Ini kisah seorang wali Allah bernama Sufyan As Sauri yang menceritakan satu kisah yang menarik mengenai selawat.
Bila bertawaf mengelilingi kaabah, saya melihat seorang laki-laki, ia membaca selawat kepada Rasulullah SAW.
Saya mendekatinya lalu bertanya: "Mengapa anda meninggalkan bacaan tasbih,tahmid dan tahlil justeru hanya membaca selawat sahaja? Adakah sesuatu berlaku kepada diri anda?
Siapakah anda ini? Tanya orang itu.
Saya Sufyan As Sauri" Jawab saya.
Baiklah akan aku ceritakan." Aku meninggalkan ayahku untuk mengerjakan haji. Ketika dalam perjalanan, ayahku sakit dan sakitnya itu membawa kematian. Aku bersedih dengan kematiannya. Wajah ayahku yang tampan itu telah bertukar menjadi hitam legam, aku menutup wajahnya dengan kain. Aku berasa sedih sekali, dan malu jika orang mengetahuinya, sedang ayahku adalah seorang ahli ibadah. Aku terus bertafakkur dan tertidur. Dalam tidurku aku bermimpi seakan-akan melihat sinar yang semakin mendekati tempatku itu, dan ternyata sinar itu bersumber dari seorang yang sangat gagah lagi tampan. Pakaiannya bersih,wajahnya bersinar terang, baunya harum sekali. Aku tidak pernah melihat orang ini sebelumnya, dan aku belum mengenalinya. Dia terus menuju kepadaku. Satu-satu langkahnya sehinggalah dia berada di sisiku.
"Ada apa kesusahanmu?" tanyanya. "Ayahku telah meninggal dunia," aku menangis. Dan belum sempat aku bercerita seterusnya, dia berkata. "Jangan menangis, semua manusia mesti menemui kematian." "Tapi wajahnya" kataku "Wajahnya hitam legam. Tolonglah aku" aku merayu-rayu terus mengharapkan bantuan sesuatu. Tanpa berbicara apapun lagi, dia terus membuka kain yang menutup wajah ayahku itu, lalu mengusap telapak tangannya pada wajah ayahku. Ajaib sekali, aku hampir tidak percaya apa yang telah berlaku. Wajah ayahku kembali semula putih bersih, dan lebih bercahaya dari asalnya. Apa penawarnya? Sampai perkara yang cukup ajaib ini berlaku.
Dia kemudian mengambil kain tadi dan menutup semula wajah ayahku itu. Kemudian iapun hendak kembali semula dari arah yang ia datang tadi.
Melihat ia akan pergi, dan aku belum lagi tahu siapa orang ini, maka aku segera memegang bajunya seraya bertanya, siapakah tuan yang telah menolong ayahku ini? Dia tersenyum dan kelihatan nur dan cahaya bersinar dari senyumannya. Wajahnya seperti bulan purnama. "Aku ini Muhammad" jawabnya. "Muhammad siapa"? aku meminta penerangan lagi.
"Muhammad, Rasulullah. Akulah pembawa Al Quran" jelasnya. Aku terduduk dan terpinga-pinga untuk menikmati wajahnya yang mulia. Inilah dia Rasulullah, aku berkata dalam hatiku, lisanku kelu, tidak berkata apa-apapun.
"Ayahmu ini terlalu banyak membuat sia-sia di dalam hidupnya, namun begitu dia selalu membaca selawat dan salam kepadaku. Ketika ia mengalami hal buruk ini, ia memohan kepada ku untuk membantunya, maka aku datang ini untuk membantunya, dan aku selalu menolong orang yang selalu membaca selawat dan salam kepadaku" jelasnya.
Pada saat itulah aku terkejut dari mimpiku itu, dan aku terus teringat apa yang telah berlaku di dalam mimpi itu. Aku terus membuka kain yang menutupi wajah ayahku itu, dan betullah seperti yang berlaku di dalam mimpi tadi, bahawa wajah ayahku telah kembali putih bersih dan bercahaya lebih dari mulanya.
Diet makanan, terutama bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan atau menjaga agar tubuh tidak menjadi gemuk, biasanya menyebabkan kita tidak dapat merasa makanan yg enak-enak...dan terkadang hal tersebut membuat kita merasa terseksa..
Sebenarnya, ada beberapa makanan enak yang mungkin tidak kita ketahui mempunyai kemampuan untuk menurunkan berat badan dan membantu program diet yang boleh kita amalkan.
1. Ikan Salmon
Penelitian menunjukkan Omega 3 yang terkandung di dalam ikan salmon membantu anda membangun otot di dalam tubuh dan membakar kalori lebih banyak, selain itu Omega 3 juga mengurangi lemak di dalam tubuh dengan menurunkan kadar cortisol.
2. Yogurt
Yogurt merupakan makanan kaya akan kalsium dan mengandung probiotik yang dapat membantu menjaga lemak perut tetap terkontrol.
3. Avocado
Buah avocado mampu membuat metabolisme tubuh lebih cepat, tinggi antioksidan dan seratnya membantu membakar kalori lebih banyak.
4. Kacang
Sebuah penelitian di University of Colorado menjelaskan bahwa dengan mengambil kacang yang tinggi serat akan meningkatkan pembakaran kalori hingga 24% dalam sehari.
5. Cili/Lada
Cili mengandung bahan kapsaisin yang membuat rasa pedas dan panas saat dimakan, kondisi ini juga dipercaya dapat mendorong sistem tubuh untuk membakar kalori lebih banyak hingga 50 – 100 kalori ekstra setelah makan pedas.
6. Green Tea
Sebuah penelitian membuktikan bahwa green tea dapat membantu menurunkan berat badan anda dan mengecilkan lingkaran pinggang dengan meningkatkan pembakaran lemak dalam tubuh.
7. Kopi
Kopi, minuman kegemaran ramai orang ternyata mempunyai khasiat untuk menurunkan berat badan tubuh anda. Hanya dengan secawan kopi anda dapat mempercepat metabolisme di dalam tubuh sebanyak 15 % dan kandungan kafein di dalam kopi membantu membakar lemak di dalam tubuh anda.
Kenyataan.: Husam merupakan penderhaka secara nyata bila mana tidak menghormati usaha Perdana Menteri menubuhkan Jawatankuasa Khas yang telah mendapat Perkenan Baginda Sultan Kelantan sendiri dalam Isu Tuntutan Royalti.
Ini jelas bila semalam Husam memfailkan permohonan injunksi interlokutori bagi menghalang Petronas membayar Royalti minyak kpd kerajaan Malaysia.Ini jelas melambangkan usaha jahat dan hanya kerana ingin menimbulkan kebencian rakyat Kelantan kepada kerajaan pusat.
Rakyat harus berterima kasih kpd Dato Mustapa Mohamed sebagai Pengerusi Perhubungan dan Dato Dr Awang Adek Timbalan nya yang berjaya berunding dan meyakinkan Perdana Menteri Najib bahawa satu jawatankuasa Khas perlu di wujudkan untuk menyelesaikan kemelut Tuntutan Royalti Kelantan ini agar ianya dibuat dalam satu badan yang tidak ada kepentingan melainkan hanya memikirkan satu keputusan yang tidak akan menimbulkan sebarang salah tafsir mengikut perundangan.
Dalam pada itu juga Jawatankuasa Khas ini sudah mendapat Perkenan YAM Sultan Muhammad V dan juga telah Di Perkenan seorang wakil mewakili Negeri Kelantan.
Apa lagi yg Rakyat Kelantan inginkan...Kekadang Baginda Sultan tidak perlu Bertitah tetapi harus di ingat bila Perkenan Tuanku Al Sultan itu juga harus di hormati dan di junjung. Adakah sekarang Husam cuba mengajar Rakyat Kelantan ilmu baru yaitu untuk menderhaka kepada Sultan seperti mana beliau sndiri lakukan sekarang..
Saya yakin Rakyat yang berilmu & cerdik akan menilai "Ilmu Derhaka" kepada Sultan ini tidak akan dapat Husam teruskan kerana "Ilmu Derhaka" kepada Sultan ini merupakan ilmu ajaran DAP kepada Husam dan Rakyat Kelantan menolak sekeras2 nya perderhakaan kepada Sultan.
Rakyat harus bangkit untuk mendesak Husam menarik balik Injunksi nya untuk menghormati Jawatankuasa Khas yang telah di Perkenan sendiri oleh Kebawah Duli Al Kelantan Sultan Muhammad V.
Setelah diasak dan di bongkarkan akhirnya ADUN PAS Sanglang yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Perlis membuat kenyataan di Harakahdaily mengenai isu pemilikan Porsche Cayman yang didaftarkan atas namanya.
Menurut kata Ustaz PAS ini kenderaan tersebut yang didaftarkan atas nama beliau adalah milik anaknya, Faiz yang telah membelinya menggunakan permit import (AP) kereta yang diperuntukkan kepada beliau sebagai wakil rakyat...
Nampaknya Ustaz PAS ni dah salahguna hak dan keistimewaan yang diberikan kepadanya untuk kepentingan kroni dan keluarganya?
Hmmmm... Kalau kena kat anak wakil rakyat Umno/BN kecoh satu dunia ni... Tapi bila dah kena kat batang hidung sendiri buat bodow je puak Pakatan Haram ni...
Berdasar dari kenyataan Ustaz PAS ini... masih terdapat keraguan dengan harga pembelian kenderaan tersebut...
Betul ke harga kenderaan tersebut dibeli dengan harga sekitar RM100,000 lebih sahaja? Ke Ustaz ni silap kira.... guna 'Microsoft Excel' kot?
Jika Ustaz Hashim Jasin benar-benar iklas dalam pengakuan ini pamerkanlah resit pembelian di Harakahdaily, kerana rakyat meragui akan kebenaran dari Ustaz PAS ni!
Sekumpulan penduduk Islam serta penyokong Pas di Kelantan semalam membantah tindakan DAP yang masih berkeras mahu kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu meskipun keputusan telah dibuat bahawa kalimah itu adalah eksklusif untuk penganut agama Islam.
Bantahan yang disuarakan dalam satu demonstrasi aman turut berikrar akan mempertahankan agama Islam daripada terus dihina dan dipergunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Selain membawa sepanduk mengecam Lim, penduduk Kampung Padang Enggang itu turut memijak bendera DAP kerana isu berkenaan.
Ketua kumpulan penduduk itu, Mohd Rosli Ghazali, 52, kemudiannya mendesak PAS keluar daripada gabungan parti pembangkang sekiranya parti itu lebih sayangkan Islam.
"Atas nama Islam, PAS perlu keluar daripada Pakatan Rakyat. Jangan bersekongkol lagi dengan DAP yang jelas memusuhi Islam.
"Kami ingin bertanya kepada Lim Guan Eng, tujuan apakah kamu mahu menggunakan kalimah Allah ini? Tahukah kamu kerana isu ini boleh menyebabkan keadaan menjadi huru hara dan tidak tenteram," katanya.
Mohd Rosli juga meminta semua pihak agar menerima keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang tidak membenarkan kalimah itu digunakan oleh bukan Islam.
Isu kalimah Allah itu timbul apabila Lim mendesak kerajaan agar membenarkan kalimah itu digunakan dalam Bible versi berkenaan dan pada satu ketika gabungan pembangkang turut bersetuju agar kalimah itu digunakan oleh bukan Islam.
Bagaimanapun selepas dikritik hebat, Majlis Syura Ulama PAS kemudiannya mengeluarkan ketetapan agar kalimah Allah tidak dibenar digunakan oleh bukan Islam bagi mengelak kekeliruan.
PAS tak ikut Anwar... So tunggu apa lagi? Keluar sajalah dari Pakatan Haram... jangan peralatkan Agama untuk kepentingan politik!
Utusan - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib percaya pemimpin Pas tidak akan 'terikut-ikut' dengan pendirian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tetap membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah.
Tegas Harun, beliau sendiri tidak akan berganjak daripada pendirian menyokong keputusan Majlis Syura Ulama yang dibuat pada 13 Januari lalu bahawa kalimah Allah hanya khusus untuk umat Islam.
Menurut beliau, terpulang kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sama ada menerima atau menentang keputusan Majlis Syura Ulama berhubung perkara itu.
"Ikut suka dialah (Anwar). Kalau dia tak setuju atau sokong keputusan Majlis Syura Ulama, itu dia punya pasal. Tapi saya tetap dengan pendirian bersama-sama Majlis Syura Ulama yang memutuskan kalimah Allah hanya untuk orang Islam.
Kesian juga kalangan blog pembangkang terpaksa kerja lebih masa perah otak untuk memperlekehkan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza.
Mungkin sudah tidak ada jalan...maka kebanyakannya bergayut dan putar sakan kenyataan Presiden Palestin Mahmoud Abbas tidak senang hati dengan lawatan itu.
Budak sekolah darjah satu pun tahu kenyataan itu tidak lain tidak bukan semata-mata kerana masalah politik dalaman antara Fatah dan Hamas.
Gaza,yang bersempadan dengan Mesir merupakan kawasan Hamas pimpinan Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh manakala Mahmoud Abbas pula di Tebing Barat yang terkepung dengan kawasan dikuasai Israel.
Melihat dari segi kedudukan dua kawasan itu - Gaza dan Tebing Barat yang terpisah begitu, siapa sahaja boleh faham mengapa Najib tidak dapat lintas untuk jumpa Mahmoud Abbas.
Gaza senang boleh masuk melalui sempadan Mesir tetapi lain halnya dengan Tebing Barat.
Namun puak-puak yang jadi 'jiwa kacau' dengan kejayaan lawatan Perdana Menteri itu tetap mengambil sikap standard golongan parti bulan - tutup mata dan pekak telinga.
Kalau tidak faham juga, boleh baca komen Najib sendiri yang meminta agar lawatannya ke Gaza tidak disalah tafir.
Menurutnya lawatan itu tidak memberikan kelebihan dan kekurangan kepada Hamas mahupun Fatah.
Kata Perdana Menteri rancangan asal beliau untuk melawat kedua-duanya, Tebing Barat dan Gaza, tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana sekatan yang sedia ada di Tebing Barat.
"Saya tidak dapat lawat Ramallah (Tebing Barat yang dikuasai Fatah) yang ruang udaranya di bawah kawalan Israel dan Israel tidak akan memberikan kebenaran melainkan kita ada hubungan diplomatik dengan Israel," katanya di Kaherah kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatannya ke Mesir.
Rasanya eloknya puak-puak blogger pembangkang yang masih bengong tak faham penjelasan yang lojik itu terjun ke dalam laut saja.
Kalau tidak puashati boleh minta Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang atau Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz yang mungkin boleh main mata dengan Israel - terbang naik jet dari Gaza ke Tebing Barat.
Mungkin boleh juga tanya-tanya Datuk seri Anwar Ibrahim kalau-kalau beliau ada connection minta tolong Israel buka sekejap ruang udaranya.
Rupanya bukan setakat geng blogger, nampaknya Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan juga jadi sasau dengan lawatan Perdana Menteri.
Ini bunyi ayat Nasrudin mengulas pasal lawatan itu di laman facebooknya.
"Setelah mengIktiraf HAMAS maka langkah berikut ialah mesti BATALkan hubungan dengan Israel. Ziarah HAMAS melalui pintu depan tetapi membuat hubungan intim dengan israel melalui pintu belakang adalah merupakan satu sikap hipokrit tahap durjana." Sejak bila agaknya Malaysia ada jalin hubungan dengan Israel baik menerusi pintu belakang atau pintu depan.
Siapa tahu mungkin Nasrudin nak lepas geram tengok bekas Timbalan Presiden PAS,Nasharudin Mat Isa turut serta dalam lawatan Perdana Menteri ke situ.
Pemergian Nasharudin yang juga Ahli Majlis Syura PAS memang tanpa restu PAS.
Setakat ini belum dengar lagi kalangan pemimpin PAS yang mengutuk secara terbuka pemergian Nasharudin kecuali kata tak tahu menahu pasal itu.
Palestin adalah isu sejagat yang merentasi batas politik.
PAS memang akan nampak bodoh jika nak cakap banyak tentang lawatan Najib mahupun mempersoalkan kehadiran Nasharudin.
Jadi kalau marah nyamuk tidak perlulah Nasrudin nak bakar kelambu.
Bagi Ketua Pemuda PAS , kalau nak guna ayat ' hipokrit tahap durjana' lebih baik tujukan komen itu pada kenyataan bos sendiri, Presiden PAS yang buat ' fatwa' video besi tidak boleh dijadikan bukti dalam kes dakwaan video seks 99.9 peratus tulin melibatkan penghulu pakatan pembangkang.
Itu bukan sahaja 'hipokrit tahap durjana' tetapi kata-kata bodoh yang cuba memperbodohkan setiap manusia yang ada atas muka bumi ini.
Jika dulu Pakatan Haram berdolak-dalih dengan mengatakan projek Kondo Dolomite Park Avenue merupakan projek kerajaan BN dan sebagainya. Namun desakan dari rakyat khususnya orang India akhirnya Khalid Ibrahim terpaksa membatalkan projek ini.
Dengan harapan, kononnya masyarakat India akan kembali menyokong Pakatan Haram pada PRU13 nanti. Macam Haram.... Ada udang disebalik batu rupanya!
Kerajaan negeri Selangor mengambil keputusan membatalkan pembinaan projek kondominium Dolomite Park Avenueberhampiran Batu Caves, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya keputusan itu dibuat selepas kerajaan negeri mengadakan perbincanganbersama jawatankuasa bebas yang telah mengkaji dan menilai projek pembinaan itu,Selasa lepas.
Beliau berkata dalam mesyuarat itu, Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah membentangkan secara terperinci mengenai status pembinaan struktur dan tahapkeselamatan pembangunan kondominium berkenaan.
Cadangan projek setinggi 26 tingkat itu mendapat bantahan kerana didakwa boleh melemahkan struktur tanah kuil Hindu di Batu Caves yang terletak di kawasan batu kapur.
Sementara itu, dalam reaksi spontan, Dolomite Properties melahirkan rasa terkejut dengan keputusan tersebut.
"Kami tidak diberi peluang membentangkan kes kami atau penemuan kami... atau telah kita dapat mengkaji penyelidikan yang dibentangkan oleh Jabatan Perancangan Bandar untuk ketepatan dan perbincangan lanjut," katanya dalam kenyataan.
"Kami masih berharap untuk dapat mencari penyelesaian secara baik dan kami akan meneroka semua pilihan termasuk saluran undang-undang untuk mendapatkan keputusan yang adil," katanya.
Pendirian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini yang senada dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tentang isu penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu bukan sesuatu yang mengejutkan.
Malah ramai yang percaya kenyataan Azmin pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR, 17 Jan lalu adalah suara Anwar Ibrahim kerana Timbalan Presiden PKR itu tidak akan selantang itu menolak keputusan Majlis Syura Pas, sekiranya tidak mendapat green light daripada mentornya, Ketua Umum PKR. Apatah lagi kenyataan Azmin dikritik banyak pihak kerana beliau tidak mempunyai autoriti bercakap bagi pihak pakatan pembangkang kerana statusnya sekadar Timbalan Presiden PKR.
Jadi ramai yang percaya, kenyataan Azmin sekadar perisai kritikan sebelum ketuanya, Anwar Ibrahim menyatakan pendirian sebenar dirinya dalam isu tersebut hari ini.
Kenyataan Anwar dalam isu kalimah Allah dalam kitab Injil ini bukan baru.
Beliau telah membuat kenyataan sama pada 8 April 2011 ketika Pilihanraya Negeri Sarawak.
"Kitab Injil, Bible. Kita kata, oleh kerana isu Allah dibolehkan. Kitab Injil (pun) boleh. You ask me, I'm Muslim, I read the Quran everyday five times again prayers," kata Anwar dalam pilihanraya negeri yang disifatkan sebagai 'ubah sekarang atau tidak berubah untuk selama-lamanya'.
Dalam kempen 'bermatian-matian' itu, Anwar menceritakan secara lanjut rundingannya di luar negara dengan Archbishop yang juga turut menyentuh isu kalimah Allah.
"Saya pertahankan hak orang Kristian. Saya memang komited Muslim. Saya di internationally last year (2010), saya dijemput oleh Archbishop of Spain untuk saya bersama dengan Mufti Mesir dan Mufti Bosnia. We present the Muslims untuk kerjasama erat dengan golongan Kristian.
"Tahun ini (2011), saya dijemput oleh Archbishop Germany untuk bersama dalam hubungan kerjasama Muslim dan Kristian. Ada kolokium di London School of Economics(LSE), saya sampaikan ucapan tahun lalu (2010).
"Saya bagitahu, Islam ini mesejnya mesti peace dan Rahmatan Lil 'Alamin, rahmat kepada sekalian alam. Mesti kerja, mesti toleran.
"Bila orang tanya mengenai isu Allah, saya kata, 'A Muslim no reason, untuk nafikan, to deny anyone any Christian from word using the word Allah". Archbishop Jeruselam…nama Archbishop Jeruselam, Attallah Hanna, Kristian. Nama dia Attallah. Tapi kalau datang Kuala Lumpur kena tukar nama dia, "AttahuGod Hanna", sebab tak boleh.
"Siapa nama Nabi kami? Muhammad. Siapa nama ayah dia? Abdullah. Nama Allah itu, 70 tahun sebelum Nabi jadi Rasul, as a Prophet, 70 years earlier, the name of pre-Islamic, sebelum Islam, nama Allah digunakan.
"Jadi, who are we today to say bukan used Allah. Allah was name used name before Islam," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh hadirin.
Anwar menganggap kalimah Allah hanya isu yang kecil dan bukannya isu pokok akidah umat Islam sepertimana yang difahami oleh kebanyakan ulama di Malaysia.
"Apa hak kita nak halang, oh cannot be, not Malay, then dok promote bahasa Malaysia. Berapa tahun merdeka? 50 tahun. BN..50 tahun merdeka you can't even solve the simple basic issue of language and of Allah, you still compromise ikut negeri, ikut politik.
"I'm telling you, don't trust them if never party leadership can even deal the word God and Allah they can never trusted the govern this nation leased of our," katanya lagi dengan mimik muka yang serius.
Walaupun kalimah Allah dijadikan bahan kempen utama dalam pilihanraya Sarawak, nama Pakatan pembangkang tetap tewas.
"Ia mungkin mempunyai beberapa kesan pada PKR dan DAP di Sabah dan Sarawak, tetapi pilihan raya negeri Sarawak yang lepas menunjukkan bahawa BN masih memenangi kebanyakan undi orang asli walaupun hakikat bahawa pembangkang telah menggunakan isu yang sama sebagai kempen menentang mereka," kata Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian.
"Saya nak menyebut, dan saya sebut ini untuk mengajak suara ummah menjadi satu, berdepan strategi yang dirancang oleh musuh Allah khasnya di Malaysia ini.
"Selepas pilihanraya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran.
"Dan dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian. Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian," katanya ketika membentangkan kertas kerja dalam program Wacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah ke-4: Seminar Dakwah Nasional anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tahun lalu.
Kerana terlalu kemaruk mahu jadi YB PAS Abby Abadi sanggup mengaibkan Ibu bapanya di pentas ceramah? Subhanallah!!!
Siapa Abby Abadi yang diagung-agungkan oleh puak PAS ni? Ustazah kelulusan mana? Kalau setakat Ustazah segera dari kilang PAS baik Abby diam dari terus membuat dosa... Ilmu pengatahuan agama taklah tinggi sangat...ikut sesuka hati je nak burukkan orang lain...
Ini bukan caranya untuk mencari redha ALLAH...
Dalam video ni Abby turut mempersoalkan berdosa atau tidak jika hafal lagu UMNO.... Sejak menjadi Ahli PAS seumur hidup ni.. Abby Abadi dilihat jauh tersasar dalam mencari redha Allah... Sama-sama lah kita doakan agar Abby Abadi bertaubat dan kembali kepangkal jalan....
Naib Presiden PAS merangkap Exco kanan Kerajaan PAS kelantan, Husam Musa nampaknya seperti tidak dapat menahan diri untuk turut sama tampil mempertikaikan pengumuman Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berhubung 7 projek pembangunan di Kelantan sekiranya negeri itu kembali diperintah oleh Barisan Nasional (BN).
Menurut Husam, pengumuman tersebut dilihat sengaja meniru projek pembangunan yang pernah dijanjikan oleh Kerajaan PAS Kelantan terutama melibatkan pembinaan lebuhraya dan stadium baru.
"Kita sudah memberitahu kepada rakyat di negeri ini sudah lama, kerajaan negeri mahu membina stadium baru dan wujudkan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, tetapi Najib baru umumkan sebagai manifesto," katanya sebagaimana dipetik oleh Sinar Harian.
Rupanya Husam agak tersinggung dan tentunya resah bila mana janji manisnya yang ditaburi kepada rakyat Kelantan untuk membina Lebuhraya Rakyat yang menghubungkan Kuala krai dan Kota Bharu serta sebuah stadium baru telah 'diciplak' oleh BN.
Tapi bagi majoriti rakyat negeri ini rata-ratanya tidak pernah ambil serius pun dengan janji pembangunan yang ditaburi Husam dan parti PAS yang didukungnya itu, apatah lagi selama ini khalayak sudah semakin sedar antara janji dicapati oleh PAS bila dibandingkan dengan janji oleh BN, banyak jurang bezanya.
BN yang sudah sekian lama terkenal dengan reputasi menepati janji tentunya lebih diyakini kredibilitinya di mata rakyat.
Lebih-lebih lagi selama ini pun sudah terlalu banyak banyak yang mengarut ditabur oleh PAS dari hal lebuhraya, stadium, keretapi laju, kompleks petrokimia, jambatan palekbang, Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra dan bermacam lagi janji politik lain yang kesemuanya hanya gah semasa perlancaran namun sampai sekarang tiada satu pun yang menjadi realiti.
Sebaliknya dalam isu Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra, Kerajaan Pusat pimpinan BN pula yang terpaksa mengambil alih pembinaannya disebabkan ketidakmampuan Kerajaan PAS Kelantan untuk membangunkannya.
Itulah hakikatnya bila Kerajaan PAS Kelantan hanya sekadar bijak berkata-kata dan menabur janji sahaja, namun bila sampai diperingkat untuk perlaksanaannya ada sahaja alasan untuk mengelakkan diri dari menepati janji.
Dalam hal pembinaan stadium baru untuk menyokong perkembangan bolasepak Kelantan begitu juga, Husam dan PAS hanya pandai berjanji sama seperti janjinya untuk membina Lebuhraya Rakyat. Sehingga kini tiada satu yang kelihatan walau sebatang tiang konkrit pun, kalau ada pun cuma batu asas perlancaran yang semakin dimamah usia.
Sewajarnya, sebelum Husam sibuk untuk mempertikaikan pengumuman dan janji pembangunan yang dibuat oleh PM tempohari, eloklah Husam cuba berlapang dada cermin muka sendiri. Dah tahu parti sendiri hanya tahu propagandakan janji sambil mengaut wang derma rakyat jelata tanpa berusaha untuk menepatinya, eloklah duduk diam-diam sahaja.
Rakyat Kelantan sudah cukup muak dengan permainan politik PAS yang asyik berjanji siang dan malam. Berjanji kemudian kerap memungkiri janji tidak pun membantu rakyat ke arah meningkat taraf hidup keluarga dan juga negeri.
Daripada terus ditipu hidup-hidup oleh lamunan janji manis PAS, lebih baik rakyat Kelantan memegang teguh pada janji pembangunan yang diumumkan oleh PM, ada juga kredibiliti dan reputasinya yang terbukti benar menepati janji.
Untuk itu, PRU 13 kelak eloklah sama-sama kita semua rakyat Kelantan melupakan Husam & PAS serta janji politik mereka yang satu sen pun tidak berguna. Lebih baik pakat-pakat semua memilih BN, dengan demikian BN berpeluang membuktikan janji yang mereka kemukakan adalah janji yang ditepati dan memberi manfaat untuk sekalian rakyat jelata.
KPD Kajang, ACP Ab Rashid bin Hj Ab Wahab telah menjelaskan hasil bedah siasat menunjukkan punca kematian Sugumaran a/l Chelladury adalah "Coronary Artery Disease', Salur Jantung Tersumbat. Kes kematian ini telah disiasat di bawah Laporan Kematian mengejut.
Beliau juga telah menjelaskan kejadian kes terjadi pada 23.1.13 jam 6.30 pagi, di mana Balai Pertanyaan Balai Polis Batu 14 Ulu Langat telah menerima panggilan telefon mengatakan terdapat seorang lelaki India sedang mengamuk dan merosakkan harta benda awam. Lelaki yang dimaksudkan adalah Sugumaran.
Bertindak atas maklumat, pihak polis yang tiba di tempat kejadian telah mendapati Sugumaran sedang berjalan di tengah jalan sambil memegang sesuatu yang dipercayai besi. Pihak polis telah mengekorinya sejauh 2 km dan melihatnya merosakkan harta benda awam dari Taman Sri Nanding ke Taman Desa Raya hingga ke Taman Lagenda Suria.
Apabila berada di Taman Legenda Suria, Sugumugam telah jatuh di tepi jalan, lalu polis dengan bantuan orang awam telah memegang dan menggarinya kerana masih bertindak agresif dan cuba bergelut sewaktu ditahan.
Selepas itu, pihak polis telah mendapatkan kenderaan untuk membawanya ke balai, akan tetapi telah mendapati Sugumaran tidak sedar diri dan disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai kesihatan yang hadir di tempat kejadian.
JOM Dengar Radion Merpati Online. Ini hasil MyTeam untuk maklumat terkini dan sensasi lawak politikus BangNuar, PakNikAjis, DAP geng dan semualah Pakatan Haram Jadah tew... Jom Klik kat sini.
Masihkah Kau ingat CINA? DULU TELAH kecoh di Kelantan di kalangan masyarakat Cina tentang larangan laki-laki bergunting rambut dengan perempuan yang bukan isterinya dan bukan juga anaknya.
Ada tukang gunting yang mengadu kerana dia dalam jangka waktu tertentu disaman berbelas kali kerana tukang gunting amoi menggunting laki-laki yang bukan ayahnya dan bukan juga suaminya.
Ia menarik perhatian pejuang-pejuang MCA, malah ia mengganggu pemimpin dan penyokong DAP yang dipercayai sedang mendapat sokongan pengundi Cina dalam PRU13 nanti. Nasihat kerajaan negeri Kelantan supaya tukang gunting laki-laki tidak mengurus pelanggan wanita dan tukang gunting perempuan tidak menggunting rambut laki-laki telah ditafsir oleh setengah orang politik bukan Islam sebagai mencabul kebebasan orang bukan Islam.
DAN APA KEPUTUSAN KERAJAAN PAS KELANTAN?
Kerajaan Pas Kelantan telah mengadakan pertemuan tertutup dengan 10 wakil Gabungan Persatuan Tiong Hwa (GPTH) Kelantan dan Dewan Perniagaan Cina Kelantan (DPCK) bagi mencari jalan penyelesaian berhubung isu saman Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKBBRI) terhadap sebuah kedai gunting rambut di negeri ini.
Dalam perbincangan selama kira-kira satu jam itu, kerajaan negeri diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan manakala GPTH dan DPCK masing-masing diwakili oleh Oie Poh Choon dan Goh Tee Chew serta ahli kedua-dua persatuan.
Takiyuddin ketika ditemui selepas itu berkata, kedua-dua persatuan telah memberikan beberapa cadangan kepada kerajaan negeri untuk dilaksanakan.
"Kami menerima beberapa cadangan daripada kedua-dua pertubuhan ini yang akan dibawa ke Mesyuarat Exco minggu depan untuk dibincangkan di peringkat kerajaan.
"Saya ingin maklumkan cadangan yang diberikan adalah baik yang mengambil kira kepentingan semua pihak dan saya yakin kerajaan juga akan buat keputusan tidak lama lagi," katanya.
Bantahan terhadap pelaksanaan undang-undang yang melarang rambut lelaki dipotong oleh wanita timbul selepas seorang pengusaha disaman lebih 10 kali oleh MPKB-BRI kerana membenarkan pekerja wanitanya menggunting rambut pelanggan lelaki, kedua-duanya bukan beragama Islam.
Ekoran saman tersebut, masyarakat kaum Cina di negeri ini menimbulkan rasa tidak puas hati malah Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) sendiri meminta agar pelaksanaan undang-undang itu dikecualikan daripada masyarakat kaum itu.
Sementara itu, ditanya sama ada penguatkuasaan undang-undang itu akan terus dilaksanakan pada masa ini, Takiyuddin berkata, MPKBBRI akan menggunakan budi bicara berhubung perkara itu.
"Jangan letak garam dalam luka. Itu soal kerajaan negeri, itu budi bicara kita dan juga semua pihak. Cuma kita tidak boleh kata sama ada ya atau tidak," ujarnya.
Apa Kata AKU :
"Adehh dehh pas makin teruk. Undang-undang islam sudah dirojakkan. Islam dah jadi bahan ketawa bangsa lain. Terima kasih lah PAS!"
Masihkah kau ingat : Datuk Seri Anwar Ibrahim nak mengamuk ke...Datuk Seri Wan Azizah Ismail nak melenting ke ...Nurul Izzah nak marah ke...Tan Sri Khalid Ibrahim nak membebel ke bila wartawan tanya pasal jam Omega,fakta tetap fakta.
Ahad semua orang lihat bagaimana Ketua Umum PKR itu naik angin bila wartawan wanita TV 3 tanya beliau berkali-kali pasal jam Omega itu.
Semua orang nak tahu pasal jam itu kerana Datuk Sharzly Eskay Abdullah,yakni salah seorang anggota Datuk T dakwa sudah serah ke tangan polis.
Dari kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani Isnin sah seutas jam tangan untuk siasatan kes video seks itu memang ada pada polis.
Katanya pada wartawan sehingga kini pihaknya masih belum membuat keputusan sama ada akan meminta Anwar menyerahkan jam tangan Omega beliau ( yang didakwa masih ada padanya) kerana ia bergantung hasil siasatan yang dijalankan.
Menurut Acryl Sani pihaknya percaya pemilik jam tangan itu akan dapat dikenal pasti menerusi kad pendaftaran yang dikeluarkan syarikat pengedar kepada pembelinya.
Pada Selasa 5 April lalu Wan Azizah melenting dan dakwa jam Omega itu ada padanya masa sidang akhbar di rumhnya.Beliau bagaimanapun enggan tunjuk jam itu.
Nurul Izzah juga marah bila didesak tunjuk jam itu.Menteri Besar Selangor pula membebel panjang mempersoalkan wartawan tanya mengenai jam itu.
Dalam sidang di Kuching Ahad Anwar dakwa beliau tidak serah jam itu kerana polis tidak minta darinya.
Para wartawan yang kerap membuat liputan sidang akhbar Anwar sudah lali dengan stailnya yang kurang gemar wartawan tanya soalan nak korek lebih lanjut dan provokatif.
Bila ini berlaku beliau mulalah keluar skipnya tuduh wartawan ada agenda dan macam-macam untuk memalukan wartawan ditengah sidang akhbar.
Apa sekalipun semua kena tunggu hasil siasatan polis dari syarikat pengedar.
Difahamkan setiap jam berjenama ada nombor siri dan siapa yang belinya.
Juga ada yang berkata jam Omega yang dipakai Anwar itu dihadiahkan oleh rakannya dalam kerajaaan Arab Saudi dan ada lambing negara itu pada jam berkenaan.
Dan...jangan lupa Eskay juga dakwa Anwar ada hantar SMS padanya pada malam (didakwa berlaku aksi dengan pealcur China) minta beliau tolong jaga jam itu yang diambil balik dari tempat itu.
Eskay dakwa jam itu cuba dicuri pelacur berkenaan semasa ( orang yang berwajah Anwar dalam video) itu masuk ke bilik mandi.
Eskay dakwa SMS dari Anwar masih tersimpan dalam telefon bimbitnya.
Juga perlu diingat ujian DNA boleh dibuat keatas jam itu berasaskan peluh dan daki sipemakainya.
Makanya fakta tetap fakta...Anwar bukan saja kena berjawab bab jam itu tetapi juga tentang SMS yang dihantar pada Eskay dan kelak ujian DNA.
Mengutuk keturunan TunM Pencari Ular? Anwar anak sapa? Cina?
Anwar Ibrahim banyak menerbitkan karya-karya buku yang mengangkat idea pemikirannya seperti Asia Renaisance, walaupun ada di antara buku tersebut ditulis oleh pihak lain.
Umum harus mengetahui dan bertanya kenapa Anwar tidak pernah mengangkat salasilah diri dan keluarganya untuk menjadi tatapan dan perbincangan umum tidak seperti pemimpin-pemimpin lain yang banyak menceritakan mengenai salasilah keturunan dan latar belakang keluarga.
Dalam Islam, salasilah keturunan merupakan satu aspek yang penting kepada seseorang pemimpin, sekiranya seseorang itu datang dari keluarga yang baik sebagaimana ciri yang ada pada pemimpin Islam, nescaya organisasi yang dipimpin akan bergerak baik.
Hari ini, cuba kita perhatikan apa yang berlaku kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) , satu persatu masalah timbul dari ahli akar umbinya hinggalah kepada pemimpin agungnya Anwar Ibrahim.
Kenapa situasi itu berlaku kepada parti tersebut , sedangkan usianya masih diperingkat seawal jagung berbanding parti lain di Malaysia.
Adakah ia berpunca dari Anwar Ibrahim sendiri ?
Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, status Anwar sebenarnya boleh dipertikai.
Mak Yan dikatakan bukan bonda sebenar kepada Anwar Ibrahim sebaliknya hanya merupakan mak tiri sahaja, kerana Anwar dikatakan mempunyai ibu dari keturunan Cina hasil hubungan Datuk Ibrahim dan seorang perempuan Cina.
Kalau diperhatikan pendapat sumber ini ada logiknya kerana Anwar pernah mengunakan faktor kematian Mak Yan untuk meraih simpati penyokongnya, ditokok ditambah pelbagai elemen pihak lain menganiayai diri dan Mak Yan.
Sehingga Zulkifli Nordin pernah mengunakan suara latarnya untuk menerbitkan bahan propaganda sentimen simpati kematian Mak Yan sewaktu itu sebagai kaedah untuk meraih sokongan rakyat, Zulkifli Nordin harus menceritakan kembali kepada umum apa kisah sebenar disebalik peranannya sewaktu itu.
Secara logik sebagai anak yang baik, kita sendiri sudah tentu tidak sanggup mempergunakan ibu kita untuk kepentingan sendiri, namun sebaliknya berlaku kepada manusia bernama Anwar, dia peduli apa hal tersebut, agenda peribadi lagi penting kerana barangkali dia tau bahawa Mak Yan bukanlah ibu kandungnya.
Status Anwar tersebut diperkukuhkan lagi dengan pelakuannya yang suka melanggan perempuan-perempuan muda terutama dari Cina, aksi seks beliau dengan China Doll yang terbongkar menjadi bukti, sewaktu beliau berada dalam Kabinet Kerajaan beliau menjadikan Datuk Nalakarupan seorang Bos Syarikat Judi sebagai teman karib dan membekalkan perempuan kepadanya.
Isterinya Wan Azizah juga mempunyai iras muka Cina. Cuba perhatikan gambar Azizah semasa muda.
Pelakuan buruk Anwar bukan setakat itu kerana dirinya juga sanggup melakukan hubungan abnormal dengan puluhan mungkin ratusan lelaki muda yang dikenalinya.
Jika tidak ada mengapa musuh politik menjadikan itu sebagai sasaran untuk menjatuhkan dirinya, kata orang pokok bergoyang sudah tentu ada angin yang datang, dan secara kebetulan muncul watak lelaki gay Sukma Darmawan suatu ketika dahulu yang amat rapat dengannya dan kini wujud pula Saiful Bukhari lelaki muda yang pernah dinodai Anwar Ibrahim.
Bukankah ini membuktikan sahsiah Anwar sendiri sebenarnya adalah tidak baik.
Hari ini, demi meneruskan legasi politiknya Anwar sanggup menjadi pelacur kepada kaum Cina untuk meraih kekuasaaan, keharmornian perkongsian kuasa semua kaum oleh kerajaan sedia ada cuba dirosakkan Anwar.
Anwar lebih sanggup melantik peguamnya terdiri daripada kesemua bukan Islam, sekiranya dahulu ada peguam bernama Zainur Zakaria, Raja Aziz Idrus dan Sulaiman Abdullah, tetapi kini nama tersebut diganti dengan nama-nama yang langsung tidak ada perkaitan dengan bau Islam, apakah maksud kesemua ini?
Sehingga hari ini Malaysia merupakan negara tunggal di kelompok Asia Tenggara yang belum pernah diperintah oleh imigran Cina selain Brunei, di Thailand,Thaksin Shinawatrayang merupakan imigran Cina pernah menjadi Perdana Menteri selama dua penggal sebelum digulingkan tentera.
Begitu juga di Indonesia,Gus Duryang dikenali juga sebagai Bapa Pluralisme Agama juga merupakan seorang Cina dari sukku Hakka, dan hari ini di Indonesia komuniti Cina amat berterima kasih kepadanya kerana banyak memberi ruang kepada masyarakat Cina atau dikenali dengan masyarakat Tiongkok menyambut perayaan Cuti Tahun Baru China. (rujuk buku Bermula 1 Legasi atau Berakhir tulisan Musli Oli dan Dr.Kadir jaafar, April 2001).
Hubungan Anwar dengan pemimpin ASEAN berketurunan Cina tersebut secara kebetulan atau tidak adalah amat rapat.
Mungkin juga Anwar menggunakan sentimen Cina untuk menarik sokongan kaum Cina di Malaysia.
Cory Aqunioyang pernah menjadi Presiden Filipina pada tahun 1985 juga merupakan imigran Cina di Filipina, secara kebetulan atau persamaan slogan yang dilaungkan Aquino juga adalah "People Power" untuk meraih sokongan rakyat menumbangkan kerajaan sedia ada sewaktu itu.
Harus juga diingatkan Anwar juga pernah mencadangkan dilakukan kajian mengenai Islam dan Confucius sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Di Malaysia hari ini, Anwar Ibrahim juga berada di dalam lingkaran sama dan atas sebab itulah beliau terkehadapan dalam memperjuangkan isu pluralisme dan perkara berkaitan dengan komuniti tersebut sehingga sanggup mengenepikan akidah bangsa sendiri.
Kes Anwar ini kalau kita perhatikan seakan sama dengan perancangan yang dilakukan oleh Yahudi untuk membentuk pemimpin Islam berbaur Yahudi seperti Kamal Atarturk di Turki yang boleh menumbangkan kerajaan Uthmaniyah.
Dari seorang berstatus anak luar nikah, Kamal akhirnya diangkat sebagai Presiden Turki pertama dan memisahkan Islam dari kehidupan seharian masyarakat Turki.
Selagi kerajaan yang memerintah sekarang kekal selagi itulah selawat yang memuliakan Nabi Muhammad SAW bergema di Putrajaya. Kerajaan yang memerintah sekarang berpegang kepada Islam ASWJ yang mana di pahatkan sebagai pegangan umat Islam di Malaysia (Rujuk JAKIM)
Pegawai Kerajaan dan penduduk Putrajaya berselawat di Presint 3 menuju Masjid Tuanku Mizan.
Bagaimanapon acara menyambut Maulid ini dikatakan amalan Nasrani oleh Tuan Guru Nik Aziz dan sebilangan besar pemimpin PAS peringkat tertinggi yang berfikrah Wahhabi. Rujuk youtube ini di minit 0.25 ke atas di mana Nik Aziz mengatakan "sambut Maulid sama seperti meniru Kristian"
Para daie dan murabbi sentiasa memanjatkan doa agar Malaysia dan Nusnatara ini selamat dari tangan manusia yang cuba meliberilsasikan ugama Islam. Jom kita pecahkan jaringan pengaruh mereka dengan sama sama memuliakan keputraan Nabi Muhammad SAW
Buktikan Cinta Kasih Sayang kita Terhadap Baginda RASULULLAH S.A.W!
MASJID PUTRA 1. Majlis Bacaan Tahlil dan Yasiin Tarikh: 23 Jan.2013 (Rabu) Jam: 6.30 petang - 10.00 malam 2. MaulidurRasul Peringkat Kebangsaan Tarikh: 24 Jan. 2013 (Khamis) Jam: 6.00 pagi- 11 tghari
3. Majlis Qiyamualail, Tazkirah dan Munajat Istighosah Tarikh: 26 Jan. 2013(Juma't/Sabtu) Jam: 2:00pagi- 6.00pagi (Qiyamualil-Subuh)
SEMUA DI JEMPUT HADIR
MASJID MIZAN ZAINAL ABIDIN 1. Forum Perdana Maulidur Rasul Penceramah: Prof. Madya Dr Sh NoorHayati Ustaz Fauzi Mustafa Ustaz Zakaria Othman Tarikh : 23 Jan. 2013 (Rabu) Masa : Lepas Maghrib
ALLAA HUMMA SHALLI 'ALAA NUURIL ANWAARI WA SIRRIL ASRAARI WA TIRYAAQIL AGHYAARI WA MIFTAAHI RAABIL YASAARI SAYYIDINAA WA MAULAANAA MUHAMADINIL MUKHTAAR WA AALIHIL ATH HAAR WA ASHHAABIHIL AKHYAAR 'ADADA NI'AMILLAAHI WA IFDLAALIHI
YA ALLAH LIMPAHKANLAH KESEJAHTERAAN ATAS CAHAYA SEGALA CAHAYA, RAHSIA SEKALIAN RAHSIA, OBAT SEGALA OBAT DAN KUNCI SEGALA KEMUDAHAN, JUNJUNGAN DAN TUAN KAMI NABI MUHAMMAD ...YANG TERPILIH DAN SEGENAP KELUARGANYA YANG SUCI SERTA SAHABAT2NYA YANG BAIK2 SEJUMLAH BILANGAN NIKMAT ALLAH DAN ANUGERAHNYA
Even though Malaysia is still yet to be a developed country, it stands on its own class as an influential and respected country. Malaysia's consistent stand in not intervening with matters from other countries, but supports the fight for peace has turned this country as an option for reference or mediator to restore peace in countries that are under conflict. The stand has been around since the era of Tun Abdul Razak. It began to gain more strength during the era of Tun Mahathir as he brought this country 10 steps further that it is later known as the Tiger of Asia. Our Prime Minister, Dato' Seri Najib clearly inherits his father's legacy as he managed to champion the peace agreement between Philippines - MILF on October 2012. With the agreement, the 40 year conflict was finally resolved. The success then led Dato' Seri Najib to Gaza, where the oppression against people of Palestine by Israeli regime gets worse. The Prime Minister and members of his entourage including Datin Seri Rosmaha arrived in Gaza, Palestine on January 22 after receiving invitation from the President of Palestine, Mahmoud Abbas as well as a personal invitation from Palestine's Prime Minister, Ismail Haniyeh. The invitation from Mahmoud Abbas was conveyed to Dato' Seri Najib on December 3, 2012 through Palestine's Al Fatah Deputy Commissioner for International Relations, Dr Abdullah M.I. Abdullah while the invitation from Ismail Haniyeh aws received on December 11, 2012. Previously, Palestine had expressed their hopes to Malaysia to bring peace to the troubled country. Stopping the oppression however, is not an easy task. The first course of action would be increasing Palestine's strength by uniting its people which are now separated to two groups, Hamas and Fatah. The conflict began on 2005 after the death of Yasser Arafat on Novemver 11, 2004. The reason behind this conflict can be described as something classic where there are claims saying that there were act of nepotism and corruption in the government. From there, people of Palestine were separated into two parties where Fatah is in charge at the Palestinian National Authority while Hamas in Gaza. A few agreements by the two sides. One was in Cairo back in May 2011 but both parties fail to follow the agreement. Then there was the Doha agreement which was signed by Mahmud Abbas (Fatah) and Haled Mashaal (Hamas) in 2012 but there was no follow-up or actions taken after the agreement. Both parties often ended arguing without reaching any final decision. Just like any other conflicts which involves Israeli interest, both sides are suspected to have been receiving weapon supplies from America to ensure that they would keep on fighting one another. Thus, the hope which was expressed to Dato' Seri Najib as that he would help both sides to unite with one another. What is certain, the hope of getting him to repeat his success in Philippines, to Gaza, is not something absurd. This is because, Dato' Seri Najib is famous for being a brave leader where he used to visit conflicted areas such as in Southern Thailand, as an effort to work on a cease-fire agreement between the rebels and Thai government. He is also one of the first to restore peace in Bosnia back in 1993 as well as Somalia. It is not much if we are to say that Dato' Seri Najib's smart leadership is one of the main factor in keeping Malaysia in peace instead of being attacked by the enemy. That is why, there is no doubt that Dato' Seri Najib will be able to help Palestine in making sure that its people would unite and stand up for peace.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Isu Kalimah Allah benar-benar meletakkan PAS di dalam keadaan tersepit di antara agama dengan politik atau antara Allah SWT dengan Tokong Lim DAP.
Media perdana beberapa hari ini giat melaporkan bantahan yang dibuat oleh ahli-ahli PAS sendiri terhadap DAP melalui perhimpunan aman, serta memijak bendera DAP. Malah, terdapat juga laungan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Antaranya di Pulau Pinang dan juga Kelantan.
Seiring dengan itu Ketua Dewan Ulama serta beberapa orang pemimpin Ulama PAS bertali arus membuat kenyataan tidak bersetuju Kalimah Allah digunakan di dalam Injil Kristian. Tetapi, seiring dengan itu juga, Ulama-ulama ini ditempelak oleh DAP dan PKR kerana mereka telah terlebih dahulu bersetuju dengannya sebelum ini dan sebarang tindakan untuk menukar fikiran adalah tidak relevan sama sekali.
Keadaan ini membawa kepada keputusan demokrasi iaitu DAP, PKR menang dan PAS kalah, walaupun PAS enggan mengakuinya.
Sehubungan dengan itu, pemimpin tertinggi PAS pula mengambil keputusan untuk menutup mulut membiarkan isu ini berlarutan dalam keadaan �DAP menang tetapi PAS enggan mengaku kalah�. Pendek kata, PAS mengambil keputusan untuk tidak membuat keputusan.
Kita faham, bahawa PAS dan DAP sudah menjadi satu, yakni jika dicubit peha kanan peha kiri terasa juga.
Sikap ini membuatkan rakyat tertanya-tanya, apa kesudahannya? Sampai bilakah penyokong PAS akan berdemo membantah DAP dan tidak diendahkan? Apa yang mereka harap akan perolehi dari memijak bendera DAP?
Akhirnya, Harakahdaily hari ini memberi jawapannya melalui kenyataan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman yang menafikan bahawa mereka yang berdemo itu adalah ahli-ahli atau penyokong PAS. Katanya, itu semua adalah gimik UMNO untuk melaga-lagakan PAS-DAP. Katanya, itu adalah bukti UMNO terdesak.
Menurut beliau, ahli-ahli PAS menghormati keputusan Majlis Syura dan tidak akan bertindak demikian dan menuduh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai tidak mampu menangani isu Kalimah Allah ini sedangkan ia di bawah penguasaan UMNO.
Dalam ertikata lain, beliau menerima keputusan Majlis Syura bahawa Kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh kitab agama lain tetapi keputusan itu hanyalah tertakluk kepada Ahli PAS sahaja, dan di masa yang sama, tertakluk kepada keputusan Pakatan Rakyat bahawa ahli DAP, PKR dan semua masyarakat yang tidak menjadi ahli PAS boleh menggunakan Kalimah Allah di dalam kitab agama lain.
Inilah hakikat keputusan rasmi Pakatan Rakyat yang sukar untuk diterjemah secara jelas oleh para pemimpin PAS, tetapi Abdul Latif ternyata telah berjaya memberanikan diri untuk menjelaskannya kepada kita.
Abdul Latif pasti faham, bahawa selagi PAS terus bersama PR, selagi itulah PAS terpaksa akur kepada keputusan demokrasi PR dan apa saja keputusan PAS secara bersendirian adalah keputusan yang tidak relevan dan tidak ada nilai.
Oleh itu, sekiranya, PR memenangi PRU kali ini, maka kita boleh menjangkakan satu undang-undang baru yang menyatakan dengan jelas bahawa Kalimah Allah boleh digunakan oleh agama-agama lain, tanpa pemantauan dan tanpa halangan atas dasar hak kebebasan dan hak asasi masing-masing.
Jika Abdul Latif menafikan yang ini juga maka beliau wajib menjelaskan apakah kedudukan isu Kalimah Allah ini jika PR menjadi pemerintah.
Beliau perlu nyatakan apakah umat Islam perlu berputih mata membenarkan Kristian menyalahgunakan kalimah tersebut kerana suara Majlis Syura tidak ada nilai di dalam kerajaan PR dan tiada siapa boleh berdemo mengutuk keputusan itu bagi menjaga kesepakatan PAS-DAP?
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya semalam, menafikan lawatan kemanusian beliau ke Gaza kelmarin adalah cubaan untuk masuk campur tangan Palestin. Lebih dari itu, Najib telah pun menghubungi Presiden Palestin, Mahmod Abbas untuk memaklumkan kehadiran beliau di Gaza sebelum itu.
Justeru tidak timbul persoalan bahawa Mahmod rasa terhina dengan lawatan tersebut kerana Najib sudah memaklumkan beliau terlebih dahulu. Najib bukan bodoh.
Kenyataan ini adalah bagi membalas kritikan pembangkang yang tercabar dengan lawatan Najib ke Gaza. Maklumlah, pemimpin-pemimpin pembangkang hanya berani bercakap dan berdemo dalam negara kononnya untuk membela rakyat Palestin di Gaza, sedangkan Najib masuk sendiri ke Gaza untuk melihat keadaan disitu dan menghulurkan bantuan.
Penulis ambil inisiatif untuk siasat pihak mana yang sebar berita kata Mahmod marah Najib masuk Gaza sedangkan Mahmod telah dimaklumkan terlebih dahulu oleh Najib berhubung kunjungannya itu.
Rupanya yang pertama melaporkan berita ini adalah akhbar Israel, The Times of Israel dalam ruangan Israel & The Region, yang kemudian berebut-rebut dikutip puak pembangkang ini.
Nampak tak terdesak tak terdesak puak-puak ini. Punyalah rasa tercabar dengan kunjungan Najib sehinggakan berita dari akhbar Israel pun dikutipnya untuk dijadikan bukti. Sudahlah tu, sumber rujukan bukan dari Pejabat Mahmod sendiri, sebaliknya entah dari siapa pun tak dinyatakan.
Cakap pasal sumber rujukan ini juga, setelah penulis lihat di blog-blog pembangkang ini, bercampur-campur. Macam-macam pihak yang dikatakan keluarkan kenyataan itu, tapi semuanya bukan dari pejabat Mahmod Abbas sendiri.
Sudah tentu Israel tidak senang dengan kunjungan pemimpin dari Malaysia kerana sekutu mereka, Anwar Ibrahim ada sini. Anwar janji nak lindungi keselamatan Israel, datang Najib, buat lawatan kemanusiaan ke Gaza pulak, sakit hatilah mereka.
Maka itu berita itu ditulis sedemikian rupa oleh akhbar Israel, mengikut telunjuk Anwar yang punya rangkaian pro Yahudi yang hebat di Amerika Syarikat dan Israel sendiri.
Inilah dia berita yang kemudian dikutip blogger pro Pakatan untuk menghina dan merendahkan lawatan Najib. Part gebang tak hengat ini serah saja pada mereka.
Satu hari... Kambeng saya bawak saya bersiar-siar di Kota Bharu... Tiba-tiba kambeng saya kata... Bosss... Bosss... Bosss... Ada minyak..! Lepas tu saya yakin... Kota Bharu ada minyak... (FB: Isu Politik Semasa)
Mungkin akibat diterjah Azmin Ali, Ahli Parlimen GOMBAK merangkap Pengerusi PKR Selangor atau akibat terdesak untuk mendapatkan semula undi kaum India, akhirnya Kerajaan Rejim Khalid Gagap terpaksa memBATALkan projek pembinaan projek kondominium Dolomite Park Avenue berhampiran Batu Caves….
Jika sebelum ini mereka berdolak-dalih dengan mengatakan projek nie merupakan projek kerajaan BN dan sebagainya, namun desakan dari rakyat khususnya orang India terpaksa juga ditelan Khalid dan akhirnya projek ini diBATALkan dengan harapan, masyarakat India akan kembali menyokong Pakatan Rakyat dalam PRU13 kelak…..
Cadangan projek setinggi 26 tingkat itu mendapat bantahan kerana didakwa boleh melemahkan struktur tanah kuil Hindu di Batu Caves yang terletak di kawasan batu kapur.
Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh tanpa berselindung meneruskan asakannya kali ini dengan nada 'merayu' menuntut PAS supaya menarik balik keputusan Majlis Syura Ulama parti itu untuk menghalang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam khususnya dalam Bible versi Bahasa Melayu.
Bunyinya seperti mendayu-dayu memujuk, tapi ramai yang faham itu hanya isyarat bernada 'lembut' yang jelas kehendaknya. Suka atau tidak, PAS terhimpit antara memartabatkan pendirian rasmi Majlis Syura ataupun mendahulukan kepentingan politiknya dalam PR.
Sebelumnya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah tampil dengan kenyataan tegas bahawa pakatan pembangkang, PR tetap kekal dengan keputusan Majlis Pimpinan Tetinggi PR pada 8 Januari 2013 yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible.
"Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya," kata Azmin dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 17 Januari lepas.
Demikian hinanya kedudukan Majlis Syura Ulama PAS di mata PKR, sedangkan sebagai rakan sepakatan sepatutnya PKR dan DAP perlu belajar menghormati rakan sendiri sekalipun mereka sudah masak sangat dengan sikap lalang PAS yang kerap berubah pendirian mengikut kehendak politik kepartian.
Jika dilihat dari segi struktur organisasi PAS, kedudukan Majlis Syura adalah yang tertinggi dalam parti berlabel Islam itu. Seandainya PAS mendominasi pengaruh dan kedudukannya dalam PR, tentunya desakan mendayu dari DAP dan kenyataan tegas yang memperlekehkan taraf Majlis Syura oleh PKR tidak akan timbul.
Tapi disebabkan kedudukan PAS dalam PR sekarang hanyalah setaraf balaci yang terdesak mahu mencapai angan-angan untuk sama-sama ke Putrajaya bersama PR, maka senanglah DAP dan PKR memanfaatkannya untuk kepentingan mereka.
Lagipun Karpal Singh dan Azmin Ali yang diketahui ramai adalah suara rasmi PR dalam isu-isu sensitif, kedua-duanya amat faham benar selagi PAS kekal bersama PR, mahu tidak mahu PAS perlu menurut keputusan muktamad yang telah lama dipersetujui.
Kalau PAS benar-benar jantan dan bermaruah, sudah lama mereka tinggalkan PR dan tidaklah termalu sendiri dengan pendirian flip flop Mursyidul Am dan Presiden PAS sekejap patuh kehendak PR dan kemudiannya bila teruk dikecam khalayak barulah menyerahkan keputusan selanjutnya kepada Majlis Syura pula.
Antara kemahuan politiknya utk kekal dengan PR dan kesucian kalimah Allah s.w.t yang wajib dipertahankan, telah meletakkan PAS dalam keadaan tersepiot dan terhimpit. Inilah bahananya apabila satu kerjasama politik yang longgar hanya ditemukan dengan titik persamaan berkongsi musuh yang sama sahaja.
Tatkala kerjasama dalam BN wujud demi membangunkan negara & rakyat, PR pula yang menggabungkan DAP, PKR dan PAS atas asas rapuh seringkali diselubungi isu-isu yang tidak berkesudahan dan masing-masing pula langsung tiada sikap hormat menghormati sesama sendiri.
Bila sudah demikian, tak sukar untuk rakyat jangkakan yang negara ini akan berantakan sepanjang masa sekiranya PR diberi peluang walau sepenggal pun untuk memerintah tanahair tercinta ini.
Tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membekukan perbelanjaan modal (Capex) kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) disifatkan sebagai mengetepikan masalah rakyat.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata kerajaan negeri itu sepatutnya berusaha menyelesaikan masalah bekalan air yang dihadapi rakyat bukannya mengambil tindakan yang jelas berkaitan politik semata-mata.
"Rakyat perlu menilai sendiri sikap kerajaan pakatan pembangkang ini yang ambil tindakan tidak munasabah bekukan Capex dan salahkan Syabas," katanya pada sidang akhbar selepas menyertai sambutan Maulidur Rasul Peringkat Tanjong Karang
di sini hari ini.
Noh berkata kerajaan persekutuan telah memperuntukkan RM606 juta untuk program mitigasi air serta kerja baik pulih paip dan membina loji air tambahan.
Malah, katanya kerajaan persekutuan turut memberi pinjaman kepada kerajaan Selangor untuk program mitigasi air bagi menyelesaikan isu air di negeri itu
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata bagaimanapun, kerajaan Selangor terus berdolak dalih dalam isu itu dan cuba menyalahkan kerajaan persekutuan.
Anggota Dewan Undangan (Adun) Permatang Sulaiman Razak berkata isu Capex dibangkitkan sejak 2009 apabila kerajaan Selangor mahu Syabas memastikan supaya air tidak berhasil (NRW) dikurangkan dari 34 ke 15 peratus membabitkan pembaikan 2,000 kilometer paip sehingga 2014.
"Bila bekukan Capex bagaimana kerja ganti paip mahu dilakukan, bila kerja paip tidak dapat diteruskan akan menyebabkan usaha untuk mengurangkan NRW gagal dicapai, kalau betul kerajaan Selangor mahu selesaikan isu air mengapa bekukan
Capex," katanya.
Pada sidang akhbar selepas mesyuarat exco semalam, Abdul Khalid berkata kerajaan Selangor akan mempertahankan pendirian mereka untuk mengambil alih perkhidmatan industri air daripada syarikat konsesi air di Selangor.
Berikutan itu kerajaan negeri memutuskan untuk melaksanakan Pembekuan Perbelanjaan Modal (Capex) yang didakwa mereka untuk menjaga kebajikan rakyat.
Tika ini Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan anggota rombongannya sedang berada di Semenanjung Gaza, Palestin bagi memenuhi jemputan rasmi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan undangan peribadi daripada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.
Jemputan dari Mahmoud Abbas itu disampaikan kepada Dato' Seri Najib pada 3 Disember 2012 melalui Timbalan Pesuruhjaya Hubungan Antarabangsa Al Fatah Palestin, Dr Abdullah M.I. Abdullah. Manakala undangan daripada Ismail Haniyeh diterima pada 11 Disember 2012.
Akhirnya 22 Januari 2013 sekitar 4.40 petang waktu Malaysia, Dato' Seri Najib dan anggota rombongannya tiba di Semenanjung Gaza, Palestin. Turut serta ialah isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor.
Buat julung kalinya lagu NegaraKu berkumandang di Palestin sebagai meraikan detik bersejarah itu, sesuatu yang agak membanggakan ramai rakyat Malaysia setelah berpuluh tahun negara ini menjadi rakan setia menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam menghadapi keganasan Israel.
Tapi bagi segelintir penyokong pembangkang khususnya dari PAS dan PKR, mereka melihat keberanian PM melawat Palestin hanyalah satu propaganda politik untuk mencapai kelebihan sempenan PRU 13. Samada dalam media sosial seperti facebook, twitter, portal mahupun di dunia nyata itulah yang mereka perkatakan.
Ada sebabnya mereka memfokuskan hal demikian, salah satunya bertujuan untuk menghalang perhatian umum daripada mengimbas kembali kenyataan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang pernah berikrar untuk menjamin dan menjaga keselamatan negara Israel.
Bagi sebahagian besar rakyat negara ini pula, mereka melihat langkah berani Dato' Seri Najib memijak bumi Palestin khususnya Semenanjung Gaza sebagai sejarah besar yang tidak mungkin dilupakan, lebih-lebih lagi baru sahaja 2 bulan yang lalu rakyat negara itu diancam kekejaman tentera Israel.
Lagipun keprihatinan Dato' Seri Najib dengan nasib umat Islam di wilayah bergolak sudah terbukti keikhlasannya. Dan ini bukanlah kali pertama Dato' Seri Najib sanggup berdepan dengan risiko kehilangan nyawa di wilayah yang sedang dilanda keganasan perang.
Sekitar Disember 2009 dulu, PM juga pernah mengambil risiko yang sama apabila melawat Selatan Thailand bagi mengusahakan rundingan gencatan senjata diantara anggota pemisah Selatan Thai dengan Kerajaan Thailand, sekalipun tika itu letupan bom dan serangan hendap masih belum reda.
Sedangkan Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri pun pernah mengakui ketakutannya untuk memijak bumi Selatan Thai kerana bimbang terkena tembakan. Nampak sangat kebaculannya. Memalukan.
PAS yang sering menanam semangat perjuangan kepada ahli dan penyokongnya untuk mengejar ganjaran mati syahid, sedar tak sedar rupa-rupanya pemimpin utamanya sendiri tak sanggup menempuh risiko demikian kerana takut mati syahid serta terlampau sayangkan pangkat dan darjat duniawi.
Sedangkan UMNO yang saban hari dituduh anti Islam dan tidak Islamik oleh PAS, namun para pemimpinnya tidak pula dilanda gundah atau ketakutan untuk menempuh cabaran besar kehilangan nyawa dan syahid tatkala membantu umat Islam di wilayah yang sedang bergolak. Inilah perbezaan nyata antara pemimpin UMNO dengan PAS.
Majlis Peguam dalam reaksi segeranya telah meminta pihak berkuasa bertindak mendakwa Presiden Perkasa, Ibrahim Ali di bawah Akta Hasutan berikutan gesaan NGO itu supaya kitab Bible yang mengandungi kalimah Allah s.w.t dan disebarkan kepada pelajar Melayu Islam di Pulau Pinang dibakar.
Bila ada kepentingan untuk politik pembangkang tak semena-mena mereka mahu menggunakan Akta Hasutan yang sebelum ini seringkali dituduh sebagai alat Kerajaan Pusat untuk menutup mulut pemimpin pakatan pembangkang. Dasar hipokrit betul.
Itu sudah menjadi standard Majlis Peguam yang kiblatnya sejak dulu condong memihak kepada pembangkang, lagipun dalam bab putar belit sebegini sudah terlalu sinonim dengan mereka.
Dalam pada itu, ramai juga pemimpin PR dan pihak gereja Kristian tumpang sekaki mendesak Kerajaan Pusat bertindak tegas terhadap Ibrahim Ali kononnya demi memelihara hak kebebasan agama yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
Tapi hak agama Islam yang dijamin sebagai agama Persekutuan serta penganutnya dilindungi daripada hasutan dan dakyah agama lain tidak pula para hipokrit politik dari PR dan puak Kristian ini mahu ambil kira untuk dihormati sama.
PR yang secara kasarnya kelihatan dikuasai pemimpin beragama Islam rupa-rupanya lebih sensitif bila timbul isu melibatkan kitab Bible, pelik bin ajaib betul. Kalimah Allah s.w.t sengaja mahu dinodai untuk disamakan dengan konsep ketuhanan triniti Kristian tidak pula mereka sensitif untuk pertahankan kesuciannya.
Sepatutnya sebelum mereka mencemuh Ibrahim Ali dan NGO yang diketuainya, lebih elok mereka cermin wajah sendiri dan kaji dari mula siapakah yang mula-mula mencetuskan isu kalimah Allah s.w.t untuk dimasukkan dalam kitab Bible Bahasa Melayu.
Jika tidak kerana mulut lancang dan kurang ajar dari Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menimbulkan isu ini dalam ucapannya semasa perutusan Kristmas 2012, perkara sebegini tidak akan timbul langsung.
Tapi dek kerana DAP begitu kemaruk mahukan undi penganut Kristian untuk berdepan dengan PRU 13 maka mereka dengan sengaja mencetuskan kembali tuntutan kalimah Allah s.w.t sekaligus menyebabkan suasana harmoni di antara orang Islam dengan minoriti Kristian di negara ini kembali hangat.
Tambah memanaskan keadaan bila mana para mubaligh Kristian keturunan Cina di Pulau Pinang kelihatan seperti sengaja mencurah minyak pada api yang sedang marak dengan menyebarkan kitan Bible yang mengandungi tulisan jawi dan kalimah Allah s.w.t kepada para pelajaf Melayu Islam di beberapa buah sekolah menengah di sana.
Nyata sekali pihak yang sepatutnya perlu dikecam dan dipersalahkan ialah DAP serta para aktivis Kristian dan bukannya Ibrahim Ali atau Perkasa yang hanya menyuarakan kemarahan terhadap tindakan kurang ajar DAP dan pihak pendakyah Kristian.
Jika benar ada kitab Bible yang mengandungi kalimah Allah s.w.t terutama sekali yang disebarkan kepada pelajar Melayu Islam di Pulau Pinang itu akan dibakar, maka Lim Guan Eng dan DAP lah yang patut menanggung akibatnya, bukan begitu?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
YB Hashim Jasin menafikan kereta Porsche Cayman WWF 3000 bukan miliknya tetapi milik anaknya yang menggunakan AP milik Hashim Jasin.
Memang kita semua tahu setiap YB mempunyai keistimewaan memiliki permit import ( AP ) yang membolehkan mereka membawa masuk kereta dari luar negara (kereta CBU).
Kata Ustaz Hashim Jasin kereta itu harganya RM 100 ribu sahaja. Memang betul lah sebab guna AP kalau dah masuk Malaysia boleh jual RM 300 ribu..
Nak nafi apa lagi...memang sah kereta itu milik Hashim Jasin dan hanya boleh ditukar milik selepas 5 tahun, kereta itu baru lagi wehhhhh!!
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia 25hb Jan 2012
Kepimpinan Wra Perkasa Malaysia memandang kenyataan pemimpin-pemimpin pembangkang yang memulakan isu penggunaan kalimah ALLAH ini, secara terang pemimpin-pemimpin DAP yang memulakan isu ini serta tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh pihak kristian yang memberi bible ini kepada pelajar-pelajar Melayu di jelutung, Pulau Pinang tempoh hari. Kenyataan Dato Ibrahim Ali sudah diputarbelitkan Dato Ibrahim Ali ada menyatakan akan membakar bible versi Melayu & Jawi yang mengandungi perkataan ALLAH. Bukan akan membakar bible yang sedia ada.
Tindakan yang sepatutnya di ambil kepada Lim Guan Eng kerana membangkitkan isu ini, tetapi a tiada tindakan yang diambil terhadap mereka-mereka ini. Kenyataan Dato Ibrahim Ali ini menunjukkan kemarahan umat Islam serta mempertahankan ugama persekutuan. Penghinaan demi penghinaan terhadap Agama Islam.
Rentetan peristiwa peristiwa penghinaan yang berlaku terhadap Agama Islam di Malaysia yang menjadi titik mula hingga Islam dihina secara terang terangan secara berterusan dan bila cuba ditentang akan diputar belitkan fakta faktanya sehingga yang memperjuangkanya dicerca dan dihina oleh bangsa sendiri yang buta hati.
TIADA TINDAKAN TERHADAP PADERI YANGG MENGHINA ISLAM DAN NABI MUHAMMAD SAW.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta menyiasat segera dan mengambil tindakan tegas terhadap dakwaan seorang paderi mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhamad dan Islam ketika berceramah di sebuah gereja di Kuching, Sarawak(Petikan dari akhbar Berita Harian yg bertarikh 28-9-2010, tetapi masih tiada apa-apa tindakan diambil setelah pelbagai laporan telah dibuat oleh beberapa pihak di mana kes tersebut berlalu hampir 2 tahun dan ini adalah titik permulaan penghinaan terhadap Agama Islam dan Nabi Muhammad SAW di mana ia dipandang remeh oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab sehingga perkara tersebut berterusan sehingga ke hari ini.
TIADA TINDAKAN TERHADAP LIM GUAN ENG DAN PASTOR-PASTOR YG MAHUKAN NEGARA INI DIJADIKAN NEGARA KRISTIAN.
Isu pertemuan paderi dari seluruh negara yang dihadiri oleh Lim Guan Eng dan Jefry Ooi yang dikatakan membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara selain melantik Perdana Menteri di kalangan penganut agama itu sehingga kini masih tiada apa-apa tindakan diambil sehingga kehari ini.
TIADA TINDAKAN TERHADAP 4 ORANG REMAJA YANG MEMBALING CAT MERAH DAN BOTOL ARAK DI SURAU TAMAN PULAI IMPIAN, SIKAMAT, SEREMBAN.
Walaupun kita sebagai umat Islam menerima permohonan maaf tersebut tetapi perbuatan jenayah telah berlaku dan seharusnya hukuman yang setimpal menurut undang undang dijatuhkan kepada mereka. Perbuatan biadap seperti itu perlu di hukum seberat beratnya kerana implikasi perbuatan tersebut amat merbahaya. Ia boleh mencetuskan perasaan marah dan benci yang melampau kepada umat Islam bukan sahaja di kawasan terbabit namun di seluruh negara. Alasan perbuatan tersebut dilakukan kerana marah ditegur kerana bermain mercun langsung tidak dapat diterima.
TIADA TINDAKAN KEPADA ORANG YANG MENYURUH MEMPERLAHANKAN AZAN.
Isu ini menimbulkan kontroversi ekoran daripada aduan seorang ahli MCA yang menulis surat kepada Perdana Menteri meminta suara azan di Masjid Al Ikhlasiah, Pantai Dalam diperlahankan. Seakan-akan ia adalah suatu penghinaan terhadap agama Islam yang menjadi agama persekutuan di Malaysia.
TIADA TINDAKAN TERHADAP ORANG-ORANG YANG MENYEBARKAN AGAMA KRISTIAN SEDANGKAN DALAM ARTIKEL 11(4) ADA MENYATAKAN TIDAK BOLEH SEWENANG-WENANGNYA MENYEBAR AGAMA –AGAMA YANG LAIN TERHADAP ORANG-ORANG YANG BERAGAMA ISLAM.
Isu ini juga seperti isu isu yang sebelum ini. Tiada apa apa tindakan diambil terhadap individu individu yang terbabit dalam perkara tersebut yang mana perkara tersebut terang-terangan melanggar peruntukan di dalam "Article 11 (4) – State law and in respect of the Federal Territories of Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya, federal law may control or restrict the propagation of any religious doctrine or belief among persons professing the religion of Islam". Para penganut agama lain di Malaysia perlu dididik tentang pentingnya mereka menerima ketinggian kedudukan Islam khususnya di sudut Perlembagaan Negara (Artikel 3). Hanya Islam sahaja yang menjadi agama negara dan tidak agama lain. Maka sudah tentu, para penganut agama lain perlu menghormati kedudukan ini. Islam sentiasa menjamin kebebasan penganut agama lain untuk beramal dengan agama mereka.
TIADA TINDAKAN TERHADAP BEBERAPA BUAH MASJID YANG DILETAKKAN KEPALA KHINZIR.
Tidak cukup dengan isu lontar cat merah dan botol arak di surau dan sekali lagi kita umat Islam dikejutkan dengan perbuatan meletakan kepala khinzir dibeberapa buah masjid di Selangor dan Johor. Juga tiada sebarang tindakan atau tangkapan dibuat oleh pihak berkuasa walaupun pihak polis telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menangkap dalang disebalik perbuatan tersebut.
Ada pihak yang ingin melihat keharmonian Negara tergugat dan melakukan berbagai provokasi supaya rakyat berbilang kaum dan agama di Negara ini yang hidup aman dan damai terguris.
TIADA TINDAKAN TANGKAPAN TERHADAP 3 ORANG LELAKI DAN SEORANG PEREMPUAN YANG MENGEDAR BIBLE KEPADA PELAJAR MELAYU ISLAM DI JELUTONG PENANG
Apakah sebenarnya dan maknanya dengan memberikan bible tersebut kepada pelajar Melayu walaupun bible tersebut tidak mengandungi Kalimah Allah jika ada saya yakin ianya hanya mahu menyesatkan anak-anak Melayu Islam.
Bayangkan jika ada Kalimah Allah di dalamnya pasti anak Melayu akan menjadi keliru bila mana nama Allah tercatit di dalam bible sedangkan penggunaannya telah dilarang untuk agama lain selain agama Islam.
Secara terang terangan memang wujud gerakan untuk menyebarkan agama kristian kepada orang Melayu Islam di Malaysia. Sedangkan kita umat Islam tidak pernah berbuat demikian walaupun kita boleh berbuat demikian kerana Islam adalah agama rasmi bagi Malaysia. Kita masih boleh bertolenrasi jika tiada perkara yang boleh menganggu gugat Islam di Malaysia.
Dari semua yang disebutkan diatas dan beberapa isu lagi yang berkait dengan peghinaan terhadap Agama Islam sebagai agama persekutuan Malaysia adalah titik mula bagi penghinaan yang akan berterusan jika tiada sebarang tindakan yang agresif diambil bagi membendung konflik tesebut dan kadang kala isu isu tersebut akan diputarbelitkan oleh pihak pihak yang tertentu mahupun individu yang berkepentingan dalam ingin menjadi juara dalam isu tersebut.
Kami Wira Perkasa Malaysia tetap akan bertegas dan akan menyokong tindakan Presiden Perkasa yang mana tindakan beliau adalah bertujuaan mempertahankan akidah dan memelihara Umat dan Ugama Islam.
Kita tidak gentar akan suara suara pengkhianat pengkhianat ugama yang cuba memesongkan akidah umat Islam. Saya sesungguhnya percaya bahawa, keamanan dan kedamaian yang kita kecapi hari ini, datangnya melalui usaha kita dengan izin Allah dan bukannya secara kebetulan. In Sha Allah.
KITA BERSYUKUR ALLAH MEMBUKA KEDUA-DUA HATI PEMIMPIN INI...
Politik dlm negara pada hari ini seolah tiada jalan keluar lagi. Ramai juga dikalangan manusia di negara ini sanggup lakukan apa saja waima rosak akhidah sekali pun bagi org islam semata2 tetap memberi sokongan kepada ketua atau pemimpin politik mereka demi mempertahankan parti masing2.Dalam masa yang sama sesuatu perbuatan yang baik dicemuh dan dihina dan sesuatu yang buruk pula disanjung sebegitu rupa. Islam adalah agama suci yang diturunkan oleh Allah kepada umat manusia juga dipersendakan orang org islam yang taksud dgn politik yang kononnya parti mereka saja yang benar2 islam.
Sejak akhir2 ini mcm2 Allah telah zahirkan kpd kita apa yg berlaku keats pas. Kita hanya perlu mengambil pengajaran dari apa yang berlaku. Step by step kepincangan pas dri dulu hinggalah skrg mempergunakan islam utk mendapat sokongan politik yang akhirnya kalimah Allah juga turut tergadai kpd bkn islam di negara ini. Semuanya angkara mainan politik kotor pas.
Rata2 berjuta rakyat Malaysia bangga dengan insiatif Perdana Menteri Najib Razak di Gaza dan ianya sudah pasti menambah baikkan lagi imej negara Malaysia yang sebelum ini telah diiktiraf oleh ketajaan Palestin. Tetapi Usaha Najib Razak yg jelas sebegitu murni ada juga dikalangan kepimpinan pakatan pembangkang yang memcemuh dan memburuk-burukkannya tdk kurang juga menghina usaha PM DS Najib tersebut.
Antara yang paling lantang setakat hari ini memburukkan usaha tersebut ialah Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan yang tidak sepatutnya memperlekeh lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza untok memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin bagi membebaskan negara mereka daripada Israel.
Sepatutnya kita semua bersyukur Allah telah menyatukan hati pemimpin islam disaat bagsa Palestin dinafikan hak mereka juga ditindas di segenap penjuru. Dengan izin Allah terbukanya hati PM DS Najib untok menghulur salam persaudaraan sesama islam sebaliknya dihina dan dicemuh oleh Ketua Pemuda Pas tersebut.
Menurut Perdana Menteri Palestin, PM DS Najib juga merupakan pemimpin utama pertama daripada luar Timur Tengah yang melawat negara itu.
Tindakan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) mencemuh lawatan bersejarah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Palestin dikecam oleh pengikut Facebooknya sendiri.
Ia ekoran tindakan melampau Nasrudin yang bukan sahaja tidak menghargai sokongan tertinggi ditunjukkan Najib terhadap nasib rakyat Palestin sebaliknya mencemuh lawatan bersejarah itu dengan perkataan kesat.
Kebanyakan pengikut Nasrudin mempersoal mengapa sebagai orang yang dilabel ustaz beliau sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian dan tidak kurang menyifatkan Ketua Dewan Pemuda Pas itu iri hati.
Salah seorang yang mempersoal tindakan tersebut ialah Izham Bina Tamshah Eizham apabila berkata, dijelaskan dalam hadis terdapat golongan orang yang kelihatan alim tetapi hatinya hitam seperti serigala kelaparan.
"Salam ustaz, kenapa prasangka buruk Perdana Menteri pergi Palestin? Berbeza dengan rakan anda iaitu Nasharudin Mat Isa. Berprasangka baiklah. Ingat kemenangan sebenar umat Islam ialah membebaskan Palestin.
"Jangan dengki dan busuk hati serta mahukan kemenangan politik. Ustaz berkata begini. Nauzubillah. Semoga dapat rahmat Allah," kata Izham Bina sebagaimana dipetik dari laman Facebook Nasrudin di sini hari ini.
Nasrudin dalam laman Facebooknya dipetik sebagai berkata, lawatan Perdana Menteri ke Palestin dan pertemuannya dengan Perdana Menteri Kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh sebagai hipokrit tahap durjana.
Semalam, Najib mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama mengadakan lawatan ke bumi Palestin sambil menawarkan bantuan menjadi orang tengah bagi menjayakan pelan damai antara Fatah dan Hamas.
Dalam pada itu, tidak terkecuali mengecam tindakan Nasrudin ialah Farhan Fauzi apabila berkata: "Ustaz cakap apa ini? Malaysia tidak pernah menjalin hubungan dengan Israel. Usah berdengki dan memusuhi ustaz."
Mohamad Shuhaimi pula menyifatkan kenyataan Nasrudin sebagai tidak cerdik kerana sebelum ini, tidak pula mempersoal sokongan terbuka Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keselamatan Israel.
Turut berkongsi kemarahan sama ialah Syakizan Yusof apabila berkata: "Seperti meludah ke langit kena balik diri sendiri. Jadi buanglah perasaan iri hati sesama sendiri. Kamu itu ustaz, buat malu saja".
Hal yang sama juga disuarakan Siddiq Sharil yang berkata: "Ustaz, berjuang dan berdakwahlah dengan cara yang ikhlas dan bersih. Tak perlu bagi ayat macam ini. Seolah-olah ustaz melagakan sesama umat."
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ce type de casino en ligne est excellent si vous vous souciez de toucher le jouer au casino. Je dois avoir casino en ligne car au moins vous avez de vos options. C’est maintenant le temps de lire mes réflexions sincères concernant casino partouche grande motte. Vous n’avez pas besoin d’être trop compatible avec liste casino ligne legal france ou je joue un match. Vous devez comprendre une chose très pertinent en matière de jouer casino ligne legal. Bien sûr, nous pourrions le faire. Je n’ai pas eu une bonne impression. Groupies sont constamment me contacter sur Skype à la recherche d’casino en ligne. casino en ligne est probablement le type le plus recherché de cette éventualité parce que vous décidez de faire quelque chose. Avez-vous d’avoir l’apparence d’être autoritaire ? Appelez-moi idiot, je viens d’apprendre par le biais copains en matière de bonus casino. casino gratuit va m’aider à changer le monde à ma façon propre petit. Ce fut une aventure passionnante, mais là encore, j’ai rarement été effectivement très heureux. Vous pourriez découvrir que vous avez des résultats beaucoup mieux.
meilleur casino en ligne belge va ajouter beaucoup à l’ensemble de cette conception opinion. Pour Pentecôte, Personne n’est indispensable. Il n’y a pas de points de vue spectaculaires sur cette idée. La plupart de simples mortels ont quelques questions concernant casino en ligne lisses. Je ne comprends pas pourquoi je ne peux essayer de garder loin de lui partiellement. Vous êtes dans le déni. Il est tellement génial ce que je ne pouvais pas tout simplement essayer de détourner que dès qu’ils le peuvent.
Vous voulez que le travail soit bien fait, non ? Vous savez, Mesurer deux fois, couper une fois.
Mais, c’est maintenant le moment de faire une pause. Je sais que ce concept jeux de casino se fait sans effort. Comprenez-vous que le temps est la quintessence ? Il semble que je hérissé quelques plumes dans une histoire précédente.
Nous le ferons avec toute la prudence nécessaire. C’est un modèle. La nécessité de disposer d’un savoir-faire supplémentaire de casinos barriere diminue rapidement. Même les dirigeants peuvent profiter jeu casino gratuit machine a sous partouche. Il ne va pas être facile. Il est tiroir du haut comment les gens ne doivent pas se rapporter à une fonction étonnamment complexe comme celui-ci. Il ya beaucoup de conjectures essentiellement sur ce dilemme. Permettez-moi de partager un peu plus au sujet casino en ligne avec vous. Je tiens, je n’aurais pas mis tant de temps et d’argent dans casino gratuit et cela signifie que je dois être soit ignorants, paresseux ou tout simplement stupide.
Il est préférable de raccourcir le processus, un peu. Venez découvrir comment garder une jeux de casino. Ce sont des moments riches pour les propriétaires casino en ligne. J’ai peut-être un trait aberrant à ce sujet. Chaque fois que l’expérience jeux de casino néophytes, il est recommandé de ne pas hésiter à consulter un professionnel. Nous allons parler un peu de respect casino en ligne bonus inscription parce que tout cela peut durer plusieurs jours. C’est le moment de le coller là où le soleil ne brille pas.
You are subscribed to email updates from Qaiyum To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Najib Tun Razak bersalaman dengan penduduk Gaza ketika melawat ke Bandar Gaza baru-baru ini.
Kunjungan Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza menunjukkan keazaman bersungguh-sungguh Malaysia untuk melahirkan penyatuan antara dua kumpulan yang berbeza dan saling berkonflik dalam menentukan arah haluan membebaskan Palestin daripada cengkaman Israel.
Konflik Hamas dan Fatah dikatakan bermula pada 2005 setelah kematian pengasas Pertubuhan Pembebasan Palestin, Yasser Arafat November 2004. Ia bertambah buruk apabila Hamas memenangi pilihan raya Palestin yang pertama penghujung 2006, dan berkuasa di Gaza manakala Fatah menguasai Tebing Barat.
Keputusan pilihan raya itu tidak diiktiraf oleh Israel kerana Hamas bukan sebuah pertubuhan yang menyokong perjanjian untuk mengiktiraf kedudukan negara Yahudi sebagai sebuah negara. Bagi Israel, hanya Pertubuhan al-Fatah sahaja berhak memerintah Palestin atas alasan dalam pilihan raya tersebut, Hamas kalah dalam pemilihan jawatan presiden.
Kumpulan Hamas atau Harakat al-Muqawwamatul Islamiyyah atau Pergerakan Pertahanan Islam ditubuhkan 1987 di Gaza manakala al-Fatah atau Harakat at-Tahrir al-Wathani al-Filasthini atau Pertubuhan Pembebasan Palestin ditubuhkan 1958. Al-Fatah adalah salah satu kumpulan yang bergabung dalam Pertubuhan Pembebasan Palestin atau dikenali sebagai PLO yang ditubuhkan oleh Yasser Arafat dan menjadi pemimpin tertinggi selama lebih tiga dekad (1969-2004).
Setelah kematian Yasser Arafat, Hamas mula merasakan kedudukannya semakin kuat dan dominan. Apabila al-Fatah melantik Mahmoud Abas sebagai pemimpin utama menggantikan Yasser Arafat, Ismail Haniyeh yang pernah dilantik sebagai Perdana Menteri Palestin mengambil sikap membantah dan kembali mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri dengan mengambil pendirian memisahkan Gaza sebagai sebahagian daripada negara Palestin.
Hamas memilih kaedah perjuangan dengan kekerasan manakala Pihak Berkuasa Palestin di bawah pimpinan Mahmud Abas memilih pendekatan perundingan selari dengan prinsip Islam.
Pemisahan psiko-politik kesan konflik Hamas-Fatah menyebabkan Israel begitu mudah untuk mengkhianati sebarang persetujuan damai yang pernah ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Bahkan ketika marahkan kemenangan Hamas, Israel melakukan serangan kejam dengan mengebom, membedil dan menggunakan senjata kimia bagi menyiksa penduduk Gaza. Seluruh pintu masuk ke Gaza dikepung menyebabkan kehidupan rakyat Palestin menjadi semakin getir dan sukar.
Kepungan itu membangkitkan semangat sukarelawan seluruh dunia melaksanakan misi kemanusiaan ke Gaza, dan Israel semakin marah. Pada 2003, askar Israel menggunakan jentolak menghalang Rachel Corrie, ketika itu berusia 23 tahun dari Amerika Syarikat (AS) bersama-sama kumpulan International Solidarity Movement (ISM) daripada menyekat kerja-kerja meruntuhkan sebuah rumah penduduk di Rafah.
Ketika Corrie terbunuh, ia tidak memberikan impak besar kerana Israel berjaya menipu masyarakat dunia bahawa kematian itu disebabkan kemalangan dan bukannya digelek jentolak secara sengaja oleh pihak tentera. Hanya setahun kemudian Kolonel Lawrence Wilkerson (Ketua Staff Kementerian Luar dan ketika itu, Menteri Luar AS, Collin Powell) memberitahu ibu bapa Corrie, hasil siasatan Israel mengenai kematiannya adalah tidak benar.
Pada 2005, ibu bapa Corrie mengambil tindakan undang-udang ke atas tentera Israel dan pengeluar jentolak jenama Caterpillar bagi mendapat keadilan. Bagaimanapun, saman ke atas pengeluar jentolak yang berpengkalan di Illionis, AS digugurkan (2007) kerana ia bukanlah ada kaitan dengan dasar luar Washington.
Pengguguran ke atas saman tersebut telah membangkitkan semangat kemanusiaan yang lebih besar kepada masyarakat antarabangsa sehingga mencetuskan lebih banyak dan besar misi kemanusiaan ke Gaza. Bagaimanapun, misi kemanusiaan gagal mencapai matlamatnya akibat sekatan Israel dan kerjasama tentera Mesir yang menghalang penggunaan jalan darat terutama melintasi sempadannya, di Rafah.
Pada 2010, sukarelawan daripada pelbagai negara termasuk dari Malaysia menyusun strategi menyampaikan bantuan kemanusiaan menerusi jalan laut, bergerak dari Ankara, Turki pada minggu terakhir Mei. Misi kemanusiaan itu dikenali sebagai Flotila Pembebasan Palestin, disertai oleh tujuh buah kapal yang diketuai oleh Kapal Mavi Marmara dan sebuah pertubuhan kemanusiaan dari Turki, Insani Yardim Vakfi (IHH).
Tengah malam 30 Mei, kapal Marvi Marmara dikepung oleh komando tentera laut Israel ketika masih berada di perairan antarabangsa dan kemudiannya mengarahkan kapal itu menuju ke pelabuhan Ashdod, iaitu sebuah pelabuhan Israel. Kepungan itu tidak diendahkan oleh sukarelawan dan menjelang awal pagi 31 Mei, komando tentera laut menyerang kapal tersebut sehingga membunuh lapan sukarelawan, termasuk tujuh adalah rakyat Turki.
Akhir tahun lalu, Israel sekali lagi melakukan serangan kejam ke atas Gaza menyebabkan ratusan kanak-kanak dan wanita terbunuh sebagai reaksi balas anggota Hamas yang melancarkan roket ke arah beberapa buah kampung di kawasan sempadan. Roket dan peluru berpandu Hamas itu dikatakan hasil keluaran atau bantuan Iran, yang sedang ditekan oleh Israel dan AS atas keengganan Presiden Ahmadinejad menghentikan proses pembangunan dan pengayaan teknologi nuklear.
Kehadiran Perdana Menteri ke Gaza dua hari lalu membawa mesej jelas kepada masyarakat antarabangsa bahawa Malaysia yang mempelopori gerakan kesederhanaan benar-benar membuktikan keazaman untuk menamatkan konflik di Asia Barat dengan memulakan langkah membantu menyelesaikan perpecahan dan permusuhan antara Hamas dan Fatah.
Hamas dan Fatah melaksanakan beberapa rundingan untuk menamatkan konflik bersaudara sejak kedua pemimpinnya muncul dalam sebuah rancangan televisyen, Debat Doha pada Mac 2010.
Pada 27 April 2011, Fatah dan Hamas mencapai persetujuan menamatkan konflik di Kaherah. Kedua pihak bersetuju, satu bentuk kerajaan perpaduan perlu diwujudkan dan mengadakan pilihan raya di kedua-dua wilayah dalam tempoh setahun pembentukan kerajaan perpaduan. Pada 4 Mei 2011, Fatah yang diwakili oleh Mahmoud Abas dan Hamas oleh Khaled Meshal membentuk rangka kerajaan "peralihan" bagi merancang persediaan mengadakan pilihan raya perundangan dan presiden dengan membenarkan kemasukan Hamas dalam PLO serta memegang jawatan dalam Majlis Kebangsaan Palestin.Hamas akan terus menjaga keselamatan di Gaza manakala Fatah di Tebing Barat.
Dengan kepintaran helah Isreal, AS turut membantah perjanjian itu dan menjadi azam Malaysia untuk membantu merealisasikannya sebagaimana kejayaan yang dirintis menyelesaikan sengketa antara Bangsamoro dengan Manila tahun lalu.
Seperti ditegaskan oleh Perdana Menteri, Malaysia mengambil berat mengenai permasalahan rakyat dan keprihatinan itu perlu diperluaskan di peringkat antarabangsa menerusi pendekatan kesederhanaan.
Pendekatan sedemikian sudah diterima baik oleh AS dan beberapa negara Barat, maka usaha yang baharu sahaja bermula di Gaza itu akan memberikan petunjuk betapa ikhlasnya penyertaan Malaysia untuk mempelopori keamanan sejagat.
Tindakan tersebut dilihat sebagai tamparan hebat kepada parti-parti pembangkang di Malaysia kerana tidak membuktikan apa yang mereka sering perkatakan kepada rakyat. Misalnya, mengenai seruan kepada perpaduan dan penyatuan kepentingan, parti-parti pembangkang tidak benar-benar melaksanakannya, bahkan dalam masa sama, ketiga-tiganya seringkali bercanggah termasuk pendirian mengenai penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam.
Cara bersemuka yang dipelopori oleh Perdana Menteri dalam membantu menyelesaikan sebarang masalah menampakkan impak diplomatik bagi membina dan mengukuhkan hubungan antara dua negara. Ketika berhadapan dengan pelbagai kesukaran, Najib menjadi lebih kreatif dan mampu membentuk kaedah penyelesaian terbaik berbanding pemimpin pembangkang, ketika berhadapan dengan masalah secara tuntasnya cuba membebaskan diri dengan membuat dakwaan, permainan pihak media, keadaan tertekan dan mengugut, "perlu minta maaf, kalau enggan bakal disaman."
Transformasi Najib mula membuahkan hasil, dan kejayaan itulah memberikan keyakinan masyarakat antarabangsa bahawa memangnya Malaysia mampu melibatkan diri secara berkesan membantu menyemai pendekatan wasatiyyah atau kesederhanaan bukan sahaja dalam negara bahkan masyarakat antarabangsa.-UMO
UMNO Kelantan menyifatkan tindakan Kerajaan Pas Kelantan memfailkan injuksi interlokutori bagi menghalang Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) membayar royalti kepada kerajaan Malaysia sebagai tidak menghormati Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Awang Adek Hussin berkata, tindakan itu tidak wajar kerana Sultan Muhammad V telah berkenan melantik wakil negeri ini dalam Jawatankuasa Khas untuk mengkaji dengan adil dan telus berhubung isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur.
Beliau berkata, sewajarnya Kerajaan Pas Kelantan membiarkan Jawatankuasa Khas tersebut berperanan dan bukan mengusutkan lagi keadaan dengan membawa isu tersebut ke mahkamah.
"Perdana Menteri telah berjanji untuk menyelesaikan isu ini secara adil dan telus serta beliau juga memaklumkan bahawa Sultan Kelantan telah berkenan untuk melantik wakil negeri Kelantan dalam jawatankuasa tersebut, jadi biarkan proses ini berjalan tanpa gangguan mana-mana pihak.
"Jadi jika ada mana-mana pihak mengambil tindakan membawa ke mahkamah ia seolah-olah tidak menghormati Sultan Kelantan dan Perdana Menteri," katanya kepada di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Kerajaan Pas Kelantan memfailkan permohonan injunksi interlokutori bagi menghalang Petronas membayar royalti minyak kepada kerajaan Malaysia.
Kerajaan Pas Kelantan selaku pihak plaintif menamakan Petronas dan kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama dan kedua.
Pada 4 Ogos lalu, kerajaan Persekutuan bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Jawatankuasa Khas itu akan dianggotai pakar undang-undang dari dalam dan luar negara serta wakil kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.
Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, tidak ada faedah sekiranya isu tersebut berlanjutan dan ia perlu diselesaikan dengan cara yang berhemah.
"Petronas sendiri menjelaskan mereka telah melaksanakan tanggungjawab seperti mana termaktub dalam undang-undang dan tidak ada yang tidak betul dibuat," katanya.-UMO
Dalam laman rasmi sebuah pertubuhan bukan kerajaan iaitu Aman Palestin, tercatatkan sejarah berikut: "Pembentukan negara haram Israel pada 15 Mei, 1948 di bumi Palestin 65 tahun lalu telah mengundang malapetaka besar di mana dunia mulai menyaksikan kekejaman rejim Zionis melalui pertempuran demi pertempuran yang mengakibatkan beribu-ribu warga negaranya gugur syahid, jutaan pelarian yang meninggalkan tanah airnya sendiri berhadapan masalah pengangguran dan cacat anggota.
''Tidak kurang juga anak-anak menjadi yatim kerana kehilangan ibu bapa dan isteri menjadi janda kerana kehilangan suami yang terkorban mempertahankan Palestin dari terus dijajah dan dicabuli. Penderitaan dan kesengsaraan berpanjangan yang ditanggung rakyat Palestin menjadi satu keinsafan bagi umat Islam menghulurkan bantuan.''
Semangat berkobar-kobar rakyat Malaysia untuk membantu rakyat Palestin bukan sekadar omong kosong, dan semalam boleh dianggap 'kemuncak' kepada semangat berkenaan apabila Datuk Seri Najib Tun Razak menjejakkan kaki di bumi Palestin.
Kehadiran beliau ke Gaza bukan sahaja mencatatkan sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama berbuat demikian malahan lebih daripada itu ia mempunyai signifikannya tersendiri.
Ternyata kesibukan dalam membuat pelbagai pertemuan di dalam negara khususnya dengan pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13, sama sekali tidak menjejaskan keprihatinan Perdana Menteri terhadap penderitaan dan kesengsaraan rakyat Palestin.
Oleh itu, Najib mengadakan apa yang dipanggil lawatan kemanusiaan ke Gaza bersama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.
Lawatan ini dikatakan memenuhi jemputan Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh yang pada 11 Disember lalu menyatakan telah menghubungi Najib untuk menjemput Perdana Menteri Malaysia itu berkunjung ke Gaza.
Biar pun lawatan ke bumi Palestin hanya beberapa jam, namun ia cukup bermakna, apatah lagi kunjungan kali ini mendapat perhatian masyarakat dunia termasuk media-media di Israel.
Kehadiran Najib sudah pasti menggembirakan pemimpin dan rakyat Palestin yang sememangnya amat memahami sokongan Malaysia terhadap perjuangan rakyat negara itu yang sedang ditindas oleh rejim Zionis.
Najib Tun Razak bersama Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh (kiri) pada Majlis Sambutan Perdana Menteri di Rafah, semalam.
Sokongan Malaysia kepada Palestin bukan sahaja melalui pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan seperti Aman Palestin dan Aqsa Shariff tetapi oleh kerajaan Malaysia sendiri. Kehadiran Najib akan memperkukuhkan lagi sokongan berkenaan dan sekali gus memberi isyarat kepada dunia khusus umat Islam bahawa Malaysia dulu, kini dan selamanya akan terus bersama perjuangan rakyat Palestin.
Mungkin akan ada pihak tertentu di Malaysia akan memandang sinis lawatan ini dan pasti ada yang akan mendakwa kononnya pemimpin mereka sudah sampai lebih awal berbanding Najib.
Sementara kita mengakui sumbangan mereka, namun kehadiran Perdana Menteri jauh lebih signifikan dan mempunyai makna yang cukup mendalam.
Kalau pihak-pihak berkenaan akan berusaha untuk memperkecilkan lawatan Perdana Menteri maka kita juga berhak mempertegaskan bahawa datang ke Palestin jauh lebih baik berbanding pergi bertemu mana-mana pemimpin kerajaan Syria.
Tidak apalah, sememangnya bagi pihak tertentu apa pun yang dilakukan oleh kerajaan ia tidak akan dipuji namun mereka sama sekali tidak boleh menafikan bahawa lawatan Najib membuktikan bahawa Malaysia komited dalam soal perjuangan rakyat Palestin dan tidak akan mempedulikan apa juga tafsiran pihak lain terhadap komitmen tersebut.
Keprihatinan Najib untuk menjejakkan kaki ke bumi Palestin dan meninjau sendiri nasib rakyat negara itu membuktikan bahawa beliau adalah pemimpin Islam yang 'cakap serupa bikin'.
Beliau tidak berdegar-degar bercakap soal bagaimana perjuangan rakyat Palestin harus terus disokong tetapi bersedia ke negara itu untuk melihat sendiri penderitaan mereka. Melalui cara itu Perdana Menteri percaya beliau akan mendapat gambaran yang lebih jelas berhubung keperluan rakyat bekenaan.
Sebelum ini, rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum dan politik telah menghulurkan pelbagai sumbangan kepada rakyat Palestin.
Kita sudah saksikan bagaimana selepas rakyat Palestin diserang bertubi-tubi oleh rejim Zionis pada November lalu, berpuluh-puluh pihak dari Malaysia 'berlumba-lumba' masuk ke Gaza untuk memberi bantuan kepada rakyat Palestin.
Kekejaman dan keganasan berterusan yang ditunjukkan oleh rejim Zionis sama sekali tidak melunturkan semangat rakyat Malaysia untuk terus membantu rakyat Palestin malahan ia dianggap pembakar semangat kepada mereka.
Oleh itu apabila Najib sendiri sudi melakukan lawatan ke Gaza ia dianggap pembakar semangat dan isyarat kepada masyarakat dunia bahawa seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kerajaan atau tidak, pertubuhan bukan kerajaan mahupun individu, semua bersedia berkorban apa sahaja demi perjuangan rakyat Palestin.
Atas semangat itu jugalah, Najib ketika menyampaikan ucapan ketika menerima ijazah doktor kehormat Universiti Al-Aqsa menawarkan bantuan Malaysia untuk menjayakan pelan damai melibatkan dua pihak di Palestin iaitu Hamas dan Fatah.
Sememangnya tawaran itu penting kerana dalam apa keadaan pun kita harus menerima hakikat bahawa masa depan Palestin sama ada akan terus berada dalam keadaan konflik atau mencapai keamanan segala-galanya bergantung kepada kedua-dua pihak tersebut.
Oleh itu adalah penting jika Malaysia memainkn peranan yang lebih aktif untuk memastikan Hamas dan Fatah atas nama satu ummah menyelesaikan apa juga perbezaan antara mereka.
Nasib lebih 5 juta rakyat Palestin bergantung kepada kedua-dua pertubuhan itu, mana-mana juga negara termasuk Malaysia hanya berupaya untuk menghulurkan bantuan dan sumbangan tetapi penentu kepada usaha mewujudkan sebuah negara Palestin yang merdeka dan bermaruah bergantung kepada pihak-pihak di Palestin sendiri.
Justeru Hamas dan Fatah tidak boleh membiarkan selama-lamanya perbezaan antara mereka menjadi penghalang, Pelan Damai yang kini diusahakan oleh Mesir harus dijayakan.
Dan sebagai penyokong kuat kepada perjuangan suci rakyat Palestin sejak dulu, kini dan selamanya, tawaran Malaysia untuk turut memainkan peranan menjayakan pelan damai berkenaan tidak boleh dipandang sepi.
Apa pun sama ada tawaran Malaysia itu diterima atau tidak, terserahlah kepada pihak-pihak berkenaan untuk menentukannya tetapi apa yang pasti seperti mana kata Najib, semua manusia berhak untuk hidup secara aman, selamat dan bermaruah. Itulah harapan dan doa rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin kerana perpaduan adalah kunci mewujudkan keamanan dan kemakmuran.
Oleh : Zulkiflee Bakar
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tajuk ini boleh dilihat apa yang sedang berlaku, apa yang belum berlaku dan apa yang sudah berlaku.
Jika dianalisa mengikut susunan masa, keadaannya ada yang berat dan juga yang ringan.
Contohnya, dalam ramalan BN menunjukkan ia seperti sudah berlaku , BN anggap mereka akan menang besar di negeri Kedah, dianggap ia sudah di dalam genggaman.
Sebaliknya dalam Pakatan Rakyat pula dalam keadaan belum berlaku, anggap ia masih belum lagi muktamad, tetapi jika Pakatan Rakyat ada kehilangan mana-mana kuasa negeri, yang paling utama adalah negeri Kedah.
Walaupun Pas negeri Kedah dalam keadaan akan berlaku, mirip dan condong kepada sedang berlaku, walaupun masih belum lagi rasa kecewa akan hadapi pasti kalah, dan mereka juga semakin rasa dan akui telah kehilangan sokongan dari rakyat, dimana kuasa mereka kini sedang dalam keadaan terhakis.
Sebab itu ramai orang akan tertanya-tanya, sedangkan Pakatan Rakyat dan Pas sudah tahu keadaan sebenar yang tidak memihak kepada mereka, kenapa mahu pergi gali kubur lagi untuk diri sendiri, cipta pelbagai isu yang membuat orang ramai semakin marah, contohnya kenapa mereka kemukakan dan menyekat aktiviti-aktiviti hiburan Perayaan Tahun Baru Cina di negeri Kedah?
Adakah Pas negeri Kedah tidak tahu ia hanya akan menyinggung perasaan orang Cina, dan juga telah menaikkan kemarahan orang-orang Cina di seluruh negara?
Ramai orang tidak faham cara dan pemikiran kerajaan negeri Pas negeri Kedah
Saya kemukakan 3 sebab:
Yang pertama, pola pusat parti ini memikirkan nilai-nilai agama Islam sahaja, condong kepada keagamaan, apabila mereka dapat kuasa memerintah, semuanya perlu ikut cara dan peraturan polisi keagamaan, ini dikatakan tanggungjawab agama, sama dengan maksud jalankan tugas-tugas yang maha Esa.
Sistem pengIslaman boleh dilakukan secara perlahan-lahan, ia juga boleh dipercepatkan, tetapi kena lihat sama ada ia boleh dilakukan ataupun tidak, jika tidak boleh dilakukan, ia hanya akan merosakkan agama dan akan merosakkan peluang memerintah kerajaan yang amat payah diperolehi ini.
Yang kedua, antara kepimpinan Pas, ada puak konservatif dan ada juga puak amali; Menteri Besar Kedah Azizan tidak juga dianggap puak konservatif, boleh dikatakan beliau berdiri di tengah-tangah antara puak, beliau boleh ke kanan dan boleh ke kiri.
Apabila dalaman parti ataupun grass-root parti beri tekanan, mahu beliau laksanakan undang-undang Islam, pada beliau itu bukan masalah, tetapi beliau terpaksa terima tekanan dari orang-orang bukan muslim dan Pakatan Rakyat supaya jangan laksanakan polisi Islam.
Azizan mahu tenteramkan puak kanan dan puak kiri, sebab itu beliau cuba perlambatkan dan buat sedikit-demi sedikit, bermulanya dari isu robohkan pusat penyembelihan khinzir, larangan pusat hiburan beroperasi di bulan Ramadhan, lakukan sekatan kepada pusat-pusat hiburan, sehingga sekat aktiviti hiburan untuk kaum wanita di tahun baru Cina, itu semua menunjukkan beliau lakukannya satu persatu, bukan beliau tidak lakukan, tetapi beliau buat sedikit demi sedikit.
Yang ketiga, orang-orang bukan Melayu di negeri Kedah hanya 25 peratus (15 peratus orang Cina) tidak lah begitu banyak; Pas negeri Kedah amat memahaminya, dalam perlaksanaan beberapa peratuan Islam mereka sudah kehilangan sokongan dari kaum Cina, ditambah pula dengan kemelesetan ekonomi di negeri itu serta kuota perumahan Bumiputera dan lain-lain masalah, mereka telah menakutkan pengundi-pengundi kaum Cina; kini sudah pun terjadi begitu, sebab itu beliau teruskan sahaja agenda Islamnya.
Masalahnya Pas telah kehilangan sokongan orang-orang bukan Islam, pada masa yang sama masyarakat tidak puas hati terhadap prestasi kerajaan negeri.
Selepas Pas memerintah, aktitivi ekonomi negeri kelihatan dingin, Bandar utama seperti Alor Setar, Sungai Petani, Kulim sehingga ke Pulau Langkawi, keadaan Bandar-bandar ini sudah tidak meriah seperti dulu.
Kerajaan negeri kurang pakar-pakar pengurusan kewangan, tidak mampu membuat perancangan, tidak mampu tarik pelabur asing, mereka selaraskan 50 peratus kuota perumahan Bumiputera, menyebabkan pembinaan perumahan terhenti, pemaju tidak sanggup melabur, industri hiliran yang berkaitan juga terancam, sedangkan sub-kontraktor juga hadapi banyak masalah.
Keadaan seperti ini berlaku, menyebabkan peniaga peniaga Melayu dan golongan pertengahan tidak puas hati terhadap kerajaan negeri.
Perkembangan ekonomi akan datang, pastinya kutipan duit kerajaan negeri akan semakin berkurangan, sudah tentu mereka tidak akan dapat laksanakan polisi kebajikan, menyebabkan orang-orang Melayu golongan berpendapatan rendah dan sederhana kecewa terhadap Pas.
Azizan cuba rapat kepada perlaksanaan polisi Islam, cuba dapatkan kembali tiket-tiket sokongan undi dari kalangan orang-orang Melayu, kelihatan ia tidak dapat membantu; sebaliknya orang-orang Cina di seluruh negara menjerit, Pakatan Rakyat pula menggelabah, apabila parti pusat campur tangan, beliau tarik balik kenyataan, bagi beliau ini buat kali kedua beliau terima padahnya.
ADUH PECAH RAHSIAKU, KENA MINTA AZMIN BUAT SESUATU NE
ANWAR IBRAHIM mula merosakkan politik aman negeri Sabah apabila dia menjejakkan kakinya di Kota Kinabalu pada tahun 1986. Ketika itu dia Ketua Pemuda UMNO. Anwar menyokong usaha-usaha menjatuhkan Tun Datu Mustapha melalui beberapa proksi pemimpin pemuda USNO.
Walaupun usaha tersebut gagal selepas Tun Datu Mustapha mengambil tindakan pantas memecat pembelot-pembelot USNO.
Sikap mereka ini tidak pernah berubah, selepas USNO dimatikan, UMNO masuk ke Sabah dan mereka ini sangat gembira. Apabila Anwar Ibrahim menjadi TPM dan Menteri Kewangan, Anwar menyusun semua orang-orangnya dalam kedudukan UMNO Sabah.
Semua Ketua-Ketua Bahagian UMNO yang pro Tun Datu Mustapha, yang pro Tun Ghafar Baba, yang pro Pak Lah semuanya dimatikan dengan cara memberi seberapa banyak wang kepada proksinya dan kalahkan sesiapa yang tidak menyokong Anwar. Cara-cara Anwar sunguh-sungguh seperti Komunis.
Benar kata Datuk Salleh Tun Said, kamu Anwar jangan bersandiwara. Cerita perkara sebenar pasal IC Sabah.
Pada tahun 1995, apabila ramai orang-orang Anwar yang sedang memegang jawatan Ketua Bahagian hendak dilawan, Anwar menggunakan apa saja cara untuk mengalahkan mereka. Anwar bukan sahaja memberi wang tunai, tetapi Lot-Lot Saham yang boleh ditukar di bank-bank Bumiputera. Ramai Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian yang pro-Anwar kaya mendadak!
Satu contoh, Anwar telah menggunakan kuasanya untuk mengarahkan pihak keselamatan supaya menangkap individu-individu yang kononnya terlibat dalam projek IC. Inilah manusia yang paling Hikpokrit! Dia menyuruh orang itu mengatur IC Projek, kemudian dia mengarahkan pihak polis menangkap orang itu semula. Tujuannya supaya orang itu tidak menang Ketua Bahagian, kerana jika dia menang dia akan mencalonkan Tun Ghafar Baba bukannya Anwar Ibrahim. Busuk kan hati Anwar Ibrahim.
Anwar menyuruh semua orang supaya Kalahkah PBS, tumbangkan Pairin dengan apa cara sekalipun! Kamu tahu apa itu 'apa cara sekalipun'?
Dia ingat dia Tuhan di dunia ini boleh membodohkan semua orang, kalau Allah SWT kata Kun Fayakun maka tidak jadilah kamu sebagai Perdana Menteri, walaupun kaki kiri kamu sudah menjadi Perdana Menteri.
Wahai Anwar Ibrahim, ketika kamu berkuasa kamu memiliki ladang kelapa sawit yang luas di Sandakan, ketika kamu melawat ladang-ladang kelapa sawit kamu di Sandakan, siapakah pekerja-pekerja ladang kelapa sawit kamu? Adakah pekerja tempatan Sabahan KadazanDusunMurut (KDM) atau PATI!
Kamu tahu bapa Yong Teck Lee bukanlah orang Sabah tetapi dari negara China. Bapa Yong Teck Lee (Yong Lok @Yong Luk) datang ke Sabah membuka Workshop di Lahad Datu. Kamu yang melantik Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri (itulah maksud Datuk Salleh Tun Said yang kamu sangat berkuasa ketika itu), supaya kamu boleh mengumpul harta kekayaan di Sabah bukan. Tidaklah hairan jika Yong Teck Lee membuntuti kamu sekarang!
Dan, kamu juga pernah berenjoy dengan seorang artis Wanita Sabah bukan? Berlumba-lumbaan dengannya bukan. Memanglah kamu sangat suka kepada wanita-wanita cantik, seksi dan menawan.
Husam Musa, siapa yang tak kenal dengan pakar ekonomi merangkap pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan Dan Kebajikan Negeri Kelantan? Kemarin, Pakar Ekonomi ini sekali lagi meletakkan batu asas dengan mendakwa Kerajaan PAS Kelantan telah menemui satu rizab minyak dalam jumlah yang besar di Kota Bharu.
Syukur jika benar apa yang didakwa kerana Kelantan juga sebuah negeri di bawah Malaysia. Kejayaan Kelantan adalah kejayaan negara juga bukan? Namun, dakwaan yang tidak konkrit sebegini pasti menimbulkan banyak tanda tanya. Apa buktinya?KB itu besar, dimana kah lokasinya? berapa kah keluasannya? dan banyak lagi perkara yang menjadi persoalan.
"Bila orang kata pilihan raya bulan 3, Pas Kelantan umum nak buat Stadium islam"
"Bila orang kata pilihan raya bulan 6, Husam umum nak bina lebuh raya prepaid"
"Bila orang kata pilihan raya bulan 11, Husam umum pula nak bullet train"
"Bila dekat-dekat nak bubar parlimen, Husam umum penemuan minyak di KB"
Dakwaan penemuan minyak oleh Husam Musa sekali lagi menjadi bahan jenaka di Laman Media Sosial. Ini berlaku kerana telah banyak projek mega yang terkadang tidak masuk akal di rancang oleh Pakar Ekonomi Negeri Kelantan ini. Projek yang di rancang sekadar menjadi batu asas tanpa sebarang perkembangan. batu asas sekadar untuk menarik undi rakyat kelantan yang semakin muak dengan kepimpinan PAS Kelantan.
Rakyat sudah lali dengan taktik lama seperti ini, melainkan penyokong-penyokong taksub pasti akan menerima bulat-bulat meskipun beratus kali di hidangkan dengan kata-kata manis pemimpin maksum mereka.
#PRU-13, PAS sudah bersiap sedia menaiki roket menuju ke Bulan! Selamat Tinggal PAS!
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya semalam, menafikan lawatan kemanusian beliau ke Gaza kelmarin adalah cubaan untuk masuk campur tangan Palestin. Lebih dari itu, Najib telah pun menghubungi Presiden Palestin, Mahmod Abbas untuk memaklumkan kehadiran beliau di Gaza sebelum itu.
Justeru tidak timbul persoalan bahawa Mahmod rasa terhina dengan lawatan tersebut kerana Najib sudah memaklumkan beliau terlebih dahulu. Najib bukan bodoh.
Kenyataan ini adalah bagi membalas kritikan pembangkang yang tercabar dengan lawatan Najib ke Gaza. Maklumlah, pemimpin-pemimpin pembangkang hanya berani bercakap dan berdemo dalam negara kononnya untuk membela rakyat Palestin di Gaza, sedangkan Najib masuk sendiri ke Gaza untuk melihat keadaan disitu dan menghulurkan bantuan.
Penulis ambil inisiatif untuk siasat pihak mana yang sebar berita kata Mahmod marah Najib masuk Gaza sedangkan Mahmod telah dimaklumkan terlebih dahulu oleh Najib berhubung kunjungannya itu.
Rupanya yang pertama melaporkan berita ini adalah akhbar Israel, The Times of Israel dalam ruangan Israel & The Region, yang kemudian berebut-rebut dikutip puak pembangkang ini.
Nampak tak terdesak tak terdesak puak-puak ini. Punyalah rasa tercabar dengan kunjungan Najib sehinggakan berita dari akhbar Israel pun dikutipnya untuk dijadikan bukti. Sudahlah tu, sumber rujukan bukan dari Pejabat Mahmod sendiri, sebaliknya entah dari siapa pun tak dinyatakan.
Cakap pasal sumber rujukan ini juga, setelah penulis lihat di blog-blog pembangkang ini, bercampur-campur. Macam-macam pihak yang dikatakan keluarkan kenyataan itu, tapi semuanya bukan dari pejabat Mahmod Abbas sendiri.
Sudah tentu Israel tidak senang dengan kunjungan pemimpin dari Malaysia kerana sekutu mereka, Anwar Ibrahim ada sini. Anwar janji nak lindungi keselamatan Israel, datang Najib, buat lawatan kemanusiaan ke Gaza pulak, sakit hatilah mereka.
Maka itu berita itu ditulis sedemikian rupa oleh akhbar Israel, mengikut telunjuk Anwar yang punya rangkaian pro Yahudi yang hebat di Amerika Syarikat dan Israel sendiri.
Inilah dia berita yang kemudian dikutip blogger pro Pakatan untuk menghina dan merendahkan lawatan Najib. Part gebang tak hengat ini serah saja pada mereka.
1. Dengarilah perbezaan diantara Amanat Haji Hadi dan Amanat Nabi serta fikir-fikirkanlah mana yang benar dan mana yang salah.
2. Jika demikian besar sungguh dosa Hj Hadi kerana amanatnya itu memesongkan akidah umat Islam. Kerana amanatnya tregedi Memali mencatat sejarah hitam. Justeru Hj Hadi mesti bertaubat dan menarik balik Amanatnya itu. Jangan kita biarkan agama dipesongkan untuk kepentingan politik. Memang agama suku dan politik itu suku, melainkan bagi mereka yang 'tiga-suku'. (Klik Sini) Benarlah Pas memperalatkan agama demi kepentingan politik dan kuasa. (Klik Sini)
Dengar! Dengar! Dengar! Bagaimana Pakatan memainkan kata-kata mereka
dan menipu orang Islam terutamanya penyokong Pas
1. Pakatan Rakyat (Haram) adalah satu gabungan parti-parti pembangkang yang sangat rapuh bahkan masih tidak didaftarkan sebagai sebuah parti-parti gabungan. Hasrat dan cita-citanya berbeza-beza bahkan tidak langsung selaras dan bertentangan antara satu sama lain. Bagaimanakah mereka mungkin bersatu?
2. Bukanlah hasrat mereka sebenarnya untuk jadi pemerintah di Putrajaya, bahkan mereka sendiri tidak yakin akan sampai kesana. Hasrat mereka hanya sedikit, untuk mendapatkan kuasa sebanyak mungkin dengan menjadi wakil rakyat dan lebih besar lagi adalah untuk memberikan tekanan kepada kerajaan bagi mengagalkan segala hasrat dan cita-cita kerajaan memajukan rakyat dan negara.
3. Dalam isu Kalimah Allah sudah kita lihat perbezaan diantara mereka. Hanya Pas yang nampaknya ingin perjuangkan Islam, itu pun bukan dengan ikhlas. Sebagaimana yang dinyatakan bahawa Pas sudah bersetuju bersama-sama Pakatan membenarkan penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam, namun demi mendapat sokongan penyokongnya maka Nik Aziz kononnya telah mengadakan menyuarat "Majlis Syura' dan memutuskan penggunaan Kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.
4. Namun dalam mesyuarat Presiden Pakatan, Presiden Pas sekali lagi bertegas bahawa Pas tetap komited dengan keputusan asal bahawa membenarkan penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam. Jadi siapa yang tertipu sebenarnya? Siapa yang pergunakan Islam dan perbodohkan orang Islam sebenarnya?
5. Di hari Sambutan Maulidul Rasul ini, kita harap para pemimpin Pas bersihkan jiwa mereka dan melakukan sesuatu yang benar-benar mengikut kehendak Islam. Salah satu bakti pemimpin Pas dan Pakatan Haramjadah terhadap penyokong dan rakyat hanyalah; (Klik Sini) (Klik Sini) (Klik Sini) (Klik Sini)
Anwar bukanlah lawan PM Najib atau pun Tun M. Anwar bukanlah suatu ancaman kepada masa depan UMNO. Dan Anwar sama sekali bukan ancaman yang boleh menyebabkan BN kalah dalam PRU13.
Sebenarnya, Anwar adalah ancaman terbesar kepada seluruh UMAT ISLAM, NEGARA MALAYSIA DAN SELURUH RAKYATNYA.
Ancaman yang dimaksudkan ialah Pendekatan politik Anwar tidak cocok atau "diluar tabie" sosio-budaya rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan berbilang kepercayaan.
Tidak ada satu pun pendekatan politik Anwar yang boleh menyebabkan rakyat berbilang kaum di negara ini boleh hidup rukun, melainkan masing-masing kaum akan saling tuntut menuntut hak di antara mereka.
Tiada satu pun pendekatan politik yang dibawa Anwar yang boleh dijadikan amalan yang boleh menyebabkan rakyat yang mempunyai pelbagai anutan kepercayaan akan menjadi saling bertoleransi, melainkan setiap penganut agama ini akan "saling meragui" di antara satu sama lain.
Politik "cara Anwar" boleh mendatangkan bahaya kepada amalan demokrasi di negara ini kerana sejak beliau tidak lagi bersama parti pemerintah, amalan dan etika berpolitik secara demokratik sebenar tidak lagi menjadi anutan parti-parti pembangkang. Parti pembangkang lebih cenderung untuk mengamalkan demokrasi "kebencian", demokrasi "ala-perang saudara" dan demokrasi "dendam kesumat".
Amalan demokrasi sudah tercemar teruk sejak "etika politik" di dalam budaya demokrasi tidak lagi menjadi pegangan pakatan pembangkang hasil dari pengaruh "politik luar tabie" Anwar yang berjaya mencengkam pemikiran kalangan pemimpin pembangkang.
Hari ini, politik luar tabie yang dibawa oleh Anwar sudah beransur memberikan implikasi tahap "merbahaya" kepada sistem budaya kehidupan rakyat Malaysia.
Politik Malaysia yang sentiasa terkawal, aman dan harmoni selama ini bukan tercipta dengan sendiri. Ia tercipta kerana selama ini negara Malaysia mengamalkan "demokrasi berpantang", iaitu demokrasi yang mengamalkan "diet-diet tertentu" bagi mengelakkan rukun hidup rakyat yang berbilang kaum dan agama rosak binasa dan terdedah kepada kekacauan kaum dan agama.
Pengamal demokrasi di negara ini dilarang sama sekali menyentuh perkara-perkara yang telah digazetkan sebagai perkara-perkara sensitif. Perkara sensitif yang dimaksudkan ialah soal-soal yang menyentuh sensitiviti agama dan keharmonian kaum.
Pengamal-pengamal politik dilarang keras mempergunakan isu kaum dan agama bagi tujuan politik bagi mengelak dan membendung kemungkinan berlakunya pergaduhan yang melibatkan kaum dan agama.
"Cara nan pendekatan politik" Anwar telah merobah kelaziman demokrasi berpantang yang terbukti telah menyebabkan rakyat negara ini hidup harmoni di dalam toleransi.
Anwar mengapi-apikan setiap kaum supaya menuntut hak mereka.
Anwar mengapi-apikan semua rakyat marhaen bangkit menuntut hak mereka.
Anwar mengapikan supaya pengundi-pengundi jangan percaya SPR.
Anwar mengapi-apikan supaya rakyat jangan percaya hakim, walaupun beliau banyak kali menang di mahkamah.
Anwar mengapikan supaya rakyat tuntut pendidikan percuma.
Anwar apikan rakyat supaya percaya bahawa pemimpin kerajaan rompak harta rakyat.
Anwar wujudkan pelbagai "dokumen palsu" sebagai bahan untuk wujudkan perasaan curiga rakyat kepada pemimpin agar rakyat percaya pemimpin kerajaan hidup rasuah dan bermewah-mewah.
Anwar cipta suasana tuntut menuntut hak dalam agama hingga puak kafir sendiri menuntut nama Allah yang menjadi milik mutlak penganut Islam dijadikan nama bersama semua agama.
Dalam majlis hindu Anwar menyanyi dan menari mengikut tarian dan nyanyian agama mereka.
Dalam majlis kristian Anwar accomodative dengan kepercayaan trinity hingga sanggup menjadi pelopor kepada gerakan pluralisma.
Dalam masyarakat perniagaan Anwar wujudkan sifat mecemburui kekayaan bangsa lain, terutama korporat melayu dengan melabel korporat berjaya ini kroni pemimpin.
Kerja Anwar hanya menjadi penyimbah minyak dan api di dalam komuniti masyarakat.
Demokrasi Anwar adalah demokrasi perbalahan dan kebencian. Tidak mungkin amalan demokrasi Anwar ini mampu mengatasi outcome "demokrasi berpantang" tajaan Barisan Nasional.
LGE, LKS dan Karpal DAP memang semua sudah maklum mereka bukan penganut Islam. Dalam hati mereka tiada sebesar zarah pun "kalimah Lailahaillallah".
Menurut Islam yang kita berpegang dengannya, mereka-mereka yang tiada kalimah Allah dalam hatinya akan kekal kediamannya di Neraka Darul Jahim buat selama-lamanya.
Di dalam hati Hadi, Mat Sabu, waima Anwar dan Khalid Samad yang bersetuju Kalimah Allah digunakan "secara yang hak" oleh umat Islam dan digunakan juga "secara menyeleweng dan syirik" oleh penganut kitab Bible, pula ada kalimah Allah hasil dari pengakuan yang dibuat bahawa "Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah".
Di dalam hati saya dan rakan-rakan UMNO yang lain kecuali sekelompk dari ahli UMNO yang terdapat di Sabah, juga wujud kalimah yang sama "sebiji" sepertimana kalimah Allah yang ada dalam diri Hadi, Mat Sabu, Anwar dan Khalid Samad.
Kalimah ini adalah kalimah kejayaan. Kalimah ini adalah nikmat teragung yang dianugerahkan oleh Allah yang Esa kepada hamba-hambaNya yang terpilih.
Kalimah ini sangat agung dan mulia. Jika diandaikan kalimah ini tidak wujud lagi di dalam hati sesiapa pun di dunia ini, nescaya dunia ini akan hancur lebur.
Jika ditimbang pula kalimah ini di sebelah dacing dan seluruh alam ini dan seisi-isinya diletakkan di sebelah dacing lagi nescaya kalimah teragung ini lebih berat.
Barangsiapa yang dapat menyebut kalimah Allah ini di akhir kalam sebelum nyawa melayang, nescaya wajib baginya syurga.
Jika di dalam hati hamba-hambaNYa hanya terdapat kalimah yang bernilai sebesar zarah pun, nescaya disebabkan keagungan kalimah ini, maka mereka pasti akan dimasukkan juga akhirnya ke syurga, selepas menerima hukuman di Neraka Darul Jahim.
Golongan inilah kelompok terakhir yang akan diangkat dari neraka dan dipindahkan ke syurga. Kelebihan ini dikurniakan oleh Allah walaupun "tiada sebesar zarah pun" kebaikan yang pernah dilakukan oleh kelompok ini sepanjang kehidupan mereka semasa di dunia, adalah semata-mata disebabkan oleh kemuliaan kalimah ini.
Itulah kehebatan dan keagungan Kalimah Allah yang cuba "digadaikan", "disyirikkan" dan "dipluralkan" penggunaanNya oleh mereka-mereka yang memandang "kuasa politik dan undi" lebih "mulia dan agung" dari keagungan Kalimah Toiyibbah ini.
Mereka inilah yang disebut oleh Allah yang Esa, "golongan yang menggadaikan agama demi keuntungan dunia yang sedikit".
Perlu diingat, Allah swt telah membuat perbandingan bahawa "dunia kekuasaan yang dikemarukkan oleh para penggadai kalimahNya ini hanyalah bernilai sebesar nyamuk yang patah sayap di sisi Allah".
Tetapi, atas sifat kasih dan sayang Allah, mereka-mereka yang meggadaikan agama dan nama Allah demi mendapat "habuan kuasa dan undi dunia yang sedikit" ini tetap akan diberi nikmat syurga juga akhirnya oleh Allah yang Esa.
Allah beri "advantage" kepada hambaNya yang menzalimi diri hanya kerana "kalimah agung" yang ada dalam diri mereka, walaupun mungkin hanya sebesar zarah.
Tapi malangnya, puak-puak gila kuasa ini terlalu berani "take advantage" di atas sifat pengasih dan penyayang Allah.
Ok..ok..kami mengaku tajuk di atas adalah bertujuan untuk komersial sahaja...hehehe..
Tapi kami pasti, peminat-peminat Tizz sendiri mengakui kehebatan pelakon genit bila beraksi di depan kamera. Dengan linangan air matanya, gaya percakapannya memang menusuk ke kalbu.
Tizz juga meminati bidang fotografi. Beliau banyak berkongsi gambar-gambar peribadinya di akaun Instagram. Aksi-aksinya yang bersahaja, menggoda, mahu tidur, hinggakan aksi bersama botol air mineral juga dikongsi untuk peminat-peminatnya.
Sengaja kami kongsikan gambar-gambar beliau yang cukup berbakat besar bersama pembaca setia blog ini. Gambar-gambar ini kami kutip dari akaun Instagram beliau.
Oh yaa...tajuk awal tadi kami katakan aksi ghairah Tizz Zaqyah bukan? Bagaimana pula dengan aksi dibawah? Ada sikit ghairah ka? (Amaran: Jika anda ada sakit jantung, jangan lihat foto dibawah...)
[Ads: When will you consider yourself "rich"? And how will you achieve it? Double your Gold Investment with KFH online. Find out how! Click HERE]
Selain daripada fenomena Monsoon yang didakwa menjadi penyebab banjir besar di Jakarta, Forum Umat Islam (FUI) mempunyai pendapat tersendiri mengapa ianya berlaku.
FUI mendakwa patung separuh bogel yang berada di Istana Negara adalah salah satu penyebab berlakunya banjir besar di ibukota Indonesia itu. Menurut FUI lagi, bencana yang melanda Jakarta adalah bala dari Allah S.W.T akibat dari maksiat yang berleluasa di kota metropolitan itu dan patung itu adalah salah contoh daripadanya.
"Dari sudut pandangan Islam, patung itu sahaja sudah mengurangkan keberkatan untuk bangsa Indonesia. Kalau malaikat pun tidak mahu masuk ke dalam Istana Presiden, bagaimana negara kita mahu diberkati oleh Allah?" kata salah seorang koordinator FUI Bernard Abdul Jabbar seperti yang dikutip dari merdeka.com.
Bernard meminta para pemimpin negara ini agar lebih mendekati Allah.
"Telah banyak kerosakan yang berlaku di muka bumi ini kerana tangan-tangan manusia. Pemimpin-pemimpin seperti ini harus bertaubar," tegasnya lagi.
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya semalam, menafikan lawatan kemanusian beliau ke Gaza kelmarin adalah cubaan untuk masuk campur tangan Palestin. Lebih dari itu, Najib telah pun menghubungi Presiden Palestin, Mahmod Abbas untuk memaklumkan kehadiran beliau di Gaza sebelum itu.
Justeru tidak timbul persoalan bahawa Mahmod rasa terhina dengan lawatan tersebut kerana Najib sudah memaklumkan beliau terlebih dahulu. Najib bukan bodoh.
Kenyataan ini adalah bagi membalas kritikan pembangkang yang tercabar dengan lawatan Najib ke Gaza. Maklumlah, pemimpin-pemimpin pembangkang hanya berani bercakap dan berdemo dalam negara kononnya untuk membela rakyat Palestin di Gaza, sedangkan Najib masuk sendiri ke Gaza untuk melihat keadaan disitu dan menghulurkan bantuan.
Penulis ambil inisiatif untuk siasat pihak mana yang sebar berita kata Mahmod marah Najib masuk Gaza sedangkan Mahmod telah dimaklumkan terlebih dahulu oleh Najib berhubung kunjungannya itu.
Rupanya yang pertama melaporkan berita ini adalah akhabr Israel, The Times of Israel dalam ruangan Israel & The Region, yang kemudian berebut-rebut dikutip puak pembangkang ini.
Nampak tak terdesak tak terdesak puak-puak ini. Punyalah rasa tercabar dengan kunjungan Najib sehinggakan berita dari akhbar Israel pun dikutipnya untuk dijadikan bukti. Sudahlah tu, sumber rujukan bukan dari Pejabat Mahmod sendiri, sebaliknya entah dari siapa pun tak dinyatakan.
Cakap pasal sumber rujukan ini juga, setelah penulis lihat di blog-blog pembangkang ini, bercampur-campur. Macam-macam pihak yang dikatakan keluarkan kenyataan itu, tapi semuanya bukan dari pejabat Mahmod Abbas sendiri.
Sudah tentu Israel tidak senang dengan kunjungan pemimpin dari Malaysia kerana sekutu mereka, Anwar Ibrahim ada sini. Anwar janji nak lindungi keselamatan Israel, datang Najib, buat lawatan kemanusiaan ke Gaza pulak, sakit hatilah mereka.
Maka itu berita itu ditulis sedemikian rupa oleh akhbar Israel, mengikut telunjuk Anwar yang punya rangkaian pro Yahudi yang hebat di Amerika Syarikat dan Israel sendiri.
Inilah dia berita yang kemudian dikutip blogger pro Pakatan untuk menghina dan merendahkan lawatan Najib. Part gebang tak hengat ini serah saja pada mereka.
Ahli panel forum (dari kanan) Hasan, Mohd Syamsul dan Shabudin
BUKIT MERTAJAM - Orang Islam yang menyokong penggunaan kalimah ALLAH untuk penganut agama lain sama ada dalam Bible versi Bahasa Melayu atau menggantikannya dengan nama tuhan dianggap perbuatan syirik.
Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Hasan Ali berkata, ketetapan itu diputuskan oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Harun Din sejak dua tahun lalu dan pendiriannya itu konsisten sehingga hari ini.
Beliau berkata, sebagai seorang ulama dan pemimpin kanan atau orang nombor dua parti Islam itu, Haron membuat fatwa itu berdasarkan kajian mendalam dari pelbagai kitab dan kajian mendalam dari pelbagai sudut.
"Jadi sepatutnya pemimpin dan ahli Pas lain akur dengan keputusan. Kenapa masih ada yang mahu mempertikaikannya kerana ia turut dipersertujui oleh Majlis Syura Pas.
"Jadi saya serahkan kepada anda semua untuk membuat penilaian sendiri mengenai pendirian pemimpin tertentu dari Pas dan PKR yang masih enggan menerima keputusan itu," katanya kepada media selepas menyertai forum sempena Maulidur Rasul di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Bandar Perda di sini, hari ini.
Menurutnya, tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PR masih berkeras dan mempertahankan keputusan mesyuarat majlis Pimpinan PR 8 Januari lalu amat dikesalkannya walaupun Majlis Syura Pas menyatakan sebaliknya selepas itu.
"Adakah ini pemimpin yang mahu dianggat sebagai ketua. Jika isu kalimah ALLAH pun tidak mampu ditangani dan diperjelaskan kepada rakan PR lain, inikan pula nak mentadbir negara.
"Adakah kita mahu memberi sokongan kepada pemimpin yang mengamalkan pluralisme agama dan LBGT (lesbian, biseksual, gay dan transeksual) untuk memerintah Malaysia," katanya.
Menurutnya, media luar sudah mengangkat Anwar sebagai "penghulu" untuk menjayakan agenda pluralisme dan LGBT di negara ini dan maklumat mengenai sudah tersebar luar di merata tempat.
Sehubungan itu, rakyat negara ini perlu menolak fahaman ini dan pengamalnya agar akidah umat Islam tidak terus terpesong dengan amalan karut dan dimurkai ALLAH.
"Kita kena tentang habis-habisan dakyah jahat ini. Kita kena fikir nasib anak cucu kita pada masa akan datang. Jika kita lalai, maka masa depan mereka akan dipenuhi dengan gejala yang menyimopang jauh dari ajaran Islam," katanya.
JOHOR BAHRU – "Biarpun dia telah lakukan pelbagai perbuatan buruk, namun naluri keibuan saya tetap menerimanya sebagai anak," luah penjaga kepada gadis terlanjur yang pernah dipaparkan Sinar Harian, 29 Disember lalu.
Mariam, bukan nama sebenar, 47, adalah ibu saudara kepada Mira, 20, (bukan nama sebenar) iaitu gadis terjerat cinta teman lelaki yang diperlakukan kejam hingga melahirkan anak tidak sah taraf 19 November lalu.
"Saya menjaganya seperti anak sendiri bersama adik-beradiknya yang lain sebaik mereka keluar dari rumah ibunya (kakak saya) selepas kematian ayah di Perak.
"Biarpun Mira pernah guriskan hati dengan mengatakan saya menderanya sehingga bertindak keluar rumah, namun sempena sambutan Maulidur Rasul ini, saya harap ia membuka lebaran demi kebaikan bersama.
"Saya memahami anak gadis sepertinya yang inginkan kebebasan dan kasih sayang apatah lagi datang dari keluarga yang berpecah," katanya.
Menurut Mariam, Mira anak ketiga dari lima beradik itu sememangnya bermasalah sejak kecil dan mula hilang arah apabila kematian bapanya ketika berusia 9 tahun.
Dia dipulangkan kepada ibunya yang telah bercerai beberapa tahun sebelum itu.
"Setelah sekian lama dijaga bapanya, kemungkinan tidak ada keserasian bersama ibunya penyebab Mira dan adik-beradik lain memilih untuk tinggal bersama saya, bagaimanapun ia hanya mampu bertahan selama setahun.
"Kami tinggal di rumah yang kecil bersama lima anak saya dan semua mereka berikan tunjuk ajar sebaiknya.
"Namun gelodak perasaan remaja, Mira lari dari rumah dan kemudiannya saya dimaklumkan dia melahirkan seorang bayi. Dia kini ditempatkan di rumah perlindungan dan akan dibebaskan tidak lama lagi," katanya.
Mariam turut akui memahami perasaan ibu Mira, Hamidah (bukan nama sebenar) yang cuba untuk mendidik anaknya dengan membelanjakan wang simpanan untuk menghantar Mira melanjutkan pelajaran.
"Sebagai ibu, dia sudah lakukan terbaik dan kemungkinan serik akan sikap anak-anak yang telah lama terpisah.
"Saya boleh terima Mira dan anaknya, jika dia benarbenar berubah," katanya.
Sementara itu, Hamidah turut mengakui belum bersedia memaafkan anaknya namun tidak keberatan untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku sebelum ini.
Kisah Mira didera teman lelaki yang memaksa dirinya menggugurkan kandungan dengan menelan pil serta diugut menjual bayi mereka mendapat perhatian ahli keluarga.
"Apabila saya enggan melayan nafsu seksnya, saya akan dipukul, disepak, diterajang, diseret hingga mengakibatkan tubuh badan saya lebam dan berdarah.
"Saya dikurung di rumah ibu bapa (teman lelaki) selama beberapa bulan, biarpun beberapa kali cuba meloloskan diri namun tidak berjaya dan akhirnya diusir ketika sarat mengandung 9 bulan," katanya.
AMPANG - Sepasang kekasih yang sudah bertunang sejak dua tahun lalu termasuk seorang gadis dicekup berkhalwat di sebuah apartmen di Taman Mulia Jaya di sini, awal pagi semalam.
Wanita berusia 24 tahun yang juga setiausaha di sebuah syarikat ditahan bersama kekasihnya dalam serbuan yang dijalankan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, kira-kira jam 2 pagi.
Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, lelaki berusia 28 tahun itu memberi alasan baru singgah di rumah tunangnya itu untuk menghantar barang.
"Lelaki yang bekerja di sebuah syarikat automobil itu juga memberi alasan terpaksa menyewa bilik di rumah itu kerana sukar untuk mencari rumah atau bilik sewa berhampiran dengan tempat kerjanya," katanya.
Ahmad Nawi berkata, penguat kuasa menjalankan serbuan selepas menerima aduan daripada orang awam.
Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang wanita berpakaian lengkap membuka pintu.
"Kami menunggu hampir sepuluh minit sebelum wanita berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.
"Sebaik memasuki rumah berkenaan, seorang lelaki berpakaian lengkap berseluar pendek keluar ke ruang tamu daripada salah sebuah bilik di rumah berkenaan," katanya.
Katanya, pemeriksaan lanjut di rumah itu turut menemui seorang wanita berusia 21 tahun yang dipercayai rakan kepada teman wanita lelaki berkenaan di sebuah bilik.
"Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Balai Daerah Ampang untuk dibuat laporan tangkapan sebelum siasatan lanjut," katanya.
Katanya, operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
"Kesemua mereka juga dikehendaki hadir mengikuti sesi kaunseling yang dikendalikan Masjid Al-Azim mengikut tarikh yang ditetapkan," katanya.
Drama yang telah menambat hati ramai penonton. Lakonan mantap Fizz Fairuz(Aidil), Tiq Zaqyah(Nur Amina) dan Remy Ishak(Adam).
Drama siri ini telah ditonton oleh 3.9juta penonton setiap minggu.
Video bloopers Nur Kasih Extra Blooper ini telah dimuat naik ke Youtube pada tahun 2011 namun agak berbaloi untuk mengimbau kembali kenangan drama yang cukup popular ini.!
PETALING JAYA: Ketika tindakan penyanyi dan pelakon Awie membuka kelab malam di Ipoh, Perak dipertikaikan segelintir pihak, vokalis kumpulan Wings itu sebenarnya sudah merancang untuk memperluaskan lagi perniagaannya dengan membuka tiga lagi cawangan baharu.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 45, berkata, dia tidak akan mengendahkan kritikan orang sebaliknya mahu mengembangkan kelab malam berkenaan yang dikenali sebagai Malai Rock Station Bistro masing-masing di Kuala Lumpur, Johor dan Kuantan, Pahang tidak lama lagi.
"Jangan melihat perniagaan kelab itu daripada pandangan yang cetek. Ia adalah sebuah perniagaan dan saya telah melabur ratusan ribu untuknya.
"Malah saya juga merancang untuk kembangkan lagi perniagaan itu pada tahun ini selepas mendapat respons baik daripada pengunjung di Ipoh," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.
Awie berkata demikian sebagai mengulas laporan beberapa portal susulan perasaan tidak puas hatinya dengan pihak media yang bertanyakan perkara tersebut semasa malam gala filem Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit dekat sini malam Selasa lalu.
Awie menegaskan, masyarakat seharusnya berfikiran terbuka dan tidak mudah menjatuhkan hukum hanya kerana dia berstatus selebriti.
"Saya bergiat dalam bidang hiburan dan tidak tahu cabang perniagaan lain melainkan cabang ini sahaja (membuka kelab malam). Takkan saya hendak jual nasi lemak yang saya tidak tahu caranya?
"Jadi apa salahnya saya jalankan perniagaan berasaskan hiburan? Jangan persoalkan mengenai hukum hakam hanya kerana saya seorang artis?" jelasnya dalam nada kesal.
Inilah bistro milik Awie yang terletak di Ipoh.
Tambahnya, perniagaan pusat hiburan bukanlah sesuatu yang baharu dan sudah ramai ahli perniagaan Melayu lain turut menjalankan perniagaan berasaskan hiburan seperti itu.
"Teruk sangat ke buka kelab malam? Apabila saya yang buka, semua mempertikaikan saya? Sedangkan benda ini bukannya baharu.
"Di luar sana, lebih ramai orang Melayu yang berniaga kelab, hotel dan pusat hiburan lain tetapi kenapa tidak dipertikaikan?
"Saya hanya berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga, apakah itu salah?" soalnya yang berharap isu ini tidak diperbesarkan lagi.
Sementara itu, mengenai watak Husin dalam filem sekuel kepada Hantu Kak Limah Balik Rumah yang dilakonkannya itu Awie berkata, komitmen pada kali ini adalah lebih mencabar kerana dia perlu menterjemahkan Husin yang berada dalam kedukaan selepas diisytiharkan muflis.
"Penceritaan filem kali ini lebih bersahaja tetapi berat. Watak Husin tidak jauh berbeza berbanding filem pertama Hantu Kak Limah Balik Rumah sebelum ini.
"Cuma pada kali ini dia kurang ceria kerana berada dalam keadaan murung dan bersedih selepas diisytiharkan muflis," katanya yang baharu menamatkan penggambaran filem Zombie Kilang Biskut.
Dalam satu sidang akhbar DS Anwar telah ditanya mengenai pendirian Haji Hadi yang mendahului keputusan Majlis Syura.
Persoalan yang dilontarkan adalah berkaitan dengan pendirian majlis berkenaan dengan isu penggunaan kalimah Allah.
Mengelak untuk menjawab soalan tersebut, DS Anwar bijak memutar belitkan soalan berkenaan dengan melontarkan kembali soalan berkenaan keputusan Majlis Syura yang lain iaitu melarang umat Islam untuk menyokong UMNO.
Pembelit ni memang bijak mengelak soalan...heh...rakyat memang sudah faham, tak mengapalah kalau tak mahu jawab pun...
SHAH ALAM: Ugutan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu mengajak rakyat berdemonstrasi besar-besaran jika berlaku penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mencerminkan tindakan orang 'tidak siuman' serta budaya politik samseng pihak pembangkang, demikian menurut seorang ahli parlimen.
Datuk Abdul Rahman Dahlan, Ahli Parlimen Kota Belud berkata kenyataan pemimpin PAS itu jelas menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat yang sebenarnya cenderung kepada keganasan.
Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu dalam satu kenyataan mengajak rakyat untuk berhimpun jika berlaku penipuan dalam PRU13 akan datang sambil menegaskan rakyat tidak akan pulang berhimpun selagi kerajaan yang didakwa naik secara penipuan itu tidak akan turun.
"Saya dah kata yang nak buat huru-hara ini pembangkang kalau mereka kalah. Dulu mereka kata BN akan membuat huru-hara jika kalah...tak, kita dah tunjuk pun banyak kali kita ok. Ini satu bukti yang cukup jelas. Kalaulah dia kata ada penipuan kononya. Soal penipuan ini tidak wujud.
"Menang, kalah ini atas dasar suara rakyat," kata Abdul Rahman kepada Antarapos.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan berkata, dulu pembangkang menuduh Barisan Nasional (BN) akan mencetuskan huru-hara sekiranya kalah dalam PRU13, namun perkara kini idea tersebut datang dari pembangkang sendiri.
Malah, ujar Kamalanathan rakyat kini sudah jelek dengan permainan politik pembangkang yang hanya pandai menunjukkan kehebatan di jalanan.
"Oleh yang demikian beliau cuba menggunakan situasi seperti mengugut, menakut-nakutkan...itu memang budaya politik mereka. Malah kerajaan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa di Selangor...tidak pula kita kata perkara ini tidak betul dan sebagainya, tidak...kita terima," kata beliau.
Sehubungan itu, katanya tidak hairanlah pemimpin pembangkang itu tidak menghiraukan segala pencapaian yang diperoleh kerajaan BN hari ini.
"Tidak nampakkah pembangunan dan peningkatan taraf hidup rakyat negara kita? Mereka nampak dan saya pasti Mat Sabu pun tahu perkara ini," katanya.
Tambah Kamalanathan lagi, pemimpin pembangkang seharusnya lebih bersikap rasional dalam setiap perkara yang ingin dikerjakan pihaknya apatah lagi dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.
"Sebagai ahli politik yang berwibawa, sebagai seorang ahli politik yang matang, sebagai seorang ahli politik yang mempunyai pahaman yang rasional tidak akan mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa," tegasnya.
S. Karthiyaini menunjukkan laporan yang dibuat kepada ROS meminta siasatan terperinci dijalankan berhubung pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP baru-baru ini di Seremban, kelmarin.
SEREMBAN 23 Jan. - DAP terus menerima tekanan daripada ahlinya yang mendesak agar siasatan dilakukan berhubung keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu bulan lalu yang didakwa mempunyai unsur penipuan dan manipulasi.
Terbaru, Setiausaha DAP Cawangan Desa Dahlia di sini, S. Karthiyaini tampil membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) negeri semalam meminta siasatan terperinci dibuat berhubung keputusan pemilihan tersebut.
"Kami mahukan pemilihan semula dilakukan kerana disyaki tidak telus dan adil, secara peribadi saya berharap agar parti ini dapat menghakis budaya nepotisme yang mana bapa dan anak menjadi ahli CEC.
KOTA BHARU 23 Jan. - UMNO Kelantan menyifatkan tindakan Kerajaan Pas Kelantan memfailkan injuksi interlokutori bagi menghalang Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) membayar royalti kepada kerajaan Malaysia sebagai tidak menghormati Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Awang Adek Hussin berkata, tindakan itu tidak wajar kerana Sultan Muhammad V telah berkenan melantik wakil negeri ini dalam Jawatankuasa Khas untuk mengkaji dengan adil dan telus berhubung isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur.
Beliau berkata, sewajarnya Kerajaan Pas Kelantan membiarkan Jawatankuasa Khas tersebut berperanan dan bukan mengusutkan lagi keadaan dengan membawa isu tersebut ke mahkamah.
"Perdana Menteri telah berjanji untuk menyelesaikan isu ini secara adil dan telus serta beliau juga memaklumkan bahawa Sultan Kelantan telah berkenan untuk melantik wakil negeri Kelantan dalam jawatankuasa tersebut, jadi biarkan proses ini berjalan tanpa gangguan mana-mana pihak.
"Jadi jika ada mana-mana pihak mengambil tindakan membawa ke mahkamah ia seolah-olah tidak menghormati Sultan Kelantan dan Perdana Menteri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Kerajaan Pas Kelantan memfailkan permohonan injunksi interlokutori bagi menghalang Petronas membayar royalti minyak kepada kerajaan Malaysia.
Kerajaan Pas Kelantan selaku pihak plaintif menamakan Petronas dan kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama dan kedua.
Pada 4 Ogos lalu, kerajaan Persekutuan bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Jawatankuasa Khas itu akan dianggotai pakar undang-undang dari dalam dan luar negara serta wakil kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.
Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, tidak ada faedah sekiranya isu tersebut berlanjutan dan ia perlu diselesaikan dengan cara yang berhemah.
"Petronas sendiri menjelaskan mereka telah melaksanakan tanggungjawab seperti mana termaktub dalam undang-undang dan tidak ada yang tidak betul dibuat," katanya.
PARIT 23 Jan. - Tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang semakin agresif berceramah di sekitar Perak kebelakangan ini dibayangi jentera UMNO yang mengekorinya bagi membongkar segala tohmahan yang dilemparkan pemimpin itu.
Terbaharu, hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu memperdayakan rakyat dalam siri ceramahnya di Kampung Senin, Layang-Layang Kanan, di sini malam tadi tidak kesampaian apabila jentera UMNO turut mengadakan ceramah di tempat sama.
Malah, pemimpin Pas itu dimalukan apabila lebih 15 klip video yang membuktikan tohmahannya dalam beberapa isu sebelum ini ditayangkan sempena ceramah yang berlangsung hampir tiga jam.
Majlis ceramah bertajuk 'Mohammad Nizar Pembohong Bersiri' itu turut didengari dengan jelas para penyokong Pas yang hadir memandangkan lokasi kedua-dua ceramah tersebut jaraknya kira-kira 50 meter.
KUALA LUMPUR 23 Jan. - Tindakan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) mencemuh lawatan bersejarah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Palestin dikecam oleh pengikut Facebooknya sendiri.
Ia ekoran tindakan melampau Nasrudin yang bukan sahaja tidak menghargai sokongan tertinggi ditunjukkan Najib terhadap nasib rakyat Palestin sebaliknya mencemuh lawatan bersejarah itu dengan perkataan kesat.
Kebanyakan pengikut Nasrudin mempersoal mengapa sebagai orang yang dilabel ustaz beliau sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian dan tidak kurang menyifatkan Ketua Dewan Pemuda Pas itu iri hati.
Salah seorang yang mempersoal tindakan tersebut ialah Izham Bina Tamshah Eizham apabila berkata, dijelaskan dalam hadis terdapat golongan orang yang kelihatan alim tetapi hatinya hitam seperti serigala kelaparan.
"Salam ustaz, kenapa prasangka buruk Perdana Menteri pergi Palestin? Berbeza dengan rakan anda iaitu Nasharudin Mat Isa. Berprasangka baiklah. Ingat kemenangan sebenar umat Islam ialah membebaskan Palestin.
"Jangan dengki dan busuk hati serta mahukan kemenangan politik. Ustaz berkata begini. Nauzubillah. Semoga dapat rahmat Allah," kata Izham Bina sebagaimana dipetik dari laman Facebook Nasrudin di sini hari ini.
Nasrudin dalam laman Facebooknya dipetik sebagai berkata, lawatan Perdana Menteri ke Palestin dan pertemuannya dengan Perdana Menteri Kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh sebagai hipokrit tahap durjana.
Semalam, Najib mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama mengadakan lawatan ke bumi Palestin sambil menawarkan bantuan menjadi orang tengah bagi menjayakan pelan damai antara Fatah dan Hamas.
Dalam pada itu, tidak terkecuali mengecam tindakan Nasrudin ialah Farhan Fauzi apabila berkata: "Ustaz cakap apa ini? Malaysia tidak pernah menjalin hubungan dengan Israel. Usah berdengki dan memusuhi ustaz."
Mohamad Shuhaimi pula menyifatkan kenyataan Nasrudin sebagai tidak cerdik kerana sebelum ini, tidak pula mempersoal sokongan terbuka Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keselamatan Israel.
Turut berkongsi kemarahan sama ialah Syakizan Yusof apabila berkata: "Seperti meludah ke langit kena balik diri sendiri. Jadi buanglah perasaan iri hati sesama sendiri. Kamu itu ustaz, buat malu saja".
Hal yang sama juga disuarakan Siddiq Sharil yang berkata: "Ustaz, berjuang dan berdakwahlah dengan cara yang ikhlas dan bersih. Tak perlu bagi ayat macam ini. Seolah-olah ustaz melagakan sesama umat."
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
HUSSEIN AL JABARI, mungkin tidak memahami apa-apa apabila Datuk Seri Najib Tun Razak memeluk dan memangkunya. Namun kanak-kanak berusia enam tahun itu pasti mengerti bahawa kehadiran Perdana Menteri Malaysia ada kaitan dengan kematian bapanya, Ahmed Al-Jabari yang terbunuh dalam serangan roket oleh Israel pada 14 November lalu.
Sebelum itu, sebaik-baik sahaja tiba di pusat Imigresen Sempadan Rafah-Gaza, Najib dibawa melihat kereta Allahyarham Ahmed Al-Jabari yang musnah dalam tindakan ganas rejim Zionis itu.
Kematian Komander Briged Al-Qassam itu merupakan permulaan kepada serangan selama lapan hari berturut-turut oleh rejim Zionis ke atas Bandar Gaza dan ia juga terus membakar semangat jihad rakyat Palestin.
Serangan Israel itu seperti biasa bukan sahaja mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat Palestin tetapi juga memusnahkan harta benda termasuk pejabat Perdana Menteri Ismail Haniyeh, masjid, stadium dan sekolah.
Ternyata sasaran Israel bukanlah kem atau penempatan tentera Palestin tetapi orang awam dan kelmarin Najib dapat melihat sendiri kekejaman rejim Zionis berkenaan.
Sambil menyifatkan apa yang dilakukan oleh Israel itu sama sekali tidak mematuhi peraturan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Najib mengakhiri lawatan bersejarahnya ke bumi Palestin dengan menyeru dua pergerakan utama dalam perjuangan rakyat Palestin iaitu Hamas dan Fatah supaya bersatu.
Walaupun menempuh program lawatan yang cukup padat dan singkat serta pantas, namun kepuasan jelas terbayang di wajah Perdana Menteri pada akhir lawatan.
Ia memandangkan, lawatan tersebut bukan sahaja mencatatkan sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama yang berbuat demikian malahan Najib juga adalah pemimpin Islam yang pertama daripada bukan kalangan negara Arab yang menjejak kaki ke bumi Palestin. Semua itu dilakukan seperti mana kata Najib dalam ucapannya ketika pertemuan dengan Kabinet Palestin ia berdasarkan kepada gerak hati.
Tiada cara yang lebih baik, selain menjejaki kaki ke Gaza dan bumi Palestin bagi menunjukkan tanda sokongan kami yang tidak berhenti-henti terhadap perjuangan rakyat Palestin," kata Najib.
Malahan Najib menegaskan, perjuangan di bumi Palestin bukan berkaitan rakyat Palestin sahaja tetapi juga umat Islam secara keseluruhannya.
Sebab itulah, Najib sebelum meninggalkan bumi para Syuhada dan Anbiya itu mahu melihat Hamas dan Fatah mencapai kata sepakat dalam pelan perdamainan yang diusahakan oleh Mesir.
Penyatuan antara kedua-dua pertubuhan itu amat penting kerana jika mereka terus bertelagah sesama sendiri yang akan untung ialah Israel manakala di bumi Palestin lebih ramai kanak-kanak akan menerima nasib seperti Hussein Al-Jabari.
Fatah dikatakan menguasai wilayah yang mempunyai lebih 4 juta rakyat Palestin manakala Hamas pula sekitar 1.5 juta, oleh itu mahu tidak mahu kedua-dua pihak perlu mencapai kata sepakat untuk membolehkan pembentukan sebuah negara merdeka tercapai.
Seperti mana kata Najib dalam ucapannya, beliau menempuh perjalanan sejauh 7,500 kilometer untuk bersama rakyat Palestin, sepanjang perjalanan berkenaan beliau melalui Indonesia yang mempunyai lebih 200 juta penduduk Islam, India dan Pakistan yang masing-masing mempunyai 170 juta umat Islam dan negara-negara Teluk.
Walaupun jarak, bahasa dan budaya berbeza namun kesemua mereka adalah Satu Ummah. Semangat Satu Ummah inilah yang seharusnya menjadi sandaran utama kepada Fatah dan Hamas untuk mencapai kata sepakat sesama mereka.
Tidak dinafikan bahawa antara kedua-dua pergerakan itu ada perbezaan pendapat tetapi mereka tidak boleh selama-lamanya bertelagah kerana matlamat utama mereka adalah memerdekakan Palestin.
Setakat ini pelan perdamaian yang diusahakan mendapat sambutan positif kedua-dua belah pihak dan semangat itu diharapkan oleh Najib akan berkekalan.
Persefahaman antara kedua-dua pihak bakal menentukan masa depan rakyat Palestin yang sudah cukup sengsara ditindas oleh rejim Zionis, mereka tidak mampu lagi menempuh pula pertelingkahan berpanjangan sesama sendiri.
Selain itu, atas semangat Satu Ummah itu juga, Najib menjejak kaki ke bumi Palestin dan kehadiran beliau ternyata disambut dengan penuh meriah oleh pemimpin-pemimpin Palestin apabila Ismail Haniyeh sendiri mengiringi Najib ke semua lokasi lawatan Perdana Menteri Malaysia itu.
Bagi rakyat Palestin, mereka begitu berbesar hati menerima kehadiran Najib. Selain di sepanjang jalan dan di tempat disinggahi di bandar Rafah dan Gaza, mereka melaungkan nama Malaysia.
Lawatan itu turut mendapat liputan seluruh media di Palestin yang dianggap oleh seorang pegawai Perdana Menteri, cukup mengagumkan dan luar biasa.
Bagi warga Palestin, lawatan Najib adalah satu kenangan manis kepada mereka.
Selama ini kami hanya menerima bantuan daripada rakyat Malaysia sahaja tetapi hari ini (Selasa) kami dapat melihat wajah Perdana Menterinyaini satu kenangan yang cukup manis dan pasti akan meningkatkan lagi semangat rakyat Palestin dalam perjuangan suci mereka," kata Dr. Hussein, pensyarah kanan di Universiti Al-Aqsa, Gaza.
Dr. Hussein sememangnya rapat dengan Malaysia kerana beliau melanjutkan pelajaran dalam peringkat sarjana di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan fasih berbahasa Melayu.
Ketika penulis menemui beliau di pintu Sempadan Rafah-Gaza bagi menanti ketibaan Perdana Menteri, beliau menceritakan bagaimana bangga dan terharunya rakyat Palestin menerima lawatan Najib.
Kami ingin menunjukkan kepada Perdana Menteri Najib bahawa rakyat Palestin benar-benar menghargai sokongan rakyat Malaysia terhadap kami dan malahan kami juga terkejut kerana Najib sanggup menjejak kaki ke bumi Palestin," katanya.
Dr. Hussein seperti juga pihak lain melihat Najib sepanjang lawatan berkenaan telah memberikan mesej yang jelas kepada rakyat Palestin iaitu mereka mesti bersatu jika ingin mencapai keamanan dan kemakmuran.
Apa pun lawatan Najib adalah satu sejarah dan membuktikan keikhlasan Malaysia dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin. Pujian juga harus diberikan kepada Kementerian Luar, Kedutaan Malaysia di Mesir dan pelbagai agensi kerajaan lain yang memainkan peranan cukup penting untuk memastikan lawatan kali pertama oleh seorang Perdana Menteri Malaysia menjadi satu kenyataan.
Kejayaan itu sekali gus meningkatkan imej Malaysia di mata dunia khususnya negara-negara Islam bahawa Malaysia sentiasa berdiri teguh bersama perjuangan rakyat Palestin.
Semoga lawatan Najib akan meningkatkan lagi semangat rakyat Palestin untuk meneruskan perjuangan bagi membentuk sebuah negara Palestin yang merdeka, aman, makmur dan bermaruah melalui semangat Satu Ummah.
Apa dah jadi ni Azizan? Blogger-blogger pencacai PAS Kedah dok sebok promote bangunan baru kampus baru KUIN kat Kuala Ketil. "Hebat"nya bukan main..!!! (Ellehhh..kerajaan BN buat kampus lebih hebat dari tu...tak hutang kat bank pun...)
Ni awat yang mahasiswa KUIN mengamuk pulak ni? Sampai buat protes!!!
Apa yang aku dengar, KUIN tak jaga kebajikan mahasiswa di sana. Mahasiswa disuruh pindah ke kampus baru tu sedangkang prasarana tak lengkap. Dalam ertikata lain, SEMUA BANGUNAN TU TAKDAK CF..!!!
Sejak bila Azizan jadi "bijak sangat" sampai suruh pelajar pindah dan duduk kat bangunan takdaf CF? Kalau jadi apa-apa siapa nak tanggung?
Dah la takdak CF..kemudahan air, letrik dan sebagainya bermasalah! Dah la lagu tu, rumah yang depa sewa pun mahal-mahal belaka. Harga melambung tinggi..!!! Ni puak-puak PAS nak cari makan lebih dengan aniaya pelajar ka?
Education is not for business. Yup! Betul tu. Sebagai sebuah negeri "berkebajikan", Azizan kena la suruh Setpol atau Zul Ya publish cerita yang betoi..!!! Jangan dok mengampu dengan bangunan takdak CF...bingai betul laaa..!!! Heh!
Mana lagi Nizar nak lari? Khabarnya dia kena kepong keliling Perak..!!! Teruk juga dia kena "balun" tiap-tiap malam..heh! Apa lagi dia nak "auta" tu yooopppp..!!!
Entah la apa jenis kulit muka si Nizar ni. Rasanya dah bukan kulit lagi dah. Dah jadi tembok dah tebalnya muka Nizar bila dia digelar sebagai "PEMBOHONG BERSIRI"..!!!
Tapi kira okay la tu. Kurang-kurangnya, "baik sikit" dari Anwar Berahim. Anwar lagi teruk kena..."PELIWAT BERSIRI" woooo...!!!
Rupanya cerita yang aku dengar dari member aku kat Perak tu memang betul. Ia disahkan sendiri oleh laporan berita dari Utusan...heh!
Nizar dimalukan depan penyokong sendiri
PARIT 23 Jan. - Tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang semakin aktif berceramah di sekitar Perak kebelakangan ini dibayangi jentera UMNO yang mengekorinya bagi membongkar segala tohmahan yang dilemparkan pemimpin itu.
Terbaharu, hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu untuk memperdayakan rakyat dalam siri ceramahnya di Kampung Senin, Layang-Layang Kanan, di sini malam tadi tidak kesampaian apabila jentera UMNO turut mengadakan ceramah di tempat sama.
Malahan, pemimpin Pas itu dimalukan apabila lebih 15 klip video yang membuktikan tohmahannya dalam beberapa isu sebelum ini dimainkan dalam ceramah yang berlangsung hampir tiga jam.
Majlis ceramah bertajuk 'Mohammad Nizar Pembohong Bersiri' itu turut didengari dengan jelas para penyokong Pas yang hadir memandangkan lokasi kedua-dua parti itu berceramah hanya dibezakan kira-kira 50 meter.
"Saya tidak minta anda percaya bulat-bulat apa yang saya cakap, tetapi minta anda lihat dan menilai sendiri semua video ini yang menunjukkan betapa Mohammad Nizar ini selalu berbohong kepada rakyat," kata penceramah UMNO, Hanafiah Man ketika berceramah dalam majlis tersebut. - UTUSAN
Puak-puak PAS di akar umbi memang marah pada DAP dan Pengerusinya, Karpal Singh, yang baru-baru ini meminta parti itu mengkaji semula keputusan berhubung penggunaan kalimah "Allah" di dalam Bible versi bahasa Melayu.
Di Pulau Pinang, sekumpulan akar umbi PAS hilang sabar dan telah bertindak memijak bendera DAP serta mendesak pucuk pimpinan parti mereka keluar dari Pakatan Haram ekoran kenyataan Karpal yang biadap itu.
Demonstrasi di Pulau Pinang yang diketuai oleh Pengerusi Tetap PAS kawasan Tanjong, Zaidi Abu Bakar, bersama kumpulannya mencabar Karpal supaya melangkah mayat mereka dulu dalam mempertahankan fatwa Majlis Syura PAS.
Selain Karpal, Naib Presiden PKR, Azmin Ali turut "dibalun" habis-habisan oleh kumpulan tersebut dan mereka meWAJIBkan pucuk pimpinan PAS supaya bertindak keluar dari gabungan pembangkang serta merta.
Menurut mereka, akar umbi PAS di seluruh negara sudah tidak tahan lagi "diperguna", "diperlekeh", dan "dibisukan" sehingga mereka dilihat seolah-olah pengecut yang takut kepada DAP dan PKR sejak bergabung di dalam Pakatan Haram.
Turut dikutuk kumpulan itu ialah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man, dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim yang dilihat "selesa berkerusi empuk" di sebelah Lim Guan Eng yang mencetus kemarahan umat Islam berhubung isu berkenaan.
Melihat kemarahan akar umbi PAS tersebut, saya tertanya-tanya, apakah respon balas yang bakal diambil oleh pucuk pimpinan PAS?
Apakah mereka masih lagi tidak sedar-sedar diri diperkotak-katikkan oleh DAP dan PKR yang selama ini menjadi "sahabat syaitan" PAS untuk menjatuhkan sebuah Kerajaan Islam Malaysia yang diketuai oleh saudara seagamanya?
Apakah Abdul Hadi dan Nik Aziz masih lagi mahu mempertahankan hubungan "terlarang" mereka dengan DAP dan PKR? Sedangkan akar umbinya kini terlalu malu dengan kedudukan PAS yang sangat hina dipermainkan "sahabat-sahabat syaitan" mereka itu!
Sudah hampir lima tahun para penyokong dan akar umbi PAS menahan sabar dan memendam rasa malu mereka melihat PAS "dikeldaikan" DAP dan PKR.
Mereka sangat malu bila PAS tunduk pada desakan DAP dan PKR yang mahu parti mereka menggugurkan perjuangan menubuhkan Kerajaan Islam serta perlaksanaan hukum hudud yang dimansuhkan secara aib.
Boleh dikatakan hampir setiap hari para penyokong PAS di akar umbi menahan malu bila rakan-rakan mengusik mereka dengan sindiran pedih membayangkan PAS yang kini huru-hara, caca merba dan hilang arah tuju sejak "bersahabat dengan syaitan".
Mungkin Hadi, Nik Aziz, Mat Sabu dan pucuk pimpinan PAS sanggup bermuka tembok kerana dijanjikan jawatan oleh Anwar Ibrahim. Mungkin kerana jawatan tinggi di dalam medan politik menjadi keutamaan para pemimpin PAS…
Tapi apa yang akar umbi PAS dapat? Mereka hanya dapat melihat bagaimana maruah diri mereka dan Islam dipijak-pijak oleh DAP dan PKR? Maruah diri yang tergadai, rasa malu yang amat sangat dan hilang kehormatan yang menghantui akar umbi PAS, bukan?
Mahukah pucuk pimpinan PAS mendengar suara akar umbi mereka yang sudah hilang sabar? Mahukah para pemimpin PAS keluar dari Pakatan Haram? Atau mereka lebih selesa untuk terus menjadi "keldai tunggangan" DAP dan PKR selamanya..?
Saya tertanya-tanya, apakah PAS sanggup tunduk dengan kehendak "Mursyidul Am Pakatan Rakyat", Karpal Singh yang mahu PAS menarik balik keputusan dan mengkaji semula keputusan Majlis Syura parti itu berkenaan isu penggunaan kalimah "Allah".
Dalam kenyataan Karpal berkenaan isu tersebut, dia kelihatan marah dan bengang bila PAS membuat keputusan yang bertentangan dengan "fatwa" yang dikeluarkan oleh "Majlis Syura Pakatan Rakyat" sebelum ini.
Mungkin kerana risau dengan "hati" PAS yang sering mudah terpedaya dengan janji-janji kosong DAP dan PKR yang selalu mempergunakan parti itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria meminta agar PAS tidak tunduk lagi dengan kehendak Karpal Singh.
Persoalannya, apakah PAS akan mendengar nasihat dan pandangan seorang ulama muktabar yang selama ini begitu tegas dalam membangkitkan tentang soal kepentingan Islam dan umatnya di negara ini?
Selama ini PAS memandang rendah kepada beliau. Malah ada di kalangan para pemimpin PAS Perak yang sanggup menghina Mufti Perak itu dengan pelbagai gelaran "kesat" dan memperlekehkan kreadibiliti Tan Sri Harussani.
Mereka marah jika Nik Aziz disindir pedas, kononnya menghina ulama mereka. Tapi mereka "selamba" saja menghina Mufti Perak itu tanpa rasa bersalah. Orang lain buat "haram", tapi kalau mereka yang buat semuanya "halal-halal" belaka…
Pun begitu, Tan Sri Harussani tidak pernah berdendam atau mengutuk mereka kembali, apatah lagi membalas cacian mereka terhadapnya. Jauh sekali beliau dari sikap mazmumah itu.
Malah dengan nada zuhud dan merendah diri, beliau meminta agar PAS tegas dalam pendirian mereka dalam mempertahankan isu penggunaan kalimah "Allah" yang hanya eksklusif untuk umat Islam di negara ini sahaja.
Begitulah akhlak seorang Mufti, ulama muktabar yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik selain dari memperjuangkan Islam, Melayu dan tanahair dari dicabuli pihak yang cuba mencemar kedaulatannya.
Ia sangat berbeza dengan akhlak Mursyidul Am PAS yang bernama Nik Abdul Aziz. Dia kononnya diibaratkan bagai "nabi" dan "wali", tapi bila ditegur sedikit kesilapannya oleh para ulama Islam, Nik Aziz melenting marah.
Masih saya ingat bagaimana Nik Aziz menyuruh Tan Sri Harussani menutup mulut dan tidak mencampuri soal politik PAS, seolah-olah jawatan Mursyidul Am PAS itu kebal dari sebarang dosa, kesilapan atau kekhilafan.
Namun mujurlah Tan Sri Harussani bijak dan bersabar dengan perangai Nik Aziz yang kebudak-budakan itu. Tapi kalaulah Anwar disuruh tutup mulut begitu oleh Nik Aziz, rasanya tak lama kemudian Nik Aziz mungkin masuk ICU lagi…
Begitulah perbezaan akhlak di antara dua orang ulama. Seorang ulama Islam dan seorang lagi ulama politik. Seorang tinggi ilmu agama dan cantik budi pekertinya, seorang lagi rendah tahap ilmu agamanya.
Harapnya, selepas beliau tiada lagi, tidak akan ada seorang lagi yang bersikap sepertinya. Bukan marahkan Nik Aziz, namun hasil dari fatwa-fatwa politik karutnya, umat Islam di negara ini berpecah belah dan bergaduh sesama sendiri, kan?
Anwar Ibrahim adalah seorang pengecut, dayus dan tiada telur. Sesudah beliau menghina bapa Tun Dr Mahathir sebagai pencari ular di Kerala, India, beliau tidak berani mengakui bahawa beliau keturunan India. Datuknya dari India. Itu fakta! Kesahihan beliau sebagai anak di dalam nikah masih menjadi tanda tanya. Komen-komen pembaca beliau seperti di atas telah dibuang! Inikah pemimpin yang diagung-agungkan oleh PGayR? Inikah prinsip keterbukaan yang beliau selalu laung-laungkan. Membuang komen di Facebook. "Block" orang di Twitter.
Anwar Ibrahim seharusnya tidak malu untuk menjawab dari mana asal usul Datuknya. Siapa ibu kandung beliau yang sebenar. Dari mana asal usul isterinya Dr Wan Azizah. Di manakah mereka berkahwin kerana tidak mendapat restu daripada bapa Dr Wan Azizah. Apa Anwar Ibrahim ingat beliau boleh sembunyikan semua ini? Sebelum beliau ingin menghina orang lain, semak dan teliti dahulu segala kurap, sopak dan nanah di badan. Jangan suka membuka pekung di dada!
Iklan di atas CTS perolehi daripada beberapa "wall" kawan-kawan di laman sosial Facebook. Tidak pasti kesahihan dan kebenaran iklan berkenaan. Dalam Umat Islam sedang sibuk menyambut dan meraikan kedatangan Maulidul Rasul hari ini, ada pula pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama Maulidul Rasul untuk mengadakan pertandingan karaoke. Amat kurang ajar!
Adakah karaoke yang dianjurkan hanya melibatkan lagu-lagu memuji Rasul Allah SAW atau ini sebahagian program maksiat yang cuba dianjurkan dengan mengunakan nama Karaoke Maulidul Rasul! Lagi satu, nak buat program maksiat dan menghina hari Maulidul Rasul, janganlah menggunakan nama 1Malaysia. Adakah Belia 1Malaysia Kampung Beladin ini lebih kurang macam NGO SW1M yang mahu merosakkan dan menjejaskan nama baik produk 1Malaysia yang diperkenalkan oleh DS Najib Tun Razak?
CTS tidak hairan jikalau penutur di atas adalah Ketua Umum PGayR, Anwar Ibrahim, yang mempunyai dendam kesumat dengan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. Apabila penutur di atas diambil dari seseorang yang diangkat Ustaz, maka lidah menjadi kelu. Beginikah persepsi seorang yang bergelar Ustaz terhadap orang lain. Dalam hatinya sentiasa memandang buruk dan hina terhadap orang lain. Dalam jiwanya sentiasa iri hati melihat orang lain berbuat kebaikkan sedangkan dirinya tidak berbuat apa-apa kebaikkan.
Dalam pandangan matanya adalah pandangan buruk kepada orang lain walaupun berlaku didepan mata. Mulutnya sentiasa menghamburkan kata hina kepada orang lain walaupun orang itu melakukan kebaikkan yang nyata. Niat dihatinya sentiasa buruk terhadap orang lain walaupun orang itu ikhlas berbuat kebaikkan.Pada pandangan matanya, niatnya, hatinya, pemikirannya dan mulutnya memang tidak pernah ada terselit walau sebesar zarah terhadap kebaikkan orang lain terutama kepada orang-orang UMNO.
Apa hendak jadi dengan pemimpin-pemimpin PAS? Cuba contohi sifat dan kepimpinan Ustaz Nasharuddin Md Isa, Mantan Timbalan Presiden PAS, yang berjiwa besar dengan turut sama di dalam lawatan Perdana Menteri yang dianggap bersejarah kerana inilah lawatan pertama seorang Perdana Menteri Malaysia untuk memberi sokongan kepada Kerajaan Hamas di Gaza. Tidak terdetikkah rasa bangga dan kemanusiaan di kalangan pemimpin-pemimpin PAS ini? Inikah sifat-sifat seorang yang bergelar ustaz. Layakkah manusia seperti ini ditarafkan sebagai seorang ustaz
Walaweh!! Husam Musa di dalam Sinar Harian (akhbar gebang yang makan dua belah, talam dua muka) dilaporkan berkata bahawa di Kota Baru dan Tumpat sudah ada telaga minyak!!! Atas darat weh!!!
"Antara kawasan yang dijangkakan mempunyai rizab itu Kota Bharu dan Tumpat," ujarnya. Husam menambah, cadangan untuk melantik syarikat luar berkenaan telah dipersetujui dalam mesyuarat exco semalam di Kota Darul Naim. Pada sidang medianya itu, Husam berkata, proses pelantikan syarikat tersebut yang bertanggungjawab untuk mengesan penemuan minyak itu akan dilakukan seberapa segera yang mungkin. (Baca juga Haprakdaily di sini)
Sebelum ini Petronas telah menjumpai telaga minyak di Miri setelah 24 tahun menjalankan eksplorasi dan cari gali. Atas kepakaran apa Husam Musa menjumpai sumber telaga minyak di dataran Tumpat dan Kota Bharu? Nujum Pak Belalang kah atau tilikan nasib?
Semua rakyat Kelantan sudah mengenali siapakah Husam Musa ini dan apakah peranannya. Sebenarnya Husam Musa dan PAS sudah terdesak. Apabila DS Najib datang ke Kelantan dan menjanjikan 7 perkara sekurang-kurangnya pembangunan untuk Rakyat Kelantan, PAS Kelantan menjadi "gelabah biawak". Sehinggakan Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat mengelarkan 7 janji berkenaan sebagai rasuah politik.
Husam Musa pula tanpa segan silu telah sekali lagi mewar-warkan bahawa telaga minyak telah ditemui di dataran Kota Bharu dan Tumpat. Ianya tidak lain untuk memberikan harapan palsu kepada Rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan wajib mendesak Husam Musa untuk mendedahkan apa perkembangan projek-projek di Kelantan sebelum ini seperti berikut:
1. Projek Kambing Janpari.
2. Projek Keretapi Laju Dari Kota Bharu ke KL.
3. Projek Lebuhraya Percuma.
4. Projek Stadium Baru di Bukit Merbau, Pasir Mas.
"Tidak ada masa rehat yang panjang bagi warga KDN, sebaliknya semua perlu berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi isu, cabaran, masalah, jenayah dan ancaman baru pada bila-bila masa sahaja." - Hishammuddin
Perutusan Tahun Baru 2013
YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Menteri Dalam Negeri
21 Januari 2013
[dibacakan oleh Timbalan Menteri YB Lee Chee Leong]
1.Alhamdulillah, marilah kita ucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, kita dapat bersama-sama hadir dalam majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Dalam Negeri (KDN) tahun 2012. Setinggi-tinggi kesyukuran juga kita ucapkan ke hadrat Ilahi yang mengizinkan negara kita kekal aman dan harmoni biarpun berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran di sepanjang tahun 2012 dan pada awal tahun 2013.
