1. Tentang ibadah sembahyang. Imam sembahyang mereka, sembahyang di depan tapi berada dalam satu lubang separas lutut (tempat yang lebih rendah dari makmum). Di Qom pun sama.
2. Mereka sujud di atas seketul batu yang bulat leper atau empat segi. Ertinya dahi dan hidung tidak kena lantai. Batu itu disediakan dalam masjid atau mereka bawa sendiri ke mana mereka pergi. Batu yang paling suci pada mereka ialah diambil di Karbala kemudian Masyad dan di Qom. Kalau tidak dapat juga boleh juga gunakan batu-batu di tempat lain. Kalau tidak ada batu, mereka akan gunakan apa-apa yang tumbuh dari bumi sebagai tempat sujud (letak dahi). Paling tidak, sujud atas tapak tangan. Tujuan mereka buat begitu kerana kata mereka manusia jadi dari pada tanah.
3. Bila selesai baca tahiyyat akhir mereka akan tepuk kedua-dua peha tiga kali dengan kedua-dua tangan. Walhal ikut mazhab kita menggerakkan anggota tiga kali berturut-turut akan embatalkan sembahyang. Setengah mereka ada memberi salam sambil berpaling ke kanan tapi setengahnya tidak. Mungkin pada mereka itu sunat saja.
4. Azan pun berbeza. Selepas mengucapkan Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah () ditambah kalimah: Wa Anna Aliyyan Wali Yullah (). Dan selepas mengucapkan Haiyya 'Alal fallah () ditambahkan lagi dengan"Haiyya AlaKhairil 'Amal"( ).
5. Wuduk mereka tidak payah basuh kaki. Cukup disapu saja dengan air.
6. Syarat untuk sembahyang Jumaat di satu tempat ialah tidak boleh buat dua Jumaat kecuali sudah sampai kawasan dua marhalah. Kalau di bandar Tehran maknanya semua penduduk bertumpu ke satu masjid saja. Jadi beratus-ratus ribu oranglah sembahyang di satu masjid. Khutbahnya panjang tidak kurang dari satu jam. Gambar Khomeini dan timbalannya besar-besar diletakkan di kiri dan kanan masjid. Seelok-elok saja selesai sembahyang Jumaat, mereka jamak dan qasarkan asar ke zuhur.
7. Waktu sembahyang Jumaat ada seorang tukang seru berdiri di depan imam. Bila imam rukuk () dia pun seru kuat-kuat: "Rukuk ()". Kalau berdiri dia seru:"Qiyam! ()". Dan seterusnya dia sendiri tidak sembahyang Jumaat sampailah ke akhir.
8. Di mana-mana juga samada di jalan, dalam bas, di rumah, suasana begitu tegang. Barangkali kerana semangat revolusi masih meluap. Tempikan dan sorakan mudah meletup. Selalunya kalau ada yang menyebut Rasulullah, nanti yang lain menyahut dengan solawat () untuk Rasulullah satu kali. Tapi kalau tersebut Khomeini maka bergemalah solawat ( )sebanyak tiga kali.
9. Setiap pagi hari Jumaat tanah perkuburan penuh dengan beribu-ribu orang, termasuk ulama. Jadi macam pesta. Tanah perkuburan meriah dengan doa, syarahan dan majlis makan. Di Syiria, maqam-maqam Ahlil Bait diziarahi oleh rakyat Iran sambil memukul-mukul badan ke maqam,meratap-ratap dan mengongoi menangis. Perempuan ramai buat begitu. Lelakinya tolong melagukan lagi supaya lebih kuat dan lebih lama tangisan itu. Bising tanah perkuburan dengan suara-suara ratapan itu. Berbeza sungguh cara orang Iran dengan kita. Tiap-tiap kubur di Iran diletakkan bendera-bendera dan gambar-gambar si mati. Setengahnya pula gambar Sayidina Ali dan gambar Imam Mahdi.
10. Tentang Imam Mahdi, orang Iran percaya Mohammad bin Al Askari, Imam mereka yang ke 12, yang ghaib waktu kecil (belum baligh) akan datang lagi untuk jadi Imam Mahdi. Mereka menunggu-nunggu kedatangannya dengan ghairah sekali. Sebab itu di dinding-dinding bangunan, di tembok dan di kubur-kubur ada ditampalkan gambar "Imam Mahdi" sedang tidur. Kita Ahli Sunnah Wal Jamaah percaya juga akan kedatangan Imam Mahdi. Tapi namanya bukan Mohammad bin Hassan Al Askari tapi Muhammad bin Abdullah. Dan kita tidaklah sampai ke tahap melukiskan gambar. Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah khilaf dalam menentukan siapa Imam Mahdi. Tapi tidaklah sampai meletakkan gambar.
11. Hotel tempat kami peserta-peserta muktamar adalah asalnya kepunyaan Raja Muda. Tapi juru kemas hotel ialah perempuan-perempuan. Bagaimana sebuah negara Islam membenarkan perempuan masuk kawasan lelaki dalam keadaan tidak lengkap penutupan auratnya? Semasa muktamar di tingkat bawahnya ada disediakan hoggah (sejenis hisapan, dihisap) yang boleh ketagih (seperti rokok). Para pejuangan Islam hisap hoggah?
12. Di Iran, jubah, serban hanya dipakai oleh ulama dan pelajar agama, yang bukan ulama pakai macam biasa; berseluar ketat dan kepala gondol. Walhal jubah serban ialah pakaian Rasulullah dan layak dipakai oleh sesiapa juga umatnya.
13. Saya bertemu ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam muktamar tersebut. Mereka dari Baluchistan. Diam saja, tidak berperanan apa-apa. Nampak macam ketakutan. Mungkin dipaksa datang, tujuan hendak nampakkan persatuan Syiah dan Sunni. Dari mulut mereka saya dapat tahu ramai di kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang ditangkap (dijail) oleh Khomeini. Salah seorang yang tertangkap ialah bertaraf mujtahid. itulah satu cara orang Iran hendak yakinkan dunia bahawa mereka bukan perjuangkan Syiah atau Sunniah tapi perjuangkan Jumhuriah Islamiah selari dengan laungan:"Tiada Syiah. Tiada Sunni, tapi Jumhuriah Islamiah." yang dilaungkan di mana-mana di Iran. Maka mereka jemput Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sudah dibelenggu (untuk program mereka). Mereka "brain wash" siapa juga untuk jadi macam mereka.
14. Hampir tiap-tiap malam dan tengah malam kami diganggu oleh ketukan di pintu. Kemudian masuk seorang bertanyakan apa pandangan tentang revolusi atau komen tentang Khomeini atau komen tentang Iran. Hingga kami tidak rehat-rehat. Demikian gopohnya mereka meminta kami jadi seperti mereka. Padahal cara memaksa-maksa begitu bukan kaedah terbaik untuk menawan fikiran dan perasaan manusia.
15. Setiap hari 10 Rejab, di Iran khususnya di Karbala orang-orang Syiah buat perayaan memukul diri, meratap-ratap dan menangis-nangis dengan suara tinggi menyesali kematian Sayidina Hussin. Jelas sekali Rasulullah melarang meratapi mayat. Tapi Khomeini tidak pemah tegur anak buahnya yang buat begitu. Kalau benar perjuangkan makruf dan mencegah kemungkaran, kenapa maksiat sebesar itu didiamkan saja.
Menyaksikan dan mendengar 15 perkara di atas, BOLEH DIKATAKAN muktamadlah sudah yang orang Syiah bukan pejuang kebenaran. Sebaliknya mereka telah mempermain-mainkan Al Quran dan Sunnah. Perjuangan mereka sebenamya perjuangan politik. Bukan untuk Allah dan Rasul tapi untuk kepentingan mereka saja. Perjuangan rakyat Iran sebenarnya perjuangan politik mereka. Bukan perjuangan fisabilillah yang bertujuan menegakkan hukum-hakam Allah. Apa yg terjadi Syria adalah permulaan puak Syiah untuk membunuh puak Sunni..Mereka bersekongkol dengan Yahudi untuk membunuh org Islam Sunni. SEDARLAH KITA BAHAYA SYIAH BUKAN SEKADAR MAZHAB TETAPI IA ADALAH SATU AKIDAH SESAT
TANJUNG KARANG, 4 FEB - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar menasihati kerajaan Selangor supaya menggunakan meja rundingan bagi menyelesaikan masalah atau tuntutan rakyat daripada menggunakan saluran mahkamah.
"Untuk menyelesaikan masalah rakyat ni bukannya di mahkamah tetapi rakyat ada hak untuk menuntut di mahkamah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan awal persekolahan kepada hampir 1,000 ibu bapa kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Burong dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Burong di sini Isnin.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian ketika mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini yang menolak dengan kos permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengenepikan saman tuntutan pemberian air percuma daripada lebih 700 pengguna meter air pukal di Selangor.
Beliau berkata jika kerajaan Selangor adalah sebuah kerajaan yang ikhlas dan bertanggungjawab dan hendak menunaikan janji serta mengakui manifesto itu satu janji sewajarnya mereka boleh berunding dengan kumpulan rakyat yang membuat tuntutan itu di luar mahkamah.
Namun, nampaknya kerajaan negeri pakatan pembangkang daripada Parti Keadilan Rakyat, DAP dan PAS masih mahu terus bermain politik sedangkan mandat pemerintahan mereka akan berakhir beberapa bulan lagi sebelum pilihan raya umum diadakan, kata beliau.
Noh berkata: "Kerajaan negeri kena bersedia bahawa kebangkitan rakyat Selangor jelas mereka nak menuntut hak mereka kerana janji-janji manis PKR masa kempen pilihan raya 2008 menyebabkan rakyat terpengaruh dengan janji mereka, maka rakyat sokong mereka dan Barisan Nasional kalah di negeri Selangor."
Beliau berkata setelah pengguna-pengguna air dan ibu-ibu tunggal memfailkan tuntutan mereka terhadap janji kerajaan negeri yang tidak ditepati di mahkamah, kumpulan warga emas yang masih tidak mendapat caruman takaful RM2,500 dan peniaga yang tidak menikmati potongan cukai pintu sebanyak 10 peratus sedang melakukan persedian untuk tindakan yang sama.
Sementara itu, dalam ucapannya beliau berkata ekoran masalah kekurangan bekalan air untuk jangka panjang di Selangor, sejumlah 450 projek kilang tidak dapat dilaksanakan dan ini mengakibatkan kehilangan 20,000 peluang pekerjaan kepada anak-anak Selangor.
Oleh kerana tiada jaminan bekalan air akan cukup bila kilang berkenaan siap nanti maka projek berkenaan tidak dapat dilaksanakan dan dikhuatiri para pelabur akan lari mencari peluang pelaburan di negeri-negeri lain mengakibatkan Selangor menjadi mundur, katanya.
Faktor yang sama juga menyebabkan projek-projek perumahan baharu tidak dapat dilaksanakan di Selangor dan bakal mengakibatkan kenaikan harga rumah di negeri ini, kata Noh.
Bagaimanapun, Noh berkata sebagai sebuah kerajaan yang prihatin Kerajaan Pusat telah melaksanakan projek mitigasi untuk mengatasi masalah air di Selangor dengan peruntukan RM606 juta tahun lepas, di mana RM354 juta telah disalurkan kepada Kerajaan Negeri dalam bentuk pinjaman bagi tujuan yang sama tetapi nampaknya tiada apa-apa kemajuan atau perubahan di Selangor.
Oleh itu minggu lepas, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM125 juta lagi bagi projek mitigasi untuk bekalan air di Selangor, katanya.
Pada masa yang sama Noh berkata walaupun ada pihak yang mengatakan memang sepatutnya kerajaan memberi balik kepada rakyat duit hasil kutipan cukai menerusi bantuan awal persekolahan atau Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bukan semua kerajaan berbuat begitu.
Mungkin ramai yang tidak perasan sebelum ini Kerajaan Malaysia memberikan subsidi bernilai RM25 bilion setahun agar rakyat Malaysia membayar harga yang rendah untuk bahan api yang menggerakkan kenderaan mereka, gas memasak untuk memasak makanan mereka dan bahan asas lain seperti tepung, gula dan minyak masak, katanya.
Bahkan, katanya ada yang berkata kerajaan boleh bankrap kerana memberi subsidi dan bantuan langsung secara tunai kepada rakyat tetapi sebenarnya kerajaan mampu berbuat demikian kerana hasil kutipan cukai yang meningkat di mana pada tahun lepas Lembaga Hasil Dalam Negeri mengutip RM125 bilion.
Acara Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh PKR di Kulim Sabtu lepas, menampilkan penari separuh bogel yang disajikan untuk santapan rakan sekutunya PAS dan DAP.
Ketua Pembangkang PKR Anwar Ibrahim berkata parti itu akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap satu ranting parti itu yang didakwa menganjurkan tarian dengan menampilkan wanita berpakaian mengghairahkan.
Anwar juga berkata parti itu mempunyai nilai tersendiri yang patut disokong. (Macam haram jadah!)
Katanya, PKR akan mengambil tindakan sekiranya tarian itu didapati tidak sesuai dan juga jika program berkenaan melibatkan parti.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut bentuk tindakan yang akan diambil oleh parti ke atas cawangan parti yang didakwa menganjurkan majlis tersebut.
Laporan akhbar berbahasa Cina hari ini menyebut, majlis tersebut dianjurkan satu ranting PKR di Kulim.
Nampak gayanya... Ahli PKR Kulim dengan sengaja menganjurkan tarian separuh bogel untuk menyindir dan memalukan Anwar Ibrahim yang pernah diikaitkan dengan video seks chinadoll dulu....
Pisstttt jangan tuduh ini kerja UMNO pulak ya....
Yang baik itu datangnya dari UMNO yang Jahat itu datangnya dari Pak Anuar!
Politik-politik juga... tapi tindakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng cuba provok orang ramai supaya datang ke Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN Pulau Pinang minggu depan dengan baju Bersih macam nak cari gaduh saja.
Boleh faham memang Guan Eng cemburu habis apabila dengar BN Pulau Pinang mahu bawa penyanyi k-pop terkenal Korea Selatan Psy sebagai penyeri acara tersebut.
Ini kerana memang boleh jangka orang muda terutamanya kaum Tionghua akan datang beramai-ramai, sebab la ni memang musim demam 'Oppa Gangnam Style'.
Sebab itu dari segi logiknya, Guan Eng tahu, beliau tidak boleh halang orang ramai hendak datang, sebab itu dia cuba provok dengan minta orang ramai pakai warna kuning melambangkan Bersih, merah untuk Pulau Pinang dan hijau untuk alam sekitar.
Nampak sangat hati dengki pemimpin DAP ini.
Guan Eng dipetik berkata "Pulau Pinang mendahului sekali lagi dengan kedatangan Psy ke Malaysia. Kita boleh kata bahawa kali pertama Psy datang ke Malaysia, beliau datang ke Pulau Pinang,".
Dengan nada menyindir Guan Eng menjemput orang ramai ke majlis tersebut kerana "makan-minum serta hiburan percuma,".
Sebelum ini, BN Pulau Pinang menjangkakan kehadiran lebih 60 ribu penonton di padang sekolah Han Chiang tempat di mana majlis tersebut diadakan pada 11 Febuari nanti.
Lebih menarik lagi, pemilihan lokasi tersebut iaitu padang sekolah Han Chiang yang menjadi simbolik kepada kemenangan DAP pada Pilihan Raya 2008 lalu.
Padang sekolah Han Chiang adalah tempat perhimpunan terbesar DAP dan sekutunya semasa kempen Pilihan Raya 2008.
Strategis BN dipercayai menggunakan pakai pepatah lama Cina "di mana kamu jatuh, di situ kamu bangun semula" ketika membuat keputusan untuk mengadakan Sambutan Tahun Baru Cina di padang sekolah persendirian Cina tersebut.
DAP sebelum ini menciplak musik 'Oppa Gangnam Style' untuk buat video komedi memburukkan Malaysia. Video tersebut ditayangkan sebahagiannya ketika Kongres Nasional DAP Disember lalu.
Tertarik dengan program transformasi dan program membantu rakyat yang digarap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sekumpulan penyokong tegar PAS dari Kampung Jerong Seberang dan Kampung Bukit Cempedak di Marang tekad menyertai Umno.
Ramli Abdullah, 53, mewakili 80 bekas penyokong PAS itu, berkata mereka menyertai Umno kerana tertarik dengan program transformasi yang dirancang kerajaan bagi membantu rakyat terutama golongan miskin serta penduduk kampung.
Katanya program transformasi yang diwujudkan kerajaan benar-benar bertujuan membantu semua golongan terutama rakyat berpendapatan rendah selain memberi tumpuan kepada kemajuan negara.
"Kami selama lebih 30 tahun menjadi pengikut PAS, tidak ada apa-apa pembangunan yang disediakan di kampung kami, malah keadaan kami semakin terpencil dan terasing," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said pada majlis Selamat Tinggal PAS, BN Di Hatiku, di kediamannya, Seri Iman, di sini hari ini.
Pada majlis itu, 80 pengikut dan penyokong setia PAS dari kedua-dua kampung berkenaan berikrar memberi sokongan penuh kepada Umno serta menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.
Sementara itu seorang lagi bekas penyokong PAS Mohd Zulfadli Zakaria, 28, dari Kampung Bukit Cempedak, berkata beliau sedih kerana selama menjadi pengikut setia PAS, tiada apa yang disumbangkan parti pembangkang itu bagi kemajuan kampungnya.
"Mereka (PAS) tidak menghirau langsung penduduk Kampung Bukit Cempedak. Remaja dan belia di kampung kami terumbang-ambing tidak ada bimbingan, tidak ada program yang dirangka bagi kemajuan kami.
"Kami berharap setelah menyertai Umno, kami akan menubuhkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung bagi kemajuan kampung kami setanding dengan kampung lain," katanya yang mewakili orang muda kampung berkenaan.
Ketika berucap pada majlis itu, Ahmad berkata sehingga ini kerajaan telah membina 300 unit rumah mampu milik di Bukit Gasing dan 500 unit lagi di Bukit Payong dalam daerah Marang.
"Jika Barisan Nasional memenangi empat kerusi DUN serta Parlimen Marang, kerajaan akan membina 1,000 unit lagi rumah selain sebuah Sekolah Agama Imtiaz yang menelan belanja antara RM50 juta ke RM60 juta di daerah itu," katanya.
Parlimen Marang dan dua DUN di bawahnya iaitu Rhu Rendang dan Bukit Payong dikuasai PAS manakala DUN Alor Limbat serta Pengkalan Berangan pula dipegang BN.
PAS tahu di Negeri Sembilan mereka tidak akan menang kerusi yang akan dipertandingkan melainkan mereka hanya dapat Paroi pada PRU12 yang lalu. Paroi akan ditawan kembali oleh BN pada PRU13 ini kerana ADUN Paroi Sdr Taufek hanya menghabiskan boreh(beras) saja semenjak di lantik sebagai ADUN Paroi.
PAS tidak sanggup mengorbankan calon-calon hebat mereka di Seremban dan mereka akan mempertaruhkan nama nama yang tidak kukuh di dalam PAS menjadi calon cantas bertanding untuk menerima kekalahan. Jika menang itu adalah perkara yang luar biasa.
Khabar terbaru yang diterima adalah penyanyi kemek Aisyah akan menjadi calon PAS di salah sebuh kerusi DUN di Negeri Sembilan, Aishah akan menjadi kambing hitam kepada PAS untuk dikorbankan pada PRU13 ini. Jika kalahpun PAS tidak berapa malu kerana calon tidak memberangsangkan.
Seperti yang aku katakan di posting sebelum ini tiada gunanya akar umbi bersedia mempertahankan maruah agama islam jika pemimpin PAS adalah boneka kepada DAP dalam Pakatan Haram!
Kepimpinan tertinggi parti PAS seolah-olah tidak mengambil berat dengan situasi semasa apabila mereka hanya berdiam diri dan membenarkan rakan sekutunya iaitu DAP mempertikai Islam dan ajarannya.
Sekiranya DAP dan PKR masih tidak memahami perjuangan PAS maka adalah wajar untuk parti itu meninggalkan Pakatan Haram.
Bernama - Demi maruah agama Islam, penyokong Pas Kuala Terengganu mahu pemimpin mereka di peringkat pusat menyatakan pendirian tegas berhubung isu penggunaan kalimah Allah yang masih dibangkitkan DAP.
Sekumpulan 20 orang yang mendakwa mewakili para penyokong Pas Kuala Terengganu mengadakan demonstrasi aman di hadapan Masjid Tengku Tengah Zaharah di Kuala Ibai di sini sebagai menuntut pendirian itu.
Mereka membawa sepanduk dan melaungkan AllahhuAkbar serta mendesak pemimpin Pas supaya tidak tunduk terhadap desakan pengerusi DAP Karpal Singh dan setiausaha agungnya Lim Guan Eng yang mereka anggap sewenang-wenangnya memperkotak-katik isu kalimah Allah demi tujuan politik.
Wakil kumpulan berkenaan, Zamri Yaacob, 42 tahun, turut mendesak supaya kepimpinan Pas menyatakan apa hukum dalam Islam jika anggota PAS membantu DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Kami sebagai anggota Pas meminta kepimpinan Pas tegas dengan pendirian dan sebaiknya keluarlah dari Pakatan Rakyat (PR) kerana ia merosakkan bangsa Melayu dan kesucian Islam," katanya kepada pemberita.
Unit Amal PAS sudah tidak relevan... kehadiran mereka hanya menimbulkan provokasi yang sering mengundang pergaduhan.
Kedamaian Felda Sungai Tengi, Kuala kubu Baru malam tadi terganggu bila satu kekecohan berlaku di program anjuran PAS Selangor di Dataran Felda Sungai Tengi yang melibatkan penduduk kampung, Unit Amal dan penyokong PAS.
Penduduk membantah kehadiran pemimpin pembangkang, Mazlan Aliman yang dikatakan cuba datang untuk menghasut peneroka membenci kerajaan. Menurut kenyataan salah seorang wakil penduduk, ceramah yang diadakan itu tidak mempunyai permit, malah majlis perhimpunan awam yang melibatkan aktiviti makan malam di situ turut tidak dimaklumkan kepada pihak polis. Ini membuatkan perhimpunan tersebut melanggar syarat Akta Perhimpunan Awam.
Kain rentang yang mengutuk kehadiran Mazlan Aliman ke Felda Sungai Tengi kelihatan banyak terpasang di tepi-tepi jalan sekitar perkampungan itu menandakan ketidaksenangan hati penduduk bila Mazlan Aliman dijemput berceramah di kawasan Felda mereka.
Manakala hampir 200 orang penduduk berkumpul di laluan masuk utama ke Felda Sungai Tengi bagi menghalang kehadiran Mazlan Aliman. Setiap kereta yang melalui jalan tersebut diperiksa bagi memastikan pengerusi ANAK itu tidak memasuki desa Felda tersebut.
Namun Mazlan Aliman diberitakan hadir di majlis ceramah malam tadi melalui laluan alternatif kira-kira jam 10 malam. Kekecohan mula berlaku bila Mazlan Aliman memulakan ucapan. Unit Amal dan penyokong PAS dikatakan merempuhan penduduk yang berkumpul di tepi dataran sambil melaungkan amaran supaya Mazlan Aliman menghentikan ucapan dan keluar dari Felda Sungai Tengi.
Mazlan Aliman menghentikan ucapan dan majlis tersebut disambung dengan tayangan video ceramah.
Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno akan membantu menguruskan penghantaran pulang mayat Claudia Theophilus, Penerbit Bahasa Inggeris portal berita Al-Jazeera, yang maut terkena tembakan Sabtu lalu.
Pengerusinya, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata dua wakil biro itu akan ke Beirut bersama-sama dua anggota keluarga Claudia untuk menguruskan proses membawa balik mayat mendiang.
"Tujuan kami untuk ke sana adalah untuk mendapat maklumat terperinci mengenai punca kematian mangsa serta menguruskan proses untuk membawa balik mayat mangsa," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Sementara itu, Timbalan Menteri Luar Senator A. Kohilan Pillay memberitahu Bernama, kedutaan Malaysia di Lubnan sedang membuat persiapan untuk membawa mayat pulang.
Kohilan berkata mayat mendiang dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) Rabu ini sebelum dibawa keluarganya ke Seremban, Negeri Sembilan.
"Pada masa ini, pihak berkuasa Lubnan sedang menjalankan bedah siasat dan melengkapkan dokumentasi," katanya.
Claudia, 42, penerbit yang berpangkalan di Doha, Qatar, mati dua hari lepas dipercayai akibat terkena tembakan dalam satu insiden di Baakleen yang terletak di sebuah kawasan pergunungan di Lubnan ketika bersama dua rakannya rakyat Lubnan.
Dilaporkan Claudia, yang berkhidmat dengan stesen televisyen Al-Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar, terkena tembakan secara tidak sengaja ketika bercuti bersama dua rakan di Beirut.
11 Februari 2013 sememangnya agak dinantikan oleh golongan muda memandangkan pada tarikh itu penyanyi Korea yang sedang menjadi kegilaan ramai, Park Jae-Sang ataupun Psy akan turut hadir memeriahkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang.
Majlis yang akan dilangsung di padang Sekolah Tinggi Han Chiang, Pulau Pinang itu dijangkakan akan disertai oleh lebih 60,000 orang. Turut serta ialah Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan para pemimpin BN Negeri dan Pusat.
Kehadiran Psy ke Malaysia yang julung kalinya ini tentunya memberi impak positif yang tersendiri terutama sekali dalam meningkatkan profil negara dalam menyuntik nilai tambah bagi industri perlancongan.
Kesediaan penyanyi popular Korea itu menyertai majlis yang dianjurkan BN itu bagaimanapun tidak disenangi ramai pemimpin PR khususnya dari DAP yang menimbulkan persoalan mengenai kos perbelanjaan yang kononnya terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Pusat untuk dibayar kepada artis K-Pop itu.
Mereka melemparkan tuduhan kononnya kedatangan superstar dari Korea itu telah menyebabkan sejumlah RM3 juta wang rakyat lebur begitu sahaja semata-mata untuk satu lagu Oppa Gangnam Style. Satu tuduhan yang agak jauh tersasar, bermotif politik dan berniat untuk mengelirukan orang ramai.
Walhal realiti sebenarnya samada Kerajaan Pusat ataupun BN sendiri tidak menggunakan wang rakyat untuk dibayar kepada Psy. Sebaliknya segala kos perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat swasta, Mega Ultimate termasuklah bayaran RM2.3 juta bayaran kepada penyanyi terkemuka itu untuk tampil memeriahkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina.
Jika penampilan Psy memeriahkan rumah terbuka Tahun Baru Cina ini dikatakan satu pembaziran, kenapa tidak para pemimpin PR mencemuh tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang pada akhir tahun lepas yang terang-terangan membelanjakan sejumlah RM3 juta wang rakyat untuk menjayakan konsert hiburan di Batu Feringgi?
Malah dalam konsert hiburan anjuran kerajaan DAP Pulau Pinang itu yang menampilkan beberapa orang artis Korea juga turut mendapat kerjasama syarikat arak, peliknya tiada pula walau seorang pun pimpinan PR berani mempersoalkannya.
Hatta dikalangan penyokong dan pemimpin PAS sendiri tidak pula sibuk mahu bercakap soal moral dan akhlak muda-mudi sekalipun tahu konsert anjuran Kerajaan DAP Pulau Pinang itu turut dijayakan oleh syarikat arak. Double standard agaknya.
Persoalan penting untuk dijawab oleh PR, mengapa kelihatan begitu takut dengan kesediaan Psy menyertai majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina itu? Atau PR terlalu bimbang kehadiran ramai muda mudi keturunan Cina kelak bakal menjejaskan pengaruh DAP di negeri itu?
Sepatutnya pemimpin PR tidak perlu berasa cuak atau takut dengan kemunculan Psy di majlis tersebut, lebih-lebih lagi di saat masyarakat Cina bakal meraikan perayaan Tahun Baru Cina.
Kecuali, PR terutama sekali DAP sedang dilanda kebimbangan yang artis popular Korea itu akan membuat pengumuman penting yakni menyaman mereka gara-gara tindakan mengubah suai lagu Oppa Gangnam Style tanpa kebenaran untuk tujuan kempen politik parti itu.
Sekiranya itu sebabnya, memang ada asaslah untuk pemimpin DAP dan PR berasa gundah gelana dan kita rakyat jelata pun boleh tumpang memahaminya.
Kehadiran Mazlan Aliman untuk memberi ceramah di Felda Sg Tengi bertukar menjadi hangat apabila penduduk felda dikatakan berkumpul lebih awal sebelum kehadiran Mazlan Aliman untuk menghalang perhimpunan haram tersebut.
Ketegangang berlaku apabila lebih dari 100 orang penduduk felda bertempur dengan unit amal PAS, dimana Unit Amal PAS terpaksa bermati-matian mempertahankan Mazlan Aliman..
Rata-rata penduduk Felda tidak berpuashati dan meminta Mazlan Aliman berambus dari felda tersebut...
Walau bagaimanapun ceramah Mazlan Aliman di Sg Tengi dibatalkan selepas kekecohan berlaku...
Dibawah gambar yang dirakamkan petang tadi... ternyata penduduk Felda tidak mahu Mazlan hadir di kawasan mereka!
Lain kali masuk tempat orang bagi salam dulu... jangan main redah je.. kan dah benjol dahi tu....
Wira Kenyalang - Kehadiran bekas pelakon Gerak Khas dan penyanyi kumpulan Elite suatu ketika dahulu, Abby Abadi di Lambir, Miri pada Sabtu, 2 Februari 2013 telah berjaya menarik ramai pengunjung hingga ada yang membuka gerai makan di sepanjang kawasan ceramah.
Namun demikian ramai di kalangan peniaga marah termasuk penganjur apabila hanya sekitar 60 orang yang hadir. Setelah ditolak dan dicampur, hanya sekitar 20 sahaja yang hadir dengan selebihnya terdiri daripada ahli-ahli PAS Miri dan sekitarnya serta beberapa orang anggota polis.
Kata haram tapi nak jugak!
Abby Abadi seperti dijangka telah membawa isu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang kini sedang diagihkan kepada penerima di seluruh negara. Seperti mengikut lirik lagu dan skrip drama, Abby Abadi telah memperjelaskan bahawa BR1M 2.0 itu RASUAH.
Dengan nada angkuh, Abby Abadi mengatakan adalah haram rakyat mengambil BR1M kerana rasuah. Ini seolah-olah meminta rakyat Sarawak khususnya di kawasan Parlimen Sibuti supaya mengambil BR1M. Berbeza dengan Abby Abadi yang mungkin tidak akan menerima atau mungkin tidak dapat BR1M kerana pendapatannya melebihi RM10,000 sebulan hasil bersama dengan PAS.
Atas sebab itu, PAS Miri berpendapat membawa Abby Abadi ke Miri akan berjaya menarik ramai penduduk khususnya golongan muda yang gemar dengan hiburan.
Penganjur menjangkakan majlis santai bersama artis Abby Abadi itu akan menarik perhatian penduduk rumah panjang di sekitar kawasan Parlimen Sibuti. Tetapi, malangnya hanya tidak sampai separuh penduduk rumah panjang yang hadir walaupun artis popular yang hadir.
Dengan berbekalkan wajah yang cantik dan suara yang lunak serta status 'janda berhias' ternyata Abby Abadi tidak mampu menarik perhatian penduduk rumah panjang di Sarawak walaupun suatu ketika popular.
Bagi rakyat Saraawak, Abby Abadi langsung tidak memberi sebarang impak besar dalam politik Sarawak. Boleh dikatakan Abby Abadi datang ke Sarawak hanyalah sekadar melancong dan makan angin sahaja.
Rakyat kedah are beginning to ask what happened to the estimated RM20 million profit which was gained from selling their water supply to Penang which was announced by its Chief Minister as a smart measure to reduce the state's budget deficit. would it stay as a fairytale for rakyat? Kedah Chief Minister, Dato' Seri Azizan Razak may have forgotten the jurisdictions of a Chief Minister. Perhaps he though that announcing the matter during budget presentation, it could be implemented there and then. Or perhaps he thought that the only thing they need to do is send invoice to Penang government each month like any other regular business transactions, and Penang government would pay just like that. That is why, Penang Chief Minister chooses to ignore Azizan's fairytale. When the fairytale began to spread, one of PAS Kedah exco members, Phahrolrazi, had to pretend to show that he is serious by making the statement saying that Kedah would put a price on the water supply which is channeled to Penang. Sadly, both Phahrolrazi and Azizan refuse to head to Penang to make any discussion. From what we know, Kedah government have only sent a single letter to Penang to mention their intention in putting a price for the water supply to the state. Thus, it is not wrong when Penang only sent Penang Water Supply Department General Manager, Jaseni Maidinsa to provide response towards a statement coming from an exco. And it is not wrong for Jaseni to give a light response where Penang only uses water supply from Sungai Muda beginning at the river border which flows towards the state only, and that is why Kedah cannot impose any price because it is not part of Kedah. With that response, Kedah was stunned. That is the problem when one only knows how to talk instead of work. Looking at the status quo where Azizan has never and never will talk to Guan Eng, Kedah would definitely get nothing out of this. Not just that they are not getting anything from giving their water supply, the only thing which could benefit Kedah, logging, seems to have caused water supply issue to rakyat Kedah. The uncontrolled logging had caused geological impact which leads to the risk of landslide or mud flood, which could also contaminate the state's water supply. Few of the chronic cases include logging activities which occurs only 100 meters away from Tasik Pedu. Before that, it was an area of 5,000 hectare at Gunung Inas, Sik while another 350 hectare at Tasik Pedu's water catchment area. The issue on contaminated water due to uncontrolled logging is not a fairy tale. On October 2011, people from Pendang and Padang Terap district organized a demonstration to oppose the state government's decision in approving a logging license to a company called Ng N Beh Trading, license number KT 01-(P)-52-2011 at Bukit Perak Permanent Forest Reserve. From there, water supply which flows to seven villages, Kg Sg Mas, Kg Sg Pisang, Kg Sungai Siput, Kg Mahawangsa, Kg Lasau, Kg Titi Akar and Kg Padang Durian became turbid thanks to their logging activities. Despite that, Kedah State Government still refuse to take any actions. Their excuse, it is just UMNO's political game. It is clear tha Azizan is running out of ideas on how to generate the state income, that is why he decided to clear all forests. Azizan does not succeed in asking Penang to pay for their water supply and they cannot do anything to stop it, and rakyat Kedah are suffering from water issues until all forests are cleared. And once the logging is done, Kedah might face mud flood issues, but people of Penang would still be able to enjoy free water supply from Kedah.
PAS is now in troubled waters as it pretends to be still in influential but the reality speaks otherwise as it is trying to overcome 'shame' for being looked down by DAP especially Penang Chief Minister Lim Guan Eng and chairman Karpal Singh. DAP particularly the two leaders are taking PAS as just another 'small party' that has no backbone nor the strength to increase DAP's votes in seats DAP will be contesting for the coming general election. As far as DAP is concern, though not openly is that PAS is just another party that DAP can make use just to add figures to whatever the party (DAP) would get which may not amount to much given the trouble the party (PAS) is in right now. DAP knows PAS in deep trouble when the party made a U-turn in the ALLAH issue and the hesitation in expelling the party former deputy president Nasharuddin Mat Isa. PAS U-turn in the ALLAH issue has got the DAP very angry because the issue has sparked off religious division among the Pakatan Rakyat (PR) followers who are battle ready but now majority are thinking twice whether to go to the 'war'. The Muslims who are PAS followers and members are now split and keep their fighting spirit low as they watch the party leaders 'do verbal battle' with DAP Karpal Singh on both issues – use of the word ALLAH and the sacking of Nasharuddin. For them, Karpal is getting 'too much' as to question the Syura Council's decision on the ALLAH issue given Karpal putting pressure on party president Abdul Hadi Awang to change the council's decision. As for Nasharuddin's case, DAP and PKR already got their way with the council's decision but Pas faces internal problem with many members and supporters calling for the decision to be reverted. Whatever the problem PAS faces now, they are actually the makings of 'outsiders' because all along, PAS leadership has got no problem with the two major issues. The ALLAH issue, as far as PAS is concern, going by its fundamentalism philosophy, it is pure and exclusively for Muslims and Islam, just like the Syura Council Dr Harun Din explained. Similarly with Nasharuddin, the party leadership had closed one-eye or rather just could not care less who the former deputy president befriend so long as it does not affect the party in any manner. However, pressures from Karpal and DAP on PAS given the close relationship between Nasharuddin and UMNO may jeopardise Pakatan's relationship with PAS, the party leadership has no choice but to 'act'. But the action taken is considered as 'pat on the hand' because the expulsion letter has not even been handed out to Nasharuddin. In short, PAS leadership is actually playing 'ball' with Karpal and DAP and given the present situation with the nearing of the general election, PAS is expected to face trouble in 'telling outright its position' as DAP, the 'de facto leader' of Pakatan will want a straight answer. With such a situation, it will be no surprise if PAS will go to the election on its own as DAP and PKR will find PAS of no use to them.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Baru-baru seorang blogger cai Pas telah mengkritik YB Dato Tan Lian Hoe dengan penghinaan yang jijik. Juga menuduh TM Puja Ratu bogel sebagai ahli parlimen Taiping
Tak berapa hari pula dia mengkritik Najib dan Rosmah yang akan bergangnam style dengan penyanyi PSY dari Korea pada 11 Feb ini.
Tak sampai seminggu Allah berikan hadiah kepada Pak Ketam, Ahad lepas 2 Feb 13, PKR Kulim dan sekutunya Pas dan Dap telah menganjurkan majlis makan malam dan dipersembahkan tarian yang sungguh menjengkelkan kepada tetamu, sudah tentu terbeliak biji mata lebai kera Pas.
Itulah Pak Ketam yang selalu kritik orang tetapi meraka yang lebih. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Apakah Pak Akob berbohong kepada orang Pas tentang kubur Mat Indera
Kubur Palsu Mat Indera
1953
Wartawan Sinar Harian berkunjung ke kampung berkenaan untuk melihat sendiri kubur berusia lebih separuh abad itu.
Menurut penduduk, walaupun sudah lama tidak dikunjungi oleh sanak saudaranya, namun kubur berkenaan sentiasa bersih dan ditaburi bunga kemboja putih yang gugur dari pohon berhampiran.
Batu nisan jenis lama itu kelihatan agak usang dan hampir sukar untuk dibaca namun disahkan milik Mat Indera oleh penjaga kubur, Yaacob Din, 63, atau lebih dikenali sebagai Pak Akob.
Menurut Pak Akob, kubur Mat Indera tidak ditanda atau diletakkan kapok (pagar kecil) bagi mengelakkan perbuatan khurafat.
"Memang saya jaga baik kubur ni. Tapi saya sengaja tak letak sebarang tanda tertentu kerana bimbang ada yang salah gunakan untuk tujuan tidak elok," katanya.
Menurutnya, keluarga Mat Indera sebelum ini sering menziarahi kubur berkenaan tetapi sejak tiga tahun kebelakangan tiada waris yang datang membersihkannya.
"Banyak cerita yang saya dengar tentang Mat Indera ni daripada orang tua-tua dulu, tapi saya sendiri tak berani nak beritahu sebab nanti orang cakap saya membohong," katanya.
Menurutnya, berdasarkan kisah-kisah yang pernah didengar, ketika meninggal dunia, jenazah Mat Indera berbau harum dan kulitnya begitu lembut.
"Mat Indera dipercayai mempunyai keupayaan keluar masuk dari penjara untuk membeli makanan. Bagaimanapun, kebenaran kisah yang diceritakan itu tidak dapat dipastikan kerana tiada orang lama yang boleh mengesahkannya. Mereka sudah meninggal dunia.
Pak Akob berkata, terdapat tujuh kubur anggota polis yang terkorban ketika menentang komunis di Grik, Perak ketika zaman darurat di tanah perkuburan berdekatan.
TM Note; Minggu lalu TM berjanji nak dedahkan kubur yang sebenar Mat Indera tetapi ditangguhkan sehingga Khamis atau Jumaat ini. Biarlah Pas dan Dap Taiping pening kepala dok cari mana kubur yang sebenarnya. beberapa hari lepas kereta pick up Dap Taiping dah masuk ke tanah perkuburan tersebut, apa tujuan pun tak tahu, mungkin mereka tahu lokasi sebenar kubur tersebut, apa pun kita tengok lah apa lagi reaksi Pas dan Dap mengenai isu kubur palsu Mat Indera ini. Penjaga kubur Pak Akub pun tak berapa tahu kisah sebenar sebab semasa kematian Mat Indera beliau baru berusia 3 tahun. Sejak kisah kubur Mat Indera didedahkan oleh Mat Sabu, ramai orang Pas telah datang mencari kubur tersebut dan mungkin lah kerana menyampah dengan Pas, Pas Akub pun tunjuk lah mana-mana kubur yang ada tulisan jawi bernama Ahmad dan jika dilihat batu nisan pun jelas ia tidak tulen dan seperti sudah diubah suai tulisan nya.
pas kata pas nak gantikan umno kerana umno tak ada ulamak, pas ramai ulamak tetapi pada hakikatnya sudah ramai ulamak pas kena tendang terajang, kini ulamak Pas telah digantikan dengan artis,
Lima hari kemudian Majlis Syura Ulama Pas menukar nada pula apabila memutuskan untuk menolak penganut Kristian menterjemahkan istilah 'God' kepada ALLAH di dalam kitab suci mereka.
