Jumaat, 28 Disember 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Kerabu Bersuara ®

Posted: 28 Dec 2012 03:21 PM PST

KENYATAAN MEDIA

i) Ngeh & Nga tidak pernah dianugerahkan sebarang tanah oleh kerajaan negeri Kelantan

ii) Pembelian syarikat Upayapadu Plantations Sdn Bhd adalah satu transaksi komersial yang berlaku di pasaran terbuka.

iii) UMNO/BN ingin mengalihkan perhatian rakyat jelata daripada skandal-skandal tanah terhadap mereka yang didedahkan oleh Ngeh & Nga semasa sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.

____________________________________________________________________

Sebuah blog merupakan penyokong BN bertajuk Pisau.net, dengan niat yang jahat menyatakan bahawa Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz, telah meluluskan bidang tanah seluas 10,526 ekar sebagai pertukaran untuk mendapatkan persetujuan YB Nga Kor Ming dan saya, melantik Dato' Seri Nizar Bin Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada tahun 2008.

Tuduhan tersebut dengan terang-terangnya merupakan satu pembohongan. Walaupun pihak BN dengan hakikatnya sedar tentang kebenaran tanah tersebut, tetapi media yang memihakkan mereka terus berusaha untuk menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat. Oleh itu, saya berasa perlu untuk mengeluarkan kenyataan media ini/

Pada 19/12/2012, saya telah membuat satu laporan polis yang meminta pihak polis mengambil tindakan terhadap mereka yang telah menabur fitnah ke atas Tok Guru Nik Aziz, YB Nga Kor Ming dan saya, di bawah Seksyen 8A (kesalahan penyiaran berita palsu ) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 499 (Fitnah Jenayah) Kanun Keseksaan. Saya telah mengarahkan peguam saya supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang memfitnah YB Nga Kor Ming dan saya sendiri.

Isu tersebut telah dikemukakan oleh BN untuk mengalihkan tumpuan perhatian rakyat jelata daripada skandal-skandal yang telah didedahkan oleh YB Nga Kor Ming dan saya semasa sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini. Skandal-skandal tersebut melibatkan kelulusan tanah bernilai beratusan juta Ringgit oleh pihak Kerajaan Negeri Perak BN kepada kroni-kroni UMNO/BN.

Untuk tujuan penerangan dan penjelasan bahawa tiada sebarang rasuah atau urusan yang tidak wajar dalam proses pembelian syarikat Upayapadu Plantations Sdn Bhd, saya mengambil kesempatan ini untuk terangkan yang berikut:-

i. Semenjak beberapa bulan yang lalu, saya telah memaklumkan YB Lim Kit Siang di atas penglibatan saya dalam pembelian syarikat tersebut.

ii. Saya juga telah memaklumkan serta menerangkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat Perak dua bulan yang lepas, apabila sebuah blog bertajuk Media Perak membuat tuduhan yang liar terhadap saya tentang isu yang sama.

iii. Dengan sepucuk surat yang bertarikh 6hbseptember 2012, saya telah memaklumkan Jabatan Hasil Dalam Negeri bahawa pengambilalihan tersebut telah berlaku, serta meminta Jabatan tersebut untuk memberi perintah yang sepatutnya dari segi pembayaran cukai.

iv. Dato' Hamzah Bin Zainuddin, selaku Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dari UMNO juga telah dimaklumkan tentang pengambilalihan tersebut sebagai Pengerusi Program Pembangunan Ladang Hutan, yang merupakan agensi yang meluluskan wang pinjaman untuk memajukan tanah tersebut. Beliau berkata semasa berjumpa dengan saya di Parlimen, bahawa pinjaman itu tetap akan diteruskan oleh pihak kerajaan walaupun saya berpihak pembangkang. Beliau juga berkata bahawa usaha untuk menanam pokok balak klon getah amat penting demi memastikan bekalan balak yang mampan dikekalkan untuk industri pembuatan perabot.

Oleh yang demikian, pengambilalihan syarikat Upayapadu Plantations Sdn Bhd berlaku secara terbuka dan tidak secara berahsia. Saya harus mengulangi di sini bahawa Pembelian syarikat Upayapadu Plantations Sdn Bhd adalah satu transaksi komersial yang berlaku di pasaran terbuka.

Oleh kerana pucuk pimpinan PR Perak telah dimaklumkan sebelum ini, tuduhan palsu yang tertimbul beberapa hari yang lepas tidak mengejutkan mereka. Saya ingin merakamkan penghargaan yang tertinggi kepada ahli-ahli dewan undangan negeri kerana menangani isu ini secara baiknya, sehingga ADUN BN tertinggal tiada pilihan selain membuat tuduhan palsu dalam Dewan Undangan Negeri yang mulia dan ADUN PR diberi kesempatan untuk menunjukkan betapa bodohnya ADUN-ADUN BN. Tiada seorang pun di antara semua ADUN BN berani mengulangkan tuduhan tersebut di luar dewan, kerana mereka sedar pada hakikatnya bahawa tuduhan tersebut adalah memang palsu.

Saya telah pun memberikan penjelasan melalui sidang media dan Tok Guru Nik Aziz, melalui sebuah kenyataan media yang dikeluarkan oleh setiausaha akhbar beliau pun telah menafikan tuduhan tersebut pada 21hbDsiember 2012. Tok Guru Nik Aziz juga secara individu, telah membuat penafian apabila ditanya oleh warga media.

Untuk pemahaman secara lebih mendalam kepada rakyat jelata, izinkan saya mengemukakan fakta-fakta tentang tanah seluas 10,526 ekar tersebut seperti berikut:-

1. Pada 13hbSeptember 2000, kerajaan negeri Kelantan telah meluluskan tanah tersebut kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK).

2. Pada Disember 2000, sebuah syarikat telah diluluskan untuk memajukan tanah tersebut, tetapi syarikat tersebut gagal dalam usahanya. Tanah tersebut diambilalih-semula oleh YIK pada 18hb Ogos 2004.

3. YIK menganugerahkan tanah tersebut kepada Upayapadu Plantations Sdn Bhd untuk memajukannya pada 28hb Ogos 2005 dan perjanjian telah ditandatangani pada 2hb Mei 2006.

4. Upayapadu Plantations Sdn Bhd gagal dalam usahanya untuk memajukan projek tersebut, maka pemegang-pemegang sahamnya membuat keputusan untuk menjualkan syarikat tersebut.

5. Saya bersama dengan sekumpulan pelabur (termasuk YB Nga Kor Ming) telah membeli syarikat tersebut pada bulan April 2012.

6. Jelasnya, tuduhan bahawa pemberian tanah tersebut adalah pertukaran kepada perlantikan Dato' Seri Nizar bin Jamaluddin pada tahun 2008 adalah suatu pembohongan

Dua buah Syarikat telah gagal. Kami harap kami akan berjaya dengan usaha kami. Kumpulan pemegang saham baru sedang mengambil risiko perniagaan seperti mana-mana pihak dalam bidang pelaburan.

Oleh kerana integriti saya sendiri dipersoalkan, saya ingin menyatakan di sini bahawa sepanjang hayat saya, tidak pernah saya menerima atau memberi satu sen pun kepada aktiviti rasuah. Saya telah berikrar ini semenjak zaman belia saya, semasa saya mengambil jawatan Presiden kepada Methodist Youth Fellowship, Gereja Methodist Cina Ayer Tawar di mana saya menyaksikan penderitaan orang yang berprinsip di bawah suatu sistem yang beramalan korap.

Penasihat saya, Allahyarham Cik Cheok Bee Lan, oleh kerana pegangan teguh beliau kepada prinsip-prinsip Kristian, terpaksa mengulangi ujian memandu sebanyak 7 kali sebelum mendapat lesen memandu beliau. Inilah hanya kerana beliau enggan menyertai amalan rasuah berleluasa, di mana 'pakej kelulusan jaminan' boleh didapati melalui rasuah.

Dengan rendah dirinya, saya mengakui bahawa saya mempunyai banyak lagi kelemahan, tetapi saya tidak boleh membenarkan penimbulan sebarang keraguan terhadap keikhlasan saya dalam menentang rasuah. Kita tidak boleh membenarkan sebarang peralihan perhatian rakyat jelata daripada amalan rasuah yang begitu dahsyat dan jijik diamalkan oleh BN.

Selamat Hari Krismas

24hb Disember 2012

Ngeh Koo Ham

DIALOG RAKYAT

Posted: 28 Dec 2012 03:20 PM PST

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/paya%20peda2.jpgBESUT - Sebuah empangan yang masih dalam pembinaan iaitu Empangan Paya Peda yang dianggarkan bernilai RM333 juta dilaporkan menjadi punca banjir 'luar biasa' yang mengakibatkan lebih 2,000 penduduk dipindahkan.

Empangan yang seluas 77 kilometer persegi terletak kira-kira 1.5 kilometer di Hulu Angga Barrage atau 17 kilometer dari Bandar Jertih, Besut itu menjadi kontroversi apabila terdapat beberapa kenyataan yang janggal dan berbeza antara satu sama lain, dikeluarkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasiaonal (BN).

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said berkata empangan tersebut 'terpaksa dipecahkan' untuk melepaskan takungan air demi keselamatan penduduk kawasan sekitar.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/paya%20peda1.jpgAhmad mengakui tindakan itu menyebabkan kawasan sekitarnya dilandar banjir, namun katanya, ia terpaksa dilakukan demi mengurangkan risiko tekanan pada kandungan air berlebihan di empangan.

Ahmad mendakwa langkah itu dibuat untuk membolehkan air daripada empangan berkenaan dialir keluar secara terancang.

Berikutan tindakan memecahkan benteng empangan itu, banjir melanda daerah Besut dengan lebih 2,000 penduduk terpaksa dipindahkan setakat ini, ke pusat pemindahan banjir.

"Empangan ini belum lagi siap dan kandungan air di dalamnya mungkin belum sampai tahap maksimum. Kita takut tekanan dan air melimpah dan sebagainya, sebab itu kita terpaksa buat (pecahkan) melibatkan perunding, kontraktor dan JPS (Jabatan Perparitan dan Saliran)," kata Ahmad.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/empangan%20paya%20peda%20pecah.jpgBeliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penganugerahan Pingat Emas dan Sarjana Terengganu Yayasan Terengganu (YT) ke-33 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) pada Selasa 25 Disember.

Kenyataan Ahmad dipetik Bernama dibuat selepas banjir luar biasa melanda beberapa buah kampong di kawasan Dewan Undangan Hulu Besut terutamanya Kampung padang Bual, pada malam sebelum Isnin 24 Disember.

Persoalannya, mengapakah tidak ada sebarang notis atau pemberitahuan yang dikeluarkan oleh sebarang agensi kerajaan sebelum empangan tersebut dipecahkan.

Sekiranya benar dakwaan Ahmad, ia terpaksa dipecahkan, pasti ada prosedur yang dilakukan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kehilangan nyawa dan harta benda ribuan rakyat di kampong-kampung berhampiran.

Amat mustahil bagi kerajaan Umno-BN yang memiliki sekurang-kurangnya empat atau lima agensi terkait dibawah pembinaan empangan tersebut tidak mengambil tindakan pro-aktif, sebelum ia dipecahkan, kerana hujan lebat telah pun turun sejak beberapa hari sebelum itu.

Tidak munasabah sekiranya segala macam media, samada media cetak dan elektronik yang dimiliki oleh kerajaan Umno-BN gagal membuat  sebarang pemberitahuan sebelum empangan terpaksa dipecahkan.

Agensi-agensi penguatkuasa seperti bomba, polis dan Majlis Daerah Besut pasti sentiasa bersedia untuk mengetuk setiap rumah rakyat, walaupun pada waktu dinihari, untuk memaklumkan bahawa empangan tersebut terpaksa dipecahkan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/empangan%20paya%20peda%20pecah3.jpgItu tidak termasuk kakitangan Umno yang terdiri dari KEMAS dan JKKK yang boleh dikerah , memberitahu penduduk kampong bahawa empangan akan dipecahkan, bagi mengelakkan sebarang tuduhan dan andaian sebenarnya ia adalah satu tindakan 'khianat'

Atau ia tindakan 'bermotif' politik bagi Ahmad Said yang membawa Sultan Terengganu menjelajah daerah Besut sehari selepas kejadian???

Justeru segala persoalan di atas ditambah lagi dengan pelbagai 'tanda soal' apabila Jurutera Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (Ketara), Wee Yit Ming berkata banjir luar biasa itu berpunca daripada satu bahagian tebing hulu Empangan Paya Peda telah mengalami hakisan hingga berlaku sedikit keruntuhan.

Sekaligus mengesahkan, banjir yang melanda daerah Besut hingga menyebabkan lebih 2,300 penduduk berpindah adalah sebenarnya berpunca daripada limpahan air dari satu aliran Empangan Baru Paya Peda, Hulu Besut setelah ia tidak mampu menampung air hujan yang turun tanpa henti sejak Ahad.

Bahkan kenyataan Wee Yit Ming, menolak sama sekali dakwaan Ahmad yang mengatakan bahawa empangan tersebut terpaksa dipecahkan! dan dakwaan Ahmad tidak benar sama sekali!

"Kajian pihak pengurusan mendapati empangan tersebut tidak mampu menakung peningkatan air limpahan hujan sejak Ahad yang mencecah ketinggian El+25 meter hingga mengalami sedikit keruntuhan di satu bahagian tebing," kata Wee Yit Ming dalam satu kenyataannya pada Khamis 27 Disember.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/empangan%20paya%20peda%20pecah1.jpgKenyataan Wee Yit Ming yang juga diterbitkan Bernama dikeluarkan selepas dua hari kenyataan Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said.

Laporan itu juga,  kata Wee Yit Ming menyebut, ekoran hujan berterusan pada pagi hari berikutnya, paras air meningkat sehingga ketinggian di tahap maksimum di satu bahagian empangan lencongan tersebut.

Justeru, pihak pengurusan mengambil keputusan mengorek sebuah kawasan bagi melencongkan air ke satu kawasan lencongan bagi memastikan takungan air di empangan utama tidak melimpah keluar.

"Ketika pekerja melakukan kerja-kerja pengorekan, datang sekumpulan penduduk menghalang pekerja dari meneruskan kerja

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/empangan%20paya%20peda%20pecah2.jpg"Oleh kerana ketakutan, pekerja tersebut telah memberhentikan kerja dan tanpa disedari paras air empangan utama tersebut meningkat ke ketinggian maksimum 28 meter dan menyebabkan satu bahagian daripada empangan utama tersebut terhakis dan runtuh sedikit hingga menyebabkan air melimpah keluar," katanya.

Menurut laporan itu juga, air limpahan kemudiannya mengalir ke Sungai Angga berdekatan dan melimpah hingga ke Kampung Padang Bual, di sini hingga menyebabkan kawasan berkenaan ditenggelami sehingga ke paras bumbung.

Laporan itu juga menyebut pihak pengurusan Ketara telah mengadakan mesyuarat tergempar semalam dan memutuskan satu mesyuarat lanjutan akan diadakan bersama Pegawai Daerah Besut bagi memastikan tidak ada urusan campurtangan daripada penduduk setempat di atas pembinaan empangan berkenaan selepas ini.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/empangan%20paya%20peda%20pecah4.jpgProjek Empangan Paya Beda yang bernilai RM333 juta itu telah dimulakan pembinaan pada tahun lepas dan dijangka siap akhir tahun 2013. Ia bertujuan membekalkan air kepada 8,000 petani di Besut dan Setiu selain membekalkan sumber air asli untuk kegunaan penduduk daerah berkenaan.
Laman rasmi KETARA melaporkan anggaran kos pembinaan Empangan Paya Peda iaitu sekitar RM 200 juta dan sebanyak RM150 juta telah diluluskan di bawah RMK-9.

Kerja-kerja permulaan seperti penyiasatan tanah, bancian dan topografi telah bermula pada pertengahan 2007 dan Empangan Paya Peda ini dijangka siap menjelang 2010.

Namun pada belanjawan 2010 Perdaa Menteri hanya memperuntukkan RM70 juta untuk melaksanakan Projek Empangan Paya Peda di Terengganu yang tiba-tiba telah meningkat kepada RM333 juta dan peningkatan kos tersebut dimumkan oleh Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said sendiri

"Saya difahamkan bahawa cadangan pembinaan projek ini telah lama dicadangkan semenjak tahun 1996 iaitu dalam Rancangan Malaysia ke-7 dan telah pun dicadang dibina dalam Rancangan Malaysia ke-8 . Malangnya ketika itu, bajet peruntukan tidak diluluskankan oleh Kerajaan maka pembinaan empangan ini tidak dapat diteruskan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/P3210026.JPG"Alhamdullilah , pada tahun ini iaitu pada akhir Rancangan Malaysia ke 9, projek ini telah dapat diteruskan dan dimulakan pembinaannya. Saya bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu amat berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia kerana telah berusaha untuk menyediakan peruntukan yang agak besar iaitu RM 333 juta untuk pembangunan projek Empangan Paya Peda ini,"kata Ahmad Said semasa Majlis Pecah Tanah pembangunan empangan tersebut pada 21 Mac 2010. [Gambar kanan]

Kontraktor Jaks Resources Berhad JV Pembinaan Sujaman Sdn. Bhd. telah diamanahkan oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia pada 19 November 2009 tetapi menurut catatan CIDB harganya dalah hanya RM 166, 549, 799.42.

Antara Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Jaks Resources Berhad adalah Tan Sri Dato' Seri Law Hieng Ding, bekas Menteri sains Teknologi dan Alam Sekitar kerajaan Barisan Nasional dari tahun 1990 - 2004.

Tiada ulasan:

Pengikut