Isnin, 7 Januari 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat

DIALOG RAKYAT

Posted: 07 Jan 2013 03:31 PM PST

Oleh Markus Lim

Kira kira dua minggu lalu, penduduk di Lembah Klang digemparkan dengan insiden tanah runtuh di Bukit Setiawangsa.

Akibatnya, beberapa buah rumah banglo milik Ahli Parlimen seperti Datuk Seri Jamaluddin Jarjis dan Datuk Seri Zulhasnan Rafique menjadi mangsa bencana itu. Kesudahannya, rumah mereka terpaksa dirobohkan atas faktor cerun tanah yang kurang selamat.

Apa yang menghairankan, terdapat juga rumah-rumah yang dibina di atas kawasan bukit, sesuatu yang tidak sepatutnya dibenarkan dalam konteks pembangunan rumah.

Dan beberapa hari yang lalu pula, satu kejadian tanah runtuh turut berlaku di Putra Heights, Subang. Dalam insiden yang berlaku jam 6.15 petang Khamis itu, tujuh kenderaan tertimbus akibat lumpur yang dibawa oleh tanah runtuh itu. Mujur dalam kedua-dua malapetaka terbabit, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Apa yang berlaku di kedua-dua kawasan itu jelas mengundang satu situasi yang merunsingkan.

Sejauhmanakah selamatnya rumah-rumah yang dibina di atas kawasan tanah tinggi? Berapakah lagi kawasan lain yang terdedah dengan risiko sedemikian? Mungkinkah juga terdapat kes-kes sama yang tidak dibawa kepada pengetahuan pihak berkuasa?

Apa yang berlaku di kedua-dua kawasan itu tidaklah mengejutkan. Sebaliknya, tanda-tanda mengenai kemungkinan berlakunya tanah runtuh sudah pun ketara sejak dahulu lagi. Malangnya, tidak ramai yang tidak menyedarinya. Mungkin juga ramai yang memilih untuk tidak mengendahkannya sehinggalah berlakunya tragedi. Inilah tabiat buruk kebanyakan rakyat Malaysia yang hanya bertindak apabila ditimpa bencana.

Tragedi Highland Towers pada 11 Disember 1993, merupakan detik hitam dalam sejarah pembangunan negara. Bukan sahaja nyawa tidak berdosa melayang begitu sahaja, bahkan kelemahan dari segi pemantauan pihak berkuasa terhadap projek-projek pembangunan terbongkar.

Barangkali, tragedi Highland Towers tidak akan berlaku jika pihak berkuasa tempatan, PBT kita lebih peka dan tidak memberikan kelulusan kepada pemaju membina projek perumahan secara sewenang-wenangnya.

Seperti kebiasaan, reaksi oleh pihak berkuasa tempatan, PBT terhadap insiden-insiden sebegini cukup mengecewakan. Apabila kes dilaporkan oleh pihak media, baharu ada sedikit kemajuan dari segi reaksi mereka. Mereka nampaknya lebih bertindak mengikut musim dan hanya bergerak apabila didesak.

Lebih membingungkan, sering kali kedengaran reaksi semerta PBT apabila berlakunya sesuatu bencana alam, sebuah jawatankuasa bertindak akan ditubuh untuk menegakkan kebenaran.

Agak menghairankan, di negara kita, begitu banyak jawatankuasa bertindak ditubuhkan saban kali berlakunya sesuatu bencana. Anehnya, apa lagi yang perlu disiasat jika bukti kesalahan adalah jelas di hadapan mata kita? Proses mengumpul data, menyiasat dan memberikan konklusi kepada isu mungkin memakan masa berbulan-bulan lamanya.

Dalam konteks ini, apa yang ingin dimahukan rakyat ialah solusi atau jalan penyelesaian yang dikemukakan daripada jawatankuasa terbabit. Rakyat tidak mahu mendengar alasan tetapi satu jawapan jujur dan ikhlas daripada PBT serta pihak berwajib.

Rakyat sering diberi janji bahawa satu penyelesaian terperinci akan dilakukan namun ketuntasan laporan akhir siasatan pula tidak memperincikan hukuman terhadap dalang. Sewajarnya, dalang yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan. Tidak timbul soal belas kasihan terhadap mereka yang bersalah.

Hanya dengan cara ini sahaja, mereka yang bersalah akan merasa gerun dengan peraturan sedia ada dan tidak melampaui batas-batas yang dibenarkan. Mungkin ada baiknya PBT "bangun" daripada mimpi ini dan bertindak segera sebelum kredibiliti rakyat terhadap mereka terus tercalar.

Jika proses keadilan sedemikian tidak dapat ditegakkan, kepada siapa lagi rakyat boleh bergantung harap kepada sistem keadilan negara untuk membela nasib mereka?

Penubuhan jawatankuasa bertindak hanyalah sebahagian daripada proses untuk mengenal pasti masalah yang timbul tetapi ianya tidak membantu menangani akar-umbi masalah itu.

Justeru, adalah penting untuk pihak berwajib lebih "hands-on" dalam isu ini sebelum lebih ramai nyawa penduduk tidak berdosa terus melayang. Jangan biarkan berlaku lagi satu tragedi seperti Highland Towers.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

SIASAH

Posted: 07 Jan 2013 03:24 PM PST

Politik dunia Islam: 10 isu utama
(Bahagian 1 daripada 2)

10. Dasar luar Qatar

Lanjutan daripada perkembangan 2011, Qatar menggiatkan lagi usaha yang bermatlamat meningkatkan pengaruhnya di rantau Asia Barat dan global. Lawatan berprofil tinggi emir negara itu ke Gaza yang menjadi tumpuan dunia Islam sejak beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan citi-cita besar negara ini.

9. Iraq dan Nouri al-Maliki

Perdana Menteri Iraq Nouri al-Maliki berdepan kritikan hebat dan memasuki penggal keduanya mula menampakkan kelemahan dalam pentadbiran dan dipertanggungjawabkan atas keganasan sektarian di negara ini. Kesannya turut menarik penglibatan Turki, yang kini didakwa terlibat dalam usaha menjatuhkan beliau.

8. Protes Mesir

Mohamed Morsi memenangi pemilihan presiden Mesir dan menjadi presiden pertama selepas era Mubarak, dengan diletakkan harapan yang besar. Persaingan kuasa beliau dengan kepimpinan tentera, pembangkang, hakim-hakim berpengaruh dan rakyat menjadikan 2012 tahun yang penuh drama bagi Mesir dan kepimpinan beliau.

7.  Konflik Kurdi

Masyarakat Kurdi, kaum terbesar tanpa negara di dunia menghadapi 2012 yang sukar, tetapi juga kelihatan menjanjikan sesuatu. Kurdi Turki, terus berperang dengan dengan Turki berterusan tanpa tanda akan selesai, dan Kurdi Syria pada masa sama dimusuhi tentera Syria dan pemberontak Syria. Walau bagaimanapun, perkembangan ini menyimpan manfaat kerana penyatuan Kurdi dan penubuhan negara Kurdi Di Iraq dilihat semakin hampir dapat direalisasikan.

6. Iran

Tahun 2012 meningkatkan lagi tekanan terhadap Iran, dengan tekanan Amerika Syarikat terhadap institusi-institusi kewangan memberi kesan negatif kepada perdagangan minyak Iran. Pakatan tidak formal anti-Iran yang ditingkatkan lagi sepanjang tahun juga mengukuhkan kuasa-kuasa pesaing serantau, dan konflik Syria melemahkan cengkaman Iran di wilayah Syam.

5. Serangan dron

Serangan dron Amerika Syarikat di Pakistan merosot berbanding tahun lalu dan 2011, tetapi terus dilaksanakan sehingga memungkinkan pelbagai reaksi balas kepada AS. Tahun 2012, 43 serangan dijalankan, berbanding 72 pada 2011 dan 122 pada 2010. Pada masa sama, Yaman turut menyaksikan peningkatan serangan dron pada 2012.

4. Konflik utara Mali

Konflik di Mali, yang bermula dengan pemberontakan Tuareg akhirnya menyaksikan penguasaan militan yang dikaitkan dengan al-Qaeda, yang kini menguasai wilayah utara Mali. Konflik ini tenggelam daripada perhatian umat Muslim yang tertumpu pada isu Syria, malah turut kurang mendapat perhatian Pertubuhan Kerjasama Islam, OIC. Satu kesan besar yang juga kurang mendapat perhatian umat ialah pemusnahan dan ancaman terhadap warisan sejarah di Timbuktu, pusat aktiviti perdagangan dan keilmuan Islam pada abad ke-12.

3. Pembunuhan massa Rohingya

Sejurus selepas Burma membuka ekonomi, mereformasi politik dan cuba memulihkan hubungan dengan dunia luar terutama Amerika Syarikat, masyarakat Rohingya menghadapi gelombang baharu keganasan yang disokong kerajaan dan pemimpin agama Buddha. Sensitiviti berhubung kegiatan perdagangan dan hubungan serantau turut menyukarkan sebarang tindakan daripada pertubuhan serantau Asean.

2. Gaza dan Hamas

Perang Gaza, melibatkan kumpulan-kumpulan di kawasan kecil Palestin itu dengan tentera Israel berlaku lagi pada 2012, tetapi untuk tempoh yang lebih singkat dan jauh lebih mudah diselesaikan. Berbeza dengan perang Gaza sebelumnya, konflik kali ini melibatkan peranan lebih besar kumpulan lain seperti Jihad Islami dan Jawatankuasa Penentangan Popular, kumpulan-kumpulan yang mempunyai hubungan baik dengan Syria dan Iran.

1. Konflik Syria

Konflik di Syria mempertemukan persaingan kuasa-kuasa serantau dan global, melibatkan pertembungan sektarian antara mazhab yang pergelutan dan kesannya berlangsung di seluruh dunia Islam termasuk Malaysia. Tumpuan yang jauh melebihi isu lain di dunia Islam diberikan oleh umat Muslim kepada konflik ini, disebabkan sisi politiknya yang lebih menarik minat dan sentimen.

Tiada ulasan:

Pengikut