Pakatan Rakyat |
Posted: 23 Nov 2012 03:04 PM PST [MK] Timbalan menteri dalam negeri, Datuk Abu Seman Yusop hari ini menjelaskan, kos RM23.5 juta bagi 124 kamera perangkap had laju untuk pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah termasuk kos latihan kepada pasukan tersebut. "Kos pembelian termasuk latihan kepada pengguna iaitu PDRM dan jaminan selama dua tahun dan penyelenggaraan peralatan tersebut," katanya di Dewan Rakyat petang ini. Dalam ucapannya itu, Abu Seman juga berkata, kamera berkenaan dibeli melalui tender terbuka dan turut melibatkan kos pemasangan alat berkenaan. Namun, penjelasan itu masih gagal memuaskan hati Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang berkata kerajaan negeri di Amerika Syarikat memperolehi kamera sama dengan harga lebih rendah – sekitar RM15,000 ke RM18,000 seunit termasuk kos pemasangan dan jaminan. "Jadi takkanlah kita beli sampai RM173,000 sampai RM223,000 seunit hanya nak masuk (kos) latihan. "Saya fikir satu benda yg tak masuk akal, kos latihan RM100,000 lebih, kos kamera RM15,000 ke RM18,000 lebih setiap satu," kata Mahfuz yang mahu satu audit dilaksanakan bagi menyiasat perkara itu. Abu Seman turut menerima soalan bertalu-talu dari Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) yang meminta beliau menjelaskan perbezaan harga tersebut. Beliau kemudiannya memberi jawapan ringkas bahawa perbezaan kos itu berlaku kerana terdapat kos lain. "Ada kos-kos lain," katanya sambil menambah nama syarikat yang mendapat kontrak itu akan didedahkan kemudian. |
Posted: 23 Nov 2012 01:36 PM PST ![]() Perarakan itu bagi membantah tindakan Felda menjual minyak sawit kepada syarikat Yahudi Israel sedangkan negara haram itu sejak berdekad lalu membunuh umat Islam Palestin di Gaza tanpa belas kasihan termasuk terbaru sepanjang lapan hari yang lalu.
Mereka melaungkan slogan, hancur Yahudi!, henti jual minyak!, Felda jangan jadi talibarut Yahudi dan pelbagai lagi sebagai membantah tindakan Felda itu. Antara pimpinan PAS yang mengetuai himpunan itu hari ini termasuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat Mazlan Aliman dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz. Selain bantahan terhadap penjualan minyak kepada Israel, himpunan itu juga antara lain menuntut penjelasan Felda berhubung RM400 juta saham syarikat judi, Genting Berhad dalam Felda. Nik Mohd Abduh ketika berucap turut mengecam tindakan Felda yang bertindak meneruskan dagangan dengan Israel walaupun semua pihak memulau negara haram itu.
"Kita mahu semalamatkan felda dan mengembalikan ia kelandasan yang benar serta hentikan prosres dagang dengan Israel," katanya. Mazlan pula berkata, tindakan felda menjual minyak kepada Israel menunjukkan kerajan Malaysia tidak pernah seriaus membela nasib umat Islam di Palestin. "Pendirian dan sensitiviti kita serta umat Islam perlu diambil kira. Hentikan segera segala urusan dagangan tersebut. "Jangan kita menjadi penyumbang kepada darah yang mengalir di gaza. Jangan bersekongkol membunuh anak Palestin dan umat Islam," katanya. Sementara itu, Mohamad Sabu dalam ucapannya pula, mahu Malaysia menghentikan semua hubungan dagang dengan negara haram Israel. "Saban hari rakyat Palestin dibunuh dengan kejam dan dizalimi. "Kita bercakap membebaskan palestin, tetapi Felda jual minyak kepada Israel," katanya.
Ketika membuat cadangan itu juga, Mazlan turut menunjukkan bukti berupa dokumen invois penjualan minyak sawit tersebut. Felda tolak memorandum Sementara itu, deligasi untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Felda itu hari ini tidak dibenar masuk. Difahamkan wakil Felda menolak untuk mengadakan pertemuan dan menerima memorandum tersebut di dalam pejabat mereka. "Oleh kerana layanan begitu buruk, maka saya isytihar dalam masa tujuh hari jika felda di Pasir Gudang tidak hentikan penjualan minyak kepada Israel, maka kita akan datang dengan jumlah yang lebih besar," kata Mazlan. Himpunan tersebut bagaimanapun bersurai kira-kira jam 3.15 petang. -Hrkh |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan