Rabu, 26 Disember 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


tunku

Posted: 26 Dec 2012 03:25 AM PST

tunku


Kelantan Land Issue: PAS Supporters Fail To Understand Between Letter Of Support And Letter To Transfer Land

Posted: 26 Dec 2012 03:07 AM PST

The issue of Kelantan's 4,210 land which is worth almost RM30 million in locations such as Relai, Chiku District at Gua Musang which is given to Upayapadu Plantation Sdn Bhd by Nik Aziz's government is beginning to fall apart. It is said that the land is given because it involves the interest of politicians such as Adun DAP Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham, few of the investors in the company. The 'gift' given by PAS government to the Perak DAP leader is said so that PAS could put Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin as Perak Chief Minister at the time. Based on the search on Companies Commission of Malaysia (SSM), 40% or RM15 million of Upaya Padu Plantation Sdn Bhd is owned by Ngeh Koo Ham, and 51% or RM16 million is owned by a company known as Efektif Kirana. And 99% of the shares in Efektif Kirana is owned by Ngeh Koo Ham as well. Thus, in a way, Upaya Padu Plantation is almost 100% owned by Ngeh Koo Ham. Ngeh also confirmed that he is the owner of the company even though previously he tried to lie deny everything. This issue is not really that hard to understand especially when Nik Aziz's Media Secretary himself, Ahmad Fadhli Shaari confirmed that the state government had offered Upayapadu Sdn Bhd through the letter of Yayasan Islam Kelantan dated August 28, 2005. Considering that everything is braeking up, Nik Aziz and Ngeh began to find ways to defend themselves when their 'dirty business' is exposed. Harakah also took an important role to twist stories and to blame UMNO leaders as the backbone of the whole thing. They are saying that the land is given to Upayapadu through the approval from the central government based on the letter from Deputy Minister of Ministry of Rural and Regional Development, Datuk Dr Awang Adek bin Hussin, and the letter from Minister of Plantation Industries and Commodities at the time, Datuk Peter Chin Fah Kui. It is clear that this is PAS's desperate efford in trying too twist such a simple story, so that it would be too twisted for rakyat to understand. This is because, both of the letters which is being used as PAS as their 'evidence that they are innocent' is only support letter on the project which is proposed and not the document to change land ownership to anyone. It has always been the responsibility of the central government to support projects that are seen to be able to generate state income. However, Datuk Awang Adek nor Datuk Peter Chin have any rights or power to change the land ownership to Upaya Padu Sdn Bhd or anyone. The only one who has the power to do such thing is none other than Tok Guru Nik Aziz himself. The thing which makes it harder for PAS and DAP is when this scandal is raised in Dewan DUN Perak by Dato' Hamidah Osman. It has been part of DAP's tradition to threat people when it comes to covering their scandal. Thus, on December 20, at 3.30pm when she was at the food court of Dewan Undangan Negeri, Nga Kor Ming came to Dato' Hamidah and threatened her by saying,"If you reveal this, you watch out I will go after you''. However, as usual, DAP is too arrogant to admit that they threaten anyone even though the fact is, Mohamad Tajol Rosli Ghazali and Datuk Rusnah Kassim was there during the incident. Who knows what DAP and PAS would do after this to cover their corruption issue. Today, PAS had proven that they are willing to sacrifice 4,210 hectare of their land for the CM post. Just imagine if PR is to lead this country...who knows how much land would PAS give away for the post of Cabinet Ministers or even GLC Directors. And just imagine the kind of threats those DAP gangsters would do if they don't get what they want.

bumiyang

Posted: 26 Dec 2012 03:22 AM PST

bumiyang


Kerajaan Kelantan Perlu Dedahkan Transaksi Balak Peminpin DAP!

Posted: 25 Dec 2012 09:00 PM PST

Nik Aziz Perlu Patuhi Titah DYMM Sultan Kelantan!

Posted: 25 Dec 2012 06:54 PM PST

DAP Tolak Anugerah Datuk, Teng dan Ngeh Bukti Mereka Anti Raja-raja Melayu???

Posted: 25 Dec 2012 05:31 AM PST

Politik Harian

Posted: 26 Dec 2012 03:09 AM PST

Politik Harian


Umno Negeri Sembilan Saran Guan Eng 'Tutup Mulut'

Posted: 25 Dec 2012 08:19 PM PST


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng disaran menutup mulut isu kalimah ALLAH kerana dikhuatiri akan mewujudkan suasana tegang di negara ini.

Setiausaha Umno Negeri Sembilan, Datuk Hasim Rusdi berkata, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang tidak faham tentang agama Islam dan tidak layak bercakap mengenai perkataan ALLAH.

"Mana boleh samakan nama ALLAH dengan yang lain. Kalimah ALLAH perlu dijunjung dan tidak boleh dipermainkan.

"Guan Eng tidak faham tentang agama Islam dan dia main cakap sahaja. Lebih baik Guan Eng berhenti bercakap kerana kenyataan beliau nanti akan membuatkan masyarakat keliru," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Menurutnya, pemimpin Pas perlu menegur tindakan Guan Eng kerana kenyataannya itu dikhuatiri akan mewujudkan suasana tidak harmoni dan mendatangkan kemarahan umat Islam.

"Kalau betul Pas sebuah parti memperjuangkan Islam, sepatutnya mereka (pemimpin Pas) menegur Guan Eng supaya tidak mempermainkan perkataan ALLAH.

"ALLAH bukannya ayat politik tapi ayat al-Quran yang disanjung tinggi dalam Islam. Kita tidak mahu Guan Eng mudah memberi kenyataan tapi dalam masa yang sama tidak mahu bertanggungjawab dengan apa yang diperkatakan," katanya.

Hasim berkata, beliau berharap Guan Eng menghormati agama Islam sepertimana umat Islam menghormati agama lain.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Guan Eng menggesa Kerajaan Persekutuan yang diketuai Barisan Nasional (BN) membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu seperti yang dibenarkan di Sabah dan Sarawak.

Guan Eng membuat gesaan itu kerana kerajaan sering melaungkan bahawa mereka mesra rakyat yang membawa keamanan, kemakmuran berlandaskan prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi serta integriti. -SH

Konvoi Kembara Oren Pro PAS Cuba Langgar Peneroka FELDA

Posted: 25 Dec 2012 07:00 PM PST



Beberapa blog dan portal pro pembangkang tika ini sedang spin baik punya dengan memutar belitkan fakta kekecohan yang berlaku pada 23 Disember 2012 di Felda Bukit Rokan Utara, Negeri Sembilan.

Ikut pada laporan geng pro pembangkang, dua peserta Kembara Oren cedera dan sebuah kereta pacuan empat roda berwarna kuning dipecahkan cermin kononnya dengan sengaja oleh penduduk tempatan serta para peneroka.

Sesiapa yang percaya dengan berita propaganda tersebut, sahihlah memerlukan pemeriksaan segera di hospital berdekatan untuk kenalpasti kedudukan sebenar otak anda sama ada wujudnya di kepala lutut ataupun berada dalam tempurung kepala.

Di bawah ini dua versi cerita dari dua portal pro PR. Baca dengan teliti kemudian bandingkan pula dengan video di bawah yang disertakan.
Menurut Pengarah Program Konvoi Oren Negeri Sembilan, Abdul Rahman Ramli; ketika peserta konvoi baru sahaja sampai di lokasi, sekumpulan lelaki yang bersenjatakan kayu dan batu meluru kepada sebuah kereta pacuan empat roda yang berada di paling hadapan.
"Mereka memecahkan cermin kereta di hadapan dan kedua-dua cermin tingkap sebelah kiri kereta dengan kayu.
"Sebenarnya tindakan lelaki-lelaki yang membawa bendera BN dan Umno ini adalah satu tindakan yang salah.
"Menyedari bantahan daripada mereka, kami tidak masuk ke Felda Bukit Rokan Utara, sebaliknya hanya berunding untuk menggunakan jalan besar tersebut untuk ke Felda Jelai.
"Sebaliknya mereka mencederakan dua orang lelaki.
"Seorang cedera di kepala dan seorang lagi di kening. Saya juga kecewa dengan pihak polis yang hanya melihat insiden itu berlaku dan tidak menghalang lelaki-lelaki yang mencetuskan provokasi dari awal lagi," kata Abdul Rahman yang juga merupakan Yang DiPertua PAS Jempol. (FreeMalayasiaTodays)
Manakala di bawah ni pula ialah cerita versi Harakahdaily. Bandingkan di mana perbezaan dan persamaan dengan kenyataan di atas dari FreeMalaysiaToday..
"Kami mengalah demi menjaga ketenteraman awam walaupun konvoi kami ini tidak menyalahi undang-undang.
"Ketika kami berunding agar mereka membuka sekatan jalan untuk kami meneruskan perjalanan ke Felda Jelai, tiba-tiba mereka menyerang kereta pacuan empat roda kami dengan kayu.
"Untuk menyelamatkan diri kereta pacuan empat roda yang berwarna kuning itu berundur dan dalam keadaan kelam kabut itu kereta itu tergesel sedikit dengan sebuah motorsikal secara tidak sengaja.
"Lalu mereka memecahkan cermin depan dan cermin tingkap kereta tersebut.
"Selepas itu mereka turut menyerang peserta dan dua peserta kita cedera dipukul dengan kayu oleh mereka yang saya percayai orang upahan Umno dan Barisan Nasional. Inilah sikap tidak bertamadun orang-orang Umno dan Barisan Nasional," jelas Abdul Rahman (Harakahdaily)


Dua cerita di atas oleh lelaki yang sama yakni Yang DiPertua PAS Jempol, Abdul Rahman tampak jelas ada percanggahan. Terlampau ghairah untuk memutar belitkan cerita akhirnya kantoi wujud percanggahan ketara.

+ Kenyataan pertama menyebut ketika konvoi baru sampai ianya terus diserang oleh sekumpulan lelaki yang bertindak memecahkan cermin kereta tersebut. Kemudian baru diadakan perundingan tapi diikuti dengan serangan yang mencederakan dua peserta konvoi terbabit.

+ Dalam kenyataan kedua di Harakahdaily pula, Abdul Rahman menyebut ketika rundingan sedang diadakan tiba-tiba sahaja kereta pacuan 4 roda itu diserang dan terpaksa berundur sehingga terlanggar sebuah motosikal diikuti dengan tindakan penduduk memecahkan cermin kenderaan tersebut.

Kan ketara berbeza jalan penceritaannya tu. Standardlah tu, siapa saja yang jadi pemimpin PAS automatik bijak dalam bab kelentong.

Sebetulnya, sebelum kejadian tersebut, lebih kurang 100 orang penduduk setempat dan para peneroka yang turut mengibar bendera BN telah menyekat konvoi haramjadah yang ditaja oleh NGO proksi PAS, ANAK daripada memasuki kawasan penempatan mereka.

Bagaimanapun semasa perundingan dilakukan diantara kedua-dua pihak, tiba-tiba sahaja kenderaan pacuan 4 roda berwarna kuning memecut laju ke hadapan sehingga hampir menyebabkan berlakunya kemalangan. (Lihat Video di bawah atau klik sini)


Sumber-MYKMU

anakbukitgantang says

Posted: 26 Dec 2012 03:07 AM PST

anakbukitgantang says


Ismail Mina kunjungi Tok Guru Haji Abdullah Sa'amah di Sekolah Pond...

Posted: 25 Dec 2012 03:15 PM PST



Berkenaan tahaluf siyasi dan beza hubungan UMNO-MCA-MIC-GERAKAN vs PAS-DAP-PKR

 

UMNO maseh dominan dalam Barisan Nasional dan party komponen tidak pernah  menyongsongkan polisi kufar mereka. Oleh itu  party komponen bukan Islam dalam Barisan dianggap kafir zimmi iaitu  yang tak memudaratkan Islam

 

PAS pula akur dengan polisi Kritianisasi DAP dan Pluralisme dan Liberalisme PKR-kerjasama ini mudarat ke atas umat Islam


Taipingmali (tm)

Posted: 26 Dec 2012 01:26 AM PST

Taipingmali (tm)


Parti PAS mula belajar simbah cat merah

Posted: 26 Dec 2012 12:00 AM PST

Sebuah rumah milik orang Umno telah disimbah dengan cat merah dan pada pintu rumahnya.

Difahamkan beliau telah mendedahkan nama seorang ahli Pas yang telah menghina DYMM YTP Agong. Beliau telah mendedahkan nama dalam satu liputan atau sidang media selepas membuat laporan polis.

Adakah tindakan menyimbah cat ke rumah orang dibolehkan dalam Islam? Pas sebuah parti yang kononnya berjuang atas landasan Islam, mengapa sampai tergamak berbuat demikian dan mereka (Pas) sanggup menghina Raja-raja Melayu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Info Banjir

Posted: 25 Dec 2012 04:59 PM PST

Jumlah mangsa banjir sehingga pagi ini kini berjumlah kira-kira 13,409 (3,293 di Kelantan; 7,741 di Terengganu dan 2,375 di Pahang).
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Layakkah Lim Guan Eng bercakap bab Allah

Posted: 25 Dec 2012 04:59 PM PST

Sempena Hari Natal 2012, Lim Guan Eng gatai mulut untuk menjadi bab agama kristian, nada dia amat jauh tersasar jika dibandingkan dengan ucapan pemimpin BN yang lebih menjuruskan kepada kerjasama dan perpaduan kaum, hormat menghormati antara satu sama lain.

Lim Guan Eng punya ucapan lain pula bunyinya, dia mahu khalimah Allah dibenarkan diguna pakai oleh semua gereja di Malaysia.

Adakah dia pengerusi gereja atau POP besar di Malaysia?

Pemuda Pas nampaknya dah mula naik angin tetapi pemuda Pas kena hormatlah pandangan khalifah Umar Abd Aziz lantikan Pas. Kalau Nikky , Hadi dan Khalid Gereja diam sahaja bermakna semua ok lah.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 25 Dec 2012 11:35 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Nizar Bekas MB Perak Kantoi RASUAH!!

Posted: 25 Dec 2012 11:00 PM PST

Tanah RASUAH??

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan meminta pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pendedahan sebuah blog yang mendakwa berlakunya rasuah pemberian tanah terhadap salah seorang pemimpin DAP dalam proses pemilihan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri ,Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak kira-kira empat  tahun lepas.
Nizar Al Capone
Menurut beliau, biarpun pendedahan tersebut telah dinafikan oleh kepimpinan tertinggi Pakatan Pembangkang, namun beliau mendesak agar SPRM segera menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut.
"Saya minta agar SPRM segera menyiasat dakwaan tersebut untuk mencari kebenaran tentang pendedahan tersebut. Bahkan saya difahamkan, blog tersebut juga turut memuatkan beberapa dokumen berkenaan pemberian tanah tersebut kepada kepimpinan DAP itu.

"Selama ini mereka menuduh UMNO dan BN mengamalkan rasuah, namun pendedahan tersebut membuktikan bahawa tuduhan itu kini berbalik kepada mereka dengan pendedahan blog tersebut dengan beberapa dokumen sebagai bukti," tegas beliau kepada UMNO-Online di sini.

Beliau juga berharap pihak yang mendedahkan perlakuan rasuah kepimpinan tertinggi DAP dan Pas tersebut agar bertanggungjawab di atas segala pendedahan yang dibuat serta mengemukan segala dokumen yang menjadi bukti berlakunya penyelewengan tersebut kepada pihak yang terbabit.

"Saya yakin, apa yang didedahkan itu bukan fitnah. Saya yakin ada kebenarannya di atas dakwaan yang dibuat oleh blog tersebut memandangkan ianya turut disertai dengan beberapa dokumen untuk mengesahkan lagi dakwaan tersebut," ujarnya.

Beliau turut membidas tindakan Pakatan Pembangkang yang seringkali cuba mengaitkan perlakuan rasuah terhadap UMNO dan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai satu perbuatan jahat.

"Sekiranya benar berlakunya perkara seperti yang didedahkan oleh blog tersebut, bagi saya ia merupakan satu perbuatan rasuah kedua terbesar di dalam Pakatan Pembangkang, selain tindakan rasuah yang cuba dilakukan terhadap 30 Ahli Parlimen yang kononnya akan melompat parti ketika heboh peralihan kuasa pada 16 September yang lalu.

"Rasuah ini sebenarnya tidak mengenal parti atau bangsa. Semua yang menyahgunakan kuasa atau wang ringgit untuk melakukan rasuah, tetap bersalah tanpa mengira apa juga parti atau apa juga bangsa di pelaku," jelasnya.

Sebuah blog, www.pisau.net baru-baru ini telah mendedahkan berlakunya transaksi pemberian tanah bertempat di daerah Chiku, Guan Musang yang mencurigakan antara kepimpinan DAP dan  kerajaan Kelantan yang didakwa sebagai tukar ganti agar kepimpinan DAP bersetuju Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Besar Perak.


sumber: jejarikami

Lu Pikirlah Sendiri @MyMassa : Isu Cukai Pintu Di Selangor

Posted: 25 Dec 2012 08:36 PM PST

Mohon disebarkan kepada rakan-rakan.


Tak percaya? Sila baca laporan akhbar ini.

Terkejut cukai pintu naik
Wartawan Sinar Harian
20 Mei 2012
Terkejut cukai pintu naik
Baharum menunjukkan notis pindaan senarai nilaian atau cukai taksiran yang diterima baru-baru ini.
KUALA KUBU BHARU - Seorang penduduk Taman Ampang Pecah di sini terkejut apabila menerima notis cukai taksiran yang didakwa tinggi.

Baharum Wariya berkata, notis bertarikh 3 Mei 2012 itu diterima semalam dengan jumlah cukai RM143.10 lebih tinggi berbanding 13 tahun sebelumnya hanya RM108.

"Rumah saya diami adalah kos rendah, nilainya RM25,000 ketika saya beli pada tahun 1990 dan cukai pintu yang dikenakan sebelum ini hanya RM54 untuk setengah tahun.

"Tetapi sekarang cukai telah melonjak tinggi dan jika kenaikan sama dialami penduduk di kawasan ini yang kebanyakannya berpendapatan rendah maka jelas akan membebankan mereka," katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, berdasarkan Notis Pindaan Kepada Senarai Nilaian yang diterima, kenaikan cukai taksiran itu dibuat setelah berlaku pengubahsuaian dan tambahan pada struktur hadapan rumahnya.

Bagaimanapun, katanya pengubahsuaian itu dibuat sejak tahun 1998 dan dia hairan mengapa baru sekarang kenaikan cukai dikenakan.

Menurutnya, kenaikan itu dianggap tidak munasabah malah bertentangan dengan hasrat Kerajaan Negeri yang sebelum ini mencanangkan penurunan cukai 20 peratus.

"Manifesto Kerajaan Negeri sebelum ini mahu menurunkan cukai 20 peratus, tetapi notis ini membuktikan bukan saja janji tak di tunai malah dinaikkan lebih tinggi dari itu.

"Sudahlah denda lewat dinaikkan daripada RM2 kepada RM20, ini pula kenaikan mendadak cukai pintu yang memang membebankan," katanya.

Menurutnya, walaupun notis pindaan itu akan dikuatkuasakan pada 7 Julai ini dan memberi ruang penerima mengemukakan bantahan, namun dia percaya bantahan itu tidak dilayan seperti yang berlaku terhadap penduduk Desa Alam Ria di Batang Kali yang kini menanggung beban cukai tinggi.

Katanya, ruang bantahan turut diberikan kepada penduduk taman tersebut, tetapi disebabkan keputusan muktamat Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, maka bantahan itu tidak dilayan.

Baharum turut kesal kerana walaupun Kerajaan Negeri menaikkan cukai itu tetapi penyelenggaraan tidak dilakukan sehingga keadaan longkang tersumbat, lalang terbiar di kawasan taman tersebut.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/terkejut-cukai-pintu-naik-1.49470

*Sebar-sebarkan.

Video Ahli PAS (OREN) nak bunuh warga Felda

Posted: 25 Dec 2012 06:05 PM PST



Lihat saja video ini, bukankah Gerakan Menyelamatkan Felda ini sepatutnya digelar Gerakan Bunuh Felda. Kereta tersebut yang dipandu umat PAS, yang menghalalkan darah orang Islam selainnya (UMNO-BN), dipandu laju merempuh penduduk kampung, syukur Alhamdulillah, penduduk kg tersebut dilindungi Allah s.w.t mereka ini bebas dari kecederaan, namun nyaris menemui ajal sekiranya kereta yang dipandu ahli Oren PAS yang sudah kurang waras itu merempuh mereka.

Mereka puak OREN yang diketuai Mazlan Aliman, yang mengarahkan kenderaan pacuan empat roda itu merempuh penduduk kg tersebut. Tindakan ini adalah tindakan kurang waras yang selalunya dilakukan di Israel, dimana askar Israel akan merempuh serta melanggar penduduk Palestine sesuka hati tanpa belas kasihan. Mereka ini umpama Yahudi Mabuk yang tidak sedarkan diri, serta dengan sesuka hati menceroboh kampung-kampung orang menyebarkan dakyah-dakyah fitnah mengatakan bahawa Felda ini tidak membawa keuntungan malahan merugikan. Masakan sesuatu yang merugikan ingin diadaptasi oleh orang lain, baru-baru ini Moro mencapai perjanjian damai di Filipina melalui usaha kerajaan pimpinan DS Najib memohon bantuan kerajaan Malaysia menyalurkan skim serta cara Felda beroperasi kepada mereka untuk membantu proses pembangunan Moro. Mereka ini diketuai oleh Murad Ebrahim seorang Muslim yang berjiwa besar, yang mahukan rakyat mereka mencapai kesenangan sepertimana yang dicapai oleh warga-warga Felda di Malaysia.

Apa sudah gila Gerakan Pembunuh Felda ini? Sudah hilang akal barangkali, menyatakan bahawa Felda itu merugikan serta menyusahkan orang-orang Melayu Bumiputera. Felda ini secara total telah mengangkat taraf kehidupan peneroka orang Melayu Bumiputera ke satu tahap di mana kini anak-anak Felda beroleh kesenangan hidup, dengan bantuan-bantuan kewangan, bantuan pendidikan serta bantuan latihan dan membuka peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak Melayu Felda.

Orang yang tidak waras, selalu berkata yang bukan-bukan. Ya itu yang sepatutnya dinyatakan tepat ke dahi Mazlan Aliman. Mereka ini ialah secara retoriknya harus dianggap sebagai golongan yang tidak waras, yang menyatakan kebobrokan kerajaan yang melaksanakan Felda. Mazlan dan juak-juak gilanya, tidak sepatutnya berlaku demikian apabila dihalang, sebagai seorang Muslim sekiranya beliau Muslim, dia patut berundur, dan cuba masuk di waktu lain. Bukankah dengan tindakan merempuh penduduk kg itu mengundang kemarahan serta mampu mencederakan/membunuh penduduk kampung tersebut. 

Sedarlah wahai warga Felda sekalian, sekiranya inilah golongan yang datang menyebar dakyah-dakyah kepada anda, haruslah anda tolak.
Kerana mereka ini sanggup membunuh serta mencederakan Muslimin dan Muslimat yang lain sekiranya mereka ditolak. Mereka ini golongan radikal PAS yang mungkin sekali menganut serta mengamalkan Amanat Haji Hadi yang mengatakan orang UMNO itu kafir serta dilaknat. Sekiranya mereka berlaku demikian layakkah mereka ini mengkafirkan orang? Layakkah mereka ini berceramah?

Pada pendapat akal fikiran MyMassa sendiri mereka yang sanggup membunuh hanya kerana tidak mampu berceramah, merupakan orang gila yang tidak waras dan haruslah di tangkap dan di cegah dari menimbulkan bencana dan sengsara kepada orang lain.

Sengaja Cari Pasal.

Posted: 25 Dec 2012 07:47 AM PST

Apa cerita ni? Nak tau, kena tengok video ni dulu.


Baca selanjutnya di sini (http://aloqlaloq.blogspot.com/2012/12/video-demo-macamana-nak-suruh-orang.html).

AZLI SHUKRI

Posted: 25 Dec 2012 11:32 PM PST

AZLI SHUKRI


Isu Guna Kalimah Allah Cukup Dr. Haron Din yang Menjawabnya

Posted: 25 Dec 2012 10:37 PM PST


Kita Masih Lena Dibuai Mimpi

Posted: 25 Dec 2012 05:41 PM PST

KUALA LUMPUR, 24 Dis — Kerajaan Persekutuan digesa untuk membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam kitab Bible berbahasa Melayu sepertimana yang dibenarkan di Malaysia Timur sejak 50 tahun lalu. Dalam perutusan Krismas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini,  gesaan itu dibuat berikutan kerajaan Barisan Nasional (BN) jelasnya sering melaungkan bahawa mereka mesra rakyat yang membawa keamanan, kemakmuran berlandaskan prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi termasuk juga integriti. "Selain membenarkan perkataan Allah seperti yang digunakan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan ribuan tahun di negara Timur Tengah, BN juga harus menghentikan taktik menakutkan pengundi Melayu dengan mendakwa negara Kristian akan tertubuh di negara ini. "Penganut Kristian tidak pernah mahu menubuhkan sebuah negara Kristian di negara ini ... mereka taat kepada Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Malaysia," katanya dalam perutusan tersebut. Akhbar The Herald menerima masalah apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghalamg penerbitan bahasa Melayu Bible - Al Kitab - daripada menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada Tuhan agama Kristian. Mahkamah bagaimanapun pada 2009 memutuskan tindakan KDN itu bercanggah dengan sistem perundangan, dan penghakiman tersebut menyebabkan siri serangan ke atas beberapa gereja di negara ini. Kerajaan Persekutuan berhujah penggunaan perkataan Allah adalah eksklusif untuk komuniti Islam sahaja.

oyabun

Posted: 25 Dec 2012 11:18 PM PST

oyabun


Jelaskan kaitan Deepak dengan pelbagai isu 'skandal politik'?

