Pengikut

Pakatan Rakyat

Posted by Admin Direktori Blog | | Posted on 3:34 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 26 Jan 2013 03:24 PM PST

Anwar: Sokong PR ke Putrajaya selesai isu Rapid Pengerang, Lynas

Posted: 26 Jan 2013 08:09 AM PST

MASTURAH SURADI

 

PENGERANG – Isu Pengerang (Rapid) dan juga Lynas yang dibangkitkan pembangkang selama ini bukan kerana hendak menang kerusi, sebaliknya adalah untuk menyelesaikan dan membela nasib rakyat, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, hanya mengejar kemenangan kerusi pilihan raya manakala rakyat pula berada dalam keadaan sengsara, bukan cara betul parti dan pemimpin politik.

Katanya, seperti isu perpindahan kubur dan pampasan bagi penduduk yang terlibat dengan projek Rapid, pihak kerajaan tidak mahu menjawab isu tersebut, sebaliknya mereka sengaja memperbesarkan isu lain.

"Buat apa jadi pemimpin rakyat jika masalah rakyat semua tidak kena. Pasal apa pampasan orang kaya (yang terlibat projek Rapid) lebih tinggi manakala orang miskin dapat rendah. Kenapa penduduk Melayu di kampung tidak dijaga, sebaliknya Melayu yang kaya raya sahaja yang dijaga?

"Malah saya juga hendak tanya ada tak di antara Exco yang akan membenarkan kubur nenek moyang mereka digali semula dan dipindahkan seperti mana penduduk di sini?

"Kita tidak kira bangsa apa sekalipun sama ada  Melayu, India, Cina harus belajar menghormati agama orang lain seperti mana yang dilakukan Nabi Muhammad SAW," katanya ketika berucap pada majlis makan malam di Dewan Poh Aur Kong di Sungai Rengit malam tadi.

Hadir sama Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng; Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau; Ketua Ranting PKR Sungai Rengit, Hasnul Ahmad.

Menuru Anwar lagi, hanya ada satu cara sahaja yang boleh menyelamatkan penduduk Pengerang daripada terus diperalat iaitu melalui sokongan agar Pakatan Rakyat dapat menawan Putrajaya.

"Penduduk Pengerang hanya diperalatkan, oleh sebab itu kita kena faham, saya juga tidak tahu apa nak dibuat dan ubah melainkan kita sama sama menumbangkan Umno dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

"Saya juga merayu kepada semua agar mengundi PR kerana hanya dengan sokongan rakyat yang kuat ia sudah mencukupi untuk kita lihat perubahan yang lebih baik selepas ini," katanya lagi.

Ketika mengulas mengenai isu kalimah ALLAH, Anwar berkata, baru kali ini beliau melihat BN dan Umno benar benar mempertahankan perkataan suci tersebut yang kini menjadi menjadi isu hangat.
Bagaimanapun dalam masa sama beliau percaya sebaik sahaja PRU13 diadakan, mereka (BN dan Umno) tidak akan pertahankannya lagi.

Pemilik banglo terkejut terima 28 surat PM tertera nama tidak dikenali

Posted: 26 Jan 2013 08:07 AM PST

NUR FARHANA ABDUL MANAN

 

SUBANG JAYA – Seorang pemilik banglo terkejut apabila 28 pucuk surat berbeza nama penerima yang mengandungi mesej tahun baru dan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dihantar ke rumahnya di Petaling Jaya.

Surat berkenaan didakwa mula diterima sejak dua minggu lalu tertera nama penerima yang langsung tidak dikenalinya.

Hairan dengan perkara itu, pemilik rumah berkenaan mengadukan perkara itu kepada Adun angkat Bukit Gasing, Hannah Yeoh Tseow Suan.

Hannah berkata, berikutan aduan berkenaan, pemeriksaan dilakukan menerusi senarai daftar pengundi suku tahun pertama 2012 dan hasil mengejutkan apabila mendapati 28 nama berkenaan didaftarkan di alamat pengadu.

Menurutnya, lebih mengejutkan ada sembilan lagi nama didaftarkan beralamat di rumah pengadu dan menjadikan 37 pengundi berdaftar di alamat sama.

"Daripada jumlah itu, dua adalah  Melayu, seorang India dan lainnya adalah pengundi Cina dengan nama keluarga berlainan yang berumur antara 36 hingga 90 tahun.

"Inilah yang hendak kita persoalkan kepada Pengerusi BN Selangor, adakah semua mereka ini pengundi hantu mereka?," katanya.

Dalam pada itu, Hannah turut menggesa pengundi yang dapat surat berkenaan tetapi tidak mengenali nama penerima supaya membawanya ke pejabat Adun atau Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) untuk tindakan selanjutnya.

Muhyiddin: Projek Langat 2 tetap diteruskan

Posted: 26 Jan 2013 08:05 AM PST

SINAR HARIAN

 

SABAK BERNAM - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan kerajaan pusat akan meneruskan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dalam masa terdekat walaupun tanpa persetujuan kerajaan negeri Selangor.

"Kerajaan pusat kata, lulus tak lulus kita sudah tawar kontrak bina Langat 2...dalam sebulan dua, kita buat juga Langat 2 demi  kepentingan rakyat dan bukan Menteri Besar ataupun pakatan pembangkang," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada program mesra rakyat 1Malaysia di Sekolah Kebangsaan Dr Abdul Latiff, di sini hari ini.

Beliau berkata buat masa sekarang bagi menampung permintaan air yang semakin meningkat di kalangan rakyat, beberapa buah loji rawatan air di negeri itu terpaksa meningkatkan tahap pengeluaran sehingga 100 peratus.

Projek Langat 2 dan sistem agihannya mengalami kelewatan sebanyak 40.55 peratus iaitu kira-kira 29 bulan disebabkan keengganan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor memberikan kelulusan yang diperlukan.

Mengikut perancangan asal, projek yang merupakan sebahagian komponen Skim Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor itu akan dilaksanakan melalui dua fasa melibatkan 23 pakej pembinaan bagi setiap fasa.

Langat 2 adalah sebahagian daripada Projek Pemindahan Air Mentah yang akan merawat 1.89 bilion liter air mentah untuk disalurkan ke Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2025.

Mengenai usaha kerajaan Selangor mengambil alih perkhidmatan air dari empat syarikat konsesi di negeri itu,  Muhyiddin berkata kerajaan pusat tidak menghalang usaha itu selagi ianya berlandaskan undang-undang dan peraturan.

"Kerajaan pusat tidak sekat usaha kerajaan negeri ambil alih  empat syarikat konsesi ini. Pergilah ambil alih konsesi air dan buat  rundingan dengan pihak konsesi ini," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri Selangor ada ikatan dan perjanjian dengan semua syarikat konsesi dan mereka harus selesaikan pengambilalihan secara rundingan atas dasar persetujuan antara pembekal dan pembeli.

"Justeru, kerajaan negeri tidak boleh mengambil alih perkhidmatan air dari syarikat konsesi secara sewenang-wenangnya sebab terikat dengan undang-undang dan akta yang termaktub dalam perjanjian konsesi," katanya.

Empat syarikat konsesi air di Selangor ialah Syarikat Pengeluar  Air Berhad, Konsortium Abbas, Syarikat Bekalan Air Selangor dan Puncak  Niaga.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata laporan lengkap Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada akhir  bulan ini.

"Kita telahpun mengadakan rundingan meja bulat dan menerima  pandangan dari pelbagai pihak untuk pelan ini bagi meningkatkan kualiti  pendidikan negara," katanya dan menurutnya pihak kementerian sudah berjumpa seramai 17,000 orang yang menyertai inisiatif itu.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengumumkan pembinaan sebuah Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) di Sabak Bernam yang merupakan sebahagian daripada inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan dan menaik taraf PPD.

Beliau juga mengumumkan peruntukan RM3.65 juta untuk pelaksanaan projek pembangunan di daerah Sabak Bernam iaitu pembinaan 30 unit rumah, sebuah surau, kelas prasekolah di Sekolah Kebangsaan Dr Abdul Latiff, menaik taraf jalan dan kemudahan asas.

Terdahulu, Muhyiddin tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam untuk memulakan lawatan ke daerah ini dengan menghadiri beberapa program mesra rakyat di samping mengadakan pertemuan tertutup bersama pemimpin Umno Bahagian Sabak Bernam dan Bahagian Sungai Besar. - Bernama

MB Selangor: Kajian dapati rakyat lebih percaya Kerajaan Negeri PR

Posted: 26 Jan 2013 08:01 AM PST

NIZAM ZAIN

 

 

SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa sebanyak 60 peratus rakyat di Selangor semakin meyakini Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) yang beliau terajui sejak Mac 2008.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, kajian dijalankan Kerajaan Negeri sejak Ogos lalu mendapati tahap kepercayaan rakyat terhadap beberapa kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) di negeri itu merosot kepada 20 peratus.

"Tiga bulan kita (Kerajaan Negeri) buat kira-kira sama ada boleh menang dan tawan Putrajaya atau tidak.

"... graf penerimaan rakyat terhadap PR lebih tinggi daripada BN.

"Berapa ramai orang percaya kepada (Setiausaha Umnor Selangor), Datuk Seri Ir Mohd Zin? Kurang 20 peratus. Berapa orang percaya pada (Timbalan Pengerusi Umno Selangr) Datuk Seri Noh Omar? Pun begitu, lebih kurang 20 peratus. Berapa orang percaya Menteri Besar Selangor sekarang? Lebih 60 peratus," katanya ketika berucap meraikan lebih 400 sukarelawan dan jentera pilihan raya bahagian Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Ijok di kediaman rasminya di sini, malam tadi.

Bagaimanapun dakwa Abdul Khalid, kajian terbabit mempunyai asasnya apabila kajian yang sama dilakukan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), yang diumumkan Rabu lalu, mendapati sokongan rakyat terhadap PR semakin tinggi.

Tambah beliau, hal ini dikuatkan lagi apabila keputusan yang sama diperolehi hasil kaji selidik oleh pihak polis dan tentera baru-baru ini.

"Mereka (unit khas polis dan tentera) telah bocorkan maklumat ini sendiri, membuktikan rakyat semakin menolak Umno-BN "... hasil survei ini, rakyat dah setuju untuk tukar kerajaan," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Khalid mengingatkan rakyat Selangor supaya tidak menggadaikan mandat mereka hanya semata-mata gelap mata dengan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang diagihkan BN menjelang pembubaran Parlimen bulan depan.

Bagaimanapun Abdul Khalid tidak melarang rakyat untuk menerima sambil menyifatkan bantuan kewangan itu bukannya milik ahli politik atau parti, sebaliknya ia merupakan hak rakyat dan menjadi tanggungjawab kerajaan melaksanakannya sejak 50 tahun lalu.

"Duit (BR1M) boleh ambil, undi jangan, tanggungjawab saudara jangan jual, jangan jual keluarga.

"... bukan duit bapak dia, itu duit rakyat," tegas Abdul Khalid.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar memberi jaminan kepada rakyat bahawa seandainya Pakatan Rakyat memenangi dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti, pihaknya akan mengekalkan kedaulatan undang-undang negara sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan.

"Semua pimpinan tertinggi PR telah bersetuju untuk tidak merungkai setiap artikel dalam Perlembagaan Malaysia.

"... Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang sebulat suara untuk mempertahankan Perlembagaan Negara," katanya yang juga Naib Presiden PKR.

Hadir sama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, Exco Pertanian Selangor merangkap Adun Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari dan Pengerusi Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.

BN Terengganu sudah serah SPRM senarai calon

Posted: 26 Jan 2013 07:43 AM PST

SINAR HARIAN

 

KEMAMAN - Senarai calon Barisan Nasional (BN) Terengganu bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) telah diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk melalui proses tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  
Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan BN Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata sehingga ini belum ada sebarang maklumat mengenai senarai calon yang dikemukakan kepada SPRM sama ada layak atau sebaliknya.
  
"Kita tunggulah sehingga SPRM memaklumkan kepada kita nanti," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu semalam mengenai empat calon BN tidak layak menyertai PRU-13 selepas tapisan dibuat SPRM.
  
Sementara itu, Ahmad yang juga Menteri Besar berkata semua anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri ini yang sudah tamat tempoh perkhidmatan pada Disember lepas akan disambung perkhidmatan mereka sehingga Jun depan.
  
Di Terengganu terdapat kira-kira 1,600 anggota JKKK, katanya.  - Bernama

'Pakatan tidak mahu dibuai mimpi manis'

Posted: 26 Jan 2013 07:35 AM PST

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

 

SHAH ALAM - Meskipun beberapa hasil kajian menunjukkan Pakatan Rakyat (PR) berpeluang untuk menggugat kedudukan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk Kerajaan Pusat, pimpinan parti itu merasakan mereka harus melipatgandakan usaha dan tidak terlalu asyik dibuai mimpi indah.

Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran berkata, walaupun pelbagai ramalan dibuat, ia tidak semestinya benar dan PR harus meningkatkan usaha untuk mendapatkan sokongan padu rakyat kepada perikatan itu.

"Kita rasa ada kemungkinan besar kita boleh dapat lebih daripada majoriti mudah. Dan oleh kerana kemungkinan ini, kita tidak boleh tidur nyenyak. Kita mesti bangun dan kerja untuk ini, pergi seberapa jauh dan seberapa dalam untuk mendapat sambutan rakyat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Ahli Parlimen Ipoh Barat ini menambah, senario semasa di peringkat akar umbi menunjukkan rakyat begitu terdesak mahukan perubahan.

Oleh itu katanya, kemenangan tipis yang digembar-gemburkan hanyalah penyedap hati kepada pemerintah pada hari ini yang merasakan mereka masih dapat mengekalkan kuasa.

"Untuk mengatakan Barisan Nasional dan Pakatan akan 'neck to neck', bukan semestinya betul. Media yang digunakan oleh Barisan semestinya mengatakan sedemikian dan masyarakat pun bimbang untuk memberitahu perkara yang betul kepada pemberita atau sesiapa bahawa mereka ingin dan akan sokongan Pakatan," jelas Kulasegaran lagi.

Meskipun begitu katanya, jika keadaan berlaku, PR hanya menang tipis ke atas BN, peluang itu tidak akan disia-siakan untuk membawa perubahan dan menjamin kebajikan rakyat.

"Walaupun majoriti tak kisahlah satu, dua atau sepuluh, kita rasa kita boleh jalankan kerajaan walaupun ada beberapa kesusahan yang kita hendak buat hanyalah satu sahaja iaitu kita mahu Najib menjadi Ketua Pembangkang," tegas beliau.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin juga mengakui perubahan positif dalam arah aliran sokongan rakyat ke atas PR sejak kebelakangan, yang dilihat menerusi "kajian sendiri" dan yang dikendalikan oleh pihak ketiga.

"Hasil kajian termasuk Umcedel, sebuah pusat kajian yang dihormati, baru-baru ini merupakan satu faktor yang menaikkan semangat parti-parti dalam PR... tetapi pada masa yang sama tidak mahu terlalu selesa. Ini satu sifat yang perlu ditangani segera," katanya yang turut mengakui perkembangan semasa boleh menjadi "psikologi timbal balik."

Sehubungan itu kata Shamsul Iskandar, PR mahu memberi tumpuan ke atas pengundi di kawasan pedalaman dan luar bandar.

"Kami akan sampaikan mesej ini... sokongan yang semakin meningkat kepada pengundi luar bandar agar terus menyokong PR," kata beliau lagi.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yakin PR dalam mengambil alih Putrajaya dengan kemenangan yang agak selesa.

"Saya percaya perbezaan yang agak besar iaitu di antara 20 hingga ke 30 kerusi. Saya yakin berdasarkan 'mood' dan momentum yang ada, sebenarnya Barisan Nasional akan hilang kuasa," katanya.

Menurut Mahfuz, soal kemenangan dengan majoriti besar atau mudah adalah perkara kedua ketika ini kerana tumpuannya ialah untuk menang dan membawa perubahan.
"Yang pasti kemerosotan kepada BN itu berlaku. Kalau menang tipis pun, ia satu kemerosotan kepada mereka," katanya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika temu bual bersama Sinar Harian Online dan Sinar Harian Rabu lalu menyatakan keyakinannya PR akan menang dengan jumlah kerusi yang "tidak terlalu tipis."

Hasil kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menunjukkan mustahil untuk BN meraih majoriti kerusi dua pertiga pada PRU13 berdasarkan rekod pilihan raya sebelum ini dan perkembangan semasa.

Menurut Pengarahnya, Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman, Umno-BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak hanya akan mengekalkan status quo.

Minggu lalu, Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian meramalkan BN akan menang tetapi kerusi miliknya kemungkinan akan mengalami penurunan.

Pendapat sama sebelum itu pernah diutarakan oleh Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri bahawa BN akan menang sekitar 120 kerusi di mana menyaksikan majoriti yang semakin mengecil.

Rakannya,  penganalisis politik veteran, Profesor Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid pula meramalkan BN ada kelebihan untuk menang PRU13, walau bagaimanapun, ia belum terjamin bergantung bagaimana kedua-dua, BN dan PR berjaya menawan hati pengundi atas pagar.

'Saya akan lawan saman Zahid seperti kes lain'

Posted: 26 Jan 2013 07:33 AM PST

Wartawan Sinar Harian

 

SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sudah bersedia untuk menghadapi saman fitnah terbaru - kali ini difailkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, seperti dua kes sebelum ini.

"Saya telah minta peguam saya... saya akan hadapi kes terbaru ini seperti kes-kes yang lain, yang dibawa ke atas saya," kata beliau ketika dihubungi.

"Saya hormati hak Datuk Zahid untuk menyaman saya. Dan tanggungjawab saya untuk mempertahankan diri saya di mahkamah dan saya juga tidak akan mengabaikan kepentingan awam," kata beliau lagi.

Laporan media semalam menyebut Zahid yang juga Naib Presiden Umno memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi berhubung satu artikel disiarkan dalam laman blog.

Zahid memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Mengikut pernyataan tuntutan, Zahid mendakwa Rafizi menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom. Zahid mendakwa artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam.

Katanya, Rafizi mengetahui kesan langsung penerbitan artikel tersebut yang membolehkan ia diterbit semula oleh pihak media termasuk media di laman Internet.

Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari.

Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya.

Turut dituntut ialah faedah empat peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos dan relif lain.

Rafizi juga berkata, beliau ada menerima notis tuntutan antara lain memintanya memohon maaf di akhbar-akhbar utama.

Katanya, notis bertarikh 15 Januari lalu diterima "dua tiga hari lalu."

"Sekarang Datuk Zahid sudah memfailkan saman, selepas notis tuntutan dua minggu... sudah hampir dua minggu, ya, saya akan hadapi. Dan saya juga akan terus memberi kenyataan mengenai isu berkaitan kes ini jika ada maklumat terbaru," katanya lagi.

Rafizi dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin kini berhadapan dengan kes saman fitnah dibawa Ketua Wanita Umno dan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berikutan skandal NFC.

Rafizi juga menghadapi tuduhan melanggar Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan selepas beliau mendedahkan butir-butir perbankan sulit fidlot National Feedlot Corporation (NFCorp), firma yang menjalankan projek NFC.

BN akui kesilapan, akan hantar semula surat Selamat Tahun Baru

Posted: 25 Jan 2013 04:26 PM PST

Wartawan Sinar Harian

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) Selangor mengakui terdapat kesilapan kecil yang berlaku dalam proses penghantaran surat Selamat Tahun Baru bersimbol 'Sayangi Selangor' kepada sebilangan kecil pengundi di Dun Selat Klang seperti didakwa Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata, tidak mustahil kesilapan kecil sebegini terjadi ketika penghantaran surat dalam jumlah yang besar.

"Ya, saya mengaku BN Selangor ada menghantar surat ini kepada rakyat Selangor bertujuan mengucapkan Selamat Tahun Baru. Jadi dalam penghantaran pukal sebegini pasti berlaku kesilapan teknikal seperti ini.

"Atas rasa tanggungjawab, BN Selangor akan mengirim semula surat pembetulan dan permohonan maaf kepada pengundi berkenaan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dalam perkembangan sama, Abdul Shukor yang juga Adun Kuang turut menjelaskan bahawa kesilapan teknikal seperti ini hanyalah kesalahan kecil yang tidak disengajakan dan tiada niat untuk mengaburi atau mengelirukan pengundi seperti didakwa.

"BN Selangor memohon maaf kepada pengundi-pengundi terbabit atas kesilapan yang berlaku. Kami akan menghantar semula surat pembetulan dan permohonan maaf dengan kadar segera," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas lanjut berhubung dakwaan Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali yang menggesa BN Selangor menghentikan tindakan mengelirukan rakyat dengan menukarkan tempat mengundi pengundi sesuka hati untuk kepentingan parti mereka.

Dr Halimah dalam kenyataannya mendakwa, terdapat tiga pengundi dari Dun Selat Klang yang menghantar surat aduan kepadanya yang menyatakan Dun dan Parlimen mengundi mereka ditukar ke kawasan lain pada surat Selamat Tahun Baru dengan simbol 'Sayangi Selangor' daripada BN Selangor yang diterima mereka.

Mayat William ditemui, misteri belum terjawab

Posted: 25 Jan 2013 04:25 PM PST

Wartawan Sinar Harian

 

 

SUBANG JAYA – Biarpun penemuan mayat kanak-kanak di jeti Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang kelmarin adalah disahkan William Yau Zhen Zhing, 6, oleh ibu bapanya, namun misteri kematiannya masih menjadi persoalan.

Sejak 16 Januari lalu, polis menggunakan pelbagai usaha cuba mengesan William Yau, antaranya mengedar poster dan menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9) di kawasan bukit serta belukar, berhampiran lokasinya dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota, Seksyen 7, Putra Heights.

Bagaimanapun, kelmarin, mayat kanak-kanak itu ditemui terapung di dalam sungai iaitu sejauh 30 kilometer dari lokasinya dilaporkan hilang.

Mayat William Yau ditemui dalam keadaan separuh reput dan kembung.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

"Tiada kecederaan luar di tubuh mayat melainkan bekas gigitan binatang yang menjamah mayat ketika berada di dalam air," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, semalam.

Yahaya berkata, pihaknya masih menyiasat bagaimana mayat kanak-kanak terbabit berada di dalam sungai.

"Tiada parit monsoon besar di lokasi William dilaporkan hilang, kalau ada pun sungai terletak tiga kilometer dari Putra Heights.

"Pegawai perubatan juga tidak dapat menentukan punca kematian kerana  mayat sudah mereput dan percaya meninggal sejak seminggu lalu," katanya.

Beliau berkata, sehingga kini, belum ada suspek atau maklumat jelas yang dapat mengaitkan kematian William Yau.

Difahamkan, keluarga mangsa juga tidak menerima sebarang ugutan atau tuntutan wang ugutan untuk dikaitkan dengan kes penculikan.

Setakat ini, hanya lima individu menyalurkan maklumat, namun ianya tidak mempunyai kaitan dengan misteri kehilangan William Yau.

Dalam pada itu, Yahaya berkata, mayat itu disahkan oleh ibu bapa William Yau yang hadir menjalani proses pengecaman mayat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, semalam.
Katanya, pengesahan itu berdasarkan seluar pendek, seluar dalam, parut di dahi dan di belakang kepala mayat yang mirip William Yau.

Beliau berkata, bagaimanapun keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan diperolehi selewat-lewatnya tiga hari untuk mengesahkan status sebenar mayat kanak-kanak tersebut.

"Kita yakin 75 peratus mayat itu adalah kanak-kanak yang hilang. Sampel tulang dan rambut sudah dihantar ke Jabatan Kimia. Apa pun kita tunggu laporan DNA sama ada wujud pertalian antara mayat dengan William Yau.

"Jika benar mangsa, kita akan hentikan pencarian dan tumpukan kepada sebab-sebab kematian," katanya.

Yahaya berkata, abang William Yau yang berusia tujuh tahun akan dipanggil untuk diambil keterangan semula.

Kes saman: 'Alhamdulillah', kata Annuar

Posted: 25 Jan 2013 04:23 PM PST

NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH

 

 

"ALHAMDULILLAH." Demikian reaksi Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam menolak dengan kos permohonan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membatalkan saman pemula yang difailkan berhubung penggantungan beliau sebagai Timbalan Presiden FAM.

Annuar berkata, hakim menolak permohonan itu selepas mendapati permohonan yang dibuat olehnya mempunyai asas.

"Alhamdulillah. Hari ini (semalam) Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mendengar perbicaraan bantahan awal FAM terhadap rayuan keputusan penggantungan saya dari FAM.

"Perbicaraan yang berjalan pada jam 9.30 pagi semalam telah memihak kepada saya," katanya ketika dipetik menerusi laman Facebooknya, semalam.

Tambah Annuar, "sebelum ini, FAM telah mengemukakan bantahan awal tersebut supaya mahkamah menolak rayuan saya, di atas alasan saya telah bersetuju untuk dibicarakan oleh FAM walaupun FAM gagal mengikuti prosedur."

"Namun, mahkamah telah menolak bantahan awal FAM atas alasan kes rayuan tersebut mempunyai merit untuk didengar sepenuhnya dan di atas alasan perlanggaran prinsip keadilan semulajadi oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM," katanya.

Beliau berkata mahkamah menetapkan 25 Februari ini untuk pendengaran kes itu sepenuhnya.

Semalam, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak dengan kos permohonan FAM untuk membatalkan saman pemula yang difailkan Annuar berhubung penggantungan beliau sebagai Timbalan Presiden FAM.

Peguam Yusfarizal Yussoff yang mewakili Annuar berkata hakim, menolak permohonan itu selepas mendapati permohonan yang dibuat oleh anak guamnya mempunyai asas.

Pada 5 Jun 2012, Annuar selaku plaintif memfailkan saman pemula di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan FAM sebagai defendan pertama dan Setiausaha Agungnya, Datuk Azzudin Ahmad sebagai defendan kedua.

Dalam pernyataan tuntutannya, Annuar mendakwa hukuman yang dijatuhkan terhadapnya tidak sejajar dengan pertuduhan asal dan draf pertuduhan terhadapnya mengandungi kecacatan serta FAM bertindak secara mala fide (berniat jahat).

Beliau berkata Azzudin dalam surat bertarikh 2 April 2012 juga melarang beliau daripada menghantar wakil ke Mesyuarat Khas Ke-21 Jawatankuasa Tatatertib FAM dengan alasan defendan kedua sendiri yang akan mewakili beliau.

Sedangkan katanya,Azzudin tidak sepatutnya menjadi wakil beliau kerana defendan kedua adalah pihak yang membuat tuduhan.

Sehubungan itu Annuar menuntut 10 perisytiharan berhubung tindakan FAM yang membawa kepada penggantungan beliau, antaranya ialah pertuduhan FAM terhadap beliau dalam sepucuk surat bertarikh 16 Mac 2012 adalah cacat, tidak sah dan terbatal.

Annuar juga mendakwa perbicaraan tatatertib pada 4 April 2012 dan hukuman terhadap beliau pada keesokan harinya (5 April 2012) tidak mematuhi prinsip keadilan asasi.

Selain itu, beliau memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa kesemua tindakan yang membawa kepada penggantungan beliau itu tidak mematuhi status dan kod tatatertib FAM yang sekali gus menjadikan ia terbatal dan tidak sah.

Annuar turut memohon perintah injunksi menghalang pihak defendan daripada melarang beliau untuk menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden FAM dan lain-lain jawatan serta melibatkan diri dalam sebarang acara bola sepak.

Lebih ramai 'pengundi hantu' dapat surat Najib

Posted: 25 Jan 2013 04:21 PM PST

Lebih banyak kontroversi menyelubungi surat ucapan tahun baru dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak selepas pembangkang menerima satu lagi aduan mengenai berpuluh surat tersebut dihantar kepada orang yang tidak dikenali di sebuah rumah di Petaling Jaya.

NONEADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh (kiri dalam gambar) yang juga menjaga kawasan pilihan raya Bukit Gasing berikutan kematian wakil raknyat, berkata aduan terbaru itu datangnya dari sebuah rumah di kawasan berkenaan.

"Pemilik rumah tersebut telah menerima 28 surat daripada BN, tetapi dia tak kenal pun mereka," katanya dalam sidang akhbar bersama ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San dan Kasthuri Patto, iaitu setiausaha politik kepada pemimpin DAP, Lim Kit Siang.

Untuk memburukkan lagi keadaan, Hannah berkata carian pada daftar pemilih menunjukkan terdapat 37 nama orang yang tidak dikenali yang didaftarkan di alamat tersebut.

NONE
"Kami mahu bertanya kepada Najib dan (penyelaras BN Selangor), Datuk Mohd Zin Mohamed sama ada ini adalah pengundi hantu mereka?" kata Hannah.

Dengan mendedahkan sendiri 'pengundi hantu' tersebut, tegas Hannah, BN umpama "menyumbat gol sendiri".

"Saya tidak kata mereka tidak bijak, tetapi mungkin terdapat terlalu banyak pengundi hantu sehingga mereka pun tidak kenal."

[Baca berita penuh]

1. Kad ucapan PM bantu Pakatan kesan pengundi hantu
 
NONE
"Kami mahu bertanya kepada Najib dan (penyelaras BN Selangor), Datuk Mohd Zin Mohamed sama ada ini adalah pengundi hantu mereka?" kata Hannah.

Dengan mendedahkan sendiri 'pengundi hantu' tersebut, tegas Hannah, BN umpama "menyumbat gol sendiri".

"Saya tidak kata mereka tidak bijak, tetapi mungkin terdapat terlalu banyak pengundi hantu sehingga mereka pun tidak kenal."

PAS sedia letak calon bukan Islam dalam PRU13

Posted: 25 Jan 2013 04:13 PM PST

PAS sedia meletakkan calon dari kalangan bukan Islam mewakili parti itu bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata calon bukan Islam akan dipilih dalam kalangan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang juga merupakan sayap parti itu.
  
DHPP didakwa mempunyai keahlian seramai 35,000 orang di kalangan bukan Melayu dan bukan Islam.

Tuan Ibrahim berkata Majlis Syura telah membenarkan bukan Islam bertanding atas tiket parti itu.
  
"Ini kali pertama dalam sejarah kita calonkan DHPP. Kerusi itu (yang mereka tandingi) memang kerusi PAS maka mereka akan bertanding atas lambang parti," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Markas PAS Kuala Ibai, di Kuala Terengganu semalam.

Dalam PRU-12 pada 2008, PAS Johor meletakkan calon wanita bukan Islam, Kumutha Raman, pemegang ijazah undang-undang dari Britain, bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram dalam kawasan Parlimen Johor Bahru.
  
Bagaimanapun, calon berkenaan tewas kepada Maulizan Bujang dari Barisan Nasional (BN). Bernama

Kematian Sugumar, polis ambil keterangan 11 individu

Posted: 25 Jan 2013 04:11 PM PST

Polis mengambil keterangan 11 individu bagi membantu siasatan kes seorang pengawal keselamatan yang dikategorikan sebagai mati mengejut dalam kejadian amuk dekat Kajang, kelmarin.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata saksi yang melihat insiden itu berkata C Sugumar, 39, mula mengamuk dari Taman Sri Nanding sebelum ke Taman Desa Raya dan Taman Lagenda Suria.
  
"Saksi melihat lelaki itu terjatuh di Taman Lagenda Suria dan seterusnya tidak sedar selepas itu.

"Tiada seorangpun dalam insiden itu nampak pihak polis memukul lelaki berkenaan sebelum dia ditahan," katanya pada satu sidang akhbar di Shah Alam semalam.

Dalam insiden pada kira-kira 6.30 petang Rabu itu, Sugumaran dikatakan menggunakan palang besi untuk merosakkan harta benda awam.
  
Mohd Adnan berkata siasatan awal mendapati lelaki itu mengalami sakit mental dan polis akan mendapat pengesahan berhubung perkara tersebut daripada pihak hospital.
  
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab dilapor berkata hasil bedah siasat menunjukkan Sugumaran mati akibat saluran jantung tersumbat dan tiada sebarang kecederaan lain.     - Bernama

Anwar : Parti Komponen PR Sehaluan Dalam Isu Kalimah Allah

Posted: 25 Jan 2013 04:03 PM PST


Grafik-Khalimah Allah

PETALING JAYA  : Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada perbezaan pandangan dalam isu kalimah Allah di antara Pakatan Rakyat (PR) dengan parti komponen PAS.

Jelas Anwar, pendirian yang diumumkan PR adalah berdasarkan kepada keputusan yang dicapai bersama dalam Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat yang dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Keputusan kita adalah berdasarkan kepada apa yang dipersetujui dan dibentangkan serta dibincangkan dalam mesyuarat bersama.

"Majlis Syura (Pas) juga memutuskan bahawa penggunaan itu dibenarkan namun melalui beberapa syarat yang diperincikan.

"Perkara tersebut tidak dibentangkan dalam mesyuarat bersama sebelum itu, namun jelas ia tetap berlandaskan kepada pendirian yang sama," tegas Anwar dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini tengah hari tadi.

Dalam pada itu, beliau melahirkan rasa kesal kerana media Umno-BN cuba mengambarkan bahawa Pas dan parti komponen PR tidak sehaluan di dalam isu tersebut.

"Mereka ini begitu ambil berat dengan keputusan Majlis Syura, jadi saya syorkan mereka untuk kaji keputusan yang lain juga.

"Kaji dan siarkan juga keputusan mengharamkan undi untuk Umno, bentangkan 'details' untuk keputusan ini," tambahnya lagi.

Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada awal Januari lalu mengumumkan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam.

Katak gergasi 2 kilo di Gerik ditemui

Posted: 25 Jan 2013 03:58 PM PST

KL TODAY


Orang ramai sekitar daerah ini gempar apabila seorang ahli perniagaan mempamerkan dua ekor katak gergasi seberat hampir 2 kilogram (kg) setiap seekor yang didakwa ditangkap sekitar kawasan hutan di Gerik, Perak.

Katak besar dipercayai spesis Lithobates Catesbeianus yang didakwa terbesar dan terberat di Malaysia setakat ini, memeranjatkan orang ramai berikutan turut mempunyai saiz panjang melebihi 40 sentimeter .

Katak berwarna hijau itu ditawarkan kepada orang ramai yang berminat untuk membelinya pada harga RM130 sekilogram.

Ahli perniagaan berkenaan, Low Yin See, 45, berkata, dia memperoleh dua ekor katak gergasi itu daripada lelaki Orang Asli yang berjaya menangkapnya berhampiran sebuah sungai di Gerik minggu lalu.


Menurutnya, katak berkenaan adalah spesis katak paling besar yang pernah ditemuinya sejak menjadi peniaga haiwan eksotik di Pasar Jalong, di sini, lebih 10 tahun lalu.


"Biasanya saiz katak yang dibekalkan kepada saya hanyalah sekitar 100 gram hingga 200 gram seekor. Namun, katak gergasi ini mencecah berat hampir 1.8 kg.

"Berat katak ini amat luar biasa dan sukar dipercayai. Ramai yang teruja dan ragu-ragu namun akhirnya percaya selepas mendapati katak berkenaan bergerak-gerak," katanya.


Dia mendakwa katak itu yang hidup di tebing sungai dengan memakan ikan dan udang hanya aktif pada waktu malam saja.

"Katak ini biasanya boleh ditemui pada bulan Disember dan Januari," katanya ketika ditemui.

Idris Haron bakal KM Melaka?

Posted: 25 Jan 2013 03:56 PM PST

 

Apabila Ali Rustam baru-baru ini mengesahkan keinginannya untuk bertanding kerusi Parlimen pula dalam pilihanraya akan datang, jawatan Ketua Menteri Melaka yang disandangnya sejak 1999, mula menjadi rebutan dan perhatian beberapa tokoh politik negeri itu.Ali Rustam berkata, beliau sudah pun memaklumkan hasratnya itu kepada Najib dan kini terserah kepada Najib untuk membuat keputusan sama ada menerima atau menolak hasratnya itu.

Antara nama-nama yang disebut bakal menggantikan Ali Rustam sebagai Ketua Menteri Melaka ialah Idris Haron (gambar), Ahli Parlimen Tangga Batu yang juga Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Exco Kerajaan Negeri, Ahmad Hamzah dan Mat Sirat Abu, Ahli Parlimen Bukit Katil yang merupakan orang kepercayaan Ali Rustam.

Sebelum menjadi Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam juga pernah menjadi Timbalan Menteri Pengangkutan dan kembalinya beliau bertanding kerusi Parlimen, harapannya tentulah beliau diberikan jawatan menteri penuh atau sekurang-kurangnya timbalan menteri andainya BN mampu mengekalkan kuasanya selepas PRU 13 ini.

Sebagai Pengerusi UMNO Melaka dan Ketua UMNO Bukit Katil, jika permintaannya untuk bertanding kerusi Parlimen ditunaikan oleh Najib, beliau mungkin bertukar kerusi dengan Mat Sirat. Ini akan menjadikan Ali bertanding di Parlimen Bukit Katil dan Mat Sirat pula bertanding di kerusi DUN yang sekarang ini dipegang oleh Ali Rustam.

Di antara ketiga-tiga nama yang disebut bakal menggantikan Ali Rustam itu, Idris Haron yang juga ahli MT UMNO diketahui paling kuat melobi Najib bagi mendapatkan jawatan tersebut. Beliau kini dikatakan menggunakan pengaruh seorang ahli MT iaitu Azeez Rahim, Pengerusi Kelab Putra UMNO untuk tujuan tersebut.

Azeez yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Najib dan Rosmah dikatakan sedang memainkan peranannya untuk meyakinkan Najib bahawa Idris Haron adalah pilihan yang sesuai dan tepat untuk menggantikan tempat Ali Rustam itu.

Melalui Kelab Putra UMNO yang diterajuinya dan banyak memainkan peranan memberi bantuan kemanusiaan ke pelbagai negara di dunia, Azeez telah berjaya menjalin hubungan dengan rapat dengan Najib melalui NGO yang diterajuinya itu. Ditambah dengan perwatakannya yang mudah mesra, Azeez kini dikenali antara pemimpin UMNO yang mempunyai hubungan rapat serta akses terus dengan Najib dan boleh bercakap banyak perkara dengan Perdana Menteri.

Kelebihan yang dimilikinya itu kini sedang dimanfaatkan oleh Idris Haron untuk membantunya menjadi Ketua Menteri Melaka.

Kedudukannya sebagai pemimpin muda dijadikan alasan utama, sesuai dengan arus semasa yang mahukan lebih ramai pemimpin muda diberikan tempat dan peluang menggantikan pemimpin-pemimpin lama.

Idris Haron sebelum ini pernah menjadi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi tetapi digugurkan sebaik Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 2009 lalu. Menyedari bahawa dirinya bukan dalam lingkungan "orang-orang Najib" dan masih dicop mempunyai hubungan yang rapat dengan KJ sebelum ini, Idris terpaksa menggunakan pengaruh Azeez Rahim bagi memudahkan laluannya mengisi jawatan Ketua Menteri Melaka itu.

Sementara Ali Rustam pula, walaupun masih berdiam diri dan tidak pernah menyebut sesiapa sebagai bakal penggantinya, tetapi beliau dikhabarkan lebih menyenangi Ahmad Hamzah, Ketua UMNO Jasin dan Exco Kerajaan Negeri sejak sekian lama, sebagai penggantinya.

Walaupun sudah berusia tetapi faktor pengalaman dan berjiwa tenang menjadi kelebihan kepada Ahmad Hamzah yang menjadikan beliau lebih disenangi oleh Ali Rustam untuk menggantikan tempatnya itu.

Satu lagi faktor kelebihan Ahmad Hamzah ialah beliau merupakan menantu Allahyarham Tun Ghafar Baba dan pemilihannya mungkin sebagai salah satu cara mengenang jasa serta membalas budi bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Selain Ahmad Hamzah, Ali Rustam juga berkemungkinan melobi kepada Najib supaya meletakkan seseorang yang boleh dikawal dan dipercayai sepenuhnya untuk menggantikan tempatnya itu. Jika itu yang dilakukannya, Ali Rustam pastinya melobi Mat Sirat yang kini menjadi Ahli Parlimen Bukit Katil. Sebelum itu, Mat Sirat pernah menjadi Setiausaha Sulit dan Setiausaha Politik Ali Rustam dan diketahui umum sebagai orang yang paling dipercayainya di Melaka.

Sementara itu, hasrat Ali Rustam bertanding kerusi Parlimen juga berkemungkinan untuk membolehkannya bertanding jawatan yang lebih kanan dalam pemilihan UMNO yang bakal diadakan penghujung tahun ini.

Beliau yang dalam pemilihan lalu dibatalkan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO atas dakwaan salah laku oleh Jawatankuasa Disiplin, mungkin kembali untuk bersaing merebut sekurang-kurangnya jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan kali ini.

Penulis pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju. Telah menghasilkan dua buah buku politik bertajuk Najib PM Terakhir…dan Kesilapan-Kesilapan Najib.Beliau memiliki laman blog di shahbudindotcom.blogspot.com

Lepas geram gantung motor pencuri

Posted: 25 Jan 2013 03:54 PM PST

KL TODAY

Geram gagal menahan dua lelaki yang disyaki mencuri pisang di kebun penduduk Kampung Kesom Che Nordin, Manir, berhampiran Kuala Terengganu di sini, beberapa penduduk bertindak menggantung motosikal suspek bersama pisang yang dicuri di sebatang tiang telefon di kampung berkenaan, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, dua penduduk terserempak dengan suspek sedang mencuri pisang di kebun berkenaan, tetapi dua lelaki itu melepaskan diri meninggalkan pisang serta motosikal mereka.

Penduduk kampung yang berang menggantung motosikal dipercayai milik seorang suspek bersama pisang dicuri pada tiang telefon yang terletak 500 meter dari kebun berkenaan.

Seorang penduduk Mohd Saudi Deraman, 39, berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kebun jirannya diceroboh, dia bersama seorang rakan ke kawasan itu dan nampak dua lelaki berusia 30-an sedang memotong pisang.

"Dua lelaki itu terkejut dengan kehadiran kami melarikan diri. Bimbangkan keselamatan kerana mereka ada pisau, kami tidak mengejar mereka.

DUNIACACAMARBA

Posted: 26 Jan 2013 03:14 PM PST

Rafizi Tidak Akan Tarik Balik Kenyataan, Lawan Saman Zahid

[TMI] KUALA LUMPUR, 26 Jan — Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli tidak akan tarik balik kenyataannya berkenaan Kementerian Pertahanan menggunakan dana awam untuk membeli saham Astacanggih, milik peniaga permaidani Deepak Jaikishan berharga RM30 juta dan membeli tanah Raja Roopiah bernilai RM160 juta di Bukit Raja.

Beliau yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, rakyat Malaysia secara umumnya sudah mengetahui kes ini dan beliau sedia ke mahkamah menghadapi saman dari Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Ya, saya akan hadapi saman tersebut. Saya akan go through dengan lawyer saya mengenai isu ini," kata Rafizi.

Semalam, Ahmad Zahid berkata beliau akan menyaman Rafizi berkenaan tulisannya di dalam blognya, yang didakwa berunsur fitnah, palsu dan tidak benar.

Saman itu dikemukakan berhubung artikel yang mengaitkan beliau dengan seorang ahli perniagaan karpet, Deepak Jaikishan.

Ahmad Zahid selaku plaintif berkata, perkataan tersebut antaranya membawa maksud beliau tidak kompeten, salah guna kuasa sebagai Menteri Pertahanan dan tidak jujur.

Menteri Pertahanan itu antaranya menuntut ganti rugi am dan khas bagi fitnah bertulis, ganti rugi teladan dan melampau serta menarik balik sepenuhnya kata-kata fitnah itu.

Pengarah strategi PKR itu berkata, beliau bersedia untuk ke mahkamah agar semua dokumen yang terlibat dapat disapina di mahkamah.

"Kalau dia saman saya, baguslah, kita boleh sapina semua dokumen nanti.

"Apa yang saya katakan, beliau selaku Menteri Pertahanan harus bertanggungjawab kepada dana awam," kata Rafizi lagi.

Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari.

Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya.

Turut dituntut ialah faedah empat peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos dan relif lain.

Berita Berkaitan:

Zahid fail saman fitnah terhadap Rafizi

[Bernama] Menteri Pertahanan Datuk Dr Ahmad Zahid mendakwa artikel yang di tulis Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli palsu dan ditulis dengan niat jahat.

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli berhubung satu artikel di dalam laman blog.

Dr Ahmad Zahid memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Mengikut pernyataan tuntutan, Dr Ahmad Zahid mendakwa Mohd Rafizi (defendan) menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom.

Dr Ahmad Zahid mendakwa artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam.

Katanya Rafizi mengetahui kesan langsung penerbitan artikel tersebut yang membolehkan ia diterbit semula oleh pihak media termasuk media di laman Internet.

Dr Ahmad Zahid turut mendakwa perkataan yang terkandung dalam artikel tersebut membawa maksud bahawa beliau tidak kompeten untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan, menyalah guna kuasa, tidak bertanggungjawap, menyalah guna wang rakyat dan pecah amanah.

Beliau mendakwa tujuan sebenar Rafizi berbuat demikian adalah untuk melupuskan keyakinan orang awam dan gabungan Barian Nasional terhadapnya terutama dalam pilihan raya umum akan datang.

Dr Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari.

Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya.

Turut dituntut ialah faedah empat peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos dan relif lain. 

Comments (0)