Khamis, 20 Jun 2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Semalam pelatih PLKN lahir bayi, hari ni Muar dilanda jerebu teruk

Posted: 19 Jun 2013 11:55 PM PDT



Udara Muar paras bahaya, sekolah ditutup

20 Jun 2013 - Kualiti udara di Muar, Johor memasuki paras bahaya akibat jerebu, menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini. Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada jam 7 pagi tadi mencatatkan angka 331. Bacaan melebihi 301 dianggap berbahaya dan melepasi 201 pula "sangat tidak sihat".

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Muar hari ini mengarahkan sekolah ditutup hari ini dan esok.

Johor hari ini paling teruk menghadapi jerebu.

PELATIH PLKN SRI LEDANG LAHIR BAYI DALAM TANDAS

MUAR 19 Jun 2013 - Seorang remaja yang sedang menjalani latihan di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Sri Ledang di Jementah, dekat sini melahirkan seorang bayi lelaki di tandas kem berkenaan sebelum bayi tersebut dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Bayi lelaki seberat 2.7 kilogram itu difahamkan dilahirkan di tandas berkenaan kira-kira pukul 3 pagi sebelum kejadian itu disedari pengurusan kem yang kemudian membawa ibu bayi terbabit bagi mendapatkan rawatan selain membuat laporan polis.

Remaja berusia 18 tahun bersama anaknya yang cukup sifat itu dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini. Bagaimanapun bayi tersebut disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba untuk rawatan.

Dia dipercayai berasal dari sebuah kawasan Felda di Kulaijaya dan dikatakan memasuki PLKN tersebut pada April lalu serta dijadualkan akan menamatkan latihan beberapa hari lagi.


Dah 10 tahun PLKN, masih tak selesai isu pelatih hamil

Posted: 19 Jun 2013 11:54 PM PDT



Bukan 1 tahun Program Latihan Khidmat Negara dijalankan. Dah hampir 10 tahun dengan belanja beratus juta ringgit, tapi masih tak boleh selesai masalah remaja hamil, terutama pelatih PLKN. Baru sekarang nak buat peraturan ujian kehamilan pelatih !

JLKN Bincang Dengan Kementerian Pertahanan Wujud Peraturan Ujian Kehamilan Pelatih

20 Jun 2013

KUANTAN: Pengurusan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan berbincang dengan Kementerian Pertahanan bagi mewujudkan peraturan mewajibkan setiap bakal pelatih wanita menjalani ujian kehamilan sebelum menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Ketua Pengarah JLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata peraturan itu amat penting untuk dilaksanakan bagi mengelak kes pelatih hamil tanpa memaklumkan kepada pihak pengurusan sebelum menyertai program berkenaan dan seterusnya bersalin di dalam kem.

Beliau berkata perkara itu perlu dibawa kepada pihak atasan terutamanya Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kerana ia melibatkan banyak agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Perkara ini perlu diputuskan di peringkat kerajaan dan bagi kami ia amat mustahak dilakukan kerana perlu pastikan pelatih yang mengikuti program tidak berdepan sebarang masalah," katanya kepada pemberita selepas menutup PLK NKumpulan 2 Siri 10/2013 di Kem PLKN Kampung Hijrah, Penor, dekat sini, Khamis.

Beliau berkata walaupun terdapat peraturan pemeriksaan kesihatan terhadap bakal pelatih namun ia bukanlah wajib dilakukan dan ujian kehamilan tiada dalam peraturan itu.

Abdul Hadi tidak menolak kemungkinan ketiadaan ujian kehamilan itu juga menjadi antara faktor berlakunya kes seperti di Kem PLKN Sri Ledang di Jementah, Segamat.

Dalam kejadian semalam, seorang remaja yang sedang menjalani latihan di kem itu melahirkan seorang bayi lelaki di tandas kem berkenaan sebelum bayinya dilaporkan meninggal dunia.

Difahamkan bayi lelaki seberat 2.7 kilogram itu dilahirkan di tandas berkenaan kira-kira pukul 3 pagi sebelum kejadian itu disedari pengurusan kem yang kemudian membawa ibu bayi terbabit bagi mendapatkan rawatan selain membuat laporan polis.

"Pelatih itu kini selamat dan saya telah meminta siasatan lanjut kes dibuat dan segerakan laporan itu untuk kita melihat latar belakang bagaimana kes itu boleh berlaku dan sebagainya.

"Oleh kerana kes ini sudah jadi kes polis, saya tidak mahu ulas panjang kerana perlu hormati perjalanan kes dan keluarga keluarga mangsa, biarlah polis dan pihak kami siasat dengan terperinci," kata Abdul Hadi.

Dalam pada itu, beliau berkata semua aktiviti fizikal hendaklah dilaksanakan di dalam dewan di semua kem di negeri yang menghadapi masalah jerebu yang teruk bagi memastikan keadaan kesihatan pelatih terjaga dan selamat.

Katanya kesemua kem di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor (kecuali Kem PLKNSri Ledang) diarahkan mematuhi peraturan itu selepas Indeks Pencemaran Udara mencatatkan bacaan melebihi 100. - BERNAMA

Gagal masuk Kolej kerana wajib sertai PLKN, PTPTN pula kena bayar

Posted: 19 Jun 2013 05:48 PM PDT



20 Jun 2013 - Kuala Lumpur: Harapan seorang bapa melihat anak lelakinya menyambung pelajaran di sebuah kolej swasta dalam bidang automatif di Subang Jaya, dekat sini, berkecai selepas anaknya itu gagal mendaftar masuk ke institusi berkenaan walaupun yuran pendaftaran sudah dibayar.

Azizul Rahman Shaik Yusoff, 50, berkata, pada 6 April lalu, anaknya yang baru menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditawarkan menyambung pelajaran di sebuah kolej swasta di Subang Jaya.

Menurutnya, dia juga membuat pembayaran pendahuluan RM450 di Kompleks Belia dan Sukan Jawi, Pulau Pinang ketika wakil kolej terbabit datang ke kompleks itu untuk mempromosikan kolej berkenaan.

"Bagaimanapun, ketika itu anak saya sedang menjalani latihan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Bukit Mertajam tidak dapat mendaftar pada semester yang pertama dan terpaksa membuat penangguhan.

Azizul berkata, dia sekeluarga yang berasal dari Pulau Pinang kemudian datang ke kolej berkenaan pada tarikh ditetapkan dan membuat baki bayaran sebanyak RM1,050.

Menurutnya, keesokan harinya, dia menghubungi kolej itu di Bukit Mertajam, namun menerima berita mengejutkan apabila diberitahu pihak mereka tidak mengambil sesi kemasukan baru kerana penempatan sudah penuh.

"Saya juga bimbang jika mereka menyalahgunakan borang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang sudah siap diisi.

Banglasia mengganas di Malaysia

Posted: 19 Jun 2013 05:48 PM PDT



20 Jun 2013 - Kuala Lumpur: Enam pelajar sebuah kolej berdepan detik mencemaskan apabila rumah sewa mereka di Jalan Genting Klang, di sini, dipecah masuk empat lelaki warga Bangladesh bersenjatakan pisau pemotong daging, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, semua mereka turut dipukul selain diugut akan dicederakan sebelum kumpulan penjenayah itu melarikan komputer riba, telefon, barang kemas dan wang tunai dianggarkan berjumlah RM36,000.

Menurut sumber, ketika kejadian, semua mangsa berusia awal 20-an itu sedang bersarapan di ruang tamu rumah berkenaan.

"Semua mangsa terkejut apabila empat lelaki bersenjatakan pisau itu meluru masuk ke rumah mereka selepas mengumpil jeriji pintu hadapan.

"Dua daripada enam mangsa dilaporkan dipukul empat penjenayah itu sebelum barangan berharga milik mereka seperti telefon bimbit, komputer riba, wang tunai dan barang kemas dilarikan," katanya memberitahu, semua mangsa tidak mengalami kecederaan yang serius.

Sumber itu berkata, biarpun dapat melihat wajah empat suspek terbabit tetapi semua mangsa gagal membuat pengecaman kerana terlalu panik.


Guru rugi RM46,400 ditipu pegawai Bank Negara

Posted: 19 Jun 2013 05:47 PM PDT



Ada lagi kes macam ni !

Guru rugi RM46,400 ditipu 'pegawai' Bank Negara
20 Jun 2013

Sabak Bernam: Seorang guru berusia 34 tahun terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM46,400 apabila ditipu seorang individu yang mengaku 'pegawai' dari Bank Negara kerana mendakwa mangsa mempunyai tunggakan kad kredit, 14 Jun lalu.

Seperti kes yang dilaporkan media sebelum ini, mangsa juga dihubungi 'pegawai' bank berkenaan yang menyatakan dia perlu membayar tunggakan kad kredit berjumlah RM4,630 sekiranya tidak mahu akaun banknya dibekukan.

Tanpa berfikir panjang selain bimbang akaunnya benar-benar dibekukan, mangsa kemudian mengeluarkan semua wang simpanan miliknya di dua bank berjumlah RM42,000.

"Mangsa pada mulanya curiga selepas didakwa mempunyai tunggakan bayaran kad kredit kerana mangsa tidak pernah memohon kad kredit," katanya.

Tiada ulasan:

Pengikut