Jumaat, 28 Disember 2012

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


WANG DERMA PALESTIN TIDAK DISERAHKAN

Posted: 27 Dec 2012 08:32 PM PST



Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari mendesak agar dana Palestin sebanyak RM680,747.00 yang dipungut pada tahun 2009 oleh kerajaan Melaka diserahkan sepenuhnya kepada rakyat Palestin dengan segera.

"PAS Melaka kesal dengan tindakan kerajaan Melaka yang sehingga kini masih gagal meyerahkan dana berjumlah RM680,747 yang dipungut pada tahun 2009 kepada Palestin".

"Kita mendesak kerajaan negeri supaya meyerahkan dana tersebut dengan segera, perbuatan mereka menyimpan dana ini selama 3 tahun adalah perbuatan khianat" ujar Adly dalam blog peribadinya,

Adly berkata laporan Ketua Audit Negara mendapati sejumlah RM680,747.00 telah berjaya dikumpulkan hasil dari sumbangan Jabatan/Agensi kerajaan dan orang awam.

"Namun laporan itu mendapati bahawa wang tersebut tidak disalurkan kepada rakyat Palestin sehingga April 2011"

"Saya berharap Ketua Menteri, Datuk Seri Ali Rustam memberi penjelasan terperinci terhadap perkara ini yang dikira amat memalukan negeri dan negara kita.

Menurutnya Ketua Menteri mesti menjelaskan bila wang tersebut diserahkan kepada Rakyat Palestin kerana sehingga kini kita tidak mendapat maklumat sahih tentang perkara itu.

"Sekiranya wang itu telah disalurkan, kenapa ia mengambil masa yang sebegitu lama"? soal Adly.

Adly berkata penjelasan Ketua Menteri adalah dituntut kerana ia melibatkan sumbangan orang ramai.

Tiada ulasan:

Pengikut