Isnin, 11 Mac 2013

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


muhasabah pru-13

Posted: 11 Mar 2013 10:40 AM PDT

Gambar TGNA Di Hadiahkan Wallet Bagi Menggantikan Sampul Surat.. Saksikanlah!!

Posted: 11 Mar 2013 10:35 AM PDT





Seorang hamba Allah bersusah payah buat beg duit Handmade dan menghadiahkan pada Tuan Guru Nik Aziz. 
Dia terlihat Tuan Guru hanya menggunakan sampul surat untuk simpan duit dan merasa sedih dengan keadaan tersebut.

Ayahanda PEKIDA Isytihar Sokong Pakatan Rakyat

Posted: 11 Mar 2013 10:34 AM PDT

 
 
 
 
PERAK 11 MAC: Sekalipun Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) kerap dikaitkan dengan Umno BN,  Pengerusi Pekida Perak Tengah,  Sabri Ahmad tidak gentar untuk mengisytihar sokongan padu kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Beliau yang menjadi ahli Umno sejak 1978, mengakui Pekida umumnya kerap dikait dengan Umno BN tetapi beliau tetap mahu menyokong Pakatan."Pekida adalah NGO, bukan parti politik.

Jadi, tiada sebab kenapa perlu pertikai sokongan saya kepada Pakatan. Sokongan saya kerana yakin dengan kemampuan Pakatan untuk mentadbir negara selepas PRU 13," kata kakitangan sebuah agensi kerajaan di Batu Gajah, Perak.

Beliau berkata demikian kepada Keadilan Daily, sehari selepas beliau menyarung mafla kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu program sempena Jelajah Merdeka Rakyat ke Perak, semalam.

Sabri juga mengakui bukan mudah untuk menyatakan sokongan kerana pendirian beliau itu menyebabkan pihak tertentu yang tidak senang dengan tindakannya, cuba merampas kedudukannya dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pekida."Pernah rampasan kuasa cuba dibuat pihak tertentu dengan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Pekida tanpa pengetahuan.

Tap, mana boleh mesyuarat agung diadakan tanpa kehadiran pengerusi?" katanya.Beliau juga mengakui ramai ahli Pekida termasuk pemimpin utama peringkat negeri itu, menyokong Pakatan tetapi enggan mendedahkan identiti mereka. ~keadilandaily

DUN S'gor mungkin bubar bulan ini

Posted: 11 Mar 2013 10:33 AM PDT

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bulan ini.

Diminta mengulas mengenai perkara itu, beliau bagaimanapun berkata, buat masa ini pihaknya belum berhasrat untuk mengumumkan tarikh sebenar pembubaran DUN itu.

NONE"Kita (kerajaan negeri) sudah buat keputusan untuk membubarkan DUN dalam bulan ini, tetapi untuk setakat ini kita tidak akan umumkan lagi bila (tarikh) pembubaran itu berlaku," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Shah Alam hari ini.

Pada Februari lepas, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan kepada kerajaan Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal (dari pembubaran Parlimen).

Namun baginda meminta agar kerajaan negeri mengumumkan tarikh pembubaran tersebut dalam keadaan serta cara yang tertib dan teratur.

Mandat DUN Selangor akan tamat pada 22 April ini.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) bahawa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan membina projek kondominium mewah sama seperti projek Datum Jelatek di sembilan kawasan di sekitar Selangor, Abdul Khalid berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu oleh PKNS.

Tambahnya, pihaknya tidak akan membantah sekiranya PKNS mahu melaksanakan projek-projek perumahan mewah itu kerana ia boleh memberi pulangan pelaburan yang besar kepada Selangor.

"Saya tidak tahu mengenainya...tetapi apa yang saya boleh katakan jika projek seperti itu (kondominium mewah) dilaksanakan, sememangnya ia akan memberikan pulangan pelaburan yang besar kepada negeri ini," katanya.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk kalangan rakyat Selangor mendesak projek kondominium mewah Datum Jelatek yang akan dibangunkan di Jalan Jelatek, Kampung Datuk Keramat, dibatalkan.

Mereka menggesa kerajaan negeri menggantikan projek mewah itu dengan perumahan mampu milik dan kawasan berkenaan dikekalkan sebagai penempatan Melayu.

-malaysiakini bm-

Tiada ulasan:

Pengikut