Ahad, 27 Januari 2013

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Posted: 26 Jan 2013 01:44 PM PST

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Pedang Cura Simanja Kini dan Mengapa Orang Melayu Dilarang Derhaka Kepada Sultan!

Posted: 26 Jan 2013 08:46 AM PST



Alat-alat kebesaran diraja negeri Perak Darul Ridzuan merupakan peralatan yang paling unggul dan amat dihormati kerana usianya yang menjangkau ratusan tahun dan digunakan didalam istiadat pertabalan sesorang Sultan Perak Darul Ridzuan. Kesultanan Melayu Perak diasaskan 485 tahun lalu dan semenjak itu, peralatan berkenaan telah ada malah sebahagian daripadanya berusia lebih lama lagi terutamanya peralatan yang diwarisi dari Kesultanan Melayu Melaka.

Ada juga sesetengah daripada peralatan ini digunakan oleh Sultan dan Raja Perempuan/Raja Pemaisuri dalam sesetengah istiadat atau upacara kebesaran diraja yang lain selain dari Pertabalan. Pedang Cura Simanja Kini, Rantai Bunga Niyur, Pontoh Bernaga, Pontoh Ular Lidi dan Cop Halilintar merupakan sebahagian alat kebesaran yang diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka daripada Sultan Melaka terakhir, Sultan Mahmud Shah.

Manakala alat-alat kebesaran yang lain seperti Puan Naga Taru, Puan Bujur (tepak sireh emas), Keris Warisan Bermata Emas dan Keris Taming Sari merupakan alat kebesaran negeri yang turut dibawa oleh Sultan Perak Pertama Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah I semasa pertabalan baginda pada 1528. Baginda merupakan putera kepada Sultan Melaka terakhir, Sultan Mahmud Shah.

Walau bagaimanapun dikatakan terdapat beberapa peralatan asal yang telah hilang dalam peredaran zaman. Ada beberapa alat lagi ditambah sebagai alat kebesaran dari masa kesemasa seperti Lembing Kerajaan (16), Payung Kerajaan (16) dan Payung Diraja (2).

Hari ini penulis hendak berkongsi maklumat dengan anda mengenai Pedang Cura Simanja Kini. Mengikut sumber lisan, Pedang Cura Simanja Kini adalah kepunyaan Nila Utama atau Sri Maharaja Sang Sapurba Paduka Sri Trimurti Tri Buana atau disebut sebagai Sang Sapurba yang merupakan Raja Palembang dari Bukit Siguntang Mahameru, Palembang. Pedang ini juga telah menyelamatkan Minangkabau dari keganasan ular Saktimuna apabila Sang Sapurba mengarahkan Permasku Mambang menggunakan pedang ini untuk membunuh ular Saktimuna.


Pedang Cura Simanja Kini telah diwarisi oleh putera Sang Sapurba iaitu Sang Nila Utama atau Parameswara dan dipakai oleh Parameswara ketika ditabalkan sebagai Maharaja Melaka pertama bergelar Sultan Iskandar Shah pada tahun 1400. Bermula dari sini, Pedang Cura Simanja Kini menjadi perkakas Kerajaan Melaka sehinggalah kejatuhannya pada 1511. Pedang ini kemudiannya diwarisi oleh putera Sultan Melaka Terakhir iaitu Raja Muzaffar ibni Sultan Mahmud Shah yang kemudiannya bergelar Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah I, Sultan Perak Pertama yang memerintah pada tahun 1528 hingga 1549.

Dalam Istiadat Pertabalan Sultan Perak, Pawang Diraja akan mempersembahkan Pedang Cura Simanja Kini kepada baginda Sultan dan baginda akan menyambut dan menghunus Pedang Cura Simanja Kini lalu mengucupnya. Kemudiannya Pedang Cura Simanja Kini di sandang kebahu baginda Sultan. Kaedah ini dikatakan menyerupai perbuatan yang dilakukan oleh Sang Sapurba ketika baginda berwaad dengan Demang Lebar Daun, iaitu mengakui setia dan berikrar memainkan peranan sebagai Raja dan Rakyaat Melayu hingga keanak cucu dan keturunan mereka iaitu kita semua sebagai orang Melayu hingga hari ini.

Mengikut Sejarah Melayu perjanjian berkenan adalah seperti berikut :-

Maka titah Sang Sapurba, 'Apa yang dikehendaki oleh bapaku itu' Maka sembah Demang Selebar Daun. 'Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan menjadi hamba ke bawah Duli Yang Dipertuan ; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosapun, janganlah difadhihatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Syarak'.

Maka titah Sang Sapurba, 'Akan pinta bapa itu hamba kabulkanlah, tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba.' Maka sembah Demang Lebar Daun, 'Janji yang mana itu, Tuanku?' Maka titah Sang Sapurba, 'Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun.'

Maka sembah Demang Lebar Daun, 'Baiklah, Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah.'

Maka titah Sang Sapurba, 'Baiklah, kabullah hamba akan waadat itu.'

Maka bagindapun bersumpah-sumpahan barangsiapa mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbungnya ke bawah, kaki tiangnya keatas. Itulah sebabnya dianugerahkan Allah subhanahu wataala pada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib pada segala hamba Mereka ; jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya, tiada diikat dan digantung dan difadhihatkan dengan kata-kata yang jahat.

Jikalau ada seorang raja memberi aib seorang hamba Melayu, alamat negerinya akan binasa. Syahdan, segala anak Melayu pun dianugerahkan Allah subhanahu wataala tiada pernah durhaka dan memalingkan muka pada rajanya, jikalau jahat pekerti sekalipun serta aniaya.

Itulah serba sedikit yang boleh penulis kongsi bersama anda mengenai Pedang Cura Simanja Kini dan mengapa sebenarnya kita sebagai orang Melayu dilarang menderhaka kepada Sultan dan seorang Sultan pula harus berlaku adil dan saksama kepada rakyatnya. Dari sinilah datangnya ungkapan Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Di Sanggah. Daulat Tuanku. Dirgahayu Tuan Patik.

Warna-warni Politik
Torashah

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 26 Jan 2013 07:49 AM PST

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


GEMPAR! YB HASIMAN (UMNO)SERTAI D.A.P ?

Posted: 26 Jan 2013 02:04 AM PST

PANAS BERAPI..BENARKAH APA INFO YANG TEAM MEDIA PUCTD TERIMA NI.RISIK PUNYA RISIK..CONFIRM..
MEMANG SAH YB HASIMAN DAN PHILIP TAN (YANG KINI TENGAH HANGAT DENGAN PERMASALAHAN DALAMAN DENGAN DAP KUALA LANGAT)DUDUK SEMEJA SAMBIL DISAKSIKAN RAKYAT JELATA.PERH..BERSEJARAH NI..
ADAKAH YB HASIMAN SERTAI DAP?ATAU PHILIP TAN SERTAI BARISAN NASIONAL?
26 JANUARI 2013 MENJADI SAKSI BAHAWA  WALAUPUN BERLAINAN IDEALOGI POLITIK NAMUN PEMIMPIN BARISAN NASIONAL BOLEH DUDUK SEMEJA DENGAN PEMIMPIN PEMBANGKANG.TAK MACAM PROGRAM ANJURAN DAP..ASYIK BERGADUH AJE DAN ASYIK TAK JEMPUT PEMIMPIN MEREKA LANGSUNG..
TAHNIAH AKU UCAPKAN KAT PERSATUAN PENIAGA CINA KUALA LANGAT DI ATAS PENGANJURAN MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN TAHUN BARU CINA KEPADA HAMPIR 300 ORANG WARGA EMAS.TAHNIAH JUGA KAT PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG HADIR
DEMI RAKYAT..KORANG SANGGUP KETEPIKAN IDEALOGI..

Adun DAP Teluk Datuk..mengamuk

Posted: 25 Jan 2013 11:03 PM PST

ALAMAK..KALAU MINGGU LALU..TEAM MEDIA PUCTD TELAH MEMBUAT LIPUTAN MENGENAI SEKUMPULAN PENYOKONG KUAT PARTI FUCKATAN RAKYAT SIMPANG MORIB MEMBUAT DEMO BANTAHAN KAT PEMIMPIN MEREKA..HARI INI..ADAAAA LAGIII...KALI NI DI DUN TELUK DATUK PULA..PERGHH..HEBAT!PENDEDAHAN DEMI PENDEDAHAN MENGENAI SALAH LAKU PEMIMPIN PKR TELAH DIDEDAHKAN OLEH ORANG MEREKA SENDIRI..
ALHAMDULILLAHH..ALLAH TELAH MENUNJUKKAN KEBENARAN KEPADA SELURUH RAKYAT..
ALKISAH..PENDEDAHAN INI DIBUAT OLEH BEBERAPA ORANG BEKAS AHLI DAP KUALA LANGAT DAN MERUPAKAN ORANG KUAT ADUN TELUK DATUK..SI PHILIP TAN..ADEHHH..APA NAK JADI NI WAHAI YB...JOM KITA BONGKAR.. 26 JAN 2013,BERTEMPAT DI RESTORAN JAROM CORNER,SG. JAROM, BANTING TELAH BERLANGSUNG KENYATAAN AKHBAR OLEH YAP KON MIN- BEKAS AUDITOR DAP CAW. SERI KEMBANGAN BARU.

SERAMAI 4 ORG (3 CINA DAN 1 INDIA)ANTARA PERKARA YG DIBANGKITKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :-

A) PHILIP TAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS PROGRAM KERAJAAN NEGERI SELANGOR IAITU TIDAK MENGEDARKAN BERIBU BUKU LATIHAN KPD PELAJAR DLM DUN TELUK DATUK.

B) PHILIP TAN PERNAH MEMBERI BUKU/MAJALAH YG LAMA DARI KEDAINYA KPD RAKYAT DAN AMBIL KESEMPATAN & MENUNTUT SUMBANGAN DRP KERAJAAN SEL.

C) PHILIP TAN TIDAK MEMBAIKI JALAN YG ROSAK DI KG. SRI CHEEDING DAN HANYA MEMBAIKI DI PEKAN SHJ.

D) BELIAU MINTA LIM GUAN ENG DAN TERESA KOK MENYIASAT PERKARA INI. PHILIP TAN TIDAK BERHAK JADI WAKIL RAKYAT.

HAAAA..JAWAB JANGAN TAK JAWAB YE YB..PATUTLAH LAMAAA TAK NAMPAK YB..SEMENJAK 2008 PUN TAK PERNAH NAMPAK..HAHAHA..HARKTUIII PUNYA YB!


Tiada ulasan:

Pengikut