2.Selamat Tahun Baru saya ucapkan. Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik kepada kita semua. Mudah-mudahan kita semua dirahmati dan diberkati serta diberikan segala kekuatan bagi menunaikan tanggung jawab yang telah diamanahkan oleh rakyat dan juga kerajaan.
3.Saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepeda kesemua 266 orang pegawai dan warga KDN dari pelbagai peringkat jawatan dan jabatan yang telah terpilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang hasil prestasi cemerlang sepanjang tahun 2012. Semoga pengiktirafan ini akan menjadi dorongan kepada kesemua penerima agar mereka dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi dan semoga ia menjadi pembakar semangat kepada warga KDN yang lain untuk mengutamakan kecemerlangan dan prestasi.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
4.Negara dan rakyat telah melalui tempoh transformasi selama tiga tahun. Sejak Agenda Transformasi yang datang bersama gagasan "1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" diumumkan pada tahun 2009, pelbagai perubahan pesat telah dirasai oleh rakyat negara ini. Bermula dengan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), diikuti dengan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dan disusuli Pelan Transformasi Politik (PTP), hasrat Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak adalah untuk membawa gelombang perubahan yang besar dalam pentadbiran negara agar setiap rakyat dapat merasai kemakmurannya dan negara dapat menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
5.Tugas teras KDN adalah untuk memastikan keamanan dan keselamatan negara terjamin agar hasrat Agenda Transformasi Perdana Menteri dapat direalisasikan. Tugas ini amat berat, sukar dan semakin kompleks lebih-lebih lagi jika kita mengambil kira perubahan lanskap politik negara dan antarabangsa, sempadan dunia yang semakin hilang akibat globalisasi, kecanggihan teknologi dan minda jenayah yang semakin kreatif dan terkehadapan selari dengan kecanggihan teknologi masa kini. Sudah pasti, dalam realiti sebegini, kita menjangkakan soal dan isu keamanan dan keselamatan negara tidak mungkin statik, dan kedinamikannya tentunya akan menyebabkan KDN akan terus berhadapan dengan cabaran baru dari semasa ke semasa. Maksudnya, tidak ada masa rehat yang panjang bagi warga KDN, sebaliknya tuan-tuan dan puan-puan semua perlu berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi isu, cabaran, masalah, jenayah dan ancaman baru pada bila-bila masa sahaja.
Pertama: Ancaman keselamatan akibat kegiatan jenayah
6.Contoh yang paling nyata adalah NKRA Mengurangkan Jenayah. Sasaran awal kerajaan adalah untuk memastikan kadar Jenayah Jalanan dikurangkan sebanyak 20 peratus dan kadar Jenayah Indeks dikurangkan sebanyak lima peratus. Melalui strategi lautan biru dan pendekatan di luar kotak kebiasaan, penentuan titik panas (hot-spots) yang tepat, omnipresence, perkongsian berkesan merentasi pelbagai kementerian dan agensi, dibantu pula dengan kesungguhan tuan-tuan dan puan-puan dalam melaksanakan setiap inisiatif yang dirancang, dalam tempoh hanya setahun, kadar Jenayah Jalanan telah dapat diturunkan dengan begitu drastik sehingga 37 peratus dan Jenayah Indeks pula turun sebanyak 16 peratus.
7.Kita sendiri tidak menjangka bahawa impak pelaksanaan NKRA ini begitu memberansangkan. Bagaimanapun, seperti yang saya nyatakan, KDN tidak dibenarkan berasa selesa begitu lama. Benar, dengan pendekatan yang dilaksanakan, kadar jenayah dapat dikurangkan dari jalanan dan titik panas. Bagaimanapun ia beralih pula ke kawasan di luar titik panas, termasuk kawasan yang terlindung dari omnipresence seperti taman perumahan dan pusat membeli belah. Menyedari peralihan ini, di sepanjang tahun 2012, kita telah meningkatkan kehadiran anggota kita ke setiap halaman baru (new fronts), termasuk taman-taman perumahan dan pusat membeli belah.
8.Tahun 2013 akan menjadi penanda kepada pelaksanaan fasa kedua NKRA Mengurangkan Jenayah. `Tiang gol telah beralih' dan tugas mengurangkan jenayah semakin mencabar.
9.Bagi memastikan kadar jenayah dapat diturunkan secara berterusan, pendampingan dengan pihak berkepentingan utama seperti Persatuan Penduduk, golongan wanita, kanak-kanak, anak muda, pemilik gedung membeli belah, pemilik perniagaan dan operator tempat meletak kenderaan mesti dipertingkat dan diperkukuhkanagar rakyat merasa lebih selamat. Bagi mengurangkan lagi kadar Jenayah Jalanan, pengawasan perlu ditingkatkan di taman perumahan dan premis perniagaan. Tumpuan juga perlu diberikan bagi membanteras kegiatan pecah rumah dan rompakan di tempat meletak kenderaan.
10.Komitmen yang tinggi bagi mengurangkan jenayah di halaman baru ini ditunjukkan sendiri oleh Perdana Menteri semasa melancarkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan penyerahan sebanyak 1,000 unit motorsikal bagi tugas rondaan di taman perumahan dan tapak perniagaan terpilih di 150 lokasi di seluruh negara. Perdana Menteri sendiri memberi jaminan akan memperluaskan lagi inisiatif ini jika terbukti kadar jenayah di kawasan perumahan dapat diturunkan dengan signifikan.
11.Selain URB, dalam tahun 2013, komitmen untuk mengurangkan jenayah juga akan ditingkatkan melalui program-program seperti berikut;
i.Perluasan Program SafeCam PDRM bagi mewujudkan jaringan CCTV terbesar merentasi Malaysia dengan pemantauan bersama persatuan penduduk dan pemilik perniagaan. Pada tahun 2012, program SafeCam ini telah dirintis dengan rangkaian 19,336 unit CCTV.
ii.Kerjasama dengan 4,025 buah Persatuan Penduduk bagi memperkukuhkan lagi inisatif Kepolisian Komuniti (Community Policing)
iii.Pembentukan Unit Hubungan Antarabangsa (International Liaison Unit (ILU)) di Kontingen Kuala Lumpur bagi menangani keperluan pegawai dagang dan komuniti perniagaan antarabangsa.
iv.Inisiatif Biru-Hijau di Sekolah (Blue-and-Green Safety in Schools) bagi mengukuhkan program rondaan bersama PDRM-RELA di 612 buah sekolah di seluruh Negara
v.Kempen Bersatu Memerangi Jenayah (United Against Crime Campaign) untuk menyuarakan tanggung jawab bersama semua pihak bagi memerangi jenayah.
vi.Meningkatkan keselamatan Pusat Membeli Belah dan Tempat Meletak Kenderaan serta melaksanakan Audit Kawalan Keselamatan.
vii.Perluasan Sistem Semakan Online (SSO) bagi membolehkan rakyat mengesan status kes mereka selepas difailkan dengan PDRM
viii.Membersihkan Titik-titik Hitam (Clean-up of Black Spots), iaitu kawasan yang dilihat oleh masyarakat sebagai kawasan tidak selamat dan mengundang jenayah seperti kawasan kotor, gelap, terdapat pendatang tanpa izin dan penagih dadah.
ix.Merekrut 10,000 Sukarelawan Simpanan Polis (Police Volunteer Reserve (PVR)) yang akan membantu PDRM dalam rondaan dan memastikan keselamatan di jalanan.
x.Meningkatkan jumlah anggota PDRM dengan pertambahan 4,000 anggota
xi.Inisiatif Pencegahan Jenayah Berasaskan Teknologi (Technology-Driven Initiatives to Crime Fighting), seperti MyDistress dan C4I
xii.Program Pemulihan Selepas Keluar Penjara (Prison After-Release Program) , dan
12.Dalam program Pemulihan Selepas Keluar Penjara misalnya, melalui pelbagai pendekatan di sepanjang tahun 2012, Jabatan Penjara telah berjaya memastikan kadar residivis kekal di bawah 10 peratus, iaitu pada kadar 7.97 peratus. Melalui Program Pemulihan Pemasyarakatan Banduan di bawah Strategi Lautan Biru Nasional bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), ia bukan sahaja membantu mengurangkan jenayah, tetapi juga membolehkan kerajaan menjimatkan kos sekitar RM200 juta untuk membina kompleks penjara baru. Sejak pelaksanaannya mulai Mac 2011, seramai 3,551 Orang Di Selia (ODS) telah mengikuti program ini dan daripada jumlah tersebut seramai 1,907 ODS telah dibebaskan dan sehingga kini tiada bekas ODS yang mengulangi kesalahan jenayah dan masuk semula ke penjara. Bukan itu sahaja, dengan bantuan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO's), sebanyak 90 peratus ODS ini juga berjaya mendapatkan pekerjaan. Selain Program Pemasyarakatan Banduan, Rumah Perantaraan, Sistem Parol dan Perintah Kehadiran Wajib juga banyak membantu mengurangkan kadar residivis penjara di dalam negara.
13.Menerusi transformasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), pelbagai pembaharuan diperkenalkan dalam program pemulihan dan pencegahan dadah. Klinik Cure & Care 1Malaysia mencatat pertambahan kehadiran klien seramai 12,766 orang pada tahun 2012. Kajian Universiti Malaya dan Universiti Yale di Klinik Cure & Care 1Malaysia Sungai Besi dan Kota Bharu pada tahun 2012 menunjukkan bahawa hampir 95 peratus klien berjaya mengurangkan craving terhadap dadah. Selain itu, Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC) atau dulunya PUSPEN (Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik) telah memperkenalkan modul baru berkonsepkan Fun, Effective and Easy to Implement. Hasil dari program ini, seramai 500 orang klien telah dibebaskan dan daripada jumlah itu, 78.9 peratus berjaya memperolehi dan mengekalkan pekerjaan dari tempoh Mac hingga Disember 2012. Di peringkat komuniti pula, sebanyak 43 buah Cure and Care Service Centre (CCSC) di seluruh negara telah memberikan perkhidmatan kepada 4,994 residen dan 172,861 klien harian dan 62 buah Caring Community House (CCH) telah memberi khidmat kepada seramai 106,713 orang klien sehingga Disember 2012.
14.Dalam tahun 2013 ini, diharapkan semua inisiatif yang telah dirangka di dalam NKRA Mengurangkan Jenayah Fasa Kedua dapat mengurangkan kadar jenayah yang menjadi salah satu ancaman yang boleh menjejaskan keselamatan dan keamanan di dalam negara kita.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
Kedua: Ancaman akibat kegiatan jenayah merentasi sempadan
15.Ancaman kedua terhadap keselamatan dan keamanan negara adalah Jenayah Merentasi Sempadan. Bagi menangani ancaman ini, KDN telah meneruskan kerjasama strategik dengan negara-negara rakan seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Republik Rakyat China, Arab Saudi dan Bangladesh. Sesungguhnya usaha menangani jenayah rentas sempadan memerlukan kerjasama secara kolektif dan holistik di peringkat domestik, serantau dan antarabangsa kerana tiada sebarang negara di dunia ini yang dapat menanganinya secara bersendirian. Melalui Perjanjian dan Memorandum Persefahaman Dalam Bidang Jenayah Rentas Sempadan, KDN boleh memberikan fokus terhadap jenayah tertentu secara lebih spesifik. Perjanjian dan Memorandum Persefahaman ini juga telah membuka ruang kepada penyertaan Kementerian dan Agensi Penguatkuasaan lain untuk bekerjasama dengan KDN secara bersepadu, berkongsi perspektif dan kepakaran serta tidak lagi bekerja secara berasingan.
16.KDN merupakan agensi peneraju dalam usaha negara menangani ancaman pemerdagangan orang dan penyeludupan migran terutama dalam aspek penguatkuasaan. Bagi mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan negara, Sistem Penguatkuasaan Dan Pendaftaran (Biometrik) Warganegara Asing Nasional Atau Sistem NERS telah dikuat kuasakan di 64 pintu masuk dan keluar negara.
17.Negara juga mempunyai perundangan khusus untuk memastikan sindiket dan agen yang terlibat dalam jenayah ini dapat dibawa ke muka pengadilan kerana mengaut keuntungan di atas penderitaan dan penganiayaan terhadap individu yang tidak berdosa. Pada waktu yang sama, kerajaan Malaysia amat prihatin terhadap aspek perlindungan mangsa pemerdagangan manusia. Atas sebab kemanusiaan, pada 11 Januari 2012 kerajaan telah membenarkan mangsa kes pemerdagangan orang, terutama dalam mangsa kes eksploitasi buruh untuk tinggal dan bekerja di negara ini. Pelaksanaan dasar ini penting kerana ia merupakan elemen kritikal dalam usaha Malaysia untuk meningkatkan tahap perkhidmatan dalam aspek perlindungan berlandaskan 'victim centered approach' terhadap mangsa pemerdagangan orang di negara ini.
18.Satu lagi bentuk ancaman jenayah rentas sempadan yang serius adalah jenayah siber yang melibatkan eksploitasi data dan kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Penjenayah siber hari ini semakin licik. Sepanjang tahun 2012 sahaja terdapat sejumlah 4,564 kes dalam bentuk pencerobohan, penggodaman, serangan kod berbahaya dan spam yang melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM 94 juta. Penjenayah siber turut menggunakan peralatan teknologi maklumat seperti komputer dan pencetak bagi memalsukan dokumen seperti matawang, cek dan pasport. Jika jenayah siber ini tidak ditangani dengan baik dan bersungguh-sungguh, ia boleh menjejaskan keamanan dan ketenteraman negara pada masa akan datang, termasuk meruntuhkan sistem ekonomi, institusi dan prasarana. Menyedari hakikat ini, Bahagian Keselamatan Siber telah ditubuhkan bagi menghadapi ancaman serangan siber yang semakin canggih dan berubah-ubah.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
Ketiga: Ancaman akibat ketiadaan dokumen pengenalan diri
19.Ketiadaan dokumen pengenalan diri merupakan salah satu ancaman terhadap keselamatan negara. Tanpa pengenalan diri, akan ada rakyat yang terpinggir dan tersisih dari pendidikan dan pembangunan negara. Negara bukan sahaja akan kehilangan potensi modal insan, tetapi juga akan mengakibatkan permasalahan sosial yang berpanjangan.
20.Di sepanjang tahun 2012, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sekali lagi berjaya merealisasikan KPI Menteri Dalam Negeri dan Ketua Setiausaha KDN dalam menyelesaikan permohonan Daftar Lewat Kelahiran dengan pencapaian sebanyak 100% daripada keseluruhan 23,719 permohonan. Pada waktu yang sama, JPN juga telah banyak membuat penambahbaikan dan pembaharuan dalam sistem penyampaian perkhidmatan melalui pengenalan prosedur baru Pendaftaran Kematian dengan menggabungkan dokumen Pendaftaran Kematian dan Permit mengubur, mewujudkan Sijil Kelahiran yang berbeza warna bagi kanak-kanak warganegara dan bukan warganegara, mempergiatkan program turun padang dan memperkenalkan perkhidmatan permohonan Gantian MyKad secara Dalam Talian (Online) dan "Phone-In". Kesemuanya adalah demi kemudahan dan keselesaan rakyat, sesuai dengan hasrat gagasan 1Malaysia untuk mendahulukan rakyat dalam segala aspek.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
Keempat: Ancaman keganasan dan gangguan terhadap ketenteraman awam
21.Seperti yang kita semua sedia maklum, Perdana Menteri telah mengumumkan beberapa inisiatif Program Transformasi Politik (PTP) yang melibatkan pembatalan tiga Proklamasi Darurat, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Kediaman Terhad dan Akta Buang Negeri, dan Penggubalan Akta Perhimpunan Aman termasuklah pemindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan. Bagi menggantikan ISA, Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 telah diperkenalkan. Perdana Menteri turut mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan 1948 yang akan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional bagi melengkapkan fasa pertama PTP. Jelas dengan inisiatif ini, kerajaan mahu memperseimbangkan di antara keselamatan rakyat dan negara dengan kebebasan dan hak asasi individu dalam sebuah negara demokratik moden. Dengan Akta-akta dan peruntukan undang-undang sedia ada, kerajaan memberi jaminan untuk tidak berkompromi terhadap sebarang ancaman keganasan serta gugatan terhadap keselamatan rakyat dan negara.
22.Inisiatif transformasi politik ini telah menunjukkan hasil yang positif dalam perhimpunan yang diadakan pada 12 Januari 2013. Perhimpunan 12 Januari yang lalu telah menguji kewibawaan Akta Perhimpunan Aman 2012. Kita dapati pihak berkuasa dan penganjur dapat menghayati kehendak akta ini. Tidak ada sebarang insiden buruk yang berlaku dan perhimpunan dapat dilaksanakan dengan aman tanpa sebarang ancaman terhadap keselamatan negara.
23.Pada waktu yang sama, begitu banyak penghargaan diberikan kepada pihak PDRM kerana berjaya menjaga keselamatan dan ketenteraman awam semasa berlangsungnya perhimpunan tersebut sekali gus, ia telah memulihkan persepsi orang ramai terhadap PDRM.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
Gelombang kesukarelaan untuk keamanan dan memerangi jenayah
24.Menyedari bahawa lebih banyak lagi anggota masyarakat perlu dilibatkan bagi membantu memastikan keselamatan dan keamanan negara, salah satu komitmen utama KDN pada tahun 2011 adalah untuk menggerakkan gelombang kesukarelaan melalui pasukan RELA, JPAM, AADK dan PDRM. Ketika itu, jumlah sukarelawan RELA, JPAM, AADK dan PVR yang boleh digerakkan oleh KDN adalah seramai 2.5 juta orang.
25.Bagi menyegarkan lagi gerakan kesukarelaan ini, KDN menyedari bahawa perlu ada usaha untuk melibatkan tenaga sukarelawan muda. Atas kesedaran ini, Skuad Muda KDN telah ditubuhkan bagi memberikan seluas-luasnya platform kepada golongan muda melibatkan diri dalam kegiatan kesukarelaan. Sesuai dengan namanya, Skuad Muda KDN bersifat inklusif dan membuka penglibatan kepada seramai mungkin anak muda, bukan sahaja dari pasukan Rela, JPAM, AADK dan SUKSIS, tetapi sesiapa sahaja dari dalam KDN dan di luar KDN.
26.Menerusi Skuad Muda KDN, kita mahu pemimpin-pemimpin muda terlibat dari peringkat awal lagi, iaitu di peringkat memberi input, merancang dan melaksanakan program yang sesuai dengan jiwa dan minat mereka.
27.Dari segi jumlah, terdapat sekitar 850,000 sukarelawan muda terlatih di dalam RELA, 200,000 di dalam JPAM, 90,000 di dalam AADK dan 2,000 di dalam SUKSIS. Jumlah ini sahaja membentuk RM 1.14 juta orang sukarelawan muda berumur 18 – 25 tahun. Ini belum termasuk sukarelawan-sukarelawan muda dari pelbagai jabatan dan agensi di dalam dan di luar KDN yang mempunyai pelbagai bakat dan kemahiran masing-masing. Sudah tentu dengan jumlah yang ramai dan kemahiran yang dipunyai, Skuad Muda KDN boleh menjadi penyumbang utama dalam gerakan kesukarelaan 1M4U ilham Perdana Menteri.
28.Hari ini, jumlah sukarelawan RELA, JPAM, AADK, PVR dan Skuad Muda KDN telah melebihi 3.7 juta orang. Dengan jumlah seramai 3.7 juta sukarelawan, termasuk 1.14 juta terdiri daripada golongan muda, KDN mempunyai cukup tenaga bagi memerangi jenayah dan juga menyokong keamanan. Menerusi slogan `We Want Peace' dan 'United Against Crime', saya berharap gerakan ini dapat membantu mengurangkan lagi kadar jenayah di dalam negara ini seterusnya menyumbang ke arah gerakan keamanan yang berterusan.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
Hala tuju transformasi KDN 2013
29.KDN telah melalui proses transformasi yang pesat sejak tiga tahun yang lalu. Sepanjang tempoh tahun 2011 sehingga 2012, tuan-tuan dan puan-puan telah berjaya melaksanakan Tujuh Komitmen Utama KDN dengan begitu cemerlang dan hasilnya telah dapat tuan-tuan dan puan-puan rasai pada hari ini. Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan.
30.Namun begitu cabaran hari ini menuntut KDN untuk terus melakukan transformasi dengan lebih menyeluruh agar dapat menjadi sebuah organisasi yang lebih mesra rakyat, dapat memberikan perkhidmatan dan maklumat terbaik kepada mereka, dan memainkan peranan yang lebih penting dalam pembinaan negara bangsa. Bagi memastikan matlamat ini tercapai, saya ingin menggariskan 8 Tugasan PentingKDN yang perlu dilaksanakan dengan segera pada tahun 2013, iaitu;
i.Melaksanakan kesemua inisiatif NKRA Mengurangkan Jenayah Fasa Kedua agar rakyat merasa aman dan selamat
ii.Melaksanakan komunikasi yang berkesan agar rakyat dan pihak berkepentingan memperoleh maklumat yang jelas mengenai dasar, program, produk dan perkhidmatan KDN
iii.Meningkatkan keselamatan siber (cyber security) individu, sektor awam dan swasta, agar setiap satunya merasa dilindungi dan selamat
iv.Memperjelas dan melaksanakan Program Transformasi Politik (PTP) agar ancaman terhadap keselamatan dan keamanan negara dapat diatasi dan diperseimbangkan dengan hak asasi serta kebebasan sivil
v.Memberi penghargaan kepada warga KDN melalui motivasi dan menjaga kebajikan mereka agar mereka merasa terbela dan mencapai lebih banyak kejayaan
vi.Mendekati Badan Bukan Kerajaan (NGO) dengan menerima sumbangan mereka agar mereka merasai bahawa peranan mereka diiktiraf
vii.Mendekati golongan mahasiswa dengan memanfaatkan kebijaksanaan dan potensi mereka dalam pembangunan negara bangsa
viii.Merancakkan kegiatan kesukarelaan melalui pelbagai insentif bagi membentuk perkongsian yang berkesan
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
Indikator kejayaan KDN dalam memastikan keselamatan dan keamanan negara
31.Saya telah menerima senarai begitu banyak kejayaan dan pencapaian jabatan, bahagian dan agensi dalam KDN yang tidak sempat saya sebutkan dalam ucapan pagi ini. Saya menghargai setiap kejayaan yang telah dicapai oleh pihak tuan-tuan dan puan-puan yang tentunya telah membantu mengangkat lagi imej KDN di mata masyarakat. Tahniah saya ucapkan kepada semua yang berjaya.
32.Selain daripada kejayaan jabatan, bahagian dan agensi, saya ingin sebutkan beberapa indikator kejayaan kita semua di dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara melalui semangat 1KDN.
i.Indeks Keamanan Global – Malaysia merupakan negara paling selamat dan paling aman di Asia Tenggara, negara ke-4 paling selamat di rantau Asia Pasifik dan negara ke-20 paling selamat di seluruh dunia.
ii.Laporan World Justice 2012 – Malaysia di tempat paling selamat di kalangan 30 Negara Berpendapatan Sederhana Atas dan ke-16 paling selamat di dunia, mengatasi kedudukan Amerika Syarikat dan Great Britain.
iii.World Economic Forum Global Competitiveness Report 2012 - Malaysia di tempat tertinggi dalam Ekonomi Membangun Asia walaupun kedudukan jatuh daripada tempat ke-21 ke tempat ke-25
iv.Crime NKRA International Panel Review ('IPR') yang terdiri daripada pakar penguatkuasaan undang-undang dan pembasmian jenayah dari AS, UK, Hong Kong dan Singapura menyatakan bahawa 'apa yang dicapai Malaysia dalam tempoh 12-18 bulan mungkin hanya akan dicapai selepas beberapa tahun pelaksanaan oleh negara lain'
v.Safe City Monitoring System (SCMS) – Malaysia menerima Special Achievement in GIS Award dari Enviromental System Research Intitute (ESRI) dan "Future City of The Year 2012 " dari Future GOV Summit.
33.Kesemua pengiktirafan ini menunjukkan bahawa tuan-tuan dan puan-puan, semua warga KDN telah melakukan sesuatu yang betul untuk memastikan keamanan negara dan keselamatan rakyat negara ini. Tahniah kepada semua warga KDN di atas kerjasama berpasukan yang ditunjukkan. Biarpun sukar dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai tohmahan dan kritikan, namun saya amat menghargai sikap warga KDN yang tidak pernah patah semangat dan tidak pernah mengalah. Biar apapun yang dilemparkan kepada warga KDN, ia menjadikan kita semua lebih bersemangat dan menyebabkan kita semua akan lebih bersungguh-sungguh memikul amanah tanpa rasa takut dan pilih kasih bagi memastikan negara aman dan rakyat dapat hidup dengan selamat.
34.Dalam apa sahaja yang kita lakukan selepas ini, ingatlah bahawa rakyat mesti didahulukan. Rakyat mesti dapat merasai hasil dari dasar transformasi kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Untuk memastikan rakyat dapat menikmati hasil dari agenda transformasi ini, tidak dapat tidak, kita semua warga KDN perlu meningkatkan usaha, berintegriti dan bekerja sebagai satu pasukan – pasukan KDN. Semoga Allah swt memberkati segala usaha kita dan semoga negara ini terus dirahmati dan rakyat terus dilimpahi nikmat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan