Jumaat, 25 Januari 2013

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Pemuda Sabah Tanya Siapa KM Yang Digugurkan?

Posted: 25 Jan 2013 05:48 AM PST

KOTA KINABALU: Teka teki siapakah Ketua Menteri dan Menteri Besar yang tersangkut di tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini menjadi semakin panas dengan pelbagai andaian yang dibuat.

Bagi Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, mereka mengalu-alukan proses tapisan yang dilakukan oleh SPRM melalui Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat suruhanjaya berkenaan.

Ketuanya, Lahirul Latigu dalam satu kenyataan hari ini turut tertanya-tanya mengenai beberapa nama-nama besar yang dijangka tidak dicalonkan semula akibat masalah kegagalan dalam ujian tapisan SPRM.

"Siapa calon Ketua Menteri yang seorang itu.? Di Malaysia ini, ada empat Ketua Menteri... di Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

"Sudah tentu bukan dari Pulau Pinang, sebab Ketua Menterinya Lim Guan Eng dari Pakatan Rakyat. Tinggal lagi tiga buah negeri," soalnya.

Menurutnya, kes rasuah bernilai RM40 juta yang membabitkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman telah dilaporkan kepada pihak SPRM oleh beberapa pertubuhan termasuklah Jingga 13 pada awal tahun ini.

"Kita minta agar pihak SPRM menyegerakan siasatan terhadap isu ini daripada terus berlarutan hingga ke tarikh pilihanraya. Rakyat sudah semestinya mahu tahu perkembangan isu ini," ujarnya.

Dalam laporan sebuah media berdasarkan sumber SPRM ada menyebut, beberapa individu termasuk menteri besar dan ketua menteri serta beberapa pemimpin tertinggi sebuah parti yang dijangka tidak dicalonkan bagi mengelakkan implikasi terhadap parti terbabit.

Pemuda PAS Sepanggar Beri Minuman Percuma

Posted: 25 Jan 2013 05:44 AM PST

KOTA KINABALU: Seusai solat Jumaat kebiasaanya mereka yang bermurah hati menghulurkan sedekah seperti pisang masak kepada jemaah, tetapi berlainan di Sepanggar apabila Dewan Pemuda PAS Kawasan menghidangkan minuman percuma untuk jemaah.

Bagi Pemuda PAS Sepanggar selain menggunakan pendekatan seperti ini untuk mengeratkan PAS dengan masyarakat ianya satu amalan bersedekah yang digalakkan dalam Islam.

"Selain sedekah, minuman tersebut juga bagi menambahkan kesegaran para jemaah yang baru selesai menunaikan solat untuk meneruskan kerja masing-masing," kata  Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatannya, Fansuri Ahmad.

Walaupun program yang agak ringkas, namun katanya ia mendapat perhatian orang ramai yang kelihatan berpusu-pusu mendapatkan minuman yang disediakan secara percuma itu, di Masjid Likas di sini.

"Aktiviti ini merupakan yang pertama kali kita anjurkan di sini, dan Alhamdulillah, sambutan daripada orang ramai amat memberangsangkan," katanya.

Tambah Fansuri, pihak Pemuda PAS Sepanggar juga akan memperluaskan minuman percuma ke seluruh kawasan di Sepanggar dalam usaha mendekati dan menyampaikan maklumat mengenai Pakatan Rakyat kepada masyarakat.

"InsyaAllah... kita akan perluaskan pemberian minuman percuma ini, sekali gus menyampaikan maklumat yang benar kepada masyarakat mengenai Pakatan Rakyat," katanya.

Tiada ulasan:

Pengikut