliling bandar besar, dengan kemusnahan kampung begini maka begitu juga sebenarnya merupakan penghapusan penempatan melayu akhirnya
Di sini (Perak) pernah teman juga merasakan amat sesal dengan kawpenempatan baru, Jenis mereka ini memang berhelah, manakan tidak... Tanah-tanah bekas lombong akhirnya berkesudahan diberkan penguasaha lombong yang kita tau sangat taukey lombong Orang cina yang kini digantikan dengan pembangunan perumahan dari tokeh lombong hinggalah sekarang jadi taukasan ey Perumahan baru, tanggal 2008 seketika dulu memperlihatkan bagaimana 11 bulan dimenafaatkan selagi boleh.
Komer tengok sendiri terbaru bila sebelum nie ada 6 buah lombong kini ditukar menjadi Taman Tiara Lake bersebelahan dengan kampung kuala Pari, jalan kampung yang kini menjadi laluan alternatif semakin sibuk menuju kebandar Ipoh, penduduk kampung paling tesah dengan pelbagai kenderaan yang melaluinya yang kini menimbulkan pelbagai rasa kurang senang dengan kenderaan yang menimbulkan pelbagai kesulitan kampung...
Antaranya ialah anak-anak yang berjalan kaki dan berbasikal kesekolah kini terpaksa berkongsi dengan kenderaan berat dan besar yang menggunakan jalan tersebut, antaranya jalan Kuala Pari Hilir, Jalan Toh Puan Rahmah dan beberapa jalan lagi disini, kemalangan kerap berlaku dan rasanya tidak lagi selamat untuk anak-anak kesekolah dengan berbasikal,
MBI luluskan Papan iklan nie ker?
Antaranya papan tanda yang diletakan sesuka hati mereka termasuk disimpang yang menghalang penglihatan penglihatan kenderaan yang melaluinya, demi mempromosikan jualan barangan, Promosi Jualan Rumah dan macam-macam lagi. Pihak JKKK juga berkali-kali meminitkan supaya diadakan pelbagai cara untuk memperlahankan kenderaan yang melaluinya, termasuk disimpang jalan mohd rashid yang paling kerap terlibat kemalangan, paling mengecewakan teman petang semalam bila terpandang papan iklan yang betul-betul disimpang 3 masuk kekampung Kuala Pari Hilir, macam suka mak bapak dema jer taruh ikut suka, mana perginya pemantauan sehingga boleh jadi begini, teman rasa memang tidak patut dan tidak layak dibenarkan oleh Pihak MBI sendiri
paling murah ada dua baris jer pun... 190k
jangan mimpi kalau tak ada 300k
RM 368,800.00 tak pa ma mumi atak liskaun...
boleh kira berapa banyak melayu yg mampu beli...
Mai... mai... rumah Banglo jer... atak luit muleh celita ma...
Kampung teman nie pada dasarnya cukup kuat bersatu, kekadang bila soksek-soksek mula rasa pelik kerana pengundi Cina makin ramai di PDM kampung... Jangan lah terkejut, dah tentulah ada puncanya.... kawasan lombong yang dibangunkan ditaman Tiara Lake rumah-rumah yang berjumlah hampir 400 buah rumah kini sudah pun dijual dan di miliki pembeli, kalau ada pun rumah yang berharga paling rendah sekitar berharga seratus ribu lebih dalam sebaris atau teres, selebihnya semua rumah yang berharga hampir RM tiga ratus ribu, persoalannya sekalipun harganya diberikan diskaun untuk bumiputera 10 % sekalipun, berapa kerat melayu yang mampu beli rumah yang berharga tiga ratus hingga empat ratus ribu ini?
Jadi kepadada sesiapa yang selalu tanya kenapa di PDM kampung Melayu tetiba penuh dengan pengundi Melayu, kenapa kampung melayu yang makin terhimpit? inilah sebenarnya puncanya... pada yang berkenaan kenalah ambik iktibar dan jadikan sebagai usaha Pemutihan, apa masalah Melayu yang tak boleh dibantu? bukan kah PRU 13 telah membuktikan Melayu cukup memberi sokongan sekalipun rakan kaum Cina yang belot, walaupun tak semua yg macam tu tapi tidak kah mereka sepatutnya merasa tanggung jawab dan kenapa pulak Melayu tak boleh dihargai? buat jer sepaurh tempat ni untuk orang melayu... salah ker?
You are subscribed to email updates from SEKUPANGDUA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu bukan sahaja berbohong mengenai fakta kematian ketika dalam tahanan polis malah sengaja mahu 'bermain dengan api' apabila menghasut kaum India membenci kerajaan dan pasukan keselamatan itu.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kenyataan dikeluarkan adalah keterlaluan kerana kaum India bukan golongan yang mencatatkan jumlah kematian tertinggi berhubung perkara tersebut.
"Itu adalah bohong, yang banyak mati sebenarnya adalah kaum Melayu dan bukannya orang India, apa yang disebut oleh Mohamad Sabu bukan sahaja tidak tepat, malah berbaur hasutan kerana membangkitkan soal etnik dan bangsa.
"Saya nasihatkan semua permainan politik yang tidak wajar ini dihentikan, kalau polis bertindak nanti mereka juga kata polis yang ambil tindakan, tetapi dia sendiri tidak jaga apa yang dia cakap," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Baru-baru ini, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam perhimpunan haram di Padang Majlis Daerah Ketereh, mendakwa lokap polis kini tidak lagi selamat kepada individu yang ditahan, sebaliknya menjadi tempat pembunuhan oleh pihak polis terutamanya kepada kaum India.
Wan Junaidi menegaskan, pihaknya kesal dengan tindakan mempermain-mainkan sentimen perkauman untuk memburukkan kerajaan dan profesionalisme polis.
"Dalam hal ini, tindakan telah diambil supaya kematian-kematian dalam tahanan polis itu disiasat dan saya juga telah bertemu dengan Ketua Polis Negara berhubung perkara ini.
"Selain itu, saya sendiri telah memberitahu Perdana Menteri yang kita kena kukuhkan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan," katanya.
Berdasarkan perangkaan, jumlah kematian tahanan polis yang dicatatkan adalah 64 orang Melayu, 30 orang Cina dan 28 orang India.
Penang Wasabi..
You are subscribed to email updates from PenangWasabi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Seorang lelaki yang mengugut untuk memuatnaik klip seks bersama seorang remaja perempuan telah dijatuhkan hukuman penjara.
Aamir Khan, 22, berjaya mengugut teman wanitanya yang berusia 16 tahun untuk memuatnaik video seks yang kononnyan dirakamkan secara rahsia di dalam kereta ke akaun Facebooknya untuk beberapa utas barang kemas yang bernilai hampir £15,000 (RM742,099).
Kejadian berlaku beberapa minit selepas beliau menghantar gadis malang tersebut ke rumahnya sebelum mengugut untuk memuatnaik rakaman aksi seks mereka melalu pos ataupun di Facebook.
Gadis tersebut yang dalam ketakutan itu hampir mengambil keputusan untuk lari dari rumah dan membunuh diri.
Beliau kemudian menyerahkan barang kemas, termasuk barangan pusaka warisan keluarganya seperti cincin, rantai dan gelang melalui tingakp bilik tidurnya pada malam itu.
Sehari kemudian, Khan mengugut lagi dan mendakwa separuh dari barang kemas tersebut adalah palsu. Setelah gadis berkenaan memaklumkan beliau tiada lagi barang kemas untuk diserahkan, Khan memintanya £500 (RM2,473).
Menurut kenyataan yang dibuat mangsa, beliau terfikir untuk membunuh diri kerana kejadian tersebut merupakan mimpi ngeri untuk dirinya dan keluarga.
Kakak mangsa kemudiannya terjumpa mesej ugutuan dari Khan di dalam telefon bimbit adiknya.
Khan, dari Spinney Hills, Leicester didakwa atas kesalahan membuat ugutan.
Siasatan awal menunjukkan tiada klip video yang dimaksudkan oleh suspek.
MUAR: Seorang pelatih yang sedang menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Sri Ledang, Jementah, Segamat melahirkan seorang bayi lelaki dalam tandas kem tersebut hari ini.
Pengurusan kem tersebut yang menyedari remaja berkenaan melahirkan bayi dalam tandas pada kira-kira pukul 3 pagi segera mengejarkan ibu berusia 18 tahun itu bersama bayi seberat 2.7 kilogram ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.
Bagaimanapun, bayi lelaki tersebut meninggal dunia tidak lama selepas itu, manakala keadaan ibu muda terbabit dalam yang sedang dirawat tidak membimbangkan.
Pengarah hospital Dr Selahudeen Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan ada menerima seorang pesakit remaja bersama bayi lelaki.
"Kita akan menjalankan bedah siasat ke atas bayi itu esok untuk mengenalpasti punca kematiannya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Ramai jangkakan hubungan Shahz Jaszle & Redzwani Puteri bakal bergolak lagi selepas seorang wanita bernama Farah membuka kisah percintaan singkat mereka.
Nyata jangkaan ramai yang memerhati agak mengena apabila sumber kami memberitahu yang Redzwani Puteri telah mengambil keputusan untuk putuskan pertunangan mereka hari ini ekoran apa yang terjadi.
Mungkin kerana sakit hati & bengang dengan keputusan Redawani Puteri untuk putuskan pertunangan, Shahz Jaszle telah datang ke sebuah bank di Bangsar mencari pasangan khalwatnya, Farah yang menjadi 'punca'.
Sumber kami yang juga bekerja di bank sama dengan Farah berkata Shahz Jaszle memang benar benar melepaskan amarah beliau petang tadi dan menimbulkan kekecohan sehingga menjadi perhatian ramai.
Kami tidak menerima butir lanjut tentang pertengkaran antara mereka tadi tetapi yang pasti pihak pengurusan bank tersebut telah meminta Farah meletak jawatan dalam masa 24 jam kerana insiden ini.
Shahz Jaszle & Redzwani Puteri gagal kami hubungi untuk dapatkan pengesahan lanjut.
PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi mendakwa Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli membuat kesilapan apabila memfailkan petisyen pilihan raya tehadap beliau.
Katanya, melainkan calon yang menentangnya di Bagan Datoh pada pilihan raya 5 Mei lalu, Rafizi tidak mempunyai hak untuk berbuat demikian.
"Kita jumpa di mahkamah. Bukan Rafizi Ramli yang failkan, dia tak layak. Yang layak memfailkan (petisyen) adalah calon yang menentang saya.
"Saya dah terima semalam petisyen itu di KDN dan saya telah berikan kepada peguam Barisan Nasional untuk dilihat.
"Bagi saya ia tidak perlu diuar-uarkan, kalau dia rasa petisyen itu perlu dirujuk kepada SPR dan mahkamah, kita jumpa di mahkamah. Ertinya dia telah melanggar etika dan peraturan sedia ada," katanya.
Ahmad Zahid yang juga adalah Naib Presiden Umno mengulas dakwaan PKR bahawa beliau berbelanja melebihi RM200,000 yang disifatkan pembangkang sebagai satu jumlah peruntukan melampau sepanjang tempoh berkempen.
Pakatan Rakyat memfailkan 25 petisyen membabitkan 24 kerusi Parlimen selain 10 petisyen pilihan raya bagi kerusi DUN di seluruh negara.
Penguatkuasa JAJ mengambil keterangan daripada dua wanita Indonesia yang didapati tinggal bersama seorang lelaki yang bukan muhrim.
BATU PAHAT – Tiga wanita dan seorang lelaki warga Indonesia ditahan dalam serbuan Ops Maksiat di sebuah rumah di Taman Nira, dekat sini, awal pagi kelmarin.
Timbalan Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika serbuan dilakukan, anggota penguat kuasa terpaksa menunggu kira-kira 30 minit sebelum penghuni membuka pintu.
Sebaik pintu dibuka, pihaknya mendapati seorang lelaki berada di ruang tamu sedang tidur, manakala tiga wanita berkenaan berada di dalam bilik.
"Kesemua warga Indonesia berusia 30an terbabit bekerja di kilang berdekatan, manakala lelaki tersebut memberi alasan tumpang tidur di rumah sewa itu. Dipercayai mereka telah tinggal bersama sejak setahun lalu.
"Kesemua mereka didapati bersalah kerana tidak mempunyai talian persaudaraan dan berada dalam keadaan yang mencurigakan iaitu berkurung," katanya.
Katanya, kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses dokumentasi sebelum dituntut waris masing-masing.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 27 (1), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.
"Jika sabit kesalahan, kedua-duanya berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.
Kuala Lumpur: Berang selepas teman lelaki bukan saja mungkir janji untuk mengahwininya tetapi membawa pulang kekasih baru ke rumah mereka di sebuah flat di Pantai Dalam, di sini, mangsa tampil membuat laporan dirogol lelaki itu.
Difahamkan, mangsa turut mendakwa disamun teman lelakinya membabitkan kerugian hampir RM2,000 selepas diperkosa teman lelakinya itu.
Berikutan kejadian itu, sumber berkata, mangsa berusia 46 tahun itu yang tidak puas hati dengan tindakan kekasihnya membuat laporan polis, kelmarin.
Menceritakan kejadian diperkosa teman lelakinya pada Mac lalu, mangsa memberitahu teman lelaki berusia 40-an itu mengajaknya melakukan hubungan seks.
"Mangsa pada mulanya menolak ajakan itu. Namun, lelaki terbabit merayu dan berjanji mahu berkahwin dengan mangsa selepas itu.
"Mangsa diperkosa lelaki terbabit di rumah disewa mangsa. Malah, selepas melakukan perbuatan keji itu, lelaki terbabit turut mengambil wang tunai mangsa," katanya.
Sumber berkata, mangsa yang pada mulanya percaya dengan janji manis teman lelakinya itu tidak membuat laporan polis mengenai tindakan keji lelaki itu.
"Bagaimanapun, selepas tiga bulan berlalu, teman lelakinya dipercayai bermain kayu tiga dengan membawa wanita lain pulang ke rumah mangsa," katanya.
Berikutan itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini, untuk tindakan selanjutnya.
GEORGETOWN - Kerajaan negeri bercadang menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Pulau Pinang bagi menyiasat kegagalan struktur sivil yang berlaku dalam dua kejadian runtuhan di negeri ini.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, ia dicadangkan dalam mesyuarat exco semalam untuk menyiasat secara menyeluruh terhadap dua kejadian yang meragut nyawa orang awam itu.
Insiden runtuhan Jambatan Pulau Pinang mengorbankan satu nyawa manakala insiden di Menara Umno meragut nyawa dua orang awam.
Guan Eng berkata, penubuhan itu dibuat di bawah Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 yang menetapkan tiga terma rujukan iaitu menyiasat punca kejadian itu berlaku, menyemak dan memastikan sama ada semua kelulusan dan kebenaran diperolehi dari jabatan berkenaan secara sah termasuk pengecualian yang diberikan, sekiranya ada.
"Selain itu, terma rujukan yang ketiga ialah menghukum pihak yang terlibat khususnya mana-mana jabatan atau pemilik bangunan jika terbukti ada kecuaian serta mencadangkan langkah perlu diambil bagi mengelakkan kejadian sama berulang sehingga berlaku kehilangan nyawa," katanya kepada media, hari ini.
Menjawab soalan media sama ada siasatan oleh suruhanjaya itu bakal mengganggu siasatan dilakukan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Dosh), Guan Eng berkata, perkara itu tidak timbul berikutan siasatan yang dilakukan pihaknya bersifat kebajikan awam di negeri ini.
"Siasatan kita tidak akan mengganggu siasatan yang sedang dijalankan (Dosh), mereka masih dengan siasatan mereka. Kita pun akan jalankan siasatan malah kita lebih bersifat terbuka kerana mementingkan persepsi masyarakat. Bukan senang nak kembalikan keyakinan rakyat setelah apa yang berlaku.
"Sebab itu, keputusan siasatan akan diumumkan kepada awam supaya mereka tahu apa sebenarnya berlaku sementara Dosh menjalankan siasatan dalaman dan hasil siasatannya tidak diumumkan kepada rakyat," katanya.
Menurutnya, suruhanjaya itu dijalankan secara profesional dan bebas bagi mencari kebenaran untuk keadilan kepada keluarga mangsa.
Terdahulu, Guan Eng meminta sebuah klip video yang diambil dari rakaman sistem kamera litar tertutup (cctv)di Jalan Macalister ditayangkan untuk tontonan keluarga mangsa dan media.
Keluarga mangsa dilihat tidak dapat menahan kesedihan apabila klip video berdurasi 14 saat itu diulang tayang beberapa kali dan turut meminta salinannya untuk simpanan.
Terdahulu, seorang maut manakala sembilan lagi cedera dalam kejadian angin kencang yang melanda 21 kawasan di negeri ini.
Warga India, Jahir Sulaiman, 46, maut apabila lori yang dibawa rakan sekerjanya dihempap penebat kilat dan mengakibatkan kepalanya cedera parah manakala pemandu lori itu cedera ringan. Jahir meninggal dunia sebaik dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menerima rawatan.
Bagaimanapun, orang ramai Sabtu lalu gempar apabila pekerja pembersihan menjumpai serpihan kereta yang dipercayai jenis Honda City berwarna gelap yang terbenam di bawah konkrit yang terhempas ke jalan raya yang membentuk kawah kesan terjatuhnya penebat kilat dari Menara Umno.
Polis mengesahkan nombor casis pada serpihan kereta yang dijumpai sama dengan laporan yang dibuat isteri mangsa.
Isterinya mendakwa suaminya, seorang penjual nasi, Lim Chin Aik, 44, hilang sejak kejadian itu berlaku ketika keluar rumah untuk mengambil anaknya pulang dari sekolah.
PARIS – Bintang bola sepak Bayern Munich, Frank Ribery dibicarakan semalam atas tuduhan melakukan seks dengan seorang pelacur bawah umur yang dilanggannya sebagai 'hadiah hari jadi untuk dirinya.'
Ribery, 30, pemain bahagian tengah yang sudah berkahwin berdepan dengan hukuman penjara tiga tahun jika didapati bersalah atas tuduhan membawa pelacur bernama Zahia Dehar ke bilik hotelnya di Jerman ketika gadis itu berusia 17 tahun dan membayarnya RM3,000 untuk seks.
Bintang Real Madrid Karim Benzema juga berdepan dengan tuduhan mengadakan seks dengan pelacur berambut perang itu yang kini berusia 21 tahun.
Ribery yang memeluk Islam selepas berkahwin, mengaku mengadakan seks dengan Zahia, pelacur kelahiran Algeria tetapi mendakwa dia tidak tahu pelacur itu bawah umur.
Usia mengadakan seks dengan kerelaan di Perancis ialah 15 tahun. Bagaimanapun, umur yang ditetapkan untuk bekerja sebagai pelacur ialah 18 tahun.
Enam lelaki lain yang menguruskan rumah pelacuran di Paris tempat Zahia bekerja juga didakwa.
Ribery sebelum ini mendapat perhtian ramai apabila berang dengan tindakan rakan sepasukannya yang mencurahkan arak ke atasnya, ketika pasukan itu meraikan kemenangan dengan menewaskan Augsburg 3-0, sekali gus menjuarai Liga Jerman buat kali ke-23.
Selama ini Ribery telah memberitahu rakan sepasukannya supaya mereka menjauhi arak daripadanya memandangkan arak adalah haram di sisi agama Islam.
Sementara itu, Zahia sebelum ini bercakap mengenai bagaimana Ribery membayar tambang penerbangan kelas pertama berharga RM25,000 dan bilik di hotel lima bintang untuk melangganya selama semalam pada hari jadinya ke 26 pada 7 April 2010.
Zahia menjadi selebriti di Perancis sejak kejadian itu terbongkar dan melancarkan laman web porno serta baju dalam jenama sendiri.
Dia memberitahu majalah Paris Match: "Saya adalah hadiah hari jadi Ribery. Kami berkenalan di sebuah kelab di Paris. Dia menempah saya dan membawa saya ke Munich untuk meraikan hari jadinya yang ke-26.
"Dia menempatkan saya di hotel mewah di Munich. Kami mengadakan seks dan dia membayar saya. Saya menjadi hadiah istimewa untuknya." Ribery mulanya didakwa pada Julai 2010 atas tuduhan melanggan pelacur bawah usia untuk seks.
Bagaimanapun, kes itu diketepikan selepas pendakwaraya gagal membuktikan dia mengetahui usia sebenar Zahia. – The Sun
GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang akan meneliti kamera litar tertutp (CCTV) yang terdapat di tempat kejadian bagi menjalankan inkues untuk mengesahkan kematian seorang lelaki yang dikhuatiri tertimbus di kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister di sini.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya telah mendapat rakaman CCTV itu.
"CCTV itu dipasang berhampiran tempat kejadian dan berdasarkan rakaman awal yang kami lihat, ia merakam kejadian runtuhan itu. Apa yang saya boleh maklumkan kami akan gunakan CCTV itu untuk siasatan inkues itu.
"Memang ada kehadiran kereta mangsa di tempat kejadian dan kami akan teliti lebih rapi rakaman yang diperoleh itu," katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa.
Beliau berkata berdasarkan siasatan, polis juga mendapati nombor casis kereta milik mangsa yang dilaporkan hilang itu sepadan dengan nombor kereta yang dijumpai dalam timbunan runtuhan berkenaan.
"Kami juga mendapat satu laporan polis daripada seorang saksi yang memaklumkan dia nampak kereta mangsa dihempap antena yang jatuh dari bangunan berkenan," katanya.
Abdul Rahim berkata, tiga perkara itu akan dijadikan bukti untuk pihaknya menjalankan inkues yang bermula Selasa hingga Khamis bagi membolehkan sijil kematian dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), selain memudahkan urusan tuntutan insurans oleh keluarga mangsa.
Dalam kejadian angin kencang Khamis lepas, seorang penjual nasi Lim Chin Aik, 44, dikhuatiri tertimbus apabila pasukan mencari dan menyelamat menemui sebuah kereta Honda City berwarna kelabu terbenam di kawasan runtuhan pada Sabtu.
Polis mengesahkan nombor casis kereta yang terbenam itu sepadan dengan kereta milik mangsa yang dilapor hilang sejak hari kejadian selepas keluar mengambil anaknya di sekolah.
Susulan itu, pihak berkuasa memulakan operasi mencari dan mengesan mangsa, tetapi operasi terpaksa dihentikan sepenuhnya pukul 8 pagi Isnin untuk mengelak struktur bangunan warisan di kawasan itu terjejas. - BERNAMA
AHLI Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dari DAP semalam membidas Datuk Ahmad Dahalan kerana kenyataan Ahli Parlimen Kota Belud tersebut yang menyifatkan keputusan pilihanraya umum itu sebagi takdir tuhan.
Kata Nie Ching, 'penipuan' yang berlaku dalam pilihanraya umum yang lepas bukan tindakan tuhan tapi manusia. Nak ingatkan semula, yang bercakap ni ialah orang sama menang kerusi parlimen Serdang dengan majoriti besar. Kalau ada tipu, macam mana pulak dia boleh menang besar?
Tapi penulis tak minat nak ulas tentang itu sebab semua orang masih tak nampak bukti penipuan yang di dakwa berlaku itu. Kalau ulas sekalipun, bukannya boleh jawab. Yang penting, dalam 34 petisyen pilihanraya yang difailkan pembangkang, satu pun tak sebut pasal penipuan dalam pilihanraya seperti penggunaan pengundi hantu dan sebagainya.
Hakikatnya, Ahmad Dahalan adalah orang kedua yang menyebutkan perkara sama, orang pertama ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang yang terlebih dahulu mengajak semua pihak agar menerima keputusan pilihanraya umum yang lepas kerana itu adalah ketentuan Allah swt.
MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) meminta semua pihak menerima keputusan pilihan raya ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.
Beliau berkata, "Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundi PAS dan Pakatan Rakyat.
"Terimalah keputusan ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.
"Yakinlah sesungguhnya janji Allah pasti akan tiba," katanya sebagaimana yang disampaikan melalui Facebooknya. – Hrkh.
Penggunaan ayat berbeza, tapi dari satu sudut ia adalah sama maksudnya.
Kenapa si harbi ini sanggah Ahmad Dahlan tapi tak sanggah Hadi Awang, itu bukan susah sangat nak dirungkaikan. Sejak kawan dengan PAS, DAP pun dah jadi assobiyah juga – protect sekutu tidak kira apa dan serang musuh walaupun cakap benda sama dengan sekutu tadi.
Baiklah, dari satu sudut, adalah tidak salah untuk si.kafir harbi macam Nie Ching ini mengeluarkan kenyataan seperti itu. Silap-silap dia mungkin tidak percaya tuhan pun.
Tapi, bagi orang Islam, apa yang dikatakan Ahmad Dahalan itu memang benar dari konteks orang Islam yang beriman. Untuk pengetahuan Nie Ching, it was called Qada & Qadar (faith & predestination) - one of the key component in Islam.
Justeru, bila Nie Ching menyanggah Ahmad Dahalan, ia bukan isu kecil, ia isu besar. Ia seolah-olah mengatakan ajaran Islam yang diketengahkan oleh Ahmad Dahalan sebagai salah. Siapa beri hak kepada Nie Ching untuk masuk campur dalam hal ehwal orang Islam, jauh lagi nak mengatakan kenyataan Ahmad Dahalan itu salah?
Sudah tentu dalam hal ini (berkaitan dengan agama), kita suka nak mendengar apa ulasan PAS? Adakah PAS juga bersetuju kekalahan pembangkang dalam pilihanraya umum lepas bukan ketentuan Tuhan? Soal ada tipu ke tidak, itu buktikan dulu, tapi adakah nak mengatakan itu bukan ketentuan Tuhan?
Lelaki berusia 21 tahun ini yang berasal dari Illinois telah ditangkap kerana telah melanggan pelacur semasa percutian bulan madu bersama pasangannya.
Ahmed, yang bercuti di Orlando, Florida dengan isteri yang baru dikahwininya, telah ditangkap apabila dia secara tidak sengaja telah bertemu dengan seorang detektif yang menyamar sebagai pelacur.
Dan apa yang lebih teruk ialah isterinya telah membuat laporan polis bahawa suaminya itu telah hilang kerana tidak pulang ke hotel, walhal si isteri tidak menyedari bahawa si suami telah berada dalam tahanan polis.
Ahmed adalah salah seorang daripada 92 orang yang terperangkap dalam operasi pihak berkuasa yang menyamar. Dalam tangkapan itu juga, seorang pastor muda berumur 45 tahun turut ditahan. Pastor tersebut pergi ke bandar itu untuk menghadiri persidangan dan dipercayai telah melanggan seorang remaja berusia 14 tahun.
Sudah tentu kejadian ini merupakan tragedi terburuk yang dialami oleh Ahmed dan pasangannya. Belum sempat merasai nikmat berbulan madu, akhirnya madu yang manis bertukar menjadi pahit. Ahmed memang layak digelar sebagai seorang lelaki DAYUS!
Semalam, terdapat laporan yang mengatakan Faizal Tahir telah di'gam oleh semua stesen televisyen milik Media Prima Berhad & tindakan gam ini khabarnya di'sebabkan oleh isu berkaitan politik.
Melalui GUA hari ini Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar tampil menafikan laporan yang mengatakan Faizal Tahir telah di'gam oleh stesen televisyen di'bawah Media Prima.
"Siapa yang mainkan isu ini? Saya pun tidak tahu ada timbul cerita begini. Apa yang anda dengar itu tidak benar sama sekali"
"Kami tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Faizal Tahir telah digam oleh semua stesen televisyen milik Media Prima. Dia masih lagi artis naungan Monkey Bone. Orang di luar sana boleh buat sebarang spekulasi, tetapi saya nafikan perkara ini," jelas Ahmad Izham Omar.
Sementara itu pengurus peribadi Faizal Tahir, Jeff Wai mengatakan yang penyanyi itu belum bersedia untuk membuat sebarang kenyataan & beliau sendiri tidak pasti sama ada laporan sebelum ini benar atau tidak.
Kuala Lumpur: "Dakwaan kononnya saya perempuan aneh dan psiko sangat melampau dan saya tidak akan berdiam diri kerana saya bukannya bodoh seperti mana dia sangkakan," kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Farah, 21 yang ditangkap khalwat bersama aktor Shahz Jaszle di sebuah unit Apartmen Taman Sri Subang, 16 Mei lalu.
Jelas Farah yang ditemui semalam, dia kesal dengan kenyataan Shahz atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin yang sudah pun bertunang dengan Redzwani Puteri Disember lalu bagi menyelamatkan diri sendiri dan menutup sikap curang terhadap tunangnya.
Katanya, yang bekerja di sektor perbankan itu, dia terkejut membaca kenyataan Shahz dalam akhbar semalam kerana semuanya adalah penipuan dan permainan 'murah' seorang lelaki yang ingin lari daripada masalah.
"Bukti dan saksi yang tahu kami bercinta ada pada saya dan jangan sampai semuanya didedahkan jika keadaan mendesak. Malah, saya masih menyimpan semua perbualan kami menerusi BBM (Blackberry Messenger) di telefon bimbit sebagai bukti.
"Saya tidak teragak untuk membawa semua saksi dan bukti itu kepada media asalkan nama baik saya dan keluarga dapat dibersihkan. Jika benar dia (Shahz) bercakap benar, datang bersemuka atau kita berdepan pihak media bersama," katanya.
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad during a speech at the Perdana Leadership Foundation CEO Forum 2013 today had sarcastically mentioned about wanting to become Prime Minister once again.
While commenting about the shelving of Teaching and Learning of Science and Mathematics (PPSMI) as one of the reason that distanced people from enrolling in national schools, he also expressed his wish of seeing it being restored once more.
"That's why I wanted to become Prime Minister again even just for one minute," said Tun Mahathir in a cynical manner.
Meanwhile, Tun Mahathir also opined that freedom should be limited, pointing freedom in some other developed countries are not that attractive as collapsed of moral values can be seen.
"For example, too much of unlimited freedom... anybody is free to exercise his rights, but his rights may result to other's losing their rights," he said in his speech on Tuesday.
He also expressed a bit of regret for not allowing the censorship of the internet while he was in charge of the Multimedia Super Corridor years ago.
"When I was in charged of the MSC, I was asked by an American lady whether we are going to censor the internet.
"I told her no, we are going to be very free, but now I'm having second thoughts. When we have absolute freedom, we would abuse the freedom," said Tun Mahathir.
He said Malaysians need to be more sensible in regards of multiracial matters if they want a better Malaysia.
He added that people should tone down a bit the freedom, limit themselves and self regulate.
Tun Mahathir was commenting on the recent abuse of freedom of the Internet when certain individuals have resorted to insulting the great Prophet Muhammad through the social media tools.
SHAH ALAM: Kenyataan Naib Presiden PAS Husam Musa bahawa mana-mana peserta yang terkorban ketika menyertai Himpunan Black 505 sebagai mati syahid telah mengundang reaksi negatif bekas ahli parti itu.
Datuk Nakhaie Ahmad yang sebelum ini merupakan Naib Presiden PAS menyelar kenyataan Husam sambil menyifatkan tindakan itu sebagai songsang.
Tambah beliau, 'fatwa' yang dikeluarkan itu adalah tidak sah untuk diaplikasikan ekoran Husam seorang yang tidak berkredibiliti untuk mengeluarkan fatwa.
"Fatwa itu adalah fatwa songsang dikeluarkan oleh orang yang berpemikiran songsang dan apa yang dinyatakan itu adalah tidak sah," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Sehubungan itu, tindakan Husam mengeluarkan 'fatwa' dilihat sebagai tidak rasional kerana sudah jelas pemimpin-pemimpin parti itu tidak menggalakkan orang ramai untuk menyertai perhimpunan yang bakal berlangsung 22 Jun ini.
Tambah Nakhaei lagi, fatwa tersebut tidak boleh diguna pakai memandangkan kedudukan Husam di dalam PAS boleh dilabelkan sebagai derhaka kepada pemimpin atasan PAS.
"Pertama sekali, Husam derhaka kepada pemimpin dia, pemimpin tidak menggalakkan penyertaan itu ataupun tidaklah mewajibkan.
"Orang yang derhaka mana boleh dianggap ataupun diangkat sebagai syahid," katanya lagi.
Kenyataan Husam ini berlawanan dengan seterunya Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din yang mahu ahli PAS mematuhi pendirian serta nasihat Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa tiada paksaan untuk mereka menyertai perhimpunan 'Blackout 505' pada Sabtu ini.
Katanya, perhimpunan anjuran beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantah perjalanan pilihan raya umum lalu dianggap bukan acara rasmi parti.
Semalam, Husam mengeluarkan kenyataan yang dikeluarkan Harakahdaily menyatakan bahawa sesiapa sahaja yang menyertai Himpunan Black 505 dan terkorban akan dianggap syahid.
Namun, kenyataan beliau tidak mendapat sokongan daripada mana-mana pihak termasuk organisasi parti itu sendiri apabila Ketua Majlis Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib enggan memberikan sebarang komen berhubung kenyataan Husam ketika dihubungi pihak Antarapos.
SHAH ALAM: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim berpendapat masa depan PAS akan lebih cerah sekiranya dipimpin oleh naib presiden parti itu Datuk Husam Musa.
Ini kerana, kata beliau, majoriti penyokong PAS sekarang terdiri daripada golongan muda dan berdasarkan pemerhatian beliau, Husam adalah pemimpin paling digemari oleh golongan itu.
Menurut Zaid yang juga pernah bersama PKR dan Pakatan Rakyat, PAS kini yang dipimpin oleh golongan 'veteran' perlu melakukan pendekatan berbeza sekiranya mahu menarik minat penyokong majoritinya.
"Saya nampak orang-orang muda yang penyokong PAS, masa depannya (PAS) terdiri daripada golongan ini. Saya nampak pemimpin yang mereka minat dan dapat ikut ialah Husam.
"Jadi saya rasa untuk generasi akan datang, pemimpin macam beliaulah yang lebih memikirkan masalah-masalah negara.
"Kumpulan (pemimpin) yang tua-tua atau ulama banyak kepada dosa pahala. Jadi saya rasa pendekatan PAS perlu berbeza. Itu saja," kata beliau kepada Antarapos setelah diminta mengulas dalam Twitternya pagi tadi.
Beliau sebelum ini menulis 'Saya fikir masa depan Pakatan bergantung di mana Husam Musa ditempatkan'.
Tambah Zaid, Husam mempunyai kredibiliti dan ciri yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin, terutama dalam mendekati generasi muda.
"Jadi (PAS) perlu dipimpin oleh orang yang ada pendirian, cara-cara yang lebih relevan macam Husam," katanya.
Husam ketika ini berdepan dengan pelbagai masalah dan dianggap semakin terpinggir dari arus perdana perjuangan PAS apabila tidak dilantik sebagai exco kerajaan negeri Kelantan apabila Datuk Nik Aziz Nik Mat memilih untuk berundur dari jawatan menteri besar.
Ada pihak cuba mengaitkan dirinya dengan tidak mendapat perkenan Sultan Kelantan tetapi Husam tangkas menafikannya dan meminta semua pihak tidak mengheret istana Kelantan dalam kemelut politik negeri itu.
Terbaru, pelbagai pihak membidasnya kerana mengeluarkan 'fatwa' sendiri, dengan mengatakan bahawa mana-mana peserta yang terkorban ketika menyertai Himpunan Blackout 505 bagi membantah penipuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu adalah mati syahid.
Ketika diminta mengulas mengenai isu itu, Zaid beranggapan kenyataan itu 'tidak pelik' dan sinonim dengan parti Islam tersebut.
"Dalam perjuangan mesti ada risiko. Itu maksud beliau (Husam).
"Itu cara orang Islam, orang PAS bercakap. Dia selalu guna perkataan, pendekatan begitu. Maksudnya perjuangan mesti ada risikonya. Macam itulah maksudnya," katanya.
TEMERLOH, 18 Jun – "Anwar boleh lantik siapa sahaja yang dia mahu sebagai speaker dan kita akan terima tapi tunggu dia jadi Perdana Menteri. Sekarang dia perlu hormat kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak".
Timbalan Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu mantan hakim mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Yang diPertua Dewan Rakyat bagi Parlimen ke 13.
Jelas Sharkar selanjutnya, Anwar tidak perlu jadi kartun atau buat cerita lawak kerana dia pasti akan malu sendiri apabila mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya.
Sebagai individu yang pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, seharusnya Anwar lebih bijak mengeluarkan kenyataan dan tahu bagaimana Yang diPertua Dewan Rakyat dilantik.
"BN sebagai kerajaan yang memerintah maka terpulanglah kepada kita untuk melantik siapa jadi Speaker. Kita tahu siapa yang layak dan tidak layak. Sebelum ini, dia juga yang cakap tidak terima keputusan PRU-13, kemudian mahu boikot Parlimen, sekarang dia pula sibuk mahu mencadangkan siapa patut jadi Speaker.
"Nampak sangat kemaruk untuk jadi Perdana Menteri… Sebenarnya, bagi saya Anwar rasa malu dengan penyokong sendiri kerana sebelum ini dia amat yakin dapat jadi Perdana Menteri. Bila kalah maka terpaksalah dia mereka 'drama' terbaru untuk tutup malu," ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambahnya lagi, Anwar perlu belajar untuk hormat orang lain dan jangan terlalu taksub mengejar jawatan sehinggakan semua perkara hendak dicampur tangan kononnya apa yang dicadangkan olehnya adalah yang terbaik.
"Sekiranya kerajaan sedia ada tidak menerima cadangannya maka perkara tersebut akan dijadikan 'peluru' untuk dicanangkan kepada rakyat memburukkan imej kerajaan", ujarnya. - MediaUMNO
Ekoran kes pelakon Shah Jaszle ditangkap khalwat baru-baru ini, ramai yang memuji tunang pelakon itu, Redzwani Puteri apabila gadis yang bergelar seorang doktor itu tidak mudah melatah. Sebaliknya dia bersedia mendengar penjelasan daripada Shah mengenai apa yang sebenarnya belaku.
Bercakap kepada mStar online, gadis itu memberitahu dia menyerahkan segala-galanya kepada tunangya untuk menyelesaikan segala masalah selepas pendedahan seorang 'wanita misteri' dalam program Melodi, Ahad lalu.
"Maaf banyak-banyak kerana saya sedang sibuk. Berkenaan isu tersebut saya serahkan kepada Shahrizal untuk selesaikan," katanya yang enggan memberi sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.
Shahrizal dan Redzwani bertunang pada 8 November 2011 dan dijangka berkahwin pada 2015.
Pada Ahad lalu, seorang wanita yang mendakwa pasangan khalwat Shahrizal mendedahkan bahawa kejadian penangkapan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu bukan satu perangkap. Malah wanita itu berkata, Shahr yang dikenalinya sejak setahun lalu telah berjanji untuk bertanggungjawab menyelesaikan perkara tersebut.
Wanita berkenaan turut mengakui mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon drama Asmara itu.
Sementara itu, Ibu dan pengurus aktor tersebut yang dikenali sebagai Zaleha juga tidak mahu memberi sebarang reaksi berhubung pendedahan wanita dalam program hiburan TV3 berkenaan.
"Maaf, saya tidak boleh nak bagi apa-apa komen. Perkara tersebut akan diselesaikan melalui satu sidang media yang akan dibuat oleh Shahz dalam masa terdekat ini," katanya.
JIKA sebelum ini, Faizal Tahir pernah di gam stesen televisyen gara-gara tindakannya membuka baju ketika persembahan, kali ini timbul pula desas desus bahawa pelantun yang terkenal dengan lagu Biar ini digam lagi oleh stesen televisyen swasta.
Ia gara-gara status Faizal mengenai politik yang dikeluarkan ketika musim pilihan raya baru-baru ini.
Menerusi laman sosial Twitternya, Faizal turut memberi gambaran bahawa dia benar-benar digam dan ia bukan lagi spekulasi liar.
Antara status yang dimuat naiknya adalah: "Saya sedang memikir judul album terbaru Faizal Tahir The Banned. Ia sangat sesuai dengan saya," katanya.
Menjadi spekulasi hangat di media sosial, pengurus Faizal, Dolly Lee tampil menjelaskan isu tersebut dan menegaskan ia sekadar khabar angin semata-mata.
Katanya, sekira perkara itu benar, pihak pengurus Faizal akan diberitahu terlebih dahulu.
"Kami tidak menerima sebarang kenyataan daripada pihak terbabit menyatakan Faizal telah digam.
"Jika perkara ini betul, pihak kami akan menyiasat terlebih dahulu kesahihannya," ujar Dolly.
Dolly turut meluahkan kekesalan terhadap individu yang menyebarkan perkara tersebut tanpa mengetahui sama ada ia palsu atau benar.
Berbalik kepada status Faizal mengenai isu digam, Dolly menegaskan bahawa penyanyi lagu Gemuruh itu sekadar main-main dan tiada kena mengena dengan spekulasi tersebut.
Katanya, Faizal kini berehat di rumah selepas pulang dari Kuching, Sarawak sebaik selesai persembahan di sana.
"Buat masa ini, dia hanya menghabiskan masa di rumah sahaja untuk berehat bersama keluarga," katanya.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR: Desakan demi desakan Pakatan Rakyat dengan menganjurkan beberapa siri protes bantahan terhadap keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dibuat semata-mata untuk menutup kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Dalam perbualan ringkas dengan Antarapos, Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas menegaskan dakwaan berlaku penyelewengan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebenarnya tiada asas.
"Kalau diambil perkara, yang kalah sebenarnya dalam saingan untuk mendapat keyakinan rakyat adalah PKR. Sebab itu Anwar individu yang dilihat mempunyai ketidakpuashati yang paling tinggi jika dibandingkan PAS dan DAP.
"Ia untuk menutupi kegagalan sebenar, PKR adalah 'the bigger loser' yang menjadi penyebab kegagalan Pakatan," katanya.
Dengan merujuk kenyataan dikeluarkan pemimpin Pakatan sebelum ini, beliau berkata sejumlah besar daripada pemimpin pembangkang mengakui bahawa punca utama kekalahan gabungan tersebut adalah disebabkan kelemahan parti bukan kesalahan SPR.
"Dalam Pakatan Rakyat yang diwakili PAS, PKR dan DAP...kalau rakyat boleh terbuka dari segi minda dan hati untuk mengkaji setiap kenyataan pemimpin Pakatan maka rakyat akan mendapati sebenarnya tidak dapat ditentukan kebenaran yang mana hendak ditonjolkan.
"Contohnya, Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) menyalahkan PAS tentang kegagalan untuk mengekalkan Kedah, kalau ia ditonjolkan kepada PAS bererti Guan Eng tidak menafikan kekalahan itu disebabkan oleh kelemahan dan bukannya penyelewengan.
"...begitu juga Nik Abduh Nik Abdul Aziz (Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat) yang mengatakan kegagalan Pakatan adalah disebabkan kegagalan Datuk Seri Anwar untuk mendapatkan kerusi di Sabah dan Sarawak dan ini bermaksud Nik Abduh mengakui kegagalan Pakatan disebabkan kelemahan Anwar untuk dapatkan kerusi di sana dan bukan disebabkan proses ketidakadilan dilakukan SPR," katanya ketika dihubungi.
Anwar paling gagal
Beberapa siri perhimpunan bantahan telah diadakan di ibu negara dan pada 22 Jun ini merupakan perhimpunan terakhir 'Blackout 505'.
"Bagaimana Anwar kata ini disebabkan penyelewengan dilakukan SPR, saya nak nyatakan dengan jelas sebab Anwar yang paling melompat antara semua kerana dalam Pakatan yang paling gagal adalah Anwar Ibrahim," kata Reezal Merican.
Tambah wakil rakyat penggal pertama ini, PKR adalah parti yang kalah besar berbanding PAS dan DAP di peringkat pusat dalam PRU13 yang diadakan pada 5 Mei lalu.
"PKR bertanding 97 kerusi (Parlimen) hanya sekadar mendapat 31 bererti dia kalah 66 kerusi, PAS tanding 73 kerusi menang 21 kerusi bererti PAS hanya kalah 50 kerusi dan DAP lawan 59 kerusi menang 38 kerusi bermaksud DAP kalah 21 kerusi.
"Parti yang kalah paling banyak dari segi jumlah dan peratus adalah PKR...kalau lihat Umno, tanding 119 kerusi menang 89 kerusi bererti Umno kalah 30 kerusi," katanya.
Dalam dok sebok-sebok Kementerian Pelajaran dok meeting tiap-tiap hari nak buat sistem baru itu dan ini, aku tertanya-tanya, depa ni senstitif tak pasal orang Cina yang tolak BN pada PRU ke-13 yang lalu..?
Ramai kawan-kawan aku sekarang ni dah boikot sebarang perniagaan yang melibatkan Cina. Kalau tak dapat boikot 100%, depa boikot semampu mungkin... Aku dengar ramai jugak tauke yang merungut sales depa jatuh merudummmm...
Dan ramai jugak kawan-kawan aku yang berkempen supaya mansuhkan sekolah vernakular. Alaaa.. SRJKC dan SRJKT laaa... Sebab sekolah-sekolah jenis ni banyak buruknya berbanding baiknya.. Masyarakat majmuk kat Malaysia ni makin retakkk...
So, instead of dok meeting buat sistem yang menyusahkan guru-guru sampai depa fed up dan sokong pembangkang, apa kata Kementerian Pelajaran buat dasar dan meeting untuk mansuhkan SRJKC dan SRJKT ni.. Sekolah Kebangsaan saja semua.. tak boleh ke?
Tak silap aku, dah lama dah kempen ni bermula. Tapi Kementerian Pelajaran buat tak tahu je. Alasannya..tak boleh buat la.. payah la.. itu la.. ini la... Dulu boleh buat pulak.. sekarang ni kenapa tak boleh? Atau malas nak pikir kot...?
Aku harap, dalam usia sepenggal ni, Kementerian Pelajaran mansuhkan SRJKC dan SRJKT ni.. Apa? Dong Zhong marah? Peduli apa kalau Dong Zhong marah? Depa ada undi BN ke? Kalau nak sangat SRJKC, suruh depa pi sekolah kat Tanah Besar China...
Korang tau tak Syi'ah tu apa? Siapa yang depa dewa-dewakan? Ada tak Syi'ah kat Malaysia? Dan apakah Syi'ah diiktiraf di Malaysia? Dan siapa pulak yang menyebarkan Syi'ah kat negara kita ni?
Basically, Malaysia ni negara Ahli Sunnah Wa Jama'ah. Kita orang Sunni bermazhabkan Imam As-Shafie RA. Syi'ah tak diiktiraf kat Malaysia dan difatwakan sebagai antara ajaran yang sesat di beberapa negeri...
Punya taksubnya depa kat Sayyidina Ali Karramaullahu Wajhah, depa sanggup kata Jibrail AS mengantuk dan silap bagi wahyu kat Nabi Muhammad SAW, padahal kata depa, Jibrail patut bagi wahyu kat Sayyidina Ali RA...
Kat bawah ni ada contoh iqamah, solat, bertakbir dan greetings yang menjadi amalan Syi'ah. Jangan terkejut kalau korang dapat tahu bahawa Mat Sabu dan Khalid Ismath tu memang Syi'ah totok...
Exco Kerajaan Tempatan bagi Kerajaan Pakatan Haram Selangor, Teng Chang Khim begitu bangga memberitahu bahawa dia mempunyai "tonik mujarab" bagi membendung kegiatan maksiat yang berleluasa di negeri jajahan rejim pembangkang itu.
Katanya, dia punya idea bagi mengatasi masalah maksiat di negeri pimpinan Khalid Ibrahim itu ekoran pertumbuhan rumah-rumah urut di seluruh Selangor dan bercambah hingga berjumlah beribu-ribu "lemon"!
Dengan serius dan bangga dia berkata, dia akan mengesyorkan pada Kerajaan Negeri Selangor untuk mengetatkan undang-undang rumah urut di negeri itu di mana tukang urut lelaki hanya dibenarkan mengurut pelanggan lelaki dan begitu juga sebaliknya.
"Saya ada idea ini… untuk adakan rumah urut (sama jantina) sahaja. (Jika) kamu mohon pusat urut untuk lelaki, seluruh kawasan itu akan dizonkan sebagai zon lelaki…Tiada wanita dibenarkan, walaupun tukang cuci," – Exco Kerajaan Pakatan Haram Selangor, Teng Chang Khim, 17 Jun 2013.
Saya ketawa besar mendengar "idea bernas" dari Chang Khim ini. Boleh pula dia buat lawak tentang perkara begini? Lelaki urut lelaki, perempuan urut perempuan. Peraturan ini dilaksanaka untuk selamatkan perniagaan DAP yang paling menguntungkan di Selangor, kah?
Ketika membayangkan saranan Chang Khim itu, saya terbayang muka Anwar Ibrahim yang menyeringai tersengih-sengih mendengar "idea" tersebut. Rasanya, "idea" tersebut mampu membuat air liur Anwar meleleh..!
Saya tidak pasti sama ada Chang Khim itu mengikuti perkembangan semasa atau tidak. Tapi untuk pengetahuan Exco itu, undang-undang "bernas" darinya itu akan membuat golongan LGBT yang ada di Selangor melompat kegirangan.
Mungkin selepas ini golongan laknatullah itu akan berpindah dan bertumpu di Selangor dan menjadikannya sebagai "sarang" kegiatan tidak bermoral mereka. Bayangkan lelaki gay diurut lelaki dengan minyak urut atau lebih tepat lagi, KY Jelly…apa akan jadi seterusnya?
Chang Khim perlu tahu bahawa Exco terdahulu, Ronnie Liu bersusah payah menarik pelabur-pelabur maksiat itu untuk bertapak di Selangor. Jenuh dia membela mereka siang dan malam dari serbuan Hasan Ali dan JAIS. Tiba-tiba Chang Khim nak "potong jalan"?
Rasanya Chang Khim perlu ambil iktibar atas apa yang berlaku terhadap mendiang Teoh Beng Hock. Chang Khim suka peristiwa itu berulang? Berapa batang lilin yang Chang Khim mahu dinyalakan untuknya?
Exco Kerajaan Tempata Selangor itu perlu tahu bahawa apa saja cara yang dia lakukan, ia tidak akan mengurangkan jumlah premis rumah urut haram yang tumbuh di Selangor. Mengatur rumah urut mengikut jantina tidak akan menjadikan sebuah premis haram kepada premis berlesen, bukan?
Patutnya, Chang Khim akur dengan undang-undang tabii manusia bahawa apa jua jenis maksiat boleh berlaku sewenang-wenangnya di rumah-rumah urut berkenaan. Sama ada maksiat secara "straight" atau LGBT, ia sama sekali salah dari sudut agama mahupun moral manusia normal.
Chang Khim juga perlu tahu bahawa mengurut tidak sama dengan memotong rambut. Di Kelantan, memang boleh diasingkan lelaki potong rambut lelaki dan sebaliknya mengikut jantina. Tapi kalau bab urut, ia melibatkan aurat lelaki dengan lelaki!
Kalau benar Chang Khim mahu membendung maksiat dari terus berlaku di Selangor, dia sepatutnya arahkan semua PBT supaya sita dan tutup semua pusat-pusat urut haram berkenaan secepat mungkin. Mana yang ada lesen, usah perbaharui lesen tersebut.
Kalau betul nak bendung maksiat, Chang Khim boleh anjurkan bengkel atau kelas mengurut bagi untuk suami isteri. Ajar suami urut isteri dan begitu juga sebaliknya. Teknik mengajar pun perlu ada batasnya supaya kekal bermoral dan berfaedah untuk pasangan yang hadir.
Bagi yang belum berumahtangga, rasanya tak payahlah mereka mengurut. Kalau terseliuh kaki, mereka boleh jumpa tukang urut tradisional. Kalau patah, boleh jumpa tukang urut patah. Dan kalau sakit-sakit badan, boleh saja ke hospital untuk dapatkan rawatan.
Rasanya semua umat Islam di negara ini tahu dan faham tentang rukun iman ke-6 di dalam Islam iaitu "percaya pada qadha dan qadar" yang ditentukan Allah SWT. Ustaz atau Ustazah kita pernah ajar kita perkara ini sejak di tadika lagi, bukan?
Setelah itu, kefahaman dan pengertian percaya pada ketentuan Allah itu dihuraikan pada kita di sekolah rendah dan menengah. Malah bagi mereka yang melanjutkan pelajaran di dalam jurusan agama pasti mendalami isi dan maksud di sebalik rukun iman ke-6 itu.
Pada 5 Mei lalu, Allah SWT telah menetapkan bahawa BN memenangi PRU ke-13 dengan 133 kerusi parlimen, sekaligus mempertahankan kuasa politik di Malaysia bagi meneruskan kesinambungan perjuangan sebuah negara Islam yang berdaulat.
Namun pada beberapa pemimpin Islam pembangkang, mereka enggan percaya qadha dan qadar Allah itu. Mereka fikir mereka boleh menang, tapi Allah telah kalahkan mereka pada pilihanraya tersebut.
Tidak dapat menerima hakikat itu, Anwar yang begitu gilakan jawatan Perdana Menteri telah menganjurkan himpunan Blackout505 di seluruh negara. Kononnya BN dan SPR menipu dalam pilihanraya pada Mei lalu.
Peliknya, tidak ada satu pun penipuan yang mereka dakwa itu berjaya dibuktikan dengan kukuh. Malah khabarnya petisyen yang dikemukakan baru-baru ini juga langsung tidak disebut tentang "pengundi bangla 40,000" mahupun perkataan "blackout".
Sebagai pemimpin beragama Islam, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan meminta Pakatan Haram agar menerima kemenangan BN itu dengan hati yang terbuka memandangkan ia adalah takdir qadha dan qadar dari Allah SWT.
Tapi tanpa rasa hormat pada agama Islam dan jutaan umatnya di negara ini, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, begitu kurang ajar menempelak Abdul Rahman. Katanya, BN menang bukan kerana takdir, tapi kerana menipu.
Pada saya, kenyataan perempuan Cina ini adalah satu penghinaan pada kepercayaan agama bagi seluruh umat Islam di negara ini. Berani dia berkurang ajar menghina rukun iman yang ke-6? Sudah berapa lama dia hidup di Malaysia, tapi masih tak tahu hormat agama kita?
Apa tujuan Teo Nie Ching berlaku biadap pada Islam dan kepercayaan umat Islam di negara ini? Dia sengaja nak cari pasal untuk bangkitkan kemarahan kita, kah? Jangan dijolok sarang tebuan…
Lebih pelik, saya tertanya-tanya, mereka-mereka yang nak berhimpun pada 22 Jun itu juga tidak percaya pada qadha dan qadar Allah, kah? Nak protes apa lagi? Di mana yang tipunya lagi? Anwar menang di Permatang Pauh itu tak tipu juga, kah?
Kalau benar SPR dan BN menipu pada PRU ke-13, kenapa Khalid, Ahmad Yaakob dan Khalid Ibrahim angkat sumpah sebagai Menteri Besar? Bukankah kemenangan mereka dianggap tidak sah kerana ada penipuan?
Kalau BN menang, maka kemenangan itu adalah satu penipuan. Kalau Pakatan Haram menang maka ia adalah satu kemenangan yang sah? Kepala bapak mereka! Boleh pula isu menipu ini di "double standard"kan?
Itu pun masih lagi ada "nangoi-nangoi" yang percaya pada himpunan Blackout505? Percaya pada penipuan dan fitnah pihak yang kecewa tak dapat jadi Perdana Menteri? Rukun iman ke-6 mereka tak percaya pula!
Mungkin Teo Nie Ching itu kafir dan tidak beriman pada qadha dan qadar. Tapi tok-tok lebai yang mengaku lebih Islam dari umat Islam yang lain pun tak percaya juga pada ketentuan Allah SWT? Mazhab mana mereka pakai? Ajaran siapa yang mereka pegang?
Saya memandang serius mengenai penghinaan terhadap Islam oleh Ahli Parlimen Kulai ini. Tapi saya kira, para pemimpin Pakatan Haram yang beragama Islam lebih teruk pegangannya berbanding Teo Nie Ching kerana mereka mengaku saja Islam, tapi tidak percaya pada qadha dan qadar Allah…
Malaysiakini, di sini, sudahpun mengeluarkan 7 tempat untuk juak-juak berbaju Hitam untuk berarak ke tempat Himpunan #BlackOut505. Tempat-tempat berkenaan adalah di Brickfields, Masjid Negara, Jalan Pudu, Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Sogo, Universiti Malaya dan Pekeliling. Soalnya, kalau sudah niat untuk "berhimpun secara aman" di Padang Merbok, kenapa perlu PR dan pemimpin NGO perlu berkumpul di 7 tempat di Kuala Lumpur pada Sabtu sebelum bergerak ke Padang Merbok untuk acara perhimpunan "#Blackout505"?
Kenapa perlu berkumpul sejauh Universiti Malaya dan Brickfields kalau setakat hendak berkumpul di Padang Merbok? Terus pergi dan berkumpul di sana sahaja tidak bolehkah? Orang bodoh pun tahu niat juak-juak PR dan baju Hitam ini untuk mencetuskan perarakan haram di jalanan, menghuru-harakan bandar Kuala Lumpur, bagi jalan Bandaraya semua "jam", menyusahkan orang ramai dan paling penting mewujudkan pertelingkahan dengan Pihak Polis dan pihak berkuasa.
Lebih penting bagi mereka adalah supaya berita pada hari itu akan keluar seperti berikut, "Polis Zalim!", "Himpunan Rakyat Di Halang!", "10 juta Baju Hitam Membanjiri Kuala Lumpur" dan sebagainya. Nampak tak betapa bangsatnya perancangan mereka?
Pakatan sering memfitnah kerajaan dalam isu pemberian IC di Sabah tapi rupa-rupanya Adun PKR sendiri pun berasal dari Indonesia mendapat kerakyatan .
Isu pemimpin PR mendapat kerakyatan bukan isu baru kerana sebelum ini ostat khalwat badrol amin pun berasal dari Indonesia dan memperolehi kerakyatan negara ini ..
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dengan pemberian kad pengenalan kepada warga asing hari ini mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-api dari PKR Christina Liew merupakan warga Indonesia dari etnik Cina, yang memperolehi kerakyatan Malaysia.
Setiausaha Majlis Permuafakatan Sulu Sabah Mohd Zaki Hari Susanto memberitahu panel inkuiri hari ini beliau mendengar perkara itu melalui "cakap-cakap penduduk Tawau" yang mempersoalkan mengapa hanya mereka yang berketurunan Bugis dan Sulu sahaja dikaitkan dengan gejala pemberian kad pengenalan palsu.
"Saya membangkitkan perkara ini kerana masyarakat di Tawau yang utarakannya ... kenapa hanya bangsa Bugis dan Sulu sahaja dibangkitkan dengan RCI
"Mereka berkata beliau (Christina) merupakan bangsa Cina dari Indonesia, dapat pengenalan diri dan jadi pembangkang di Sabah," dakwanya di hadapan lima panel inkuiri di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, di sini.
Ditanya sama ada beliau mempunyai bukti menyokong dakwaannya itu, Zaki bagaimanapun berkata beliau tidak mempunyai sebarang bukti, sebaliknya ia adalah khabar angin yang disampaikan kepadanya oleh penduduk Tawau.
"Saya tidak mempunyai maklumat lain ... ini hanya kepercayaan (penduduk Tawau)," katanya.
Keputusan kerajaan DAP menubuhkan Suruhanjaya Siasatan P.Pinang hari ini jelas menunjukkan mereka mahu terus mempolitikkan tragedi menara runtuh ini walaupun sudah dijelaskan ia disebabkan faktor bencana alam .
Kerajaan DAP ternyata tidak mengendahkan laporan siasatan oleh Polis yang telah selesai hari ini sebaliknya terus memainkan sentimen politik hingga sanggup menubuhkan suruhanjaya sendiri .
senyuman Guan Eng ketika berdepan Zahid satupembohongan ..DAP tetap mahu campur aduk politik dalam isu bencana alam
Niat DAP mudah dibaca adalah untuk menuduh tragedi menara runtuh ini berpunca daripada UMNO secara langsung . Ini kerana bila laporan siasatan mereka ini siap , ia akan didedahkan sepenuhnya kepada rakyat .
GPB yakin laporan berkenaan akan menyalahkan sepenuhnya UMNO seperti yang dimahukan DAP .
Wajarkan barisan kepimpinan UMNO sekarang yang dipimpin Dato Zainal dan Timbalanya Datuk Musa Sheikh Fadzir dipersalahkan disebabkan runtuhan menara ini ??
Seperti yang dikatakan Dato Zainal , persoalan berhubungan bangunan ini termasuk pembinaan & namanya perlu diutarakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan ia disiap dibina ketika ketua pembangkang itu menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri P.Pinang .
Mereka pemimpin sekarang hanya menjadi pewaris kepimpinan terdahulu malah tidak tahu mengapa bangunan ini dinamakan Menara UMNO . Patut kena tanya Anwar lah tentang Menara UMNO ini .
Kerajaan negeri bercadang menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Pulau Pinang bagi menyiasat kegagalan struktur sivil yang berlaku dalam dua kejadian runtuhan di negeri ini.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, ia dicadangkan dalam mesyuarat exco semalam untuk menyiasat secara menyeluruh terhadap dua kejadian yang meragut nyawa orang awam itu.
Insiden runtuhan Jambatan Pulau Pinang mengorbankan satu nyawa manakala insiden di Menara Umno meragut nyawa dua orang awam.
Guan Eng berkata, penubuhan itu dibuat di bawah Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 yang menetapkan tiga terma rujukan iaitu menyiasat punca kejadian itu berlaku, menyemak dan memastikan sama ada semua kelulusan dan kebenaran diperolehi dari jabatan berkenaan secara sah termasuk pengecualian yang diberikan, sekiranya ada.
"Selain itu, terma rujukan yang ketiga ialah menghukum pihak yang terlibat khususnya mana-mana jabatan atau pemilik bangunan jika terbukti ada kecuaian serta mencadangkan langkah perlu diambil bagi mengelakkan kejadian sama berulang sehingga berlaku kehilangan nyawa," katanya kepada media, hari ini.
Menjawab soalan media sama ada siasatan oleh suruhanjaya itu bakal mengganggu siasatan dilakukan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Dosh), Guan Eng berkata, perkara itu tidak timbul berikutan siasatan yang dilakukan pihaknya bersifat kebajikan awam di negeri ini.
"Siasatan kita tidak akan mengganggu siasatan yang sedang dijalankan (Dosh), mereka masih dengan siasatan mereka. Kita pun akan jalankan siasatan malah kita lebih bersifat terbuka kerana mementingkan persepsi masyarakat. Bukan senang nak kembalikan keyakinan rakyat setelah apa yang berlaku.
"Sebab itu, keputusan siasatan akan diumumkan kepada awam supaya mereka tahu apa sebenarnya berlaku sementara Dosh menjalankan siasatan dalaman dan hasil siasatannya tidak diumumkan kepada rakyat," katanya.
Menurutnya, suruhanjaya itu dijalankan secara profesional dan bebas bagi mencari kebenaran untuk keadilan kepada keluarga mangsa.
Terdahulu, Guan Eng meminta sebuah klip video yang diambil dari rakaman sistem kamera litar tertutup (cctv)di Jalan Macalister ditayangkan untuk tontonan keluarga mangsa dan media.
Keluarga mangsa dilihat tidak dapat menahan kesedihan apabila klip video berdurasi 14 saat itu diulang tayang beberapa kali dan turut meminta salinannya untuk simpanan.
Terdahulu, seorang maut manakala sembilan lagi cedera dalam kejadian angin kencang yang melanda 21 kawasan di negeri ini.
Warga India, Jahir Sulaiman, 46, maut apabila lori yang dibawa rakan sekerjanya dihempap penebat kilat dan mengakibatkan kepalanya cedera parah manakala pemandu lori itu cedera ringan. Jahir meninggal dunia sebaik dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menerima rawatan.
Bagaimanapun, orang ramai Sabtu lalu gempar apabila pekerja pembersihan menjumpai serpihan kereta yang dipercayai jenis Honda City berwarna gelap yang terbenam di bawah konkrit yang terhempas ke jalan raya yang membentuk kawah kesan terjatuhnya penebat kilat dari Menara Umno.
Polis mengesahkan nombor casis pada serpihan kereta yang dijumpai sama dengan laporan yang dibuat isteri mangsa.
Isterinya mendakwa suaminya, seorang penjual nasi, Lim Chin Aik, 44, hilang sejak kejadian itu berlaku ketika keluar rumah untuk mengambil anaknya pulang dari sekolah
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi mendakwa Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli membuat kesilapan apabila memfailkan petisyen pilihan raya tehadap beliau.
Katanya, melainkan calon yang menentangnya di Bagan Datoh pada pilihan raya 5 Mei lalu, Rafizi tidak mempunyai hak untuk berbuat demikian.
"Kita jumpa di mahkamah. Bukan Rafizi Ramli yang failkan, dia tak layak. Yang layak memfailkan (petisyen) adalah calon yang menentang saya.
"Saya dah terima semalam petisyen itu di KDN dan saya telah berikan kepada peguam Barisan Nasional untuk dilihat.
"Bagi saya ia tidak perlu diuar-uarkan, kalau dia rasa petisyen itu perlu dirujuk kepada SPR dan mahkamah, kita jumpa di mahkamah. Ertinya dia telah melanggar etika dan peraturan sedia ada," katanya.
Ahmad Zahid yang juga adalah Naib Presiden Umno mengulas dakwaan PKR bahawa beliau berbelanja melebihi RM200,000 yang disifatkan pembangkang sebagai satu jumlah peruntukan melampau sepanjang tempoh berkempen.
Pakatan Rakyat memfailkan 25 petisyen membabitkan 24 kerusi Parlimen selain 10 petisyen pilihan raya bagi kerusi DUN di seluruh negara - ANTARA POS -
Syabas Ketua Menteri Melaka yang baru , Datuk Idris Harun di atas tindakan mengarahkan premis hiburan dipindah ke suatu kawasan dikhaskan di negerinya ..
Seperti yang kita semua tahu, kaum mata sepet inilah tauke di hamper semua pusat-pusat hiburan di negara ini .
Dah ada kuasa di tangan , lesen hiburan ktia pegang ... macam ini lah kita ajar Cinabeng tak kenang budi ini .. biar mampuih la bisnes mereka.
Lagipun masalah gejala sosial dan maksiat pun boleh berkurang ..
Pada mulanya saya tidak hendak menulis perkara ini dan saya cuba bertahan untuk tidak menulis, kerana Bapak Jusuf Kalla berpesan kepada saya supaya berhati-hati. Namun begitu, apabila saya membaca blog rakan saya ini http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/ , saya dapati berlaku kekeliruan dan perkara yang tidak adil kepada DS Najib. Maka, saya mengambil keputusan untuk menulis berita eksklusif ini.
Pertama sekali, pertemuan saya dengan Bapak Jusuf Kalla adalah berseorangan dengan dibantu oleh Ahli Parlimen Indonesia, Bapak A. Mohamad Fatwa yang juga Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia. Saya ditemani oleh dua orang rakan.
Hubungan Anwar dengan Bapak Jusuf Kalla dan Bapak A.M. Fatwa adalah hubungan sahabat lama berpuluh-puluh tahun sejak zaman belia lagi. Malah sehari selepas Anwar dibebaskan dari penjara (2004), Bapak A.M. Fatwa terbang ke Kuala Lumpur untuk meraikan pembebasan Anwar. Manakala, hubungan DS Najib dengan Bapak Jusuf Kalla ialah hubungan sejarah di mana Bapak Jusuf Kalla adalah seorang Usahawan sejak zaman ibu bapanya lagi, manakala DS Najib adalah keturunan Bangsawan Bugis dari Kerajaan Goa di Sulawesi Selatan. Manakala, saya pula hubungan kekeluargaan dengan Bapak A.M. Fatwa dan juga Bapak Jusuf Kalla dari sebelah isteri saya.
SAYA DITEMANI OLEH BAPAK A.M. FATWA, AHLI PARLIMEN INDONESIA, KETUA DEWAN PERWAKILAN RAKYAT INDONESIA
NEGOSIASI DI ANTARA ANWAR-JUSUF KALLA-NAJIB
Dalam perbincangan Eksklusif saya dengan Bapak Jusuf Kalla dalam satu jam di rumah Bapak Jusuf Kalla, beliau memberitahu saya bahawa Anwar bertemu dengannya sebanyak 3 kali.
Pertemuan pertama berlaku pada bulan Mac di mana Anwar datang ke rumah Bapak Jusuf Kalla di Jakarta. Tujuan Anwar bertemu Bapak Jusuf Kalla untuk meminta Bapak Jusuf Kalla menjadi orang tengah semasa PRU-13, di mana Anwar sangat yakin akan menang dan meminta Bapak Jusuf Kalla memberitahu DS Najib supaya sesiapa di antara mereka yang kalah hendaklah menerima kekalahan itu. Cukup saya dedahkan satu ini, yang lain sudah pasti rahsia.
Bapak Jusuf Kalla seorang yang bijak, dalam pertemuan itu, beliau memanggil dua lagi Ahli Parlimen Indonesia sebagai saksi iaitu Bapak Yusril Ihza Mahendra dan Bapak Fahmi Idris, kedua-duanya mantan Menteri Indonesia dan kedua-duanya juga adalah sahabat Anwar.
Namun demikian, selepas keputusan PRU-13 memberi kemenangan kepada DS Najib pada malam 5/5/2013, Anwar Ibrahim telah mungkir janji tidak mahu menerima kekalahannya sebaliknya menuduh berlaku penipuan. Kemungkiran janji Anwar menyebabkan sahabat-sahabatnya itu (Bapak Jusuf Kalla, Yusril, Fahmi dan lain-lain) marah kepada Anwar Ibrahim.
KETIKA SAYA BERDISKUSI DENGAN BAPAK A.M. FATWA DI RUMAHNYA
Dalam negosiasi itu, Anwar berkata kepada Bapak Jusuf Kalla "saya mahu jawatan Perdana Menteri". Bapak Jusuf Kalla sebaliknya menjawab kepada Anwar,"Apa kamu sudah gila! Kamu hanya menang 89 kerusi parlimen, Najib menang 133 tidak mungkin kamu bisa jadi Perdana Menteri!".
Bapak Jusuf Kalla berkata lagi, "jika kamu (Anwar) di Indonesia, ya kamu sudah jadi Presiden Indonesia sebab kamu menang undi popular, tetapi di Malaysia guna sistem undi electoral (parti)".
Tambah Bapak Jusuf Kalla lagi, "kamu kata isu dakwat, lihat jari kamu (sambil memegang tangan Anwar) masih ada dakwat yang belum hilang. Kamu kata ramai orang Bangladesh, tak kan orang Malaysia tidak boleh membezakan orang Bangladesh dengan orang tempatan dari segi bahasa percakapan dan budayanya".
MASA DEPAN NURUL IZZAH
Dalam pertemuan itu juga, Anwar dan Bapak Jusuf Kalla menyentuh masa depan Nurul Izzah. Bapak Jusuf Kalla dan Anwar bercakap soal jawatan Menteri Penuh kepada Nurul Izzah. Dalam pertemuan itu, Anwar meminta masa untuk berfikir.
Bapak Jusuf Kalla turut bercakap beberapa jawatan Kabinet kepada Anwar, dan Anwar meminta tempoh masa berfikir.
Menurut Bapak Jusuf Kalla, Anwar datang menemuinya untuk membuat negosiasi ini kerana Anwar begitu yakin dia akan menang PRU13 dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.
Pada pandangan Bapak Jusuf Kalla, Anwar hidup dengan imaginasi yang melampau-lampau di mana Anwar mengangggap dirinya adalah Perdana Menteri, Anwar percaya dirinya adalah Perdana Menteri, bercampur-campur dengan sikap egonya, maka Anwar kata Bapak Jusuf Kalla tidak dapat menerima hakikat ketewasannya di dalam PRU13.
Tekanan Washington
Bapak Jusuf Kalla turut menceritakan hal lain, di mana beliau memberitahu kepada saya adanya elemen Washington dalam keputusan PRU13 itu, di antaranya pihak Washington telah menekan Presiden Indonesia supaya menerima kunjungan Anwar dan memberi sokongan kepada Anwar.
Dalam hal ini, Bapak Jusuf Kalla memberitahu kepada saya beliau telah dihubungi oleh Presiden Indonesia untuk meminta pendapat akan hal ini, dan Bapak Jusuf Kalla memberi pandangan kepada Presiden Indonesia bahawa adalah tidak betul untuk menerima tekanan Washington itu.
Maka, pertemuan Anwar dan Presiden Indonesia semalam jelas akibat daripada tekanan Washington ke atas Presiden Indonesia.
TEMAN TERFIKIR JUGAK, APABILA TIMBUL ISU PUAK - PUAK BERSIH NAK ITU DIBETULKAN, NAK INI DI TAMBAHKAN DALAM SISTEM PILIHANRAYA, PUAK - PUAK UMNO DAN BN JUGAK BISING KATA ITU, KATA INI PADA PUAK BERSIH, TAPI SEDAR TAK SEDAR UMNO SENDIRI PUN PERANGAINYA MACAM PUAK BERSIH JUGAK DALAM NAK HADAPI MUSIM PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO DI CAWANGAN, BAHAGIAN DAN PUSAT.
MACAM - MACAM PERATURAN BARU DI CREATE, MACAM -MACAM SISTEM NAK DIBUAT YANG AKHIRNYA AKU RASA AHLI - AHLI AKAR UMBI UMNO SENDIRI PUN DAH RASA GETIK DAN MEYAMPAH, APA TIDAKNYA NAK DATANG MESYUARAT PUN SUSAH SANGAT, YANG DATANG SEMUANYA HARAPKAN DAH WARGA EMAS, SELAMA INI CUKUP BAWA BADAN DAN TANDATANGAN KAT SENARAI AHLI BERKOMPUTER KINI DAH NAK KENA BAWA I/C, TAK CUKUP NAK KENA BAWA KAD AHLI UMNO YANG TEMAN DIFAHAMKAN BUKAN SEMUA ADA KAD AHLI, TAK CUKUP DENGAN ITU, NAK KENA IMBAS PAKAI MESIN PENGIMBAS PULA, LEPAS TU ADA ORANG LUAR PULA PETUGAS KAWAL KAT PINTU DEWAN.
INI NAK MESYUARAT KE NAK PERGI MASUK GUDANG DUIT ATAU GUDANG EMAS????, ADAKAH INI NAK KUKUH KAN UMNO KE ATAU NAK MAMPUSKAN UMNO ATAUPUN NAK SAPU DUIT UMNO DENGAN MENGELUARKAN BELANJA BESAR NAK BAGI KAD AHLI DAN NAK BINA SISTEM PENGIMBAS YANG AKAN ONLINE DENGAN IBU PEJABAT UMNO DALAM ITU MESTI NAK ADA ACSES INTERNET, KENA PASANG LINE INTERNET, NAK KENA PAKAI TENAGA PETUGAS BERIBU - RIBU ORANG PULAK, MAKLUMLAH CAWANGAN UMNO BUKAN NYA SIKIT, DAH NAK KENA ADA BELANJA UNTUK ELAUN, TEMPAT TIDUR, MAKAN MINUM, PENGANGKUTAN SEMUA NYA PAKAI BELANJA.
BAGI TEMAN, SUDAHNYA YANG PENING AHLI UMNO JUGAK, DIK SAYANG KAN UMNO GAGAH JUGA LE DENGAR TAKLIMAT YANG DIBUAT DIK MAT BERUANG SI RAUF SETIAUSAHA KERJA YANG KITA PUN TAK BERAPA NAK YAKIN SEMANGAT JUANG NYA UNTUK UMNO KE UNTUK POKET DIA SENDIRI.
AKHIRNYA TERFIKIR GAK TEMAN, SELAMA INI DAH BERKURUN UMNO BUAT PERSIDANGAN SEMUANYA BERLAKU PENIPUAN KEHADIRAN AHLI AGAKNYA, SEBAB DULU TAK ADA KAD - KAD AHLI, TAK PERLU NAK BERSCAN - SCAN, SEMUANYA TANDATANGAN ATAS KERTAS KEHADIRAN JE. MALAH PARTI - PARTI PEMBANGKANG APA PUN TAK KESAH, SIAPA NAK DATANG, DATANG LE TETAP PARTI PEMBANGKANG MENANG BESAR DALAM PRU13.
P/S, SELAMA TEMAN PERNAH PERGI MANA - MANA PERSIDANGAN BESAR KERAJAAN MAHUPUN KORPORAT BESAR DALAM NEGARA MAHU PUN DI LUAR NEGARA SEMUANYA YANG HADIR TANDATANGAN DI ATAS KERTAS KEHADIRAN, TAK ADA PUN NAK BER SCAN - SCAN TAK PAYAH PUN NAK BER KAD - KAD AHLI, UMNO MEMANG HEBAT!!! PERSIDANGAN TAHUN DEPAN APA LE PULA PERATURAN BARU NYA YERK?????
Tiada ulasan:
Catat Ulasan