Pakatan Rakyat |
Posted: 26 Dec 2012 03:09 PM PST [Bernama] JOHOR BARU, 26 Dis – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap seorang pengawal keselamatan selepas didapati bersalah membunuh seorang gadis berumur 16 tahun, di sebuah ladang kelapa sawit, Masai, di sini tahun lepas. Hakim Datuk Abdul Halim Aman menjatuhi hukuman terhadap D.Kalaiselvan, 47, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap pendakwaan. Kalaiselvan bersama seorang lagi yang masih bebas dituduh membunuh Nur Rahayu Qomarodin, di ladang kelapa sawit Sungai Masai, Jalan Masai-Kong Kong, Masai, antara pukul 2.30 pagi dan 2.50 pagi, 18 Jun 2011. Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan. Dalam penghakimannya, Abdul Halim berkata tertuduh yang memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah menerusi kandang saksi itu gagal memberi penjelasan yang munasabah selain pembelaannya itu bersifat penafian semata-mata. "Tertuduh menafikan membunuh dan terlibat membakar mangsa dan ini berbeza dengan keterangan saksi iaitu teman lelaki mangsa. "Tertuduh juga gagal memperjelaskan mengapa dia perlu lari daripada pihak polis dan memindahkan beban kejadian terhadap orang lain, iaitu Ramani dan Siva. "Tertuduh kemudian tidak memperjelaskan lebih lanjut mengenai Siva dan nama penuh Siva juga tidak diberi. "Perbuatan kamu (tertuduh) ini amat kejam, tidak berperikemanusiaan serta tidak bertamadun. "Bagaimana kamu tergamak melakukan perbuatan itu terhadap gadis yang sebaya dengan anak kamu. "Jadi, mahkamah tiada pilihan lain selain menjatuhi hukuman mati terhadap kamu mengikut peruntukan undang-undang Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu gantung di leher sampai mati," katanya. Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad manakala Kalaiselvan diwakili peguam Mohd Zahar Ngah. Peguam Khairul Azwad Sariman turut hadir sebagai peguam pemerhati bagi mewakili keluarga mangsa. Sementara itu, bapa mangsa, Qomarodin Bajuri, 48, yang turut mengikuti prosiding terbabit dilihat menitiskan air mata sejurus hukuman terhadap Kalaiselvan diputuskan. |
Posted: 26 Dec 2012 01:42 PM PST Maran: Kembara Oren Selamatkan Felda peringkat Pahang, kelmarin kecoh apabila Ketua Penerangan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak), Noraza Muda yang mengetuai konvoi ditahan dan diikat tangannya. Tindakan tersebut dilakukan bagi menghalang Noraza dan peserta konvoi memasuki kawasan Felda Kampung Awah, Chenor. Pengarah Pilihan Raya Pas Maran, Shamsuri Hussin yang turut menyertai program berkenaan berkata, pada awalnya konvoi berjalan dengan lancar dari Felda Bukit Kepayang, Bera. "Suasana bermula apabila konvoi tiba di Felda Kampung Awah. Noraza ditahan dan diikat kedua belah tangannya. Katanya, tindakan tersebut menimbulkan kemarahan peserta konvoi dan berlaku ketegangan di kawasan tersebut. Menurutnya, keadaan kembali reda apabila Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan, Sulaiman A. Hamid campur tangan dan mengarahkan Noraza yang ditahan selama 15 minit di sebuah pondok dilepaskan. Katanya, hasil rundingan dengan penduduk, konvoi dibenarkan memasuki kawasan Felda dan meneruskan program penerangan jelajah di Markas Pas di dalam kawasan Felda itu. Shamsuri berkata, insiden berkenaan cukup mengecewakan dan pihaknya mengutuk tindakan tidak bermoral pihak yang menghalang jelajah berkenaan. Menurutnya, peserta konvoi juga terkilan dengan tindakan pihak yang mencetuskan provokasi. "Perbuatan ini melanggar Perlembagaan dan undang-undang yang memberi hak kepada semua rakyat negara ini untuk ke mana sahaja dan berhimpun dengan aman. "Pemuda Pas Maran yakin bahawa sebahagian besar peneroka dan penduduk Felda kini matang dalam berpolitik, mereka tahu untuk memilih pimpinan dan wakil dalam memperjuangkan hak dan kebajikan mereka. Kelmarin, Kembara Oren di Negeri Sembilan kecoh apabila ratusan penduduk menghalang laluan konvoi berkenaan. Sebelum ini pada 3 November insiden yang sama berlaku di Felda Lawin Selatan, Gerik Perak. penyapu sial Mana polis? Kalau samseng UMNO boleh bertindak sewenang-wenangnya,negara ni sudah tak ada undang-undang lagi.Ayuh kita sama-sama sertai undang-undang rimba ini. jenis peneroka tak sedar diri, org nak tolong selamatkan generasi anak2 masadepan dia nak sekat, dengar dulu penerangan dan buat pertimbangan..bukan bertindak semberono, kita ada undang2. jenis melayu tak boleh berfikir.. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan