Rabu, 20 Februari 2013

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Berita tempatan Bukit Katil : Nekad Tendang Pintu

Posted: 19 Feb 2013 03:11 PM PST

MELAKA - Seorang  lelaki hanya sempat menyelamatkan seekor anjing dan sebuah mesin tekanan air selepas nekad menendang pintu rumah yang dikunci dari luar apabila melihat rumah pekerja abangnya marak dijilat api.

Dalam kejadian di Kampung Bukit Sepam, di sini, Ee Yong Chai, 45, tidak dapat menyelamatkan barangan lain apabila rumah yang menempatkan empat pekerja warga Indonesia abangnya itu hangus terbakar kira-kira 2.40 petang semalam.

"Ketika kejadian, tiada orang di dalam rumah jadi saya terpaksa tendang pintu yang dikunci dan hanya sempat mengeluarkan anjing bersama sebuah enjin tekanan air kerana api terlalu marak," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Menurut Yong Chai, kebakaran disedari adik perempuannya, Ee Chai Choo, 40, yang ketika itu lalu bersebelahan lokasi untuk pulang ke rumah selepas menziarahi ibu di rumah yang terletak tidak jauh dari lokasi.


Bagaimanapun, situasi bertukar kecoh apabila salah seorang penghuni rumah berkenaan, Muhammad Dahri, 25, memberitahu rakannya Darno, 30, dari Jawa Tengah berada di dalam rumah sebelum dia keluar bekerja dan dipercayai terperangkap di dalam rumah ketika kebakaran.

"Saya yang bekerja sebagai buruh keluar rumah jam 8 pagi tadi (semalam) dan menerima panggilan daripada majikan semasa berada di tempat kerja di Jalan Dato' Palembang, Bukit Baru sebelum bergegas pulang," katanya.

Menurutnya, Darno bersama Anto, 30, dan Kisman, 20, tidak pergi bekerja sejak hari Sabtu lalu.

"Saya cuba hubungi telefon bimbitnya tetapi gagal disambung dan sehingga sekarang dia tidak dapat dikesan," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, Alias Ahmad berkata, tiga jentera masing-masing dua dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil dan satu dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu bersama 14 anggota termasuk tiga pegawai dikejarkan ke lokasi.

"Ketika kami sampai, api sedang marak dan kebakaran memusnahkan kira-kira 60 peratus struktur rumah sebelum merebak ke tiga stor dan garaj kenderaan.

Sinar Harian

Tiada ulasan:

Pengikut