Jumaat, 23 November 2012

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Bahagian Segambut

Posted: 22 Nov 2012 11:23 PM PST

Puteri Bahagian Segambut


Australia Tak Akan Masuk Campur Urusan PRU Malaysia #TolakPR @umbkl

Posted: 22 Nov 2012 05:00 PM PST




MELBOURNE : Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr berkata, Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dilaporkan menulis kepada Carr untuk meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia, yang berkemungkinan diadakan awal tahun depan, bebas daripada penipuan dan rasuah.

Anwar juga dilaporkan memberitahu Carr bahawa beliau menemui bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya itu.

Beliau turut mempertikai kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya dan mendakwa pembangkang diketepikan oleh media.

Bagaimanapun, Carr berkata, pilihan raya di Malaysia merupakan urusan rakyat Malaysia sendiri.

"Amat sukar bagi Australia berbuat sesuatu tentang cara ia dilaksanakan, sama sukarnya bagi Malaysia atau kerajaan lain untuk menganjurkan bagaimana pilihan raya di Australia perlu diadakan.

"Kami bukan pihak berkuasa pilihan raya bagi Malaysia," katanya kepada ABC Radio.

Carr bagaimanapun berkata, Australia ingin melihat pilihan raya diadakan secara bebas dan adil di semua negara.

Kata Carr, Anwar secara peribadi menimbulkan kebimbangan itu dalam pertemuan mereka ketika beliau melawat Malaysia baru-baru ini.

Carr juga menolak andaian bahawa Australia akan menghantar pemantau pilihan raya ke Malaysia dan menegaskan perkara itu perlu dipohon oleh Malaysia.

Beliau turut menangkis andaian bahawa Canberra enggan bertindak kerana ingin memelihara hubungan baik dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang pihaknya sedang mengadakan rundingan berkaitan perjanjian pertukaran pencari suaka.

Dalam temu bual dengan ABC Radio pada Rabu, Anwar berkata, beliau bimbang pilihan raya umum, yang perlu diadakan menjelang Jun tahun depan, akan melibatkan penipuan dan ramai rakyat yang layak mengundi, tidak akan dibenar berbuat demikian.

Katanya, nama mereka yang terlalu muda untuk mengundi, berusia antara dua dan 12 tahun, terdapat dalam senarai pemilih.

Anwar juga mendakwa pembangkang dinafikan akses kepada media arus perdana.

Anwar berbincang tentang kebimbangannya itu dengan bekas Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd, dan menghantar satu nota kepada Carr untuk mendapatkan bantuan Australia dengan menyatakan bahawa Australia menyokong pilihan raya bebas dan adil di Iraq, Afghanistan dan Myanmar, tetapi membisu tentang Malaysia. - BERNAMA

Hadi Awang dan Anwar Ibrahim Nak Jadi PM Karpal Singh Paling Gembira @umbkl

Posted: 22 Nov 2012 02:30 AM PST




Ramai yang tersenyum sendirian bila membaca kenyataan sinis dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyarankan agar Pengerusi DAP, Karpal Singh dimasukkan dalam senarai sebagai calon Perdana Menteri.

Menurut Tun Dr. Mahathir, Karpal sebagai orang yang sudah lama berjuang dalam politik tentunya turut mengharapkan jawatan itu sama saja seperti diangan-angankan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Sindiran pedas ini tentunya mengundang rasa tidak senang ramai pemimpin PR yang sekarang ini sedang kelam kabut bersilat lidah untuk meredakan isu jawatan Perdana Menteri yang sekarang ini ibarat duri dalam daging kepada kerjasama parti pembangkang dalam gabungan PR.

Isu jawatan PM mula menjadi polemik umum selepas Dewan Ulama PAS serta perwakilan parti itu sepakat untuk mengangkat Presiden mereka sebagai PM, dengan alasan ketokohan dan kredibilitinya jauh lebih baik berbanding Anwar Ibrahim.

Apa sahaja alasannya, cadangan tersebut jelas bercanggah dengan kesepakatan bersama pemimpin tertinggi PR yang sebelum ini telah menetapkan Anwar sebagai calon PM seandainya pembangkang berjaya menguasai PRU 13.

Namun demikian, ramai juga ahli dan penyokong PAS yang teruja bila saranan itu ditimbulkan, sedikit sebanyak berjaya mengurangkan rasa rendah diri mereka yang selama ini terkenal dengan jolokan balaci dan keldai tunggangan DAP dan PKR.

Bagaimanapun tak semua pemimpin PAS berani mengiakan cadangan melantik Hadi sebagai PM, terutama bagi mereka yang sudah sebati sebagai geng Anwarinas rata-ratanya lebih selesa melihat Anwar terus kekal sebagai satu-satunya calon PM bagi PR.

DAP pula melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng tanpa berselindung tegas menolak sebarang usaha untuk menobatkan Presiden PAS sebagai PM, sebaliknya menyeru pemimpin dan penyokong PAS supaya memegang persetujuan bersama untuk merealisasikan impian Anwar untuk merasai keempukan kerusi PM.

Polemik ini tambah menarik lagi apabila kenyataan Guan Eng itu disokong pula oleh Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dan turut dipersetujui Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang mahu pencalonan Anwar sebagai PM kekal milik Anwar.

Namun begitu, disebalik polemik dan kekalutan pemimpin dan penyokong pembangkang sibuk mempertahankan calon pilihan masing-masing, ia sebenarnya memperlihatkan betapa kemaruknya parti pembangkang mahu mengejar kuasa.

Rakyat di serata pelusuk negara tidak buta untuk melihat hakikat ini, belum pun diberi peluang mentadbir Kerajaan Pusat tapi pemimpin pembangkang sudah berebut-rebut jawatan, nampak gayanya kalau betul mendapat kuasa kelak mahunya bercakaran siang dan malam.

Silap percaturannya, tatakala PAS dan PKR sibuk bertegang leher berebut sakan untuk menentukan antara Hadi dan Anwar mana satu yang patut menjadi PM, alih-alih Karpal Singh ataupun Lim Kit Siang pula yang tersenyum sumbing sambil hati berbunga riang.

@teresakok Bakal Ke Sekinchan kerana Karpal Singh? @umbkl

Posted: 22 Nov 2012 12:06 AM PST

Baru-baru ini penulis telah bertemu dengan beberapa orang sahabat dari Pakatan Rakyat dimana isu - isu politik semasa menjadi topik perbualan kami, khususnya suasana politik di Wilayah Persekutuan dan Selangor.

@teresakok akan berpindah ke Sekinchan?
Penulis difahamkan, kini terdapat beberapa masalah di dalam DAP terutamanya isu penaamaan calon bagi PRU - 13. Dari perbualan penulis dengan sahabat-sahabat, satu nama sering disebut ialah ahli parlimen kontroversi dari Seputeh, Teresa Kok, yang kini Pengerusi DAP Selangor.

Teresa Kok, penulis difahamkan mempunyai tujuh (7) jawatan di dalam DAP, Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan. Tujuh jawatan tersebut adalah:

  1. Member of Parliament for Seputeh (with allowance and salary)
  2. Kinrara Assembly woman (with allowance and salary)
  3. Selangor Senior executive Councillor (with allowance and salary)
  4. Director of PKNS  (with allowance and salary)
  5. Selangor DAP Chief
  6. National DAP organizing secretary
  7. Wanita DAP national secretary

Baca lanjut disini

Disebabkan isu ini, pada beberapa minggu yang lalu Karpal Singh telah mencadangkan agar setiap ahli DAP hanya bertanding satu kerusi sahaja, samada DUN atau pun Parlimen. Namun. Karpal Singh telah dihentam Teresa Kok dan dikatakan berfikiran kolot dan ketinggalan zaman (Baca disini)

Namun, rupa - rupa nya sebab utama Karpal Singh menyuruh ahli DAP, terutamanya Teresa Kok memilih satu kerusi sahaja adalah kerana beliau mahu anak beliau, ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo untuk bertanding di Seputeh.

Difahamkan pihak DAP Puchong tidak yakin mereka dapat mengekalkan kerusi P103 itu kerana Barisan Nasional (BN) sudah diterima semula oleh penduduk Puchong.

Walau bagaimanapun Teresa Kok yang juda ADUN Kinrara juga tidak confident untuk bertanding di Kinrara dan dikatakan mahu kekal di Seputeh atau pun ke Pulau Pinang.

Persoalannya sekarang, adakah Karpal Singh akan berjaya meletakkan anak beliau di Seputeh atau pun Teresa Kok, anak didik Lim Kit Siang akan kekal?

Wallahualam,

Namun sebagai orang Islam hendaklah kita menilai betul - betul sama ada adakah kita mahu DAP memegang tampuk pemerintahan atau pun kekalkan status quo seperti sekarang?

Renung - renungkanlah
 
 
Sumber : KL CHRONICLE

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 22 Nov 2012 07:24 AM PST

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


ROBOH KUIL BUDHHA:RONNIE LIU ajak PHILIP TAN nyorok

Posted: 21 Nov 2012 06:57 PM PST


SAPA PUNYA ANGKARA DISEBALIK KEJADIAN  MEROBOH TOKONG CINA DI BAWAH JAMBATAN BANTING YANG TELAH DILAKUKAN OLEH TEAM MDKL AWAL PAGI INI?DALAM ERTI KATA LAIN ADAKAH IANYA DIARAHKAN OLEH SEORANG EXCO SELANGOR?ATAU ARAHAN DARIPADA ADUN TELOK DATO?ATAU ADAKAH DATANGNYA DARIPADA MP KUALA LANGAT SENDIRI..

APA YANG AKU NAMPAK,TOKONG NI TELAH ADA SEJAK JAMBATAN TU SIAP LAGI DAN DIBINA OLEH SEPASANG SUAMI ISTERI ..

AKU BUKAN APA..BUKAN NAK KATA ISU PERKAUMAN..DAN AKU TAK SALAHKAN PIHAK MDKL DAN SAPA-SAPA YANG TERLIBAT DALAM OPERASI ROBOHKAN..SEBAB MEREKA HANYA IKUT ARAHAN SAHAJA..CARI MAKAN BEB..YANG AKU HAIRANKAN..SAPA YANG BAGI ARAHAN..NAMPAK BENO MEREKA (JUAK-JUAK FUCKATAN) INI MENGHIANATI PARA PENGUNDI KHUSUSNYA KAUM BUDDHA DIKAWASAN DUN TELOK DATO..
ADUHAII..UNTUK MENGELAKKAN DARIPADA DITUDUH MEREKA YANG MENGARAHKAN OPERASI TERSEBUT..KESEMUA YANG BERKENAAN  GAGAL MENAMPAKKAN DIRI..SEBAB TAKUT LAH TU...

Tiada ulasan:

Pengikut