Bagaimanapun Ketua Pembangkang tegas menyatakan beliau tidak bersetuju dengan perubahan pendirian Pas dan tetap berpegang kepada kenyataan asal.
Perubahan pendirian ini merupakan pusingan 180 darjah oleh parti itu yang pada awalnya bersetuju dengan PKR dan Dap tetapi akhirnya merenggangkan pendirian tersebut daripada dua sekutu politiknya itu.
Tindakan parti itu membolehkan ia dilabel sebagai parti sesumpah malah lebih hina daripada itu kerana sanggup memperkotak katikkan Islam demi agenda politik sempitnya.
Bagaimana pula UMNO boleh dituduh mempergunakan Islam untuk kepentingan politik sedangkan selama ini Pas lah yang terbukti menyongsang daripada landasan perjuangannya.
UMNO konsisten sejak ditubuhkan pada 1946 hinggalah menjadi kerajaan persekutuan lebih 50 tahun untuk mempertahankan Islam sebagai agama persekutuan dan selaras dengan itu memajukan umat serta meningkatkan syiar Islam di negara ini tanpa henti.
Kalau UMNO mempolitikkan agama ia adalah kerana demi mempertahankan kesucian, maruah serta martabat agama dan melindungi kepentingan umat Islam.
Pas pula dilihat menjadi duri dalam daging yang bertindak sebagai kuman merbahaya di dalam tubuh badan umat Islam.
'Amanat Haji Hadi' yang mengkafirkan tiga juta ahli UMNO dan tidak ditarik balik oleh Presiden Pas itu menjadi bukti terbesar bahawa parti itulah yang memecahkan belahkan perpaduan umat Islam di negara ini.
Kesatuan umat Islam dan Melayu menjadi lemah adalah angkara Pas bukannya UMNO.
Kedua, Abdul Hadi dilihat bermain silap mata sekali lagi dalam isu pengguguran Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa daripada keanggotaan Majlis Syura Ulama parti itu.
Abdul Hadi sekali lagi nampaknya ingin menyelamatkan kulitnya apabila meminta Nasharuddin berdoa kepada ALLAH untuk melembutkan hati Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat untuk meletakkannya sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.
Umum tahu, Abdul Hadi dan Nasharuddin adalah dua tokoh kuat dalam kumpulan kerajaan perpaduan (UG) yang bertegang leher dengan golongan Anwarinas dalam Pas berhubung isu kerjasama dengan UMNO.
Apabila Nasharuddin sudah tersepit, Abdul Hadi melepaskan diri daripada membantu kawannya.
Sebaliknya tanpa rasa bersalah beliau menyeret ALLAH pula untuk tujuan politik peribadinya.
Apakah beliau sebagai Presiden Pas amat lemah sekali dan tidak berkuasa langsung untuk menentukan siapa yang akan menjadi calon parti itu dalam pilihan raya?
Apakah Abdul Hadi amat takut kepada sikap kuku besi Nik Aziz yang boleh mengatur setiap keputusan dan tiada siapa yang boleh membantah termasuk presiden sendiri?
Di manakah maruah Abdul Hadi yang boleh berpelukan dengan pemimpin Dap tetapi menyisihkan sekutunya sendiri apabila politik peribadinya tergugat?
Ketiga, dalam isu kafir mengkafir yang mana beliau terlibat secara langsung 32 tahun lalu, Abdul Hadi juga berdalih dengan menafikan beliau mengeluarkan amanat tersebut.
Beliau sanggup menggunakan ALLAH dan Islam untuk menyuntik unsur perpecahan di dalam masyarakat Islam sehingga berlaku porak peranda yang dahsyat sehingga kini.
Malangnya seperti sikap hipokrit pemimpin-pemimpin Pas yang lain, Abdul Hadi memilih untuk meletak kesalahan amanat tersebut ke atas ahli parti itu dan tidak sanggup mengaku kesalahan sendiri.
Abdul Hadi rela mempolitikkan ALLAH tetapi tidak sanggup menanggung dosa yang telah beliau lakukan terhadap umat Islam di negara ini. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Beberapa tahun lalu, isu Kalimah Allah dan terjemahan Injil ke Bahasa Melayu telah menjadi panas apabila pihak Kristian mendakwa kerajaan dengan sengaja menahan 30,000 Injil berbahasa Melayu di pelabuhan. Isu ini menggelegak terus ketika demam pilihanraya Sarawak di mana rekod peristiwa waktu itu jelas menunjukkan bagaimana PAS telah mengambil pendirian memihak kepada Kristian dan menghentam kerajaan kerana tidak menghayati hak kebebasan beragama seperti yang dituntut oleh Islam.
Kenyataan pemimpin PAS di media serta laman-laman web rasmi mereka, termasuk media alternatif pro-pembangkang memaparkan segala-galanya iaitu bahawa PAS tidak ada masalah dengan injil berbahasa Melayu mahupun penggunaan nama Allah di dalamnya kononnya dengan syarat ia tidak disalahguna.
Perkataan 'tidak disalahgunakan' bagaimanapun, tidak pernah dijelaskan secara ilmiah dan terperinci termasuk contoh-contoh sebagaimana sepatutnya. Sedangkan, perkataan ini adalah terlalu umum dan mudah disalahtafsir atau disalahgunakan juga.
Justeru, atas kebebalan pemimpin PAS ini, maka Lim Guan Eng telah mengambil kesempatan untuk 'mengacah' umat Islam dalam strateginya untuk memecahbelah dan menyemarakkan api perkauman dengan menimbulkan kembali isu ini dalam perutusan Hari Krismasnya Disember lepas.
Seperti yang dijangka Guan Eng, isu ini benar-benar menimbulkan kemarahan umat Islam dan berjaya memecahbelahkan PAS, sekali gus melemahkan Islam itu sendiri apabila PAS berada dalam keadaan tersepit ingin menjaga hati Kristian DAP demi menonjolkan sikap keterbukaan. PAS telah terpaksa menafikan mereka pernah menyokong penggunaan kalimah Allah dalam kitab agama lain dan Hadi Awang pula secara langsung menuduh isu ini hanyalah 'mainan politik UMNO' demi untuk tidak menyinggung DAP.
Maka, kita lihat di dalam media-media sosial, penyokong-penyokong PAS pun tercungap-cungap cuba membela Guan Eng dan di masa yang sama membela putar-belit pemimpin mereka. Akibatnya, ramai di antara penyokong senyap mereka mula meragui 'keIslaman' PAS dan yang di atas pagar pula lari dari PAS.
Majlis Syura PAS terpaksa diheret untuk menyelematkan keadaan, dan akhirnya, para 'Ulama' PAS bersetuju bahawa apa yang terbaik bagi politik PAS ialah memperkukuhkan imej Islam dengan menentang apa yang diperjuangkan oleh Guan Eng melalui utusan Hari Krismasnya.
Malangnya, tiada siapa pun di dalam kepimpinan Pakatan Rakyat yang pedulikan Majlis Syura. Keputusan Majlis Syura hanyalah tertakluk di dalam lingkungan ahli PAS, bukan DAP mahupun PKR atau rakyat yang di luar PAS. Ini bermakna, jika DAP ingin teruskan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil, itu adalah hak DAP dan PAS dan Majlis Syuranya tidak berhak menghalang.
Keputusan ini memberi tamparan hebat kepada PAS, terutama golongan Ulamanya di dalam Majlis Syura. Harun Taib, selaku Ketua Dewan Ulama dan juga Nik Aziz sendiri, yang merupakan Pengerusi Majlis Syura dilihat cuba menonjolkan ketegasan dengan 'menempelak' Karpal Singh. Karpal nampaknya telah diberi tugas khas berdepan dengan PAS setiap kali pertelingkahan berkaitan isu agama antara DAP-PAS berlaku..
Harun Taib bertanya, "Siapa Karpal ingin mempersoalkan Majlis Syura?".
Nik Aziz berkata, "itu Karpal punya pasal."
Hadi berkata, "perkara ini telah selesai, sepertimana yang diputuskan oleh Majlis Syura."
Tetapi, Karpal berkata, "ia belum selesai, kerana Majlis Syura tiada kuasa di peringkat Pakatan Rakyat."
Anwar Ibrahim, selaku Ketua kepada Karpal, Nik Aziz, Hadi Awang, Harun Taib mahupun Lim Guan Eng dan PR keseluruhannya pula berkata, "keputusan terletak di tangan PR Pusat, bukan Majlis Syura mahupun PAS secara bersendirian."
Lalu, apakah ertinya ini? Apakah PR meminta agar rakyat berfikir dan membuat definisi sendiri berkenaan keputusan PR mengenai isu Kalimah Allah di dalam Injil berbahasa Melayu? Apakah ini contoh cara pemerintahan PR sekiranya parti itu berkuasa? Iaitu masing-masing boleh membuat tafsiran sendiri berdasarkan pemahaman sendiri dan pilihan sendiri?
Percayalah bahawa isu ini akan berlarutan tanpa penyelesaian seperti juga isu Amanat Hadi yang terus menjadi sekam di dalam masyarakat Islam. Hadi sanggup membiarkan penyokongnya hidup dalam keadaan tidak tenteram, tidak tahu benar atau salahnya tindakan mereka mengkafirkan sesama Islam, kalaupun tidak dalam keadaan berdosa kerana percaya mereka yang mengucap syahadah itu kafir dan wajar ditentang. Hadi sanggup membiarkan penyokongnya terbunuh, ditanam tanpa dikafan kerana menentang perlembagaan 'kafir', sedangkan beliau sendiri berikrar untuk mempertahankan perlembagaan yang sama.
Bayangkanlah, jika soal hidup mati juga Hadi atau PAS sanggup permainkan, apatah lagi isu akidah, dan kalimah.
Mungkin bagi PAS, isu ini hanyalah sekadar isu 'kalimah' iaitu 'perkataan', atau 'nama', yang tidak membawa apa-apa unsur kerohanian atau kesucian, sepertimana AlQuran hanyalah sebuah buku bagi puak-puak pluralisme, iaitu tidak ada beza dengan buku-buku lain.
Berpegang kepada pandangan ini, PAS akan terus bersandiwara membawa watak 'Islam' dengan melayan Karpal Singh bertekak demi memastikan undi umat Islam kekal di pihaknya.
Setelah undi dapat dipastikan maka, barulah Harun Taib akan bersedia membuat kenyataan yang lebih jelas yang mereka akur kepada DAP. Nik Aziz juga apatah lagi, kerana masih lagi terharu dengan kek harijadi yang dibelikan Karpal untuknya pada Hari Thaipusam yang lalu. Hadi pula, sejak dari awal lagi tidak menyalahkan DAP, tetapi UMNO, maka beliau tentu tiada masalah untuk melutut di kaki Karpal nanti.
Dalam kata lain, sekiranya PR menang dalam PRU ini, maka penggunaan kalimah Allah dalam kitab agama lain oleh pihak lain selain PAS adalah dibenarkan, sepertimana yang disahkan oleh Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Pakatan Rakyat.
Ketika itu, kita mungkin boleh mendengar Harun Taib mengomel dan merungut serta penyokong-penyokong PAS pula mungkin bertindak membakar bendera DAP sebagai memastikan imej 'Islam' PAS tidak terkubur, namun, itu hanyalah sekadar 'hiasan' di dada akhbar semata-mata. Ia tidak akan didengar oleh Anwar dan juga DAP. Malah, silap-silap, akhbar itu akan diharamkan dan Harun Taib akan dipenjarakan kerana menghasut rakyat menentang kerajaan pimpinan Anwar.
Apapun, kita pasti Harun Taib atau mana-mana pemimpin PAS tiada masalah untuk melutut di kaki DAP seperti selalu kerana mereka telah berkali-kali membuktikan bahawa mereka lebih rela ke neraka daripada ke penjara. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) hari ini mengucapkan terima kasih kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam yang pagi tadi membuat keputusan yang adil dengan menolak permohonan Menteri Besar Selangor yang mahu membatalkan saman air yang difailkan oleh 700 rakyat negeri Selangor.
Sambil menyifatkan mahkamah sudah memahami denyut nadi rakyat marhaen dalam isu air ini, pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, kini sudah dua kali Tan Sri Khalid Ibrahim kalah ditewaskan oleh gerakan rakyat.
"Sudah 2 – 0, dimenangi oleh rakyat. Minggu lalu Ibu tunggal menang, kali ini meter berpukal pula menang. Tahniah untuk gerakan Rakyat.
"GAPS akan terus menyokong tindakan rakyat yang mahu memfailkan saman lebih dari 30 janji Manifesto Pakatan PKR, DAP dan Pas dalam pilihanraya ke 12. Rakyat wajib mendapat pembelaan dan keadilan dari mana-mana parti yang menjanjikan bulan, bintang dan matahari dalam manifesto mereka. Janji kena ditepati bukan dicapati," ujarnya mengulas perkembangan terkini isu air yang berlaku di Selangor.
Tambahnya, isu air bukan isu politik, GAPS juga mendesak Menteri Besar segera meluluskan pembinaan Logi Langat 2 bagi memastikan krisis air Selangor boleh diselesaikan secepat mungkin.
"Insaflah Menteri Besar, janganlah menzalimi dan menginiaya rakyat marhaen. Rakyat perlukan air, rakyat sudahbosan dengan politiking kerajaan negeri.
"Keputusan mahkamah hari ini juga memberikan gambaran yang sangat jelas bahawa kerajaan pakatan Selangor DAP, PKR dan Pas telah gagal. GAPS menuntut Khalid Ibrahim dan barisan EXCO nya agar dengan rasa hormat meletakkan jawatan. Rakyat sudah serik dan jelak ditipu oleh pembesar yang tidak bertanggungjawab," ujarnya yang juga mantan Ketua AMK negeri Selangor
Penolakan bantahan awal terhadap Kerajaan Selangor yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi berhubung isu subsidi air percuma ternyata membela nasib rakyat di negara ini.
Pengerusi Gabungan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) Datuk Sohaimi Shahadan berkata keputusan itu membuktikan nasib rakyat diutamakan, selain tuntutan yang difailkan oleh mereka mempunyai asas kukuh.
"Kita dapat lihat apa yang penting dalam permohonan mereka dan saya lihat isu air percuma diberi perhatian serius oleh mahkamah.
"Keputusan yang dibuat oleh mahkamah secara tepat dapat membela nasib rakyat yang sebelum ini dinafikan hak mereka seperti dijanjikan," katanya.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak dengan kos permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengetepikan saman oleh 711 pengguna air di negeri itu.
Saman itu adalah berhubung kegagalan Abdul Khalid dan kerajaan Selangor melaksanakan pemberian subsidi air percuma seperti dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lepas.
Menurutnya, mahkamah juga telah bertindak dengan adil dalam menangani kes-kes seperti ini.
"Ini sudah cukup menggambarkan tuntutan yang dibuat oleh mereka sah di sisi undang-undang dan kerajaan harus bertindak lebih adil terhadap mereka," katanya.
Sohaimi berkata pihaknya sedia menerima aduan dan permohonan daripada rakyat di negeri ini bagi membuat tuntutan yang sama.
"Kita akan membantu rakyat dan kami sedia memberi khidmat nasihat kepada mereka yang memerlukan.
"Kemenangan ini sebenarnya memberi kelebihan kepada rakyat untuk terus membuat tuntutan," katanya.
Sehingga kini, lebih 4,000 pengguna air menggunakan meter pukal di Selangor tampil memfailkan saman terhadap kerajaan negeri itu, Khalid dan Syabas bagi menuntut subsidi air percuma seperti dijanjikan dalam manifesto kerajaan itu pada pilihan raya umum lalu.
Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar hari ini menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak dengan kos permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengetepikan saman oleh 711 pengguna air di negeri itu sebagai satu lagi kemenangan rakyat Selangor, selepas tuntutan 2,020 ibu tunggal di Selangor, yang difailkan terhadap November lalu, juga turut .
"Ini merupakan kejayaan Rakyat 2.0 yang selama ini sudah tidak tahan menunggu. Mereka (kerajaan pakatan) berjanji dalam manifesto, hari ini tempoh mereka memerintah pun dah nak habis tetapi janji-janji mereka masih tidak tertunai.
Oleh itu rakyat negeri Selangor hari ini dah sedar dan mereka telah bangun untuk menuntut hak mereka dan walaupun kerajaan negeri kita lihat waktu kumpulan ib tunggal menuntut hak mereka, kerajaan negeri cuba mengelakkan diri, cuba nak menafikan hak ibu tunggal tetapi kumpulan ibu tunggal ini telah menang dalam pusingan yang pertama," ujarnya mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengetepikan saman oleh 711 pengguna air di Selangor.
Tambahnya, dalam isu air ini juga pihak kerajaan negeri cuba untuk menafikan hak rakyat yang tidak dapat bekalan air percuma ini sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto mereka pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu.
"Ini menunjukkan mereka tidak ikhlas dalam menyelesaikan masalah rakyat. Kalau kerajaan negeri ikhlas dalam menunaikan janji mereka, tempatnya bukan di mahkamah. Mereka boleh berbincang dan menyelesaikannya di luar mahkamah, ataupun menunaikan janji-janji mereka.
Tetapi apabila mereka memohon kepada mahkamah untuk mengenetepikan tuntutan ini, ini jelas menunjukkan kerajaan negeri sengaja mencari helah, mencari jalan supaya j nji-janji mereka tidak ditunaikan.
Saya dimaklumkan bahawa selepas ini, ada pula kumpulan warga emas, kumpulan anak-anak tadika, kumpulan dari peniaga-peniaga yang dulu dijanjikan cukai pintu nak turun tapi sebaliknya, juga difahamkan juga sedang membuat persiapan untuk ke mahkamah," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang.
Oleh itu, Noh menasihatkan kerajaan untuk untuk bersedia, bahawa kebangkitan rakyat kini jelas, mereka berjuang untuk menuntut hak mereka kerana janji-janji manis PKR dan PAS pada Pilihan Raya Umum 2008 menyebabkan rakyat terpengaruh dengan janji mereka dan akhirnya rakyat menyokong pakatan pembangkang dan akhirnya BN kalah di negeri Selangor.
"Bagi saya, ini merupakan kejayaan rakyat, dalam menuntut hak mereka. Rakyat harus sedar permainan politik yang dimainkan oleh kerajaan pakatan, dan rakyat harus menilai kembali kerajaan yang benar-benar prihatin dan menyelesaikan masalah rakyat," ujarnya lagi.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak dengan kos permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengetepikan saman oleh 711 pengguna air di negeri itu.
Saman itu adalah berhubung kegagalan Abdul Khalid dan kerajaan Selangor melaksanakan pemberian subsidi air percuma seperti dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lepas.
Pada 11 Sept tahun lepas, seramai 711 pengguna air di Selangor yang merupakan kumpulan pertama memfailkan saman menuntut ganti rugi hampir RM500,000 dan mereka menamakan Abdul Khalid, kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sebagai defendan.
Dalam penyata tuntutan, kesemua 711 pengguna air itu antara lain mendakwa semasa kempen pilihan raya pada Mac 2008, rakyat di negeri Selangor dijanjikan mendapat air percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan kepada pengguna domestik.
Bagaimanapun, plaintif mendakwa, mereka tidak menerima subsidi air percuma itu dan mendapati tiada sebarang potongan meter padu pertama ke atas bil air mereka yang dikeluarkan oleh Syabas.
Cer kita tengok bagaimana video-video nie yang membuktikan betapa NIZA semakin kuat meroyan dan paling buruk sifatnya tak berhenti berbohong pada rakyat di siri cermah perdana.dalam video diatas dan dibawah ini membuktikan bagaimana nizar kencing ahli PAS dalam cermahnya.
Bukan main lagi dia temberang bila mengatakan Sdr Hanafiah man yang ketika itu sedang berucap terkelu macam mengakarung tertelam buah pelam, kononnya Hanafiah terus membisu bila dia hadir dalam ceramah tualang sekah yang sebenarnya beliau juga di boo oleh hadiran
Selain itu juga beliau juga mengatakan bahawa hadiran yang hadir bukan orang tualang sekah, jika kita perhatikan wajah-wajah yang melintas dalam video ini juga memang orang rualang sekah yang asal, yang mengatakan semua pucat lesi dan terdiam sebenarnya dia yang bebal denganmuka toyanya dia blah dari ceramah tersebut dengan begitu malu sekali, tetapi seperti yang diagak memang kulit muka nya tebal dan tak tau malu...
You are subscribed to email updates from SEKUPANGDUA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
1. Keadilan Daily pada 1 Februari telah mengeluarkan kenyataan DS Anwar Ibrahim yang bertajuk 'Jangan Jadikan Lawatan Najib Ke Gaza Gimik Politik'.
2. Di sini sahaja sudah cukup untuk menampakkan betapa hipokritnya kenyataan DS Anwar Ibrahim ini.
3. Apanya tidak, sekiranya dibandingkan dengan lawatan Najib ke Gaza dan lawatan Hamas ke Pejabat PKR, yang manakah lebih bersifat politikal?
4. Sepanjang lawatan DS Najib ke Gaza tidak kelihatan satu pun bendera UMNO ataupun Barisan Nasional berkibaran di Gaza. Yang ada cumalah bendera Malaysia sahaja yang megah berkibar bersama bendera Palestin.
Huh! Dah 16 hari baru Si Husam tu nak jawab mengenai janji yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri sewaktu jelajah Janji Di Tepati baru - baru ni?
Lambat betul reaksi dia ye. Lama sangat kot dia nak fikir jawapan apa yang dia nak berikan mengenai apa yang telah dibentangkan tu kot. Maklum la, nak menipu pun kena pro beb.
Tapi, SH lebih menumpukan kepada isu pembinaan Lebuh Raya Kuala Krai ke Kota Bharu. Meh kita tengok jawapan dia:
Berikut catatan salah seorang pengunjung yang ke sana bernama Najihah yang jelas menunjukkan tiada unsur politik dalam ceramah Ustaz Azhar Idrus dan Haslin malam Ahad lepas.
Ini memberitahu kita secara tidak langsung apakah punca mengapa anak muda sekarang yang benci politik menggunakan agama yang dijadikan nas melepaskan diri dari kesalahan diri sendiri dan keluarga, memilih bersama kedua ustaz popular ini.
Golongan muda juga kini sangat kuat jiwa mereka dan tidak mahu mendengar caci maki dari ustaz politik yang berjubah berserban berjanggut yang merosakkan imej Islam dengan tingkahlaku buruk mereka bukan menaikkannya.
Lantaran itu rakan baik panglima Mat Din dari Terengganu menolak tindakan pihak yang mahu menyerang Ust Azhar Idrus yang dihentam berbagai kecaman bertalu-talu...
Tidak mustahil dan tidak menjadi masalah juga jika PM Datuk Seri Najib boleh duduk mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus selama dua jam bersama anak muda - tanda menyokong usaha dakwah beliau bawa anak muda ke arah agama.
Kan indah jika 'BAPA' bersama 'ANAK' duduk bersama menimba ilmu dari alim agama bersama-sama.
Bila anak muda taat pada Allah maka Malaysia juga akan semakin makmur dan barokah.
Baca selanjutnya blog Najihah ini:
Hari sabtu malam hari tu aku pegi kuantan semata2 nak pegi ceramah Ustaz Azhar Idrus & Ustaz Haslin. Moderator Ustaz Khairul Azhar. Aku dari umah kakak aku dari damansara lepas magrib. Sampai je bandar kuantan masha Allah sangat2 jem. Memang fenomena betul. Kalah tengok bola,kalah konsert. Parking semua penuh,around ECM,terminal,sampai ke Mydin jauhnya orang sanggup parking.
Aku bernasib baik dapat parking kat depan terminal makmur tu. Time tu aku & family aku tengok jam sebab lambat almost setengah jam. Rugi sebab tak nak terlepas 2 ustaz feveret aku. Malam tu aku tengok tak sampai 15 minit sekelip mata penuh stadium tu. Subhanallah terpegun sangat2 sampai kan Ustaz Azhar pun kata dia terkejut orang datang seramai itu.
AHAD, 3 Februari 2013 – Sungai Siput pada hari ini telah melancarkan program 'My Beautiful Malaysia' peringkat Sungai Siput yakni menyambut baik suara anak muda dari IM4U yang merupakan gelombang sukarelawan ke seluruh Malaysia. Aktiviti yang dijalankan berfokus kepada gotong-royong membersihkan kawasan-kawasan pilihan di sekitar Sungai Siput.
Program ini turut melibatkan para peserta dari Jelajah Anak Malaysia, PLKN, RELA, pelajar-pelajar sekolah serta masyarakat setempat. Dato' Hj Ahmad bin Pakeh Adam selaku Adun Lintang telah melancarkan program 'My Beautiful Malaysia' peringkat Sungai Siput di Dataran JKR.
"Kita haruslah menunjukkan taat setia kepada Negara, kasih sayang kepada Negara dan juga membersihkan Negara yang mana bukan sahaja bersihkan Negara malah bersihkan juga hati perut dan pemikiran" katanya.
ORANG ISLAM MELAYU SINGAPURA RAYTU SUPAYA TOLAK DAP DAN PAKATAN, BACALAH NASIB KESEDIHAN DAN PENDERITAAN JIWA MEREKA
*** Bersambung pukul 5.00 Petang ini, pastikan anda membaca Rintihan, Kepiluan dan Kesengsaraan Orang-Orang Melayu Di Singapura. Rayuan mereka, "tolong jangan undi DAP dan Pakatan Rakyat..."
Berikut ialah sifat-sifat ahli PARLIMEN yang tidak dikehendaki di Malaysia, seharusnya semua ahli PARLIMEN mempunyai sifat yang bertentangan daripada sifat-sifat di atas. Peringatan untuk semua ahli-ahli Parlimen yang bakal bertanding.
Teringat pula Karpal Singh mengatakan Anwar gay semasa sidang parlimen dahulu kala, Teressa Kok pulak kantoi main FB, Mahfuz pon sedap tidor time sidang parlimen, hehehehehehehehehee
PROOF: ULAMA POLITIC JUST MAKE MONEY TO WIN AN ELECTION
1. Do PAS leaders have a conscience when they allow non Kelantanese (Chinese)to flatten the Orang Asli reserves and Lojing Hills? 2. I think that is luxury. If you keep on reading twelve century treatises and consider those pronouncements made based Arab centric values of the time putting premium on gender issues, do you have the time to indulge in such luxury as environmental science? 3. Nah, better to go marry more powerful steeds (read that as motorcars). You have to have money to win elections!!! 4. Its ok to allow the rape of the interior as long as there is money to win elections in the name of religion of course street smart towkays are ever ready to grab money making opportunities conscience be damned. 5. All that money raked from the rape of the Gua Musang hills could have been better utilised for the welfare of the majority jobless folks or to address the social problems of drug addiction in children of broken homes or to feed the large number of singles mothers. 6. Nah, such things are furthest their minds. that's the fate of our Ulama- adoring and Ulama-trusting simple-minded Kelantanese. 7. A sad reality and a naive people beyond belief.
Rakyat diminta tidak terpengaruh dengan 'fatwa' yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang jelas mengelirukan dan menyimpang daripada ajaran Islam.
Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad berkata, Menteri Besar Kelantan itu juga tidak pernah konsisten dengan kenyataan yang dibuatnya sejak dahulu sehingga sekarang.
''Ketika menang bertanding dalam pilihan raya dulu, beliau mengharamkan wanita menyertai tilawah al-Quran sebab suara adalah aurat, hukum itu katanya dibuat berlandaskan al-Quran tetapi sekarang dia pakai hadis mana pula wanita boleh sertai tilawah al-Quran,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ceramah 2.0 Premier BN, Siapa Pelopor Fatwa 'Kluk-Klek' di Kampung Padang Selising, di sini malam tadi.
Menurutnya, ketika mula-mula memerintah, Nik Abdul Aziz tidak membenarkan orang memakai seluar pendek untuk bermain bola sepak tetapi sekarang beliau beri penjaga gol yang memakai seluar pendek sebuah banglo berharga RM200,000.
''Apabila membenarkan perkara ini berlaku bermakna beliau menghalalkan benda yang haram.
''Dua tiga hari lepas, beliau kata menteri yang tidak memberi royalti kepada Kelantan akan masuk neraka. Syurga neraka, kerja tuhan, bukan kerja Nik Aziz. Berhentilah buat fatwa 'kluk-klek' (sekejap boleh, sekejap tidak boleh)," katanya.
Wan Ismail berkata, sudah sampai masanya rakyat di negeri itu menolak Pas kerana parti itu sudah terlajak jauh daripada dasar perjuangannya.
Kerapuhan pendirian bersama pakatan pembangkang berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam semakin ketara terutama apabila berlakunya "pertelingkahan terbuka" antara Pas dan DAP.
Terbaru, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan tegas menjawab "itu dia punya pasal" apabila diminta reaksinya berhubung kenyataan Karpal Singh, Pengerusi DAP yang mengenai isu kalimah Allah.
Katanya, Karpal (yang masih mempertahankan keputusan awal pakatan pembangkang supaya bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah Allah) tidak tahu apa berlaku dalam Pas dan terpulang kepada pemimpin DAP itu bercakap.
"Yang buat keputusan ialah Majlis Syura Ulama. Itu dia (Karpal) punya pasal. Dia tidak tahu mengenai Pas kecuali orang Pas, begitu juga DAP, tidak ada orang Pas tahu pasal DAP kecuali DAP," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan, Karpal menyanggah kenyataan Abdul Hadi yang menyifatkan isu kalimah Allah telah selesai dan keputusan Majlis Syura Ulama Pas diterima baik oleh orang bukan Islam termasuk pemimpin DAP.
Karpal menegaskan, kenyataan itu jelas tidak benar kerana DAP tetap berpegang teguh dengan pendirian yang telah diambil pakatan pembangkang pada awal bulan lalu yang mahu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dibenarkan.
Pengerusi DAP, Karpal Singh menyanggah kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan isu kalimah Allah telah selesai dan keputusan Majlis Syura Ulama Pas diterima baik oleh orang bukan Islam termasuk pemimpin DAP. Karpal menegaskan, kenyataan itu jelas tidak benar kerana DAP tetap berpegang teguh dengan pendirian yang telah diambil pakatan pembangkang pada awal bulan lalu yang mahu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dibenarkan.
Malah beliau juga mengulangi desakan yang dibuat sebelum ini iaitu mahu Majlis Syura Ulama Pas mengkaji semula pendirian mereka terhadap isu kalimah Allah. Majlis Syura Ulama Pas hanya satu komponen dalam Pas sedangkan keputusan yang dibuat sebelum itu melibatkan pakatan pembangkang dengan persetujuan kepemimpinan tertinggi ketiga-tiga parti iaitu DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Jadi, Majlis Syura Ulama Pas harus menghormati keputusan yang telah dicapai pakatan pembangkang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan akhbar mengenai pendirian Abdul Hadi untuk tidak menarik balik keputusan Majlis Syura Ulama terhadap penggunaan kalimah Allah bagi orang bukan Islam. Abdul Hadi menjelaskan, isu berkenaan telah diselesaikan apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerangkan perkara tersebut dan keputusan Majlis Syura Ulama Pas diterima baik oleh bukan Islam termasuk pemimpin DAP.
Karpal menegaskan, tiada sebarang perbincangan berhubung isu berkenaan berlaku di antara pemimpin DAP dan Nik Abdul Aziz.
"Nik Abdul Aziz hanya bertandang ke rumah saya dalam lawatannya ke Pulau Pinang minggu lalu dan kami tidak mengadakan sebarang perbincangan yang menyentuh isu kalimah Allah. DAP kecewa dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang jelas bercanggah dengan keputusan diambil pakatan pembangkang," jelasnya.
Menyentuh tindakan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook menawarkan kerusi Parlimen kepada anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-Abidin Tunku Muhriz, Karpal menjelaskan, sepatutnya perkara itu tidak menimbulkan sebarang isu.
Adalah perkara biasa sekiranya golongan diraja terlibat dalam arena politik. Perkara ini tidak menjadi kesalahan memandangkan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman juga daripada golongan kerabat diraja," ujarnya.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sampai begitu takut sekali DAP kepada fenomena Gangnam Style. Sanggup mengerah seluruh askar maya untuk menulis di Fan Page Psy.
Siapa yang terlebih dahulu gunakan lagu Psy untuk tujuan politik? Lihat bagaimana lirik lagu itu ditambah dengan propaganda politik murahan oleh DAP dalam Gangnam Roket Style. Takut benar DAP kali ini.
Sesuatu yang tidak dijangkakan oleh DAP. Gangnam Style yang dijadikan sebagai parody videodalam video "Ubah Rocket Style" akhirnya betul betul datang ke Pulau Pinang. Namun bukan untuk DAP, tetapi untuk bersama dengan BN.
Selama ini seronok benar DAP menggunakan tarian dan lagu Gangnam Style dalam video dan juga di beberapa siri Malam Ubah De Tour. Propaganda murahan mereka adalah dengan menukar skrip lagu nyanyian Psy menjadi sinis politik.
11 Februari 2013, padang Sekolah Han Chiang, Psy akan bersama dengan 60,000 rakyat Malaysia yang lain dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional. Penyanyi yang sudah mendapat 1,264,085 view dalam Youtube akan datang bersama BN.
Tentunya macam satu tsunami untuk orang muda di Malaysia. Bukan itu sahaja, ianya akan melenyapkan terusvideo paradoy yang dibuat oleh DAP. Psy pula datang di tempat simbolik kemenangan DAP di Pulau Pinang pada 2008. Apa yang boleh dibuat oleh DAP untuk mensabotaj BN?
Pertamanya adalah dengan menuduh BN mengguna duit rakyat untuk bawa Psy ke Malaysia. Tuduhan yang tidak benar kerana sebuah syarikat swasta iaitu Mega Ultimate yang menaja Psy ke Malaysia dengan jumlah bayaran RM2.3 juta (USD$750,000).
Bila isu tentang penaja ditangkis, apa lagi yang Guan Eng boleh lakukan untuk halang tsunami tersebut? Guan Eng cadang rakyat yang hendak pergi ke konsert tersebut pakai baju hijau dan kuning. Warna bukan milik sesiapa. Lagu Gangnam bukan milik DAP semata-mata. Apa pun padang sekolah Han Chiang bakal dikuasai oleh BN semula.
Ini petanda kedua bahawa DAP akan kalah di Pulau Pinang. Petanda pertama adalah pada 28 Januari 2013 bila hampir 5,000 orang memenuhi 500 meja yang disediakan dalam majlis makan malam (MCA Mega Dinner) yang diadakan di Pulau Pinang. Rakyat datang dengan sendiri.
Petanda petanda ini membuatkan Guan Eng merasa DAP tidak boleh merasa terlalu selesa untuk mempertahankan Pulau Pinang. Perkara yang sama pernah disuarakan Guan Eng pada 2 Disember 2012 (baca sini). Maka DAP perlu rasional hal ini, ramalan Guan Eng memang benar benar terjadi. Rakyat mahukan transformasi dalam PRU13. Jom Transforms kerajaan DAP Pulau Pinang.
Selama ini kita sering dengar pemimpin-pemimpin Pas berfatwa mengharamkan undi BN dan mewajibkan undi Pas.
Saya sendiri pun tak sedar selama ini bahawa ahli dewan ulama Pas pernah mengeluarkan fatwa bahawa ahli Pas wajib mengundi calon DAP di kawasan mereka.
Cerita ini saya bukan kutip tepi jalan, dalam longkang atau di kaki lima pejabat Pas. Sebaliknya saya petik apa yang dilaporkan oleh harakah...
Sikap positif yang ditunjukkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengunjungi Pengerusi DAP Karpal Singh disambut air mata gembira oleh para penyokong Pakatan Rakyat.
Ini kerana, bagi mereka hubungan erat antara pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat akan menambahkan keyakinan rakyat untuk mentadbir negara dengan baik apabila Pakatan berjaya ke Putrajaya nanti.
Petang semalam, Tuan Guru Nik Aziz mengunjungi Karpal Singh di Gelugor Pulau Pinang dalam suasana perayaan Thaipusan sedang meriah di kawasan kediaman Karpal itu.
Tuan Guru Nik Aziz dengan ditemani Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man, disambut gembira oleh Karpal dan keluarganya. Tuan Guru Aziz berkunjung ke rumah Karpal dalam rangka lawatan beliau ke Pulau Pinang semalam dan malam tadi.
Tuan Guru Nik Aziz kemudiannya memotong kek hari jadinya yang ke 82 di rumah anggota Parlimen Bukit Gelugor di Jalan Scotland itu.
Setiausaha Dewan Ulamak, Ustaz Khairudin Aman Razali ketika menyambut baik berita ini berkata, beliau pernah membuat kenyataan sebelum ini, ahli PAS wajib mengundi calon DAP di kawasan mereka. "Ia perlu sekiranya ia membantu untuk menjatuhkan kezaliman dan menegakkan kebajikan," katanya.
Ia juga dipersetujui oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ustaz Riduan Mohd Nor.
Bukan digalakkan, diminta atau disarankan, tetapi WAJIB mengundi DAP.....
Makin hari sesat makin teruk nampaknya....
Ya Allah Ya Tuhanku selamatkanlah Malaysia daripada Pas....
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar Datuk Raja Ideris Raja Ahmad mengesahkan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Beliau yang menjadi wakil rakyat sejak lima penggal lepas, berkata keputusan itu diambil kerana percaya sudah tiba masanya untuk menampilkan pemimpin muda menjadi pemimpin dan berkhidmat kepada masyarakat.
"Saya rasa sudah cukup, saya menawarkan diri untuk tidak bertanding dan saya fikir sudah tiba masanya pemimpin muda diketengahkan sebagai pemimpin pelapis," katanya yang mula bertanding dalam PRU pada 1990.
Raja Ideris, 69, bertanding selama empat penggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabak dan bertukar ke Dun Sungai Air Tawar pada PRU 2008 serta menjadi antara calon yang menang di Selangor ketika Umno dan Barisan Nasional (BN) dilanda 'tsunami' politik ketika itu.
Pada pilihan raya umum 2008 Raja Ideris menewaskan calon Pas Azrulkhakim Suradi dengan majoriti 123 undi.
Ditanya tentang calon yang bakal menggantikannya, beliau berkata perkara itu akan ditentukan pucuk pimpinan tertinggi parti.
Raja Ideris turut melahirkan rasa yakin BN akan memenangi PRU akan datang dan memerintah Selangor berdasarkan kesungguhan dan aktiviti yang dijalankan di seluruh negeri itu selain helah pembangkang yang semakin tidak menjadi.
Raja Ideris berkata pembangkang terlalu banyak menimbulkan isu remeh temeh dan sengaja direka-reka dalam usaha mengelirukan rakyat.
"Apa yang penting pada ketika ini, Umno dan BN perlu sentiasa menjaga perpaduan sesama kita, fokus untuk berjuang dan menang, dalam tempoh 60 hingga 90 hari sebelum PRU ini kita perlu ketepikan masalah peribadi, dan kerja kuat untuk parti," katanya.
RBF: Tahniah diucapkan kepada Datuk Raja Ideris. Inilah semangat yang kita mahukan dan contoh yang baik untuk memudahkan kerja PM menyenaraikan calon-calon. Bukan ramai orang politik yang mampu membuat keputusan begitu. Sedangkan Nik Aziz yang banyak menghabiskan masa di hospital berbanding di pejabat pun masih lagi galak untuk bertanding. Karpal Singh yang berkerusi roda pun masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk berundur.
Sekali lagi tahniah kepada Datuk.....
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
FOTO ini dikutip dari laman Facebook. Tidak diketahui sejauh mana kebenarannya.
Kata tuan yang memuat naik gambar ini: Gambar dari kawan-kawan. Lokasi di Sungai Dua Penang. Gambar ini bukan dari Photoshop sebab dalam "File Info" tidak dipaparkan diedit dari photoshop. Memang gambar dari camera. Tuan gambar kata bukan "Conceptual Photography".
Sejauh mana kebenaran, Wallahualam.
Answer this survey and DIGI will donate RM1 to WWF
Isteri kepada Steven Gerrard kelihatan agak gugup dengan pakaian kulit dan lace ketika keluar bersosial di Liverpool semalam.
Ibu kepada tiga orang anak itu dilihat seperti kurang selesa dengan lace jarang yang ketat dipakainya tanpa coli itu.
Tambahan pula, setelah disimbah dengan cahaya flash, payudara kelihatan agak jelas!
Sebelum beliau keluar bersosial, Alex Gerrad sempat menulis di twitter nya : "On route to town with @MissRachyWilson and @shereemuprhy #loveabevy #makethemostofit."
Tetapi beliau tidak kelihatan begitu gembira seperti mana dalam twitnya itu.
Waah...panas nih, dari blog Buahmulut.com melaporkan bahawa kehadiran Shae ke Malaysia kerana namanya langsung tidak dikenali di Indonesia. Malah dakwa blog itu lagi, kemunculan Shae di sana tenggelam dengan hanya satu singlenya, Sayang yang meletup-letup di corong radio Malaysia.
Ya...kami juga perasan (walaupun hanya mendengar radio di kala memandu), lagu berentak 'catchy' itu sering diulang main di stesen radio di negara ini. Minggu ini sahaja, dua stesyen radio, Suria.fm dan Era.fm telah mengundang gadis ini dalam slot carta mingguan masing-masing.
Hmmm..stesyen radio ini juga mempunyai slot khas untuk lagu-lagu Indonesia.
Kami kekadang terfikir, di Indonesia sana, ada ke stesyen radio yang mengangkat martabat lagu-lagu dari penyanyi dari Malaysia seperti yang berlaku di sini..
Ah! Sedap...memang sedap kalau maki hamun bapa orang. Sedap lagi bagi gelaran yang carut marut, yang menyakit hati.
Entah apa pula perasaan haramjadah ni kalau mak bapaknya digelar pelacur....hmmm
Ini jenis manusia yang tongong untuk berpolitik, langsung tak reti nak menilai mana baik mana buruk.
Anak muda la konon, darah panas...CGPA 2.0 Lebih sikit aja? Patut la tak reti nak buat pertimbangan..
Haramjada ni dengan selambanya cuba meluahkan perasaannya ditwitter dengan menghamburkan kata-kata kesat kepada orang tua yang selayaknya dengan atuknya:
Tulisnya: "Penat lelah ahli bawahan PAS buat kerja jatuhkan BN, Ust azizan razak semberono naikkan nama pemuda BN dlm tv3 td. Ini sial bin celaka. "
Orang nak berpolitik, dia pun nak berpolitik, orang jadi pembangkang, dia pun nak jadi pembangkang, tapi jadi pulak pembangkang yang tongong, tak reti nak ambil kesempatan, apa yang baik semua dah dikaburi dengan keburukan...jenis manusia macam ni, mau ambil tanam dalam tanah sekerat leher, jamu dengan kerengga...baru dia ada akai!
Berpolitik tak pernah nak matang langsung...panas perut mak mengandung manusia jenis ni..
GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyambut baik usaha kerajaan Pusat menjemput bintang "Oppa Gangnam Style" Psy bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina di nereri itu minggu depan.
Katanya, ini kerana dengan kehadiran Psy ia akan menarik pelancong daripada Thailand dan negeri lain.
"Dia pasti akan menarik banyak pelancong dari Thailand dan negeri lain, Pulau Pinang akan jadi terkenal," kata Guan Eng.
Menurutnya lagi, sambutan Tahun Baru Cina tahun ini di negeri tersebut tahun ini juga akan menjadi lebih meriah dengan persembahan Psy.
"Kali pertama Psy datang ke Malaysia dan dia datang ke Pulau Pinang, jadi sekali lagi Pulau Pinang mendahului," kata beliau.
Sehubungan itu, Guan Eng mengalu-alukan rakyat Pulau Pinang untuk menghadiri sambutan tersebut tetapi dengan memakai pakaian warna kuning melambangkan Bersih, merah untuk Pulau Pinang dan hijau untuk alam sekitar.
"Semua orang patut menghadiiri sambutan tersebut memandangkan terdapat makanan percuma dan persembahan percuma untuk semua orag," tambah beliau lagi.
Sambutan anjuran BN tersebut dijangkakan menarik hampir 60 ribu penonton.
Penyanyi sensasi berasal dari Korea Selatan yang nama sebenar Park Jae-Sang bakal membuat persembahan pada 11 Februari ini di padang sekolah Han Chiang, lokasi yang menjadi simbolik kepada kemenangan DAP pada Pilihan Raya 2008 lalu.
Padang sekolah Han Chiang adalah tempat perhimpunan terbesar DAP dan sekutunya semasa kempen Pilihan Raya 2008 dan dilihat sebagai tanah keramat tetapi sumber BN mengatakan telah berlaku "angin perubahan untuk pengundi Cina" sejak dua tahun lalu.
Sambutan Tahun Baru BN Pulau Pinang dilihat sebagai dorongan utama untuk undi menjelang Pilihan Raya 2013.
Kerajaan Pulau Pinang telah mengatakan mereka akan membubarkan dewan undangan negeri seretak dengan kerajaan pusat selepas Najib membuat keputusan. Mandat kerajaan Pakatan Rakyat (PR) tamat pada 2 Mei, empat hari selepas mandat BN di pusat tamat.
Najib memberi isyarat pilihan raya semakin hampir dengan Umno mengarahkan bilik operasi di seluruh negara dibuka semalam.
Lebih kurang 13.3 juta pengundi berdaftar akan mengundi dalam pilihan raya akan datang, 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dun dipertandingkan dalam 12 negeri dan tiga wilayah persekutuan. Sarawak telah menjalankan pilihan raya negerinya tahun lalu.
SHAH ALAM 4 Feb. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan mengulas mengenai desakan pelbagai pihak yang mahu parti itu meneliti semula pemecatan Nasharudin Mat Isa sebagai ahli Majlis Syura Ulama Pas.
Beliau berkata, perkara itu sepatutnya dirujuk kepada Majlis Syura Ulama parti itu memandangkan keputusan tersebut dibuat oleh majlis berkenaan.
"Saya tidak perlu (di)tanya (mengenai pemecatan Nasharudin), orang perlu tanya Majlis Syura Ulama Pas. Itu hal (urusan) majlis tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Antarabangsa Pendidikan anjuran Universiti Selangor (Unisel) di sini hari ini.
Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk tokoh Pas mahu parti itu mengkaji semula keputusan memecat Nasharudin yang merupakan bekas Timbalan Presiden Pas sebagai anggota Majlis Syura Ulama.
Selain kajian semula keputusan pemecatan itu, mereka turut mahu Pas memberi peluang membela diri terhadap setiap tuduhan yang dibuat.
Nasharudin yang sentiasa konsisten dalam mempertahankan isu hudud, penubuhan negara Islam, kalimah Allah dan sering kali mengkritik hubungan antara parti itu dengan DAP dipecat daripada Majlis Syura Ulama berkuat kuasa 13 Januari lalu.
Pemecatan Nasharudin dibuat atas alasan kerana kerap tidak hadir mesyuarat serta sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan. - BERNAMA
Kehadiran Fazura pada majlis perkahwinan Liyana Jasmay pastinya mencuri perhatian mana-mana lensa kamera. Tampil dengan gaun ungun mengikut bentuk tubuhnya, terserlah kejelitaan beliau!
Fazura memang cun!
Hmm...agak-agak bila pula giliran Fazura untuk berada di puncak pelamin ya?
Pastinya lebih anggun!
Answer this survey and DIGI will donate RM1 to WWF
KUANTAN 1 Feb. - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak mempunyai kuasa untuk menyekat kemasukan rokok elektronik, e-Cigarette kerana dikategorikan sebagai gajet komputer yang tidak memerlukan permit untuk dibawa masuk ke dalam negara.
Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Datuk Zainul Abidin Taib berkata, pengimport hanya perlu membuat ikrar sekiranya mahu membawa masuk rokok elektronik tersebut termasuk cecair rokok berkenaan.
"Itu sebab rokok elektronik boleh lepas masuk. Namun perkara ini sedang dalam kajian kementerian terlibat dan kita bersedia bila-bila masa untuk beri kerjasama dalam isu ini," katanya dalam sidang akhbar di Wisma Kastam Negeri, di sini hari ini.
Bagaimanapun, katanya, jika pengimport yang cuba menipu dalam membuat ikrar ke atas barangan yang ingin dibawa masuk mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 133 (1)(a) Akta Kastam 1967 iaitu membuat ikrar tidak benar ke atas dagangan.
"Sepatutnya ikrar perlu dibuat dengan betul. Tetapi yang diamalkan oleh pihak pengimport sekarang ini, mereka ikrar secara umum.
"Ini menyebabkan satu masalah kepada pihak Kastam untuk mengesan dan melihat lebih terperinci barangan yang diikrarkan oleh pengimport," katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Zainul Abidin berkata, Kastam negeri berjaya merampas mercun dan bunga api bernilai RM370,000 termasuk duti import selepas menahan sebuah lori di Kampung Orang Asli Wawah di Jalan Muadzam Shah-Kuantan dekat Chini, Pekan kira-kira pukul 3 petang semalam.
Katanya, hasil pemeriksaan ke atas lori berkenaan, pihaknya telah menemukan sejumlah mercun dan bunga api pelbagai jenis bernilai RM224,000 serta melibatkan cukai RM146,000.
"Bagaimanapun pemandu lori terbabit berjaya melarikan diri ke kawasan perkampungan Orang Asli tersebut selepas menyedari pihak kastam mengejarnya," katanya.
Kata beliau, bunga api dan mercun itu dipercayai akan diedarkan kepada peniaga kecil-kecilan di seluruh daerah ini sempena Tahun Baru Cina.
"Kita masih meneruskan siasatan bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab. Namun kami percaya suspek menggunakan lori yang dicuri," katanya.
Kata Zainul, kes itu disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki barang-barang belum lulus kastam atau barang larangan.
"Jika sabit kesalahan, denda tidak kurang 10 kali ganda nilai barang-barang dan tidak lebih 20 kali ganda atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan," katanya.
MERSING, 4 FEBRUARI 2013: Pelawak dan pelakon terkenal, Abon telah mengalami kemalangan apabila kereta BMW yang dipandunya terbabas di Kilometer 13, Jalan Mersing-Endau, semalam.
Menerusi laporan Harian Metro hari ini, Abon atau nama sebenarnya Sharizan Ahmad, 53, ketika itu dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang untuk ke Mersing bagi menghadiri majlis My Beautiful Malaysia.
Kejadian itu berlaku sekitar jam 7.20 pagi dan menurut bekas juara Maharaja Lawak Mega itu, dia ketika memandu pada kelajuan biasa kerana hujan baru berhenti dan jalan licin. Bagaimanapun, ketika membelok di satu selekoh keretanya terbabas ke kanan menyebabkannya melanggar tebing tanah dan terperosok dalam longkang.
Bagaimanapun, kejadian malang itu tidak melemahkan semangat Abon. Sebaliknya dia mengambil inisiaitif untuk menumpang orang ramai yang melalui jalan itu untuk meneruskan perjalanan ke Dataran Pulau, Mersing, semata-mata kerana enggan menghampakan peminatnya.
Abon pernah muncul sebagai juara Maharaja Lawak Mega musim pertama bersama gadingannya, Os yang membentuk kumpulan Osbon. Dalam musim kedua, Abon sekali lagi menyertai pertandingan lawak ini, kali ini bergandingan bersama Sathiya dan digelar kumpulan Sabon namun rezeki tidak memihak kepada mereka apabila tersingkir awal.
KUALA LUMPUR 3 Feb. - Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak berhak mengarahkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama Pas dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain.
Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan, Karpal tidak sepatutnya mencampuri urusan dalaman parti lain.
Beliau yang juga Ketua Dewan Ulama Pas turut mempertikaikan kelayakan Karpal untuk memberikan pandangan dalam isu tersebut.
Kita tidak peduli pandangan Karpal. Siapa dia hendak beri pandangan? Dia pun daripada parti lain," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Harun mengulas kenyataan Karpal baru-baru ini yang mahu Abdul Hadi mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang berpendirian kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam.
KOTA BHARU - "Karpal (Singh) bukan orang Pas... yang buat keputusan Majlis Syura Pas. Itu dia (Karpal) punya pasal," kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menyanggah kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu kalimah ALLAH.
Media semalam melaporkan Karpal menyanggah kenyataan Abdul Hadi yang menyifatkan isu kalimah ALLAH selesai dan keputusan Majlis Syura Ulama Pas diterima baik orang bukan Islam termasuk pemimpin DAP.
Menurut Karpal, kenyataan itu jelas tidak benar kerana DAP tetap berpegang teguh dengan pendirian yang telah diambil pakatan pembangkang pada awal bulan lalu yang mahu penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam dibenarkan.
Malah beliau juga mengulangi desakan yang dibuat sebelum ini iaitu mahu Majlis Syura Ulama Pas mengkaji semula pendirian mereka terhadap isu berkenaan.
Ditanya mengenai perkara itu semalam, Nik Abdul Aziz berkata, Karpal tidak tahu apa berlaku dalam Pas.
"Tiada orang (luar) yang tahu mengenai Pas, begitu juga DAP. Tidak ada orang tahu masalah DAP melainkan orang DAP," katanya.
Sementara itu, Nik Aziz menyifatkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa seperti seseorang yang sudah diceraikan, jadi apa juga kenyataannya tidak harus diberikan perhatian.
"Itu dia (Nasharudin) punya pasal. Ikut kata dialah. Bila orang kena cerai, dia akan menangis atau apa, itu dia punya pasal," katanya.
Mursyidul Am Pas itu berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Nasharudin yang disiarkan media kelmarin mendakwa penggugurannya daripada Majlis Syura Ulama parti itu ada kaitan dengan dendam.
Jika sebelum ini anda tertanya tanya siapa gerangan kekasih Fizo Omar, sekarang mungkin sudah ada jawapannya.
Beliau yang datang ke majlis perkahwinan Liyana Jasmay semalam hadir berdua bersama pasangannya yang sememangnya jelita & mempersona.
Masih belum mahu bercerita lanjut mengenai tuan empunya badan yang berjaya mencuri hati Fizo Omar, selebriti ini lebih suka low profile jika berkaitan dengan kisah peribadi.
Hadir dengan pakaian yang hampir sama, mereka kelihatan sangat padan dan Fizo Omar tampak selesa bersama wanita tersebut.
"Ini pertama kali saya hadir ke majlis besar bersama pasangan, jika dulu datang seorang kini dapat jugaklah rasa datang berdua"
Fizo turut memberitahu bakal menamatkan zaman bujang sebelum berusia 30 tahun. Kiranya ada lagi dua tahun sebelum Fizo bersedia umumkan siapa bakal isterinya nanti.
SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disifatkan sebagai tidak berani berhadapan dengan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat bagi menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, kata bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad.
Hadi dalam sidang medianya hari ini tidak menyatakan sebarang pendirian sama ada mahu membincangkan ketetapan Majlis Syura Ulama PAS di peringkat tertinggi pakatan pembangkang.
Sebaliknya Hadi menyalahkan media mendakwa kenyataannya dimanipulasi sehingga menimbulkan keraguan banyak pihak.
Nakhaie menjelaskan Hadi berasa serba salah untuk membincangkan pendirian Majlis Syura Ulama bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh kerana menyedari isu tersebut telah ditolak DAP mahupun PKR sejak dari awal.
"Dia takut dan tiada hujah. Apa hujah dia hendak tolak? Dia tiada kekuatan untuk berdepan dengan Anwar dan Karpal. Dia tidak boleh berhujah dengan puak-puak ini.
"Dia dalam keadaan serba salah sebab DAP sudah jelaskan yang tidak terima. Mereka masih berpegang dengan kenyataan Hadi dulu dalam Pakatan," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kemelut isu penggunaan kalimah Allah yang masih belum selesai, menurut Karpal.
Anwar sebelum ini menawarkan peluang kepada Hadi untuk membincangkan semula ketetapan Majlis Syura di peringkat tertinggi Pakatan Rakyat selepas ianya didapati bercanggah dengan konsensus bersama gabungan pembangkang pada 8 Januari lalu yang diumumkan Ahli Parlimen Marang itu sendiri.
Karpal dalam kenyataannya semalam kecewa dengan pendirian PAS yang mendakwa isu tersebut sudah selesai.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata DAP tetap dengan pendirian mahukan kalimah Allah diterjemah dalam Bible selain berpegang kepada keputusan bersama Pakatan Rakyat sebelum ini.
Dalam pada itu, Nakhaie yang juga pengasas Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) turut menyelar PAS tidak mempunyai prinsip dan hanya menggunakan agama sebagai alat politik.
Menurutnya, PAS perlu keluar daripada Pakatan jika sudah menyedari terdapat perbezaan pendapat terutamanya berkaitan agama dan akidah.
"Dia tiada prinsip. Islam sebagai alat sahaja. Saya yakin, kalau PAS sendirian dan tegas saya ingat dia akan dapat sokongan padu.
"Sudah tentu berbeza pendapat dengan orang kafir. Kalau begitu mahu tunggu apa? Patut dia keluar dari Pakatan sebab DAP persoalkan agama dan akidah," katanya.
SHAH ALAM: PAS perlu akur dengan desakan ahli parti akar umbi supaya keluar dari Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk meneruskan perjuangan mereka menegakkan syiar Islam, kata Pensyarah Kanan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Profesor Dr Ismail Sualman.
Menurutnya, ketidakserasian PAS dalam pakatan pembangkang, semakin jelas apabila ahlinya mula protes secara senyap selepas menyedari peranan mereka hampir lupus dalam gabungan itu.
"Ini kerana polimik kalimah Allah dan hukum hudud sering menjadikan PAS sebagai 'kambing hitam' yang memungkinkan parti Islam itu terus melupakan hasrat mewujudkan sebuah negara Islam," kata Ismail.
Malah rakan komponen DAP dilihat sebagai halangan utama lebih-lebih lagi apabila pengerusi parti dominasi Cina itu sendiri, Karpal Singh cuba mencabar pendirian Majlis Syura Ulama PAS yang dipimpin oleh Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri bersabit isu kalimah Allah.
Karpal dalam kenyataannya semalam berkata isu kalimah belum selesai justeru menggesa Majlis Syura mempertimbangkan keputusan konsensus yang dicapai Pakatan Rakyat.
"Jadi yang saya nampak sekarang ini yang menjadi masalah 'kambing hitam' yang tersepit ini adalah PAS, sebab PAS di sini saya nampak pengikutnya sendiri sudah mula rasa tidak sehaluan dalam Pakatan itu.
"Sebagai contoh pengikut PAS keluar daripada stadium apabila Anwar Ibrahim memberikan ucapan dan juga pemimpin DAP yang lain. Nampaknya sangat mereka dah mula protes senyap-senyap, tapi mungkin dia nak cakap dengan pemimpin utama dia tidak berani tapi cara tindakan dia itu melambangkan seolah-olah menunjukkan masalah sokongan dalam Pakatan sendiri," ujarnya kepada Antarapos.
Ismail turut membayangkan lebih ramai pengundi Melayu akan kembali menyokong PAS sekiranya parti itu mengambil haluan sendiri sekali gus menolak sebarang kebimbangan yang boleh merugikan PAS dalam jangka masa panjang.
"Saya ingat kalau desakan daripada ahli parti bawahan PAS khususnya untuk tidak lagi bersama dalam Pakatan ia boleh berlaku, saya ingat mungkin dari segi sebagai contoh seandainya PAS keluar daripada Pakatan dalam beberapa minggu ini saya rasa PAS tetap akan mendapat sokongan daripada Islam maksudnya orang Melayu kita. Dia tak rugi apa tau cuma gabungan itu tidak akan sampai ke Putrajaya sahaja.
"Tetapi jika dia 'fisabilillah demi Allah' mungkin dia akan dapat lebih banyak sokongan lagi. Maksudnya orang Melayu akan lebih menyokong PAS, tetapi kalau PAS sahaja yang ingin menerajui ketika itu dia mungkin tidak boleh membentuk kerajaan. Tetapi apa sahaja boleh berlaku dalam politik," tambah beliau lagi.
GEORGE TOWN, 3 Feb — Sebuah syarikat swasta gergasi Mega Ultimate dan bukan Barisan Nasional (BN) yang membayar penyanyi terkemuka Psy untuk tampil pada sambutan Tahun Baru Cina yang digembar-gemburkan berlangsung di Pulau Pinang minggu depan, kata jurucakap rasmi BN hari ini.
Ketua Pemuda BN negeri Oh Tong Keong memberitahu penampilan Psy ditaja oleh sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.
Beliau menolak tuduhan mengatakan kerajaan pusat menggunakan wang awam untuk membawa penyanyi fenomena "Oppa Gangnam Style" sebagai cubaan untuk menarik sokongan pengundi muda menjelang Pilihan Raya 2013.
"Malahan persediaan dan makanan untuk sambutan ditaja oleh beberapa syarikat tempatan," kata Oh kepada The Malaysian Insider.
"Kami sudah sediakan makanan untuk 50 ribu orang tapi kami jangkakan lebih ramai orang akan turun untuk melihat persembahan Psy nanti," kata beliau lagi.
Penyanyi sensasi berasal dari Korea Selatan yang nama sebenar Park Jae-Sang bakal membuat persembahan pada 11 Februari ini di padang sekolah Han Chiang, lokasi yang menjadi simbolik kepada kemenangan DAP pada Pilihan Raya 2008 lalu.
Psy dilaporkan oleh laman hiburan tempatan telah meminta penganjur konsert dari Malaysia tersebut sejumlah US$750,000 (RM2.3 juta) sekiranya mahu beliau tampil di Kuala Lumpur pada tahun lalu.
"DAP dan Pakatan Rakyat mahu berkata dan memutar belit dengan mengatakan kerajaan BN membelanjakan sejumlah wang RM2.3 juta hingga RM3 juta untuk konsert Psy," kata seorang lagi sumber kepada The Malaysian Insider.
"Ini salah sama sekali memandangkan lawatan Psy adalah sebagai tetamu di Pulau Pinang sempena sambutan Tahun Baru Cina yang telah diaturkan dan ditaja oleh sebuah firma penganjur acara, gergasi. Tiada dana kerajaan atau wang pembayar cukai terlibat."
Sumber tersebut yang mendedahkan dengan syarat namanya dirahsiakan memberitahu kehadiran Psy akan menaikkan profil Pulau Pinang dan Malaysia yang mungkin akan menyuntik industri perlancongan.
Oh mengakui Psy akan merupakan tarikan utama pada sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN kali ini yang mana juga akan menyaksikan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, namun tujuan sebenarnya adalah bagi menarik pengundi golongan muda di negeri kepulauan tersebut.
"Ia merupakan kali pertama Psy membuat persembahan di Malaysia, jadi saya sangat pasti bukan rakyat di Pulau Pinang sahaja akan menghadiri tetapi juga akan menarik semua dari Kuala Lumpur, Kedah dan Perak," terang beliau.
Beliau juga menerangkan mentaliti orang muda zaman sekarang berbeza dan masih ragu-ragu sama ada kelompok tersebut mudah untuk dipujuk supaya mengundi BN dengan membawa Psy ke sambutan tersebut, dimana mereka ketika adalah pembangkang dibawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
"Kami juga gunakan program lain yang lebih praktikal seperti pameran kerja untuk menarik golongan muda ini," kata Oh.
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dilaporkan dalam akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau telah menggalakkan orang ramai di Pulau Pinang untuk menyertai sambutan anjuran BN negeri tersebut dan bergembira.
Ketua Menteri tersebut menyarankan kepada pengunjung untuk memakai pakaian berwarna merah, kuning dan hijau sebagai tanda sokongan kepada beberapa perjuangan yang dibawa parti tersebut bersama-sama dengan parti komponen lain dalam PR iaitu PAS dan PKR.
Lim menerangkan warna merah sebagai simbol kepada kerajaan negeri yang ditadbirnya; kuning kepada kumpulan reformasi pilihan raya Bersih dan hijau melambangkan kumpulan alam sekitar, Himpunan Hijau.
KUALA LUMPUR - Bintang muda bola sepak negara, Nazmi Faiz Mansor perlu menyelesaikan segera kemelut yang melanda dirinya termasuk menjelaskan kepada umum mengapa dia mengambil keputusan drastik meninggalkan kelab divisyen satu Portugal, SC Beira-Mar secara mengejut.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong (gambar) menegaskan, Nazmi adalah milik negara, kerajaan telah berbelanja besar untuk menghantarnya ke Portugal, justeru, dia perlu menyelesaikan kemelut tersebut dengan cara terbaik agar tiada pihak yang membuat spekulasi.
"Mendiamkan diri tidak membantu, dia hanya menyebabkan orang membuat macam-macam spekulasi. Kena berterus terang, saya sendiri rasa ada sesuatu tak kena.
"Apa pun alasan dia nanti, tindakan ini tidak bagus untuk bola sepak Malaysia," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.
Menurut Zolkples, keputusan Nazmi itu telah membuat ramai pihak bukan sahaja berasa terkejut, malah kecewa terhadap dirinya.
Jelas beliau, selama ini, Nazmi tidak pernah menunjukkan dia menghadapi masalah di Portugal dan pemergiannya ke sana turut diiringi dengan doa rakyat Malaysia yang mahu melihat dia berjaya.
"Kejayaan dia merupakan kejayaan negara, kita sentiasa mendoakan dia. Nazmi kena fikirkan kebaikan bola sepak negara, perlu diingat dia milik negara, harta negara," tegasnya.
Beliau memberitahu, penyertaan Nazmi ke pasukan baru, PKNS FC turut mencetuskan tanda tanya kerana pemain remaja itu seolah-olah bebas membuat keputusan.
"Saya tak tahu apa polisi yang FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) pakai, sehingga dia boleh tandatangan dengan PKNS FC. Dia sepatutnya sertai skuad Harimau Muda, setahu saya tiada pemain yang diberi kelonggaran oleh FAM sebelum ini," ujarnya.
Zolkples turut melahirkan kebimbangannya berhubung tindakan Nazmi itu yang akan menjejaskan peluang pemain lain untuk beraksi di luar negara.
Malah, katanya, tindakan Nazmi itu memberi contoh yang tidak baik kepada anak-anak muda kerana selain mengambil keputusan meninggalkan kelab S.C Beira-Mar separuh jalan, bintang remaja itu juga tidak melengkapkan persekolahannya.
"Nazmi masih muda, dia ada potensi besar dan dia sepatutnya berunding dengan FAM terlebih dahulu. Kena selesaikan dengan cara terbaik dan fikirkan apa yang terbaik untuk kerjaya," ujar beliau.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
AIDCNews – 04/02/13 – Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diberikan Anugerah Khas 'Sayyidatina Khadijah' pada Himpunan Helwa Kebangsaan (HKK) 2013, anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), 2 Februari.
Anugerah yang disampaikan kepada Wan Azizah itu sebagai menghargai keberanian beliau menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan.
Komen Kepal Nasi... Kalau Wan Azizah isteri Kepal Nasi, Kepal Nasi akan nasihatkan Wan Azizah supaya tidak menerima anugerah tersebut. Alasannya ialah "MALU".
Imam Ghazali r.a sendiri pernah berkata, "Pengorbanan aku dalam membantu agama Allah hanyalah ibarat debu-debu yang melekat di kaki para sahabat nabi saw".
Siapalah ABIM untuk memberi "anugerah khas" bertaraf "Saidatina Khadijah". Siapalah Wan Azizah untuk dibariskan sebaris dengan wanita pertama yang beriman dengan agama Muhammad saw, merangkap "kekasih Allah" yang mana jika tidak kerana kasihnya Allah kepada baginda saw, nescaya Allah tidak akan zahirkan alam ini. Alam ini diwujudkan Allah hanya semata-mata kerana mahu menzahirkan manusia yang bernama "Muhammad".
Keutamaan Khadijah Assiddiq.
Antara keutamaan Khadijah yang tidak dimiliki oleh isteri-isteri Rasulullah SAW yang lain ialah: 1. Isteri pertama Rasulullah SAW. Kekasih pertama di hati Nabi. 2. Rasulullah SAW tidak menikahi wanita lain selama Khadijah r.ha. masih hidup. Aisyah r.ha berkata, "Selama hidup bersama Khadijah, Nabi SAW tidak menikahi wanita lain sampai Khadijah meninggal dunia." (Diriwayatkan oleh Muslim, no. 2436). 3. Rasulullah SAW tidak mengambil hamba wanita sehinggalah Khadijah r.ha meninggal dunia. 4. Isteri yang mampu memberikan keturunan kepada Rasulullah SAW. 5. Rasulullah SAW tidak pernah berasa marah kepada isteri ketika hanya mempunyai seorang sahaja isteri iaitu Khadijah. Hanya setelah mempunyai ramai isteri, karenah para isteri kadang-kadang membuatkan baginda marah. Marah-marah sayang. Penuh hikmah. 6. Insan pertama solat bersama Nabi. 7. Wanita pertama di antara isteri-isteri Nabi yang mendapat jaminan syurga. 8. Orang pertama menerima salam daripada Allah. 9. Wanita pertama yang masuk dalam kategori shiddiq (yang benar), setaraf dengan Abu Bakar Assiddiq. 10. Orang pertama yang kuburnya dipersiapkan oleh Nabi SAW.
Adalah lebih baik ABIM dan Siddiq Fadhil fikirkan "anugerah khas isteri Nabi Lut", kepada sesiapa yang mereka fikirkan layak daripada "secara jahil muraqad" telah memandai-mandai memberi anugerah khas yang "tak terbawa dek badan".
Yang memberi tiada kelayakan. Yang menerima pun tiada merit. Anugerah khas ini samalah seperti Israel memberi anugerah khas kepada Amerika atas peranan yang dimainkan oleh Amerika di Timur Tengah dalam menegakkan keadilan, kebenaran sejagat.
Rakyat diseru supaya menolak "pendustaan dalam agama" yang dilakukan oleh manusia-manusia yang menzalimi agama dengan cara "memanipulasi".
Inilah banner sensasi yang diletakkan di Jalan Jerantut-Benta
namun beberapa hari saja dan ditanggalkan.
1. Pakatan Pembangkang sudah sekian lama mengidamkan kerusi Parlimen Jerantut. Khabar bahawa Ku Lan tidak akan bertanding pada PRU13 nanti membuatkan pembangkang tidak lena tidur dan termimpi-mimpikan kerusi berkenaan. Konon jika Ku Lan tidak bertanding lebih mudah harapan mereka dicapai.
2. Tidak pernah dalam sejarah Parlimen Jerantut kalah kepada pembangkang sebelum ini. Bagaimanapun dua kerusi DUN sudah pernah ditawan oleh pembangkang iaitu DUN Pulau Tawau oleh Semangat 46 apabila Pengerusi Tetap UMNO Bahagian sendiri yang berpaling tadah dan jadi calon. Manakala DUN Tahan dirampas oleh Pas kerana kealpaan dan cas keting ahli-ahli UMNO sendiri.
3. Kedua-dua kekalahan DUN-DUN berkenaan bukanlah kerana kekuatan pihak lawan tetapi adalah kelemahan yang nyata dalam UMNO sendiri. Sebahagian dari mereka yang berusaha mengalahkan UMNO itu masih ada dan ada dikalangannya terpilih sebagai AJK Bahagian. Segalanya kerana perebutan kuasa dan duit. Insyallah! saya akan menulis terperinci mengenainya dan siapa yang terlibat menikam UMNO BN dari belakang, tetapi bukan sekarang.
4. Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dr. Hamzah Jaafar cuba menarik perhatian rakyat terutama disekitar kampong tradisi sepanjang jalan Jerantut - Benta dengan menaikkan bannner konon Pas dan Pakatan akan menyempurnakan pembinaan lebuhraya tersebut jika rakyat mengundi mereka. Malangnya tak sempat beberapa hari banner berkenaan diturunkan semula. Mungkin kerana sedar tipu daya mereka tidak diterima rakyat.
5. Jikalau Dr. Hamzah ingin bertanding sekali lagi di parlimen Jerantut maka sudah tentu beliau menempah kekalahannya sekali lagi. Sebelum ini pun Dr. Hamzah sudah kalah berkali-kali. Sebaiknya beliau belajar erti serik dan mengundur diri.
6. Jika Tuan Ibrahim Tuan Man yang akan cuba bertanding di parlimen Jerantut, dia juga akan ditolak rakyat. Calon yang tidak berkreadibiliti sepertinya yang ditolak oleh Pas dalam pemilihan Timbalan Presiden Pas tentu akan dipandang remeh oleh rakyat.
7. Andai pembangunan yang akan dijadikan isu kempen untuk Tuan Ibrahim menang, sudah pasti ianya tidak akan berjaya. Kerana selama ini kita parlimen Jerantut sudah diwakili oleh beberapa orang menteri dan timbalan menteri, maka apalah sangat seorang ahli parlimen biasa dan mewakili parti pembangkang pula. Tentulah janjinya itu hanya disifatkan sebagai sebuah janji yang dusta semata-mata.
8. Beranikah hati Tuan Ibrahim Tuan Man bersumpah dan berbai'ah bahawa jika dia menang mana-mana kerusi sama ada parlimen Jerantut atau pun DUN Damak dia akan menyempurnakan lebuhraya berkenaan? Sedangkan Nik Aziz Menteri Besar Kelantan lagikan tidak mampu laksanakan janji-janjinya, inikan pula Tuan Ibrahim, yang tewas kepada Mat Sabu bagi Timbalan Presiden Pas. Apalah sangat. Rakyat Jerantut tidak akan percaya sedikitpun.
Selagi mereka masih ada, harapan pembangkang pasti sukar
1. UMNO BN berada didalam keadaan yang sangat lemah dalam PRU12 lalu. Kerana itulah BN kehilangan banyak kerusi. Pemerhati menyifatkannya sebagai dilanda tsunami politik. Apa yang berlaku adalah menefestasi berontak dan tidak puas hati rakyat yang diterjemahkan kepada kertas-kertas undi.
2. Namun UMNO BN telah melakukan transformasinya dengan pantas dan berkesan setelah dipimpin oleh DS Najib. Tidak hairan kerana DS Najib adalah pemimpin muda yang dapat merasai kehendak dan citarasa golongan muda. Bagaimanapun bukanlah tersangat mudah untuknya melakukan perubahan itu kerana DS Najib terpaksa berhadapan dengan golongan tua didalam kepimpinan UMNO dan BN sendiri yang tidak faham dan sukar berubah. Sehingga sekarang masih ada bahagian-bahagian yang tidak mampu berubah selaras dengan perubahan yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO pusat.
3. UMNO BN Jerantut juga masih kuat dan teguh. Tuduhan 'Suck-Mongkol' bahawa parlimen Jerantut akan jatuh kepada pembangkang hanyalah mimpi dan angan-angan kosongnya. Jika UMNO BN Jerantut harus kalah maka ianya pastilah dalam PRU12 lalu ditenggelamkan oleh tsunami politik yang melanda negara, namun itu tidak berlaku. PRU13 nanti akan berbeza sama sekali. Sokongan terhadap kerajaan BN semakin kukuh, golongan muda juga sudah percaya dan menyokong kerajaan. Golongan yang berontak dan protes dengan menyokong pembangkang dalam PRU lalu juga akan kembali kepangkal jalan. Justeru pembangkang jangan bermimpi akan ada gelombang tsunami politik kali kedua.
4. Parti politik pembangkang dipimpin oleh golongan tuan yang tidak memahami kehendak generasi muda. Ini membuatkan kerja DS Najib lebih mudah. Pemimpin bukan saja tidak memahami kehendak generasi muda bahkan usia tua mereka dan kekurangan tenaga membuatkan mereka sukar bersaing dengan DS Najib. Lihatlah DS Najib kesana kemari menghadiri banyak program-program tanpa menunjukkan keletihannya dalam usaha mengukukhan UMNO BN sedangkan pemimpin pembangkang sudah kehabisan tenaga serta hilang upaya.
Fizikal Nik Aziz pun selalu letih dan sakit-sakit walaupun mulutnya masih
kuat kafirkan orang itu dan orang ini, bahkan mendoakan pecah perut kepada DS Najib.
5. Jika parti pembangkang terutamanya Pas ingin memberikan cabaran kepada UMNO BN, parti berkenaan juga mesti dipimpin oleh pemimpin muda yang kuat fizikal dan mentalnya serta yang faham akan kehendak pengundi-pengundi muda. Malangnya Pas lebih rela pertahankan pemimpin tuanya dan memecat pemimpin muda seperti apa yang berlaku kepada Nasharuddin Mat Isa baru-baru ini. Tindakan itu membuatkan Pas terus dan tetap berada didalam kepompongnya sendiri, dan jumud.
6. Apa yang jelas adalah pihak pembangkang sudah hilang haluan dan arah tuju dalam perjuangan. Pakatan pembangkang semakin hari semakin rapuh dengan beberapa isu yang tidak mendapat persefahaman dan persetujuan bersama. Parti yang konon perjuangkan Islam sudah kelihatan tidak lagi terguh pada perjuangan kerana terpaksa dan dipaksa bertolakansur untuk menjaga perpaduan mereka itu. Malangnya Pas sahaja yant terpaksa bertolak ansur dan kehilangan sedikit demi sedikit sedangkan DAP mendapat semakin banyak dari masa kesemasa.
7. Pas juga sudah tidak konsisten kepada perjuangan Islam. Bahkan menegakkan negara Islam sudah bukan lagi agenda utama mereka apabila didesak DAP untuk jadikan membina 'negara berkebajikan' sebagai perjuangannya. Apakah kerajaan BN bukan kerajaan berkebajikan dan kebajikan bagaimana yang mempu mereka lakukan ? Kalau kerajaan Kelantan diambil sebagai contah, kita nampak Pas gagal sama sekali memberikan kebajikan kepada rakyat dan penyokongnya selama memerintah. Apakah kebajikan yang dimaksudakan hanyalah kebajikan untuk para pemimpinnya serta puak kerabak dan kroninya sahaja?
8. Saya sangat yakin bahawa dalam PRU13 ini nanti BN bukan saja akan mendapat kembali mandat 2/3 bahkan dalam masa sama akan terus menenggelamkan parti-parti pembangkang yang ada dinegara kita. Parti-parti pembangkang yang ada dinegara kita masa kini sudah tidak lagi relevan. Jika kerana mereka parti pembangkang maka kerja mereka hanya membangkang setiap apa yang kerajaan lakukan tanpa memberikan cadangan bagaimana untuk melakukan sebaliknya, maka memang mereka sudah tidak diperlukan sama sekali.
Demang terima email daripada seseorang siang tadi.
Oleh kerana trend masyarakat sekarang ialah dedahkan saha biar rakyat menilai maka Demang paparkan di blog waadat ini.
Demang juga meniru konsep yang dipopularkan pembangkang iaitu jika ia tidak benar, buat apa nak takut?
Jom baca dan jika ingin kepastian, hubungi Khalid sendiri.
"Penyalahgunaan kuasa dan penipuan yang dilakukan oleh Tan Sri Khalid semasa pembentangan kertas putih berkaitan transaksi penyelesaian hutang Talam akhirnya dibongkar dan didedahkan oleh Kumpulan Hartanah Selangor Berhad, anak syarikat tersenarai negeri Selangor sendiri."
"Kertas putih yang dibentang oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akhirnya memerangkan dan membuka pintu untuk siasatan lanjut yang boleh meletakkan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim di dalam keadaan yang serius berikutan dari penyalahgunaan kuasa beliau sebagai menteri besar di dalam penyelesaian isu hutang Talam yang melibatkan aset dan wang milik kerajaan negeri (WANG RAKYAT) berjumlah lebih daripada RM600 juta."
"Penyalahgunaan kuasa dan penipuan fakta semasa membentangkan kertas putih penyelesaian hutang Talam ini disahkan sendiri oleh anak syarikat kerajaan negeri Selangor, syarikat tersenarai Kumpulan Hartanah Selangor Berhad kepada Bursa Saham pada 28 November 2012."
"Pengumuman kepada bursa saham oleh anak syarikat milik negeri Selangor jelas memperlihatkan dengan nyata bahawa anak syarikat kerajaan negeri Selangor sendiri tidak dapat menanggung dosa dan bersekongkol dengan menteri besar dalam penyalahgunaan kuasa dan manipulasi harta serta wang rakyat Selangor."
"Kesalahan dan penipuan yang dilakukan oleh menteri besar businessman ini tidak lagi dapat dirahsiakan lagi oleh Kumpulan Hartanah Selangor Berhad dan mengumumkan penyiasatan awal kepada bursa Malaysia untuk pengetahuan pemegang-pemegang saham KHSB."
"Kumpulan hartanah Selangor telahpun melantik juruaudit bebas kononya AKN Arif yang merupakan sabahat kepada Raja Idris dan penyokong kuat PAS untuk mengaudit transaksi penyelesaian hutang Talam yang dilaksanakan oleh Menteri Besar Businessman."
"Daripada siasatan awal juruaudit bebas dan seperti yang diumumkan oleh KHSB, terdapat banyak keraguan dan pelanggaran undang-undang dalam transaksi tersebut."
"Lebih memeranjatkan, laporan juruaudit AKN Arif adalah bertentangan dengan pengesahan dan endorsement oleh KPMG yang dilantik oleh Menteri Besar Businessman sendiri untuk mengaburi mata rakyat Selangor yang kini didapati menyesal menukar kerajaan pada tahun 2008 di dalam penyalahgunaan kuasa beliau di dalam penyelesaian isu hutang Talam ini."
"Rumusan daripada laporan yang bertentangan dengan juruaudit bebas yang diantik oleh KHSB, Menteri Besar Businessman serta juruaidt KHSB iaitu Ernst & Young, pihak berkuasa iaitu Suruhanjaya Sekuriti dan SPRM telah memulakan siasatan menyeluruh untuk mendapatkan fakta dan bukti-bukti sahih bagi mengambil tindakan di bawah bidang kuasa masing-masing bagi melindungi kepentingan pemegang saham KHSB serta harta dan wang rakyat Selangor yang melebihi RM 600 juta."
"Penipuan fakta semasa membentangkan kertas putih tersebut adalah sesuatu yang dijangka oleh banyak pihak bagi melindungi PENYALAHGUNAAN KUASA beliau sebagai Menteri Besar Businessman dalam isu penyelesaian hutang Talam ini tetapi lebih memeranjatkan, fakta siasatan awal AKN Arif yang mengesahkan penipuan dan penyalahgunaan kuasa beliau di dalam transaksi ini diumumkan untuk pengetahuan rakyat oleh KHSB sendiri."
"Mereka telah memanipulasikan elemen teknikal dan perakaunan bagi mengelirukan rakyat."
"Kebodohan Menteri Besar Businessman semakin terserlah, walaupun kertas putih tersebut adalah sampah Menteri Besar Businessman tetap membentangkan sampah kepada rakyat bagi membodohkan rakyat."
"Timbul persoalan di sini sama ada Menteri Besar Businessman itu faham isi kandungan kertas putih tersebut ataupun sebaliknya."
"Mungkin juga Menteri Besar Businessman dipaksa untuk membaca dan membentangkan kertas putih tersebut oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan mungkin PAS mungkin DAP? Siapa sabotaj Menteri Besar Businessman ini?"
Beberapa malam lalu Demang secara kebetulan menonton filem di Astro mengenai misteri sebuah hotel. Kesahnya memang menarik tetapi bukan itu yang nak Demang kongsikan.
Demang tertarik dengan persediaan watak utama yang berlakun sebagai penulis buku misteri. Sebelum tiba di hotel 'berhantu' itu beliau telah membuat sedikit kajian. Hal tersebut disentuh terus oleh pengurus hotel yang memuji beliau sebagai 'rajin membuat homework'.
Ya. Kata kuncinya ialah 'homework'.
Sebut tentang 'homework' rata-rata murid dan bekas murid di Malaysia tau istilah tersebut bahkan ramai juga yang fobia dengannya.
Maklumlah, murid yang tidak menyiapkan homework akan didenda dan adakalanya teruk juga.
Namun homework yang difahami murid dan pelajar negara kita agak berbeza dengan homework dalam cerita tersebut. Bahkan dalam kebanyakan bidang profesional termasuk di Malaysia, homework yang dipraktis tidak sama dengan homework yang diberi guru sekolah.
Demang fikir sudah sampai masanya para guru menukar konsep homework supaya lebik dinamik dan relevan dengan keperluan pembelajaran dan implementasinya.
Homework berupa latihan selepas sesuatu topik diajar tidak begitu sesuai dan agak membosankan. Adalah lebih menarik dan mencabar jika murid diminta melakukan homework berdasarkan topik atau isu yang akan dipelajari esoknya.
Tidaklah murid tercengang-cengang mendengar topik baru malah guru akan dapati pelbagai soalan baru yang guru tidak jangkakan akan diutarakan murid.
Dengan itu para guru pun terpaksa membuat homework terlebih dahulu.
Internet kan ada!
You are subscribed to email updates from waadat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ini gambaran terkini bertempat Di Padang Selising, Pasir Putih, Kelantan. Gambaran yang diberikan oleh juak-juak pembangkang di laman sosial Facebook adalah lebih 10,000 Rakyat Kelantan yang hadir pada ceramah Pasca Kebangkitan Rakyat. Bagi CTS yang gagal dalam bab kira mengira ini biarlah gambar sahaja yang berbicara. Kalau beginilah sambutan Rakyat Kelantan khasnya di Pasir Mas terhadap kunjungan Menteri Besar mereka malam ini, CTS cuma kata ini kalilah!
CTS tidak menulis mengenai kehadiran Psy yang digembar-gemburkan di laman sosial Twitter sejak semalam kerana bagi CTS ianya bukan satu isu yang serius. CTS mungkin bersetuju dengan pembaziran seperti yang didakwa dan CTS juga mungkin bersetuju dengan dakwaan hiburan melampau, tetapi biarlah kita berlaku adil dalam memberikan kenyataan dan biarlah "ketidaksetujuan" atau "agree to disagree" itu dibuat dengan asas, pertimbangan yang jujur dan relevan. Jangan biarkan tindakan serta percakapan mendahului akal dan fikir, apatah lagi jika kenyataan itu lahir dari seorang mulut pemimpin. Biarlah kita ikhlas di dalam menangani perbezaan, pastikan perbezaan itu benar-benar berlaku kerana Rakyat, bukan kerana perkiraan politik sempit.
Berhubung kehadiran Psy Gangnam yang akan hadir ke BN Chinese New Yew Open House, apakah Kerajaan benar-benar menggunakan dana awam, duit pembayar cukai atau mana-mana hasil mahsul negara? Jawapan adalah seballiknya. Selebriti Korea itu ternyata mendapat tajaan penuh konglomerat mega (Mega Ultimate) Penang sendiri. Sejak bila kita ada hak untuk menghalang sesiapa sahaja membuat persembahan di negara ini. Ini bukan kali pertama artis antarabangsa pernah membuat persembahan di negara kita. Bukankah sebelum ini Elton John, Justin Beiber, Jennifer Lopez Micheal Learn To Rock dan sebagainya pernah datang membuat persembahan di negara kita. Kenapa kita tak pertikaikan kehadiran mereka? Kenapa kita tidak pertikaikan harga bayaran artis yang dibawa masuk dan keuntungan yang dibuat oleh penganjur? Kenapa mesti mempertikaikan Psy?
Kita mengatakan bahawa program ini boleh meruntuhkan akhlak, rosakkan sahsiah anak-anak muda Melayu Islam. Kita jangan lupa Malaysia adalah terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa. Salahkah masyarakat Cina ingin menikmati hiburan yang tidak keterlaluan semperna Tahun Baru mereka? Bagaimana pula dengan program tarian jalanan anak muda Penang I-Dance yang secara terang-terang melibatkan anak muda Melayu Islam? Bagaimana pula dengan K-Pop Dance anjuran kerajaan Pulau Pinang di malam tahun baru 2013? Bagaimana pula dengan konsert MTV World Stage di I-City, Shah Alam bagi mempromosikan bandaraya Shah Alam sedangkan ia jelas bertentangan dengan enakmen Kawalan Hiburan Selangor itu sendiri? Ada perkara yg boleh kita politikkan, dan ada perkara yg memang tidak boleh dipolitikkan, kerana dibimbangi ia nya akan terpalit kepada diri sendiri. Tak gitu YB Nizar?
Kelihatan di dalam gambar di atas Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim merasmikan Konvensyen Antarabangsa Pendidikan: Dasar Pendidikan Malaysia di UNISEL Kampus Shah Alam. CTS tidak ada masalah dengan perkara itu. Namun kenapa Presiden PAS, DS Hadi Awang dijemput menyampaikan ucaptama? Atas kapasiti apa beliau dijemput memberikan ucaptama?
Adakah disebabkan kepakaran beliau di dalam sesuatu bidang? Kepakaran apa? Kalau dijemput di atas kapasiti politik, kenapa Presiden PGayR yang merupakan seorang Doktor dipinggirkan? Ketua Umum PGayR memang tak layaklah sebab hanya lulus Kelas Tiga (Ijazah Am) Pengajian Bahasa. Juak-juak Pakatan Haram ni kalau Kerajaan buat semua salah. Kalsu mereka buat, Halalul Toyyibba!
Sebelum ini Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat begitu yakin apabila selamba menberitahu media kononnya isu pertikaian berhubung pengunaan kalimah "Allah" telah selesai.
Kononnya, Nik Aziz dalam lawatannya ke Pulau Pinang baru-baru ini telah "berceramah" dan "sekolahkan" Presiden DAP, Karpal Singh dan para pemimpin parti itu, termasuk seorang Bishop tentang maslahah tersebut.
PAS menghebahkan di kalangan pengikutnya bahawa DAP memahami sepenuhnya keputusan Majlis Syura PAS tentang isu itu, seolah-olah parti "chauvinis ultra kiasu" itu tunduk hormat pada PAS meskipun membuat pusingan U yang bertentangan dengan keputusan Pakatan Haram.
Betulkah Nik Aziz ada "sekolahkan" Karpal tempohari? Kalau betul ada, Karpal fahamkah "ceramah" Nik Aziz tentang isu penggunaan kalimah "Allah" di dalam Bible versi Melayu itu? Berjayakah Nik Aziz "berdakwah" pada Karpal?
Mungkin Allah SWT mahu membuka pekung di dalam PAS, segala penipuan parti itu yang cuba berbohong kepada rakyat, khususnya para pengikutnya, telah dibongkarkan apabila Karpal menegaskan bahawa isu tersebut belum selesai.
Isu penggunaan kalimah "Allah" di dalam Bible belum selesai! Itulah yang Karpal beritahu di dalam sidang akhbar yang diadakan semalam.
Jadi, dimanakah kebenaran dalam kenyataan Hadi dan Nik Aziz yang bermati-matian menyatakan bahawa isu penggunaan kalimah "Allah" di dalam Bible ini sudah selesai?
Sampai hati Presiden dan Mursyidul Am PAS yang kononnya taat kepada ajaran Islam itu menipu serta berbohong kepada rakyat, khususnya umat Islam di negara ini yang mahu tahu tentang pertikaian di antara PAS, PKR dan DAP mengenai perkara tersebut.
Apakah para pemimpin PAS fikir menipu itu dibenarkan di dalam Islam? Berbohong itu tidak berdosakah di dalam "agama PAS"?
Atau PAS hanya merupakan sebuah parti "syok sendiri" yang suka mengeluarkan kenyataan sesuka hati tanpa bersandarkan fakta sebenar dan sanggup berbohong kepada rakyat untuk meraih sokongan dari sudut politik?
Saya tertanya-tanya, selepas Karpal membidas PAS mengenai kontroversi ini, dimanakah PAS mahu sorokkan mukanya lagi? Tak malukah mereka? Apakah Presiden PAS dan Mursyidul Amnya mempunyai kulit muka setebal tembok China?
DAP dan PKR mahu kalimah "Allah" digunapakai di dalam Bible versi bahasa Melayu untuk edaran di Semenanjung Malaysia, tapi PAS melalui Majlis Syura pula membuat pusingan U dan membuat keputusan yang bertentangan dengan keputusan bersama sekutu politik mereka itu.
Persoalannya, apakah puak-puak PAS tidak rasa tersinggung bila Presiden dan Mursyidul Am mereka dibidas begitu pedih oleh DAP dan PKR dalam soal ini?
PKR dan DAP mahu PAS mengikut kehendak mereka. Majlis Syura pula tidak mahu PAS berganjak dari keputusan "flip flop" mereka baru-baru ini. Secara demokrasi, dua lawan satu, siapakah yang menang?
Nampaknya para pengikut PAS dan pucuk pimpinannya masih lagi tidak sedar bahawa mereka sedang diperolok dan dipermain-mainkan oleh para pemimpin DAP dan PKR. Mereka masih menyangka perkara yang terjadi merupakan salah satu bentuk "tahaluf siyasi".
Padahal, memang betul pun mereka "dikeldaikan" PKR dan DAP. Bila mereka nak sedar? Terimalah kenyataan itu dengan hati terbuka demi masa depan Islam, Melayu dan tanahair…
Ya Allah Ya Tuhanku, bukakanlah hati saudara-saudara PAS ku untuk menerima hakikat betapa hinanya mereka di mata DAP dan PKR.
Makin lama, makin menyampah pula saya pada pengkhianat bangsa dan opportunis yang bernama Aspan Alias yang begitu bersungguh-sungguh dengan teori bodohnya mendakwa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sebagai dalang memecah-belahkan UMNO.
Katanya, Tun Dr. Mahathir menganggap Datuk Seri Najib sebagai "stop gap Prime Minister" dan cuba menaikkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri selepas Najib.
Paling "poyo", Aspan Alias cuba pula membina persepsi baru bahawa Tun Dr. Mahathir kononnya cuba mengatur laluan untuk salah seorang ahli keluarganya untuk menggantikan tempat Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Begitulah cerita karut teori bodoh seorang pengkhianat yang hanya akan dipercayai oleh mereka-mereka yang malas berfikir dan mengkaji tentang senario sebenar keadaan politik di dalam UMNO dari dulu hingga kini.
Siapa sebenarnya yang cuba memecah-belahkan UMNO? Siapa yang lebih tulen sayangkan UMNO dan perjuangan alif ba ta di dalam parti keramat Melayu itu? Tun Dr. Mahathir atau Aspan Alias sendiri?
Sepanjang hidup Tun M, beliau tidak pernah khianat pada Islam, bangsa Melayu dan Tanah Melayu. Beliau tidak pernah menyertai parti lain selain UMNO meskipun pernah dipecat dan keluar parti. Beliau keluar parti pun hanya kerana terlalu sayangkan UMNO dan perjuangannya…
Berbanding dengan Aspan Alias, dia dikatakan hanya kerana terlalu gila nak jadi calon PRU ke-13 dan menyedari dirinya bukan "winnable candidate", pengkhianat itu sanggup keluar parti dan melompat masuk ke parti pembangkang.
Kalau dia sertai PAS atau PKR, tak mengapalah juga. Sebaliknya, dia sanggup menyertai sebuah parti "chauvinis ultra kiasu" yang dikuasai oleh "Dinasti Lim" yang begitu kuat mencetus provokasi terhadap kepentingan Islam dan hak Melayu sejak sekian lama!
Nampak sangat jiwa pengkhianat itu lebih menjurus kepada pepecahan bangsa sehingga sanggup menggadai harga dirinya sebagai orang Melayu.
Tun M sebenarnya tidak pernah mengatur jawatan mana-mana tokoh UMNO, sama ada ketika beliau berkuasa atau selepas meletakkan semua jawatannya di dalam parti. Siapa yang menang di dalam pemilihan UMNO, dia berhak menjawat jawatan di dalam parti.
Misalnya, mana mungkin Tun M sanggup melantik Tengku Razaliegh Hamzah menjadi Timbalan Presiden UMNO dan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kewangan sedangkan Ku Li merupakan seteru politik dalaman mantan PM itu, bukan?
Jika Tun M mengatur posisi jawatan di dalam UMNO, jangan haraplah Ku Li nak merasa kerusi Timbalan Presiden UMNO. Silap-silap, jawatan Ketua Cawangan UMNO pun belum tentu menang, bukan?
Tak payahlah Aspan Alias cuba mencipta persepsi buruk dan melaga-lagakan Najib dan Muhyiddin. Propaganda yang dibuat oleh seorang pengkhianat sememangnya tidak laku dan langsung tidak boleh dipercayai.
Lainlah kalau Aspan bercerita mengenai hal ehwal dalaman DAP berhubung pemilihan CEC parti itu baru-baru ini. Mengapa Guan Eng tidak meletak jawatan secara terhormat bila dikatakan wujud konspirasi dari "Dinasti Lim" untuk mendominasi parti kesayangannya itu?
"Ceciter" hal yang sebenarnya. Saya yakin, ramai yang ingin tahu mengenai simptom dominasi "Cina Komunis" di dalam parti itu dan ketiadaan wakil Melayu serta India di dalam DAP yang kononnya menjadi pilihan semua kaum di negara ini…
"Jagalah tepi kain sendiri, sebelum menjaga tepi kain orang". Tepi kain sendiri terselak luas, tapi kain orang yang tertutup rapi pula yang dia cuba selak. Memang dasar pengkhianat betul..!
Tu diaaaa..!!! Dah lama aku tak dengar cerita dari apek ni. Tiba-tiba je dia muncul dan meroyan kat Twitter kata Ustaz Taib Azamuddin dan meninggal dunia. Siap ucap takziah pulak tu kat keluarga Ustaz Taib..!!!
Weeii Apekkk.. Ustaz Taib tu hidup lagi laaa.. Apasal lu kata dia dah mati? Lu nak sangat ke dia mati?
Apsal? Kalau Ustaz Taib mati maka dah takde dah saksi dalam PAS yang mampu mengesahkan Anwar tu peliwat tegar? Puiiii..!!! Lu jangan memain laaa... Kalau Ustaz Taib pecah tembelang Anwar, dengan lu sekali pun lingkup...heh!
Lu jangan celupar la weiii... Kalau lu nak tau, aku dapat maklumat yang mengatakan Ustaz Taib akan bongkar sesuatu pasal itu Anwar. Lu standby je sebelum PRU ni. Anwar cakap banyak je pasal kerusi, tahu la Ustaz Taib ajar lu olang...heh!
Aku dapat gambar terbaru Milosuam ni dari Parpukari di sini semalam. Dia kata ni gambar Milosuam...tak tahu la betul ke tidak. Yang tu korang kena tanya dia laaa...heh!
Punya la kemaruk nak memfitnah, sampai panjat pokok kelapa pun dia update blog...!!! Patut pun mereng semacam jer...
Kalau la lelaki ni bukan Milosuam pun, aku rasa satu hari nanti Milosuam akan jadi lagi teruk dari lelaki ni... Silap-silap dia nak masuk kubur pun dia wasiat suruh kapankan dia dengan laptop dia sekali...heh!
Aku tak tau la mana PAS belajar, tapi pada depa menipu ni dibolehkan. Malah ada yang kata "menipu tu sunat hukumnya". Ntah dari mana depa belajar ntahhhh...dari P. Ramlee kot? Sejak bila P. Ramlee jadi Imam Mazhab?
Mula dari Presiden PAS, Pesuruhjaya PAS Negeri...hingga la kepada "lembu-lembu" depa yang suka dok ikat kepala dengan kain "Israel For All" tu...semuanya kuat pemuhong!
Blogger depa tak payah cakap la...bukan setakat menipu, siap fitnah orang tiap-tiap hari. Bukan setakat pemimpin UMNO/BN saja yang depa fitnah, kami ni pun depa fitnah jugakkkk..!!!
Kali ni depa kantoi muhong lagi. Cuba tengok kat bawah tu...pemuhong sungguh..!!!
'Kerajaan Pas Kedah bohong'
Kerajaan Pas Kedah didakwa berbohong apabila menyatakan Kerajaan Pusat tidak pernah menyumbang terhadap pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil, dekat Sungai Petani yang dirasmikan Selasa lalu.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah (gambar) berkata, kenyataan yang dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak itu bertujuan mengaburi kelemahan pentadbiran mereka di mata rakyat.
Beliau berkata, hakikatnya kampus induk kolej itu tidak akan dapat dibina jika Bank Islam Malaysia Berhad dan Affin Islamic Bank Berhad yang merupakan syarikat milik kerajaan (GLC) tidak memberikan sokongan modal menerusi kelulusan pinjaman.
Bahkan katanya, sumber kewangan Kuin antaranya turut bergantung kepada pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang juga diwujudkan Kerajaan Pusat.
"Itu satu pembohongan secara terang-terangan dan sengaja menyeleweng fakta sedangkan hakikatnya Kerajaan Pusat telah banyak membantu membangunkan Kuin sejak awal penubuhannya sehingga sekarang," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Pada majlis perasmian kampus induk Kuin di Kuala Ketil Selasa lalu, Azizan dilaporkan berkata pembinaan kampus berkenaan disiapkan tanpa sebarang bantuan Kerajaan Pusat.
Azizan turut mengulangi kenyataannya itu ketika berceramah di Karnival Kedah Sejahtera Pas Kawasan Pokok Sena, dekat sini malam tadi.
Ahmad Bashah berkata, kerajaan Pas Kedah tidak seharusnya menafikan sumbangan Kerajaan Pusat sehingga terbinanya kampus induk Kuin berkenaan.
Berikutan itu, katanya, Azizan didesak supaya menarik kenyataan yang dikeluarkannya itu bagi memastikan rakyat tidak terkeliru dengannya. - Utusan
Aku dah boring betoi dengan puak-puak PAS Kedah yang perasan kuat. Hari-hari dok tabur fitnah sana sini dan dok canang kononnya depa la yang paling best, paling hebat dan paling Islamik. Puiiii..!!! Poyo je lebih....
Dah hampir 5 tahun PAS perintah Kedah. Dah nak hancur dah negeri ni dikerjakan PAS. Depa bukan buat kerja cara Islam pun, depa buat kerja ikut suka hati mak bapak depa... Ustaz suruh buat kerja cara Islam, tapi depa yang dok keliling dia tu buat kerja macam DAP dan PKR...
Paling sadis, maklumat yang aku terima mengatakan bahawa boleh dikatakan hampir separuh puak-puak PAS Kedah tak puas hati dengan Azizan...depa nak pejatuh Ustaz pada PRU kali ini. Tapi, kalau hangpa tanya depa, depa takkan mengaku punyaaa..."strategi" la tu kononnya...
Bukan setakat Exco yang guling Azizan, orang-orang kanan dia kat Sg Limau tu pun katanya nak "tikam" dia dari belakang sebab tak bagi projek kat depa. Memang betoi pun Ustaz tak bagi projek, yang dok bagi projek tu orang keliling dia yang tak buat kerja cara Islam...'
Lagi pun, aku tengok Zul Ya dah poyo sangat! Gaya dia over sangat, lebih dari Exco, melebih dari MB sendiri. Poyo tahap gaban! Cuba tengok blog upahan dia tu, dok fitnah siang malam. Padahal, semua orang tau dia memang "sampah"...
Aku dengar, pemimpin PAS Kedah sendiri pun dah boring dengan sikap poyo Zul Ya ni. Depa nak "terajang" keluar Wisma, takut Zul Ya menangis pulak. Hmmmm...terpaksa la depa biaq pi kat Zul Ya dengan "labu-labu"nya... Syok sendiri la tuuuu...uwwekkk..!
Lagu ni la senang cerita. Oleh kerana PAS Kedah rasa hebat, rasa kuat, rasa gah sangat, aku cabar supaya Azizan Razak bubarkan DUN Kedah secepat mungkin. Aku cabar dia bubar DUN Kedah lebih awal dari DUN Khalid "Gagap", amacam? Berani?
Kalau PAS betul berani dan rasa kuat sangat, paksa la Azizan bubar DUN..! Dok canang merata kata kuat sangat, buktikan la. Takkan itu pun tak berani kot? Jantan ke betina ni?
Lagipun, aku dan kawan-kawan blogger lain di Kedah ni dah sepakat semalam untuk desak Azizan bubarkan DUN Kedah secepat mungkin kalau PAS Kedah betul-betul "Gentlemen". Tapi kalau PAS Kedah tu "ladies", maka simpan la "teloq" tu dalam almari buat pusaka...
Amacam? Ada berani kaaaa...? Takat gebang saja besar, tapi pengecut penakut nak mampoihhh..!!! Heh!
bagaimana cara memulai bisnis online terpercaya ? saya akan memberikan informasi mengenai hal tersebut, silahkan membaca artikel saya dan , lebih baik anda menikmati dengan cara meminum kopi, dan siapin perlengkapan yang bisa membuat anda rilek, iya ! apakah anda mengetahui rudy ? rudy adalah kaliber dunia , hanya dengan strategi jitu, anda bisa mendapatkan puluhan juta rupiah, bagaimana cara memulai peluang usaha 2013 ini hanya dengan modal kecil , BAHKAN GRATIS ! silahkan saya akan memberitahukannya kepada anda. 1. systemnya otomatis. 2. memberikan hasil yang maksimal. 3. gamblang dan masuk akal. 4. supprot penuh oleh kaliber dunia. 5. mudah dan simple. bagaimana cara bergabung bisnis online terpercaya nya ? silahkan TEKNAN DISINI untuk informasi lebih lanjut.
Bagaimana memulai Peluang Usaha Modal Kecil ? saya akan memberikan informasi tersebut untuk anda, silahkan membaca artikel saya sebagai berikut :
Memulai Usaha Usaha Tidak Harus Lah dengan modal besar, anda bisa memulai usaha kecil dengan cara yang mudah, bagaimana cara memulai Peluang Usaha Modal Kecil mungkin anda bertanya mengenai hal tersebut bukan ?
1. rencanakan anggaran pengeluaran bisnis anda. 2. rencanakan tujuan bisnis anda. 3. rencanakan pendapatan dan pemasukan dalam bisnis anda.
bangun dan rancang ide paling unik untuk memulai bisnis anda. dengan cara unik anda bisa mendapatkan hal yang unik dan menarik.
namun ada bisnis yang memiliki modal relatif kecil, dan peluang usaha 2013 ini sama sekali tidak menggagu pekerjaan anda, apa itu silahkan
Selepas Remy Ishak , kini dah jadi satu trend la pulak artis lelaki Melayu pakat dok tayang body muscle mereka di Instagram sendiri .Terbaru pelakon Aqasha pulak mempamer tubuh sasanya hingga nampak pusat untuk tatapan peminat .
Transformasi pertahanan negara kali ini berjaya mengorak langkah ke hadapan apabila Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal mempunyai satelit komunikasinya sendiri yang dijangka akan dilancarkan pada pertengahan 2014.
Panglimanya, Jen Tan Sri Zulkifeli Md Zain, berkata dalam meningkatkan keupayaan sistem pertahanan negara peranan komunikasi amat penting terutama dalam penyampaian dan penerimaan maklumat sulit kepada pesawat tempur dan kapal perang ATM oleh itu negara bersetuju membangunkan sebuah 'Transponder Satellite' bagi tujuan komunikasi.
"Satelit Transponder berperanan sebagai satelit komunikasi dan dijangka dapat meningkatkan sistem komunikasi sedia ada yang mampu berfungsi dengan semaksimum mungkin. Ia sedang dibangunkan melalui kerjasama syarikat satelit terkemuka yang membantu kita dalam penggunaan teknologi ini," katanya ketika ditemu bual Bernama baru-baru ini di pejabatnya di sini.
Bagaimanapun beliau menjelaskan satelit transponder itu akan disewa ATM dari syarikat berkenaan.
"Kita akan menyewa transponder itu selama 15 tahun kerana ia menjimatkan kos berbanding untuk membangunkan satu satelit ketenteraan yang menelan belanja berbilion ringgit," katanya.
Beliau berkata satelit itu yang menggunakan spesifikasi X-band, mampu beroperasi selama 20 hingga 25 tahun dan ATM dijangka turut mampu meningkatkan keupayaan pertahanan negara dalam tempoh waktu berkenaan.
"Satelit ini khusus bagi meningkatkan keupayaan komunikasi tentera kita yang berada di kawasan yang berisiko rendah menerima isyarat komunikasi," katanya.
Beliau turut menafikan kegunaan satelit yang dibangunkan ATM itu bertujuan untuk risikan sebaliknya ia lebih tertumpu dalam memperkasakan sistem komunikasi.
X-band Satelit Transponder ialah sistem komunikasi digital khas untuk tentera bagi penghantaran data tinggi, suara dan video.
Ia akan menggunakan empat transponder berkuasa 60-MHz dengan satu lagi transponder sebagai simpanan.
Antara syarikat tempatan yang menggunakan satelit transponder biasa, syarikat perkhidmatan televisyen berbayar, Astro. - BERNAMA
Pepatah orang Melayu pernah menyatakan kalau " Guru tu kencing berdiri , anak murid akan kencing berlari"... haha.. itu yang berlaku kepada budak sewel khalid ismath . Sapa yang ajar dia kurang ajar ? Pakatan juga ...
Kali ini Ikut suka mulut dia je maki MB Kedah , Ostat Azizan Razak sebagai Sial Bin Celaka pasal sertai program anjuran kerajaan BN di Kedah .
Budak ajaran syiah macam ni la punya perangai .. kalau bukan puak-puak dia , kalau bergaduh pun dia sanggup walaupun orang itu saudara Islam sendiri .
Apa kata pencacai2 Pakatan terutaman blogger belaan mereka ?? Tak mau defend ke maki hamun budak sewel ni .. GPB pun tak sanggup panggil Ostat Zizan macam tu walaupun berbeza fahaman politik .
Bila pencacai2 Guan Eng minta bukti kain rentang ucapan Selamat Tahun Baru Cina Perdana Menteri Malaysia diturunkan di Seberang perai , hari ini Dato Zainal Abidin Osman menunjukkan bukti bergambar perbuatan biadap ini
Mereka yang dalam gambar ini hanya akan berani turunkan banner ini jika mendapat lesen besar daripada Guan Eng .
Ini baru memerintah negeri dah dicabut segala banner , itu belum memerintah Malaysia lagi . Walhal banner program ,ceramah mereka tak pernah pun diganggu .
NIBONG TEBAL 4 Feb. - Tindakan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menurunkan kain rentang ucapan Selamat Tahun Baru Cina oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai biadab. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, beliau kesal dengan perbuatan tersebut kerana kain rentang itu digantung dengan tujuan baik. "Kalau kain rentang Perdana Menteri dengan wajahnya mahu menyatakan sesuatu yang gembira kepada rakyat pun dibuang, itu menunjukkan sikap sungguh biadab oleh sebuah agensi di bawah kerajaan DAP Pulau Pinang," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jawi di sini hari ini. - UTUSAN.
Ahli-ahli dan para penyokong Pas terus menunjukkan protes mereka berhubung pendirian pakatan pembangkang mengenai isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Terbaharu di sini hari ini, sekumpulan penyokong Pas mengadakan bantahan aman menyelar sikap pemimpin DAP yang terus-terusan tidak menghormati keputusan Majlis Syura Pas tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam.
Pada masa yang sama, mereka mengingatkan pemimpin Pas agar berterus-terang dan tidak terus tunduk berhubung isu penggunaan kalimah Allah sehingga mengadai maruah umat Islam dan agama.
Wakil kumpulan itu, Zamri Yaakob berkata, mereka terpanggil untuk berhimpun selepas menyaksikan terlalu banyak percanggahan pendirian dalam pakatan pembangkang berhubung isu-isu agama Islam dan yang menyentuh akidah.
Justeru beliau yang telah menyokong Pas hampir 20 tahun itu berkata, pihaknya ingin tahu pendirian sebenar pakatan pembangkang sekarang berhubung isu itu.
"Kami juga ingin tahu apa hukumnya dalam Islam jika kami membantu DAP dalamPilihan Raya Umum (PRU-13) nanti," katanya kepada pemberita semasa berhimpun di pekarangan tempat letak kereta Masjid Tengku Tengah Zaharah di sini.
Himpunan yang turut disertai kira-kira 20 penyokong Pas itu sebahagian daripada siri jelajah kumpulan itu bagi menyatakan bantahan terhadap pengerusi DAP, Karpal Singh dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang membangkitkan isu berkenaan. - UTUSAN
— Sebuah syarikat swasta gergasi Mega Ultimate dan bukan Barisan Nasional (BN) yang membayar penyanyi terkemuka Psy untuk tampil pada sambutan Tahun Baru Cina yang digembar-gemburkan berlangsung di Pulau Pinang minggu depan, kata jurucakap rasmi BN hari ini.
Ketua Pemuda BN negeri Oh Tong Keong memberitahu penampilan Psy ditaja oleh sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Beliau menolak tuduhan mengatakan kerajaan pusat menggunakan wang awam untuk membawa penyanyi fenomena "Oppa Gangnam Style" sebagai cubaan untuk menarik sokongan pengundi muda menjelang Pilihan Raya 2013.
"Malahan persediaan dan makanan untuk sambutan ditaja oleh beberapa syarikat tempatan," kata Oh kepada The Malaysian Insider.
"Kami sudah sediakan makanan untuk 50 ribu orang tapi kami jangkakan lebih ramai orang akan turun untuk melihat persembahan Psy nanti," kata beliau lagi. Penyanyi sensasi berasal dari Korea Selatan yang nama sebenar Park Jae-Sang bakal membuat persembahan pada 11 Februari ini di padang sekolah Han Chiang, lokasi yang menjadi simbolik kepada kemenangan DAP pada Pilihan Raya 2008 lalu.
Psy dilaporkan oleh laman hiburan tempatan telah meminta penganjur konsert dari Malaysia tersebut sejumlah US$750,000 (RM2.3 juta) sekiranya mahu beliau tampil di Kuala Lumpur pada tahun lalu.
"DAP dan Pakatan Rakyat mahu berkata dan memutar belit dengan mengatakan kerajaan BN membelanjakan sejumlah wang RM2.3 juta hingga RM3 juta untuk konsert Psy," kata seorang lagi sumber kepada The Malaysian Insider.
"Ini salah sama sekali memandangkan lawatan Psy adalah sebagai tetamu di Pulau Pinang sempena sambutan Tahun Baru Cina yang telah diaturkan dan ditaja oleh sebuah firma penganjur acara, gergasi. Tiada dana kerajaan atau wang pembayar cukai terlibat."
Sumber tersebut yang mendedahkan dengan syarat namanya dirahsiakan memberitahu kehadiran Psy akan menaikkan profil Pulau Pinang dan Malaysia yang mungkin akan menyuntik industri perlancongan.
Oh mengakui Psy akan merupakan tarikan utama pada sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN kali ini yang mana juga akan menyaksikan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, namun tujuan sebenarnya adalah bagi menarik pengundi golongan muda di negeri kepulauan tersebut.
"Ia merupakan kali pertama Psy membuat persembahan di Malaysia, jadi saya sangat pasti bukan rakyat di Pulau Pinang sahaja akan menghadiri tetapi juga akan menarik semua dari Kuala Lumpur, Kedah dan Perak," terang beliau.
Beliau juga menerangkan mentaliti orang muda zaman sekarang berbeza dan masih ragu-ragu sama ada kelompok tersebut mudah untuk dipujuk supaya mengundi BN dengan membawa Psy ke sambutan tersebut, dimana mereka ketika adalah pembangkang dibawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat. "
- Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Das Aseerpatham mempersoalkan tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang tetap enggan mohon maaf dalam isu kalimah Allah.
Beliau mempersoalkan keengganan Setiausaha Agung DAP itu yang tetap berdegil dan menyifatkan tidak ada salahnya Ketua Menteri Pulau Pinang itu memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam seluruh Malaysia.
"Saya tidak mahu bermain isu agama kerana tahu sensitivitinya. Sekiranya mohon maaf pun, kita tidak akan kehilangan apa-apa.
"Apa salahnya Guan Eng memohon maaf," katanya. David Das juga menegaskan tidak perlu membandingkan kehidupan pelbagai kaum di negara ini dengan luar kerana kesesuaian persekitaran dan sikap toleransi antara kaum adalah tonggak keharmonian di Malaysia."Janganlah diungkitkan isu kalimah Allah ini kerana ia benar-benar menyinggung perasaan orang Melayu dan Islam," katanya.
Beliau turut memberitahu Sultan Selangor pernah menegur bahawa isu kalimah Allah tidak seharusnya diperbesarkan dan hanya diguna pakai untuk orang Islam.
Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi ini juga menegaskan pemimpin politik perlu tahu Rukun Negara dan salah satu daripadanya adalah kesetiaan kepada raja dan negara.Malah beliau turut menekankan titah Sultan Selangor agar jangan dibangkitkan lagi perkara ini namun pemimpin Pakatan Rakyat masih terus mempertikaikan isu kalimah Allah.
"Kita duduk dalam sebuah keluarga dan jangan cakap soal parti sekarang," tegas beliau.
Perbuatan kerajaan negeri DAP menurunkan kain rentang ucapan Tahun Baru Cina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memang biadap dan tidak demokratik.
Najib adalah perdana menteri yang dipilih rakyat dan perbuatan itu jelas tidak menghormati perlembagaan negara yang mendukung amalan demokrasi. Nama saja parti demokratik tapi sebenarnya biadap & kurang ajar .
GPB dimaklumkan banner ucapan PM ini diturunkan di kawasan Parlimen Bagan yang mana wakil rakyatnya adalah Lim Guan Eng . Adakah Guan Eng sudah takut kepada bayang-bayang Najib yang kini semakin berjaya menambat kembali sokongan kaum Cina ??
Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP dikecam kerana menurunkan banner Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan 'Gong Xi Fa Cai' (Tahun Baru Cina) kepada masyarakat Cina di negeri itu. Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata langkah kerajaan negeri itu merupakan satu tindakan keterlaluan berikutan maklum balas diterima juga menunjukkan beberapa individu telah didakwa memijak gambar Najib selepas banner diturunkan. Dr Ng berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng perlu memohon maaf atas tingkah laku tidak sopan terhadap seorang perdana menteri Malaysia. "Beliau (Lim) perlu ingat (Najib) adalah Perdana Menteri Malaysia termasuk Pulau Pinang. Memijak muka perdana menteri adalah sama seperti memijak muka Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program 'My Beautiful Malaysia' di Dataran Taman Negara, Teluk Bahang, di Georgetown, semalam. "Sekiranya sebuah banner (dengan gambar perdana menteri) dikoyak ia bermakna menolak Malaysia," kata Dr Ng ketika diminta mengulas tindakan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menurunkan banner ucapan Najib kerana mereka yang memasang tidak memohon permit. Beliau berkata kerajaan persekutuan sentiasa membantu membangunkan Pulau Pinang demi kebaikan rakyatnya walaupun negeri itu tidak ditadbir oleh Barisan Nasional (BN). "Jangan terlalu taksub dengan politik. Ada benda yang anda tidak boleh mempolitikkan sekiranya ia untuk kebaikan rakyat Pulau Pinang. Jadilah kerajaan bertanggungjawab dan memberi khidmat baik kepada rakyat. Jika kerajaan persekutuan mahu membantu, biarkan aje," katanya. Dr Ng berharap rakyat Pulau Pinang memahami dan merasakan keikhlasan kerajaan pusat untuk memakmurkan negeri itu berikutan sekitar RM140 juta dibelanjakan sebelum ini untuk merancakkan industri pelancongan di negeri tersebut. Dalam perkembangan lain, Dr Ng berkata Kementerian Pelancongan memberi kebenaran kepada pelatih pemandu pelancongan yang selesai 75 peratus kursus mereka untuk menjadi pemandu pelancongan sementara selama sebulan mulai 1 hingga 28 Februari ini sempena sambutan Tahun Baru Cina. Katanya sebanyak 25 syarikat pelancongan dilaporkan memerlukan 450 pemandu pelancongan tambahan berikutan peningkatan pelancong China dan Taiwan semasa musim perayaan itu. Beliau berkata bayaran kepada pemandu tetap pada hari pertama dan kedua Tahun Baru Cina ditambah dua kali ganda daripada RM220 kepada RM440 sehari sebagai sokongan motivasi. -Bernama
Kerapuhan pendirian bersama pakatan pembangkang berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam semakin ketara terutama apabila berlakunya "pertelingkahan terbuka" antara Pas dan DAP. Terbaru, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan tegas menjawab "itu dia punya pasal" apabila diminta reaksinya berhubung kenyataan Karpal Singh, Pengerusi DAP yang mengenai isu kalimah Allah.
Katanya, Karpal (yang masih mempertahankan keputusan awal pakatan pembangkang supaya bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah Allah) tidak tahu apa berlaku dalam Pas dan terpulang kepada pemimpin DAP itu bercakap.
"Yang buat keputusan ialah Majlis Syura Ulama. Itu dia (Karpal) punya pasal. Dia tidak tahu mengenai Pas kecuali orang Pas, begitu juga DAP, tidak ada orang Pas tahu pasal DAP kecuali DAP," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan, Karpal menyanggah kenyataan Abdul Hadi yang menyifatkan isu kalimah Allah telah selesai dan keputusan Majlis Syura Ulama Pas diterima baik oleh orang bukan Islam termasuk pemimpin DAP.
Karpal menegaskan, kenyataan itu jelas tidak benar kerana DAP tetap berpegang teguh dengan pendirian yang telah diambil pakatan pembangkang pada awal bulan lalu yang mahu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dibenarkan. - UTUSAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan