Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil |
Kerjasama mantap Pakatan di Melaka Posted: 05 Feb 2013 06:53 AM PST KUALA LUMPUR: Gabungan serta persefahaman jitu merupakan intipati terpenting dalam usaha Pakatan Rakyat menawan dan 'meruntuhkan' keangkuhan Dato' Seri Mohd Ali Rustam yang mendakwa Melaka akan kekal bernaung di bawah Kerajaan Barisan Nasional. Ketua Dewan Muslimat PAS Melaka, Kintan Mat berkata, Pakatan Rakyat di Melaka berusaha bersungguh-sungguh untuk merubah landskap politik negeri tersebut, akibat daripada pelbagai permasalahan yang melanda Kerajaan Negeri pimpinan Ali Rustam khususnya berkenaan dengan rasuah, korupsi dan pembaziran. Katanya, pimpinan muslimat PAS di Melaka khasnya telah bersama-sama dengan kepimpinan wanita DAP dan KeADILan untuk turun padang bagi menerangkan masalah-masalah yang telah ditimbulkan oleh Ali Rustam dan implikasinya terhadap rakyat. "Kami bersama kepimpinan wanita dari DAP dan KeADILan kerap mengadakan pertemuan bersama rakyat berkenaan pelbagai isu dan masalah yang telah dilakukan Ketua Menteri. Kami di pihak muslimat sendiri telah gunakan 'tagline' 'sutera kasih tautan hati' bagi dekatkan diri rakyat bersama kami", katanya kepada Harakah pada 7 Januari lalu. Selain itu, Kintan yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, menerangkan bahawa daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dipertandingkan di Melaka, 13 diberikan kepada PAS, lapan DAP dan tujuh KeADILan. Tambahnya lagi, daripada 13 kerusi Dun yang diberikan kepada PAS, salah satu kerusi iaitu di Dun Sungai Rambai akan diisi oleh dirinya selaku Ketua Muslimat PAS Melaka. Harakah 28 SAFAR – 1 RABIULAWAL 1434 / 11 – 13 JANUARI 2013 |
Pembunuh upahan di Melaka ? OKT mati ditembak Posted: 04 Feb 2013 02:41 PM PST 4 Februari 2013 MELAKA - Seorang lelaki yang baru selesai menghadiri prosiding perbicaraan di Mahkamah Seksyen Ayer Keroh mati ditembak di Jalan Tun Abdul Razak-Ayer Keroh di sini, hari ini. Mangsa, S. Saravanan, 39, yang memandu kereta jenis Honda Accord bersama seorang rakan berusia 28 tahun dipercayai ditembak ketika berhenti di lampu isyarat persimpangan Kawasan Perindustrian Ayer Keroh di sini kira-kira 10.20 pagi. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata sebelum kejadian, mangsa dari Butterworth, Pulau Pinang hadir di mahkamah berkenaan sebagai Orang Kena Tuduh (OKT) dalam satu kes samun pada 2002. Dalam kejadian itu, mangsa yang memandu kereta menuju ke arah tol Ayer Keroh didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal dari arah sama sebelum pembonceng motosikal terbabit melepaskan beberapa das tembakan ke bahagian tempat pemandu kenderaan itu. "Motosikal terbabit kemudian bergerak ke bahagian depan kereta sebelum melepaskan lagi tembakan ke arah mangsa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian. Salehhudin berkata, ekoran tembakan itu, kereta mangsa hilang kawalan sebelum merempuh sebuah kereta lain di hadapannya. Mangsa ditemui mati dengan kesan tembakan di leher dan bahu ketika polis tiba di lokasi kejadian, katanya. Bagaimanapun, katanya, rakan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kini berada dalam jagaan polis bagi membantu siasatan. Katanya, berdasarkan pemeriksaan awal, polis menjumpai tiga kelongsong peluru di lokasi kejadian namun polis masih menunggu laporan penuh daripada unit forensik bagi memastikan jumlah tembakan yang dilepaskan ke arah mangsa. Salehhudin meminta saksi kejadian agar tampil membantu siasatan. - Bernama Sumber : Sinar Harian |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda PAS Bukit Katil To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan