Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
- Tawaran mega untuk rakyat Pahang 9 Dis
- Umum nama bakal PM selepas penamaan calon
- Majlis Makan Malam Jentera Pilihanraya DPPKM Bersama Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia
- Merayu: Najib minta maaf, Mahathir menangis
- Berperanglah dengan Deepak dahulu sebelum PR
- 13 Mei: Dakwaan Shahrizat melampau, andaian jahat
- PAS Perak buat laporan polis terhadap Shahrizat
- Umno benar-benar habis modal – Presiden PAS
Tawaran mega untuk rakyat Pahang 9 Dis Posted: 03 Dec 2012 03:49 PM PST TEMERLOH: Pakatan Rakyat (PR) Pahang akan membuat pengisytiharan tawaran mega untuk rakyat negeri ini jika diberi mandat memerintah pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang (HKRP), 9 Disember ini. Menurut pengarah program Dr Hamzah Jaafar, dalam program pra Perhimpunan Sejuta Rakyat itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengisytiharkan tawaran Kerajaan Pusat untuk Rakyat Pahang. Manakala ketiga-tiga pemimpin negeri iaitu Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah pula akan mengisytiharkan tawaran Kerajaan PR Pahang untuk rakyat negeri ini. "Perisytiharan ini adalah suatu yang amat istimewa untuk warga Pahang kerana ia berkait rapat dengan keperluan dan tuntutan hidup mereka yang tidak diselesaikan oleh Kerajaan BN selama ini," katanya dalam sidang media hari ini. Turut hadir Pengerusi Biro Pendidikan PKR Pusat, Abbas Awang, Naib Pengerusi DAP Pahang Koh Boon Heng serta pimpinan ketiga-tiga parti peringkat negeri. Dr Hamzah berkata, dalam program HKRP Tapak Kompleks PAS Pahang di Kerdau nanti, hadirin akan dapat mendengar ucapan bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia yang juga bekas Pengerusi syarikat televisyen Media Prima, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin yang menyertai PAS di Johor kelmarin. Tambahnya HKRP akan disemarakkan oleh konvoi 500 penunggang motosikal berkuasa tinggi seawal jam 11 pagi dari Jerantut ke tapak himpunan. Di tapak program, akan disediakan dengan pameran sejarah perjuangan ketiga-tiga parti. "Pada sebelah petang anak muda akan dihiburkan dengan persembahan santai artis-artis Bob Lokman, ALI XPDC dan Dayangku Intan. "Kemuncaknya ialah pidato pemimpin daripada ketiga-tiga parti iaitu Anwar, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu dan Lim Kit Siang," ujarnya. Dr Hamzah berkata, wakil-wakil NGO Anak, Hijau, Anti-Lynas, Bersih, Kerabat, Orang Asal Cameron Highland, Save Bukit Koman dan Royalti akan turut diberi laluan berucap. "Pihak penganjur sangat yakin himpunan ini akan melakar sejarah baru dalam arena politik tanah air, khususnya di Pahang dengan kebangkitan rakyat yang secara jelas menolak segala bentuk dan sifat salah laku serta gagal urus tadbir negeri dan urusan rakyat," katanya |
Umum nama bakal PM selepas penamaan calon Posted: 03 Dec 2012 03:49 PM PST KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (gambar) mencadangkan agar Pakatan Rakyat mengumumkan nama bakal Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat selepas penamaan calon pilihan raya umum nanti. "Waktu paling sesuai diumumkan secara rasmi siapa bakal Perdana Menteri ialah selepas penamaan calon, supaya rakyat ada 'clear choice' selepas itu," katanya dalam pertemuan eksklusif bersama Harakahdaily dan Harakah di Pejabat Harakah hari ini. Cadangannya itu bagaimanapun katanya terletak kepada budi bicara pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. Jelasnya, cadangan itu akan memberi semangat kepada penyokong Pakatan Rakyat untuk bekerja memenangkan calon masing-masing dalam pilihan raya umum nanti. "Kerana untuk jadi Perdana Menteri mesti bertanding dalam PRU-13 dan mesti menang. Jadi selepas penamaan calon kita sudah ada nama bakal perdana menteri," katanya. Namun katanya, soal siapa jadi Perdana Menteri bagi Pakatan Rakyat nanti akan ditentukan oleh pimpinan tertinggi apabila sampai masanya. "Walaupun pada waktu ini secara rasmi belum diputuskan siapa, saya lihat ia tidak ada masalah sebab tidak ada perebutan di dalam Pakatan Rakyat," katanya. |
Majlis Makan Malam Jentera Pilihanraya DPPKM Bersama Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia Posted: 03 Dec 2012 03:48 PM PST |
Merayu: Najib minta maaf, Mahathir menangis Posted: 03 Dec 2012 03:46 PM PST KUALA LUMPUR: Taktik meminta maaf adalah taktik baru Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang masih merayu supaya rakyat sekali lagi memilih BN di dalam PRU13 nanti. "Kalau dulu Tun Mahathir menangis untuk menarik simpati. "Apakah tidak cukup 55 tahun rakyat beri amanah kepada Umno BN?" tanya AJK PAS Pusat, Idris Ahmad dalam satu kenyataan. Justeru, ujrnya Najib perlu ingat bahawa pengundi sekarang adalah pengundi bermaklumat dan mereka mahu kerajaan yang telus dan amanah. Katanya, ketika Najib meminta mandat dan memohon maaf, longgokan masalah yang dihadapi oleh rakyat tidak diselesaikan. Antaranya, kata beliau hutang negara tahun 2012 berjumlah RM502 bilion, meningkat 107.4 % sejak lapan tahun (2004), seramai 10,200 graduan pendidikan masih tidak ada penempatan di samping 8,000 lulusan jururawat tidak ada kerja sementara 1,118 juruterbang yang berlesen tidak ada kapal terbang untuk dibawa. "Apa khabar wang RM40 juta yang diberi kepada Musa Aman oleh Michael Chia untuk tabung Umno Sabah, isu NFC masih tidak berkesudahan, pendedahan Tan Sri Musa Hassan yang mengatakan tugas polis diganggu oleh menteri, rakyat lagi sakit hati," katanya. Beliau menambah, rakyat tidak boleh berdiam diri untuk membiarkan BN merosakkan masa depan negara, justeru Umno BN perlu dihukum untuk menamatkan keangkuhan mereka. Katanya, kedaulatan rakyat dan kesejahteraan negara tidak akan tercapai jika pemimpin dan BN masih berkuasa. Menurutnya, pencapaian kerajaan Pakatan Rakyat terbukti di pandangan mata rakyat mampu mentadbir kerajaan pusat walau pun terpaksa berdepan dengan berbagai halangan. "Ini meyakinkan lagi Umno tidak boleh dimaafkan untuk kali ini," tegasnya. |
Berperanglah dengan Deepak dahulu sebelum PR Posted: 03 Dec 2012 03:43 PM PST KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berperanglah dahulu dengan Deepak Jaikishan sebelum berperang dengan Pakatan Rakyat (PR), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. "Pergi bawa Umno dia berperang dengan Deepak dulu, dah menang dengan Deepak baru datang berperang dengan kita (PR). "Kalau dengan Deepak pun tak boleh menang perang dan tak berani jawab sepatah pun, tak usahlah cakap lebih-lebih nak berperang dengan PR," katanya. Dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno, Najib mengisytiharkan perang habis-habisan terhadap PR dengan laungan slogan anti-PR. Deepak kini dilihat memerangi Najib dengan pelbagai tuduhan terutama tuduhan yang amat jelas berkaitan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu. "Deepak bukan memerangi ketua Umno cawangan tetapi Presiden Umno yang juga Perdana Menteri. "Tentulah beliau mempunyai asas yang sangat kuat untuk berbuat demikian," kata Mohamad. Beliau juga menyifatkan isu yang berlaku kini bukan isu Najib semata-mata tetapi isu yang melibatkan keburukan Umno yang sekaligus menjejaskan nama baik negara. "Bukan isu serangan Deepak terhadap Najib sahaja tetapi ia juga mempunyai kaitan yang rapat dengan pendedahan (bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri) Musa Hassan bahawa (Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) campur tangan dalam siasatan polis. "Campur tangan dalam siasatan polis bermakna Umno melalui menterinya menafikan keadilan untuk rakyat. "Jika Umno menang lagi, tidak ada jaminan menteri Umno tidak campur tangan dalam siasatan polis terhadap tuduhan Deepak ke atas Najib," kata Mohamad. Beliau berkata, kalau konstabel polis sekalipun yang membuat pendedahan, rakyat perlu mengambil kira dan memastikan kebenarannya. "Ini bukan OCPD Baling yang buat pendehan, ini pendedahan bekas Ketua Poilis Negara. "Lebih dari itu, ini bukan pertama kali dia mendedahkan campur tangan menteri Umno dalam siasatan polis," kata beliau. Meskipun demikian, kata Mohamad, Hishammuddin hanya menepis pendedahan Musa itu dengan mendakwa semua itu bertujuan untuk mengalihkan tumpuan ahli-ahli Umno dalam perhimpunan agung mereka. "Itu jawapan tipu tanpa asas. "Dalam kes Deepak membisu, dalam kes Musa pula menipu," katanya lagi. |
13 Mei: Dakwaan Shahrizat melampau, andaian jahat Posted: 03 Dec 2012 03:42 PM PST Shahril (tengah) menunjukkan laporan polis di hadapan balai polis Temerloh. TEMERLOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP) hari ini membuat laporan polis di sini berhubung kenyataan Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil di perhimpunan agung parti itu yang didakwa bersifat hasutan. Dalam laporan polis oleh ketuanya, Shahril Azman Abdul Halim, mahu polis memulakan siasatan ke atas Shahrizat berdasarkan peruntukan Kanun Keseksaan ekoran ucapan menghasut beliau ketika merasmikan perhimpunan sayap parti berkenaan di PWTC pada 28 November itu. Memetik laporan tersebut yang turut disebarkan oleh media-media cetak dan elektronik, Shahrizat berkata jika Umno atau BN tidak lagi berada di tampuk kuasa kestabilan politik (negara ini) akan goyang seterusnya mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969. Dalam laporan polis itu, Shahril sebagai seorang warganegara Malaysia, berasa sangat terganggu dengan ucapan tersebut dan berpendapat bahawa ia adalah berniat jahat bagi tujuan mendatangkan rasa takut, rasa tidak selamat, tidak tenteram, ugutan, menghasut dan seterusnya mendatangkan khianat kepada ketenteraman awam. Justeru beliau membuat laporan bagi polis memulakan siasatan ke atas Shahrizat di bawah mana-mana peruntukan seksyen 500, 503, 504, 505 dan 506 atau mana-man peruntukan undang-undang lain yang relevan atas alasan mengeluarkan kenyataan jahat yang mendatangkan khianat awam serta menggugat ketenteraman ekoran kenyataan beliau. Sementara itu, Shahril dalam sidang medianya selepas itu menganggap kenyataan bekas menteri yang pernah terpalit dengan skandal lembu kondo itu, sebagai tuduhan melampau dan andaian jahat jika Pakatan Rakyat (PR) menang. "Walhal PR telah buktikan negeri yang dikuasai selepas pilihan raya lalu bukan saja aman tanpa rusuhan kaum, malah terus maju sehingga diiktiraf oleh Ketua Audit Negara. "Sebab itu bagi Pemuda PAS, ugutan Shahrizat ini melambangkan ketakutan parti pemerintah berhadapan pilihan raya akan datang kerana bimbang dihukum rakyat lalu mengugutnya dengan tragedi berdarah 13 Mei," tegasnya. Katanya, pada hari ini Pemuda PAS negeri-negeri membuat laporan polis seluruh negara terhadap isu yang sama. |
PAS Perak buat laporan polis terhadap Shahrizat Posted: 03 Dec 2012 03:42 PM PST IPOH: PAS Perak hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini yang berbaur hasutan serta perkauman. Laporan polis tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh diketuai oleh Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Zawawi Hassan. Zawawi ketika ditemui berkata, Shahrizat cuba mengugut serta menakutkan rakyat dengan mengatakan kekhuatiran beliau tragedi 13 Mei 1969 akan berulang kembali jika Umno tidak lagi berkuasa. Menurutnya, dakwaan tersebut sangat merbahaya dan boleh membangkitkan sentimen perkauman serta kacau bilau di kalangan rakyat Malaysia berbilang kaum di negara ini. Katanya, rakyat berasa sangat terganggu dengan ucapan tersebut dan berpendapat ianya berniat jahat untuk menakutkan rakyat untuk menyokong Pakatan Rakyat. "Beliau sengaja mewujudkan rasa takut, rasa tidak selamat, tidak tenteram di kalangan rakyat Malaysia seterusnya mendatangkan khianat awam kepada ketenteraman masyarakat awam pelbagai kaum di negara Malaysia ini," katanya. Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Bagan Serai menjelaskan, dakwaan tersebut ternyata tidak berasas dan ianya dapat dibuktikan setelah Pakatan Rakyat dapat memerintah di beberapa buah negeri dalam keadaan yang aman tenteram. |
Umno benar-benar habis modal – Presiden PAS Posted: 03 Dec 2012 03:41 PM PST KOTA BHARU: Umno dianggap benar-benar kehabisan modal apabila hampir keseluruhan ucapan dasar dan penangguhan Presiden pada Perhimpunan Agung parti itu menghentam pemimpin Pakatan Rakyat. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, nampak sangat Umno seperti kehabisan modal bagi membincangkan masalah dalaman parti itu. "Mereka sudah tidak ada modal lagi. Kalau kita perhatikan hampir keseluruhan ucapan pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini memperlekehkan orang lain. "Inilah saban kali kita saksikan setiap kali Perhimpunan Agung Umno berlangsung. Sudah tidak ada modal lagi," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah sempena Kongres Dunia Islam di Balai Islam di sini malam tadi. Perhimpunan Agung Umno kali ke-66 yang berakhir Sabtu lalu menyaksikan Presiden, Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin-pemimpin Umno menghentam pemimpin Pakatan Rakyat. Malah Najib pada ucapan penangguhan yang dianggap sebagai ikrar Umno mendakwa satu undi kepada PKR akan membawa kepada kerosakan akidah dan umat, undi PAS untuk perpecahan, manakala undi DAP membawa kepada penindasan. Ustaz Abdul Hadi juga berkata, Umno pun nampaknya sudah pandai membaca doa pada perhimpunan parti mereka. Menurutnya sebelum ini Umno memperlekehkan doa dibaca pemimpin PAS, namun sekarang mereka sendiri pun membaca doa. Ketika berucap sebelum itu katanya, Islam perlu kembali semula untuk pimpin dunia selepas banyak ideologi lain terbukti gagal menangani kehidupan umat manusia. "Hanya Islam sahaja yang menerangkan segala aspek dalam kehidupan umat manusia. Sekarang anak-anak yang pernah mendapat didikan daripada barat pun bangkit mempertahankan Islam. "Islam tetap bangkit biar pun cuba dihalang. Kita runtuhkan jahiliah untuk tukar kepada kerajaan yang adil. "Umno nampak seperti mahu kekal sehingga kiamat," katanya. Sebelum itu ceramah disampaikan Naib Presiden Institut Pemikiran Islam, Sheikh Dr Ahmed Totonji dan wakil Partai Keadilan Sejahtera (PKS), Anang Sharifuddin. Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri. Kongres Dunia Islam 2012 berlangsung 1 hingga 5 Disember ini bertempat di Hotel Grand Riverview membabitkan pembentangan 70 kertas kerja dari dalam dan luar negara. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan