Isnin, 7 Januari 2013

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Baju Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 januari 2013- EDISI TERHAD!!

Posted: 07 Jan 2013 05:11 AM PST





Bahagian Belakang
 Bahagian Depan

Baju RM 20 sehelai. COD sekitar melaka...HIDUP RAKYAT!!!

kepada sesiapa yang berminat untuk beli sila hubungi :  Naufal 0133212498

TPM: BR1M boleh dinaik ke RM1,000 jika BN menang

Posted: 07 Jan 2013 05:09 AM PST

Ketika rakyat Malaysia menunggu menjelang pilihan raya umum ke-13, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata wang tunai RM500 untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) boleh ditambah kepada RM1,000 dan menjadi dasar kekal jika BN mengekalkan Putrajaya.

Menurut laporan akhbar berbahasa Cina Oriental Daily News, Muhyiddin berkata semasa sesi bertemu rakyat di Tanjung Malim semalam bahawa BR1M akan diberi "bukan sahaja untuk kali kedua, tetapi untuk masa ketiga, keempat, kelima, atau malah selama-lamanya jika BN menang kerajaan ".

Sekiranya pendapatan nasional dan hasil cukai melebihi RM125 bilion, kerajaan akan menimbang menaikkan pemberian wang tunai RM500 itu kepada RM1,000, kata Muhyiddin, yang juga timbalan presiden BN.

Agensi Berita Nasional, Bernama melaporkan bahawa Muhyiddin juga berkata BR1M diberikan untuk memastikan bahawa pendapatan rakyat tidak akan terjejas oleh kenaikan harga.

Muhyiddin juga mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya oleh pembangkang yang mendakwa kerajaan BN telah mengecewakan rakyat.

Beliau berkata bahawa kemakmuran dan keamanan membuktikan bahawa kerajaan BN berada di landasan yang betul untuk terus memerintah negara.

kredit: malaysiakini

P/S: belum pilihanraya TPM dah mengunakan politik wang demi membeli undi rakyat.Bangkitlah Rakyat jangan biar diri kita di gula2kan oleh sang pemerintah...ABU!!!!!!

Bila Terdesak Datanglah Bijak (Senjata Pemusnah FSA)

Posted: 07 Jan 2013 05:03 AM PST



Syam II, kereta perisai buatan tangan Mujahidin Suriah,
 
 
BISHQATIN

Dari kejauhan terlihat seperti kotak logam besar berkarat, tetapi ketika dilihat dari dekat ternyata itu adalah sebuah kendaraan tempur lapis besi-waja yang menunjukkan prestasi baru Mujahidin Suriah, kereta tank buatan tangan sendiri (dengan izin Allah) sedang menanti untuk dikerahkan.
Syam II, diambil dari nama Arab Suriah, dibuat dari kerangka kereta dan dimodifikasi oleh Mujahidin menjadi sebuah kendaraan seperti kereta tank lapis besi-waja yang biasa digunakan tentera. Syam II, dipuji-puji oleh para Mujahidin dengan menyebutnya "100 persen buatan Suriah."

Untuk menciptakan Syam II, memerlukan waktu satu bulan bagi merancang, melakar dan mengembangkan kendaraan tersebut, kata designer Syam II, Mahmud Abud dari brigade Al-Ansar yang berpengkalan di kota Aleppo, dikutip SaudiGazette.

Dari luar, penampilan Syam II memang sederhana tetapi tak kalah canggih dengan tank buatan terkemuka. Syam II dilengkapi lima kamera, terletak tiga di bahagian depan, satu di bagian belakang dan lebihnya di dipasang di senjata.

Awak di dalam kabin sepenuhnya terlindungi, pengemudi menjalankan Syam II dengan melihat layar yang menampilkan video dari kamera yang terpasang tersebut.
 
 
 
 
Mujahidin di dalam Syam II
 
Sementara penembak duduk di samping pengemudi, dapat mengaktifkan senjata mesin dengan melihat layar untuk melihat target dan menggunakan stick yang mengawal peralatan dilengkapi dengan tombol-tombol (joy stick).

Dinding logam badan Syam II setebal 2,5 cm dan dikatakan mampu menahan tembakan meriam 23 mm. Namun, Syam II dikatakan belum mampu menahan tembakan tank atau senjata anti-tank RPG.


"Saudara saya, seorang insinyur terlatih, yang punya ide ini. Kami memiliki kereta, melepaskan mesin dieselnya dari kerangkanya dan membangun mesin," kata Abud, yang berbasis di pusat komando Mujahidin di Bishqatin.
 
 
 
 
Mujahidin di dalam Syam II 


Biaya yang dikeluarkan untuk menciptakan Syam II, tidak termasuk senjata, mencapai USD 10.000.

"Tidak termasuk senjata, kendaraan ini bernilai sekitar USD 10.000," ungkap Abud.
Mujahidin Suriah dengan segala keterbatasannya berusaha kreatif menciptakan senjata dan peralatan tempur sendiri dengan memanfaatkan barang-barang yang ada.

Bagaimanapun, bagi Mujahidin senjata canggih bukan faktor utama memenangi pertempuran, sebab mereka sepenuhnya yakin bahwa kemenangan datangnya dari pertolongan Allah s.w.t. Mereka akan tetap bertempur meskipun dengan peralatan tak secanggih milik musuh.
 

Pemain Arsenal Ini Menghafaz 19 Juzuk Al-Quran

Posted: 07 Jan 2013 04:56 AM PST

Thumbnail image for Pemain Arsenal Ini Menghafaz 19 Juzuk Al-Quran 







Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Alhamdulillah.. jarang kita dengar tentang pemain Arsenal ini, bukan hanya handal di padang bola sepak tetapi seorang penganut Islam yang taat beribadah, beliau yang dimaksudkan adalah pemain kelab Arsenal dan pemain kebangsaan Perancis, Abou Diaby, berumur 27 tahun.
Selain sukan bola sepak yang menjadi kerjayanya, Diaby dikenali sebagai seorang yang mempunyai minat besar di dalam menghafaz al-Quran.
Setakat ini, beliau dilaporkan sudah menghafaz 19 juzuk al-Quran.
Salah seorang tenaga pengajar di Ebrahim College di London tempat Diaby belajar, Mufti Muhammad, di dalam akaun twitternya @Mufti–Muhammad – mengesahkan bahawa Diaby sudah hafaz 19 juzuk al-Quran.
"Mengadakan perbincangan dengan pemain bola sepak Arsenal Abou Diaby di Ebrahim College malam ini, yang sudah menghafaz 19 ajza (juzuk) al-Quran," kata beliau di dalam mesejnya di akaun twitter.
Rasa tenang bersama Islam
Namun bagi Diaby sendiri, mengunjungi Ebrahim College, adalah perkara biasa baginya. Beliau mengaku berasa tenang setiap kali bersama kelompok masyarakat Islam.
Selain menjadi penyumbang untuk pembangunan kolej berkenaan, Diaby turut membantu mendidik dan membimbing saudara baru yang mahu mempelajari Islam secara lebih mendalam.
Diaby turut bergiat aktif di dalam pelbagai kegiatan sosial untuk membantu etnik Rohingya yang menjadi mangsa penindasan dan kekejaman kerajaan Myanmar.
Pada majlis makan malam amal yang diadakan di Pusat Islam London baru-baru ini, Diaby melahirkan rasa prihatin dengan isu ketidakadilan yang dihadapi warga Rohingya.
Sumbangan wang
"Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang Muslim untuk membantu saudara saya yang hidup di bawah penindasan," katanya, yang dipetik laman web Forum Islam Eropah.
Web berkenaan juga mendedahkan bahawa pemain itu menyumbang wang untuk membantu etnik Rohingya tetapi jumlahnya dirahsiakan. – Berita Harian Online


Saya buka pejabat 25 jam sehari untuk siasatan - TG Nik Aziz

Posted: 07 Jan 2013 04:49 AM PST

 




KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar), mengulangi lagi bahawa kerajaan negeri membuka pejabatnya 25 jam sehari untuk disiasat termasuk kes 4,400 hektar tanah yang dimiliki oleh syarikat pemimpin Perak.
Menurutnya, kerajaan negeri tiada masaalah langsung berhubung perkara itu kerana Kelantan sebuah negeri yang sentiasa bersifat terbuka.

Menurutnya, berhubung kes yang didakwa pemberian tanah keapda syarikat yang dimiliki dua pemimpin DAP Perak itu, beliau memberitahu pegawainya telah menyerahkan fail berkaitan urusan pajakan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya beri peluang kepada orang buat apa saja (menyiasat) termasuk melalui suruhanjaya diraja ke, dan saya selalu sebut pejabat saya ni dibuka 25 jam sehari bukan 24 jam,"ujarnya.

Sambungnya, dengan cara itu beliau dapat mengingatkan diri sendiri berhubung amanah sebagai pemimpin disamping pegawainya agar sentiasa mengingati perkara yang sama.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam di Kompleks Kota Darulnaim, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk seri Mustapha Mohamed yang mahu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi mengatasi berhubung penjelasan kerajaan negeri tentang pajakan tanah yang membabitkan syarikat dari Perak itu.

Mustapha dalam media dua hari lalu dilaporkan berkata masih terlalu banyak persoalan tidak dijawab kerajaan negeri termasuk kemusykilan apakah pemimpin DAP terbabit mendapat keistimewaan tertentu daripada PAS.

Tuan Guru seterusnya turut mengulangi, kerajaan negeri sudah mengambil tindakan untuk dibawa ke mahkamah pihak yang membuat tuduhan palsu berkaitan isu pajakan tanah tersebut dan sudahpun mengarahkan pegawainya mengambil tindakan itu.

P/S: isu penyelewengan PERTAM.Ali rustam ada berani ker nk buat macam tok guru buat??...tepuk dada tanya iman...

Pertunjukan Fesyen kondom di Megamall Melaka??

Posted: 07 Jan 2013 04:47 AM PST

Ingat x kes budak kecil cabul kehormatan wanita di sebuah stesen minyak jalan munshi?link adakah budak tersebut di pengaruhi oleh persekitarannya?mungkin ya..jawapannya ada di bawah nie...tp apa nk kisah kalu di melaka nie pon ada toy sex shop di dataran pahlawan....melaka sekarang tidak seperti dalam sejarah perkembangan syiar islam suatu ketika dulu....jauh bezanya...ini ker 750 tahun yang ali rustam nk banggakan?



Ingat x projek kondom percuma BArisan Nasional......tapi Melaka dah ciap ada patung Kondom lagi...perghh dashyat....Dato' Ali ape cer nie? dapat permit ker nie?



mana mufti melaka...kenapa diam?makan gaji buta.kalu pasal amanat haji hadi bukan men lagi...jamil khir knpa bagi reaksi isu nie?kuman seberang laut nampak gajah depan mata xnampak...hangpa jawab la depan Allah nanti..










TV3 Kantoi isu Air di Selangor

Posted: 07 Jan 2013 04:12 AM PST


Rasanya ramai yang sudah lama tidak mengikuti siaran berita dari rejim Zionis Barisan Nasional (BN) terutamanya Buletin Utama yang diterbitkan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3).

Berikutan krisis air di Lembah Klang ekoran kegagalan syarikat penyedia bekalan air menaik taraf sistem pam di beberapa rumah pam miliknya, TV3 sekali lagi cuba menipu penonton dengan menyertakan bukti berbeza dari segi kandungan audio dan visualnya!

Rakaman visual krisis air di Johor 'dikitar semula' kununnya sebagai bukti menunjukkan Selangor menghadapi krisis air tahap gaban!


Dalam laporan Buletin Utama dinyatakan lori tangki milik Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) yang dihantar tetapi visual menunjukkan bahawa sebenarnya lori tangki tersebut kepunyaan Syarikat Air Johor (SAJ) yang menghantar air ke kawasan kritikal ekoran krisis air di negeri itu beberapa tahun lalu.

Stesen televisyen swasta dasar pengampu Umno itu dikatakan cuba membodohkan penonton dengan paparan tersebut tetapi jika dikira logik akal, cuba kira berapa buah lori dari Johor digunakan semata-mata kunun membantu 'krisis air' di Selangor yang terletak lebih 200 kilometer jauhnya?

Berapa pula muatan meter padu yang mampu dihantar ke Selangor?

Jika difikir secara logik, sepatutnya negeri jiran terdekat Selangor seperti Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) atau Lembaga Air Perak (LAP) tampil membantu sama ada dari Seremban atau pun Tanjung Malim, bukannya dari Batu Pahat atau Ledang!

Tempat nama yang ditunjukkan dalam visual berita itu ialah Desa Lembah Permai tetapi audionya menyebut Desa Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, paparan di Majalah 3 yang mengulas keperluan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) hingga menggelar penunggang motosikal berkuasa tinggi sebagai 'pelesit jalanan' oleh wartawannya Mazidul Akmal Sidik mendapat bantahan hingga mereka mengadakan protes di hadapan ibu pejabat stesen televisyen tersebut di Petaling Jaya dua minggu lalu. ~paspb

kredit: addin77.blogspot.com

p/s: lepas satu-satu kantoi...terdesak bila tiada isu...ini ler ghupenya...

Kisah pengasas Bank Al-Rajhi yang miskin...

Posted: 06 Jan 2013 04:30 PM PST

Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.


Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi.
Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.

Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.
Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia.
Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi 'miskin' sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.
Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimiliki kepada anak-anak beliau dan mendermakan aset-aset yang selebihnya.
Bagi menghargai jasa beliau terhadap dunia Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam.
Dalam satu wawancara yang dibuat oleh Muhammad Al-Harbi dari Al-Eqtisadiah Business Daily, Al-Rajhi menceritakan tentang bagaimana beliau mampu meyakinkan ketua-ketua bank di dunia, termasuk Bank of England, hampir 30 tahun lalu, bahawa bayaran 'faedah' adalah sesuatu yang haram bagi kedua-dua agama iaitu Islam dan Kristian, dan bank secara Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi menaikkan taraf ekonomi dunia.

Kisah Al-Rajhi berkisarkan tentang bagaimana seseorang itu meraih kekayaan dari bawah.
Beliau terpaksa melalui kesusahan ketika beliau kecil sebelum menjadi kaya, dan kemudiannya meninggalkan segala harta yang ada setelah mengecapi kejayaan.
Al-Rajhi masih lagi aktif dalam bekerja walaupun usia beliau telah mencecah lebih daripada 80 tahun.
Beliau memulakan tugas harian sejurus selepas solat Subuh dan terus bekerja hingga selepas solat Isyak.
Beliau kini sedang memberikan tumpuan terhadap Yayasan SAAR, dengan berulang-alik di negara-negara Arab bagi menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengan yayasan tersebut.
Beliau sering membawa diari kecil untuk mencatatkan aktiviti harian beliau dan sentiasa memastikan tidak akan terlepas dari satu aktiviti pun.
Al-Rajhi juga merupakan seorang yang amat berjaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi.
Selain daripada mengusahakan bank Islam terbesar dunia, beliau juga telah mengasaskan ladang binatang ternakan yang terbesar di Timur Tengah.
Daripada segi perladangan, beliau telah menjalankan banyak eksperimen ternakan secara organik di negara-negara Arab, termasuk perladangan udang Al-Laith. Beliau juga turut mengasaskan perniagaan hartanah dan juga beberapa lagi pelaburan.
Temubual:
Sheikh Suleiman, adakah anda kini telah menjadi miskin semula?
Ya. Kini apa yang saya miliki hanyalah pakaian-pakaian saya. Saya telah membahagikan harta saya kepada anak-anak dan juga mendermakan selebihnya untuk menjalankan projek-projek amal. Ini bukanlah sesuatu yang aneh bagi saya. Kedudukan kewangan saya kini telah menjadi kosong sebanyak dua kali dalam hidup saya. Jadi, saya amat faham akan keadaan ini. Namun, kini perasaan itu dipenuhi dengan kegembiraan dan juga ketenangan. Sememangnya saya yang memilih untuk menjadi miskin.
Mengapa berbuat begitu?
Segala kekayaan dimiliki oleh Allah s.w.t, kita hanyalah ditugaskan untuk menjaga kekayaan tersebut. Ada beberapa sebab mengapa saya memilih untuk memilih jalan ini. Antara sebab-sebab utamanya adalah saya perlu menjaga sahabat-sahabat Islam dan juga anak-anak saya. Ia adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup. Saya juga tidak suka untuk membuang masa di mahkamah hanya kerana ada antara mereka yang tidak bersetuju dengan jumlah harta yang diwariskan kepada mereka. Terdapat banyak contoh di mana anak-anak mula berpecah hanya kerana harta yang kemudiannya menghancurkan syarikat. Negara ini telah banyak kehilangan syarikat-syarikat besar kerana perbalahan harta yang boleh diselesaikan jika kita mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan. Selain daripada itu, setiap umat Islam perlu bersedekah sebagai bekalan pahala di akhirat kelak, Jadi, saya lebih suka jika anak-anak saya mencari kekayaan sendiri daripada bergantung dengan saya.
Adakah Sheikh mempunyai banyak masa terluang setelah membahagikan kesemua harta?
Seperti yang telah saya maklumkan tadi, saya masih lagi bekerja keras untuk mendapatkan lebih derma. Saya telah bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menjayakan projek ini. Secara kebiasaanya, umat Islam sering membahagikan satu per tiga ataupun suku daripada kekayaan mereka untuk bersedekah yang hanya akan diberikan setelah mereka meninggal dunia. Namun, bagi saya, saya mahu mula bersedekah ketika saya masih hidup. Jadi, saya telah membawa anak-anak saya ke Mekah pada hujung bulan Ramadhan dan memberitahu mereka idea saya. Mereka bersetuju terhadap idea tersebut. Saya telah meminta bantuan daripada agensi-agensi yang berkaitan untuk membahagikan kesemua harta saya termasuk saham dan juga hartanah kepada anak-anak dan juga untuk didermakan. Kesemua anak-anak saya berpuas hati terhadap inisiatif saya dan mereka kini sedang menguruskan segala harta yang saya berikan kepada mereka.
Berapa banyak harta yang dibahagikan kepada anak-anak dan juga untuk didermakan?
Beliau tergelak tanpa memberi sebarang jawapan.
Apakah perasaan Sheikh terhadap kesemua projek yang sedang dijalankan?
Saya ingin menegaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang saya ambil sebelum melakukan sebarang pelaburan. Eksperimen yang saya lakukan terhadap pertukaran wang adalah salah satu daripada sebab mengapa saya mengasaskan bank. Ketiadaan bank Islam juga menjadi antara sebab mengapa saya mula mengasaskan Bank Al-Rajhi, yang kini merupakan bank Islam terbesar di dunia. Saya mulakan eksperimen saya dengan membuka pejabat di Britain dimana kami mula memperkenalkan sistem perbankan Islam ke peringkat yang lebih besar. Eksperimen tersebut kemudiannya mula berkembang dan ia mula mendapat sokongan daripada ulama-ulama Saudi pada ketika itu. Saya masih ingat lagi bagaimana permohonan saya untuk mendapatkan lesen untuk membuka bank tidak diterima pada mulanya. Ini adalah kerana pihak British tidak memahami apa-apa pun tentang sistem perbankan Islam. Saya kemudiannya pergi ke London dan berjumpa dengan Pengurus Bank of England dan dua daripada pegawai kanan beliau. Saya memberitahu mereka bahawa penggunaan faedah adalah haram bagi Islam dan juga Kristian dan kebanyakan daripada mereka sanggup menyimpan wang mereka di dalam kotak di rumah daripada menyimpan di dalam bank. Saya cuba untuk meyakinkan mereka bahawa (jika mereka mula membuka bank Islam) ini mampu menaikkan taraf ekonomi dunia. Mereka akhirnya bersetuju untuk mula membuka bank-bank Islam. Saya kemudiannya mula mengembara ke serata dunia di bahagian Timur dan Barat, dan berjumpa dengan ketua-ketua bank negara di beberapa buah negara dan memberitahu mereka bagaimana ciri-ciri yang terdapat dalam dunia ekonomi Islam. Kami mula bekerja dan mencapai kejayaan di negara-negara Arab dan melaksanakan perbankan Islam di London, saya kemudiannya berjumpa dengan Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan Sheikh Abdullah bin Humaid, dan memberitahu mereka tentang rancangan saya bahawa : 'Kita mampu, dengan izin Allah, memajukan perbankan Islam. Mereka memuji saya atas inisiatif yang saya jalankan. Dari situlah kami mula mengusahakan Bank Al-Rajhi seperti mana yang anda dapat lihat hari ini. Bagi projek Ladang Ternakan Al-Watania pula, saya mula mendapat inspirasi untuk menjalankan projek tersebut apabila melawat ladang ternakan di luar negara. Saya dapati bahawa cara mereka menyembelih adalah salah. Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk melabur dalam bidang ternakan atas nama Islam dan negara. Saya tetap menjalankan projek tersebut walaupun membuat pelaburan dalam industri ternakan adalah sesuatu yang agak berisiko pada masa tersebut. Kini, Al-Watania telah menjadi salah satu daripada projek mega di Saudi. Syarikat tersebut mendapat 40 peratus daripada saham di negara-negara Arab, dan ayam-ayam Al-Watania diberikan makanan yang cukup dan disembelih dengan cara yang halal menurut undang-undang syariah.
Walaupun dengan semua kekayaan yang dimiliki, mengapa syeikh tidak mempunyai satu pun kapal terbang sendiri?
Saya ada banyak kapal terbang, tetapi kesemuanya dimiliki oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Saya memilikinya setiap kali saya membayar tiket penerbangan untuk ke satu-satu destinasi (gurauan). Saya sering terbang dengan kadar kelas ekonomi kerana Allah tidak memberikan kita harta untuk ditunjuk-tunjuk.
Bagaimana pula dengan hobi syeikh?
Saya tidak mempunyai sebarang hobi yang khusus. Bagaimanapun, saya suka mengembara di padang pasir. Saya tidak pernah mengambil pakej percutian di negara-negara lain selain dari Saudi.
Ketepatan masa Al-Rajhi
Wawancara ini telah menunjukkan bagaimana disiplin Al-Rajhi dalam menepati masa. "Pada awal karier saya dalam industri, saya mempunyai beberapa perjumpaan dengan beberapa syarikat besar di Eropah. Saya masih ingat lagi kisah dimana saya terlambat selama beberapa minit dalam satu perjumpaan dengan salah seorang pegawai besar sebuah syarikat. Walaupun hanya beberapa minit, beliau tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Selepas kejadian tersebut, setelah projek kami mula berkembang, pegawai yang sama pula lambat untuk berjumpa dengan saya, jadi, saya pula yang tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Saya sering membawa kertas untuk menulis segala perjumpaan dan urusan dan sentiasa memastikan agar saya sering menepati masa walau apa pun."
Al-Rajhi berkata lagi: Saya amat menepati segala perkara yang diterapkan dalam Islam sepanjang hidup saya. Saya pernah mendapat undangan daripada kerajaan Arab untuk menghadiri satu persidangan yang berkaitan dengan pelaburan. Kemudiannya, dalam persidangan yang sama, saya dijemput untuk mengambil bahagian dalam majlis makan malam mereka, saya dapati bahawa antara aktiviti yang dijalankan ketika majlis tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Saya kemudiannya keluar dari majlis makan malam tersebut. Kemudian, Abdul Aziz Al-Ghorair dari UAE turut serta bersama saya. Tidak lama selepas itu, menteri yang bertanggungjawab terhadap persidangan tersebut datang kepada kami dan kami mula menerangkan kepada beliau bahawa aktiviti yang dijalankan di majlis tersebut adalah bertentangan dengan budaya Islam. Beliau kemudiannya berkata bahawa aktiviti-aktiviti di majlis tersebut akan dibatalkan. Apabila mereka membatalkan aktiviti tersebut, kami kembali menyertai majlis tersebut.
Penyelesaian Masalah
Al-Rajhi berkata: Pada satu masa, salah satu daripada kilang yang diuruskan oleh anak saya habis dijilat api. Apabila dia datang untuk memaklumkan perkara tersebut kepada saya, saya memberitahu: Sebut Alhamdulillah. Saya meminta anak saya supaya tidak membuat sebarang laporan tentang kerugian yang dialami bagi meminta pampasan daripada pihak berkuasa. Sebaliknya, pampasan yang diberikan oleh Allah adalah lebih penting bagi kita. Assam Al-Hodaithy, Pengurus Kewangan bagi syarikat Ternakan Al-Watania berkata: "Apabila kilang tersebut terbakar, kami telah membuat keputusan untuk tidak menyakiti hati Al-Rajhi dengan memberitahu beliau tentang apa yang terjadi. Kami kemudiannya berjumpa dengan beliau keesokan harinya dan memberitahu akan perkara yang terjadi, beliau mengarahkan kami untuk berpindah ke tempat lain dan membersihkan segala kerosakan sehingga semuanya dibaiki." Perkara yang sama terjadi di satu lagi projek Al-Watania di Mesir. Syarikat tersebut kerugian kira-kira SR10 juta Pound Mesir. Apabila pegawai projek tersebut menghubungi Al-Rajhi untuk memberitahu perkara tersebut, beliau terkejut apabila Al-Rajhi menjawab dengan menyebut: "Alhamdulillah." – Mynewshub.my

Tiada ulasan:

Pengikut