Selasa, 4 Disember 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


anakbukitgantang says

Posted: 04 Dec 2012 03:43 AM PST

anakbukitgantang says


Dunia Islam akan kehilangan suara lantang Malaysia jika Pakatan menang

Posted: 03 Dec 2012 04:46 AM PST

Kita terkejut bila Bosnia negara Islam yang pernah ditolong Malaysia BERKECUALI semasa pengundian Palestine kepada status negara pemerhati di PBB. Perkara ini sebenarnya akan jadi di Malaysia jika Pakatan berkuasa. Ipoh Malay membahaskan dengan terperinci Persamaan Bosnia Dan Malaysia Dibawah Pakatan Rakyat


Berikut adalah pecahan agama di Bosnia dan Herzegovina. Negara tersebut merupakan negara yang mempunyai 3 presiden iaitu Nebojša Radmanović yang mewakili Serb Bosnia yang sebahagian besarnya menganut Kristian Ortodoks Serbia, Željko Komšić yang mewakili Croat Bosnia yang sebahagian besarnya menganut Kristian Katolik dan Bakir Izetbegović yang mewakili Bosniak yang sebahagian besarnya menganut agama Islam.

Dari angka tersebut, pecahan kaum di Bosnia dan Herzegovina ialah, 49.4% Bosniak, 39.1% Serbs, 12.6% Croats dan 1.9% Lain-lain.

Hukum politik jenis bertiga ini cuba ditiru oleh Pakatan Rakyat di negara ini dengan mentiadakan ketua Pakatan Rakyat itu sendiri. Dengan kata lain, tiada Presiden Pakatan Rakyat sepertimana terdapatnya Presiden Barisan Nasional.

Sebab itulah mereka hanya meletakkan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin de-facto. Ini kerana, jika mereka menang, hanya satu kerusi Perdana Menteri yang tersedia.

Oleh sebab itu, keterujaan mereka untuk merepublikkan negara ini sangat tinggi kerana dengan cara itulah sahaja, mereka dapat meletakkan ketua de-facto sebagai Presiden negara dengan dibantu oleh tiga Perdana Menteri dari ketiga-tiga aliran komponen parti yang berbeza, DAP, PAS dan PKR.

Cuba kita lihat pecahan terkini dari akumulasi kerusi-kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat di parlimen dalam PRU12 2008.

Bukankah jelas bagi mereka yang mempunyai otak yang waras bahawa tanpa perlu bersuluh lagi, kuasa politik berada di tangan siapa. Sama ada di pihak sekular bukan Islam yang anti Islam, pihak sekular Islam politik dan pihak fundamentalis Islam politik.

Politik inilah yang dipakai di Bosnia dan Herzegovina yang menghasilkan satu ketetapan yang mengejutkan kita. Bosnia dan Herzegovina mengambil sikap berkecuali dalam undian di PBB bagi menyokong Palestin sebagai negara pemerhati bukan ahli - dibaca berkecuali dalam mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

Ini sangat mengejutkan kita kerana negara Serbia sendiri, mengundi YA untuk menyokong Palestin dalam usul tersebut.

Bosnia dan Herzegovina tidak dapat mengundi kerana Presiden dari kalangan Serb Bosnia tidak bersetuju. Kata putus tidak dapat dicapai kerana sebarang keputusan memerlukan persetujuan ketiga-tiga Presiden.

Kita dapat lihat dengan jelas, bagaimanakah dasar negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Lebih buruk lagi, DAP dengan anti Islamisasi, PKR dengan pluralisme agama dan PAS dengan Islam politik akan menghasilkan sebuah negara yang lebih buruk dari Bosnia Herzegovina hari ini tanpa mengira demografi.

Walau seluruh umat Islam mengundi PAS, corak pentadbiran bertiga ini hanya akan menghentikan terus proses Islamisasi dan dasar sosialis yang anti Islam akan membunuh pula bibit-bibit Islam yang sedang subur bercambah.

Malaysia dibawah Pakatan Rakyat akan menjadi bahan jenaka dunia Islam kerana kebodohan umat Islam negara ini membuat pilihan akibat buta politik dan memilih berdasarkan hasad yang disemai bukan Islam, yang akhirnya meletakkan Malaysia sebagai bukan negara Islam walaupun majoritinya adalah Muslim.

Jika ini yang anda mahukan, undilah Pakatan Rakyat.



Politik Harian

Posted: 04 Dec 2012 03:16 AM PST

Politik Harian


Hah! Rupanya... Anwar Ada Rasa Goyang Dengan Najib!

Posted: 03 Dec 2012 09:44 PM PST


Seronok juga tengok Datuk Seri Anwar Ibrahim terpanggil untuk mengadakan  sidang akhbar di ibupejabat PKR pagi Isnin untuk mengulas Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang tutup tirai petang Sabtu  lalu.
Selain dari sidang akhbar itu,pada hari sama  'imam besar' pakatan pembangkang itu juga ada mengeluarkan satu kenyataan media khusus komen mengenai perhimpunan di Pusat Dagangan Dunia Putra itu.

Ada juga kalangan wartawan termasuk Agendadaily yang tidak sempat membuat liputan sidang akhbar itu kerana terlewat mendapat tahu mengenainya.

Namun beberapa rakan wartawan yang hadir secara berjenaka kata 'cukup rugi' tak hadir sidang akhbar itu.

"Anwar buat press confrence itu sebab dia rasa takut...".Itu antara komentar rakan-rakan wartawan itu.

"Nampak sangat cemas, dia dok menggulung ucapan penggulungan Najib," kata mereka.

Baca lagi...

Erma Fatimah Kagum Dengan Semangat Perjuangan Blogger UMNO UMB

Posted: 03 Dec 2012 07:32 PM PST


Petikan dari twitter seorang pelakon, pengarah, penerbit filem, penerbit TV dan penulis di Malaysia Erma Fatimah yang kagum dengan semangat perjuangan blogger UMNO..

Erma "Mlm ini dpt kawan baru! Adik2 blogger umno ! Sesekali ckp pasal perjuangan. darah terus bergelora! Keep in touch! And TQ SO MUCH for coming!



Tangkap Khalwat Bilik 121 : Dr Hasan Diturunkan Pangkat - SPA

Posted: 03 Dec 2012 06:49 PM PST


Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman yang digantung kerja ekoran kes khalwat baru-baru ini diturunkan pangkat ke satu gred yang lebih rendah daripada jawatan yang disandang sekarang.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat SPA yang diadakan hari ini.

Mahmood dalam kenyataannya berkata tindakan tatatertib terhadap Dr Hasan yang merupakan Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan itu dibuat mengikut Peraturan 33(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Pada 26 November lepas, SPA memutuskan Dr Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan dalam mesyuarat hari ini.

SPA juga memutuskan agar Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, Jururawat Gred U41, Kementerian Kesihatan dikenakan tindakan turun tiga pergerakan gaji bagi tempoh 12 bulan.

Pada 14 November lepas Dr Hasan, 56, dan Wan Syarifah Nooraazmanita, 36, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini, pada 2.18 pagi hari yang sama.

Memalukan...

tunku

Posted: 04 Dec 2012 03:14 AM PST

tunku


"Singapore DAP" Teaches Anwar's Cyber Troopers

Posted: 04 Dec 2012 12:28 AM PST

The 'cyber war' is getting more and more ferocious with various platforms which are used. As for for, whoever controls all those mediums or platforms, they are the ones who gets to beat their enemy. The opposition has always been known for their dirty strategy in the 'cyber war' even before GE12, even though during that era people still do not really use the cyber world to gain information. The usage of blogs, Facebook, Twitter and Friendster for example are heavily used and each of those platforms have their own users where they would even update their site often in order to cater to this high-tech era. The numbers of internet readers have increased, billions in number, even in Malaysia, Facebook users are more than 9 million people. Prior to GE12, the opposition ruled the cyber war, and now, BN's cyber troopers has began to gain control of the cyber world and readers have begun to look out for the truth instead of accusations. Readers are smart in knowing the difference between the truth and lie. This matter has caused the opposition to take a drastic measure by adding more of their troopers and getting training services from outside of Malaysia. It is rumored that the opposition is beginning to import trainers from our neighbouring country, Singapore who is said to be more advanced and that they have achieved success during their last election. Even though the ruling party won and lost only a few unexpected seats, but the tactics which they used did help them to win especially when their 'guerilla war' is focused in urban areas instead of villages. The majority of internet readers are from cities as they could get easy access to the internet through wide coverage from their broadbands as well as high-speed internet access. Those are all the important criteria to ensure that all news can be spread as soon as possible. It seems that the opposition is very desperate because they had to seek for 'expert' help from Singapore to manage their cyber troopers from time to time. Perhaps this is DAP's idea because it is also rumored that DAP has opened an office in Singapore. Lim Guan Eng is said to have opened a DAP office in Singapore so that it would be easier to "attack BN" from there. The latest issue regarding Scorpene where the french lawyers held a meeting to the leadership as well as their cyber troopers was held there. They are going with this method because they think that Malaysian law does not have any jurisdiction in other countries. Especially when cyber laws are different in each countries. The question which rise here is that what is the real plan for the Opposition if they do win the GE13? - Would Singapore be part of Malaysia again? - What is the strategy on the number of parliamentary seats for Singaporean Chinese? Would it lessen up Malay seats and that it would give advantage to DAP which hopes to have the next Prime Minister from their party? - Lee Kuan Yew once said, before he dies, he would want to be Malaysia's Prime Minister. If Singapore is great when it comes to 'cyber war'. why does the PAP party led by Lee Kuan Yew fall? Even worse, why pay Malaysian trainers to teach them how to blog? Anwar is seen to be too desperate in wanting to maintain the relationship with Singapore, a source said that Anwar had to because most of his moral issues (secrets) are in the hands of Singapore's intelligence. Is there elements of blackmail given against Anwar that the 'Singaporean team' are free to manage his GE13 troopers?

PAS AND DAP JUST DO NOT HAVE A MEETING POINT

Posted: 03 Dec 2012 01:00 PM PST

PAS and DAP are at loggerheads again…this time the issue is over singer Elton John…PAS claims having Elton John perform in Malaysia is like promoting gay. So the 'war' between the two parties will not end as long as there are differences in the basic principle – prohibited in Islam and acceptable by non-Muslims. The two parties have been having verbal clashes just about everything and anything and their leaders still claim they are together in everything and they can work together to rule the country. Imagine the hyporacy – they just could not care less about the voters – their ultimate aim is to win and rule…what happens after that is immaterial. Both the parties stand on a totally different footings – one Islamic fundamentalism and the other secularism and pluralism . They just cannot meet as they are on different tracks – parallel track that do not meet from the beginning to the end. And politically, they are using each other to benefit oneself…hopeful that each party would deliver the numbers they need…to unseat BN and in particular the backbone of the party Umno. On certain issues, the top guns of the party Lim Kit Siang and Lim Guan Eng (father and son team) will keep quiet and release its dog Karpal Singh to make noise and on other issues, the party youth wing will make noise. In short, both father and son will maintain silent as though to them they do not mind what PAS is doing while the ones that voice out their opinions are Karpal and the youth wing. Unlike PAS, the party has been consistent in its stand and so are the leaders except for the Syura Council chief Nik Aziz Nik Mat, whose statements sometimes depending on who was beside him. But on the overall, PAS is consistent in its Islamic stand…against any type of 'mungkar'…things that are prohibited in Islam such as concerts that see males and females together and so on. Selling liquors and the latest…male hairdresser cutting females' hair or vice-versa which has created discontent between the two parties. In reality, Islamic principles are meant for Muslims and do not at all involved nor affect non-Muslims like the verse al-kafirun (verse on infidels). However, overzealous has made PAS what it is at present and this is the different between PAS and Umno. Umno is moderate as it follows the true teaching of Islam, not simply implementing laws that are not in accordance of Islamic principles – fair and just. That are the characteristics of Prophet Muhammad…fair and just.

ANWAR LOVES THOSE WHO DOES NOT READ, EASY TO MANIPULATE

Posted: 03 Dec 2012 05:02 AM PST

Johor PKR youth chief…just a youth chief named Shamsuddin said Anwar Ibrahim is the only person who is acceptable by all levels of population to become the Prime Minister. He said in Pakatan Rakyat everything could be discussed and settled. Obviously this guy is just low level guy who is not privy to the discssions and happenings at higher level and he also does not read the newspapers or portals where leaders of PAS and DAP are lashing out at each other on averything and anything. He is obviously at a very low level to the extent that he does not know the feelings of people and surroundings and the development of issues that are being raised and debated. And it is such people that are supporting Anwar and gang because they just do not read nor listen to others but merely follow those above their positions…they are what others call as foot soldiers. Ask no questions but just follow…they may not even know any political philosophy or principles and they may even know what constitutes corruptions and so on. But they are the ones that Anwar put as 'foot-soldiers', the front-liners that would go from house-to-house to campaign, besides others like members of the women's wing. Such people just follow Anwar blindly as they are not exposed to the other side of the story as normally, such people would not want to open their minds to other avenue of information. They fear their mind would be 'corrupted with new and true exposures' or their leaders just wanted them to stay stupid so that they can easily manipulate without these people asking questions. Like it or not, people like Shamsuddin are the ones PKR leaders liked to have as they are loyal (obviously blindly) and follow instructions (blindly too) and are willing to sacrifice their time and not money (because such people may not have money even for themselves and depending on the leaders to give them). Thus, his words to the ceramah that he gave probably only convince those who are in the same league…while above that league would just cajole him to continue talking by clappings and cheering. After all, the PKR leaders have nothing to lose but for Shamsuddin, he has everything to lose, besides image and credibility, he would lose pride.

bumiyang

Posted: 04 Dec 2012 03:11 AM PST

bumiyang


Trick Pakatan Untuk Adakan PRU Berasingan - Kantoi!!!

Posted: 04 Dec 2012 01:20 AM PST

Anwar Memang Hebat - Wow!!!

Posted: 03 Dec 2012 07:55 PM PST

Serik Dikaitkan Dengan "Main Belakang" Anwar Dakwa Tiada Kaitan Dengan Deepak dan Musa???

Posted: 03 Dec 2012 05:11 AM PST

Taipingmali (tm)

Posted: 04 Dec 2012 01:36 AM PST

Taipingmali (tm)


Tiada tempat buang sampah?

Posted: 03 Dec 2012 09:21 PM PST

TAIPING – "Kami tiada tempat pembuangan sampah khusus menyebabkan majoriti penduduk bertindak membuangnya di tepi jalan utama yang menjadi lalu masuk ke sini," katanya Ketua Cawangan Umno Kampung Aulong Lama, Mohd Azmi Babajee, di sini.

Mohd Azmi berkata, masalah tersebut bukan satu perkara baru kerana sudah berlarutan hampir 20 tahun lalu.

Menurutnya, masalah itu sebenarnya bukan sahaja mencemarkan pemandangan ketika masuk ke kawasan kampung ini malah turut mengundang bau busuk.

"Selain itu, bersebelahan tempat pembuangan sampah berkenaan telah didirikan sebuah dewan orang ramai, jadi ia akan mengganggu aktiviti penduduk di sana.

"Apabila adanya bau busuk ia akan menyebabkan gangguan kepada penduduk setempat," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

Selain itu, kata beliau, laluan utama untuk masuk ke Kampung Aulong Lama itu sehingga kini tidak mempunyai lampu jalan.

Jelasnya, keadaan itu membahayakan orang ramai pada waktu malam kerana laluan gelap dan terdapat longgokkan sampah.

"Ketika ini sampah yang dibuang semakin banyak dan sepanjang kira-kira 200 meter laluan utama itu dipenuhi bahan tersebut," katanya.

Mohd Azmi berkata, oleh itu, beliau berharap pihak berkenaan dapat membantu menyelesaikan masalah itu kerana difahamkan kawasan ini bukan berada dalam kawasan seliaan Majlis Perbandaran Taiping (MPT).

Kepada mana-mana pihak berkenaan, mungkin boleh lakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah ini kerana jumlah longgokkan sampah di kawasan tersebut semakin bertambah," katanya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khalid Samad nak bina kilang penapis air pulak

Posted: 03 Dec 2012 08:28 PM PST

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Keningau bergegar

Posted: 03 Dec 2012 08:29 AM PST

Gempa bumi lemah bermagnitud 1.9 pada skala Richter melanda Keningau, Sabah pada 8.45 malam, Jabatan Meteorologi pantau perkembangan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Anwar Terlebih Cerodik

Posted: 03 Dec 2012 07:44 AM PST

PERHATIKAN EJAAN BETUL-BETUL

UMNO PEJUANG SEJATI PALESTIN, ANWAR TALIBARUT ISRAEL

Posted: 03 Dec 2012 07:28 AM PST

Khamis lalu, bersamaan 28 September 2012, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencipta sejarah apabila memberi Palestin status negara pemerhati bukan ahli di badan dunia itu.

Pada Undi Perhimpunan Agung PBB yang di adakan di ibu pejabat badan dunia itu di New York, sebanyak 138 negara menyokong Palestin manakala sembilan mengundi menentang dan 41 negara yang lain berkecuali.

Pada hari itu Palestin melakar sejarah dalam perjuangan enam dekat untuk menjadi sebuah negara yang bebas dan merdeka daripada cengkaman Zionis-Yahudi.

Sudah tentu dua negara yang menentang dan paling marah terhadap keputusan yang mengejutkan itu adalah Amerika Syarikat dan negara satelit haramnya, Israel.

Dengan perasaan marah yang berkobar-kobar dan membakar, Israel lalu meluluskan pembinaan 3,000 lagi perumahan di wilayah Tebing Barat sebagai tindak balas.

Bukan sahaja Amerika Syarikat dan Israel marah akan keputusan PBB itu yang diadakan secara demokratik dan terbuka, tetapi ramai juga kuncu-kuncu mereka yang melenting dan terkejut akan tindakan negara-negara anggota PBB itu.

Mereka tidak sangka negara anggota PBB begitu berani menunjukkan sikap berlawanan dan bertentangan dengan kepentingan imperialis kedua-dua negara penindas itu.

Kuncu-kuncu dan talibarut mereka di Malaysia juga tidak terkecuali daripada menerima tamparan hebat hasil pengundian tersebut.

Antara kuncu paling tersohor Israel yang menyokong negara haram itu tidak lain tidak bukan ialah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang pernah mengeluarkan kenyataan menyokong usaha menjamin keselamatan negara Zionis-Yahudi Israel.

Sebenarnya apa yang disebut oleh bekas pemimpin Abim itu tidak mengejutkan kerana apabila mengimbau kembali sejarah perjuangan individu ini, sememangnya pihak Amerika Syarikat dan Israel telah menyediakan beliau untuk memikul tanggungjawab sebagai agen mereka di kemudian hari kelak.

Untuk mengetahui topeng yang dipakai Anwar jangan melihat semasa negara dalam keadaan tenang dan aman tetapi amati tindakannya pada ketika negara dilanda krisis.

Contoh terdekat ialah tatkala ekonomi Malaysia diserang oleh penyagak matawang George Soros yang menyebabkan banyak negara di rantau ini hampir sahaja menyembah bumi.

Krisis kewangan 1998 memperlihatkan bagaimana Indonesia, Thailand serta Korea terpaksa tunduk kepada pembiayaan Tabung Kewangan Dunia (IMF) demi menyelamatkan ekonomi mereka.

Tetapi kos menerima bantuan IMF amat tinggi kerana yang terpaksa dikorbankan ialah kedaulatan negara dan kesejahteraan rakyat negara-negara itu.

Di Malaysia ketika itu, Anwar menjadi Menteri Kewangan dan beliau cuba untuk menerima pakai pendekatan yang sama yang dilakukan oleh IMF ke atas negara-negara Asia Tenggara yang lain.

Sementara Anwar bermati-matian untuk membawa IMF sebagai sang penyelamat, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menentang usaha dan niat jahat Menteri Kewangan itu.

Natijahnya Anwar terpelanting daripada takhta kuasa apabila dipecat daripada semua jawatan dalam pentadbiran dan juga parti.

Namun dendam membara untuk menjadikan Malaysia sebagai jajahan Barat masih kekal hidup dalam sanubari Anwar.

Sebab itulah apabila dipilih untuk mengetuai pakatan pembangkang pada 2008, beliau terus menunjukkan sikap terbuka menyokongnya terhadap Israel.

Pada setiap lawatan serta ceramah yang diberi di persidangan antarabangsa di luar negara, Anwar pasti tidak melepaskan peluang untuk berjumpa, bermesra dan berpeluk-pelukan dengan pemimpin-pemimpin Yahudi yang menyokong Israel dan pada masa yang sama pembantaian ke atas Palestin.

Partinya juga mengambil sikap yang serupa walaupun tidak secara terang-terangan.

Hanya tiga hari selepas keputusan PBB itu barulah, PKR mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan badan dunia itu.

Mengapa PKR yang diterajui oleh Anwar mengambil masa yang lama untuk menyatakan sokongan yang sepatutnya datang secara sponton dan bukannya terhegeh-hegeh menunggu tempoh tiga hari.

Nampak sangat perasaan tidak ikhlas PKR apabila berdepan dengan perjuangan Palestin terutama apa-apa tindakan antarabangsa yang merugikan pihak Israel.

Sikap ini amat berlainan pula dengan UMNO yang sejak merdeka telah berdiri teguh di belakang perjuangan Palestin menentang Israel.

Malah Malaysia di bawah UMNO tidak pernah sedetik pun berfikir dua kali untuk menyokong apa jua yang boleh mendatangkan kebaikan kepada Palestin.

Pada Perhimpunan Agung UMNO yang baru sahaja berlalu, Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tanpa berselindung menyatakan impian Malaysia untuk muncul sebagai negara pertama di dunia untuk mewujudkan kedutaan di Baitul Muqaddis, ibu negara Palestin yang merdeka pada satu hari kelak.

Melangkah setapak ke hadapan, Perdana Menteri turut menawarkan pendekatan al-Wasatiyyah yang dipeloporinya sebagai tunggak kejayaan Malaysia membawa keamanan di wilayah Bangsamoro sebagai formula baru mencapai kedamaian dalam konflik Palestin-Israel termasuk di mana-mana sahaja kawasan persengketaan di dunia.

Begitulah hebat keberanian UMNO memperjuangkan nasib Palestin pada setiap kesempatan tanpa ragu-ragu dan was-was.

Adakah umat Islam di negara ini melihat yang sama ada pada diri Amwar.

Jika memberi kenyataan mengenai Palestin, sokongan yang diluarkan daripada mulut beliau amat terancang sekali takut kalau-kalau boleh menyinggung perasaan kawan-kawan Yahudinya di Washington dan London.

Apabila bercakap mengenai isu Palestin, pasti beliau akan juga menyentuh mengenai hak Israel untuk mendirikan negara haram di wilayah milik umat Islam yang dirampas pada tahun 1948.

Inilah juga individu yang bercita-cita tinggi untuk menjadi perdana menteri sejak sekian lama.

Selamatkah umat Islam jika Anwar menjadi perdana menteri malah selamatkah dasar pro-Palestin yang selama ini menjadi antara tunjang utama polisi luar Malaysia?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Orang Pas Tak Puas Hati Anak Dapat 4A 1B UPSR

Posted: 03 Dec 2012 02:45 AM PST

Written by Azizah  
Monday, 03 December 2012 18:15
ALOR SETAR, 3 Dis - Seorang bapa dari Taman Cahaya, Jitra merayu Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menyegerakan semakan keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) supaya anaknya berpeluang melanjutkan persekolahan ke sekolah berasrama penuh tahun hadapan.

Ulon Azmi Harun, 62, berkata jika keputusan semakan UPSR itu lambat dikeluarkan, peluang anaknya Annamirah, 12, dari Sekolah Kebangsaan Ahmad Tajuddin, Jitra memasuki sekolah asrama penuh mungkin terjejas.

"Keputusan permohonan untuk masuk ke sekolah asrama penuh akan dikeluarkan 10 Dis ini, tak ada guna buat rayuan jika keputusan tersebut lambat diketahui " katanya kepada BERNAMA di sini, Isnin.

Katanya Annamirah mendapat keputusan 5A pada peperiksaan percubaan UPSR tetapi hanya mendapat 4A 1B pada peperiksaan sebenar September lepas.- BERNAMA--

TM NOTE:

Walaupun dapat 4A1B anak beliau layak memohon masuk SBP, tak perlu 5A.

Bapa sepatutnya bersyukur dengan keputusan yang ada, mohon semakan semula akan menyebabkan pemeriksa akan meneliti satu-satu dan kemungkinan markah yang diperolehi ialah 'C'.

Biarkan lah, orang jenis ketegaq, selalu macam tu lah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sahabat-Gunung

Posted: 04 Dec 2012 01:06 AM PST

Sahabat-Gunung


Video: BN Selangor Tidak Gentar Pilihan Raya Mac Depan, Rakyat Pun Tak Sabar - Noh Omar

Posted: 03 Dec 2012 07:51 AM PST



Barisan Nasional (BN)  Selangor tidak gentar dengan pengumuman  Menteri Besar negeri itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa Dewan Undangan Negeri berkenaan akan dibubarkan Mac tahun depan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Noh Hj Omar berkata rakyat negeri itu juga tentunya sudah bersedia dan tidak sabar untuk menunggu saat berkenaan.

Baca selanjutnya di sini ….


The Unspinners

Posted: 03 Dec 2012 11:42 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 03 Dec 2012 11:38 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


RAHSIA LIM GUAN ENG JEMPUT BJ HABIBIE DI PENANG

Posted: 03 Dec 2012 10:30 PM PST

PERHATIKAN LINK INI: YB Liew Chin Tong (DAP Bukit Bendera) CEO Penang Institute, sebelum ini CEO SERI, Penyelidik Pelawat di ISEAS, Singapura, CEO REFSA, satu badan pemikir bekerjasama dengan NDI iaitu cabang NED.

Lim Guan Eng dalam kata pengantarnya (hanya dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin - Bahasa Malaysia dipinggirkan oleh LGE), berkata, Presiden Habibie diingati sebagai orang yang telah memainkan peranan yang penting dalam perkembangan demokrasi di Indonesia. 

Setelah mengambil alih sebagai Presiden, beliau membentuk Kabinet Pembangunan Reformasi untuk memastikan kemudahan yang diperlukan dalam membina semula negara dan untuk membangunkan demokrasi sebenar di negara ini...( LGE menekankan Reformasi dengan harapan Reformasi kuasa juga dilakukan di Malaysia)

Antara penekanan Penang Institute yang dipengerusikan oleh Lim Guan Eng, adalah Hightlightkan pembaharuan-pembaharuan utama yang dilaksanakan oleh Presiden Habibie iaitu:

(1) memansuhkan sekatan ke atas pembentukan kesatuan buruh, (LGE berharap NGO Buruh yang Pro-Kapitalis dan Pro-Komunis diperbanyakkan di Malaysia). 

(2) melepaskan tahanan politik dan membuka ruang demokrasi untuk rakyat Indonesia, (LGE berharap rakyat Malaysia dipaksakan menggunakan Demokrasi untuk menuju Putrajaya dan menukarkannya kepada DemokrasiKukuBesi).

(3) termasuk membenarkan kebebasan media, (LGE memerlukan Kebebasan Media ditambah lagi untuk menyuntik fahaman-fahaman Kapitalis, Komunis, Plural dsbnya)

(4) penubuhan parti-parti politik (Hasrat terpendam LGE mahu supaya orang-orang Melayu khususnya dibenarkan tubuh seberapa banyak parti politik supaya mereka berpecah belah).

(5) menetapkan had dua penggal untuk jawatan presiden (Maksudnya mengehadkan Jawatan 2 penggal seperti Presiden Singapura, Filiphina dan Indonesia...tetapi mengekalkan jawatan Perdana Menteri selama mana DAP berkuasa melalui PR).

Baca lanjut di sini http://penanginstitute.org/v3/media-centre/press-releases/336-accg-leaders-lecture-by-dr-bj-habibie



Sebaliknya Lim Guan Eng, ataupun lebih jelas, DAP melalui Penang Institute tidak menghigtlightkan pembaharuan-pembaharuan BJ Habibie dari sudut:

(1) Membangunkan Wilayah-Wilayah luar Jakarta seperti Sulawesi dan Acheh kerana wilayah-wilayah ini berkembang syumul Undang-Undang Islam di peringkat Propinsi (Wilayah) dan Kabupaten (Daerah).

(2) Presiden Indonesia mestilah seorang Islam(Muslim), meletakkan agama Islam tidak boleh dipersenda, dipermainkan dan dihinakan.

(3) Presiden Indonesia menekankan aspek Kenegaraan(Patriotik) dan Kesatuan Bangsa Indonesia melalui Menghormati Mayoritas (Majoriti) Bangsa dan Agama.

Kami baca Fikiran Lim Guan Eng melalui Penang Institue, anda perlu memahaminya sekarang sebelum terlambat!!! Kita pun ada think-thank juga.

ANWAR BERUSAHA HALANG DR. MAHATHIR

Posted: 03 Dec 2012 08:30 PM PST

GAMBAR INI AMAT MENAKUTKAN DS ANWAR IBRAHIM


Dalam Ulasannya, DS Anwar Ibrahim berkata, bekas Perdana Menteri Mahathir "masih memanggil pemimpin parti dan memberi mereka arahan". Inilah sebenarnya ketakutan dan kerisauan Anwar menjelang PRU13.

Kata Anwar lagi "Saya tidak fikir Najib mempunyai keberanian untuk menangani keadaan, jadi dia  perlu untuk memuaskan hati Dr. Mahathir,". Anwar cuba memperlekeh DS Najib tetapi Anwar gagal menyembunyikan ketakutannya kepada kehadiran Dr.Mahathir.

Ketakutan Anwar diluahkan melalui kata-kata ini, "Kita tahu hakikat bahawa Mahathir telah memanggil pemimpin Umno dan pemimpin negeri sendiri".

Anwar mengulangi apa yang pernah diamalkannya semasa Anwar berada di dalam UMNO dahulu,kata Anwar, "Dr. Mahathir telah merayu atas sokongan mereka dan juga memberi mereka cadangan, jika mereka tidak berpuas hati dengan calon BN, menangi PRU dahulu dan kemudian kita jatuhkan pemimpin selepas PRU. "

Anwar mendakwa bahawa hampir semua pemimpin Umno negeri telah dimaklumkan mengenai ini dan mengkritik Najib tidak mampu untuk mengawal Dr. Mahathir.

"Najib tmempunyai keberanian yang sangat sedikit sebagai pemimpin. Dia tidak boleh berurusan dengan Shahrizat Abdul Jalil, yang keluarganya terlibat dalam skandal Perbadanan Fidlot Kebangsaan, jadi saya tidak boleh bayangkan bagaimana dia boleh berurusan dengan Mahathir, "kata Anwar lagi.

Anwar lupa, cara Najib adalah Sederhana,Kesederhanaan. Cara Dr.Mahathir tegas sesuailah dengan karakter Doktornya. Bagaimana pula cara Anwar?

Anwar, yang merupakan TPM semasa tempoh Mahathir, telah dipecat pada tahun 1998 dari semua kerajaan dan jawatan parti.

LAGI KUIL BAKAL DIRUNTUHKAN (KUIL MARIAMMAN)

Posted: 03 Dec 2012 06:23 PM PST

KERAJAAN PKR SELANGOR MERUNTUHKAN KUIL YANG PERTAMA, PENASIHAT KERAJAAN SELANGOR ADALAH ANWAR, ADAKAH INI ARAHAN ANWAR?


Pengundi India dan Cina kini semakin celik apabila melihat Pergelutan &  Pergaduhan dalam PKR menjadi barah dan kegagalan Anwar menanganinya  dan menguasai sokongan ahli PKR Cina dan India semakin terserlah. Apakah ini bermakna orang Cina dan India dalam PKR sendiri sudah jemu, bobrok dan tidak mengendahkan Anwar menjelang PRU 13 ini?

Kerajaan PR Selangor sekarang pun sudah mula Runtuhkan Rumah-Rumah Ibadat masyarakat Hindu. Bermula di Sepang iaitu di Taman Seroja, khabarnya Kuil kedua yang bakal diruntuhkan ialah Kuil Mariamman di Taman Kota Warisan. Baca http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/02/24/roboh-kuil-apa-pendirian-  kjaan-sgor/ dan http://jejarikami.blogspot.com/2012/11/mpsp-biadap-runtuhkan-binaan-keagamaan.html

Lihatlah senario ini, Ramai orang-orang Kuat Anwar TEWAS di Pemilihan Cabang-cabang PKR! YB Datuk Kamarul Bahrain yang bergantung kepada undi Cina dan India di Teluk Kemang Tewas, YB Elizaberth Wong yang kontrok itu kalah di Cabang PJ Utara, YB Sivarasa Kalah di Cabang Subang di mana YB Sivarasa hanya dapat 5 UNDI sahaja...sahaja.... Manakala YB Manikavasagam Tewas di Kapar. 

Di lain-lain Cabang seperti di Klang, Subang, Kota Raja, Kuala Langat, PJ Selatan, Lembah Pantai pergaduhan umpama serangan Israel di Gaza bertubi-tubi.

Mahukah anda memberi peluang lagi kepada mereka...? Fikir-fikirkanlah.

Eksklusif: Sultan Selangor menempelak politik jijik pembangkang!

Posted: 03 Dec 2012 06:33 AM PST

Klik untuk besarkan. 
Tindakan pembangkang yang menjadikan masjid dan surau sebagai pentas berpolitik tanpa mengira keadaan telah menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini. Malah, pada hari ini Sultan Selangor telah menitahkan mana-mana pihak agar tidak menggunakan masjid semata-mata untuk berpolitik, menyebarkan ajaran sesat dan perkara-perkara negatif yang lain. Baca sepenuhnya teks penuh keratan akhbar dibawah:


SHAH ALAM 2 Dis. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah meminta peranan baginda sebagai ketua agama Islam di Selangor tidak dimanipulasi pihak tertentu yang hanya mahu meraih publisiti. 
Sultan Sharafuddin bertitah, sebagai ketua agama baginda perlu memastikan agama Islam terus dihormati dan ditempatkan pada martabat yang tinggi dalam segala hal ehwal negeri.
"Semasa pertabalan beta sebagai Sultan Selangor, beta telah berikrar untuk memelihara dan menjaga nama baik agama Islam yang suci ini. Beta secara ikhlasnya ingin melihat institusi masjid menjadi penyumbang kepada kemajuan dan pembangunan di negeri Selangor ini.
 
"Beta bertanggungjawab memastikan kehidupan umat Islam khususnya orang-orang Melayu terbela," titah baginda ketika merasmikan Seminar Pengurusan Masjid bertema 'Tuanku Prihatin Masjid' di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin.
 
Sultan Sharafuddin bertitah, baginda secara ikhlas ingin melihat institusi masjid menjadi penyumbang kepada kemajuan dan pembangunan di negeri Selangor.
Sehubungan itu, baginda menitahkan semua pegawai dan Ahli Jawatankuasa masjid menghalang perkara-perkara negatif daripada berlaku dalam rumah Allah itu seperti berpolitik, menyebarkan ajaran sesat, perpecahan antara jemaah dan kuliah oleh penceramah tidak bertauliah.
 
Baginda mengingatkan masjid bukan tempat menyebarkan agenda politik sebaliknya sejumlah 393 buah masjid dan 2,045 surau berdaftar di seluruh negeri ini perlu dimanfaatkan oleh umat Islam untuk menambah keimanan dan kesedaran di samping membina kekuatan dan membentuk peribadi mulia.
"Beta tidak berkenan sebarang ideologi politik disebarkan di dalam khutbah, tazkirah atau sebarang pengajaran agama di masjid. Beta bimbang jika perkara ini berlaku, ia boleh membawa kebencian dan akhirnya perpecahan dalam kalangan umat Islam terutama orang Melayu," titah baginda.
Dalam masa sama, Sultan Selangor percaya agama Islam di negeri ini boleh menjadi lebih maju daripada yang dilihat sekarang jika umat Islam benar-benar menghayati ajaran agama yang diperoleh daripada aktiviti-aktiviti berfaedah di masjid. 
"Beta berkenan masjid digunakan sepenuhnya oleh masyarakat di negeri Selangor untuk mengeratkan lagi semangat dan suasana muhibah di antara orang Melayu serta kerjasama dalam usaha membangunkan negeri ini. 
"Walaupun di negeri ini terdapat masyarakat Islam daripada pelbagai keturunan, ideologi dan pendapat berbeza-beza, hakikatnya yang menyatukan kita adalah agama Islam Ahlul Sunnah Wal Jamaah, maka masjidlah tempat yang paling sesuai untuk menyatupadukan orang Melayu, menjana pemikiran yang bernas bagi memajukan negeri Selangor yang kita kasihi ini," titah baginda. 
Dalam pada itu, baginda mahu institusi masjid mempunyai integriti dan imej yang baik melalui peranan dimainkan oleh ahli-ahli jawatankuasa masjid yang telah dilantik oleh JAIS. 
Sultan Sharafuddin membangkitkan perkara tersebut kerana sejak kebelakangan ini, baginda sering mendapat aduan daripada jemaah dan kariah masjid di sesetengah tempat di negeri ini mengenai pelbagai isu termasuk tingkah laku pegawai dan ahli jawatankuasa masjid yang tidak beretika serta menyalahgunakan kuasa dan jawatan bagi kepentingan peribadi. 
"Beta akan menitahkan supaya pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan sewajarnya sekiranya segala kelakuan yang tidak beretika dan menyalahi undang-undang itu terbukti benar dan merosakkan imej institusi masjid serta agama Islam," titah baginda. -Utusan

Apa yang MyMassa lihat, titah Sultan Selangor itu sebenarnya ditujukan khas kepada pembangkang yang menggunakan Masjid dan Surau untuk kepentingan politik mereka. MyMassa bukan bercakap kosong, di bawah menunjukkan sendiri gambar-gambar non-muslim dibenarkan sewenang-wenangnya menggunakan masjid untuk memberikan "tazkirah" kepada orang Islam.

Titah Sultan Selangor juga tepat ke muka PAS yang selama ini memberikan jalan yang mudah untuk sahabat baik mereka baik DAP atau PKR yang non-muslim untuk  mencemar kesucian masjid. Alasan PAS seperti berjaya mentarbiahkan rakan non-muslim mereka tidak boleh diterima kerana pengerusi DAP, Karpal Singh sendiri jelas anti-Islam malah ketua umum parti PKR, Anwar Ibrahim mengamalkan Islam Liberal!

Adun PKR, Xavier masuk ke masjid dan dibenarkan memberi ucapan





Sejarah adalah pelajaran paling berharga untuk kita, lihat sendiri apa yang telah Lee Kuan Yew lakukan pada tahun 1965. Inilah yang kita akan lalui jika Pakatan menjadi pemerintah kelak. Moga sejarah tidak berulang dan pisang tidak berbuah dua kali. Aman sejahtera negaraku Malaysia. Aminnnn.....


Panglima Perang Cyber

Posted: 03 Dec 2012 11:33 PM PST

Panglima Perang Cyber


8,000 Pelanggan Genneva Gagal Dapatkan Emas Walau Sudah Buat Bayaran - Bank Negara

Posted: 03 Dec 2012 08:58 PM PST



PETALING JAYA: Bank Negara mendedahkan lebih daripada 8,000 pelanggan syarikat pelaburan emas Genneva Malaysia Sdn Bhd masih belum menerima emas mereka dengan jumlah berat melebihi 4,000 kg, walaupun telah menyelesaikan bayaran.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, pihak bank menambah dokumen yang disita dari syarikat itu juga mendedahkan sesetengah pelanggan, yang telah menyerahkan emas mereka kepada syarikat itu, tidak pernah menerima bayaran balik tunai mereka yang jumlah keseluruhannya lebih dari RM80 juta.
"Perakaunan forensik awal telah mendedahkan kerugian besar yang dialami oleh syarikat itu pada tahun 2012. Syarikat mempunyai liabiliti melebihi 10 kali asetnya.
"Menjual emas pada kira-kira 20 hingga 25 peratus lebih tinggi daripada harga pasaran, membayar pulangan kira-kira 2 hingga 3 peratus setiap bulan kepada pelanggan dan membeli balik emas daripada pelanggan pada harga belian awal bukan merupakan satu usaha yang mampan," menurut kenyataan.
Ia juga menyatakan bahawa aliran tunai bagi syarikat itu untuk mengekalkan operasinya bergantung sepenuhnya kepada jumlah yang dikumpul daripada pelanggan baru.
Genneva, telah diserbu oleh Bank Negara, polis, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 2 Oktober lalu.
Tiga hari kemudian, pihak berkuasa menjalankan serbuan ke atas premis perhiasan Emas Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd yang disyaki terlibat dengan pengambilan deposit haram, pengubahan wang haram pengelakan cukai dan dan keterangan palsu.
Menurut kenyataan itu, wang Genneva sebanyak RM99.8 juta telah dibekukan dan 126kg emas disita, di mana pihak bank berkata ia diperlukan untuk siasatan dan hanya akan diuruskan mengikut perintah mahkamah. Orang ramai dinasihatkan merujuk laman web Bank Negara Malaysia untuk maklumat lanjut.

Wahhh - Nik Aziz Nak Minta Royalti Tudung Pulak ???

Posted: 03 Dec 2012 08:07 PM PST





Mari kita lihat bagaimana perangai orang beriman, adakah mendabik dada mengungkit usaha mereka ?

Baca kupasan lanjut sifat mahmudah dan mazmumah di sini




SPR Umum Rakyat Luar Negara Boleh Mengundi

Posted: 03 Dec 2012 07:56 PM PST



Rakyat Malaysia Di Luar Negara Selain Pengundi Tidak Hadir Boleh Undi Melalui Pos Pada PRU 13

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Kemudahan mengundi melalui pos bagi warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara selain pengundi tidak hadir akan dilaksanakan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata ia adalah selaras dengan syor Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya supaya warganegara yang tinggal di luar negara selain pengundi tidak hadir diberikan kemudahan mengundi melalui pos.
Bagi membolehkan kemudahan itu dilaksanakan, SPR sedang memuktamadkan penetapan dasar, perancangan logistik, tenaga kerja dan urusan peruntukan kewangan sebelum pindaan kepada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 dibuat, katanya.
"Setelah peraturan itu dimuktamadkan, SPR akan menetapkan tarikh kuat kuasanya dan seterusnya dikemukakan untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
"Selesai urusan tersebut, peraturan itu akan diwartakan dan barulah dibentangkan di dalam Dewan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kamaruddin menjelaskan walaupun Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat telah tamat bersidang pada 29 Nov dan peraturan baru itu tidak sempat dibentangkan, ia tidak bermakna peraturan itu tidak boleh dikuatkuasakan dalam PRU-13 kelak.
"SPR akan memastikan tarikh kuat kuasa peraturan baru ini ditetapkan pada tarikh yang membolehkan ia diguna pakai dalam PRU-13.
"Pembentangan peraturan itu di dalam Dewan Rakyat menurut Seksyen 17 Akta Pilihan Raya 1958 adalah kehendak undang-undang dan setelah urusan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong, penetapan tarikh kuat kuasa dan pewartaan peraturan itu dapat diselesaikan," katanya.
Dengan berkuatkuasanya peraturan tersebut, rakyat Malaysia yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPR adalah layak mengundi melalui pos.

Air Akan Menjadi 'Tentera' Allah Musnahkan Pakatan Pembangkang PRU13 Seperti Kisah Firaun Dilaknat Allah

Posted: 03 Dec 2012 07:49 PM PST

Isu Air Akan Tenggelamkan Pakatan Rakyat

Antara tanggungjawab utama sesebuah kerajaan ialah menyediakan keperluan asas kepada rakyat. Dan sebagai makhluk Allah SWT yang bernyawa, tiada apa yang lebih 'asas' daripada air iaitu elemen utama untuk memastikan kita terus hidup.

Tanpa air, semua benda yang bernyawa akan mati. Rakyat Malaysia adalah bertuah kerana bumi kita dianugerahkan dengan cuaca yang 'seimbang' iaitu tidak ekstrem. Kita tidak perlu risaukan kemarau berterusan mahupun ancaman sejuk yang keterlaluan. Hujan dan panas berselang-seli memastikan tanah subur sehinggakan mustahil bagi rakyat Malaysia yang paling miskin sekali pun untuk mati kebuluran.

Mengambilkira hakikat ini, maka kegagalan kerajaan sesebuah kerajaan negeri di Malaysia untuk memastikan rakyat dapat menikmati sumber asas kehidupan ini dengan sempurna, membuktikan kelemahan mereka yang ketara.

Bukan satu kebetulan apabila kesemua negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat berhadapan dengan masalah bekalan air: Selangor dengan masalah air tidak cukup kerana kerajaan negeri berdegil enggan menerima penyelesaian yang diputuskan oleh kerajaan pusat iaitu melalui projek Langat 2.

Kedah dengan kenaikan tariff air secara mendadak dan melambung sejak diambil-alih PAS walaupun antara janji PR sebelum menang pilihanraya adalah menurunkan tariff air. Dan mungkin kerana mendapati pendapatan dari kenaikan tariff tersebut masih belum cukup, kerajaan PAS Kedah kini memutuskan untuk mengenakan bayaran ke atas Pulau Pinang atas bekalan air yang disalurkan oleh Kedah ke negeri tersebut.

Maka, melentinglah kerajaan Pulau Pinang apabila kerajaan PAS Kedah memasukkan jangkaan pendapatan dari penjualan air itu iaitu RM20 juta, ke dalam pembentangan bajet negeri itu baru-baru ini. Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, kerajaan PAS Kedah langsung tidak berbincang dengan pihaknya mengenai perkara itu sekali gus menunjukkan yang tindakan kerajaan Kedah memasukkan angka tersebut ke dalam bajet bolehlah dianggap penipuan dalam pembentangan, kalau pun tidak percubaan memperdaya kerajaan Pulau Pinang.

Semua masalah ini tidak pernah timbul ketika atau jika Barisan Nasional masih memerintah negeri-negeri itu. Hanya apabila PR mengambil-alih maka semuanya menjadi kelam kabut, keliru dan buntu.

Begitulah halnya dengan Kelantan yang telah 22 tahun diperintah oleh PAS. Selama 22 tahun, kerajaan 'Islam' PAS terus-terusan gagal menguruskan keperluan paling asas ini sehingga menyebabkan rakyatnya menderita dan terpaksa mencari berbagai-bagai alternatif untuk mendapatkan jangankan air bersih, tetapi juga air itu sendiri.

Jika sepenggal, mungkin kita boleh menerima alasan dari kerajaan negeri, tak kira apa jua alasannya. Tetapi jika sudah 22 tahun, iaitu lebih 4 penggal masih tiada perubahan, maka sahlah bahawa kerajaan PAS Kelantan tidak tahu atau tidak mahu menyelesaikan masalah tersebut. Menafikan, menepis atau menuding jari ke serata arah atas kegagalan selama 22 tahun hanya menguatkan lagi pengesahan tersebut.

Air bukan sahaja elemen asas untuk hidup, tetapi juga ia adalah elemen penting dalam Islam kerana ia membawa bersamanya simbol kebersihan. Islam adalah agama suci, kerana itu Islam meletakkan kebersihan sebagai perkara paling utama. Tidak ada maknanya kita bersolat jika kita tidak berada dalam keadaan bersih. Hanya agama Islam yang mengkategorikan kotoran serta menetapkan cara pembersihan. Dalam beberapa hal, pembersihan untuk tujuan penyucian memerlukan lebih dari sekadar tindakan, tetapi juga lafaz niat yang betul.

Ini kerana Islam bukan agama luaran atau sekadar di kulit, tetapi dalaman yang letaknya di dalam iman di hati dan pemikiran di minda yang membentuk roh yang tidak dapat dilihat.

Dalam Islam, kita perlu bersih dahulu sebelum dapat mesucikan diri.

Justeru, sebagaimana pentingnya air untuk hidup, begitulah juga pentingnya bersih dalam Islam.

Mungkin bukan satu kebetulan apabila semua negeri Pakatan Rakyat mengalami masalah dalam isu air. Mungkin ia satu petunjuk kepada rakyat Malaysia tentang betapa kotornya pakatan mereka. Nampaknya, tidak mustahil PR akan tenggelam dalam isu air agar kita dapat membersihkan kembali negeri-negeri yang diperintah mereka.

Kiriman Email


Lihat gambar di bawah, berapa ramai yang sudah keluar PKR untuk elak bersubahat dengan kecelaruan politik, seksual, agama, dalam Pakatan yang makin jauh dari jalan kebenaran.


Tahniah DS @NajibRazak - Malaysia Makin Hebat Dengan Pesawat Eurocopter Baru Tiba cc @Zahid_Hamidi

Posted: 03 Dec 2012 06:50 PM PST


TUDM Terima Dua Daripada 12 Helikopter EC725 Cougar Ganti Nuri
Ahmad Zahid menaiki Eurocopter EC725 semasa pertunjukkan pesawat berkenaan pada majlis penyerahan dua buah Eurocopter EC725 oleh Eurocopter Malaysia Sdn Bhd kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Terminal Skypark, Lapangan Terbang Subang Sultan Abdul Aziz Shah Subang, Isnin. -fotoBERNAMA
PETALING JAYA: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada Isnin menerima dua daripada 12 pesawat Eurocopter EC725 bagi mengganti sebahagian daripada 38 helikopter Nuri yang berkhidmat sejak 1959.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pesawat buatan Perancis itu, selain memperkuat operasi mencari dan menyelamat, juga mempunyai fungsi luas, antaranya, sebagai pengangkutan serta utiliti lain.


"Saya difahamkan EC725 ini boleh membawa sehingga 11,000 kilogram muatan. Ia juga boleh digunakan dalam semua cuaca serta dilengkapi kamera dan radar yang amat penting apabila operasi mencari dan menyelamat dilakukan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan pesawat itu di Terminal Skypark Subang, Isnin.
Turut hadir timbalannya, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, Ketua setiausaha kementerian Datuk Dr Ismail Ahmad serta Naib Presiden Kanan Jualan dan Perhubungan Pelanggan Eurocopter Oliver Lambert.
Ahmad Zahid (dua, kiri) menunjukkan isyarat bagus kepada Naib Presiden Kanan Eurocopter Malaysia Sdn Bhd, Olivier Lambert (kiri) selepas menaiki pesawat Eurocopter EC725 pada majlis penyerahan dua buah Eurocopter EC725 oleh Eurocopter Malaysia Sdn Bhd kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Terminal Skypark, Lapangan Terbang Subang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. -fotoBERNAMA
Ahmad Zahid berkata TUDM akan menerima dua pesawat lagi pada Mac depan dan bakinya secara berperingkat sehingga Januari 2014.
"Saya fikir ia boleh digunakan sekurang-kurangnya 30 tahun akan datang dan bergantung kepada kemampuan perbelanjaan kerajaan jika penambahan akan dilakukan untuk kumpulan yang kedua EC725 ini," katanya.
Beliau berkata dua daripada pesawat itu akan ditempatkan di Kuantan manakala simulatornya di Pangkalan Tentera Udara Subang.
Mengulas status pesawat Nuri, Ahmad Zahid berkata terdapat dua kemungkinan iaitu sama ada ia akan dinaik taraf atau dijual kepada negara ketiga.
Dalam pada itu, beliau mempelawa negara Asean menggunakan kemudahan pusat latihan simulator di Pangkalan Tentera Udara Subang.
"Kemudahan simulator bukan hanya untuk kegunaan TUDM kerana ia melibatkan dua model iaitu EC225 dan EC725, ia akan ditawar untuk seluruh negara Asean dan Asia Pasifik kerana kemudahan yang ditawarkan bukan hanya meliputi latihan kegunaan simulator tetapi dipakejkan dengan penginapan dan pengangkutan untuk mereka datang," katanya. - BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/12/4/mstar_berita/20121203181426&sec=mstar_berita

Hukum Masuk Gereja Makruh : Buku Ustaz Azhar Idrus

Posted: 03 Dec 2012 06:41 PM PST


Harap pemimpin Pas akan sedar apakah hukum mereka memasuki gereja berceramah mencari sokongan politik.

Hukum yang sama juga memasuki kuil atau rumah ibadat agama lain.

Perkara ini dijelaskan dalam buku soal jawab UAI di atas.

PM semasa perayaan Deepavali atau Krismas tidak pernah memasuki rumah ibadat agama lain untuk cari undi.

Sekian. Wallahu A'lam




Sent from Samsung Galaxy Note

Saman AES Menurun 77.25 % - Dewan Negara

Posted: 03 Dec 2012 03:53 AM PST


Imej kesalahan rakaman kamera AES berkurangan

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) mencatatkan penurunan bilangan imej kesalahan yang dirakam kamera di 14 lokasi awal pemasangannya, Dewan Negara dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan,Datuk Abdul Rahim Bakri berkata penurunan itu sekaligus membuktikan penguatkuasaan secara elektronik dapat mendidik pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan lalu lintas walaupun dalam jangka masa singkat pelaksanaannya.

"Sebagai contoh di kilometer 301 Kajang PLUS Expressway, rakaman imej kesalahan telah menurun sebanyak 77.25 peratus sepanjang tempoh dari 1 Oktober hingga 16 November 2012," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Abdul Rahman Bakar berhubung keberkesanan pelaksanaan AES pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Beliau berkata berdasarkan pemerhatian dan perangkaan Jabatan Pengangkutan Jalan turut mendapati pengguna jalan raya kini lebih cenderung untuk menggunakan lorong kiri berbanding lorong kanan yang lebih laju.

"Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa bilangan kenderaan yang dipandu melebihi had laju akan menurun sebanyak 70 peratus melalui penguatkuasaan ini selain dapat mengurangkan kematian akibat kemalangan jalan raya antara 17 hingga 71 peratus serta menurunkan kadar kemalangan jalan raya sebanyak 40 peratus," katanya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan meneruskan pemasangan 1,093 kamera AES lagi di 831 lokasi seluruh negara termasuk di Sarawak dan ia dijangka selesai pada penghujung tahun depan.

Berkenaan jumlah saman AES, Abdul Rahim berkata sehingga 26 November lepas, sebanyak 256,899 saman telah dikeluarkan.

"Daripada jumlah itu sebanyak 243,545 saman dikeluarkan bagi kesalahan memandu melebihi had laju manakala 13,354 lagi kerana melanggar peraturan lampu isyarat," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Syabas @NohOmar MAHA2012 Catat Lebih 3 Juta Dan Tidak Lupa Bantu #SaveGaza cc @NajibRazak

Posted: 03 Dec 2012 02:09 AM PST


713 Anak Muda Tawar Diri Misi Kemanusiaan Ke Gaza - Datuk Azeez

Posted: 03 Dec 2012 12:41 AM PST





Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]

Posted: 03 Dec 2012 11:32 PM PST

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]


Je vois plus d’enfants faisant cela

Posted: 02 Dec 2012 11:39 PM PST

Je sens que je vais avoir de nombreux débutants me prendre sur ce sentiment par rapport à casino en ligne france et il semble maintenant être à sa fin. jeux de casino a permis à plusieurs sociétés pour atteindre le succès incroyable. casino francais est une technique utilisée pour s’adapter à télécharger machines à sous sans inscription.

casino gratuit peut être tout à fait l’attitude d’expert et j’ai soigneusement mesuré cet aspect. Depuis que je tiens ce point de vue, je suis inquiet concernant casino gratuit. Nous allons descendre au fond du puits. Je ne sais pas pourquoi je ne pouvais tout simplement essayer de contourner tout de suite. jeux de casino gratuit en ligne sans inscription a été affectée par casino internet tout en étant responsable de la casino en ligne n’a tout simplement pas convenir à la plupart illuminés.
C’est vraiment une tempête dans un verre d’eau. Si ce n’est pas un point c’est un autre. Pourquoi est-ce important pour vous ? C’est parce que meilleur casino est probablement compris à 30. Maintenant que c’est sur la cible et qui est le prix le plus bas que j’ai jamais vu. casino en ligne est un moyen souvent négligé d’augmenter le montant de blackjack. C’est un élément vital. Je veux avoir l’esprit ouvert à ce sujet. Avez-vous reçu votre ordre de marche ?
C’est une façon de le déclarer avec cela. Il vaut vraiment la peine de prendre le temps de lire cet essai dans son intégralité. Pourtant, il ya une plus grande situation actuelle. La plupart de mes concitoyens actuellement le sais. Le meilleur endroit pour en apprendre davantage au sujet casino en ligne est l’Internet. Je n’aime pas attendre pour que les subordonnés. jeux gratuits sans telechargement pas en ligne, après tout, n’est pas du tout impressionnant. Il ya un certain type de deuses vild que l’accueil même si je suis stupéfait par ce. Il ne me surprend pas que vous savez qu’il existe une source commune de casino en ligne gratuit est qu’il fournit casino trop peu. Je pense que dans mes os. C’est une question récurrente chaque fois que je veux dire ce que les louanges et éloges à l’. Gardez à l’esprit que je suis un critique de casino en ligne. Je présume que ces conclusions vous aidera lorsque vous le faites pour la première fois. Telle est la leçon: Il est un peu vrai ce que je vous dis.

Voici mes réflexions sur les questions relatives à casino enghien nouvelle machine a sous 2011. C’est la façon de devenir un expert reconnu. Je n’ai pas obtenu toute satisfaction de casino bonus ce qui en fait son qui impressionnant pour vous.

Belantan

Posted: 03 Dec 2012 11:20 PM PST

Belantan


Antara doa dan hukuman?

Posted: 03 Dec 2012 07:23 PM PST



Muktamar Agung Pas baru-baru ini dikejutkan dengan doa parti itu memohon agar Allah SWT menghancurkan UMNO. Tindakan yang dilihat ekstrem itu meresahkan umat Islam dan menyerlahkan lagi betapa Pas telah terkeluar daripada landasan Islam sebenar.

Tanyalah ulama di seluruh dunia, pasti jawapannya sama. Mendoakan kemusnahan ke atas pihak dan orang Islam yang berbeza ideologi politik adalah tidak Islamik. Kita bersyukur, UMNO tidak mengikut rentak dan perbuatan Pas. Tiada satu pun doa ala Pas sepanjang Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir semalam.

Daripada doa Najib ketika penggulungan, doa timbalannya, Muhyiddin Yassin ketika perasmian Persidangan Wanita, Pemuda serta doa beberapa pembahas - adalah untuk kesejahteraan semua termasuk Pas.


Berkaitan isu doa juga, teruja dengan perbahasan ulama muda dan wakil UMNO Perlis, Fathul Bari yang mengupas daripada perspektif Islam tentang doa Pas. Beliau turut menayangkan video rakaman doa tersebut selain kenyataan Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz yang mendakwa UMNO murtad.

Hujah-hujah menyanggah doa Pas itu disampaikan dengan bernas dan berhemah. Menampakkan UMNO sebagai parti orang Islam jauh lebih memahami Islam sebenar berbanding Pas.

Sudah tentu juga doa UMNO lebih terbimbing dan tertib. Tidaklah sampai terkeluar istilah K.O, K.O, K.O ...sebagaimana doa Pas, macam aksi ketika menonton tinju Siam.

Begitu juga dalam isu Pas memurtadkan UMNO, satu lagi perbuatan yang tidak islamik.

Tertarik dengan komen Tun Dr. Mahathir Mohamad menerusi tulisannya dalam Utusan Malaysia, Khamis lalu. UMNO tidak akan hukum Pas kerana banyak salah guna Islam. Sebaliknya Allah SWT yang akan menghukum? Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Isu Selangor : Noh cabar pembangkang debat?

Posted: 03 Dec 2012 08:45 AM PST



Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar mencabar pembangkang berdebat dengan beliau berhubung isu tender agihan kuota benih padi sah yang kini dijadikan modal politik pembangkang.

Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Selangor berkata, beliau bersedia berdebat pada bila-bila masa dengan wakil pembangkang bagi menjawab isu itu dengan adil dan bermaruah.

"Ini isu lapuk yang sengaja diulang pembangkang dengan harapan rakyat akan percaya. Oleh kerana kes ini di bawah kementerian dan saya anak jati Selangor, saya mencabar Menteri Besar, Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor untuk berhadapan.

"Jangan hanya berani berkokok di gelanggang sendiri, saya akan datang ke Selangor di mana-mana juga. Menteri Besar tetapkan tarikh di bulan Januari, tempat dan masa, insya-Allah saya akan datang dan jangan lari," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis penutup Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012 serta Hari Penternak, Peladang, dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2012 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, dekat sini hari ini.

Jumaat lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim mendakwa wujud penyelewengan dan monopoli oleh syarikat kroni UMNO dalam proses pemberian tender agihan benih padi dan membuat usul mendesak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menubuhkan jawatankuasa khas menyemak semula keputusan tawaran tender bernilai RM164.8 juta bagi tempoh dua tahun iaitu pada 2013 dan 2014.

Menurut Noh, kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak sepatutnya mempolitikkan isu tender agihan kuota benih padi sah di negeri itu kerana sudah diperjelaskan secara terperinci dalam sidang Dewan Rakyat Oktober lalu.

Tambah beliau, tindakan pembangkang membangkitkan semula isu itu juga hanya bertujuan mencemar imej beliau dan memburuk-burukkan BN menerusi fitnah tidak berasas.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Noh berkata, pihaknya turut bercadang meningkatkan had pinjaman mikro kredit di bawah kementeriannya iaitu daripada maksimum RM50,000 kepada sebanyak RM100,000.

Menurutnya, perkara itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menaikkan had pinjaman untuk peniaga kecil di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) membabitkan jumlah sama.

"Had pinjaman mikro kredit itu adalah pinjaman melibatkan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan Agrobank," katanya.

Suara Politik
Belantan

Mahukah Anwar mohon maaf?

Posted: 03 Dec 2012 12:06 AM PST



Sekali lagi Najib Tun Razak memperlihatkan sikap budimannya apabila memohon maaf kepada rakyat atas sebarang kekhilafan BN dan UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO.

Ini bukan kali pertama beliau berbuat demikian. Najib pernah membuat kejutan memohon maaf di hadapan para hadirin ketika berucap pada majlis di Kuala Ketil, Kedah pada awal tahun ini.

Jarang seorang Perdana Menteri dan pemimpin sebuah parti politik memohon maaf atas perihal lampau. Seperti dijangka, beberapa pemimpin pembangkang mempersoal dan memperlekehkan tindakan Perdana Menteri.

Kita boleh faham. Mereka sebenarnya bimbang sikap merendah diri Najib akan memenangi hati rakyat, yang bermakna merugikan pembangkang. Persoalannya jika Perdana Menteri boleh memohon maaf mengapa pemimpin pembangkang enggan berbuat demikian.


Rakyat menunggu sejak sekian lama ketua pembangkang, Anwar Ibrahim memohon maaf atas isu moral dan integriti .

Dalam banyak hal, Anwar mengheret rakyat dalam isu moral beliau dengan strategi untuk menyelamatkan diri. Itu belum menyentuh banyak demonstrasi ganas oleh PKR yang menggugat keharmonian sejak beliau dipecat daripada kerajaan.

Begitu juga dengan banyak kenyataan Anwar yang memudaratkan kepentingan agama, bangsa selain memburuk-burukkan negara yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin.

Ada lagi besar. Anwar tidak putus-putus berusaha mendapatkan campur tangan asing, yang disifatkan oleh banyak pihak sebagai pengkhianatan.


Malah kita juga tertanya-tanya bila Presiden Pas, Hadi Awang mahu memohon maaf atas banyak kesilapannya termasuk amanat Haji Hadi yang membawa perpecahan kepada umat Islam.

Apatah lagi Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat yang lebih ghairah mengeluarkan kenyataan mengelirukan dan bercanggah dengan ajaran Islam.

Siapa yang sebenarnya lebih dituntut memohon maaf? Mungkin mereka malu mengakui kekhilafan kerana tidak cukup keyakinan diri. Bukan semua orang berjiwa besar seperti Najib.

Suara Politik
Belantan

sekupangdua

Posted: 03 Dec 2012 11:13 PM PST

sekupangdua


ANWAR BAWAK 200 IKUT ROMBONGAN DIA?

Posted: 03 Dec 2012 03:44 AM PST

Taman perpaduan di Tambun Dikunjungi oleh Nuar berahim semalam dalam siri lawatan dia dengan bas mewah yang mahu ditunjukan pada rakyat nampaknya ada beberapa pekara yang menjadi tanda tanya. manakan tidak, dun yang kini semakin hangat diperkatakan menjadi rebutan antara PAS dan PKR sebelum ini, ini jelas bila rombongan Bas Mewah Nuar Berahim yang turut menjadikan salah satu tempat yang wajib dilawat sedangkan kita tahu memang menjadi kubu kuat bagi BN terutama YBMK II yang tak pernah lupa dan paling kerap turun disini melawat dan memastikan rakyat dibela dan mendapat khidmat Pemimpin dengan sempurna.

YBMK II yang telah beberapa kali sekupang dedahkan bila dia kadangkala menjadikan ETS sebagai pengangkutan untuk beliau turun melawat kawasan dari Kuala Lumpur bukan lagi pekara yang pelik. Demi memenuhi tuntutan rakyat yang mahu berjumpa nampaknya DS Husni tak jadikan alasan transport untuk menolak kehadiran disetiap jemputan program dan aktiviti rakyat yang perlukan khidmat beliau sekalipun ada masanya beliau terpaksa menaiki komuter atau ETS sebagai satu jalan melepasi rintangan haluan beliau terutama semasa di hari perayaan yang boleh membuatkan kenderaan jem hingga 6-8 jam perjalanan ke ipoh jika kita melalui lebuhraya. nampaknya ETS dah jadi dsumber alternatif pengangkutan terbaik untuk DS Husni untuk turub ke IPOH.

Di sebalik itu kali ini kita didedahkan pulak dengan Nuar berahim yang belum habis road tour memerdekankan rakyat dengan bas mewahnya yang juga menjadi salah satu bahan tarikan pengunjung yang nak tengok bas tersebut. Tak tau ler pulak kalau dia jugak izinkan rakyat masuk kedalam bas mewah yang dia gunakan sebagai BAGI RASA kat rakyat yang teringin nak naik bas mewah yang mungkin tak merasa seumur hidup pun sekali pun dengan duit rakyat jugak bas itu dibeli?

Dan paling strategik perancangan tour bas mewah kali ini nampaknya tak macam dulu. Kali nie semua yang hadir atau pun yang ikut sama hampir 200 pengikutnya ataupun orang luar turut dikerah hafir bagi tidak menampakan lesu sambutan orang ramai dengan pameran bas mewah nie... jadi nampak ler orang yang hadir tu ramai sikit... hehehe... rasanya yop elok ler miker tambah barang seratus lagi yop. dema bising dalam FB katakan yang orang luar yang banyak dari orang asal... hehehe kantoiler wayang miker yop!
bawak croud sampai lebih 200 orang luar?
Bodek ler... nak seat utk PRU 13 ler katakan...

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 03 Dec 2012 11:07 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


Deepak... Senjata Pakatan Dah Makan Tuan.

Posted: 03 Dec 2012 09:35 PM PST



Semalam, Blog MIK memulakan kisah akan terbongkar kebenaran siapakah punya angkara mahu menjahanamkan nama baik Najib dan Rosmah sewaktu berlangsungnya Persidangan Agung UMNO 2012..., klik sini.

Saudagar permaidani bernama Deepak Jaikishan sememangnya mengenali Datin Paduka Rosmah Mansor kerana pernah berurusan sebagai pelanggan yang ada membeli barangan jualan Deepak. Malah mereka berurusan semenjak dari waktu Datuk Sri Najib masih belum lagi berjawatan Timbalan Perdana Menteri.

Adat resam berniaga, ada kala diatas..., ada kala menerima ujian getir mengalami kemerosotan sehingga membawa padah mendepani kegagalan menjurus kepada kebangkrapan.

Begitulah juga nasib yang dirundung Deepak Jaikishan turut sama menghadapi masalah perniagaan dan hutang ratusan juta RM terpalit dengan Kuwait Finance House[KFH]. Pihak KFH telah menghentikan kemudahan pinjaman kepada Deepak setelah didapati pinjaman yang diluluskan sebelum itu ada unsur penipuan...!

Menurut semakan pihak KFH penipuan meluluskan pinjaman kepada Deepak turut melibatkan salah seorang Pegawai berjawatan besar dalam KFH yang memberikan kelulusan tersebut. KFH bertindak memindahkan [transfer] Pegawai tersebut dan seorang Pegawai baru ditugaskan mengambil alih tempatnya. Ini sebagai proses memudahkan pihak KFH melakukan siasatan yang lebih rapi dan teliti...

Tun Mahathir Bakal Jadi Presiden PPP

Posted: 03 Dec 2012 07:00 AM PST

Tun mahathir menjadi tetamu kehormat di persidangan agung tahunan ppp di pwtc, semalam, dalam ucapan presiden ppp m.kayveas berkata, orang india khususnya dalam ppp amat menghormati tun mahathir, tun banyak membantu kaum india memperkukuhkan ekonomi mereka, sekirannya di beri peluang, ppp nak jadikan tun mahathir presiden ppp... sambil di sambut dengan tepukan gemuruh dari perwakilan...
























ANGIN PERUBAHAN

Posted: 03 Dec 2012 09:28 PM PST

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 03 Dec 2012 09:18 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


MURTAD..

Posted: 03 Dec 2012 06:10 PM PST

DEEPAK, MEMBUKTIKAN TEKNOLOGI POLITIK ANWAR KETINGGALAN ZAMAN.

Posted: 03 Dec 2012 11:31 AM PST

INILAH PERBAHASAN BERKUALITI..SEBARKAN.

Posted: 02 Dec 2012 10:24 PM PST

PISAU.NET

Posted: 03 Dec 2012 09:09 PM PST

PISAU.NET


Antara Perkara Hebat Yang Pakatan Bawa..

Posted: 03 Dec 2012 05:00 PM PST

Militan haprak pakatan hanya mahukan kekacauan dan kehancuran negara.Matlamatnya hanyalah mahu menimbulkan suasana tidak tenteram.Undang undang diperlekehkan..apakah kita mahu sebuah kerajaan yang diperintah oleh puak anarki yang menghalalkan cara.

Pisau kata " Dah terdesak nak mampus..Haprak pakatan nak buat himpunan sekali lagi..aparat ini sedar mereka akan kalah pada PRU nanti..kekacauan dan rusuhan dalam pembikinan..kursus merusuh bakal diadakan di Penang dan Selangor 5hb dan 6hb ni.."

UMNO PEJUANG SEJATI PALESTIN, ANWAR TALIBARUT ISRAEL

Posted: 03 Dec 2012 07:44 AM PST


Khamis lalu, bersamaan 28 September 2012, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencipta sejarah apabila memberi Palestin status negara pemerhati bukan ahli di badan dunia itu.


Pada  Undi Perhimpunan Agung PBB yang di adakan di ibu pejabat badan dunia itu di New York, sebanyak 138 negara menyokong Palestin manakala sembilan mengundi menentang dan 41 negara yang lain berkecuali.


Pada hari itu Palestin melakar sejarah dalam perjuangan enam dekat untuk menjadi sebuah negara yang bebas dan merdeka daripada cengkaman Zionis-Yahudi.


Sudah tentu dua negara yang menentang dan paling marah terhadap keputusan yang mengejutkan itu adalah Amerika Syarikat dan negara satelit haramnya, Israel.


Dengan perasaan marah yang berkobar-kobar dan membakar, Israel lalu meluluskan pembinaan 3,000 lagi perumahan di wilayah Tebing Barat sebagai tindak balas.


Bukan sahaja Amerika Syarikat dan Israel marah akan keputusan PBB itu yang diadakan secara demokratik dan terbuka, tetapi ramai juga kuncu-kuncu mereka yang melenting dan terkejut akan tindakan negara-negara anggota PBB itu.


Mereka tidak sangka negara anggota PBB begitu berani menunjukkan sikap berlawanan dan bertentangan dengan kepentingan imperialis kedua-dua negara penindas itu.


Kuncu-kuncu dan talibarut mereka di Malaysia juga tidak terkecuali daripada menerima tamparan hebat hasil pengundian tersebut.


Antara kuncu paling tersohor Israel yang menyokong negara haram itu tidak lain tidak bukan ialah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang pernah mengeluarkan kenyataan menyokong usaha menjamin keselamatan negara Zionis-Yahudi Israel.


Sebenarnya apa yang disebut oleh bekas pemimpin Abim itu tidak mengejutkan kerana apabila mengimbau kembali sejarah perjuangan individu ini, sememangnya pihak Amerika Syarikat dan Israel telah menyediakan beliau untuk memikul tanggungjawab sebagai agen mereka di kemudian hari kelak.


Untuk mengetahui topeng yang dipakai Anwar jangan melihat semasa negara dalam keadaan tenang dan aman tetapi amati tindakannya pada ketika negara dilanda krisis.


Contoh terdekat ialah tatkala ekonomi Malaysia diserang oleh penyagak matawang George Soros yang menyebabkan banyak negara di rantau ini hampir sahaja menyembah bumi.


Krisis kewangan 1998 memperlihatkan bagaimana Indonesia, Thailand serta Korea terpaksa tunduk kepada pembiayaan Tabung Kewangan Dunia (IMF) demi menyelamatkan ekonomi mereka.


Tetapi kos menerima bantuan IMF amat tinggi kerana yang terpaksa dikorbankan ialah kedaulatan negara dan kesejahteraan rakyat negara-negara itu.


Di Malaysia ketika itu, Anwar menjadi Menteri Kewangan dan beliau cuba untuk menerima pakai pendekatan yang sama yang dilakukan oleh IMF ke atas negara-negara Asia Tenggara yang lain.


Sementara Anwar bermati-matian untuk membawa IMF sebagai sang penyelamat, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menentang usaha dan niat jahat Menteri Kewangan itu.


Natijahnya Anwar terpelanting daripada takhta kuasa apabila dipecat daripada semua jawatan dalam pentadbiran dan juga parti.


Namun dendam membara untuk menjadikan Malaysia sebagai jajahan Barat masih kekal hidup dalam sanubari Anwar.


Sebab itulah apabila dipilih untuk mengetuai pakatan pembangkang pada 2008, beliau terus menunjukkan sikap terbuka menyokongnya terhadap Israel.


Pada setiap lawatan serta ceramah yang diberi di persidangan antarabangsa di luar negara, Anwar pasti tidak melepaskan peluang untuk berjumpa, bermesra dan berpeluk-pelukan dengan pemimpin-pemimpin Yahudi yang menyokong Israel dan pada masa yang sama pembantaian ke atas Palestin.


Partinya juga mengambil sikap yang serupa walaupun tidak secara terang-terangan.

Hanya tiga hari selepas keputusan PBB itu barulah, PKR mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan badan dunia itu.


Mengapa PKR yang diterajui oleh Anwar mengambil masa yang lama untuk menyatakan sokongan yang sepatutnya datang secara sponton dan bukannya terhegeh-hegeh menunggu tempoh tiga hari.


Nampak sangat perasaan tidak ikhlas PKR apabila berdepan dengan perjuangan Palestin terutama apa-apa tindakan antarabangsa yang merugikan pihak Israel.


Sikap ini amat berlainan pula dengan UMNO yang sejak merdeka telah berdiri teguh di belakang perjuangan Palestin menentang Israel.


Malah Malaysia di bawah UMNO tidak pernah sedetik pun berfikir dua kali untuk menyokong apa jua yang boleh mendatangkan kebaikan kepada Palestin.


Pada Perhimpunan Agung UMNO yang baru sahaja berlalu, Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tanpa berselindung menyatakan impian Malaysia untuk muncul sebagai negara pertama di dunia untuk mewujudkan kedutaan di Baitul Muqaddis, ibu negara Palestin yang merdeka pada satu hari kelak.


Melangkah setapak ke hadapan, Perdana Menteri turut menawarkan pendekatan al-Wasatiyyah yang dipeloporinya sebagai tunggak kejayaan Malaysia membawa keamanan di wilayah Bangsamoro sebagai formula baru mencapai kedamaian dalam konflik Palestin-Israel termasuk di mana-mana sahaja kawasan persengketaan di dunia.


Begitulah hebat keberanian UMNO memperjuangkan nasib Palestin pada setiap kesempatan tanpa ragu-ragu dan was-was.


Adakah umat Islam di negara ini melihat yang sama ada pada diri Anwar.

Jika memberi kenyataan mengenai Palestin, sokongan yang diluarkan daripada mulut beliau amat terancang sekali takut kalau-kalau boleh menyinggung perasaan kawan-kawan Yahudinya di Washington dan London.


Apabila bercakap mengenai isu Palestin, pasti beliau akan juga menyentuh mengenai hak Israel untuk mendirikan negara haram di wilayah milik umat Islam yang dirampas pada tahun 1948.


Inilah juga individu yang bercita-cita tinggi untuk menjadi perdana menteri sejak sekian lama.


Selamatkah umat Islam jika Anwar menjadi perdana menteri malah selamatkah dasar pro-Palestin yang selama ini menjadi antara tunjang utama polisi luar Malaysia?

PAS menzalimi Ahli Sendiri

Posted: 02 Dec 2012 10:00 PM PST



Ungkapan UMNO Tolak Islam, BN Kejam dan Kerajaan Zalim seolah-olah sudah tersemat kuat di sanubari PAS.   Kata-kata ini didendangkan bagai koir, diulang-ulang bagai zikir atau wirid untuk dijadikan makanan rohani juak-juak PAS seharian.  Jika umat Islam disarankan mengisi hatinya dengan kalimah Allah SWT dan menghadapi hidup dengan penuh kesyukuran tetapi penganut PAS mengisi hati mereka dengan ungkapan-ungkapan di atas dan menghadapi hidup dengan bersifat kufur terhadap nikmat yang dikecapi.


Kerana percaya bahawa mereka adalah orang yang tertindas, teraniaya dan dizalimi, maka PAS sanggup mendoakan kemusnahan saudara seagama di dalam UMNO dalam solat hajat khas ketika Muktamar PAS baru-baru ini.  


Bertitik tolak dari itu, para pemerhati tertanya-tanya, di mana zalimnya UMNO dan di mana sengsaranya PAS?  Benarkah UMNO begitu buruk, begitu jahat dan begitu kejam?  Apakah tiada satu pun kebaikan yang dilakukan UMNO untuk agama, bangsa dan negara? 


Dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Ibnu Sirin, Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa, "Di antara bentuk kezaliman seseorang terhadap saudaranya adalah apabila ia menyebutkan keburukan yang ia ketahui dari saudaranya dan menyembunyikan kebaikan-kebaikannya."



Logiknya, sekiranya benar UMNO itu zalim dan langsung tidak pernah berbuat baik, maka tidak mungkin pemimpin PAS lepas bebas selepas mendoakan dan menuduh pemimpin dan parti UMNO dengan seburuk-buruk fitnah.


Justeru, bagi mengelak sebarang kekeliruan, PAS wajib memperjelaskan definisi ëzalimí yang dituduh ke atas UMNO itu.  Ini kerana dalam  dalam Al-Qur'an zalim membawa kepada beberapa makna dan dijelaskan dalam beberapa surah seperti berikut:

Al Baqarah 165 dan Huud 101: orang-orang yang menyembah selain Allah.

Al Maa-idah 47: kerana menuruti hawa nafsu dan merugikan orang lain.

Al Kahfi 35: sebuah sifat keangkuhan dan perbuatan kekafirannya.

Al-Anbiyaa' 13: Orang yang zalim itu di waktu merasakan azab Allah melarikan diri, lalu orang-orang yang beriman mengatakan kepada mereka dengan secara cemuh agar mereka tetap ditempat semula dengan menikmati kelezatan-kelezatan hidup sebagaimana biasa untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan yang akan dihadapkan kepada mereka.

Al 'Ankabuut 46: orang-orang yang setelah diberikan kepadanya keterangan-keterangan dan penjelasan-penjelasan dengan cara yang paling baik, mereka tetap membantah dan membangkang dan tetap menyatakan permusuhan.

Jelas sekali bahawa Islam mengambil serius tuduhan zalim kerana jika ianya tidak ditafsirkan dengan tepat dan dituduh sewenang-wenangnya maka ia akan menjadi fitnah di mana akhirnya, si penuduh itulah yang sebenarnya yang berlaku zalim. 


       Berkata Imam Abul Hasan al-Asyíari r.h: ìdan kami berkeyakinan wajibnya mendoakan kebaikan bagi pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan kestabilan pemerintahan mereka serta menyesatkan sesiapa sahaja yang berpendapat bolehnya menderhaka kepada pemimpin yang zalim dan kami beriman haramnya memberontak dengan senjata dan kami beriman perlu meninggalkan berperang dalam fitnahî. [al-Ibanah, 1/11].



Jawapan PAS bila ditanya mengenai kezaliman UMNO pula berubah-ubah mengikut sesuka hati yang memberi jawapan.  Beberapa ahli PAS di laman sosial mentafsirkan UMNO zalim kerana menolak hudud.  Nik Aziz menuduh UMNO zalim kerana menolak Islam.  Seorang pensyarah UIA, Dr. Maszlee Malik pula menuduh UMNO zalim kerana menafikan hak Kelantan ke atas royalti minyak, menzalimi parti PAS, memfitnah dan menafikan kebebasan akhbar. 



Apabila kita bercakap mengenai kezaliman, maka sudah pastilah ada yang melalui kesengsaraan. 



Jadi, siapakah yang sengsara di dalam PAS akibat kezaliman UMNO?  Jika kerana menolak hudud, maka apakah ada yang teraniaya secara khusus yang berpunca dari tiadanya perlaksanaan hudud di Malaysia? 



Alasan Dr. Maszlee untuk membantu PAS menjawab isu ini juga langsung tidak membantu kerana beliau hanya memperkatakan kezaliman secara umum dan kesan secara umum juga iaitu kesukaran yang dihadapi oleh parti PAS, bukan kesengsaraan seseorang atau sekumpulan manusia secara spesifik kerana hakikatnya tiada ahli PAS yang sengsara secara spesifik akibat perbuatan UMNO.



Tuduhan Nik Aziz bahawa UMNO menolak Islam pula adalah satu fitnah yang nyata kerana ahli-ahli yang membentuk parti UMNO itu adalah Melayu Islam yang mengucap kalimah syahadah, yang beriman kepada Allah SWT dan Rasulnya, yang berpegang kepada Rukun Iman.  Sepertimana lumrahnya manusia, mungkin ada di antara mereka yang jahil, mungkin ada yang kurang lengkap ibadahnya, namun tiada yang menolak Islam dan Rukun Iman. 



Nik Aziz tidak mungkin dapat menafikan hakikat bahawa UMNO sebagai kerajaan telah melakukan sebaiknya bagi mendaulat, mempertahan dan menyebar syiar Islam.   UMNO yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi, yang mana sekutu PAS iaitu DAP bertekad untuk menukarnya. 



UMNO tidak pernah lupa akan tanggungjawab menubuhkan masjid dan memperkasakan pembangunan Islam melalui berbagai-bagai program dan pertubuhan yang kemudiannya dipertanggungjawabkan untuk memelihara, mengkaji dan membuat penyelidikan mengenai Islam.   Kerana UMNO, azan boleh berkumandang secara terbuka, surau ada di mana-mana, pengurusan zakat dipermudahkan malah Malaysia adalah satu-satunya negara yang menyediakan pengurusan haji paling canggih untuk rakyatnya. 



Jika benar UMNO menolak Islam sehingga Islam tidak dibenarkan diamalkan sepertimana orang Quraisy yang menyiksa mereka yang masuk Islam di zaman Rasulullah SAW di mana Bilal bin Rabah dijerut lehernya oleh Umaiyah bin Khalaf, Keluarga Yassir dijemur di tengah padang pasir, Isterinya Sumaiyah mati syahid, Amir bin Fuhairah disiksa dengan kejam sehingga gila dan Zunainah disiksa Abu Lahab sehingga buta.  Mereka ini dipaksa untuk kembali menyembah berhala dan meninggalkan Islam. 

Sebaliknya, hakikatnya kerajaan UMNOlah yang memastikan undang-undang Malaysia menghalang umat Islam dari murtad, di mana sesiapa yang terpesong akidahnya akan ditangkap untuk difahamkan dan diperbetulkan. 



Namun, apa yang terjadi ialah apabila ada di kalangan pemimpin PAS yang cuba menegakkan undang-undang murtad yang digubal UMNO ini, PAS telah memecatnya. 



Jelas, yang zalim di sini bukan UMNO, tetapi pemimpin PAS.  Sesungguhnya, pemimpin PAS telah menzalimi pengikutnya dengan memperdaya mereka untuk mengaminkan doa fitnah yang paling zalim.

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 03 Dec 2012 04:05 PM PST

KEPAL NASI KEPAL BERAS


TUNKU AZIZ MUNGKIN DIAMANAHKAN UNTUK MENJADI PENYELAMAT NEGARA KALI INI!!!

Posted: 03 Dec 2012 06:10 AM PST

Tunku Aziz adalah seorang warganegara yang paling layak memberi peringatan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya jangan sesekali bereksperimentasi dengan perkara-perkara yang tidak boleh dijadikan bahan ekperimentasi.

Tiada siapa yang menjadikan sebuah perkahwinan sebagai bahan ujikaji, melainkan pasangan atau tamadun masyarakat itu tiada norma hidup. Kes ini jika wujud pun, ia sangat terpencil.

Ujikaji hanya berlaku terhadap pasangan hidup yang mengalami masalah kesukaran dalam mendapatkan zuriat dan bukan untuk menentukan pasangan hidup.

Bagaimana untuk membina sebuah negara atau sebuah tammadun,  bagaimana untuk memimpin dan membangunkan sebuah kehidupan yang secocok dengan ethnicity, complexity dan diversity yang wujud di dalam sebuah negara, tidak sama dengan tertib menuntut ilmu persilatan yang memerlukan sesuatu ujikaji mengikut tahap ketinggian ilmu yang dipelajari.

Jaminan hidup di dalam sebuah negara jangan disamakan dengan tertib belajar silat dengan Pak Mustar. Ini bukan cubaan. Ini betul-betul.

Tunku Aziz bertanya kepada seluruh rakyat Malaysia, "sila namakan bentuk perubahan serta kebaikan yang telah dibawa oleh kerajaan pembangkang di negeri-negeri tadbiran mereka"

"Tiada perkara besar atau hebat untuk rakyat, negeri  dan negara yang mereka bawa, selain dari kehebatan berdemonstrasi haram, membakar sentimen rakyat, mengundang campurtangan asing dan politik kebencian"

Yang memberi pandangan ini bukan calang-calang personaliti. Beliau adalah bekas pejuang transparensi dan bekas pemimpin besar DAP yang sangat telus, berprinsip, yang sangat profesional dan berintegriti tinggi. Ini diakui sendiri oleh seluruh pemimpin DAP. 

Buktinya, tiada siapa kalangan pemimpin DAP yang berani secara terang-terangan mempertikaikan kredibiliti Tunku Aziz hingga saat ini, sejak beliau meninggalkan dan mengkritik DAP. Tiada mana-mana pemimpin DAP yang berani membuat kritikan balas tentang apa yang ditegaskan oleh Tunku Aziz sejak beliau meninggalkan DAP.

Hakikatnya, "tak usahkan untuk menjadi sebuah kerajaan bagi negara Malaysia, untuk diberi kepercayaan menjadi pembangkang di dalam sistem domokrasi pun puak-puak pembangkang ini masih belum layak".

Pemain atau pengamal demokrasi yang benar-benar tulin dan matang tidak sesekali akan mengadunkan agenda dan wawasan mereka untuk negara dengan fitnah, adu-domba, sentimen kebencian atau pun mengundang campurtangan asing dalam usaha untuk memenangi hati majoriti rakyat.

Pembangkang yang matang tidak sesekali bertindak mencampur-adukkan amalan dan etika demokrasi dengan dendam kesumat. 

Pembangkang yang berfikiran sehat, tahu untuk membezakan yang mana satu kepentingan nasional dan yang mana satu kepentingan politik. Mereka tidak akan menyamaratakan semua kepentingan-kepentingan ini demi politik dan kuasa. 

Perkara terpenting yang perlu diamalkan oleh para pengamal demokrasi adalah "pertanggungjawaban" dan "amanah" terhadap kelaziman amalan demokrasi yang dianuti. Ia tergunapakai tidak kira samada mereka dari kalangan pembangkang mahupun pihak kerajaan. 

Jika para pengamal ini tidak berupaya untuk berpegang kepada amalan dan etika demokrasi yang ditetapkan, mereka seharusnya secara bertanggungjawab, menarik diri dari bidang politik secara bermaruah. Penyalahgunaan platform demokrasi secara berleluasa sejak PRU2008 adalah suatu tindakan paling hina dan tidak bertanggungjawab yang telah dilakukan oleh pembangkang terhadap daya intelektual rakyat dan keharmonian demokrasi di negara ini.

Bukan sedikit kesan "kesesatan persepsi politik dan demokrasi" yang diamalkan pembangkang yang telah menyerap masuk ke dalam pemikiran rakyat hari ini. 

Kesesatan persepsi politik dan demokrasi bawaan pembangkang ini harus dihentikan seadanya sebelum keadaan menjadi semakin kalut dan kusut mencengkam pemikiran rakyat.

Kemuncak kepada ketidakmatangan, kemuncak kepada dendam kesumat dan kemuncak kepada politik kebencian yang diamalkan oleh  pembangkang di negara ini telah pun mereka perlihatkan apabila mereka menyususn strategi sulit untuk menggagalkan budget negara 2012.

Tiada mana-mana pengamal demokrasi di dunia ini yang bertindak seperti "orang hilang pertimbangan dan perikemanusiaan" sepertimana pembangkang di Malaysia, apabila mereka bertindak mensabotaj budget negara. Jika BN gagal mendapatkan kelebihan 1 undi tempohari, sudah pasti hari ini negara sudah runtuh. Rakyat sudah pasti menjadi penerima musibah terbesar hasil tindakan diluar batas kewarasan yang telah dilakukan oleh pembangkang. 

Inikah kualiti pembangkang yang dimahukan oleh rakyat Malaysia? Lebih jauh lagi, adakah kualiti kepimpinan sebegini yang mahu diberi kepercayaan oleh rakyat untuk mengemudi masa depan mereka?

Apa keadaan pun, kita bernasib baik dan wajib bersyukur kerana alam ini dimiliki oleh Allah. Allahlah sebaik-baik pengatur alam ini. Jika alam ini milik pembangkang sudah lama mereka menterbalikkan mana-mana bahagian bumi yang diduduki oleh golongan yang engkar akan perintah mereka, khususnya ahli UMNO.

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 03 Dec 2012 03:10 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Gambar) Ayu di atas, bawah pula 'terkangkang'!

Posted: 03 Dec 2012 10:01 AM PST

Hukum memakai tudung itu tidak wajib. Tetapi menutup aurat itu wajib.

Menutup aurat pula ada syarat-syaratnya, bukan main balut aja macam buah nangka, melekat sampai terbonjol-bojol bahagian tubuh.

Tutup dengan sempurna, biar terlindung dari si mata keranjang, dosa kurang, pahala bertambah.

Tapi golongan-golongan ini pula, kami kurang pasti apa tujuan mereka 'meletakkan' kain di atas kepala mereka. Panas agaknya...tapi kalau panas, baik pakai payung ke, topi ke..

Nak menutup aurat? Tak cukup syarat, atas tutup, lain-lain dibukanya pula..
Macam-macam la korang ni...

Gadis sunti diraba 'polis' dalam tandas sekolah

Posted: 03 Dec 2012 09:01 AM PST

Gambar hiasan
MELAKA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang sedang berjoging di tepi pantai mendakwa beliau telah dicabul oleh seorang lelaki yang mengaku dirinya seorang pegawai polis.

Budak perempuan tersebut mendakwa ketika beliau sedang berjoging seperti biasa di sepanjang Pantai Puteri di Tanjung Keling beberapa hari lepas, beliau telah diarahkan berhenti oleh suspek yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis.

Suspek kemudian bertanyakan arah dan mengajak mangsa menunggang bersamanya untuk menunjukkan jalan. Suspek kemudiannya membawa mangsa ke sebuah sekolah menengah beberapa kilometer dari pantai tersebut.

Setibanya di sekolah tersebut, suspek mengarahkan mangsa untuk membuat ujian air kencing kerana dakwa beliau, mangsa disyaki penagih dadah. Suspek kemudian memaksa mangsa menggunakan tandas dan kemudian meraba kemaluannya.

Ketika suspek sedang membuka zip seluarnya, mangsa telah lari keluar dari tandas dan menjerit meminta tolong.

Suspek kemudian terkejut dan ketakutan terus memecut dengan motorsikalnya.

Mangsa memberitahu ibu bapanya dan kemudian membuat laporan di Balai Polis Tanjung Keling. Beliau juga mendakwa suspek telah mengambil gelang, cincin dan telefon bimbitnya.

Penolong OCPD Melaka Tengah, Supt Muhammad Koey Abdullah mengesahkan laporan tersebut.

The Star

UMNO adalah raja taktik kotor, jangan pandang rendah dengannya kata LGE

Posted: 03 Dec 2012 07:15 AM PST

GEORGETOWN: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengingatkan ahli-ahli parti agar jangan memandang ringan kemampuan Umno-Barisan Nasional (BN) untuk memenangi dua pertiga kerusi selain merampas semula Pulau Pinang pada Pilihan Raya ke 13 (PRU13) akan datang.

Beliau selain itu mengingatkan DAP supaya jangan mengambil mudah potensi saingan politiknya itu.

Bagaimanapun, peringatan Guan Eng itu menjurus kepada dakwaan Umno menggunakan pembohongan, ancaman dan politik wang serta sentimen perkauman melampau sebagai kempen politiknya.

Beliau mendakwa rakyat Pulau Pinang akan kehilangan masa depan mereka jika memberi kuasa kepada Umno dan BN.

"Jangan memandang rendah BN dan Umno. Jangan memandang rendah keberkesanan fitnah, ugutan dan politik wang serta sentimen perkauman dan ekstrimis. Umno adalah raja taktik kotor.

"Jika kita kalah, rakyat juga akan rugi," katanya ketika berucap merasmikan Konvesyen Tahunan DAP peringat negeri di Red Rock Hotel, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Guan Eng turut mendakwa 'program emas' yang disediakan kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini akan dihapuskan oleh BN-Umno sekiranya mereka berjaya kembali memerintah Pulau Pinang.

Katanya lagi, kerajaan 'berjiwa rakyat' yang kini sedang dinikmati rakyat akan diganti dengan kerajaan 'berjiwa kroni' sekaligus menindas semua lapisan masyarakat.

"Umno pasti akan menghapuskan semua 'program emas' dan peruntukan tahunan kepada sekolah-sekolah.

"Umno akan menggantikan kerajaan berjiwa rakyat dengan kerajaan berjiwa kroni," katanya.

AP

"Budaya 'koboi' menular dalam gerakan Islam"

Posted: 03 Dec 2012 06:45 AM PST

KUALA LUMPUR: Budaya 'koboi' atau sikap tidak menghormati serta suka membangkang kini mula menular di negara ini, kata Felo Amat Utama Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Datuk Dr Muhammad Uthman El Muhammady.

Malah, menurut pensyarah bahagian dakwah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini, budaya berkenaan dikesan mula wujud di kalangan intelektual dan penggerak gerakan Islam di Malaysia.

Katanya, sikap yang terdapat dalam diri sesetengah intelektual Islam ini yang mengandaikan mereka lebih 'bijak pandai', menyebabkan mereka suka 'menghentam' pendapat orang lain yang dirasakan bertentangan.

"Budaya koboi ini, saya dah sebut tahun 2005... dah lama, sebab saya perhati dalam masyarakat, saya kata kita ini nak kena (terpengaruh)... Jadi saya kata kena berjaga-jaga dengan budaya koboi.

"Budaya koboi ni apa maknanya? Maknanya sikap tidak hormat kepada sesiapa, tidak ikut autoriti sesiapa... kerjanya bila ada masalah, sikit-sikit tarik pistol (tembak).

"Kalau ada aturan pun, dia nak tunjuk seolah-olah dia lagi atas dari aturan itu," kata beliau ketika membahaskan topik 'Budaya Koboi di Kalangan Intelektual dan Penggerak Gerakan Islam' semasa menjadi tetamu program Maqasid terbitan Antarapos.

Menurut Dr Uthman, budaya berkenaan yang asalnya bertapak di Amerika Syarikat pada sekitar tahun 1960-an itu telah mula mempengaruhi intelektual negara ini melalui penulisan beberapa intelektual barat.

"Antaranya yang ditulis oleh seorang yang bernama Stephen Young dalam satu esei bertajuk 'Intelectual Foundation for the Decline of Culture'.

"Maknanya asas-asas pemikiran intelektual yang membawa kepada merosot budaya... Jadi saya beritahu kepada beberapa kawan-kawan, ini bahaya. Kita sekarang sudah mula nak kena bahana ini," katanya lagi.

Tambah beliau, disebabkan pada masa kini kurangnya golongan yang mempunyai tahap pemikiran yang tajam dan bijaksana, maka cara teguran dan 'hentaman' juga dibuat melalui medium yang kurang berhikmah.

"Kalau bercerita (bercakap) pasal koboi, makna kerjanya tembak saja... lepas itu cabar dengan pistol... dan pistol sekarang web site, emel, youtube, facebook... sebab sekarang kalau bercakap (secara) hikmah bijaksana susah nak tangkap (faham).

"Orang yang bercakap pun dah jarang ada memiliki ini (pemikiran hikmah dan bijaksana) kerana ia perlu akal yang tajam, roh yang jernih, jiwa yang bersih dan hati yang ada kasihan, sayang kepada orang, bukan memandang orang (lain) sebagai orang yang perlu dikuasai," akhirinya.

Pasca modenisme' mencairkan wacana agama

Dalam pada itu Dr Uthman menyifatkan keghairahan sesetengah pihak mengeluarkan kenyataan berhubung sesuatu isu tanpa kepakaran ilmu disifatkan sebagai ikutan terhadap falsafah 'pasca modenisme'.

Menurut beliau, prinsip berkenaan jelas bercanggah dengan prinsip ahli sunnah wal jamaah yang berpaksikan ayat Al-Nahl 43 yang menuntut agar ummah bertanyakan kepada yang berilmu berbanding kepopularan yang dimiliki.

"Itu bercanggah dengan prinsip ahli sunnah, prinsip ahli sunnah berdasarkan Al-Nahl 43 iaitu menggalakkan bertanya kepada yang lebih tahu jika tidak mengetahui sesuatu, malah, perlu mempunyai sedikit informasi mengenai perkara itu.

"Kalau popular, itu falsafah 'post modernism' yang mencairkan wacana agama sepertimana yang berlaku di Barat.

"Takkan kita nak import perkara sebegini dalam kegiatan intektual negara kita. Kita hancurkan agama, nilai. Kita perlu bertanya kepada ahli (intelektual yang berilmu)."

Mengulas lanjut Dr Uthman berkata, golongan intelektual dan penggerak Islam ini sebaiknya tidak menggunakan hadis nabi "sampaikan walau satu ayat" untuk mengulas mengenai sebarang isu.

Tambah beliau lagi, penyampaian itu adalah haram sekiranya ia disampaikan tanpa ilmu yang fasih kerana boleh menyebabkan berlaku kekeliruan.

Justeru, beliau menyarankan agar golongan tersebut kembali kepada arus perdana iaitu berdasarkan ahli sunnah wal jamaah.

"Kita perlu kembali kepda ahli sunnah wal jamaah, bahawa kepakaran itu dalam agama dan ilmu lain adalah agama perlu berdasarkan ilmu dan bukti-bukti. Kita bunuh diri sendiri apabila bertanya kepada orang yang tidak ahli dalam bidang tertentu," katanya.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar pada sebuah forum anjuran geraja Kristian di ibu negara bulan lalu mencetuskan kontroversi apabila menyatakan pendirian untuk orang Melayu beragama Islam diberi kebebasan beragama seperti kaum lain.

Sehubungan itu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah mengarahkan Nurul Izzah memberi penjelasan mengenai kenyataannya itu.

AP

Fathul Bari: Foreign Report On Rising Malay Christians Is True

Posted: 03 Dec 2012 06:31 AM PST

KUALA LUMPUR: Young Scholars Secretariat (Ilmu) working committee chairman, Fathul Bari Mat Jahaya, believes that the report by Christian Broadcasting Network (CBN) on the increase in the conversion of Malay Muslims to Christianity is true.

Fathul Bari, when contacted by The Mole, said among the main factors of the conversion cases is pressing financial needs, and as such he urged for better zakat (alms) distribution to Muslims which can help reduce the cases.

"There is indeed an increase, and there are many pending cases in courts on Malays wanting to leave Islam and convert to Christianity," he said.

"There are also some cases which were not put on record and still being investigated. I personally have been approached by some individuals who expressed their interest to renounce their religion," he added.

Fathul Bari said through his observation, many cases happened due to lack of charity from the zakat department.

"Too much bureaucracies by the department had resulted in many poor Malay Muslims to seek financial assistance from the churches."

Thus, he stressed the importance of zakat institutions to minimize their bureaucracies and maximize their monitoring system to ensure that the alms are extended and received by the Muslims in need.

"It is important to identify and monitor activities of those in need so they will not ask for help from churches and indirectly get influenced to convert," Fathul Bari said.

It was recently reported that CBN, a non-profit Christian media, had stated that five years ago, there were less than 200 Malay Christians in the country but now there are at least 1,000 of them.

The CBN news video which had been posted on YouTube also showed clips of Malays in a church for midweek service.

The report was also highlighted by blogger Helen Ang.

PAS Dewan Ulama leader Datuk Harun Taib and several party leaders had expressed their concerns and also demanded investigations from the government and religious authorities on this issue.

Meanwhile, Fathul Bari said several programs have been planned and carried out to Muslims and the 'mualaf' (a Muslim convert) to explain on matters pertaining to aqidah (faith) as well as talks and counseling to those who have expressed their desire to leave Islam.

"I believe religious institutions and agencies should be more proactive in strengthening the image of Islam, and to provide any forms of assistance to Muslims and those interested in the religion."

"We should not be too rigid in our approach," he said.

Fathul Bari also added, Ilmu is open to work with any quarter, regardless of political affiliations, to curb the issue of Muslims converting to Christianity.

- Azreen Hani / The Mole

(Gambar) Janda anak dua paling hot [edisi berdarah hidung] yang belum pernah anda lihat!

Posted: 03 Dec 2012 05:01 AM PST

Melalui tempoh hamil selama 9 bulan benar-benar menguji tahap mental apatah lagi fizikal seseorang wanita. Ada yang berubah terus bentuk tubuhnya dari ramping kepada 'tidak ramping'.

Namun, perkara tersebut tidak menjadi masalah kepada model Mia Chan yang telah melalui dua kali proses kehamilan dan kini masih mempunyai tubuh yang sangat mantap!

Ini adalah tubuhnya ketika melahirkan anaknya yang pertama ketika berusia 17 tahun.

Mia telah berkahwin dengan suaminya setelah kelahiran anak mereka yang pertama dan bekerja di butik ibunya di Hong Kong. Beliau kemudiaany diceraikan selepas melahirkan anak kedua dan sekarang bekerja sebagai model di Hong Kong. So sekarang ini beliau menjanda dan single...bodo betui husband dia nih!
Mia bersama anak-anak dan bekas suaminya
Yeah, anda boleh lihat bagaimana kejelitaan Mia yang terpelihara walaupun telah melahirkan dua orang anak. Memang hot!!!

Alternatif perlu untuk tegakkan Islam akibat kesesatan PAS

Posted: 03 Dec 2012 12:01 AM PST

KUALA LUMPUR - Umat Islam di negara ini perlu mencari alternatif dan kaedah baru untuk memastikan agama Islam terus dimartabat, berbanding bergantung kepada Pas serta pakatan pembangkang, kata Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali.

Beliau berkata tindakan DAP yang seringkali membangkang apa jua usaha Pas memartabatkan Islam, serta sikap keakuran kepimpinan Pas, yang dikatakan memperjuang agama, terhadap bangkangan itu jelas mengecewakan rakyat.

Terbaru, Pengerusi DAP Karpal Singh turut campur tangan dalam isu berkaitan dengan penggunting/pendandan rambut wanita tidak dibenarkan memotong/mendandan rambut lelaki termasuk yang bukan Islam yang menyebabkan Jawatankuasa Pas Pusat secara tergesa-gesa meminta Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) mengkaji semula tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh mereka.

"Apa yang hendak ditimbulkan di sini bukan soal penguatkuasaan peraturan seperti yang terdapat dalam enakmen yang telah berkuatkuasa sejak sekian lamanya. Tetapi lebih kepada soal tentangan dan halangan terhadap peraturan itu yang datangnya daripada DAP rakan politik Pas dalam pakatan pembangkang," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dr Hasan berkata tindakan Karpal Singh menggambarkan bahawa DAP tidak sesekali bersedia menerima apa sahaja peraturan yang mempunyai roh Islam, sehinggakan hal-hal yang diterima baik oleh rakyat daripada sudut akhlak turut disanggah.

Tegasnya, tanpa berfikir panjang dan menilai implikasi bentuk tindakan yang akan diambil, pimpinan tertinggi Pas dilihat terus mundur ke belakang dan akur dengan kemahuan dan niat jahat terhadap Islam yang menjadi amalan DAP.

"Dalam hal yang dikatakan remeh seperti ini pun tidak dapat diterima baik oleh DAP apa lagi dalam hal-hal besar seperti melaksanakan Hudud dan negara Islam yang Pas berjanji akan merealisasikannya apabila pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya," katanya. - Bernama

Khalwat: KP Kesihatan turun pangkat, Jururawat turun gaji

Posted: 02 Dec 2012 11:01 PM PST

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman yang digantung kerja ekoran kes khalwat baru-baru ini diturunkan pangkat ke satu gred yang lebih rendah daripada jawatan yang disandang sekarang.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat SPA yang diadakan hari ini.

Mahmood dalam kenyataannya berkata tindakan tatatertib terhadap Dr Hasan yang merupakan Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan itu dibuat mengikut Peraturan 33(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Pada 26 November lepas, SPA memutuskan Dr Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan dalam mesyuarat hari ini.

SPA juga memutuskan agar Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, Jururawat Gred U41, Kementerian Kesihatan dikenakan tindakan turun tiga pergerakan gaji bagi tempoh 12 bulan.

Pada 14 November lepas Dr Hasan, 56, dan Wan Syarifah Nooraazmanita, 36, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini, pada 2.18 pagi hari yang sama. - Bernama

Berkat jasa PAS, Wanita dan Puteri UMNO semua bertudung kata Nik Aziz

Posted: 02 Dec 2012 10:31 PM PST

Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz berkata, Umno boleh dimaafkan atas segala kesalahannya selama ini dengan syarat Umno harus tukar dasarnya terlebih dahlulu.

Katanya, Umno harus tukar dari dasar berjuang atas nama kebangsaan Melayu kepada Islam yang syumul selari dengan tuntutan biro Ulama Umno tahun 1951 dulu.

Nik Aziz berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak meminta maaf atas segala kesalahan dilakukan sebelum ini, dalam Perhimpunan Agung Umno 2012 yang berakhir semalam.

Syarat kedua, jelas Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, kesemua peruntukan pembangunan hendaklah disalurkan kepada kerajaan negeri bukannya Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Dan syarat ketiga, katanya, hak rakyat Kelantan hendaklah ditunaikan dengan membayar royalti kepada kerajaan negeri.

"Jika tidak sanggup buat tiga perkara ini, maka tiada maaf bagimu," katanya dalam satu kenyataan melalui Setiausaha Politiknya Wan Nik Wan Yussof.

Beliau turut menyifatkan Perhimpunan Agung Umno kali ini dijadikan medan memaki hamun apatah lagi ucapan perwakilannya yang bernada permusuhan, kebencian dan mengguris perasaan kaum lain.

"Persidangan kali ini jadi medan segala maki hamun. Lagak dan isi ucapan perwakilannya 'sikit habuk' orang tak boleh tumpang. Apatah lagi masyarakat bukan Islam, lebih-lebih masyarakat Cina, kerana ada ucapan bernada permusuhan, kebencian dan mengguris perasaan kaum lain. Yang pasti akhlak Islam sudah diketepikan," katanya.

Malah dalam ucapan pimpinan Umno sewaktu penggulungan juga mengajak rakyat mengenang jasa-jasa Umno selama ini.

Bagaimanapun soal Nik Aziz, apakah Umno sahaja yang berjasa? Seolah-olah memberi gambaran Umno sahaja yang berjasa.

Katanya, PAS di Kelantan pun banyak berjasa antaranya pengurusan kewangan kerajaan Kelantan yang acap kali mendapat pujian Ketua Audit Negara.

Sekali gus katanya, membuktikan jasa PAS yang mentadbir amanah rakyat tanpa ketirisan, rasuah dan penyelewengan apatah lagi menerusi pendekatan pentadbiran Islam, PAS berjaya mengubah pemikiran rakyat Kelantan berpandukan agama iaitu "orang-orang yang diberi nikmat oleh Allah" (allazina an'am ta'alaihim)

"Kesannya ramai wanita sudah mengamalkan ajaran agama termasuklah Wanita dan Puteri Umno pun sudah ramai bertudung (tutup aurat), berkat jasa Kerajaan Negeri di bawah PAS melaksanakan kempen berpakaian menutup aurat. Seharusnya pemimpin Umno bersikap terbuka, kenanglah juga jasa pihak lain," katanya.

Deepak, senjata baru Anwar yang memalukan!

Posted: 02 Dec 2012 10:01 PM PST

Anwar Ibrahim kelihatan sangat jelas terdesak untuk mendapatkan 'bukti' dan 'saksi' bagi memanjangkan cerita yang dianggapnya sebagai satu aset dalam serangan menjatuhkan Najib Abdul Razak dan UMNO-BN menjelang PRU13.

Dan seperti biasa, di sebalik laungannya dan kecamannya tentang serangan terhadap ahli keluarga yang tidak terlibat dengan dunia politik, kaedah itulah yang paling digemari oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya.

Serangan terbaru terhadap Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak kini menggunakan seorang ahli perniagaan bankrap yang cuba digambarkan sebagai tidak mempunyai kepentingan dalam dunia politik. Pun begitu, di sebalik tiada kepentingan politik, ahli perniagaan tersebut ternyata seorang yang menghadapi masalah kewangan yang sangat teruk dan terpaksa menggapai apa-apa sahaja demi menyelamatkan perniagaan dan syarikatnya.

Deepak Jaikishan, merupakan individu terdesak yang dilihat oleh Anwar Ibrahim sebagai lembu pawah yang boleh dipergunakan dengan sebaik-baiknya.

Rosmah Mansor adalah pelanggan Deepak Jaikishan dan hubungan tersebut bermula semenjak sebelum Najib Abdul Razak menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi.

Deepak berhadapan dengan masalah kewangan yang sangat teruk dan berhutang ratusan juta ringgit dengan Kuwait Finance House. Kemudahan kredit Deepak dengan institusi kewangan tersebut telah dihentikan apabila institusi kewangan berkenaan mengesyaki wujudnya unsur-unsur penyelewengan membabitkan seorang pegawainya sendiri.

Apabila pegawai tersebut dipindahkan ke unit lain dan pegawai baru mengambilalih, Deepak mula terasa bahangnya. Dia menjadi panik dan mula menekan butang di sana sini. Lebih-lebih lagi apabila siasatan yang dijalankan oleh KFH mendapati, memang wujud penyelewengan dan baki pinjaman telah dihentikan. Bahkan Deepak diarahkan membayar kembali pinjaman berkenaan secara ansuran yang jumlahnya mencecah jutaan ringgit setiap bulan.

Gagal membuat pembayaran, Deepak berhadapan pula dengan tindakan mahkamah oleh KFH. Akhirnya, Deepak diisytiharkan muflis. Seluruh perniagaan keluarga yang diwarisinya hancur. Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pula masuk dan merampas semua fail-fail dari pejabatnya.

Tatkala itulah, Deepak MENJUAL NAMA ROSMAH MANSOR di hadapan pegawai-pegawai SPRM dan LHDN. Kononnya, dia mempunyai hubungan rapat dengan Rosmah Mansor. Dengan nada kuat dan lantang, Deepak cuba 'mengarahkan' Rosmah Mansor agar memberitahu suaminya, Najib Abdul Razak agar menggunakan jawatannya selaku Menteri Kewangan Malaysia agar menyelamatkan syarikatnya.

Tindakan Deepak itu ternyata memakan diri. Rosmah Mansor menamatkan sebarang hubungan dengan Deepak. Semua panggilan daripada Deepak, tidak dilayan. Rosmah Mansor baru sedar, Deepak telah menyalahgunakan hubungan mereka kerana Rosmah adalah isteri Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Deepak yang kebingungan, akhirnya diberitahu bahawa orang yang boleh menyelamatkannya adalah ANWAR IBRAHIM...

Dan kisahnya pun bermula....

TFC

Pakaian terlalu seksi tidak tutup aurat? Ia diuar bidang kuasa saya.....ouchh!

Posted: 02 Dec 2012 09:01 PM PST

SEAWAL usia 12 tahun membabitkan diri dalam iklan komersial, Siti Saleha Mohd Baharom (Saleha) kini boleh berbangga dengan pencapaiannya. Bukan saja diminati ramai, tetapi bakat dimiliki Saleha turut mendapat perhatian penerbit dan pengarah filem mahupun drama tempatan.

Tampil dengan drama terbaru Terlanjur Cinta di TV9 bergandingan dengan Aqasha, gadis berasal dari Klang Selangor ini dilamar pula membintangi filem Mamak Cupcake arahan Woo Ming Jin, pemenang anugerah Filem Pendek Terbaik (Sonje Award), Festival Filem Antarabangsa Pusan, Korea 2010.

Sepanjang kariernya, Saleha membintangi 15 telefilem, 12 drama bersiri dan tujuh filem yang kini menanti tarikh tayangan. Menilai setiap drama mahupun filem dilakonkan, jelas watak gadis malang seperti mangsa cinta, baik mahupun bertudung menjadi terlalu sinonim dengan dirinya.

Ketika ditemui di sesi fotografi khas bersama SELEBRITI, Saleha secara peribadi menyedari hakikat ini dan dia menganggap watak diberikan penerbit mahupun pengarah kepadanya agak 'submissive' (individu yang selalu patuh).

"Saya tidak dapat mengelaknya kerana daripada maklum balas diperoleh, memang itu watak digemari penonton kita. Sebagai pelakon, tidak kira apa watak, saya harus melaksanakannya dengan baik. Jika penonton suka, bermakna saya berjaya menzahirkan watak berkenaan," katanya.
Siti Saleha Baharom - Harian Metro
Di sebaliknya, Saleha akui watak yang dibawakan selama ini, jauh berbeza dengan sikap dirinya yang sebenar. Secara jujur, katanya, dia berpegang kuat kepada semangat feminisme (fahaman yang menuntut persamaan hak wanita seperti dinikmati lelaki).

"Kalau saya berada dalam situasi watak yang dilakonkan di mana sering dianiaya lelaki, memang sudah lama saya tinggalkan. Tidak perlu buang masa dan wanita harus bijak supaya tidak menganiaya diri sendiri," katanya.

Waktu sama, boleh dikatakan hampir kebanyakan watak dilakonkan Saleha menampilkan dirinya sebagai wanita sopan dan bertudung.

Mengenai penampilan watak dilakonkan, jelas Saleha, pernah juga timbul kebimbangan apabila ada peminat terlalu taksub tidak boleh menerima dirinya, terutama apabila melihat penampilan berbeza dengan watak dijayakan.

"Ketika mula-mula terbabit dalam dunia seni, saya terlebih dulu menjadi peragawati dan pernah memenuhi undangan menjayakan fotografi fesyen, di mana pakaian digayakan terdedah. Apabila saya menjayakan watak gadis bertudung dalam Nora Elena dan menjadi hit, ada pihak cuba menggunakan gambar terbabit untuk dijadikan isu.

"Sebagai gadis remaja, saya suka bergaya dan pakaian dikenakan bukan menutup aurat keseluruhan. Bagaimanapun, saya juga tidak gemar berpakaian keterlaluan sehingga terlalu terdedah. Tengok pada keadaan dan situasi.

"Apabila menjayakan sesi fotografi untuk majalah, pakaian disediakan lebih awal. Kalau ia dianggap seksi, ia di luar bidang kuasa saya. Namun, setakat ini saya tidak rasa penampilan saya di akhbar atau majalah melampaui batas," katanya.

Metro

(Gambar) Uji minda: Milik siapakah peha gebu ini?

Posted: 02 Dec 2012 07:45 PM PST

Untuk pembaca setia blog ini, ambil masa anda sebentar untuk 'menganalisis' gambar ini...ianya satu gambar biasa bertempat di sebuah kedai alat tulis dengan beberapa orang pelanggan sedang membelek akhbar.

Ini adalah pandangan biasa disemua kedai-kedai stationery.

Tetapi..., salah seorang dari gambar tersembut, yup, gadis yang mempunyai kaki yang seksi itu ada yang seperti tidak kena. Gambar ini dipercayai ditweet oleh tuan punya kaki, heh, ye ke..?

Bolehkah para pembaca sekalian mengatakan ianya satu tindakan photoshop?



Hmmm..jika dibuat analisis secara mendalam, ada kemungkinan ianya telah disunting menggunakan perisian photoshop.
Bahagian kepala mungkin telah digantikan dengan kepala orang tua ini...mungkin!
Namun setelah entry ini diterbitkan beberapa ketika, muncul gambar baru yang memungkinkan para pembaca sekalian berfikir untuk kali kedua untuk mengatakan foto tersebut telah disunting...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
                                        

Whateverlah! Jepun memang gila...hahahaha!

Bekas Pengerusi MRCB paling bermasalah sertai PAS

Posted: 02 Dec 2012 06:45 PM PST

SHAH ALAM - Bekas Pengerusi Eksekutif Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB), Datuk Abdul Rahman Maidin muncul personaliti terbaru menyertai Pas.

Beliau yang juga bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia mengumumkan penyertaan itu bersama tiga lagi bekas pegawai kanan kerajaan pada Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor di Batu Pahat, malam tadi.

Turut menyertai Pas ialah bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantations, Mohd Sais Joned.

Dua yang lain ialah bekas Pengarah Pelajaran Johor, Ramlan Sariman dan Timbalan Pengarah Institut Perguruan Batu Pahat, Nasir Abdullah.

Laporan Harakahdaily menyebut mereka menyerahkan borang meyertai Pas kepada Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

* Mamak problem sertai PAS...bodoh jugak PAS terima manusia bermasalah, hutang keliling pinggang nih...!

'Doa UMNO hanya doa kosmetik, tidak ikhlas' - Salahudin Ayub

Posted: 02 Dec 2012 06:20 PM PST

SHAH ALAM – Sebaik kontroversi doa 'KO BN' yang dipimpin adik Muryidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat mendoakan kehancuran Umno dan dikatakan menyalahi Enakmen Jenayah Syariah Kelantan, Umno pula tampil mengadakan solat hajat dan memohon kesejahteraan negara kelmarin.

Bagaimanapun, Pas menganggap doa sama ada semasa Muktamar Pas ataupun pada Perhimpunan Agung Umno itu tidak mempunyai sebarang perbezaan kerana kedua-duanya memanjatkan hajat masing-masing.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berpendapat, apa yang didoakan Pas tidak menujukan kepada mana-mana individu dalam Umno ataupun Barisan Nasional (BN).

Malahan katanya, beliau sendiri tidak berasa teruja dengan doa yang dibuat oleh Umno.

"Tidak ada apa yang nak teruja sebab bagi saya apa guna mendoakan kesejahteraan, sedangkan sejak mula Umno bersidang, sama ada perbahasan Puteri, Pemuda, Wanita hinggalah ke ucapan perasmian Presidennya, Pas dibelasah habis-habisan.

"Pas dikatakan songsang, pecah-belahkan umat Islam dan sebagainya, tetapi bila sampai ke penutup perhimpunan, nak mendoakan kesejahteraan pula," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Kelmarin, doa dan solat hajat itu dilaksanakan selepas selesai solat Jumaat di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Perhimpunan Agung Umno kali ke-66 dan diimamkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sebelum solat hajat dimulakan, Jamil Khir memaklumkan bahawa solat tersebut dikhususkan untuk mendoakan keamanan dan kesejahteraan negara.

Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno.

Dalam pada itu, Salahuddin turut mendakwa, doa yang dibuat itu tidak menjelmakan Umno sebagai sebuah parti yang ikhlas atau benar-benar mendoakan kesejahteraan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mengibaratkan doa Umno itu sekadar kosmetik semata-mata dan tidak menunjukkan hasrat sebenar Umno untuk menuju sejahtera.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pula berkata, jika benar Umno benar-benar mendoakan ke arah kesejahteraan tidak mengapa, tetapi rakyat perlu melihat konteks doa yang dibawa oleh Pas dengan teliti.

"Kalau betul untuk sejahtera, OK... tapi doa Pas adalah bagi memperingati mujahid Pas yang terkorban dalam Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985 disebabkan oleh kekejaman Umno.

"Selain peristiwa berdarah itu, berlaku juga beberapa lagi kekejaman Umno yang telah memenjarakan beberapa pemimpin Pas dan Pakatan Rakyat (PR)," dakwanya lagi.

Beliau yang juga bekas Menteri Besar Perak menambah, tujuan utama doa Pas hanyalah untuk hentikan kezaliman Umno dan menuntut keadilan.

'Sifar masalah', BN boleh menang besar kata Najib

Posted: 02 Dec 2012 06:01 PM PST

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta rakyat memberikan mandat pemerintahan lima tahun lagi kepada Barisan Nasional (BN) demi masa depan negara.

Beliau berkata, ini adalah kerana kerajaan BN sudah mempunyai pelbagai pengalaman dalam mentadbir negara sejak 55 tahun lepas berbanding pakatan pembangkang yang dilihat semakin tidak mempunyai asas persefahaman untuk menguruskan hala tuju negara dengan baik.

Katanya, kerajaan BN ikhlas untuk membantu semua rakyat dan percaya dalam tempoh hampir empat tahun ini, kejayaan terbukti apabila Malaysia mencatat pertumbuhan ekonomi 5.2 peratus, peningkatan dalam pelaburan di dalam negara dan luar negara serta peluang pekerjaan melebihi 300,000.

"Masa depan tidak boleh diperjudikan. Satu undi untuk pembangkang adalah satu undi untuk masa depan yang tidak menentu.

"Tetapi, satu undi buat BN adalah untuk masa depan yang lebih baik, selamat dan makmur," katanya dalam ucapan perasmian mesyuarat agung ke-59 Parti Progresif Penduduk (PPP) di sini, hari ini.

Najib juga menjanjikan sebagai seorang Perdana Menteri, beliau akan melakukan yang terbaik untuk semua rakyat dan negara, dengan lebih adil dan saksama dalam memastikan rakyat mendapat layanan dan faedah daripada dasar-dasar dan pentadbiran BN.

"Sebagai seorang pemimpin dan pengerusi BN, kita mesti merasai denyut nadi rakyat dan faham bahawa rakyat hari ini sudah berubah kerana kejayaan BN menyediakan akses kepada pendidikan dan zaman teknologi ICT," jelas beliau.

Perdana Menteri yakin kepimpinan memahami dan menghayati serta tahu aspirasi rakyat adalah tidak lain hanya mahu berada di bawah kerajaan BN.

Dalam pada itu, Najib mengingkatkan 13 parti komponen BN untuk bergerak sebagai satu formasi yang teratur dan tersusun ke arah satu objektif iaitu kesepaduan dan kefahaman yang amat jitu agar BN sentiasa menjadi satu parti yang kuat dan tidak mungkin ditandingi oleh parti pembangkang.

"Oleh itu, soal dalaman parti kita, kita perlu memastikan sifar masalah dan kita juga perlu memastikan sifar masalah antara parti komponen BN. Dengan itu, tanpa apa-apa masalah besar, (Insya-ALLAH), BN pasti akan menang besar dalam pilihan raya umum," katanya.

Tambah Najib, BN telah mengambil iltizam untuk mesti bangkit semula daripada 'mimpi ngeri' pada pilihan raya umum ke-12, dan sedar akan mesej yang dihantar oleh rakyat kepada BN untuk melakukan perubahan bagi menjamin masa depan mereka.

Perdana Menteri turut mengingkatkan jentera PPP agar sentiasa bersedia, cergas dan bertenaga untuk menentukan perjuangan BN dalam PRU13.

Seramai 4,047 perwakilan menghadiri Perhimpunan Agung PPP, yang bertemakan 'BN Tidak Akan Menghampakan Rakyat'. - Bernama

The Red Warriors intai Safee Sali, ikat Petratos

Posted: 02 Dec 2012 05:33 PM PST

Bintang Pelita Jaya FC, Safee Sali diintai Kelatan
PEMAIN skuad bawah 23 tahun Australia, Dimitrios Pertratos dan penyerang kebangsaan, Mohd Safee Sali antara yang disebut-sebut bakal disunting oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bagi memperkuatkan pasukan Kelantan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Sumber Kafa memberitahu, penyerang Pelita Jaya FC yang sedang beraksi bersama skuad kebangsaan dalam Kejohanan Piala AFF Suzuki 2012 dikatakan berada dalam perhatian meskipun tiada pengesahan rasmi diberikan oleh pihak terbabit setakat ini.

Menurut sumber itu lagi, Pertratos pula hampir pasti menjadi pilihan Kafa bagi menyarung jersi The Red Warriors secara pinjaman untuk tempoh enam bulan setelah kontrak Mohammad Ghaddar tidak disambung pada musim depan.

"Dimitrios Pertratos merupakan pemain Sydney FC yang berpengkalan di New South Wales, Australia. Dia masih muda (20 tahun), mempunyai ketinggian 1.76 meter dan boleh beraksi di posisi serangan dan pemain tengah menyerang," katanya kepada Sinar Harian semalam.

"Kita dapatkan khidmat beliau atas dasar pinjaman bagi tempoh tersebut. Keputusan mengikat Pertratos dilakukan sebagai usaha memperkuatkan pasukan Kelantan bagi mempertahankan ketiga-tiga piala dimenangi selain menghadapi Kejohanan Piala

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bermula Mac nanti.

Petratos bakal menyarung jersi pasukan The Red Warriors
secara pinjaman untuk tempoh enam bulan
bagi Liga Malaysia 2013.
Sebuah portal sukan, Australian FourFour Two pada 23 November lalu melaporkan juara treble dari Malaysia, Kelantan dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat Pertratos terutamanya bagi mengharungi saingan baharu kempen Piala AFC nanti.

Malah, ejen Pertratos, James Hardy dalam artikel tersebut menyifatkan tawaran dikemukakan Kelantan sangat menarik dan memberi peluang kepada pemain muda itu mengembangkan kerjayanya setelah jarang diberi peluang beraksi bersama kelabnya sebelum ini.

Ini diperkukuhkan lagi apabila Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa yang dipetik daripada laman sosialnya semalam memberitahu, Kelantan sah akan mengikat kontrak dengan seorang pemain yang beraksi dengan sebuah kelab dalam Liga Juara-Juara Asia.

"Dia akan menggantikan Mohammad Ghaddar. Kita terpaksa melupakan Ghaddar yang menuntut kenaikan gaji 100 peratus. Saya tak mampu, lagi pun prestasinya juga tak konsisten," katanya.

Annuar juga memberitahu, pihak Kafa akan mengadakan satu majlis memperkenalkan pemain baru mereka iaitu Zairo Annuar Zailani, Mohd Faiz Subri dan seorang lagi pemain tempatan di Kota Bharu, hari ini.

Selain Pertratos, Kafa juga difahamkan turut memperkenalkan bekas penyerang T-Team dan Johor FC, Mohd Haris Safwan Mohd Kamal dan seorang lagi pemain import dari Croatia pada majlis tersebut.

Gadis diikat dikatil sebelum dirogol dan dirompak di asrama

Posted: 02 Dec 2012 05:01 PM PST

Gambar hiasan
KEMAMAN - Seorang jurujual berumur 18 tahun mengharungi pengalaman pahit setelah dirompak dan dirogol oleh seorang lelaki di Chukai, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, mangsa telah didatangi seorang lelaki bersenjatakan pisau yang terus mengacu dan mengugut semasa dia berada di bilik asrama pekerja yang disediakan majikan.

Mangsa yang ketakutan telah diikat kaki, tangannya pada katil serta mulut sebelum dirogol.

Lelaki yang dianggarkan berusia sekitar 30-an itu kemudian melarikan sebuah komputer riba milik mangsa dengan membiarkan mangsa dalam keadaan terikat.

Kejadian itu hanya disedari rakan mangsa kira-kira dua jam kemudian dan mangsa terus membuat laporan polis dan dihantar ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu mangsa sudah dibenarkan pulang ke rumahnya selepas mendapatkan rawatan.

"Tiada kecederaan lain dilaporkan dan pihak polis sedang menjalankan siasatan untuk mengesan suspek yang dipercayai berketurunan India," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana merompak. - Bernama

Apa Yang Tersirat

Posted: 03 Dec 2012 02:12 PM PST

Apa Yang Tersirat


Kes Khalwat: KP Kesihatan Dr Hassan hanya turun pangkat

Posted: 03 Dec 2012 08:11 AM PST

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman yang digantung kerja ekoran kes khalwat baru-baru ini diturunkan pangkat ke satu gred yang lebih rendah daripada jawatan yang disandang sekarang.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat SPA yang diadakan hari ini.

Mahmood dalam kenyataannya berkata tindakan tatatertib terhadap Dr Hasan yang merupakan Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan itu dibuat mengikut Peraturan 33(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Pada 26 November lepas, SPA memutuskan Dr Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan dalam mesyuarat hari ini.

SPA juga memutuskan agar Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, Jururawat Gred U41, Kementerian Kesihatan dikenakan tindakan turun tiga pergerakan gaji bagi tempoh 12 bulan.

Pada 14 November lepas Dr Hasan, 56, dan Wan Syarifah Nooraazmanita, 36, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini, pada 2.18 pagi hari yang sama. - Bernama

Arab Spring- Najib ingatkan Rakyat

Posted: 02 Dec 2012 08:44 PM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meyakinkan rakyat dengan berkata bahawa kerajaan sedia ada boleh terus membuat perubahan demi tuntutan aspirasi rakyat dengan kerajaan yang sama, sekalipun telah memerintah 55 tahun.

"Tidak semestinya sudah 55 tahun, bererti sudah sampai masanya untuk berubah (dasar dan kerajaan)? Adakah 55 tahun, masa untuk berubah. Ataupun kita memilih kesinambungan?

"Dan kita melakukan kesinambungan. Saya menyambut apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad buat yang melakukan proses pemodenan, Wawasan 2020 dan melakarkan proses negara maju.

"Beliau mengumumkannya, saya mengisi visi itu... Sebab itu kita boleh (lakukan)... Kalau kita terjatuh, tak apa kita bangun balik," kata Najib sewaktu merasmikan perhimpunan agung Parti Progresif Penduduk (PPP) di ibunegara hari ini.

Turut hadir ialah Dr Mahathir dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dalam ucapannya Najib membidas pembangkang yang membawa slogan "Ubah" yang dianggapnya dalam sistem politik terbuka sebagai slogan "popular" semata-mata.

Malah, Najib yang juga pengerusi BN mendakwa pembangkang tidak mempunyai "persefahaman fundamental" untuk mengurus rakyat dan negara dengan baik dan sekaligus tidak mahu nasib seperti rakyat di negara timur tengah yang berdepan dengan 'Arab Spring.

"Tetapi (dalam) soal ubah, adakah kita mendapat yang terbaik. Sebagai contoh (rakyat)dalam (peristiwa) Arab Spring, mereka tidak merasai musim bunga, kerana masih dalam salji.

"Musim bunga dan panas belum sampai. Ekonomi mereka terumbang ambing. Industri pelancongan dahulunya maju, hari ini lumpuh, kedai tak ada pelanggan. Pekerja hari-hari lap meja kerana tidak ada pelancong.

"Nilai mata wang mereka jatuh, keselamatan tidak terjamin dan pelajar kita (dalam) kebimbangan," katanya.

Oleh sebab itu, katanya, ucapan beliau sewaktu Perhimpunan Agung Umno beberapa hari lalu, beliau menegaskan kemenangan BN adalah untuk destini rakyat dan Malaysia pada masa akan datang.

"Adakah mereka (pembangkang) mengambil berat Wawasan 2020... Mereka ada agenda tersendiri.

"Sebab itu kita bercakap kepada rakyat, BN tidak akan membuatkan rakyat kecewa," katanya sambil mengakui BN sebelum ini ada kelemahan dan beliau memohon maaf, dan sekaligus telah membuat dengan lebih baik.

Katanya, antara pencapaian yang dicapai ialah pertumbuhan ekonomi negara yang meninngkat, pertambahan pelaburan domestik, tersenarai 20 negara terbaik, dan destinasi beli belah yang keempat terkenal di seluruh dunia.

"Jadi kenapa nak perjudian masa depan kita, dan masa depan generasi akan datang dengan risiko.

"Undi untuk pembangkang, adalah undi untuk masa depan yang tak tentu. Undi untuk BN, adalah undi untuk masa depan yang lebih baik.

"Sebagai PM, saya berjanji akan melakukan yang terbaik untuk negara kita, membantu dengan adil dan saksama supaya semua rakyat dapat faedah pada masa akan datang," katanya di hadapan kira-kira 4,000 perwakilan dan hadirin di Dewan Merdeka PWTC.

Menurutnya lagi, kerajaan akan memastikan dasar-dasar kerajaan memenuhi aspirasi dan ia boleh dihayati rakyat.

"Tetapi jangan kerana marah kepada nyamuk, kelambu dibakar. Jangan kerana satu, dua nyamuk, kita kata keseluruhan (dasar) tidak baik. Jangan!

"Sebab kita dalam proses perubahan, dan ia sedang mengambil tempatnya. Dan perubahan ini dibawa oleh BN," katanya.

Dalam ucapannya juga, Najib turut menggesa supaya setiap parti komponen berada dalam "sifar problem" termasuk soal dalaman parti bagi memastikan kesepaduan dan persefahaman BN menentang pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Jika hubungan (sesama kita) tidak ada masalah besar, Insya-Allah BN akan menang besar dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Katanya, selepas perhimpunan agung Umno berakhir semalam, beliau menegaskan parti itu telah "bertenaga semula" untuk meneruskan perjuangan dalam pilihan raya itu.

Bahkan, beliau juga berharap PPP juga berada dalam situasi yang sama bagi menjadikannya sebagai kekuatan kepada BN untuk memastikan "keberhasilan dan outcome yang tuntut oleh rakyat" dapat dicapai.

yang ku dengar dan ku lihat

Posted: 03 Dec 2012 02:03 PM PST

yang ku dengar dan ku lihat


3 ekor.

Posted: 02 Dec 2012 06:10 PM PST


UMNO arah supaya semua bilik gerakan petiundi dibuka mulai sekarang sehingga PRU13. Itu tanda-tanda pembubaran Perlimen akan berlaku pada bila-bila masa dan paling akhirnya bulan April 2013. Iatu tarikh yang sedang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat di Malaysia. Tarikh bagi menentukan parti mana yang akan menguasai pemerintahan kerajaan. Mungkinkah berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR).
Banyak tanda-tanda yang boleh dikaitkan dengan kejatuhan BN pada PRU kali ini, yang terbaru apa yang berlaku semasa Persidangan Agong UMNO Malaysia ke 66 baru-baru ini. Ketiga-tiga sayap UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri telah gagal menarik minat pengundi-pengundi supaya ghairah menyokong UMNO pada PRU nanti kerana tidak ada perkara yang boleh mencetuskan kebencian rakyat kepada pembangkang. Isu-isu hambar dan ejakan yang kurang memberi semangat juang kepada ahli saja kedengaran.

Kenyataan sokongan untuk kebajikan rakyat tidak memberi impak yang besar bagi mengalihkan sokongan rakyat yang sekarang begitu bersemangat menyokong pembangkang kepada UMNO dan BN. Hanya dua perkara yang tidak akan dinikmati keseluruhan kepada pengundi iaitu tambahan pinjaman wang TEKUT dan kaji semula akta kebengkrapan.

Apa yang ditonjol disepanjang persidangan berlangsung tidak banyak yang boleh dibawa pulang oleh perwakilan untuk dihayati apabila sampai dikampung-kampung. Isu-isu lapuk masih dicanang oleh para pembahas. Tidak ada teguran yang meresahkan para pemimpin kerana budaya bodek masih tebal dikalangan UMNO.

Semua juru cakap terarah untuk memuja dan memuji Presiden Parti. Isu-isu terkini yang akan menjahnamkan UMNO tidak dibincang untuk diambil perhatian oleh pucuk pimpinan bagi membaiki akan kelemahan. Kesilapan demi kesilapan berlaku dalam pentadbiran kerajaan dan hala tuju UMNO sudah tentu akan mengurangkan sokongan rakyat kepada UMNO dan BN.

Dengan selesainya persidangan UMNO yang kosong itu, berlampang dadalah pihak PR. Tanda-tanda kemenangan yang besar PR dalam PRU kelak telah terpancar seperti terbitnya matahari diwaktu pagi yang indah dan damai. PR tak payah bersusah-susah lagi kerana UMNO sendiri mengalak ahli-ahli dan penyokong 'mengajar' keegoaan pemimpinnya.

Ahli-ahli UMNO telah melahirkan perasaan kecil hati dan sakit hati kepada Presiden mereka Dato' Seri Najib Tun Razak secarap senyap setelah kegagalan beliau untuk mengawal diri dengan secara ego melahirkan rasa tidak puas hati kepada Naib-Naib Presiden iaitu Shafie Afdal, Hishamuddin Tun Husein dan Zaid Hamidi dengan memanggil mereka itu '3 ekor'. Tiga ekor apa itu?.

Saya sebagai kawan kepada ketiga-tiga Naib Presiden UMNO itu, Shafie, Hisham dan Zaid cukup terasa hati dengan ungkapan Dato' Najib itu, mana boleh didalam satu perhimpunan yang besar itu yang dihadiri oleh semua lapisan masyarakat, Presiden tidak menunjukkan rasa hormat kepada anak buahnya, sedangkan diwaktu ini ketiga-tiga yang disebut 3 ekor itu adalah pemimpin rakyat.

Presiden sendiri tidak menunjukkan hormat kepada anak buahnya, bagaimana rakyat keseluruhan mahu menghormati mereka. Yang tinggal menghormati kepada 3 ekor itu nanti ialah ahli-ahli UMNO yang tidak memikirkan soal maruah yang sanggup menerima apa saja trade mark yang boleh mengaibkan kerana mahu mendampingi bagi tujuan peribadi.

Rakyat Sabah ada maruah dan harga diri, walaupun mereka datangnya dari negeri dibawah bayu tapi mereka ada pemimpin dalam UMNO. Mereka dulunya menghormati kepada Shafie Afdal dan UMNO sebab itu UMNO boleh menang di Sabah dan Shafie boleh menang Naib Presiden UMNO.

Kini Shafie Afdal adalah salah seekor dari 3 ekor yang disebut oleh Dato' Najib dalam Persidangan Agong UMNO lalu, Penghinaan UMNO terhadap rakyat Sabah itu tentunya tak boleh diterima oleh arang-orang Sabah yang bermaruah dan apakah Shafie Afdal ada maruah, atau hanya membiarkan dirinya dihina semata-mata mahu mengekal jawatan Menteri.

Apabila UMNO sudah tidak menghormati rakyat Sabah, apakah rakyat Sabah mahu berdiam diri, sedangkan sudah menjadi rahsia umum, rakyat Sabah tidak murah dan boleh dicucuk hidung. Rakyat Sabah ada maruah dan harga diri dan bagi mengiakan bahawa rakyat Sabah ada harga diri tentunya akan diterjemah dalam PRU 13 nanti.

Dan bagaimana pula penerimaan  rakyat Johor dan Perak terhadap penghinaan UMNO kepada pemimpin dari negeri mereka ia-itu Hishamuddin Tun Husein Onn dan Zaid Hamidi. Akan bersambung.






THE FLYING KICK

Posted: 03 Dec 2012 02:03 PM PST

tun faisal dot com

Posted: 03 Dec 2012 01:42 PM PST

tun faisal dot com


[Video] #PAU2012 Fathul Bari - 1Malaysia tolak fitnah PR!

Posted: 02 Dec 2012 03:08 PM PST


Fathul Bari berbeza dengan Dr Asri (MAZA) dan Azhar Idrus 
dari segi ilmu dan konsistensi?


yeopPERAK

Posted: 03 Dec 2012 01:24 PM PST

yeopPERAK


harga cintamu

Posted: 02 Dec 2012 09:56 PM PST


Bila derita adalah harga dari cintamu
biar aku menderita dalam cintamu
jika airmata adalah kelegaan akibat cintamu
biarkan ia mengalir melepaskan dahagaku

bila penantian adalah nama cintamu
biarku berdiam dalam bisuku
bila merana adalah bahasa cintamu
biar kujadikan ia penghias bibirku

bila rindu adalah pakaian dari cintamu
biarlah ku pakai seumur hidupku
bila kesetiaan adalah nafas dari cintamu
biar kubawa sampai ajal menjemputku

Kau hidupku
hidup di dalam nafasku
tersenyum dalam bahagiaku
menangis oleh kepedihanku

kau adalah jiwaku
biarkan aku mencintaimu, menantimu, merinduimu
seumur hidupku 
segenap hatiku
dalam kesetiaan oleh cintamu……..

PEJUANG BANGSA

Posted: 03 Dec 2012 11:57 AM PST

PEJUANG BANGSA


Anwar panas telinga digelar Si Kitul Moden di #PAU2012

Posted: 03 Dec 2012 09:33 AM PST




Kitul dah meroyan bila namanya dihentam di PAU2012 ..  Memang itu pun gelaran sesuai untuknya sebab pi  minta bantuan negara asing Australia  untuk campur tangan hal ehwal pilihanraya kita   .

Inilah   ciri-ciri kerja seorang pengkhianat negara ...Persoalannya ,  mengapa Anwar tak berani  jawab tentang permintaannya  terhadap negara Australia ?

Kalah itu pun tak boleh jawab ..tenryata Najib lebih berkaliber daripada Anwar !!


Sehubungan itu, dalam komen pertama Anwar yang juga Ketua Umum PKR menegeaskan Najib tidak mempunyai kaliber kerana gagal menggunakan bahasa yang sesuai semasa berucap di khalayak - depan perwakilan di Dewan Merdeka, di mana ucapannya juga disiarkan secara langsung. 

 Anwar juga menimbulkan persoalan sama ada parti pimpinan Najib harus dipertahankan oleh rakyat pada PRU13. 

"Adakah wajar bagi rakyat untuk terus mempertahankan pemimpin yang tidak mempunyai kaliber seperti itu? "Ucapan pembukaan Najib dipenuhi dengan serangan terhadap pemimpin PR terutamanya saya di dalam bahasa yang tidak wajar digunakan," katanya kepada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini di sini.

Tun Mahathir sindir Anwar pasal tak reti bersyukur !! #PAU2012

Posted: 03 Dec 2012 08:01 AM PST



Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mendakwa Perhimpunan Agung Umno 2012 minggu lalu hanya memfokus strategi mempertahankan kuasa pemimpin parti teras Barisan Nasional (BN) itu, dengan menegaskan bahawa kerajaan telah menyumbang jasa kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk Ketua Pembangkang itu.

 Menurut bekas Perdana Menteri, Anwar sebenarnya berpeluang mengkritik seperti sekarang disebabkan kebajikan Umno yang turut dinikmati beliau sendiri sekian lama.

 Beliau berkata, Anwar tidak akan mendapat kedudukan seperti sekarang dan berpendidikan tinggi sekiranya Umno tidak memberi peluang kepadanya untuk melanjutkan pelajaran di institusi berprestij, yang dahulu dikhaskan untuk golongan kerabat diraja. 

Anwar pernah belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Kata Dr Mahathir, Anwar sepatutnya perlu berterima kasih kepada kerajaan BN yang banyak membantunya untuk menjadi seorang pemimpin.

 "Dia dapat bercakap seperti sebab kebajikan kita, kalau tidak, dia tak ada di situ," katanya.

 "Dia (Anwar) sepatutnya berterima kasih, bersyukur sepanjang masa kerana kerajaan BN inilah, 'aku boleh bercakap banyak'," kata beliau pada sidang media selepas program santapan minda Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di bawah tajuk "Politik dan Perjuangan Ekonomi Melayu" anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu di sini hari ini.

Pakar retweet cepat PAS kena tibai Fathul Bari !! #PAU2012

Posted: 03 Dec 2012 06:30 AM PST


Ostazah Ebby memang  cukup aktif sekali tweet & retweet di media sosial twitter. Apa saja benda /berita dia terima , terus saja nak sebarkan tanpa memeriksa kesahihannya terutam berkaitan agama .


Malah Dr Maza pun  pernah  kena smash dengan Ostazah Abby di twitter.

Ketika perbahasan usul agama oleh UFB , beliau turut sentuh penyebaran berita palsu di media sosial .

Siapa agaknya yang kaki retweet cepat itu yang dimaksudkan ?? Pakat pikiaq la no ...haha



Penulis pro pembangkang akui kehebatan @NajibRazak selepas #PAU2012

Posted: 03 Dec 2012 05:03 AM PST




PENULIS berkesempatan berada di Dewan Pusat Dangangan Dunia Putra (PWTC) pada hari terakhir persidangan bagi melihat sendiri keadaan disitu. Jangan kata orang hanya pandai cakap saja tapi tengok sendiri tidak mahu. Kehadiran penulis juga untuk memantau kerja-kerja mengedarkan risalah Pakatan Rakyat di luar kawasan PWTC (kawasan jejantas menuju stesen LRT).

Dari pemerhatian penulis sendiri memang ahli UMNO yang hadir cukup ramai, dari mana mereka ini datang, penulis tidak boleh nak cakap, tapi ramai oranglah. Ini agak berlawanan dengan persepsi di media sosial yang mengatakan UMNO sudah tidak ada sokongan, penulis sendiri nampak sokongan itu ada tambahan pula di kalangan wanita.




 Satu yang menarik perhatian penulis, handbanner, T-Shirt, Topi dengan perkataan I Love PM kelihatan hampir di setiap ceruk bangunan, mengalahkan imej UMNO itu sendiri. Nampaknya disitu, Najib berjaya mempotretkan dirinya sebagai ikon UMNO, bukan sebaliknya. Seolah-olah tanpa Najib, UMNO tidak bermakna langsung.

Khabarnya, T-Shirt dengan perkataan I Love PM tersebut yang diedarkan secara percuma pada hari terakhir persidangan, habis dalam masa beberapa minit sahaja diedarkan. Malah penulis melihat sendiri bagaimana orang-orang UMNO berebut-rebut untuk mendapatkan T-Shirt tersebut.



 Bagi mata yang tidak terlatih, nampak macam orang UMNO ini kebulur barang percuma, tapi dari satu sudut pemerhatian yang lain, keadaan ini menunjukkan, semua usaha Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan imej Najib, hampir tidak berjaya. Dimana salahnya disini?

 Penulis rasa, Pakatan Rakyat perlu mengubah strategi. Pendekatan menambah tunai dalam pendapatan rakyat, melalui penghapusan tol, pinjaman PTPTN, penambahan subsidi makanan dan sebagainya, memang baik tapi lebih baik lagi kalau rakyat merasa tunai yang dijimatkan Pakatan Rakyat nanti. Lagipun bukan semua dari kalangan 28 juta rakyat Malaysia yang mempunyai pinjaman PTPTN, hanya segelintir sahaja. 

Begitu juga dengan penghapusan tol, ia lebih menguntungkan penduduk di kawasan bandar sedangkan yang di luar bandar, kurang terbeban dengannya. Najib jelas berjaya menggunakan pendekatan ini.



 Dari pelbagai pemberian tunai oleh kerajaan kepada rakyat ini, Najib seolah-olah mengambil peranan 'bapa' kepada rakyat, kerana kita tahu dalam banyak hal, hanya bapa yang beri wang tunai kepada anak-anaknya. Sebab itulah penulis rasa, Najib tidak kekok meletakkan dirinya sebagai ikon hampir dimana-mana walaupun pelbagai macam pendedahan kurang menyenangkan dibuat Pakatan Rakyat terhadap Najib dan keluarganya selama 4 tahun menerajui pentadbiran negara.

 Dengan tempoh 15 minggu yang dijanjikan Najib kepada para perwakilan UMNO untuk mengadakan pilihanraya umum, penulis rasa masih ada masa untuk Pakatan Rakyat merencanakan sesuatu bagi mengatasi kelebihan yang dimiliki Najib sekarang. -FreeMalaysiakini-





Komen GPB

Akhirnya mereka  akui kekuatan BN & UMNO bagi menghadapi PRU 13  terletak kepada kehebatan Datuk Seri Najib Tun Razak .

Jadi , selama ini  yang mereka dok fitnah  isu Altantuya dan  Scorpene hanya  untuk rosakkan imej beliau supaya BN mudah ditumbangkan ...



Deepak watak terbaru ciptaan fitnah Anwar terhadap Najib !

Posted: 02 Dec 2012 10:02 PM PST




Sivarasa Rasaiah telah menggunakan peranannya dengan sebaik-baiknya. Dia telah ditugaskan oleh Anwar Ibrahim untuk membantu Deepak dalam satu kes mahkamah membabitkan ahli perniagaan tersebut dengan Syarikat Awan Megah (M) Sdn. Bhd.

Deepak yang terdesak, melihat kesungguhan Anwar tanpa menyedari, Anwar Ibrahim telah menggunakan Sivarasa untuk menangani Deepak dalam usaha menjatuhkan Najib Abdul Razak menggunakan sosok tubuh Rosmah Mansor. Pada ketika inilah, Sivarasa meminta agar Deepak menggunakan skrip yang telah disediakannya.

Satu sesi pertemuan dan wawancara antara Deepak dengan Malaysiakini telah dibuat menjelang Persidangan Agung UMNO 2012 dengan niat, pendedahan berkenaan akan menghuru-harakan UMNO dan Najib. 29 November lalu, kes perbicaraan Deepak berlangsung di mahkamah.

Dalam perbicaraan berkenaan, Sivarasa telah menyediakan skrip yang perlu dibaca oleh Deepak di mana intipati skrip tersebut adalah untuk memburuk-burukkan Perdana Menteri dan isterinya walaupun sebenarnya tiada kaitan langsung dengan kes yang sedang dibicarakan.

Cubaan menggunakan mahkamah sebagai medan politik oleh Sivarasa Rasaiah atas arahan Anwar Ibrahim, ternyata memalukan. Hakim yang mengadili kes Deepak Jaikishan menolak keterangan yang dibuat oleh Deepak berdasarkan skrip Sivarasa. Alasan yang diberikan oleh hakim ialah, kes yang dibicarakan adalah kes perniagaan dan bukannya kes politik!..baca seterusnya


** Taktik jahat Anwar memfitnah Najib & Rosmah ..berapa juta dia bayar Deepak a.k.a penjual karpet ini untuk cerita fitnah ni ??

Ostazah Abby jiwa kacau bapanya baca berita #PAU2012

Posted: 02 Dec 2012 08:27 PM PST

Kalau macam ni la perangai Ostazah Abby,  memang sah  la dia jiwa kacau dan fobia dengan Umno.  Entah apa syaitan yang  merasuk dalam dirinya sampai begitu benci kat Umno.

Published with Blogger-droid v2.0.9

UFB tibai tuduhan pembangkang kata UMNO zalim #PAU2012

Posted: 02 Dec 2012 05:40 PM PST




Pandangan & jawapan Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya mengenai tuduhan pembangkang yang kata UMNO zalim . Presiden parti semasa ucapan dasar telah memohon maaf  jika ada kesilapan & kelemahan di pihak kerajaan & parti .

Tapi pembangkang sampai sekarang ada ke mengakui kesilapan mereka sepertimana dituntut dalam Islam .

ikuti pandangan UFB ..


.

Tokong DAP bengang Tok Nan Pahang lagi hebat daripadanya !!

Posted: 02 Dec 2012 04:30 PM PST




Bangang  sungguh tokong DAP , Guan Eng yang  mengulas  pandangan sinis MB Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob  pasal  nak  potong telinga & terjun sungai pahang jika DAP berjaya tawan Bentong.

Yang best tu beb... nampak sangat tokong DAP ni bengang kat  Tok Nan pasal  tunjuk lagak sampai sanggup potong telinga ....

Ye la , mana ada orang politik  boleh melebihi  keangkuhan & sombong seorang Tokong DAP kat Penang tu ..tambah-tambah lagi bantai partinya pulak .


Syabas buat Tok Nan pasal  buat Tokong DAP ini panas punggung ...hahaha


Kerelaan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob untuk memotong telinga sekiranya DAP menang di Bentong disifatkan sebagai tindakan yang kebudak-budakan. 
Mengulas kenyataan kurang cerdik Adnan itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata ia adalah soal pilihanraya, bukan soal mahu tunjuk lagak sampai sanggup potong telinga.


 Katanya, Adnan tidak perlu melakukan perkara kelakar itu kerana itu bukan tuntutan mana-mana pihak. 

Bercakap dalam sebuah sidang media selepas majlis penyerahan sumbangan bantuan pelajar ke IPTA di Komtar di sini semalam, beliau berkata, tidak ada sesiapa yang pernah menuntut Adnan untuk memotong telinga atau lompat ke sungai, kerana yang dituntut ialah perubahan yang memberi faedah kepada rakyat.



"Kalau dia potong telinga dan lompat ke sungai, rakyat boleh dapat apa faedah? Kalau rakyat boleh dapat faedah; potonglah, " ujar beliau, sambil menambah beliau tidak menyangka seorang Menteri Besar boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian. 

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menambah bahawa kemenangan dalam pilihanraya bukanlah untuk memotong telinga, sebaliknya ntuk membawa perubahan kepada rakyat seperti yang sedang dilakukan di Pulau Pinang pada masa ini.



 Semalam Menteri Besar Pahang dilaporkan berkata, "… DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang." 

Namun hari ini Adnan dilaporkan sebagai berkata bahawa kenyataan 'potong telinga' tersebut hanyalah kiasan atas keyakinan beliau bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh menang di kawasannya.


DIMENSI

Posted: 03 Dec 2012 11:53 AM PST

DIMENSI


Omegay: BN kekal kuasa...PR tidur tak lena >XD

Posted: 03 Dec 2012 04:02 AM PST


Nomura: PRU13 Mac, BN dijangka kekal kuasa

3 Disember 2012
KUALA LUMPUR - Firma perunding pengurusan kewangan antarabangsa, Nomura International (Hong Kong) Ltd menjangka kerajaan Barisan Nasional akan mengekalkan kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangka diadakan pada Mac tahun depan.

Pakar ekonomi Asia Tenggara, Euben Paracuelles berkata belanjawan yang diumumkan pada dua tahun lepas akan membantu kerajaan pemerintah untuk mendapatkan sokongan daripada sektor berbeza ekonomi.

"Jangkaan kami ialah pilihan raya akan diumumkan hanya pada Mac (tahun depan) dan ada masa untuk kerajaan melaksanakan lebih banyak rangsangan.

"Tetapi sebaik sahaja selepas pilihan raya, kami fikir kerajaan perlu kembali semula kepada agenda pengukuhan fiskal dengan segera," katanya pada satu sidang media.

Bagaimanapun, beliau berkata pengukuhan fiskal itu akan seiring dengan kelembapan di China pada setengah kedua 2013, yang akan memberi kesan kepada Malaysia melebih lain-lain negara berikutan eksport komoditinya.

Permintaan luaran Malaysia dijangka kekal lengang tahun depan dengan pertumbuhan yang terus lemah di AS dan Eropah pada setengah pertama tahun depan dan di China bagi setengah tahun kedua, yang akan memberi kesan yang lebih besar kepada pengeksport komoditi tempatan.

Mengenai cadangan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Paracuelles berkata ia hanya akan dilaksanakan selepas pilihan raya umum. - Bernama


Omegay: Hantu Karpet! - Syaiton sebenar Anuwar & Husam di kenal pasti! >:D

Posted: 03 Dec 2012 12:56 AM PST


koleksi terbaru anjing belaan anuwar

Siapakah sebenarnya Datuk Ravi Dharan Chairman Daya Group Of Companies, sahabat karib Anwar Ibrahim yang menjadi jambatan buat Ketua Umum PKR ini pelbagai urusan perniagaan di Indonesia...?

Apakah pula kaitan Datuk Ravi dengan persoalan Siapa Dalang Jembalang Dibelakang Deepak Jaikishan..? - klik sini 

Omegay: Chua soi lek buta...bukti Guan Eng bina rumah untuk rakyat!

Posted: 02 Dec 2012 10:30 PM PST

Soi Lek Cabar Guan Eng Tunjuk Rumah Mampu Milik
PETALING JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dicabar untuk menunjukkan statistik dan menentukan lokasi di mana kerajaan negeri telah membina beribu-ribu unit kediaman mampu milik.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, Lim "bercakap besar" bahawa mereka telah membina kediaman mampu milik. namun tiada siapa yang seolah-olah tahu lokasinya.
"Ini terutama apabila 100,000 keluarga di Pulau Pinang yang berpendapatan di bawah RM7,000 sebulan masih belum ke rumah sendiri, kerana harga rumah adalah di luar kemampuan mereka," katanya.
Chua berkata, dakwaan Lim seterusnya adalah sebanyak 12,000 rumah mampu milik telah dibina oleh kerajaan dan sektor swasta sejak mereka memerintah pada tahun 2008.
Lim turut mengumumkan baru-baru ini bahawa negeri dan sektor swasta merancang untuk membina lagi 38,000 unit kediaman mampu milik. klik sini 
sape kate ketua menteri pulau pinang paling gampang lim guang eng tak bina rumah untuk golongan berpendapatan rendah??. csl kena pakai cermin mata tebal sket!..

tengok contoh2 rumah murah hasil keprihatinan ketua menteri pulau pinang anak gampang lim guan eng kat bawah nih!...


rumah ala2 konsep busut kerengga...kene geget nasib lerr!
 rumah murah ala2 rumah tumpangan..sape2 bley tumpang
 rumah flet serbaguna..mandi, berak, kencing, masak kat situ jugak

rumah berkonsepkan pakai buang

Tiada ulasan:

Pengikut