Rabu, 20 Februari 2013

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 20 Feb 2013 03:34 AM PST

MEDIA Rakyat MALAYSIA


LAHAD DATU TERKAWAL ~ TS ISMAIL OMAR

Posted: 19 Feb 2013 11:21 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 19 Feb 2013 11:46 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


menginap di kawasan rehat R & R Lanchang

Posted: 19 Feb 2013 06:23 PM PST

Begitu letih dan mengantuk, sekembali dari Felda Sg Klah, Kak Hendon tanya saya samada saya boleh memandu.  Dia kata dia dah tak boleh memandu lagi.  Saya ambil alih dan memandu dari Batang Kali hingga ke Genting.  Selepas itu saya meletakkan kereta di tepi jalan untuk tidur.

Kak Hendon tidak setuju tidur di situ kerana berbahaya, maklumlah kawasan orang turun dari Genting Highlands, entah yang ada habis kalah semua dan mereka memandu tanpa berhati-hati.  Kak Hendon ambil alih semula pemanduan; tetapi sampai di R & R Lanchang, dia parkir kereta di sana dan kami pun tidur didalam kereta.

Jam 2.30 pagi itu adalah 3 buah kereta yang juga parkir di situ dengan pemandu masing-masing merebahkan badan.

Jam 6.00 pagi kami terjaga dan Kak Hendon membawa kereta untuk pulang ke rumah kami di Kg Batu 4, Jalan Maran, Temerloh.  Sempatlah Solat Suboh dalam waktunya.

Kenapa kami tidur di tepi-tepi jalan kerana sudah beberapa kali kami accident kerana terus memandu didalam keadaan mengantuk.

Kadang-kadang saya berceramah di Johor, Negeri Sembilan, di Keratong Pahang, di Chini dan lain-lain kawasan Felda yang sangat jauh dari Temerloh.  Biasanya kami balik juga selepas ceramah itu.

Maklumlah badan dah semakin tua, walaupun hati masih cekal, tetapi kederat badan sudah tidak ada, kadang-kadang tertidur semasa memandu.

Atas pesanan anak saya Surina, dia kata: "Abah kalau dah berceramah jauh-jauh tu, tak usahlah balik malam tu, tidur jer di sana, habis duit sikit tak apa asalkan keselamatan terjaga."

Saya sentiasa tunaikan jemputan ceramah khususnya didalam rancangan Felda walaupun poket tidak begitu mengizinkan.  Dan saya tidak mahu mengambil pemberian tambang oleh penganjur-pengajur ceramah kerana bagi saya pihak penganjur sudah berbelanja besar membuat ceramah, kenapa saya pulak tidak sanggup berkorban.  Penolakan sumbangan dari penganjur-penganjur itu saya anggap sebagai pengorbanan dari saya walaupun kecil dan sedikit.

Tetapi malam tadi, Major (B) Kamal tiba-tiba push kedalam poket saya sesuatu, saya kata saya tidak boleh terima, tetapi dia berkeras sehingga pegang tangan saya supaya tidak mengeluarkan apa yang dia masukkan kedalam poket saya.  Saya rasa sangat bersalah.  Saya berceramah bukan untuk wang poket tetapi itulah sedikit pengorbanan perjuangan dari saya.

Saya ucapkan terima kasih kepada Mejar Kamal kerana memahami keadaan saya, tetapi menjadikan kebimbangan kepada saya takut-takut saya tidak berani lagi untuk berceramah di Tanjung Malim kerana saya telah berkompromi dengan prinsip saya sendiri tidak mahu menyusahkan pihak penganjur.

Semakin banyak ditabur semakin ditolak oleh peneroka-peneroka Felda

Posted: 19 Feb 2013 05:59 PM PST

Saya memulakan ceramah saya di Felda Sg Klah malam tadi dengan mengucapkan tahniah kepada peneroka-peneroka, isteri (isteri-isteri peneroka dan janda-janda peneroka) serta anak (anak-anak peneroka Felda) yang telah menerima RM15,000.00.

Umpan ini agak besar jika dibandingkan dengan umpan-umpan sebelum ini, hanya peneroka-peneroka tidak diberitahu bahawa sepatutnya mereka boleh mendapat RM50,000 bukan RM15,000 hasil dari penggadaian seluas 850000 ekar tanah Felda Plantation kepada FGV.

Peneroka Felda Sg Klah adalah terdiri daripada mereka yang sangat perihatin apabila saya bertanya, "Baki RM35,000.00 lagi tu pergi ke kantung mana?"  Mereka jawab, "Roooosmaaaah."  Ya, RM35,000 itu disorokkan daripada pengetahuan peneroka-peneroka dan akan dijadikan umpan sedikit demi sedikit untuk memancing peneroka-peneroka.

Wang RM5000 kepada peneroka, RM5000 kepada isteri peneroka dan RM5000 kepada anak peneroka bukan boleh bertahan lama, tak sampai beberapa bulan wang itu sudah kering.  Maka umpan baru dihulurkan ke mulut peneroka-peneroka iaitu BRIM RM500.00.  BRIM pertama sudah kehabisan dalam tempoh beberapa hari sahaja.  Ini BRIM kedua, hari ini dapat, namun minggu hadapan sudah tiada.

Ini menggelisahkan Mr Najib.  Tabur umpan, umpan dah habis, tetapi peneroka masih tidak puas hati.  Ramai peneroka kini meninggalkan UMNO kerana isu yang lebih besar tidak diselesaikan oleh Felda dan UMNO.

Mereka tidak puas hati kenapa kini mereka dibebankan dengan hutang baru sebanyak RM5000.00 kerana pemberian 800 unit saham FGV.  Kalau betul Felda nak bantu peneroka kenapa peneroka kena membayar RM3640.00 untuk 800 unit saham itu dengan hutang berjangka (selama 6 bulan).  Ada pengurus-pengurus Felda menjanjikan kepada peneroka-peneroka ini bahawa mereka boleh menjadi senang lenang apabila memiliki saham 800 unit itu, dan ada pulak golongan-golongan didalam GPW yang berkempen: "Rugilah kalau kita tak ambil 800 unit saham tu, nanti orang lain jadi jutawan, kita terkebil-kebil melihat orang jadi senang."  Kempen ini cukup berkesan sehinggakan bukan sahaja orang UMNO dan orang atas pagar mengambil saham ini bahkan orang Pakatan Rakyat pun ambil juga.

"Ah..kamu orang PAS, orang PKR ada ambik tak?" Saya tinggikan suara saya bertanya kepada hadirin.  "Ambiiiiik!!!" jawapan dari mereka.

"Dah jadi jutawan sekarang?"

"Dah jadi tak tentu keruan!!!!" jawapan mereka.

Tetapi tak mengapa, saya teruskan ceramah, kan Felda dan UMNO itu baik, tuan-tuan berhutang dengan bank sebanyak RM3640, Felda ambil alih hutang tu, maka hutang tuan-tuan dah jadi kosong dengan bank, tak berhutang lagi.

"Kenapa Felda ambil alih hutang dari bank tu?  Ada yang tahu?" saya limparkan soalan itu kepada hadirin.

"Tak tau..!!!" mereka jawab.

Hutang dengan bank itu bertempoh (6 bulan) kalau tak bayar dalam tempoh tu bank akan saman.  Dan cubalah bayangkan betapa marah seluruh 112,000 keluarga peneroka kepada Felda dan UMNO jika mereka disaman oleh Bank.  Maka Felda ambil alih hutang itu semata-mata nak mengelakkan peneroka-peneroka marah kepada UMNO dan Felda dan untuk mengelakkan supaya peneroka-peneroka lari dari UMNO!!!

Tapi apa nak disusahkan.  Kan Felda beri tuan-tuan setiap bulan RM50.00 kerana Felda ambil alih hutang itu?  Tanya saya sinis.  "Tidak Haji....kami yang kena bayar RM50.00 sebulan kepada Felda!!!"

Ho...ho..saya teruskan ceramah saya.  Dulu saya dan Mazlan Aliman dah beritahu, jangan ambil saham 800 unit tu, bukan boleh jadi kaya dengan saham yang tak sampai satu lot tu.  Orang Besaut dan Sg Klah (orang PAS dan PKR) ada yang talipon saya samada boleh ambil atau tidak saham tu.  Saya dah jawab.  Jangan ambil.  Tapi tuan-tuan ambil juga kan?  Tulah.....

Baik.  FGV ni bukan syarikat berdaya maju.  Syarikat ini berniaga dibanyak negara di dunia ni.  Tapi kebanyakannya rugi.  Maka kepada syarikat yang rugi inilah UMNO menaruh kepercayaan untuk disenaraikan.

Berbuihlah mulut kita supaya jangan digadaikan Felda Plantation, itu adalah sumber pendapatan Felda; tanpa Felda Plantation, Felda akan mengalami kekurangan pendapatan dan kebajikan yang boleh dihulurkan oleh Felda kepada peneroka-peneroka serta anak-anak peneroka akan berkurangan.

Tapi apa boleh buat.  Kami Pembangkang.  UMNO guna tv, media, pengurus-pengurus Felda, GPW dan semua badan belia dirancangan Felda.  Secara bisik-bisik, peneroka-peneroka dibisikkan bahawa mereka boleh menjadi orang senang bahkan jutawan jika mereka bersetuju supaya FGV disenaraikan dan Felda Plantation ini digadaikan kepada FGV.

Kita kata bahawa FGV ni takkan maju, takkan ada korporat-korporat besar luar negara nak melabur apabila mereka dapat tahu bahawa ladang-ladang didalam Felda Plantation ini tidak begitu produktif kerana pokok-pokok di kebanyakan ladang itu sudah tua, dan sebahagian lagi ladang-ladang itu baru ditanam, masih belum mengeluarkan hasil.  Mereka ambil kira hal ini.

Selepas disenaraikan; saham FGV melonjak naik, dan Isa Samad dengan penuh kegembiraan menyatakan bahawa apa yang dilakukan oleh Felda dan UMNO/BN adalah betul, peneroka-peneroka akan mendapat faedahnya.  Selepas lonjakan itu saham FGV terus jatuh dan merudum hingga RM4.38 sedangkan harga semasa IPO adalah RM4.56.. Ingat-ingat nak jadi jutawan....

Dengan penggadaian Felda Plantation selama 99 tahun kepada FGV, harapan anak-anak peneroka untuk mendapat tanah seperti dijanjikan didalam Buku Jingga hancur berkecai.  Pekerja-pekerja (anak tempatan) Felda Plantation yang bergaji rendah, tak ada SOCSO, KWSP, cuti sakit, cuti tahunan..(mereka sanggup berkeadaan itu kerana menjangkakan tanah yang mereka kerjakan itu menjadi milik mereka akhirnya) hilang segala-galanya.

Felda telah menganiaya anak-anak peneroka dan pekerja-pekerja (anak tempatan) dengan menggadaikan Felda Plantation kepada FGV.

Felda menjanjikan seperti yang termaktub didalam Surat Perjanjian diantara peneroka dan Felda bahawa Felda akan mengesyorkan kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri untuk dikeluarkan geran tanah kebun dan kampung kepada peneroka-peneroka apabila peneroka-peneroka selesai menjelaskan hutang kepada Felda dan bayaran CAC kepada Kerajaan Negeri yang dibuat melalui Felda.

Tetapi sebahagian besar dari peneroka-peneroka Felda tidak dikurniakan geran tanah setelah menjelaskan hutang mereka, sesetengahnya sudah melebihi 16 tahun.  Apa tujuan Felda menafikan geran tanah kepada peneroka-peneroka, tidak lain dan tidak bukan untuk memanipulasikan agar Felda tidak melakukan tanam sendiri tetapi tanam melalui Felda, yang boleh memberikan keuntungan kepada Felda dan merugikan peneroka-peneroka.  Felda akan membuat untung yang besar melalui tanam semula, dan akan untung lagi apabila Felda bersikap seperti ceti memberikan hutang kepada peneroka-peneroka dan dengan penyata pendapatan dan penyata hutang tidak diserahkan kepada peneroka-peneroka.

Berlaku di kebanyakan rancangan Felda di Negeri Sembilan di mana Felda gagal menanam semula untuk peneroka-peneroka, walhal, semasa peneroka menuntut untuk tanam sendiri, Felda tidak mengizinkan dan mereka yang mahu tanam sendiri diugut hingga kononnya mereka itu boleh dipecat dari rancangan Felda.

Di kawasan Felda Rokan di Negeri Sembilan, Felda telah gagal menanam semula hingga sudah melebihi 10 tahun menyebabkan peneroka-peneroka terpaksa menanggung hutang melebihi RM200,000.00 kerana Felda memberikan elaun sara hidup sebanyak RM15000.00 sebulan sedangkan tanah mereka tidak ditanam semula dan mereka tidak mempunyai apa-apa hasil untuk membayar hutang Felda.

Kalau semasa peneroka menuntut untuk tanam sendiri dahulu mendapat tentangan paling keras dari Felda, tetapi kini Felda pulak yang meminta peneroka-peneroka supaya mengambil alih ladang-ladang mereka supaya mereka boleh melakukan tanam sendiri.  Nasi sudah jadi bubur.

Tetapi kepada peneroka-peneroka yang dibebankan dengan hutang oleh Felda tidak perlulah begitu khuatir kerana seperti terkandung di dalam JANJI PALONG,  hutang-hutang peneroka ini akan dimansuhkan.

Dengan meninggalkan satu persoalan kepada peneroka-peneroka samada mereka akan terus menyokong UMNO setelah pendedahan ini dan menerima jawapan bahawa hadhirin serentak mengatakan: "TIDAAAK...!" saya memberhentikan ucapan saya untuk memberi laluan kepada Chua Yee Ling dan YB Dr Mariah.

Perjalanan ke Felda Sg Klah

Posted: 19 Feb 2013 04:37 PM PST

Saya sampai ke Behrang 2020 lebih kurang jam 6.00 petang semalam (19.2.13).  Sdr Hamzah, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Negeri Perak dan Sdr Wan Zul, AJK Biro Felda dan Orang Asal PKR Pusat sudah pun menunggu kedatangan saya di Pejabat AMK Tanjung Malim.

Sdr Hamzah, bekas Pensyarah UPSI dan Sdr Wan Zul memohon kebenaran Biro Felda peringkat Pusat untuk dijadikan satu program Biro Felda peringkat Negeri Perak bahawa pada 2hb Mac 2013, Biro Felda Perak akan melancarkan penyerahan bendera-bendera PKR kepada semua 10 rancangan Felda di kawasan Parlimen Tanjung Malim.

Beliau menjemput kehadiran Pengerusi dan Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat.  Saya menyatakan bahawa program itu adalah baik, namun, untuk kehadiran saya kena tengok dulu kerana mungkin pada waktu itu sudah waktu pilihanraya, dan saya kena memberikan tumpuan di kawasan saya.

Lantas mereka bertanya: "Tuan Haji bertanding ker?"  Saya jawab, saya tidak tahu.  Itu urusan parti.  Urusan saya adalah mengemaskan jentera parti untuk PRU itu samada saya menjadi calon atau pun tidak.  Saya lebih suka kalau tidak menjadi calon kerana sebagai calon akan dibebankan dengan tanggungjawab yang sangat berat, dan kalau tidak menjadi calon, saya akan memberikan tumpuan untuk membantu, itu lebih ringan.

Setelah makan malam bersama mereka berdua, kami mengerjakan solat Maghrib berjemaah, dan kemudian saya meneruskan solat Isya Jamak.

Kemudian, kami terus ke Felda Sg Klah.  Saya tidak sangka dengan kehadiran yang begitu ramai dari berbilang kaum.  Sdr Major (B) Kamal memberitahu saya bahawa saya kena ambil masa yang panjang untuk menerangkan isu-isu berkaitan Felda.  Beliau menyatakan bahawa beliau, YDP PAS Kawasan dan Chua Yee Ling akan bercakap dalam 5 hingga 10 minit seorang sahaja.  Beliau menyatakan bahawa peneroka-peneroka yang ramai turun pada malam ini mahu dengar cerita Felda.  "Itu tugas tuan Haji malam ni, ok?" Dan dia senyum serta menjawab sendiri, "oklah tu."

Jam 9.30 malam ceramah dimulakan.

Suara Sri Andalas

Posted: 19 Feb 2013 11:23 PM PST

Suara Sri Andalas


Vandalisme dan Cubaan Sabotaj Pihak Tidak Bertanggungjawab Terhadap Program Rakyat Di DUN Seri Andalas

Posted: 19 Feb 2013 06:02 PM PST

Menjelangnya Pilihan Raya Umum yang ke-13, vandalisme terhadap kain rentang dan banner yang dipasang di sekitar DUN Seri Andalas untuk program-program bertemu dan bersama rakyat semakin menjadi-jadi. Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini mencerminkan tahap pemikiran mereka yang masih lagi berada di tahap yang mundur, kebelakang dan terdesak.

Terbaru, banner-banner yang dinaikkan untuk menjemput orang ramai menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DUN Seri Andalas (majlis akan diadakan pada 24 Februari 2013, jam 2-5 petang di Jalan Bendahara 45, Off Jalan Jati, Taman Mewah, Klang) telah dimusnahkan. Walaupun ada banner tersebut yang dinaikkan dan dipacak dengan konkrit, ia juga dimusnahkan sehingga menyebabkan kemudahan awam seperti longkang bersebelahan dipecahkan. Tindakan sebegini harus dihentikan serta-merta kerana bertentangan dengan amalan demokrasi dan logik akal.





Anwar Ibrahim

Posted: 19 Feb 2013 07:36 PM PST

Anwar Ibrahim


Siri Jelajah Merdeka Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Selangor & Labuan 21 & 22 Februari 2013 (Khamis & Jumaat)

Posted: 19 Feb 2013 06:45 AM PST

21 Februari 2013 (Khamis) – Selangor

1) 7.30 – 12.00 mlm – Jamuan Tahun Baru Cina DUN Sri Muda

Lokasi: Tapak Pakir MBSA, Seksyen 33, Syah Alam
(Sebelah Giant Kemuning Utama)
2) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat

Lokasi: Taman Rakyat, Taman Sri Andalas
3) Barisan Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Dr Xavier Jayakumar

iii. YB Dr Abdul Rani Osman

iv. YB Shuhaimi Shafei

v. YB Dr Siti Mariah Mahmud

vi. YB Ee Au Yong

vii. YB Dr Dzulkifly Ahmad

viii. YB Ng Swee Lin

22 Februari 2013 (Jumaat) – WP – Labuan

1) 7.00 – 11.00 mlm – Sambutan Gong Xi Fa Cai & Ceramah Perdana

2) Lokasi: Dewan SJK (C ) Chi Wen, Jln OKK Abdullah, Bandar Labuan

3) Barisan Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Dato' Seri Panglima Lajim Ukin

iii. YB Dato' Seri Panglima Wilfred Bumburing

iv. YB Jimmy Wong Sze Phin

v. YBhg Tamrin Jailani

vi. YBhg Tan Sri Ibrahim Menuddin

Launch of Institut Rakyat: Towards a New Malaysia

Posted: 19 Feb 2013 06:35 AM PST

KEADILAN (Parti Keadilan Rakyat), Malaysia's multi-ethnic reformist party is establishing a party- affiliated think tank, named Institut Rakyat. While affiliated to the party, Institut Rakyat is an independent policy institute – both in finance and in work – to complement and provide a balanced perspective to the party's administrative wing.

The Institute is to offer independent advice or policy recommendations to the party, in line with a vision of a Malaysia that flourishes under sustainable economic growth and development matched with social, environmental, ethnic, and religious harmony.

It must be noted that the Institute is a culmination of the efforts of many in policy research, position papers and even speech writing done by countless volunteers, interns and party workers over the years. This latest initiative is aimed towards cementing a solid leadership base premised on concrete policies.

We are motivated by the need for policies that are guided by a comprehensive understanding of human development, social justice, fundamental rights and equal opportunity.

We initiated this endeavour in recognition of the necessity to:

Improve public confidence (especially the middle-class, business and diplomatic communities) in policy-making abilities of political parties.

Consolidate a shift in Malaysian politics from fear, threat & personality-cult to a focus on policy competition and debates.

Provide well-researched papers/briefings with options and implications for leaders to make political and policy choices.

Ensure an entity that provides for check and balance in the running of policies.

Malaysia is at a crossroads – facing mounting challenges across the political, social, to the economic spectrum. The lack of institutional independence, a failing justice system, socio economic policy that is lacking in the effort to eliminate hardcore and urban poverty, and a flawed policy direction which is exacerbating the major indices in the country today -press freedom, competitive ranking, to the ever increasing crime rate. Fundamental to addressing these is the need for serious public policy debate and discussion.

As such, we are pleased to announce the launch of a public policy think tank to meet these demands. The launch is themed "Towards a New Malaysia", as we hope to present public policy alternatives for a better Malaysia, for its future generations to come. Its first policy paper on "Increasing Disposable Incomes" will also be presented.

The launch, slated to take place this Thursday, 21st February 2013, at 3pm at the Empire Hotel, Subang Jaya will feature Keynote Speaker Opposition Leader, Dato' Seri Anwar Ibrahim, followed by a special guest speaker.

Institut Rakyat envisions a Malaysia that flourishes under sustainable economic growth and development matched with social, environmental, ethnic and religious harmony. We subscribe to the philosophy that no Malaysian must be left behind on account of their ethnicity, region, political affiliation, gender, and religion.

INSTITUT RAKYAT

19 February 2013

PELANCARAN INSTITUT RAKYAT: KE ARAH MALAYSIA BARU

Posted: 19 Feb 2013 06:29 AM PST

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), sebuah parti yang memperjuangkan islah dan keadilan untuk semua, akan melancarkan Institut Rakyat – sebuah badan penyelidikan yang independen. Walau diwujudkan oleh KEADILAN, Institut Rakyat (IR) adalah independen berdasarkan punca kewangan dan juga hasil penyelidikan yang dijana. Objektif utama IR adalah untuk memberikan perspektif yang seimbang kepada badan eksekutif parti.

Institut Rakyat akan menawarkan pandangan serta saranan dasar-dasar kepada KEADILAN. Hal ini seiring dengan visi sebuah Malaysia yang mekar di dalam suasana pertumbuhan ekonomi mapan serta perkembangan sosial, alam sekitar dan perhubungan kaum dan agama yang harmoni.

Institut ini merupakan hasil usaha pelbagai individu dan orang ramai yang terlibat di dalam kajian dasar, kertas kerja, dan juga penulisan-penulisan yang dihasilkan oleh ramai sukarelawan, pelajar-pelajar praktikal, dan pekerja-pekerja parti dalam beberapa tahun. Inisiatif terbaru ini berfokuskan kepada memperkuatkan asas kepimpinan yang berdasarkan dasar-dasar yang kukuh.

Kami didorong oleh keperluan untuk adanya dasar-dasar yang berpandukan kefahaman yang mendalam dari segi pembangunan manusia, keadilan sosial, hak-hak asasi dan peluang yang sama.

Kami menubuhkan IR untuk mengiktiraf keperluan untuk:

Menaikkan tahap keyakinan awam (terutamanya kelas menengah, ahli perniagaan dan diplomatik) di dalam pembuatan dasar oleh parti-parti politik.

Mengubah senario politik di Malaysia dari ketakutan, ugutan, dan personaliti ke arah persaingan dasar kompetitif dan perdebatan.

Menyediakan kertas kerja dan kajian selidik yang menyeluruh bersama dengan pilihan dan implikasi untuk ahli pimpinan eksekutif agar dapat membuat pilihan dasar yang paling baik.
Memastikan timbang tara di dalam perlaksanaan dasar.

Malaysia sekarang berada di sebuah persimpangan jalan – untuk menghadapi pelbagai cabaran dari spektrum politik, sosial, dan juga ekonomi. Kami sedar bahawa terdapat kekurangan kebebasan institusi, sistem keadilan yang semakin gagal, dasar ekonomi-sosial yang tidak memberi tumpuan yang penuh untuk menghapuskan kemiskinan tegar dan juga kemiskinan di kawasan bandar, dan kelemahan hala tuju dasar yang memburukkan lagi index-index utama di negara kita hari ini – kebebasan media, kedudukan kompetitif, dan kadar jenayah yang semakin meningkat. Perdebatan dan perbincangan yang serius amatlah penting untuk memastikan objektif-objektif dasar dapat dilaksanakan.

Oleh itu, kami dengan sukacita ingin mengumumkan pelancaran sebuah pusat penyelidikan dasar untuk memenuhi keperluan-keperluan ini. Tema pelancaran "Ke Arah Malaysia Baru" adalah amat sesuai, sepertimana yang kami harapkan untuk adanya dasar-dasar alternatif ke arah Malaysia yang lebih baik, untuk generasi masa depan yang akan datang. Kertas kerja pertama yang akan dibentangkan adalah bertajuk "Meningkatkan Pendapatan Boleh Guna."

Majlis pelancaran ini akan diadakan pada Khamis, 21 Februari 2013, 3 petang di Hotel Empire, Subang Jaya. Sesi ucaptama akan disampaikan oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim, dan diikuti oleh seorang penceramah jemputan.

Institut Rakyat mempunyai visi untuk merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara berkembang dengan pembangunan ekonomi yang mampan dan seimbang dengan pembangunan sosial, alam sekitar, dan keharmonian bangsa dan agama. Kami percaya kepada sebuah falsafah di mana semua rakyat Malaysia tidak boleh ditinggalkan, tidak mengira bangsa, perbezaan kawasan, fahaman politik, gender, dan juga agama.

INSTITUT RAKYAT

19 February 2013

Pakatan to Kick-Start GE Campaign Next Week

Posted: 19 Feb 2013 06:09 AM PST

Malaysiakini

With the launch of their joint manifesto due next week, opposition coalition Pakatan Rakyat is set to kick-start its campaign for the general election (GE) which is imminent.

"The launch of the manifesto marks the start of our GE13 campaign…

"This is the first time in history that a federal opposition coalition is leading the way," said PKR director of strategy Rafizi Ramli (left).

Speaking to reporters in a press conference at party headquarters in Petaling Jaya today, he explained that their intention is to direct election campaign and debates into policy matters and more mature discussions.

"We want to ensure this GE campaign will focus on people's issues and policies against the usual racist slander brought by the BN," reasoned Rafizi.

As had been previously reported, Pakatan will launch their manifesto next Monday (Feb 25) at its national convention in Shah Alam.

In line with Pakatan's new policy-based campaign strategy, PKR is set to formalise its various policy support groups under the umbrella of its party think-tank dubbed Institut Rakyat or the People's Institute.

Announced by veep Nurul Izzah Anwar at the same press conference, the institute will join the ranks of DAP's Penang Institute and PAS' research unit. PKR was the only member of the coalition without a formal think-tank prior to this, though it had various groups tasked with policy formulation and outreach.

Nurul Izzah added that the think-tank, whilst affiliated to the party, will also have a check and balance role not only to backstop government decisions but also to advise PKR leaders on how to use an issue-based approach as opposed to rhetoric common in the current political debate.

'A shift in Malaysian politics'

This, she said, will represent "a shift in Malaysian politics from fear, threats and personality cults to a focus on policy competition and debates".

Institut Rakyat will be pioneered by former adviser to the Selangor MB Tricia Yeoh, who will be research director, artist-activist Wong Hoy Cheong as board member and economic adviser Yin Shao Loong as the second research director.

Yin said that the institute will endeavour to be independent despite being party-affiliated, to fulfill a check and balance role to the government, whether BN or Pakatan-controlled.

Wong explained that the organisation will have two core functions, one as a policy research arm and the second as a knowledge and training centre for youths on activism and civic movements.

The institute proper will be launched next week where more team members will be announced and it will table its maiden policy white paper on raising disposable income.

Bully-boy Malaysia immature and Australia’s reaction so limp

Posted: 19 Feb 2013 01:44 AM PST

By Peter Hartcher | The Age

art-353-713587313-300x0

Malaysia’s decision to ban an Australian independent senator, Nick Xenophon, tells us a good deal about the state of its government, the world’s longest-ruling outside the communist world, as it heads to an election. Australia’s response tells us a few things about ourselves, too.

Before critiquing the ruling party, the party of Mahathir, now the party of Prime Minister Najib Razak, we should acknowledge that it knows a thing or two.

First, it’s worked out how to hold power continuously for 56 years, ever since Britain granted Malaysia independence. That’s a serious accomplishment.

Second, it hasn’t done a bad job of running the economy. Malaysia’s sharemarket was one of the best-performing in the world last year and the economy is growing about 4 to 5 per cent annually.

Malaysia is a pleasant, multi-racial country with the middle-income living standards that an average per capita GDP of $10,000 delivers, about the same as Turkey or Mexico.

So why is the government so afraid of Nick Xenophon? Why stop him at the airport with the confected explanation that he represents a threat to national security?

The reason is that he is an international observer campaigning in favour of a free and fair election. This is not a threat to Malaysia’s national security, but it is a threat to the ruling party’s grip on power. As the opposition leader, Anwar Ibrahim, told me some time ago: ”In a fair and free election, I am absolutely sure we will win.”

Xenophon says that his detention and deportation shows ”a high level of paranoia”. But is it paranoia, or does the ruling party really have something to fear at the election it must call by the end of April?

At the centre of the long success of the ruling party is racial politics.

The county had a history of communal violence; the coalition National Front or Barisan Nasional (BN) party addressed that problem because it was founded on the principle of power-sharing between racial groups, the Malay majority with the Chinese and Indian minorities.

This balance held in check the fear of racial violence on a communal scale. But another key concept in the long years of BN rule was that the native Malays were inferior. They may be numerically dominant, but they lacked the skills and abilities of the other races. ”Deep within them,” wrote Mahathir in his 1970 book The Malay Dilemma, ”there is a conviction that no matter what they decide or do, things will continue to slip beyond their control; that slowly but surely they are becoming dispossessed in their own land. This is the Malay Dilemma.”

How to address it? By granting the Malays special privileges, including guaranteed dominance of the public sector and automatic, unearned shares of national wealth. In short, affirmative action. ”It should not be wrong,” wrote Mahathir, ”for the Malays to cling to a system which can elevate them to the status of other races, thus creating a more equitable society.”

The system kept the peace, but one side-effect of such a long stasis was that the government’s monopoly on power allowed it to wield a near-absolute control over the other arms of the state, including the courts.

Mahathir shocked the world when he demonstrated the way that he’d managed to compromise all parts of the system when he moved against his deputy and potential nominated successor, Anwar, by trumping up charges that he’d sodomised his aide and speechwriter. Anwar went to jail for six years.

This was supposed to discredit Anwar permanently. But after moving to the US, the aide who testified against him recanted. In the police cells he had been ”brutalised to make a totally false confession”, he said.

Anwar, freed, led a barnstorming campaign as the leader of the opposition. He delivered the BN government a terrible shock at the 2008 election – it lost its customary two-thirds majority of parliament.

And while the BN retained a big majority in the parliament, the actual voting figures show that the contest was much closer than it appeared. BN won 51.4 per cent of the votes while the greater opposition gained 48.6 per cent.

The BN is protected by a gerrymander which means that while some electorates have more than 100,000 voters, others have as few as 7000. It’s also protected by other systemic factors including a restricted press – the opposition parties need government permission just to print their own newsletters.

These are some of the awkward facts that Xenophon, as part of a wider international observer group, pointed out in a report last year. That group reported that in its discussions with the secretary-general of BN, Adnan Mansor, he’d stressed the importance of ”avoiding racial strife” in Malaysia. He had posed this question to the group: ”Are our people mature for freedom?”

