Ahad, 3 Jun 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Anwar Ibrahim

Posted: 02 Jun 2012 07:13 PM PDT

Anwar Ibrahim


Trend Keganasan & Politik Tak Jantan

Posted: 02 Jun 2012 02:20 AM PDT

Malaysiakini
Oleh Amin Iskandar

Insiden ganas di Lembah Pantai baru-baru ini membimbangkan. Dalam sebuah ceramah anjuran PKR, Lembah Pantai, seorang lelaki tua dan anak kecil cedera akibat daripada dilempar dengan objek keras.

Ketua Cabang Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turut dilempar dengan objek ketika sedang berceramah.

Ceramah yang bertentang antara dua parti politik yang berlawan tidak seharusnya dibenarkan kerana ia mengundang pergaduhan, kata bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan.

“Ini tidak seharusnya dibenarkan, Untuk saya ini seperti percubaan untuk bergaduh. Jangan buat berdekatan, jika buat juga, pergaduhan pasti terjadi,” kata beliau dalam wawancara khas dengan Malaysiakini sebelum ini.

Kejadian di Lembah Pantai bukanlah yang pertama. Bulan lalu saja ada beberapa insiden. Datuk S Ambiga sewaktu berceramah di Melaka turut mengalami nasib sama.

Trend ini amat membimbangkan apatah lagi dalam keadaan politik Malaysia yang bergelora kini.
Apa akan berlaku semasa p’raya?

Dari perbincangan dengan rakan-rakan penganalisis politik, jika trend keganasan politik ini tidak dibendung dengan segera oleh polis, ia akan melarat sehingga hari pilihan raya.
Ertinya, sewaktu hari mengundi pada pilihan raya ke-13 nanti, berkemungkinan besar kita akan saksikan keganasan berlaku antara penyokong dua blok politik yang bertentangan.

Insiden di Lembah Pantai tidak akan berlaku jika polis mengambil langkah pencegahan yang lebih awal.

Ini terbukti boleh dilakukan. Polis seringkali mengambil perintah dari mahkamah untuk menghalang sesuatu demonstrasi dengan alasan menjaga keselamatan negara.

Jika dicegah dengan lebih awal seperti memindahkan lokasi ceramah salah satu parti pada malam tersebut, insiden keganasan ini pasti dapat dihentikan.

“Kita tidak mahu satu hari nanti polis perlu mengawal ceramah…. Macam mana nak kata negara kita aman jika ceramah pun perlukan kawalan polis?” kata Musa Hassan lagi.
Berpolitik secara jantan

Apabila bertanding dalam pilihan raya, seseorang calon atau parti politik mempunyai cita-cita untuk menang.

Ini perkara biasa. Itulah cita-cita sesiapa sahaja yang mansuh ke kancah politik pilihan raya.

Akan tetapi, apa yang perlu difikirkan juga pada calon atau parti politik adalah fikiran tentang kemungkinan untuk kalah. Ini lebih penting agar calon atau parti politik belajar menerima kekalahan.

Syed Shahir Syed Mohamud, mantan presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sering berkata kepada saya:

“Dalam berpolitik, kita harus mempunyai semangat kesukanan yang tinggi. Kita akan mudah berlapang dada jika kalah dalam sesuatu pertandingan.”

Lihat sendiri sejarah perjuangan Syed Shahir dalam MTUC. Sebelum menang pada tahun 2004, beliau telah kalah berkali-kali. Malahan dalam pemilihan lalu, beliau kalah kepada Khalid Atan.

Namun ini tidak melemahkan semangat anak kelahiran Raub (Syed Shahir) untuk terus membela nasib pekerja.

Semangat ini jika dipegang akan menyebabkan Malaysia aman dan makmur. Ertinya, jika kalah sekalipun dalam pilihan raya, tidaklah menjadi punca kepada berlakunya kekacauan.
Akan tetapi, proses pilihan raya itu perlulah adil dan saksama. Padang yang sama rata. Jika padang tidak sama rata, tidak salah bagi yang kalah dan ditipu bangkit untuk menuntut keadilan.
BN tumbang?

Menurut seorang penulis blog Umno, Anuar Mohd Nor, satu laporan dari perisikan tentera telah dihantar kepada Majlis Tertinggi Umno mengenai kekalahan BN dalam PRU 13.
Dalam blognya, Umno Reform, Anuar mencoretkan tentang berita yang beliau perolehi mengenai satu laporan yang dihantar kepada Majlis Tertinggi Umno tentang kemungkinan tumpasnya BN.
Apakah laporan ini punca keganasan berlaku dengan berleluasa?

Jika sesebuah parti politik itu matang dan berjiwa besar, mereka akan bekerja keras untuk memenangi hati rakyat agar laporan BN tumbang tidak menjadi kenyataan.
Bedah siasat harus dilakukan tentang mengapa Pakatan Rakyat lebih popular. Jika kalah sekalipun dalam pilihan raya, apa masalahnya? Apakah dunia berakhir selepas itu?
Bukankah masih ada pilihan raya ke-14? Tidak ada yang kekal selama-lamanya. Manusia saja pasti akan berhadapan dengan mati. Hanya masa yang menentukan. Begitu juga dengan kuasa.
Empayar Islam Turki Uthmaniah yang bermula pada tahun 1299, akhirnya tumbang pada tahun 1923. Apakah dunia berakhir selepas tahun 1923? Tidak, terbukti dunia masih lagi tegak berdiri sehingga hari ini.

Kalah pilihan raya bukan pengakhiran kepada segala-galanya. Hidup ini bukan hanya kuasa dan pilihan raya. Ada lebih banyak lagi sisi-sisi indah yang mungkin tidak sempat dirasa kerana terlalu sibuk mengejar kuasa.

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT

Posted: 02 Jun 2012 01:25 PM PDT

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT


edyesdotcom: LIVE!! Pidato Perdana Merdeka Rakyat P.Pinang!!

Posted: 02 Jun 2012 06:20 AM PDT

Gwo-Burne for Kelana Jaya

Posted: 02 Jun 2012 11:14 AM PDT

Gwo-Burne for Kelana Jaya


Errors in Electoral Roll Must be Cleaned up Immediately

Posted: 31 May 2012 10:34 PM PDT

BERSIH 2.0 Press Statement, 01. June 2012 Despite continuous public pressure, the Election Commission continues to err in updating voters and registering new voters on its electoral roll.BERSIH 2.0 was approached by an individual, Phang Kuok Sing, who found himself a registered voter in Tangkak, Johor despite the fact that the address on his new identity [...]

Tiada ulasan:

Pengikut