Posted: 25 Dec 2012 10:53 AM PST



Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan didesak membuat sidang akhbar khas sekali lagi bagi menjelaskan kaitannya dengan pelbagai isu terutama perkara-perkara yang berunsurkan 'skandal politik'.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim berkata, Deepak dalam sidang akhbar sebelum ini memberitahu beliau tidak memihak kepada mana-mana parti politik atau cenderung kepada individu politik tertentu sebaliknya hanya menumpukan kepada urusan perniagaan.

Walau bagaimanapun jelasnya, pendirian Deepak itu menimbulkan persoalan berikutan beliau didakwa banyak membuat kenyataan berbaur politik menerusi media-media propembangkang.

"Deepak sekarang sudah menjadi alat politik pihak tertentu. Mungkin pendiriannya untuk tidak mahu terlibat dalam politik adalah propaganda sahaja, mungkin hari ini beliau mengambil sikap berkecuali hanya kerana terjerat dengan hutang-piutangnya.

"Beliau perlu mengadakan satu lagi sidang akhbar dan mesti berani serta jujur memberi penjelasan tentang diri beliau yang kini dikaitkan dengan pelbagai isu," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari terhadap Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berhubung kaedah pakatan pembangkang menjelaskan hutang Deepak dengan Kuwait Finance House berjumlah RM170 juta.

Sementara itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, Deepak perlu membuat penjelasan terperinci berhubung hutang syarikatnya yang didakwa telah dijelaskan sepenuhnya.

Beliau berkata, kenyataan Deepak sebelum ini memperlihatkan beliau seolah-olah terlibat dalam percaturan politik pihak tertentu terutama apabila media propembangkang terlalu membelanya.

"Kita ingin tahu adakah Deepak berada dalam keadaan tertekan sama ada tekanan hutang atau mungkin tekanan kerana terpaksa menjadi alat kepada strategi pembangkang?

"Deepak harus jelaskan isu ini. Kalau berada di pihak benar, beliau perlu sangkal dakwaan pembangkang telah menjelaskan segala hutangnya," katanya.

Wasabi Oyabun..

Belantan

Posted: 25 Dec 2012 11:18 PM PST

Belantan


Karpal dicabar nafi hubungan sulit Anwar - Shamsidar?

Posted: 25 Dec 2012 07:08 PM PST



Pengerusi DAP, Karpal Singh dicabar membuat penafian secara terbuka Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tidak pernah mempunyai hubungan sulit dengan Shamsidar Taharin seperti didakwa Datuk S. Nallakaruppan.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin berkata, Karpal perlu menyahut cabaran itu kerana beliau dan anaknya, Gobind Singh Deo mahukan Anwar menjadi calon Perdana Menteri bagi pakatan pembangkang.

"Karpal juga perlu menjelaskan mengapa beliau enggan menerima Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri sedangkan jawatan yang disandang Abdul Hadi ketika ini adalah dipilih dan bukannya dilantik.


"Jawatan yang dipegang Abdul Hadi tidak sama seperti Karpal atau Anwar. Kedua-dua mereka dilantik dan bukannya dipilih," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas pendirian Karpal dan DAP yang terus mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Karpal sehingga kini belum pernah menarik balik kenyataannya di Parlimen pada Oktober 1997 yang beliau mempunyai bukti mengenai penglibatan Anwar dalam aktiviti liwat.

Dalam perkembangan berkaitan, SD Johari turut mencabar Karpal mengarahkan Gobind yang juga seorang peguam menarik balik kenyataannya dalam hansard Parlimen pada Oktober 1997 berhubung kegiatan liwat Anwar itu.

Suara Politik
Belantan

Isu banjir di Selangor : Punca banjir kilat dikenal pasti?

Posted: 25 Dec 2012 06:51 AM PST


Liew Yuen Keong (dua dari kiri) bersama Ahli Jawatankuasa Biro Aduan MCA Serdang menunjukkan gambar-gambar kawasan yang terlibat dengan banjir kilat pada Jumaat lalu dan puncanya dalam sidang akhbar di Serdang, Selangor semalam.

Banjir kilat kali kedua yang teruk dalam tempoh kira-kira tiga bulan di sekitar Serdang, Jumaat lalu dikenal pasti berpunca daripada timbunan sampah di Kolam Takungan Air Serdang Jaya.

Selain itu, Pengerusi MCA Serdang, Datuk Liew Yuen Keong yang meninjau keadaan pada hari tersebut berkata, banjir kilat yang membawa lumpur itu juga dilihat berpunca daripada pembangunan di kawasan cerun bukit berhampiran Pusat Perdagangan Seri Kembangan di Bukit Serdang, masalah pam air dan sistem perparitan yang tidak disenggara dengan baik di Sungai Kuyu.

Kawasan-kawasan yang terlibat dengan bencana pada Jumaat lalu adalah Sungai Kuyu Kawasan 5 dan 9 di Kampung Seri Kembangan, Pusat Perdagangan Seri Kembangan di Bukit Serdang Seksyen 1 dan 14, Serdang Jaya dan Seri Serdang.

Dalam kejadian itu, air berlumpur setinggi lebih satu meter melanda kira-kira 400 buah rumah, mengakibatkan kerugian harta benda serta kesesakan jalan raya.

Menurut Yuen Keong, banjir kali ini dilihat lebih teruk berbanding pada September lalu. Beliau menyifatkan pengalaman buruk yang dialami penduduk dahulu gagal menyedarkan pihak berkenaan untuk mengambil sikap lebih serius bagi menangani masalah itu daripada berulang.

"Ini satu keadaan yang serius kerana pernah berlaku banjir kilat pada September lalu di kawasan sama. Nampaknya kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tidak mengambil tindakan agresif dan proaktif untuk mengatasi masalah ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Pejabat MCA Bahagian Serdang dekat sini hari ini untuk menerangkan hasil tinjauannya di kesemua kawasan terlibat pada hari kejadian.


Menurut Yuen Keong, ketika membuat tinjauan pada hari tersebut, beliau mendapati terdapat beberapa tempat yang perlu diberi perhatian dan tindakan segera oleh kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dan MPSJ.

"Pertama ialah di kolam takungan air itu. Saya dapat lihat timbunan sampah yang banyak di dalamnya. Disebabkan itu air tidak dapat mengalir dengan baik lalu mengakibatkan banjir kilat ketika hujan lebat.

"Selain itu kolam itu memang tidak dibersihkan kerana terdapat banyak semak-samun walaupun telah berlaku banjir pada September lalu," jelasnya.

Kata beliau, punca-punca utama lain adalah pembangunan di cerun bukit yang menyebabkan air berlumpur itu turun ke kawasan rendah dan sepatutnya pihak MPSJ memantau kerja-kerja pembangunan itu sejak awal lagi.

"Dua pam air di Sungai Kuyu tidak disenggara dengan baik menyebabkan restoran-restoran di situ dimasuki air banjir," katanya.

Beliau difahamkan, banjir juga berlaku di Klang dan Kajang yang mana kawasan itu menerima peruntukan sebanyak RM5 juta daripada kerajaan negeri untuk projek-projek penyenggaraan banjir.

"Mengapa sehingga hari ini tiada peruntukan untuk bantuan pencegahan banjir di sini? Saya memohon supaya kerajaan negeri dapat memberi peruntukan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan MPSJ bagi menjalankan program pencegahan banjir di kawasan Serdang.

"Pepatah mengatakan bahawa 'sediakan payung sebelum hujan'. Kerajaan negeri dan MPSJ perlu bekerjasama dengan JPS dengan mengambil langkah proaktif demi membantu rakyat dan mengambil langkah-langkah awal pencegahan banjir," jelasnya.

Kata beliau, kerjasama pihak-pihak tersebut bersama-sama penduduk amat penting bagi memastikan tidak berlakunya banjir.

"Kita tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ini, tetapi sesuatu perlu dilakukan demi kepentingan masyarakat setempat kerana mereka bimbang akan berlaku lagi banjir," ujarnya.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

Posted: 25 Dec 2012 11:15 PM PST

sekupangdua

Posted: 25 Dec 2012 11:15 PM PST

sekupangdua


KISAH TERSEMBUNYI TANAH 10,526 EKAR YANG SEBENAR

Posted: 25 Dec 2012 02:30 AM PST

LICIK... Balak disapu bersih... 

Pemimpin PAS Chiku Gua Musang, ustaz Zulkifli dan ketua pemuda Pas Dun Paloh, Ustaz Rizuan Ali adalah antara individu yang paling kecewa dan sedih apabila mendapat tahu tanah ini sudah diserahkan kepada pemimpin cina DAP Perak.
Tanah ini mereka telah usahakan sejak tahun 1990 oleh penyokong PAS di mukim Relai, Gua Musang, Kelantan. Mungkin antara alasan Nik Aziz sebagai menteri besar Kelantan, kawasan Gua Musang bukan kawasan yang dimenangi oleh Pas jadi sekiranya mereka menggadaikan tanah tersebut pun Pas tidak akan rugi.
Lagi pula Tengku Razaleigh Ahli Parlimen Gua Musang juga menghormati Nik Aziz sebagai Tok Guru' mestilah apa yang dibuat oleh seorang yang digelar 'Tok Guru' tidak berunsur rasuah. sebaliknya sebagai pemberian kot? 

Pada tahun 2007 tanah tersebut telah diserahkan kepada syarikat Upaya padu yang ketika itu dimiliki oleh 'Tengku Wong' uantuk pengeluaran hasil balak yang dijangka bernilai lebih RM20 juta. Sebaik selesai sahaja balak dikeluarkan oleh 'Tengku Wong' maka tanah seluas 10,526, ekar diserahkan kepada pemimpin cina DAP Perak termasuk Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham dengan bantuan kewangan bernilai RM16.2 juta. 

                                              

Apabila projek tanaman kelapa sawit terbengkalai pihak DAP Perak meminta syarikat upaya padu ditukarkan kepada nama seperti yang disyorkan berserta baki wang pinjaman bernilai RM14.2 juta.Syarikat Upayapadu sebenarnya 100% saham adalah milik Ngeh Koo Ham

Rakyat Kelantan sendiri merempat tidak bertanah dan minum air tanah merah senang-senang cina DAP sapu tanah seluas 10.526 ekar.
                                                

Demi untuk menyelamatkan bosnya Nizar Jamaluddin terpaksa berhempas pulas memberitahu dewan kononnya terdapat 606 ekar balak di keluarkan di Pengkalan Hulu.

Rakyat Kelantan sewajarnya bangun untuk menentang kemungkaran yang telah dilakukan oleh pentadbiran Nik Aziz selaku menteri besar Kelantan. Samada Nik Aziz tahu atau tidak transaksi ini terpulang tetapi sebagai menteri besar beliau perlu bertanggung jawab. @ SRO (Sungai Rapat Online) 


  

Panglima Perang Cyber

Posted: 25 Dec 2012 11:06 PM PST

Panglima Perang Cyber


Blog Sungai Rapat Dedah Bukti Bukan 50 Tetapi 70 Tahun PAS Kelantan Gadai Tanah Yayasan Islam Kelantan

Posted: 25 Dec 2012 08:53 PM PST




Menurut Agendadaily, Syarikat Upaya Padu Sdn Bhd (UPSB) yang merupakan pemilik pajakan tanah seluas 10,526 ekar di Hutan Simpan Relai, Mukim Chiku Gua Musang ditawarkan untuk dijual pada awal tahun ini dengan harga RM36.8 juta.

Rakyat disumbat dengan pembohongan oleh kerajaan Nik Aziz yang dijenamakan sebagai Tok Guru bahawa tanah rakyat Kelantan telah digadaikan kepada Ngeh dan Nga hanya 50 tahun tetapi sebenarnya 70 tahun

Sebelum ini, bos DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham dan sepupunya Nga Kor Ming mengakui memiliki (membeli) syarikat Upaya Padu Sdn Bhd pada April tahun ini.

Ngeh menjelaskan beliau tidak menerima apa-apa daripada kerajaan negeri Kelantan sebaliknya mendakwa pelaburan tersebut dibuat atas pelaburan sebuah syarikat swasta.






"Saya jelaskan bahawa Nga Kor Ming dan saya tidak dapat apa-apa daripada tanah itu, tetapi itu hanya melalui pelaburan swasta di mana sebahagian pelabur termasuk saya telah membeli syarikat tersebut pada April tahun ini," kata Ngeh Koo Ham.

Berdasarkan iklan yang mula tersiar di sebuah laman web pembelian hartanah terkenal, pada 12 Januari 2012, konsesi seluas 10,526 ekar tersebut adalah milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan dipajakkan kepada UPSB.

Di dalam iklan tersebut adalah keluasan tanah 10,526 ekar atau 4,260 hektar, pajakan 70 tahun dari 3 Mei 2006 hingga 3 Mei 2092.

Syarikat yang membeli tanah tersebut tidak memerlukan Bumiputera sebagai pemilik bersama, dan dari jumlah 10,526 ekar itu terdapat 9,500 ekar kawasan pembalakan dengan perjanjian 30 peratus keuntungan dari hasil pembalakan mesti diberikan kepada YIK.

Antara syarat yang ditetapkan adalah UPSB mesti membayar YIK RM100 seekar selepas lapan tahun jika sekiranya ditanah dengan getah yang mana keseluruhan konsesi tersebut sesuai untuk tanaman getah.

Semakan ke atas laman web yang diberikan oleh Presiden Pertubuhan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad mendapati iklan tersebut sudah tamah tempoh yang membawa maksud berkemungkinan sudah dimiliki.

Berdasarkan iklan tanah di kawasan itu amat sesuai untuk tanaman getah dengan corak muka bumi yang rata tidak berbukit.

Harga ke atas tanah tersebut adalah RM3500 seekar atau RM36.8 juta keseluruhan dan pembeli ditawarkan pembelian penuh terhadap ekuiti syarikat UPSB.


Persoalannya jika Ngeh bersama sepupunya beli syarikat tersebut pada April lalu, berapakah jumlah sebenar yang mereka bayar?

"Kita menuntut penjelasan, dari manakah sumber kewangan dua pemimpin DAP tersebut membeli syarikat UPSB dan apakah perjanjian sebenar antara UPSB, YIK dan kerajaan negeri..." kata Wan Khairul.

Wan Khairul yang merupakan anak jati Kelantan turut meminta penjelasan dari kerajaan negeri apakah benar tidak diperlukan Bumiputera sebagai pemilik syarikat tersebut seperti yang diiklankan sebelum ini.

"Kami sebagai rakyat Kelantan berhak tahu semua maklumat berkaitan tanah ini dan saya cabar Nik Aziz supaya mengadakan sidang akhbar untuk berterus terang dalam kes ini," ujarnya.

Permintaan Wan Khairul untuk Nik Aziz berterus terang dalam isu ini wajar memandangkan Kelantan mempunyai undang-undang tanah yang ketat.


Sebelum ini, Setiausaha Akhbar Nik Aziz, Ahmad Fadhli Shaari dilaporkan oleh Harakahdaily berkata tawaran kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd pada masa itu dipengerusikan oleh Datuk Seri Wong Yeon Chai (Tengku Wong), dibuat melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005.

"Manakala perjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006, hampir dua tahun sebelum pilihan raya umum 2008. Ia merupakan usahasama projek melalui konsep pajakan dan perjanjian selama hanya 50 tahun dengan diberikan leasehold dan bukannya hak milik.

"Ia juga menjana pendapatan YIK melalui kadar sewaan RM100 seekar setahun untuk kawasan getah klon dan RM150 seekar setahun untuk kawasan kelapa sawit.

"Pertukaran komposisi pengarah dan pegangan saham dalam Upayapadu Plantation Sdn Bhd telah dimaklumkan kepada Yayasan Islam Kelantan pada Mei 2012, di mana ekoran pertukaran tersebut, pihak syarikat dikehendaki membayar sumbangan kepada YIK sebanyak RM1.5 juta," katanya.

Manakala dalam sidang akhbar Sabtu lalu, Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh dilaporkan mahu semua pemimpin parti DAP agar tidak meletakkan diri mereka pada kedudukan yang boleh menimbulkan persepsi salahlaku.

"Saya masih belum lagi bertanya kepada Ngeh bagi mendapatkan penjelasan lanjut perkara itu,"kata Karpal.


Sementara itu, Exco Kanan kerajaan negeri Perak YB Dato' Hamidah Osman Hamidah membuat satu lagi pendedahan berhubung pembabitan Ngeh dalam UPSB yang menjalankan projek pembalakan di Kelantan.

Beliau mendakwa Ngeh yang juga ADUN Sitiawan menguasai keseluruhan kepentingan syarikat berkenaan.

Katanya, Ngeh memiliki secara peribadi 49 peratus saham bernilai RM15.5 juta, manakala 51 peratus saham lagi bernilai lebih RM16 juta dimilikinya menerusi Efektif Kirana Sdn Bhd (Efektif Kirana), menjadikan pegangan keseluruhan RM31 juta.

Menurutnya, ini kerana Ngeh memiliki 99 peratus saham dalam Efektif Kirana, manakala satu peratus lagi oleh dua individu lain.

"Jadi, kalau dia kata anak guam dia pegang (saham terbesar) dan lain-lain lagi, saya tidak percaya. Tiada orang nak (mewakilkan kepada Ngeh) pegang saham sampai 99 peratus.

"Mereka sebenarnya cuba mengelirukan orang ramai (dengan kononnya mengatakan mereka diajak melabur).

"Saya yakin mereka kini semakin tertekan dengan pendedahan isu ini," katanya selepas membuat laporan polis berikutan diugut selepas mendedahkan kes tersebut di DUN Perak minggu lepas

Satu demi satu fakta mula terbarai berhubung isu tanah yang melibatkan pemimpin cina DAP Perak Ngeh &  Nga.


Timbul persoalan dari iklan yang terpapar di atas, apabila tempoh pajakan dinyatakan sebagai 70 tahun. Fakta ini berbeza sekali dengan kenyataan rasmi Pejabat MB Kelantan yang menyebut tempoh pajakan adalah selama 50 tahun. [Baca siaran media Pejabat MB Kelantan di SINI].

Adakah ini satu percubaan dari Pejabat MB Kelantan untuk menipu rakyat Kelantan? Pada pandangan saya, bila YIK memberi tempoh 70 tahun bermakna adalah menghampiri dengan tempoh pajakan Tanah Rezab Melayu, iaitu 99 tahun.
Selanjutnya baca disini dan disini











Sent from my iPad

@Khairykj Gesa Edge Financial Daily Tarik Balik Artikel Tuduh Umno Punca Tragedi

Posted: 25 Dec 2012 08:22 PM PST

Khairy Gesa Tarik Balik Artikel

Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR  - Edge Financial Daily digesa menarik semula artikel yang disiarkan akhbar itu berkaitan tragedi 13 Mei 1969 kononnya tercetus hasil rancangan parti tersebut.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, artikel berunsur tuduhan dan sentimen semata-mata itu sengaja disiarkan dalam usaha akhbar tersebut mencetus provokasi terhadap parti Melayu terbesar berkenaan.

Beliau berkata, tragedi berdarah itu merupakan detik hitam buat negara dan perlu dijadikan iktibar bukan sahaja kepada ahli UMNO, malah rakyat keseluruhannya.

"Sejarah sudah tercatat berhubung apa yang berlaku dalam tragedi berkenaan dan semua orang tahu siapa yang bertanggungjawab menyebabkannya berlaku.

"Tindakan menyalahkan UMNO tidak boleh diterima langsung. Bukan sahaja tidak masuk akal, malah tersasar daripada fakta sebenar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas artikel yang disiarkan Edge Financial Daily versi tempatan tulisan Mohsin Abdullah pada 17 Disember lalu yang menyatakan tragedi 13 Mei 1969 dirancang UMNO sendiri untuk menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra.

Jelas Khairy, mana-mana pihak yang mahu menyiarkan artikel berkaitan isu sensitif seperti tragedi 13 Mei sepatutnya merujuk kepada fakta sejarah terlebih dahulu dan bukannya membuat kesimpulan berbentuk partisan.

Kata beliau, sebarang penilaian atau tuduhan sedemikian seharusnya diperhalusi sebaik-baiknya serta dengan penuh bertanggungjawab supaya tidak mengelirukan rakyat.

Menurutnya, fakta sejarah jelas menunjukkan tragedi itu tercetus ekoran perarakan penuh provokasi penyokong pembangkang selepas berjaya memperoleh kerusi yang banyak dalam pilihan raya pada tahun berkenaan.

"UMNO mengecam sekeras-kerasnya tuduhan tersebut dan melihatnya sebagai salah satu unsur provokasi. Kami mendesak artikel berkenaan ditarik balik segera," katanya.- Utusan Malaysia

http://detikperubahan.com/2012/12/26/khairy-gesa-tarik-balik-artikel/


Sent from my iPad

Dua Surat Sokongan Menteri Cuba Diguna Setiausaha Akhbar MB Tutup Isu Tanah 10,576 Ekar DAP Cc @NajibRazak @NikAbdulAziz

Posted: 25 Dec 2012 07:15 PM PST



Beberapa perkara pelik yand dihidu dalam jawapan Setiausaha Akhbar MB Kelantan Ahmad Fadhli Shaari ini :

1. Surat di atas tidak relevan kerana yang meluluskan tanah ialah Kerajaan Negeri bukan Kerajaan Persekutuan.

2. Surat di atas juga sebagai sokongan bukan kelulusan.

3. Yang tidak disebut ialah tanah yang menjadi mangsa ialah rakyat yang bersusah payah membuka tanah walau tidak mempunyai dokumen seperti geran. Katanya ahli dan penyokong Ps juga tidak terkecuali.

4. Sila rujuk tulisan panglima sebelum ini tentang kisah ladang rakyat yang disiasat sendiri oleh panglima bersama rakan blogger 1peluru tahun ini.


http://www.penembak-tepat.com/2011/10/nik-aziz-bawa-parang-mengamuk-isu.html?m=1

http://www.penembak-tepat.com/2011/10/video-edisi-bongkar-kezaliman-kerajaan.html?m=1




Rumah Halim Tuah Jadi Sasaran Cat Merah Selepas Dedah Penceramah Pas Hina YDP Agong

Posted: 25 Dec 2012 06:09 PM PST




Panglima mendapat tahu saudara Halim Tuah telah diancam dengan simbahan cat merah di rumah beliau selepas membuat laporan polis tentang tindakan penceramah dipercayai pro pembangkang yang menghina YDP Agong.

Kejadian tersebut berlaku malam kelmarin 24 Disember 2012.

Di bawah ini gambar rumah beliau yang disimbah dua hari lepas. 

Laporan polis yang dibuat membuktikan perkara ini perlu dihalang dari terus diulang oleh penceramah Pas tersebut. Dan memberi ingatan kepada yang lain agar jangan melakukan perkara yang sama.

Harap Encik Halim Tuah akan terus berjuang melawan pihak tidak bertanggungjawab ini. 





Encik Halim Tuah di hadapan rumah beliau yang disimbah cat merah di Wangsa Maju Kuala Lumpur





Keratan akhbar laporan polis beliau terhadap penceramah Pas tersebut

Umi Hafilda Jelas Sebab Tidak Jemput @AzminAli Hari Kahwinnya Dua Minggu Lagi

Posted: 25 Dec 2012 05:27 PM PST


'Tak Harapkan Azmin Di Majlis Perkahwinan Saya' – Ummi Hafilda
Ummi Hafilda (kanan) bakal melangsungkan perkahwinannya bersama Dr Zaman Khan, 33, dalam masa dua minggu lagi.
PETALING JAYA: Ummi Hafilda Ali bersedia untuk berkahwin dengan pakar kulit Dr Zaman Khan dalam masa dua minggu dan abangnya, Azmin tidak dijemput.
"Saya faham bahawa dia adalah abang saya tetapi apakah gunanya menjemput Azmin Ali kerana dia tidak peduli untuk melawat ibu saya Che Tom (Che Tom Yahaya) selama lebih setahun.
"Baru-baru ini, kami mempunyai majlis perkahwinan sepupu lain tetapi dia tidak juga hadir untuk pertemuan keluarga itu. Saya faham jika dia tidak mahu menjadi sebahagian daripadanya," katanya pada Ahad.


Azmin dan adiknya mempunyai konflik sejak bertahun-tahun, dengan Ummi sering mengkritik timbalan presiden PKR itu berikutan kecenderungan politik yang berbeza.
Dilaporkan bahawa ibu berusia 78 tahun, Che Tom mereka merayu untuk Azmin supaya "bertaubat dan pulang ke rumah", mengatakan dia tidak melihat anaknya itu sejak Hari Raya yang lepas apabila bertengkar dengan Ummi Hafilda.
Ahli perniagaan yang berusia 45 tahun itu berkata, walaupun terdapat jurang 12 tahun umur antara mereka, bakal suaminya adalah matang pada usianya.
"Saya membawanya bertemu dengan ibu saya dan dia melayan ibu dengan penuh hormat. Dia menjaga ibu seolah-olah Che Tom adalah ibunya sendiri. Satu ketika, dia menerima restu daripada ibu saya, saya tahu bahawa dia adalah lelaki yang tepat. Itu adalah bagaimana dia memenangi hati saya," katanya.
Ummi Hafilda berkata, persiapan perkahwinannya adalah mengikut jadual tetapi enggan mendedahkan lokasi majlis perkahwinan beliau atas sebab keselamatan.
"Kita tidak mahu sesetengah pihak yang tidak diingini menjejaskan hari istimewa saya," katanya, sambil menambah bahawa mereka merancang berbulan madu ke Eropah.
Ummi Hafilda menambah, mereka bertemu di Kuala Lumpur apabila ke klinik lelaki itu untuk rawatan kulit dan mengenali antara satu sama lain selama tiga bulan.

GUAN ENG WOOING CHRISTIANS GIVEN THAT PKR IS WEAK AND PAS IS TOO FUNDAMENTALIST

Posted: 25 Dec 2012 01:45 AM PST



GUAN ENG WOOING CHRISTIANS GIVEN THAT PKR IS WEAK AND PAS IS TOO FUNDAMENTALIST




The DAP is at it again…playing the religion game to win the hearts and minds of voters with the party secretary-general Lim Guan Eng called on the government to allow Christians to use the word Allah.

The issue was resolved some three years ago and DAP raises the matter again given the volatile position the party is in at present as PAS continues with its fundamentalism stand which further distance the party with non-Malay Muslims voters.

DAP finds it hard to attract the Malay voters now as its recently concluded convention clearly reflected the party's chauvinistic character which distance itself with the Malay voters.

Thus, to strengthen itself further with the Chinese voters especially who are Christians, the party calls on the government to allow churches to use the word Allah.

Its political relationship with PAS is fragile although they are together in the unregistered opposition alliance where they have no common ground except to topple the ruling BN.

DAP had expected PAS to net Malay voters as well as some Chinese voters who do not want DAP's chauvinistic stand but PAS has apparently antagonized the Chinese by imposing Hudud laws on them such as in Kelantan.

DAP is damned angry with PAS but the party cannot cut-off ties because they are together in the objective – to topple BN – and between the three parties in the opposition unholy alliance, PAS is considered the strongest Malay party.

PKR, a Malay-based party but the Malays are shunning away and distancing themselves from the party as its de facto leader Anwar Ibrahim's character has been an issue of contention and disdain among them.

Only a handful who are blindly loyal are standing behind Anwar and these are mostly leaders at all levels, maybe around 100 of them, not members or grassroots who every political party counts as their backbone.

PKR has no such things as grassroots and whatever grassroots they claimed to have are actually PAS members and supporters who throw their support behind as instructed by PAS leaders.

So DAP cannot count on PKR to add value to its position…in fact the party is asking for more parliamentary and state seats and Anwar has said no way.

That is bad for DAP because it cannot widen or expand its influence and even in Penang, the party cannot stand alone to be the government although it has the most state seats.

Thus Guan Eng is actually fishing for votes from Christians to add to the party's existing status as it cannot hope for help from PKR nor PAS given the situation in PKR which is not convincing at all and PAS is consider 'enemy of the Chinese and Christians'.

DAP wants its situation to be strong before the general election is called, without having to depend on its partners in the unregistered Pakatan Rakyat (PR), this is especially so in Penang.

That is why he raises an old issue but it strikes the 'cord of Christians' all over the country.

Kiriman Email

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 25 Dec 2012 11:05 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


PAS Akan Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Mat Sabu...

Posted: 25 Dec 2012 11:00 PM PST


Mat sabu pernah menggelarkan anwar ibrahim sebagai "anwar al-juburi" malah dalam berberapa siri ceramah mat sabu sebelum anwar di pecat dulu, kerap mat sabu kata "anwar buka kilang kunyit" semua orang tahu dan faham apa yang mat sabu maksudkan dengan "kilang kunyit" tu...

Jadi ada desakan dari berberapa pemimpin pkr yang meminta supaya pas menyiasat segala tomahan dan kenyataan yang di keluarkan oleh mat sabu terhadap anwar suatu ketika dulu bersifat lawak jenaka atau mat sabu benar-benar serius dengan apa yang dikatakan...

Pada mereka apa yang di katakan oleh mat sabu masih terniang-niang di telinga mereka, generasi baru ahli-ahli pkr terpinga-pinga bila mendengar ayat yang di ungkapkan oleh timbalan presiden pas itu, mereka meminta mat sabu menarik balik segala kenyataan dan gelaran telah mat sabu keluarkan kepada anwar ibrahim...

Komen aku: beranikah mat sabu menarik balik segala kenyataan dan gelaran yang pernah dia berikan pada anwar satu ketika dulu...???

Ohh Rupanya Tanah Balak Milik Ngeh Dan Nga Adalah Milik Yayasan Islam Kelantan...

Posted: 25 Dec 2012 09:00 PM PST


Semua orang tahu, kerajaan kelantan bagi tanah balak kepada cina dap bernama ngeh ko ham dan nga ko ming sebagai balasan atas jasa mereka memberikan jawatan menteri besar perak kepada wakil pas (nizar), ada yang kata tanah balak itu dipajak kepada cina dua ekor tu selama 50 tahun dan ada yang kata pulak selama 70 tahun, tapi apa yang mengejutkan di sini ialah pemilik asal tanah itu...

Mungkin korang semua akan kata, alah biase la, kerajaan bagi tanah... pada aku tak salahnya kerajaan kelantan bagi tanah pada sesiapa pun, lantak dia la, tapi yang menyedihkan ialah, tanah seluas 4000 hektar yang di beri kepada ngeh dan nga itu adalah milik YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK).

Bila tanah milik yayasan islam kelantan di beri pada orang lain, YIK tidak diberi tanah baru sebagai ganti, maka YIK sudah kehilangan sumber pendapatan...

Ok kenapa timbul pulak cerita ngeh menuduh umno bocorkan rahsia...??? ceritanya mudah, kalau pembelian tanah itu mengikut prosidur ianya bukan rahsia lagi, ye lah apa yang nak di rahsiakan kalau beli dengan jalan yang betul, tapi ngeh dan nga memiliki tanah itu dengan cara tak betul, itu sebab bila cerita tanah ini di keluarkan ngeh menggelabah beruk, umno di tuduh bocorkan rahsia dan yb hamidah pulak di ugut supaya tidak mendedahkan status pembelian tanah dan siapa di belakang syarikat yang membeli tanah itu...


Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]

Posted: 25 Dec 2012 11:05 PM PST

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]


C’est un peu de travail supplementaire, mais dans le long terme, il sera payant

Posted: 25 Dec 2012 02:09 AM PST

C’est le genre de friandise chaque fois que vous n’avez pas besoin d’adopter une approche amateur avec casino en ligne. C’est exactement ce dont vous avez besoin. Beaucoup de gens, je suis d’audience ne sont pas dans l’une des catégories ci-dessus. Vous saurez alors ce qui doit être fait pour obtenir le droit de trier casino. Je discutais avec un collègue ce matin sur jeux de casino.
Vous pouvez utiliser casino en ligne de montrer un montant de l’échec casino en ligne francais.

casino francais en ligne

Si vous travaillez comme moi, je vais écrire un autre post roxypalacereelgems pertinents pour plus tard cette semaine pour que vous appréciiez. Bien que ce n’est pas tout compris, qui vous donnera un bon point de départ avec jeu gratuits machines a sous sans telechargement.

Comme, whoa! Je suis stupéfait de ce genre, je souscris à cette solution incertaine. Il ya un certain chevauchement entre jeux casino et. J’ai peut exiger une certaine dépannage de l’aide. casino en ligne est retardataires simple et il est juste en face de vous. Considérez ceci: Si vous ne pouvez pas prendre la chaleur, rester en dehors de la cuisine. J’avais rêvé que je ne ferais pas si bien parler de celle relative à casino en ligne. Je l’ai dit mille fois ce et je suis sûr que je vais rapporter cent fois plus. Si vous n’avez pas déjà vu ou entendu casino en ligne de la réserve, je vais essayer de vous donner une idée générale de ce qui est d’autant jeux de carte touchant. Elle s’applique si vous êtes l’espoir de trouver un casino en ligne legal parce que vous pouvez être assuré que vous avez trouvé les meilleures jouer au casino. Ceci est préconisé aux personnes casino en ligne gratuit dans la rue. Cette série couvre les termes casino gratuit délicate que groupies ne sont pas susceptibles de connaître. Si vous ne bénéficient pas de cette congrégation alors comment pouvez-vous jamais aller à l’encontre quelqu’un qui le fait ? Il n’a pas d’importance quel jour on est quand cela se produit chaque fois que hey, la variété est le piment de la vie. Quand on n’a pas casino en ligne, on peut être contraint d’acquérir votre profession cela coûterait beaucoup plus. Il est le danger de casino en ligne partouche.
Je ne sais pas si vous allez suivre, mais il est beaucoup plus facile faire de gros. I, sérieux, doivent être amenés à prendre jouer au casino. J’ai à décoder vos sentiments avec référence à jouer gratuitement a thunderstruck 2. Eh bien, je pars sur une tangente. Nous devons vaincre leur esprit aussi bien. Je dois admettre toutefois, que j’aime mon casino.

Vous souhaitez mettre vos cartes sur la table autant que ceux sont quelques-uns des inconvénients de casino en ligne. Je n’ai aucune opinion quant à la raison. La conception très clé de casino francais permet blackjack. Qui m’a d’abord vendu sur cette pensée de fournir quelque chose qui ne justifient réellement machine a sou 2million ?
Pensez à cette tranche comme matériel d’étude. Et puis, il vous l’avez.

Même si je sais qu’il ya quelque doute sur la conclusion touchante que je peu vous confirmer mon soutien à cette hypothèse chouette. Juste ces 5 petits mots sont tout ce qu’il faut. Pour cette raison toute une série de mecs ont contourné video poker bonus poker dans cette situation si elle n’était pas urgent pour moi. Je vais juste devoir attendre et voir comment de nombreuses associations en tenir compte. Il était en mauvais état. Il s’agissait d’une incorrects. Vous avez peut-être contre casino en ligne pour une raison quelconque. Je dois démissionner de l’apparence d’être vindicatif. Et puis, j’ai commencé à faire un peu de recherche sur ce qui était disponible ailleurs dans ce domaine. Une analyse plus approfondie de casino en ligne gratuit révèle à quel point les amants sont impatients. Cela a été un succès important à ce jour. casino en ligne gratuit, dans certains comtés, ne peut se faire à certains moments. Le résultat final va être très bon, mais machine a sous a quelques atouts cachés. Je suis un pincher Penny réel quand il est dans la même classe que mouvelle machine a sous gratuit fr. Pourquoi n’ont-ils pas le faire le mois dernier! C’est la balle ensemble de la cire.
C’est un problème difficile à surmonter. Il a été une puissante affirmation. Comment feriez-vous ?

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 25 Dec 2012 09:27 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


KALIMAH ALLAH : DEWAN ULAMAK PAS TAKDE TELOR.

Posted: 25 Dec 2012 09:38 AM PST

PISAU.NET

Posted: 25 Dec 2012 09:15 PM PST

PISAU.NET


Arah Pulang Gelaran Datuk Bukti DAP Perlekeh Raja Melayu

Posted: 24 Dec 2012 10:00 PM PST



Pengerusi DAP, Karpal Singh tanpa berselindung dan dolak dalik telah mempertikaikan tindakan dua orang pemimpin kanan DAP menerima darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Sultan DYMM Sultan Selangor dan DYMM Sultan Perak.

Berikutan itu kedua-dua pemimpin DAP yang dimaksudkan itu ialah Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dikatakan telah diarah untuk memulangkan kembali gelaran kebesaran yang diterima itu.

Penganugerahan gelaran Datuk kepada Speaker DUN Selangor itu adalah hasil cadangan Menteri Besar, Khalid Ibrahim manakala Ngeh Koo Ham pula menerima anugerah tersebut pada 2008 selepas diajukan saranan oleh Menteri Besar Perak ketika itu, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Jelas sekali DYMM Sultan Selangor dan DYMM Sultan Perak sentiasa ikhlas dan tidak memilih bulu dalam memperkenankan penganugerahan gelaran darjah kebesaran kepada sesiapa sahaja yang difikirkan layak sebagai tanda penghargaan.

Pun begitu, sekiranya seseorang individu atas kapasiti peribadinya sendiri menolak penganugerahan darjah kebesaran itu atas sebab-sebab tertentu, ianya tidakpun menjadi isu pun jika itu kehendaknya.

Bagaimanapun dalam banyak-banyak parti politik di negara ini, hanya DAP sahaja yang satu-satunya menetapkan dasar larangan kepada anggota partinya daripada menerima sebarang anugerah kebesaran dari Raja-Raja Melayu.

Sedangkan lain-lain pemimpin parti politik agak berbesar hati dan berasa bangga apabila menerima pengiktirafan dan penghargaan sedemikian.

DAP seperti sengaja mahu menonjolkan keangkuhan dan kebiadapan mereka. Dari situ pun sudah nampak belang-belang rasis DAP.

Ia juga sebenarnya satu perbuatan yang sengaja menghina dan memperlekehkan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai ketua pemerintah di negeri-negeri Melayu.

Kononnya dasar larangan tersebut bertujuan untuk menjamin ketelusan sebenarnya hanyalah retorik kosong untuk menyembunyikan sikap rasis yang telah lama menjadi budaya DAP.

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 25 Dec 2012 09:10 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Gambar : Tengku Mahkota Pahang Menggoreng Ayam Untuk Mangsa Banjir

Posted: 25 Dec 2012 08:00 PM PST


25 DIS. 2012 - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menggoreng ayam yang akan disumbangkan oleh baginda sendiri kepada 151 mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Sinar Mutiara, Pekan.

Gambar : Pemuda Ini Selamat Biarpun Dibawa Arus Banjir

Posted: 25 Dec 2012 06:30 PM PST

Alhamdulillah, biarpun dibawa arus tetapi akhirnya pemuda ini selamat. Khairi Said, 27, yang sedang menunggang motosikal mengalami detik cemas apabila nyaris dihanyutkan arus deras ketika melalui Jalan Permaisuri-Penarik di Kampung Tasik di Setiu, Terengganu, Selasa. 

Beliau yang bertekad meredah banjir untuk ke tempat kerja gagal mengawal motosikalnya, lalu dihanyutkan arus deras di kawasan sawah terbiar berhampiran Sungai Setiu. 

Kejadian berlaku sungguh pantas dan orang ramai yang berada dikawasan itu yang menyedari kejadian tersebut turut membantu mangsa. 

Jurufoto BERNAMA Arjasneh Ahmad yang kebetulan berada di situ sempat merakamkan detik-detik cemas itu. Kelihatan Khairi juga turut dihanyutkan arus deras setelah usahanya untuk menyelamatkan motosikal miliknya gagal.

Gambar Sultan Mizan Redah Banjir Lawat Rakyat

Posted: 25 Dec 2012 05:02 PM PST


Semalam Duli Yang Maha Mulia, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat ke Besut dan berkenan melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir di Kampung Bukit Rambutan dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi. Inilah watak pemimpin berjiwa rakyat. 

 

Lagi Video Pendedahan Kesan Amanat Hadi Awang Oleh Bekas Ahli PAS

Posted: 25 Dec 2012 08:30 AM PST


Orang PAS Perlu Tengok Sampai Habis Ulasan Video Ini

Posted: 25 Dec 2012 04:30 AM PST


Video Ustaz Faiz Ulas Hubungan PAS Dengan DAP

Posted: 25 Dec 2012 12:00 AM PST


PenangWasabi

Posted: 25 Dec 2012 09:06 PM PST

PenangWasabi


Nik Abdul Aziz tidak boleh berdiam diri?

Posted: 25 Dec 2012 10:32 AM PST



Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak wajar berdiam diri, sebaliknya perlu memberikan penjelasan berhubung dakwaan menawarkan tanah balak seluas 4,259 hektar di Gua Musang kepada dua pemimpin DAP Perak.

Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, jika dakwaan tersebut tidak benar, Mursyidul Am Pas itu harus mengambil tindakan undang-undang ke atas blog pisau.net yang mendedahkan perkara itu sebelum pengakuan dibuat oleh kedua-dua pemimpin DAP terbabit.

"Kedua-dua pemimpin ini telah mengaku melabur dalam Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang mendapat projek pembalakan itu, tetapi sehingga hari ini Nik Abdul Aziz masih berdiam diri.

"Beliau perlu membuat penjelasan terutamanya kepada seluruh rakyat Kelantan kerana ia bukan isu kepartian malah satu kebenaran yang perlu rakyat lihat di sebalik pemerintahan Islam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Kelmarin, Utusan Malaysia menyiarkan pengakuan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham bahawa beliau dan Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri melabur dalam syarikat yang mendapat projek pembalakan di Kelantan itu.

Baru-baru ini, blog pisau.net mendedahkan dakwaan bahawa kedua-dua pemimpin tersebut telah diberikan tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang oleh Nik Abdul Aziz sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar selepas pilihan raya umum 2008.

Namun, Nik Abdul Aziz menafikan dakwaan kononnya beliau memberikan tanah bernilai lebih RM30 juta kepada pemimpin DAP itu dan mendakwa berita tersebut adalah fitnah.

Dalam pada itu, Wan Khairul Ihsan berkata, Menteri Besar Kelantan tersebut juga perlu menjawab persoalan lebih besar berhubung tindakannya yang cukup bermurah hati memberikan projek pembalakan tersebut sedangkan pemimpin DAP terbabit secara terang-terangan menghina rasul dan Islam dalam isu filem anti-Islam, Innocence of Muslims.

Pemberian projek itu katanya, boleh disifatkan sebagai rasuah jika dilakukan sebagai menentukan hala tuju terhadap keputusan yang akan diambil.

"Persoalannya kenapa Nik Abdul Aziz memberikan projek itu kepada dua pemimpin DAP ini, adakah beliau terlupa inilah manusia yang menghina rasul dan Islam?

"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu membuat siasatan segera tanpa bersikap dwi standard kerana sehingga hari ini kita masih belum mendengar apa-apa tindakan telah dibuat oleh agensi penguatkuasaan ini," katanya.

Penang Wasabi..

Sri Tri Buana

Posted: 25 Dec 2012 07:22 PM PST

Sri Tri Buana


Merry Christmas Santa Lims!

Posted: 25 Dec 2012 06:41 PM PST

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 25 Dec 2012 03:43 PM PST

KEPAL NASI KEPAL BERAS


TIDAK SALAH BERNIAGA- NGEH NGA!!

Posted: 25 Dec 2012 06:46 AM PST

Kenyataan Nik Aziz;

''… Saya kata begini, kalau UMNO tukar dasar kebangsaan kepada Islam dan UMNO dan Pas bersatu, buat apa lagi saya berpolitik. Tidur malam tidak nyenyak. Tetapi kalau selagi Melayu sokong UMNO, wajib atas saya melawan kerana ini bahagian mungkar."

Tengok kenyataan ini;

"Pihak Kerajaan Negeri telah membuat PENGAKUAN bahawa tanah seluas 10,526 hektar terletak di Hutan Simpan Relai, Gua Musang telah diluluskan kepada Yayasan Islam Kelantan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang pada 13 September 2000, bagi mereka adalah bertujuan kononnya untuk menjana pendapatan YIK bagi menampung urusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan". 

Apa yang berlaku, tanah inilah yang dijadikan tukaran dengan DAP untuk membolehkan PAS menjadi MB Perak.

Jika UMNOlah yang berbuat seperti ini, sudah pasti isu ini akan digunakan oleh PAS untuk dijadikan sebagai bukti inilah antara  kemungkaran dan amalan rasuah yang dilakukan oleh UMNO yang wajib ditentang.

Tetapi, disebabkan amalan ini amalan PAS, maka ianya tidak salah kerana ada niat baik di sebalik rasuah yang dilakukan, iaitu untuk menampung pembelajaran di sekolah tajaan YIK.

UMNO terkencing mengadap kiblat dikatakan haram. Bila PAS melakukan perbuatan yang sama, tidak haram kerana hanya "batang tubuh" yang kelihatan mengadap kiblat sedangkan "menate tu terpancut ke kiri".

Beginilah cara ulamak PAS meletakkan agama. Meringan-ringankan dan mempermain-mainkan hukum Allah. Mereka menjalankan hukum Allah bersandarkan nafsu dan bukan di atas dasar iman dan taqwa.

Benarlah seperti yang disebut oleh Syeikh Kadir Jailani sebagai "golongan yang ada lidah tetapi tidak ada hati".

"Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya. Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah. Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat itu. Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Soleh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar. Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian. 

Inilah orang yang dikatakan oleh Nabi SAW. dengan sabda;
"Yang paling aku takuti di kalangan umatku ialah orang alim yang jahat".

Kita berlindung dengan Allah daripada orang alim seperti itu. Oleh itu, larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak, kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu."

BN HAMPIR PASTI BOLOT 2/3... PM SUDAH DAPAT KEYAKINAN!!

Posted: 24 Dec 2012 04:56 PM PST

Semakin hampir ke PRU13, politik pembangkang semakin kehilangan rentak.

Sejak PRU12, pakatan pembangkang sentiasa berada pada kedudukan menyerang, tapi kini sudah bertukar. Mainan politik pembangkang semakin "yo-yo", adakala defensif dan ada kalanya menyerang membabi buta.  Rentak BN kelihatan konsisten dari awal permainan,  bertahan bila perlu dan menyerang bila berpeluang.

Akhir-akhir ini BN semakin menguasai padang permainan. Permainan BN konsisten. Ketahanan mental tinggi. Setiap janji ditepati. Berjaya menghadapi permainan lawan yang tidak rasional dengan penuh  kesabaran. Gerakannya tersusun. 

Walau pun permainan pembangkang sangat kasar, terlalu banyak melanggar etika dan peraturan permainan, tidak henti-henti membentes kaki pemain BN terutama ketua pasukannya, DS Najib Tun Razak, tetapi semua usaha yang terkeluar dari garis "demokrasi" ini akhirnya memakan diri.

Gol demi gol menembusi gawang pembangkang. Ironinya, pemain pembangkang lebih banyak menjaring gol ke gawang sendiri dari gol ke gawang BN. Malah, Anwar Ibrahim selaku pemain tulang belakang telah menjadi penjaring gol sendiri terbanyak.

Gerakan dan bacaan mainan politik Anwar semakin banyak yang tersasar. 

Anwar sering engkar dengan peraturan permainan. Dia tidak peduli tiupan wisel pengadil. Walau pun jelas dia berada pada kedudukan "curi ayam", dan bola yang dijaringkannya dibatalkan oleh pengadil, dia tetap mahu jaringan tersebut diterima pakai. Bola yang bolos ke gawang BN, walaupun jelas ditolak masuk dengan tangan, Anwar mahu ia dikira sebagai satu jaringan.

Jika pengadil mengarahkan pemain pembangkang keluar padang kerana kerap melakukan kekasaran, tidak diendahkan. Anwar akan mengarahkan para pemainnya, "jangan pedulikan arahan pengadil!", "ini semua konspirasi jahat BN!". "Pengadil telah dibeli!". "lawan tetap lawan!". "Andainya mereka tidak mahu mengiktiraf gol-gol yang kita jaringkan, kita akan bawa ke pengadilan antarabangsa FiFA!"

"Kita hairan bagaimana gol-gol begitu banyak menembusi gawang kita". Jelas sekali BN telah menipu permainan ini secara licik. Pemain kita seolah-olah  telah dipukau BN, sehingga menyebabkan para pemain kita termasuk saya menjaring gol ke gawang sendiri!" .

"Permainan BN terlalu jelik". "Kita akan usahakan pengadil pemerhati dari luar termasuk Australia memantau permainan kotor BN ini". Kalau tak menipu bukan UMNO namanya. Depa tau depa tak boleh menang dengan kita. Pasai tu depa tipu.

Itukah gambaran permainan Anwar dan pakatan pembangkang dalam usaha mereka untuk menafikan kemenangan BN.

Hakikatnya, merekalah yang sebenarnya "berkepala otak penipu".

Cuma BN bernasib baik kerana segala serangan yang dilakukan oleh pembangkang sering tersasar dan memakan diri sendiri. 

Tembelang penipuan kisah komisyen kapal selam terbongkar. 

Tembelang dan temberang Deepak memakan diri.

Tembelang Altantunya akhirnya terbongkar. Tuduh dan dedah konon pelbagai perangai buruk PM dan Isteri, akhirnya mereka yang memperjuangkan LGBT.

Tuduhan rasuah keterlaluan terhadap UMNO, akhirnya Nik Aziz yang terpalit dengan rasuah tanah kepada DAP sebagai tukaran jawatan MB Perak.

Anwar cuba pecahkan kekuatan BN Sabah dan Sarawak, akhirnya pakatan mereka yang haru biru di Semenanjung.

Nak main isu agama, akhirnya Anwar yang terjerat dengan isu pluralisma.

Mainkan semula isu kalimah Allah oleh LIM Guan Eng, akhirnya PAS juga yang akan tersepit.

Tuduh UMNO rasis, akhirnya terbukti DAP lebih rasis dari rasis.

Dulu PAS begitu berani keluarkan fatwa Hj Hadi "UMNO kafir" dalam bentuk sticker dan pamplet, sekarang Hj Hadi yang tak berani keluar rumah.

Pendek kata apa saja isu yang mereka mainkan, hampir 100% terpercik ke muka sendiri dan makan diri. Segala perancangan jahat mereka digagalkan oleh Yang Maha Merancang.

Tidakkah ini menunjukkan tanda-tanda kerajaan yang ada hari ini masih dipandang Allah?

Mencari Damai Abadi

Posted: 25 Dec 2012 03:06 PM PST

Mencari Damai Abadi


Cuti Umum Public Holiday

Posted: 24 Dec 2012 03:53 PM PST

Bismillah...

Cuti sempena perayaan Krismas. Sejuk lak pepagi ni.

Dah

:)

Cucu Tok Selampit

Posted: 25 Dec 2012 01:35 PM PST

Cucu Tok Selampit


Panas!!! Bukti Video Bagaimana Pacuan 4 Roda Jelajah Oren Cuba Merempuh Masyarakat FELDA

Posted: 25 Dec 2012 07:43 AM PST


Haprakdaily dan Malaysiakini cuba memperbesarkan isu bagaimana sebuah kenderaan pacuan empat roda konvoi Jelajah Oren 'Selamatkan Felda" pecah cerminnya manakala dua peserta konvoi itu cedera dalam satu kejadian di Negeri Sembilan. Namun, portal online yang sama gagal untuk menyiarkan berita mengenai kenderaan pacuan empat roda berkenaan yang cuba merempuh masyarakat FELDA, yang menghalang peserta Jelajah Oren daripada memasuki tanah rancangan FELDA untuk menabur fitnah dan racun bibit-bibit pepecahan di kalangan masyakat FELDA. Lihat video di bawah yang membawa kepada kemarahan masyarakat FELDA:


Ketika Kuantan, Rompin & Pekan Dilanda Banjir, Tuan Ibrahim Tuan Man Sibuk Dengan Memorandum Tiada Air

Posted: 25 Dec 2012 02:40 AM PST


Bukan CTS hendak mengatakan tidak boleh PAS Pahang mengekspoitasikan isu ketiadaan air di beberapa tempat, kononnya, di negeri Pahang. Boleh. Tapi tunggulah masa dan waktu yang sesuai. Bukan pada waktu sekarang ketika negeri Pahang dilanda banjir kilat. Setakat jam 6.00 petang tadi, jumlah mangsa banjir di Pahang bertambah apabila 1,940 orang ditempatkan di 14 pusat pemindahan di Kuantan, Pekan dan Rompin.

Agak janggal dan tidak sesuai dengan keadaan apabila PAS mempergunakan beberapa penduduk-penduduk Pahang di Kampung Awah, Temerloh, Pahang di dalam isu kekurangan air pada waktu ini. Hari ini, beberapa penduduk Pekan Awah telah menyerahkan memorandum mendesak kerajaan negeri menyelesaikan masalah air yang berlanjutan lebih 10 tahun dan menyukarkan peniaga. Bukankah lebih baik Tuan Ibrahim Tuan Man dan seluruh ahli-ahli PAS Pahang mengembeleng tenaga untuk membantu mangsa-mangsa banjir? Bukankah penyerahan memorandum ini boleh dilakukan apabila masalah banjir berkurangan?

Kalau banjir sudah reda esok-esok, hendak buat petisyen dan demonstrasi 7 hari 7 malam pun buatlah. Tiada siapa yang melarang! Lagi satu, jangan hanya kuman di seberang lautan nampak jelas di mata, sedangkan gajah di depan mata buat tak tahu. Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Pesuruhjaya PAS Pahang kena turut bekerjasama dengan Pesuruhjaya PAS-PAS negeri negeri lain seperti di Selangor, Kedah dan Kelantan yang turut mengalami isu air yang sangat ketara. Jangan main pilih kasih pulak ye.

THE FLYING KICK

Posted: 25 Dec 2012 01:01 PM PST

PEJUANG BANGSA

Posted: 25 Dec 2012 11:49 AM PST

PEJUANG BANGSA


Zed Zaidi bongkar cara pembangkang peralat artis @rozaidijamil

Posted: 25 Dec 2012 05:29 AM PST



Parti-parti pembangkang kini dilihat cenderung mempergunakan agama demi mengelirukan golongan artis yang mahu berhijrah supaya menyokong mereka.

Menurut Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, ramai artis yang sudah 'terkena' di mana mereka dijemput menyertai sesuatu ceramah agama, tetapi hanya menyedari ia ceramah politik sebaik menghadirinya.

Menyifatkannya tidak wajar, Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Jamil menegaskan golongan artis yang mahu berubah ini seharusnya dibimbing pada jalan yang benar, bukannya diambil kesempatan demi kepentingan politik pihak tertentu.

"Kebanyakan parti-parti pembangkang ini menggunakan taktik agama, ceramah agama. Artis-artis yang berhijab ini memerlukan guru yang sebenar..bukannya guru yang jenis mengambil kesempatan. Ini yang sebenarnya berlaku dalam industri seni ini, maknanya banyak artis yang berhijab ini terkena.

"Bagi saya benda ini tak baik..kalau kita nak bimbing seseorang itu biarlah bimbing yang sebenar tentang Islam bukannya kita masukkan hal politik dalam agama itu. Sebab benda ini tak baik..kalau nak berjuang tentang agama, jangan libatkan orang-orang yang berhijab dan mengelirukan mereka pula.

"Kalau nak cerita pasal agama, cerita pasal agama sahaja. Selalunya mereka panggil ceramah agama, tapi bila pergi situ terkena ceramah politik pula," jelas beliau kepada Antarapos.


Mengenai penglibatannya dengan Umno, pelakon drama Sembilu Kasih itu menjelaskan yang beliau mahu membantu kerajaan mengekalkan keharmonian dan keamanan yang telah lama wujud di negara ini.

Tegas Timbalan Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian Pergerakan Pemuda Umno Malaysia itu lagi, hanya Barisan Nasional (BN) sahaja yang mampu memberi keamanan di negara ini berdasarkan usaha-usaha yang telah dijalankan selama ini yang terbukti keberkesanannya.

"Apa yang saya buat selalunya melibatkan seni dan kita mahu membantu kerajaan di mana kita tak mahu negara kita ini berpecah-belah, berperang..

"BN sahaja yang boleh bagi negara kita ini aman. Maknanya apa yang sudah dibuat itu sudah memang terbaik untuk Malaysia.

"Jadi untuk Selangor ini apa yang saya boleh bantu, saya akan terus bantu BN, Umno, tak kira Selangor atau Malaysia. Dan saya banyak fokus kepada Selangor sebab Selangor ini lebih memerlukan saya dan terus sayangi Selangor dan yakini BN," gesa beliau.

DAP guna isu kalimah Allah untuk tutup isu balak Kelantan !!

Posted: 25 Dec 2012 04:17 AM PST



NIBONG TEBAL - Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membangkitkan semula isu menuntut kerajaan pusat membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu dilihat sebagai cubaan mengalih perhatian ramai daripada isu dakwaan pemberian tanah balak di Gua Musang, Kelantan kepada dua pemimpin DAP Perak.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, dalam keadaan sekarang rakyat mahukan penjelasan daripada DAP berhubung dakwaan itu dan tindakan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu membangkitkan semula isu berkenaan adalah cubaan menutup kesalahan pemimpin parti mereka.

"Pada pendapat saya beliau (Lim) cuba bangkitkan semula isu kalimah ALLAH itu kerana cuba alihkan perhatian rakyat terhadap dakwaan pemimpin parti DAP yang menerima tanah balak. Bila timbul salah di pihak mereka, Lim cuba timbulkan isu lain dengan harapan rakyat akan mengalihkan perhatian (ke isu lain).

"Tetapi rakyat sekarang bukannya bodoh dan mereka boleh berfikir yang mana baik dan sebaliknya. Ketua Menteri Pulau Pinang itu perlu sedar perkara berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung kali ke-18 Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida), di sini hari ini.


Guan Eng dalam perutusan khas sempena Krismas di laman blognya menggesa kerajaan pusat diterajui Barisan Nasional (BN) membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.

Mohd Ali yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata masyarakat Kristian di Melaka tidak pernah membangkitkan isu menuntut membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible versi Melayu.

"Ramai orang Kristian di Melaka dan saya sentiasa bertemu mereka dari semasa ke semasa, tetapi sehingga hari ini tiada yang pernah menuntut seperti Lim itu dan mereka juga boleh menerima keputusan yang telah dibuat.

"Jadi mengapa Lim cuba bangkitkan semula isu itu dan saya tidak nampak perkara lain kecuali politik parti DAP. Mereka (orang Kristian) meraikan Krismas hari ini dan ia disambut penuh meriah," katanya.

Sebelum ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 sudah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah ALLAH dan memutuskan ia adalah kalimah suci khusus bagi agama dan umat Islam serta tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama lain.

Sementara itu, Mohd Ali menyifatkan tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh menempelak dua pemimpin utama parti itu, Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Teng Chang Khim kerana menerima darjah kebesaran yang dikurniakan raja-raja Melayu yang membawa gelaran Datuk, sebagai hipokrit.

Beliau berkata DAP sepatutnya memecat kedua-dua pemimpin yang terlibat kerana sebelum ini ia menetapkan anggota parti itu yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dilarang memiliki atau menerima sebarang tanah.

"Sekarang mengapa Karpal tidak pecat mereka kerana mendapat tanah dan dua Adun berkenaan juga sepatutnya meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kerana telah menerima rasuah. Saya harap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dapat menjalankan siasatan kes itu segera," katanya. - Bernama

Fazurina tunjuk bukti nikah di P.Pinang bukan di Siam !!

Posted: 24 Dec 2012 10:00 PM PST




GEORGE TOWN - Pelakon drama, Siti Fazurina Mohd. Famir yang lebih dikenali sebagai Nina menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan dia 'kahwin lari' di Thailand dengan Muhammad Hykal Zulkifli setelah tidak mendapat restu keluarga.
Menurut Nina, 30, dia dan suaminya, Muhammad Hykal, 31, sebenarnya selamat melangsungkan majlis pernikahan di Masjid Jamek Sungai Pinang di sini pada 20 Disember lalu dan bukannya di negara jiran seperti yang digembar-gemburkan.
"Majlis pernikahan saya berlangsung secara sah dan saya tak sangka perkara ini boleh timbul apatah lagi membabitkan ahli keluarga saya sendiri.
"Saya sebenarnya banyak berkecil hati. Mereka tidak pernah merasai apa yang saya rasa. Kalau ahli keluarga saya dapat menerima Hykal perkara sebegini akan selesai.
"Kami berdua sudah lama merancang untuk berkahwin dan kali ini Tuhan telah memakbulkan doa kami. Hykal adalah pilihan terbaik untuk saya," katanya pada satu sidang akhbar yang diadakan di sebuah hotel di sini semalam.

Sebab Nik Aziz batal jadi jurunikah Apek & Leuniey

Posted: 24 Dec 2012 07:50 PM PST


Ada meeting penting , batal jadi jurunikah  ...itu lah alasan oleh Pok Nik yang sebelum ini gah dibodek  oleh blog2 pencacai Pakatan. tapi akhirnya terpaksa cancel .

Kalau dah ada meeting , mengapa setuju jadi jurunikah sebelum ini  ?? Atau sengaja cancel sebab takut jadi isu politik ..

Mesti frust  blog pencacai2 pakatan pasal Pok Nik tak jadi jurunikah Apek ..hahaha



Kuala Lumpur - Pasangan Khairul Fahmi Che Mat (Apek) dan Nur Eluniey Natasha Nazri (Leuniey) terpaksa mencari jurunikah lain apabila Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak dapat memenuhi undangan majlis yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini.

 Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadhli Shaari yang berkata keputusan tersebut terpaksa dibuat kerana beliau perlu menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri bersama Sultan Kelantan yang berlangsung pada hari yang sama pasangan tersebut dinikahkan.

 Katanya, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas telah memohon maaf kerana terpaksa menolak dan tidak dapat menjadi jurunikah kepada pasangan ini kerana mesyuarat tersebut penting.

 Mengikut jadual, Apek, 23, dan Leuniey, 21, bakal dinikahkan di rumah keluarga pihak perempuan di Pasir Pekan, Tumpat pada jam 10 pagi diikuti tiga majlis resepsi yang akan diadakan selepas itu.

 Majlis resepsi pihak perempuan dijadualkan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember, manakala di sebelah pihak lelaki pada 5 Januari 2013.

 Sementara itu, ibu Leuniey, Norlaila Abu Bakar, 40, telah dimaklumkan seminggu yang lalu dan mereka telah mendapatkan khidmat imam masjid Taman SBJ untuk menyempurnakan majlis akad nikah itu nanti.

Ulama ingatkan Guan Eng henti provokasi isu Kalimah Allah !!

Posted: 24 Dec 2012 07:03 PM PST




Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT) Ustaz  Ismail Mina Ahmad menggesa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhenti memperlekehkan perasaan umat Islam di negara ini apabila mahu perkataan 'Allah' digunakan semula dalam Al-Kitab versi Bahasa Malaysia.

Ismail berkata tindakan Guan Eng tersebut boleh mengundang kontroversi di kalangan penganut Islam memandangkan ia akan membuka ruang yang lebih besar kepada ketegangan di antara penganut agama di negara ini.

 "Ini adalah satu provokasi yang serius kepada umat Islam di Malaysia dan kita harap (Lim Guan Eng) berhenti membuat provokasi ini.

"Di Indonesia sudah ada satu gereja yang bernama Gereja Sidang Jelmaan Allah, ini akan memberikan satu impak yang distraktif kepada pengganut Islam dan saya bimbang perkara ini akan timbulkan ketegangan masyarakat," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi tadi.

Guan Eng tadi menggesa kerajaan Persekutuan supaya membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan 'Allah' dalam Alkitab versi bahasa Malaysia.

Menurut Guan Eng gesaan ini datang atas sebuah kerajaan yang mesra rakyat juga boleh membawa keamanan dan kemakmuran yang berdasarkan kepada prinsip-prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi dan integriti.

"Atas sebab ini, DAP menggesa kerajaan persekutuan BN untuk membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam Alkitab versi Bahasa Malaysia seperti yang dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan diamalkan di Timur Tengah selama lebih daripada seribu tahun," katanya.

Ismail turut menyifatkan penganut Kristian di negara lain pun tidak menjadikan perkataan 'Allah' sebagai sandaran untuk sewenang-wenangnya mengelirukan orang ramai terutamanya penganut Islam.

"Orang Kristian sendiri pun tidak menggunakan kalimah Allah di dalam Biblenya, kenapa tidak menggunakan perkataan Allah kerana di dalam Bahasa Melayu Tuhan kan?

"Sepatutnya dulu dalam tulisan Bible mereka, mereka menggunakan khalimah Allah, mereka sendiri pun tidak menggunakan khalimah Allah, maka sebab itu kita katakan ini adalah satu provokasi (Lim Guan Eng) kepada umat Islam sebab semua teks-teks di dalam Bible dalam bahasa tempatan, atau bahasa German ke, mereka tidak menggunakan perkataan Allah," katanya.

Untuk rekod sebelum ini akhbar Mingguan Khatolik, The Herald pada tahun 2009 berdepan dengan masalah Kementerian Dalam Negeri (KDN) apabila edisi Bahasa Malaysianya menggunakan perkataan 'Allah' dalam agama Kristian.

Pada Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa larangan menyeluruh Kementerian Dalam Negeri berhubung penggunaan perkataan 'Allah' adalah salah di sisi undang-undang.

Malah tindakan menggunakan perkataan 'Allah' itu oleh The Herald mendapat teguran Duli Yang Maha Mulia, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah  yang juga sebagai Ketua Agama Islam Negeri Selangor.

Baginda bertitah bahawa Negeri Selangor hendaklah teguh dengan pendirian mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain, bagi memelihara akidah umat Islam dan keharmonian beragama di Negeri Selangor.

Adalah penting kedudukan agama Islam dipelihara setiap masa sejajar dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 47 Undang-Undang Tubuh Kerajaan (Negeri Selangor) 1959 yang memperuntukkan bahawa Agama Islam sebagaimana yang dianuti dan diamalkan dalam Negeri ini hingga kini hendaklah menjadi agama Negeri, dengan syarat bahawa semua agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai oleh orang-orang yang menganutinya di mana-mana bahagian Negeri ini.- ANTARA POS-

Guan Eng mesti panas cabaran terbaru dari UMNO ini !!

Posted: 24 Dec 2012 04:30 PM PST





DAP Pulau Pinang dicabar supaya membariskan calon berbangsa Melayu di kawasan majoriti pengundi Cina pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), jika benar parti itu tidak bersifat perkauman.

Menurut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir, sekiranya DAP masih meneruskan amalan meletakkan calon-calon Melayu di kawasan majoriti pengundi Melayu sahaja, maka keikhlasan mereka menerima orang Melayu khususnya, boleh dipertikai.

"Saya nak cabar (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng, kalau dia betul-betul mahukan calon Melayu bertanding dalam DAP, letak di kawasan Cina. Kita nak tengok dia ikhlas atau tidak ikhlas.

"(Kebiasaannya) Dia (DAP) akan ambil calon Melayu ini dan letakkan di kawasan Melayu. Kalau dia ikhlas nak orang Melayu duduk dalam DAP, letak di kawasan Cina. Suruh orang Melayu DAP ini, bertanding di kawasan Cina. Barulah dia ikhlas," katanya ketika ditemui Antarapos baru-baru ini.


Walaubagaimanapun Musa yakin parti yang didominasi oleh kaum Cina itu tidak pernah ikhlas meletakkan calon Melayu bagi mewakilinya dalam mana-mana pilihan raya.

Selama ini dakwa beliau, DAP dilihat sekadar 'melepaskan batuk di tangga' dengan hanya membariskan calon Melayu apabila terdapat desakan dan tekanan untuk berbuat demikian.

"Bagi saya dia tak ikhlas..Dia tak ikhlas nak gunakan calon-calon Melayu untuk bertanding dalam pilihanraya.

"Kalau ada yang desak, dia akan berilah sebagai melepaskan batuk di tangga. Itu sahajalah..," ujar beliau.


Ketika merasmikan kongres DAP baru-baru ini, Guan Eng melahirkan hasrat untuk memnjadikan DAP sebagai pilihan orang Melayu.

Namun begitu agenda tersebut mendapat tamparan hebat apabila kesemua lapan calon Melayu tewas pada pemilihan parti itu untuk merebut 20 kerusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang merupakan badan tertinggi parti itu.

Antara yang tewas adalah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari yang hanya memperolehi 305 undi. Turut kalah adalah Senator Ariffin  S.M. Omar yang mendapat 348 undi.
 
Keputusan tersebut jelas menunjukkan rata-rata perwakilan DAP menolak calon Melayu untuk menduduki jawatan-jawatan utama dalam parti itu, apatah lagi untuk memberi peluang mereka dipilih untuk bertanding pada PRU13.

Bagaimanapun untuk meredakan kekhuatiran orang Melayu terhadap DAP, 20 ahli CEC yang terpilih memgumumkan Ariffin dilantik menjadi Naib Pengerusi DAP bagi sesi 2012-2015. -ANTARAPOS-

DIMENSI

Posted: 25 Dec 2012 11:39 AM PST

DIMENSI


Omegay: Cubaan Pengganas Oren langgar peneroka!

Posted: 24 Dec 2012 08:30 PM PST



Omegay: Guan Siyal Eng...Don't Cross The Border!

Posted: 24 Dec 2012 07:00 PM PST


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dinasihatkan tidak "melintasi sempadan" apabila menimbulkan semula isu kalimah ALLAH dengan menggesa Kerajaan Pusat membenarkan kitab Bible bahasa Melayu menggunakan perkataan tersebut.

Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, walaupun ada dalil-dalil yang membenarkan atau harus kepada bukan Islam menggunakan ALLAH, namun situasi semasa di negara ini amat tidak sesuai sekali.

Menurutnya, dalam keadaan sekarang, umat Islam akan melihat kenyataan Guan Eng ini sebagai ofensif dan provokasi serta mungkin menggugat keamanan yang sedia ada di negara ini jika gagal dikawal.

"Satu lagi fakta yang perlu difikirkan adalah, mengapa gereja-gereja di Eropah termasuk United Kingdom (UK) dan Vatican City di Itali tidak menggunakan ALLAH untuk God, malah negara-negara majoriti Kristian juga tidak pernah sibuk ingin menggunakan nama ALLAH ini.

"Malah dalam filem-filem bercorak agama terbitan Hollywood, pihak Kristian tidak pernah di skrip menggunakan ALLAH bila menyeru tuhan, mereka hanya gunakan God atau Lord sahaja. Ini kerana itulah yang terpakai di sisi Kristian seluruh dunia sebenarnya," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Semalam, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam perutusan sambutan Hari Krismas berkata, Kerajaan digesa membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu seperti yang telah dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu.

Selain itu, Dr Zaharuddin turut menegaskan tidak bersetuju apabila dipisahkan nama ALLAH kepada pengertian lughah iaitu merujuk kepada tuhan umum dan ALLAH secara istilah yang merujuk kepada ALLAH yang disebut dalam Surah al-Ikhlas.

"Umat Islam hanya merujuk al-Quran dan Hadis dalam menentukan sikap dan pendirian, bukan Bible. Apatah lagi menurut keyakinan Islam, Bible yang wujud hari ini bukanlah sama sepenuhnya dengan Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa as beribu tahun dahulu.

"Memang benar, mudarat dan maslahat mungkin berbeza mengikut penilaian masing-masing, dan tentunya ia bakal memberikan kecenderungan berbeza-beza. Namun pada hemat dan penilaian saya, unsur kemudaratan lebih wajar dielakkan dalam hal ini," katanya.

Kata Dr Zaharuddin lagi, oleh itu penggunaan nama ALLAH oleh pihak Kristian khususnya dalam penulisan mereka, amat wajar dilarang oleh pihak kerajaan.

"Kita sedar kumpulan ini hanya memperjuangkan penggunaan kalimah ini di negara-negara majoriti umat Islam seperti Mesir, Indonesia, beberapa negara Arab dan kini Malaysia. Tahukah anda apa sebabnya berlaku demikian? Fikirkan, diharap kita semua sedar strategi di sebaliknya," katanya.

Katanya lagi, Guan Eng seharusnya membangkitkan isu melibatkan kepentingan umum dan keadilan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) daripada isu sensitif seperti ini. - SH

Omegay: Isu kalimah - Di depan rakyat PAS bidas DAP...di belakang PAS belai macam anak kucing >XD

Posted: 24 Dec 2012 05:40 PM PST


PAS bidas Guan Eng
Kuala Lumpur: PAS dan ulama membidas tindakan Lim Guan Eng membangkitkan semula isu menuntut Kerajaan Pusat membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Tindakan itu kata mereka bukan saja akan mengelirukan umat Islam malah menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak menghormati keputusan yang sudah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong. 

Guan Eng dalam perutusan khas sempena Krismas di laman blognya, semalam menggesa Kerajaan Pusat diterajui Barisan Nasional (BN) membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu. 

Ahli Majlis Syura Ulama PAS yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi, berkata tindakan Setiausaha Agung DAP itu mengelirukan umat Islam di negara ini.

"PAS mengambil pendirian seperti diputuskan Majlis Syura parti sebelum ini, tidak bersetuju dengan desakan mana-mana pihak berhubung isu berkenaan.

"Kita tidak boleh lawan Majlis Syura yang sudah putus perkara ini sebelum ini, kalau lawan.... jadi benda lain. Kita tidak akan ikut, pakai dia (Guan Eng), sebab dia keliru banyak, nak guna benda karut.

"Tapi terpulang kepada kerajaan (Persekutuan), kalau nak buat. Bagi PAS, kita bantah, tidak boleh guna perkataan itu," katanya kepada BH. Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi mahu Guan Eng berhenti daripada membangkitkan isu itu kerana boleh mencetuskan kekeliruan umat Islam. 

"Tindakan Guan Eng itu boleh mencetuskan semula polemik yang sudah lama reda. Isu ini tidak perlu ditimbulkan lagi dan sepatutnya beliau merujuk kepada ulama sebelum mengeluarkan kenyataan seperti itu secara terbuka.

"Isu kalimah Allah ini bukan boleh dijadikan polemik kerana ia sangat sensitif dan boleh menimbulkan ketegangan agama jika tidak ditangani dengan baik," katanya.

Nasrudin berkata, jika masyarakat agama lain masih tidak memahami isu itu sewajarnya ia dibincangkan secara tertutup bersama ulama bagi mengelakkan ketegangan agama.

Ditanya sama ada PAS akan bertemu dengan Guan Eng berhubung isu terbabit, Nasrudin berkata, perkara itu diserahkan kepada pucuk pimpinan parti.

Sebelum ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 sudah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah.

Muzakarah memutuskan bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam serta tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama lain.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad berkata, negeri itu mewartakan kalimah Allah sebagai antara 40 perkataan yang tidak boleh digunakan bukan Islam.

Beliau berkata peraturan itu dikuatkuasakan pada zaman pakatan pembangkang memerintah dan dipersetujui Guan Eng sebagai pemimpin tertinggi. 

"Jabatan Mufti Pulau Pinang sudah putuskan perkataan seperti Allah, haji, masjid contohnya hanya boleh digunakan mereka yang beragama Islam.

"Dia (Guan Eng) pun tahu perkara ini, kita sudah maklum dan peraturan ini sudah diwartakan, pelik juga beliau cakap macam tu," katanya. 

Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Muhamad berkata, keputusan tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible perlu dihormati semua kaum. - BH

Omegay: Ala2 Demokrasi ANAK celake mazlan ceroboh "rumah" orang!

Posted: 24 Dec 2012 03:00 PM PST



"INI NEGARA DEMOKRASI"...itu yang di laungkan oleh pencacai baju ANAK jinggay pimpinan mazlan aligatorman ketika rombongan kaum jinggay cuba menceroboh kampung peneroka felda Jengka 23...bak kata pepatah datang tak di jemput...

"kita datang cara baik..nak terima tak nak terima itu saudara punya pasal!"...perghhh sedap tul bahasa...cara nak tabur fitnah tu baik sangat kerrr?...satu hal lagi ko nak masuk 'rumah' orang terus nak menyalak ape hal?..

demokrasi mesti kena ceroboh tempat orang kerrrr?...memang patut penduduk felda tu halang penyangak2 jinggay daripada terus nak memfitnah dan mengadu domba masyarakat setempat..kalau di biarkan memang jahanam lerrr...badigol so'od punye makhluk jinggay! harkkkk ptuihhh kehkehkeh >:D

Tiada ulasan:

Pengikut