The Malaysian government is afraid not of an Australian senator but of this question. In particular, the Najib government is frightened that the answer might be ”yes.”

”The status quo message,” says one of Anwar’s MPs, Liew Chin-Tong, is ”unlikely to have an impact on an almost Arab-spring demography: 48 per cent of Malaysia’s population are below 25 years old and 70 per cent are below 40 years old.”

Mahathir anticipated in The Malay Dilemma a day when Malaysia’s race-based construct would be obsolete, when the people would assert that they were no longer primarily Malays or Chinese or Indians but Malaysians. But he is not ready for the possibility that today could be the day, or that the people are the ones who have to make that decision.

The very tame reaction of the Foreign Affairs Minister, Bob Carr, to Xenophon’s detention that it was ”sad” and ”disappointing,” displays the usual limpness of Australian governments in defending their citizens abroad.

But, above all, Malaysia’s overreaction to Xenophon simply validates his point that it is not a mature democracy. This has been Carr’s fig leaf to justify Australia’s silence at Malaysia’s lack of democratic freedom – that we have no place in criticising a mature democracy. The deportation of Xenophon is an implicit confession by the Najib government that Xenophon is right and Carr is wrong.

Malaysia’s people deserve a free vote, and Australia should stand with them in calling for one.

[VIDEO] Leakages, Waste, Excessive Charge & Corruption Cost Us RM20 Billion A Year

Posted: 18 Feb 2013 07:16 PM PST

[VIDEO] Najib, Mahu Tegur Mahathir, Biar Abang Anwar Buat

Posted: 18 Feb 2013 07:14 PM PST

[VIDEO] Ceramah Bersama Barisan Jeneral (B) Angkatan Tentera

Posted: 18 Feb 2013 07:12 PM PST


Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 19 Feb 2013 11:13 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


KABEL PUTUS NYAWA TERCABUT

Posted: 19 Feb 2013 12:28 AM PST



Harian Metro 19 Feb 2013

"Tragedi ini dapat dielakkan jika lif itu diselenggara secara berkala dengan baik. Saya kesal kerana isteri saya menjadi mangsa akibat sikap sambil lewa ini," kata Rafie Johar, 37, yang kematian isteri akibat lif dinaiki di Pangsapuri Blok A25, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini, terhempas dipercayai kerana kabelnya putus.

Dalam kejadian jam 5 petang Jumaat lalu, mangsa, Zamelia Isharuddin, 38, menaiki lif itu dari tingkat lima bangunan didiami untuk turun ke tingkat bawah bagi mengambil wang hasil perniagaan nasi lemak yang dijalankan secara sambilan.

Rafie berkata, lif di pangsapuri itu sudah lama bermasalah dan hanya satu daripada dua mesin pengangkat itu boleh digunakan. "Kemungkinan kabel lif yang boleh digunakan itu sudah 'haus' kerana tidak diselia atau diperiksa pengurusan kediaman ini," katanya.

Menurutnya, dia hanya mengetahui nahas ngeri membabitkan isterinya itu selepas dimaklumkan beberapa jiran yang tinggal berhampiran pangsapuri 10 tingkat itu.

Menurutnya, beberapa jiran yang terkejut selepas mendengar dentuman kuat itu segera menghubungi bomba dan penyelamat sebelum isterinya berjaya dikeluarkan dari dalam lif berkenaan.

"Ketika itu, isteri tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Seri Manjung bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Keadaan Zamelia amat kritikal berikutan tengkuk dan kepalanya turut dihentak kabel besi lif yang putus itu.

"Doktor bertungkus-lumus menyelamatkannya sebelum isteri menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.15 tengah hari Sabtu lalu," katanya.

Rafie berkata, dia tidak dapat menahan rasa sedih berikutan kehilangan isteri dalam tragedi yang amat mengerikan itu.

Difahamkan, jenazah mangsa dibawa pulang untuk dikebumikan di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar.

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 19 Feb 2013 11:09 AM PST

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Umcedel: Pembangkang sedia hadapi PRU-13

Posted: 18 Feb 2013 09:10 PM PST

dipetik daripada Malaysiakini.com


BN tidak lagi mempunyai kelebihan yang menyumbang besar kepada kemenangannya dalam pilihan raya sebelum ini, kata pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti (Umcedel), Mohamad Redzuan Othman.


Menurutnya, ini kerana BN kini tidak lagi mampu melakukan persempadanan semula pilihan raya selepas hilang majoriti dua pertiga di Palimen selepas pilihan raya umum (PRU) 2008. 

Satu lagi kelebihan lain iaitu keupayaan untuk mengadakan pilihan raya secara mengejut juga telah lenyap kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangguhkan PRU ke-13 terlalu lama.

"Contohnya pembangkang tidak bersedia sewaktu PRU diadakan pada 29 November 2009. KEADILAN (sekarang PKR) hanya berusia enam bulan (ketika itu)," katanya pada satu forum di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hari ini.



"Ia juga merupakan musim tengkujuh pada masa itu, dan Suruhanjaya Pilihan Raya tidak berjaya mewartakan banyak nama pemilih baru (kerana pilihan raya mengejut).

"Namun kali ini, ia bukan lagi isu kerana pembangkang sudah bersedia," katanya.



NGO wants Vell Paari for Teluk Kemang

Posted: 18 Feb 2013 09:06 PM PST

dipetik daripada FMT.com

The NGO believes that Vell Paari is the right man for the job as opposed to S Murugesan or S Sothinathan.
PETALING JAYA: A local Indian-based NGO wants Prime Minister Najib Tun Razak to pick S Vell Paari, MIC's strategy director and son of former president S Samy Vellu, as the Barisan Nasional candidate for the Teluk Kemang parliamentary seat.

Persatuan Belia Pemangkin Bangsa dan Negara Port Dickson chairman K Ravindran said instead of choosing between MIC secretary-general S Murugesan and former vice-president S Sothinathan, Teluk Kemang voters "would prefer" Vell Paari.
"Vell Paari is more vibrant and outspoken. He also has strong influence in getting things done. It is better for him to contest in Teluk Kemang instead of the other two," he told FMT today.
Sothinathan became the Teluk Kemang MP following a by-election in 2000. He retained the seat in the 2004 general election but lost the constituency in the 2008 polls.
Murugesan on the other hand contested the Subang parliamentary constituency in 2008 and lost.
Ravindran said Vell Paari had a better chance of winning back the seat especially since PKR would contest the seat on the opposition front.
Incumbent PKR man Kamarul Baharin Abbas is expected to contest the seat for the second term at the forthcoming general election.
Sothinathan has been keeping a low profile since his defeat. Sources said he has been quietly serving the constituency.
"Since he lost in the general election he has been missing. But now out of nowhere he appears just before the election. We do not want these kind of people who have lost their respective seats, and also credibility," he added.
On Murugesan, Ravindran said voters were not keen in having the MIC secretary-general as the Teluk Kemang member of parliament.
"Murugesan and his team, should concentrate in Subang which his original constituency instead of jumping to a safe seat," he added.
Meanwhile, Vell Paari declined to contest the seat.
"First and foremost I thank those who want me to stand but I have made it clear in early 2011 that I have turned down the offer to run as a MP, for I believe being independent of this position will give me the freedom to voice and effect changes within MIC and BN.
"And to those who keep advising that I should join Pakatan Rakyat, I must say I am a BN member and will always remain as one.
"If there are issues within my house, it's my duty to fix it and not burn my house down. I believe dissent is not disloyalty," he said.

MB Perak akan digugurkan?

Posted: 18 Feb 2013 09:01 PM PST

dipetik daripada FMT.com

Terdapat gerakan atas nama 'Gerakan Anti Zambry' (GAZ) yang yang diwujudkan oleh pihak tertentu pada Jun 2010 yang ingin menyingkirkan Dr Zambry.
PETALING JAYA: PAS Perak mendakwa mereka mendapat maklumat dalaman bahawa Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan digugurkan dalam pilihan raya umum ke 13 ini.

Koordinator Jawatankuasa Isu dan Strategik PAS negeri, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, pengguguran Dr Zambry bukan lagi rahsia dan cerita dongeng, malah ianya 'hangat' diperkatakan oleh banyak pihak.
Naib Ketua Pemuda PAS Pusat itu juga mendakwa, majlis perasmian serentak Umno cawangan seluruh  Perak pada 8 Mei 2010 oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi apabila beliau meninggalkan majlis selepas merasmikan tanpa menunggu ucapan Dr Zambry.
Beliau juga mendakwa, terdapat gerakan atas nama 'Gerakan Anti Zambry' (GAZ) yang yang diwujudkan oleh pihak tertentu pada Jun 2010 yang ingin menyingkirkan Dr  Zambry.
Katanya, ada seorang menteri yang menjadi ketua Umno bahagian yang tidak pernah hadir mesyuarat Umno Perak.
Rungutan

"Ini tidak termasuk beberapa rungutan berikutan kepimpinan Umno bahagian tidak diberikan tempat-tempat penting sebaliknya diberikan kepada 'orang-orang kanan' Dr Zambry yang masih muda.

"Dengan menjelangnya pula pilihan raya umum (PRU) ke 13, Dr Zambry masih gagal menyelesaikan isu pembahagian kerusi antara komponen BN.
"Tanda-tanda ini juga kelihatan berikutan kekerapan 'turun padang' oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Perak," tambahnya.
Dr Raja Ahmad Iskandar berkata, beberapa pendedahan salahguna kuasa Dr Zambry juga baru-baru ini juga mendorong 'kehangatan' pengganti beliau 'disebut-sebut' kembali.
"Siapakah yang bakal menggantikan  Dr Zambry? Adakah di kalangan menteri atau 'orang baru' yang bakal menggantikannya?
"Walaupun media pro Umno sekarang sedang 'hangat' memperomosikan  Dr Zambry, sudah ada beberapa ketua Umno bahagian bertemu dengan kepimpinan pusat untuk memastikan Dr Zambry 'bakal' disingkirkan," kata Dr Raja Ahmad Iskandar lagi.

Kah Kiat now in PKR camp?

Posted: 18 Feb 2013 08:56 PM PST

dipetik daripada FMT.com

If rumours are any indication, the end is near for Liberal Democratic Party – Sabah BN's local Chinese arm.


KOTA KINABALU: The Sabah political grapevine is abuzz with rumours that former Sabah chief minister and ex-Liberal Democratic Party (LDP) president Chong Kah Kiat has joined PKR.
Word is that Chong, along with two other eminent former state Barisan Nasional assemblymen, joined opposition PKR in a secret meeting with PKR supremo Anwar Ibrahim who was here last week.
Chong, who was once a federal minister, was also the former assemblyman for Tanjung Kapur.
The other two are Yapin Gimpoton who once held Kadamaian and Ahmadshah Tambakau, a former Bingkor representative. Ahmadshah, a ex-federal deputy minister, was also once Keningau MP.
According to insiders who claimed knowledge, all three met Anwar at a hotel here during his visit to Sabah on the eve of the Chinese New Year.
The sources claimed they handed in their application forms to Anwar at the meeting and that an announcement on it was being planned by the party's headquarters possibly to coincide with the impending dissolution of Parliament that could be as early as Feb 22.
Efforts to reach Sabah PKR officials for confirmation were futile while texts sent to PKR leaders were ignored.
Meanwhile, it was learnt in Kota Belud that Gimpoton has been earmarked as potential PKR candidate for the Kota Belud parliamentary seat.
According to insiders, Ahmadshah could be a PKR candidate for one of the state seats in Keningau area, possibly Bingkor, which is also being eyed by State Reform Party (STAR) Sabah chairman, Jeffrey Kitingan.
Observers said that if the trio had indeed joined the opposition party, it would boost PKR's image in the state.
It will also further stiffen the fight among the opposition political parties contesting in Sabah, notably between STAR, PKR and also SAPP (Sabah Progressive Party).
Chong has been at odds with the current Barisan Nasional state government over differences on issues close to his heart.
In fact, he resigned his deputy chief minister's post not so long ago, citing his unhappiness with the way things were going on in the state administration.
Chong was especially disappointed at the way Chief Minister Musa Aman handled his "Mazu" statue project in his hometown of Kudat. He even sued Musa over the matter.
In Kota Belud, relatives of Gimpoton claimed that he was persuaded by his own conviction that it is time to change BN. He is known to have his own mind over Sabah politics and in the recent past he openly supported PKR candidate for Kadamaian, Lukia Indan, in 2008.
Ahmadshah, who is the youngest of the trio, is said to be making a comeback after the opposition made inroads into the vastly rural Keningau, where he comes from.
Efforts to reach the three for comments were unsuccessful.

Umno, MCA in fight for Wangsa Maju

Posted: 18 Feb 2013 08:54 PM PST

dipetik daripada FMT.com

Umno and MCA are still jostling over the Wangsa Maju seat, both claiming they have the right candidate.
PETALING JAYA: Barisan Nasional is in a quandary as to who to select for the Wangsa Maju parliamentary seat. Both MCA and Umno insist that they should be fielding the candidate.

MCA's Yew Teong Look is seeking to regain the seat for BN after he was defeated by PKR-turned-independent Wee Choo Keong with a marginal 150 votes in 2008.
However, standing in his way is Wangsa Maju BN chairman Mohd Shafei Abdullah from Umno, who claims the majority Malay electorate in the area are in favour of a Malay candidate.
Wangsa Maju is a major township made up of 65,078 voters, of which 53% of them are Malays, 38% Chinese and 9% Indian.
In 2008 general election, Wee won the seat under PKR ticket, garnering 19,637 votes. He pulled out from PKR to become a BN-friendly MP in 2010.
Umno's Kamal Salih and Zulhasnan Rafique had successfully won it for BN in 1995 and in 1999 respectively, whereas MCA only managed to defend the seat for one term between 2004 and 2008.
The other factor in Umno's favour is that Shafei has close ties with Prime Minister Najib Tun Razak as he is the political secretary to the finance minister, who is also Najib.
Local Umno division secretary Rosli Zainan said it was 80% sure that Shafei would be fielded as the BN candidate.
"The general election is only a few weeks away. Najib shouldn't be making any drastic changes. Shafei has been the Wangsa Maju BN chairman since 2009," he said, adding that many local folks had lost faith in Yew.
He said he was told that Najib would seek an audience with the Yang di-Pertuan Agong on Wednesday, and dissolve Parliament on Friday.
However, Yew said he stood a better chance of regaining the seat from the opposition.
"We are confident that if we are given a chance to contest, we can win it. But on the Umno side, I have no comment," he said.
Yew also said a survey also shows that the party will fare well especially among the Chinese voters.
Though both Yew and Shafei have pledged to abide by Najib's decision on the candidate, it remains to be seen if the divided BN machinery would be able to join force within a short span of time to face a strong opposition challenge.
While it is not certain if Wee would be defending the seat as an independent, PKR has identified former Gerakan man Dr Tan Kee Kwong as its candidate for the seat.

MB Selangor umum esok langkah lanjut ambilalih industri air

Posted: 18 Feb 2013 08:50 PM PST


KUALA LUMPUR 19 FEB: Selangor akan umum langkah seterusnya yang akan diambil setelah tempoh tawaran 14 hari pengambilalihan industri air tamat semalam.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pengumuman tentang langkah-langkah tersebut akan dibuat selepas mesyuarat exco esok.
Grafik-Air-Selangor
"Kerajaan Negeri sudah buat tawaran mengenai perkara ini.

"Kelulusan akan dibuat dalam mesyuarat exco sebelum diumumkan kepada pihak awam," katanya dipetikMediaSelangorku pada sidang media selepas majlis pecah tanah Kolam Tadahan Banjir di Taman Sentosa, di Klang.
Dua minggu lepas, kerajaan negeri menghantar surat tawaran harga untuk mengambilalih empat syarikat konsensi yang mengurus perkhidmatan air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Di bawah sesuatu perjanjian pada 2004, perkhidmatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diswastakan dan diuruskan oleh Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash), dan Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abass).
Ketiga-tiga syarikat di atas mengurus loji rawatan air manakala Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dipertanggungjawabkan untuk mengurus pengedaran air terawat.
Bagaimanapun, penerimaan tawaran tertakluk kepada kata putus Kerajaan Persekutuan.
Minggu lepas, kerajaan negeri berkata, permohonan semakan kehakiman akan dibuat sekiranya Kerajaan Persekutuan enggan memberi kerjasama dengan meluluskan pengambilalihan tersebut.
Khalid berkata, jika tawaran harga kepada empat syarikat konsensi ditolak, pihaknya akan membawa perkara itu ke badan timbang tara antarabangsa.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=45415

Anwar beri bayangan lebih ramai bekas jeneral sertai Pakatan

Posted: 18 Feb 2013 08:49 PM PST


PETALING JAYA 19 FEB: Selain empat bekas jeneral yang mengisytihar sokongan padu kepada Pakatan Rakyat tempoh hari, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan lebih ramai bekas pegawai tertinggi tentera lain akan mengikut jejak mereka.
Berucap pada Jelajah Merdeka Rakyat ke Kelana Jaya di sini, malam tadi, Ketua Umum KEADILAN itu bagaimanapun tidak menyatakan tarikh tepat tetapi berkata mereka akan berbuat demikian tidak lama lagi.
fda187b279e111e2bad822000a9f3047_7
"Bayangkan, empat bekas jeneral sokong kita. Empat-empat sekaligus umum (sokong Pakatan). Saudara lihat nanti, hari-hari berikut (ada) berita-berita baik lagi," katanya.

Pada 16 Februari lalu, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid; Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab; Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid dan Brigedier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad, mengisytihar sokongan kepada Pakatan Rakyat.
Ghafir ialah bekas Timbalan Angkatan Tentera Darat; Bekas Panglima Logistik di Markas Logistik Udara (Hadi); Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM (Imran) dan Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Najmi).
Anwar berkata, keempat-empat bekas jeneral itu juga memberi jaminan untuk memastikan keamanan berterusan di negara ini apabila berlaku perubahan politik di peringkat persekutuan.
"Ada khabar angin, kononnya kalau Umno kalah, akan kacau bilau negara ini. Tahu tentera kata apa? Kami (empat bekas jeneral) bertekad bersama ramai kawan-kawan kami, akan pastikan negara ini hormat Perlembagaan.
"Mereka akan bantu dan pastikan perubahan kerajaan secara aman jika Pakatan ditakdir menang PRU 13," katanya.
29a2034c79dc11e29a0d22000a9f1320_7
Selain tentera, beliau berkata, bekas pegawai tertinggi polis juga menyokong Pakatan termasuk bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari manakala bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga ada bertemu beliau.

"Maknanya apa? Mereka tahu ada peralihan (kuasa politik). Jadi, polis-polis yang ada bertugas di sini, baik sokong kita," katanya dengan nada berseloroh.
Anwar  juga menegaskan beliau tidak berdendam dengan mana-mana pegawai dan anggota polis termasuk individu (bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor) yang pernah memukulnya pada 1998.
"Saya tak dendam. Yang pukul saya pun seorang saja. Tak apalah, sudahlah. Banyak polis kerjanya bagus, bagus," katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=45398

Tiada ulasan:

Pengikut