Isnin, 11 Mac 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 11 Mar 2013 03:50 PM PDT


Azlan Mohd Lazim, lelaki yang menjadi tumpuan rakyat sejak beberapa hari ini, telah mengumumkan hasratnya untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat, parti politik yang diterajui oleh DS Anwar Ibrahim.

Bagi yang masih blur, Azlan ialah bapa kepada Saiful Bukhari yang sebelum ini mendakwa dirinya diliwat  oleh Anwar.

Minggu lepas, Azlan, yang sebelum ini ahli dan penyokong tegar Umno, telah membuat kejutan apabila beliau mengakui bahawa Anwar tidak bersalah dan mendakwa anaknya, Saiful telah telah dipergunakan oleh suatu "konspirasi jahat" melibatkan pegawai di pejabat Perdana Menteri dan seorang peguam untuk memusnahkan karier politik Anwar.

"Saya mahu membuat perubahan dengan PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Azlan dalam sidang akhbar sebentar tadi.

Sambil menyatakan bahawa dia mengasihi anaknya, Azlan enggan mengulas mengenai penafian yang dibuat oleh Saiful serta dakwaan yang mengatakan bahawa pendedahan sebelum ini tidak benar.

"Biarlah," kata Azlan.

"Tujuan saya bukanlah untuk mendapatkan sokongan orang. Sesetengah orang percaya akan saya kerana sebagai bapa, saya tahu perkara yang berlaku," katanya.-DCM/MC

Bapa Saiful Bukhari..Azlan Mohd Lazim dlm sidang akhbar di Pej KEADILAN skrg..umumkan masuk PKR..sokong penuh DSAI..doakan Pakatan Rakyat menang cemerlang pada PRU 13..Beliau berkata,"Saya tidak khianati anak kandung, kasih sayang tak berbelah bahagi." Tetap dgn pendirian seperti kenyataan akhbar bahawa DSAI tidak bersalah dan wujud konspirasi utk jatuhkan beliau.

Berita Berkaitan:

Bapa Saiful Sertai PKR, Pertahan Pendirian Liwat 2 'Konspirasi Jahat'

[TMI] KUALA LUMPUR, 11 Mac — Bapa Saiful Bukhari hari ini secara rasmi menyerahkan borang menyertai PKR, serta mempertahankan kenyataannya "konspirasi politik jahat" melibatkan anaknya dalam kes liwat kedua.

Dalam satu sidang media hari ini, Azlan Mohd Lazim, 60, juga menyatakan keputusan yang dibuatnya hari ini tidak didorong oleh mana-mana pihak sebaliknya menegaskan sekali lagi anaknya terperangkap dalam rancangan oleh seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri.

"Hari ini, secara rasminya saya menyerahkan borang untuk menyertai PKR," kata Azlan (gambar) yang mengaku telah menyokong perjuangan Anwar sejak tahun 1998.

"Saya sebagai rakyat Malaysia, berhak membuat keputusan sendiri... Ini masa yang tepat untuk saya sertai PKR bagi membuat perubahan."

Azlan juga berharap anaknya Saiful supaya menghormati keputusan yang dibuatnya hari ini dan menegaskan segala yang terjadi tidak akan menjejaskan hubungan mereka sekeluarga.

"Saya ingin minta maaf kepada Saiful atas apa yang berlaku ini," ujar beliau.

"Saya buat keputusan ini bukan bertujuan untuk menganiayai dan mengkhianati anak kandung saya sendiri... Saya tetap bersama mereka kerana mereka adalah anak saya."

Apabila ditanya tentang pendiriannya seperti didedahkan media pada Jumaat lalu, Azlan menegaskan sekali lagi ianya ialah "konspirasi politik jahat" yang dirancang rapi.

"Ingin saya tegaskan, kes liwat kedua melibatkan anak saya adalah konspirasi politik jahat yang dirancang oleh seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri," tambah beliau.

Apabila ditanya sama ada Azlan akan mengikut jejak yang diambil bersama anaknya untuk mengangkat sumpah pada tahun 2011, beliau enggan mengambil langkah tersebut buat kali kedua.

"Dalam sejarah Malaysia, ramai orang yang bersumpah. Saya tidak akan bersumpah," tegas Azlan.

Azlan juga menafikan khabar angin yang mengatakan telah dibayar untuk membuat pendedahan tersebut, serta enggan menjawab sebarang tuduhan sedemikian.

"Dibayar? Saya tidak berhak untuk menahan tohmahan... Biarkan mereka kata," tambah beliau lagi.

Jumaat lalu, The Malaysian Insider mendedahkan Azlan membuat keputusan mengejut apabila mengakui kes liwat kedua yang melibatkan anaknya dengan Anwar sebuah "konspirasi politik jahat" serta meminta maaf kepada pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) itu.

Menurut Azlan, individu tertentu telah mengambil kesempatan dan mempergunakan anaknya untuk kepentingan politik, sambil menambah situasi genting ketika itu menyebabkan beliau tidak ada pilihan selain memberikan sokongan kepada Saiful di mahkamah.

"Malahan, anak saya (Saiful Bukhari) sendiri tidak pernah menceritakan tentang kejadian (liwat) dan pertuduhan tersebut kepada saya... saya juga tidak pernah dipanggil menjadi saksi dalam kes tersebut," terang Azlan Jumaat lalu.

Sebaik pendedahan tersebut, Saiful juga telah mengadakan satu sidang media mengejut pada sebelah petangnya dan menafikan kes liwat kedua tersebut adalah konspirasi serta tiada penglibatan pegawai di Pejabat Perdana Menteri.

Saiful juga tidak mempercayai bapanya melakukan pengakuan tersebut secara sukarela sebaliknya menuduh Ahli Parlimen Sungai Petani (PKR) Datuk Johari Abdul telah mempengaruhi bapanya untuk membuat kenyataan sedemikian.

"Tidak, saya tidak rasa bapa saya membuat pengakuan secara sukarela.

"Dalam laporan media juga kata terdapat seorang ahli parti politik yang membawa bapa saya berjumpa media... siapakah orang itu? Parti apakah orang itu?" kata Saiful.

Kes liwat kedua Anwar bermula setelah laporan polis dibuat oleh Saiful, bekas kakitangan beliau mendakwa telah diliwat oleh penasihat PKR tersebut.

Saiful mendakwa dirinya telah diliwat oleh Anwar di unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.


Pada 7 Ogos 2008, Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Walau bagaimanapun, pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat ketetapan bahawa Anwar tidak bersalah atas kes liwat yang dihadapi oleh beliau.

Namun, pada 20 Januari 2012 Pejabat Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful.

Notis itu yang ditandatangani oleh Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun telah difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur.

Pendakwaan memohon rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Saiful akan didengar Julai ini.


Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman hingga 20 tahun penjara dan sebat jika disabitkan kesalahan.

Kerabu Bersuara ®

Posted: 11 Mar 2013 03:45 PM PDT

Lagi Lambat Najib Bubar Parlimen, Lagi Ramai Makhluk Pelik Akan Keluar

Posted: 11 Mar 2013 08:14 AM PDT

Tolong Jelaskan Makna Bendera PKR

IPOH — Seorang jurutera yang pernah berkhidmat selama 11 tahun di Amerika Syarikat dan kini kembali ke tanah air, membuat laporan polis berhubung keraguannya terhadap bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwanya mempunyai persamaan dengan mata wang sebuah negara luar.

Mohamad Ridhwan Batumalai Abdullah, 41, membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh kira-kira pukul 10.30 pagi.

"Saya minta supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim menerangkan makna logo yang mempunyai warna biru, putih, merah dalam bendera itu dan siapakah nama orang yang mencipta bendera dan logo Parti Keadilan (Rakyat) ini," katanya kepada pemberita.

Katanya beliau cuba mendapatkan penjelasan daripada pemimpin PKR di sebalik penciptaan logo dan warna di dalam bendera parti terbabit sejak empat tahun lalu, namun gagal.

Mohamad Ridhwan Batumalai yang mempunyai pengalaman dalam bidang minyak, gas dan pentadbiran korporat berkata beliau akan mengadakan sidang akhbar dalam masa terdekat sekiranya Anwar enggan menjelaskan perkara berkenaan.

"Sekiranya Anwar tidak dapat memberi penjelasan, rakyat tidak seharusnya mengundi parti pembangkang itu pada pilihan raya umum akan datang," katanya mengenai keputusannya membuat laporan polis demi kepentingan negara dan bukan atas paksaan mana-mana pihak.

"Sebagai seorang mualaf, saya tidak boleh melihat umat Nabi Muhammad S.A.W. berpecah belah kerana Nabi Muhammad tidak suka umatnya berpecah belah," katanya.– BERNAMA

kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah!


Identiti Parti

Mata yang terbuka adalah cahaya yang menyuluh perjuangan untuk menegakkan keadilan dan mencerminkan mata hati nurani yang mondorong Parti untuk mencapai perubahan ke arah kebenaran dan keadilan.

Lajur merah di kiri dan kanan segi empat tidak sama melambangkan keberanian dan komitmen memperjuangkan kebenaran dan keadilan.
Lambang Parti
Lambang (logo) Parti juga adalah sama seperti bendera dan ditambah dengan perkataan PARTI KEADILAN RAKYAT di bawahnya.

Lagu Parti

Lagu dan senikata parti dicipta oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa beliau dalam tahanan. Lagu ini pertama kali diperdengarkan kepada umum oleh koir seramai 120 orang pemuda semasa pelancaran Parti Keadilan Rakyat pada 3 Ogos 2003 di Kuala Lumpur.

MP3 lagu Parti Keadilan Rakyat

Arus Perjuangan Bangsa

Keadilan!
Keadilan rakyat kita
Jana arus!
Kami arus perjuangan bangsa
Keluhuran perlembagaan
Perpaduan negara
Masa depan anak Malaysia

Kebebasan!
Kebebasan rakyat kita
Diberkati Tuhan, memperkasakan rakyatnya
Membujur lalu, melintang patah
Perjuangan rakyat Malaysia
Membujur lalu, melintang patah
Demokrasi rakyat Malaysia

Membujur lalu, melintang patah
KEADILAN rakyat Malaysia

Wajib Baca: Al Kisah Dr. Jaya Kumar Yang Pulangkan Kembali Wang Sumbangan Ceramah

Posted: 11 Mar 2013 05:00 AM PDT

http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/484802_544260952285278_57115153_n.jpg

Aris Awang

Pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah telah mengadakan ceramah pada 27 Februari 2013 yang lalu di cawangan Pas Tambak Bunga, antara pemidato yang dijemput ialah Dr. Michael Jaya Kumar, (Kumar Psm) Ahli Parlimen Sungai Siput. Selesai ceramah Sdr Azizi Abdullah ( Azizi Kola Abdullah) Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah telah memberi sagu hati kepada beliau sebanyak RM300.00.

13 hari kemudian, perkara yang amat jarang saya jumpa, dan terjumpa hari ini 10 Mac 2013, iaitu saya menerima surat yang didalamnya terdapat resit sebagai akuan penerimaan sumbangan daripada PAS Kawasan Kuala Kedah sebanyak RM300.00. Resit dikeluarkan oleh Bendahari PSM Cawangan Sungai Siput, Perak.

Apakah maknanya? Maknanya wang saguhati yang diberi tempoh hari tidak digunakan walau sesenpun oleh Dr. Jaya Kumar, semua telah disumbangkan kepada perjuangan jamaahnya!

Terima Kasih Dr. kerana sudi datang ke Kuala Kedah.

kalau penceramah umno, agak-agak bagi balik tak duit ni?

Polis rekod keterangan Tian Chua berhubung insiden Lahad Datu

Posted: 11 Mar 2013 04:44 AM PDT


JOHOR BAHRU - Polis hari ini merekod keterangan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua berhubung kenyataannya yang mendakwa insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah, sebagai sandiwara Umno.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata keterangan Tian Chua itu direkodkan petang ini di ibu negara oleh sepasukan polis kontinjen Johor bagi membantu siasatan mengenainya.

"Selain Tian Chua, polis hari ini juga merakamkan keterangan dua editor Keadilan Daily dan wartawan dari the New Straits Times Press di ibu negara," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini.

Mohd Mokhtar berkata polis sehingga semalam menerima 230 laporan dari seluruh negara oleh orang ramai dan badan bukan kerajaan berikutan rasa tidak puas hati mengenai kenyataan Tian Chua.

Beliau berkata laporan pertama diterima polis adalah pada 2 Mac lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan.

Katanya, siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah itu sudah merekodkan 153 percakapan sehingga kini dan dijangka diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Pada 1 Mac lepas, Portal Keadilan Daily, antara lain, memetik Tian Chua sebagai berkata pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat, seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.

"Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing," anggota Parlimen Batu itu dilaporkan berkata. - Bernama

PM umum 10 perkara 'berita baik'

Posted: 10 Mar 2013 10:27 PM PDT


NIZAM ZAIN

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 'berita baik' 10 perkara yang dinantikan 1.4 juta kakitangan awam.

Antaranya:

- Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM & PDRM dari gred 27 kepada gred 29; Kapten ATM dan Pen Penguasa Polis dari gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari gred 48 kepada 52

- 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontraknya pada 31 Disember 2013, akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian

- Skim perkhidmatan dari gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat itu

- Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak

- Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi

- Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan berkuat kuasa 1 Januari 2013.

- Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum

- Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca"

- Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion

- Semua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST)

malam ni ada la manusia yang akan puji memuji najib tanpa faham sepatah pun apa yang najib umum. kesian!

Pakatan tawarkan inisiatif kepada pegawai tertinggi kerajaan, saingi tawaran PM

Posted: 10 Mar 2013 10:13 PM PDT


Oleh Jahabar Sadiq
Pengarang

KUALA LUMPUR, 11 Mac — Dalam usaha yang tidak disangka, PAS telah bergerak untuk menggagalkan kempen saat-saat terakhir oleh Datuk Seri Najib Razak bagi menarik penjawat awam dengan mengatakan Pakatan Rakyat (PR) akan sepadan dan memperbaiki apa-apa janji oleh perdana menteri seperti menaikkan gaji dan elaun.

Najib dijangka akan mengumumkan beberapa inisiatif termasuk meningkatkan gaji sehingga 10 peratus, memperbaiki elaun kos kehidupan dan perumahan kepada 1.5 juta penjawat awam hari ini.

"PAS Pusat yang bersidang pada hari ini mengambil ketetapan, mana-mana pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri untuk perkhidmatan awam akan diteruskan jika sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya," kata Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menyenaraikan tiga inisiatif yang akan diketengahkan oleh PR dengan yang pertama untuk memperbaiki habuan kepada penjawat awam, termasuk kenaikkan pangkat kepada semua penjawat awam termasuk guru, pegawai kastam, polis, tentera dan lain-lain.

"Kami akan menerima pakai amalan di Kelantan di mana semua pinjaman perumahan dan kenderaan kakitangan awam dihapuskan kenaan caj bunga empat peratus bermula dari tarikh PR mengambil alih Putrajaya," kata Husam sambil menambah semakan pinjaman sekarang akan dilakukan untuk memastikan kerajaan boleh menanggung implikasi kewangan.

Inisiatif ketiga adalah faedah bagi kakitangan awam yang berpendapatan rendah serta rakyat Malaysia umumnya, kadar pelepasan cukai yang ada sekarang dicadang dikaji semula untuk dinaikkan.

Husam (gambar) menambah, perlepasan cukai bagi mereka yang mempunyai isteri dan anak-anak yang ada sekarang menyebabkan kakitangan awam dan orang ramai tidak mendapat pendapatan benar yang cukup untuk membiayai kos hidup yang tinggi pada hari ini.

Kedua-dua BN dan PR berusaha untuk memenangi undi penjawat awam yang menjadi kunci kemenangan daripada 13.3 juta pengundi yang akan membuang undi dalam pilihan raya tahun ini.

PAS dan sekutunya DAP dan PKR menggemparkan BN dalam Pilihan Raya 2008 apabila menafikan majoriti tradisi dua pertiga mereka di parlimen. Gabungan tiga parti itu memenangi 82 kerusi dan empat negeri dan menyebabkan PR ditubuhkan.

Pilihan raya umum akan diadakan pada bila-bila masa kerana BN masih belum membubarkan parlimen Jumaat lalu, tepat lima tahun selepas pilihan raya lalu walaupun mandat mereka berakhir pada 28 April.

Husam juga mengatakan PAS Pusat membincangkan tentang keperluan kajian dibuat terhadap penalti 45 peratus yang di kenakan kepada pembayar cukai bila jumlah cukai yang diumumkan berbeza dengan yang ditafsirkan oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri.

"Penalti tersebut membebankan pembayar cukai. Kutipan cukai negara meningkat kerana penalti 45 peratus itu dikenakan. Pada tahun ini dijangka kutipan cukai termasuk penalti itu akan menjadi yang tetinggi pernah dikutip," katanya.

"Peningkatan kutipan kerana penalti wajib seperti ini menambahkan lagi tekanan terhadap rakyat jelata."

Husam juga berkata PAS akan mengkaji semula cukai ke atas eksport sawit mentah (CPO) sebanyak 23 peratus yang menyebabkan harga kelapa sawit Malaysia lebih mahal di pasaran antarabangsa sementara Indonesia telahpun dua kali menurunkan cukai CPO menjadikan harga sawit mereka lebih berdaya saing.

Beliau berkata langkah tersebut boleh membantu meningkatkan harga CPO dan ini memberikan faedah termasuk kepada pekebun-pekebun kecil di seluruh negara akan tetapi polisi Putrajaya memberikan Permit Diluluskan (AP) kepada syarikat terpilih untuk mengeksport tujuh juta tan CPO tanpa cukai telah merugikan negara.

Husam mengatakan PAS akan menyemak kembali sistem tersebut serta jawatankuasa akan ditubuhkan dan ia akan mencadangkan pendirian PAS terhadap penalti cukai 45 peratus, kadar cukai CPO yang baru dan menghapuskan sistem AP eksport minyak sawit mentah.

Malaysia adalah negara pengeluar CPO kedua terbesar dunia dengan kedua-dua negara bersaing untuk pasaran di rantau ini terutamanya China dan India.

Saya tak berniat khianati Saiful - Azlan

Posted: 10 Mar 2013 10:01 PM PDT

Hazayani Zakaria,

PETALING JAYA: Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim hari ini menyatakan pendedahan beliau berhubung kes Fitnah Liwat II sebelum ini bukan berniat mengkhanati anaknya itu.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini sebentar tadi, beliau juga turut memohon maaf kepada Saiful atas apa yang telah berlaku.

"Saya ingin meminta maaf kepada Saiful atas apa yang berlaku. Saya tak berniat menganiayai atau mengkhianati anak kandung saya sendiri," katanya sambil menambah beliau sangat menyayangi Saiful.

Terdahulu pada sidang media sama, beliau mengumumkan menyertai PKR dan menyerahkan borang permohonan menjadi ahli kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Azlan juga tidak membuat sebarang kenyataan lanjut berhubung kes Saiful kerana sudah membuat kenyataan awal pada Jumaat lepas.

"Bukan bermakna saya menyertai PKR, saya akan menyisihkan Saiful dan anak-anak yang lain," katanya.

Beliau turut menjelaskan, keputusan menyertai PKR tidak ada kena-mengena dengan kes mahkamah melibatkan dakwaan liwat ke atas Saiful sebaliknya beliau sudah lama mengikuti perjuangan PKR.

"Saya sebagai rakyat Malaysia berhak buat keputusan tentang diri sendiri dan saya dah fikir sedalam-dalamnya dan implikasinya. Ini adalah masa yang tepat untuk saya sertai PKR untuk buat perubahan.

"Kita perlu profesional dalam hal ini. Apa yang saya lakukan sekarang ialah menyertai politik, tak ada kena mengena dalam kes mahkamah yang dihadapi anak saya.

"Kebetulan saya sertai PKR yang dipimpin Datuk Seri Anwar. Kalau saya sertai parti belah sana tentu tak timbul isu," katanya.

Tambah Azlan juga, beliau lebih mengetahui apa yang berlaku di sebalik kes tersebut.

"Sebagai bapa saya tahu dengan lebih jelas apa yang berlaku di belakang tabir yang orang lain tidak tahu," tegasnya.

Pada Jumaat lalu, Azlan mengejutkan banyak pihak apabila mengadakan satu sidang media khas mendakwa kes Fitnah Liwat II membabitkan anaknya terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu konspirasi pihak tertentu.

Beliau turut mendedahkan beberapa nama termasuk seorang pegawai khas kepada pemimpin tertinggi negara yang didakwanya sebagai dalang kepada konspirasi untuk memusnahkan karier Anwar.

Amboi Zul Kulim

Posted: 10 Mar 2013 07:48 PM PDT

http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/600286_10151435508153046_1677242425_n.jpg

3 hari dah lebih dari tempoh. rakyat tak sabar dah bang oi.

Wei! Betul Ke 20 Ribu Rakyat Kelantan Naik Angin?

Posted: 10 Mar 2013 06:27 PM PDT

PASIR MAS 9 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk menawan semula Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam politik tanah air berkata, sokongan yang diberikan rakyat Kelantan kali ini lebih menyerlah berbanding ketika tempoh pemerintahannya sebagai Perdana Menteri.

"Nampak cerah, saya tidak pernah tengok sebegini ramai yang bersemangat hadir pada hari ini, cukup bersemangat, saya harap mereka akan memberi undi kepada BN, dulu ini tidak pernah berlaku.

"Saya berpendapat bahawa kali ini BN akan mendapat kemajuan (sokongan) yang lebih setelah 23 tahun, tiada satu pun pembangunan yang kita lihat Pas buat bangunan elok, yang ada pun didirikan oleh Kerajaan Pusat," katanya.

kahkahkahkahkahkahkah...

 bila mahathir berucap, ramai yang angkat punggung!

UMNO Makin Terdesak Putar Belit Rakyat Kelantan

Posted: 10 Mar 2013 05:42 PM PDT


UMNO Makin Terdesak Putar Belit Rakyat Kelantan

Presiden KELPRO, Nor Azly Ahmed memutarbelitkan fakta berkenaan tanah Kelantan dalam satu rancangan bual bicara Soal Jawab di TV3 pada 20 Februari 2013

Tiada ulasan:

Pengikut