Pakatan Rakyat |
Posted: 04 Apr 2013 03:36 PM PDT Posted by Admin Direktori Blog | | 3:36 PTG Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info sumber :- Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| ||
Posted: 04 Apr 2013 03:08 PM PDT Selepas dua minggu Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Lim Kit Siang (LKS) bakal bertanding di Gelang Patah, Johor, dalam majlis ulang tahun DAP yang ke-47 di Skudai, kini beliau dilaporkan akan bertanding di Perak , tidak lagi bertanding di Parlimen Permatang Pauh. Saya sangat optimis Anwar Ibrahim akan bertanding di Parlimen Ipoh Timor, kawasan selamat yang pernah disandang oleh Penasihat DAP, LKS. Tidak tahu pula siapa yang akan menggantikan Anwar di Permatang Pauh.Apa yang pastinya, Umno/BN, terutamanya Mahathir dan Najib tentu sangat kecewa bila Anwar bertukar tempat kerana mereka telah bekerja keras dengan beberapa perancangan jahat untuk mempastikan Anwar tumbang di situ. Bijak Anwar nih! Mungkin ini sebagai langkah win-win yang terbaik bagi menyelesaikan perbalahan di antara Ketua DAP negeri, Dr Boo Cheng Hau dengan Ketua PKR negeri, Chua Jui Meng untuk merebut kerusi parlimen Gelang Patah. Anwar sendiri mengakui terdapat perselisihan faham di antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat mengenai kerusi tersebut yang ditandingi calon Keadilan pada 2008. Chua Jui Meng , sebelum ini disebut-sebut sebagai calon PKR di Parlimen Gelang Patah, Johor tidak hadir majlis sewaktu Anwar mengumumkan LKS bertanding di situ. Khabarnya beliau telah merajuk. Anwar telah mengingatkan semua ahli Pakatan Rakyat agar mengelakkan perselisihan di dalam soal pembahagian kerusi kerana "kita bukan mahu menawan Johor sebagai DAP, Keadilan dan PAS tetapi sebagai Pakatan Rakyat". Syabas kepada LKS kerana sanggup meninggalkan kerusi Ipoh Timor yang merupakan kerusi selamat baginya tetapi sanggup bertanding di Gelang Patah. Lim sendiri mengakui bertanding di Gelang Patah merupakan ujian paling besar dalam hidupnya. Mana ada pemimpin politik lain berani macam LKS? Mahathir patut berasa malu apabila menuduh LKS sebagai penakut kerana lari bertanding di Gelang Patah. Waima, Ipoh Timor memang "selamat" dan boleh dilepaskan kepada calon PR lain. Sebenarnya, Mahathir adalah manusia penakut kerana dia tidak berani beraleh tempat sejak menang tanpa bertanding di kawasan Parlimen Kubang Pasu pada 1974. Mahathir terus berkubang di situ sehingga 2004! Berbanding dengan LKS, rekodnya jelas mencatatkan keberanian yang luar biasa kerana telah beralih tempat beberapa kali di empat negeri di Malaysia:
Kali ini LKS akan beralih ke negeri tempat kelahirannya, Johor, jadi penyertaannya memang amat sesuai dan dialu-alukan. Perlu kita ingat , LKS menang di semua tempat dia bertanding . Inilah sebenarnya yang buat Mahathir dan Najib terkencing tak tus! Walau apa pun, paling menarik ialah LKS telah menyediakan tempat paling selamat bagi bakal Perdana Menteri baru bertanding iaitu kerusi parlimen Ipoh Timor. Pengundi di Parlimen Ipoh Timor terdiri daripada Cina (81.07 %), Melayu (13.09 %), India (5.27 %) dan lain-lain 0.57 % berbeza dengan Parlimen Permatang Pauh, Melayu (69.4 %), Cina (24.5 %), India (6 %) dan lain-lain (0.1 %) |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan