Pengurus Zi Publication Erza Zahid (Anak kepada Zahid Ibrahim, mantan Presiden Parti KITA ingin menyaman JAKIM dan Kementerian dalam Negeri.
Buku yang diharamkan di Malaysia ini sudah lama diharamkan di kebanyakan Negara-Negara Islam. Kenapa Penerbit tega membawanya ke Malaysia?
Buku Allah, Kebebasan & Cinta, setelahdikaji oleh pihak berwajibdalam Negara, telahpun diharamkan. Bagaimanapun, penerbit buku ini dalam edisi Bahasa Malaysia, Zi Publication, Erza Zahid, menegaskan bahawa terdapat kecenderungan bahawa buku ini mempunyai ramai peminat untuk membacanya. Mengikut beliau, "We have seen a significant segment of Malaysians who have shown their support for this book, as well as the issue of protecting the right to free speech and expression. We should be mindful that the restriction on freedom of expression must be the least restrictive means possible to protect a legitimate interest, and must be carefully tailored to effectively protect that interest".
Irshad Manji sendiri telah diarahkan oleh pihak berkuasa dan imigresen untuk meninggalkan negeri ini sedikit masa lalu semasa cuna mempromosi buku ini di Nega ini kerana percubaannya dianggap menjadi ancaman kepada keharmonian dan aqidah umat Islam dan Islam sebagai agama resmi Malaysia. Pelbagai NGO dan parti politik termasuk PAS mengutuk kegiatan Manji dan mendesak buku ini diharamkan.
kata Manji "The Malaysian government's ban of Allah, Liberty and Love is not just a disappointment; it is an insult to a new generation of Malaysians. Censorship treats citizens like children. Censorship denies human beings their free will to think for themselves"
Bagi majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam, buku ini adalahinsult to Islam. Tetapi bagi Manji nyata bawa dia lebih mengutamakan GENERASI BARU untuk disesatkan aqidah mereka.
Sebahagian buku Allah, Kebebasan dan Cinta ini telahpundirampas di sebuah kedai buku di Pasaraya yang popular di tanahair...
Persoalannya ialah ADAKAH KELULUSAN PENERBITAN DIKELUARKAN KEPADA PENERBIT...? ADAKAH TAPISAN DILAKUKAN SEBELUM KEBENARAN MENERBIT DILULUSKAN ATAU DIBERIKAN?
Penerbit, sebagai seorang yang beragama Islam, sudah tentu peka terhadap perasaan dan norm orang Islam di Malaysia. Dari awal "komunikasinya" dengan Manji melalui tweeter, dia menyedari bahawa buku ini SEMEMANGNYA KONTROVERSAL. KENAPA penerbit masih "menggagahi" untuk menerbitkannya? TIDAKKAH DIA TAKUT DENGAN AZAB DARI ALLAH SWT? MANAKAH yang lebih utama kepada penerbit, KEUNTUNGAN DAN FREEDOM OF EXPRESSION atau PERINTAH ALLAH SWT?
Apakah ZAHID IBRAHIM juga senada dengannya kerana "DIAPUN ORANG ISLAM JUGA" seperti karyanya 'SAYAPUN ORANG MELAYU JUGA" ?
Adakah EZRA ZAHID contoh BELIA yang diidamkan DAN hendak dilahirkan oleh sesetengah political activist (Pembangkang) di negara ini?
NA'UJUBILLAH...
You are subscribed to email updates from SENJALIZA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Saja aku imbas kembali video ini... sebab aku nak puak yang penyokong yang taksub kepada Anwar buka mata sikit.... ketahuilah siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya...
Video ini shot ketika aku bertugas di Pilihan Raya Sarawak bulan April 2011 yang lalu, bersama rakan-rakan UMB. Banyak kenangan di Sarawak ni bro...!
"siapa cakap sebelum nabi muhamad tiada islam?..habis tu nabi ibrahim tu bukan islam?..nabi isa bukan islam?..cuma islam terhakis sebelum nabi muhamad dilahirkan.islam sebelum nabi muhamad belum lengkap..kitan zabur ,taurat,injil semua tu dari allah.sebenarnya islam sejak nabi adam lagi,cuma tidak lengkap.bodoh punya anwar.bible adalah gubahan dari injil.bermakna kristian itu sesat dari islam" razaz40mytube
Tahniah Bob kerana berjaya menjadi duta kopi kuat produk PAS! Majlis pelancaran Kopi tersebut dilakukan di Stadium Darulaman sempena majlis Himpunan Hijau kemarin.
Pacak jangan tak pacak Bob!
Aku tengok makin lama makin serabut Bob Lokman ni bila join PAS.... Harap rakan-rakan artis yang lain dapat menarik Bob kejalan yang benar....
Eloklah Bob Lokman bermuhasabah banyak-banyak. Tidak rugi mencerminkan diri sendiri! Sebenarnya kalau Bob Lokman benar-benar tengok muka dia kat cermin dengan pandangan tauhid dan keimanan, dia sendiri akan jadi takut melihat wajah dia sendiri!
Seramai 360 ahli Pas Titi Kasai dan 328 lagi dari Felda Ijok, bertindak keluar parti itu selepas kecewa dengan perjuangan yang dianggap tidak lagi berteraskan Islam sebenar selain hanya merebut kuasa atas tiket peribadi.
Bekas Setiausaha Cawangan Pas Titi Kasai, Abdul Wahab Mahmod, 43, berkata, beliau kecewa dengan janji kosong yang ditaburkan pemimpin Pas setelah 23 tahun menjadi ahli parti berkenaan.
"Dulu saya sokong Pas kerana ia mendokong Islam, namun apabila saya sudah mendalami ilmu, Islam itu bukannya hanya terletak pada Pas malah menjadi tanggungjawab individu itu sendiri untuk menjaganya.
"Pas sekarang agresif serta tidak menyenangkan banyak pihak. Satu-satu markas Pas boleh laung takbir 'Allah Maha Besar' tetapi pada masa sama, mereka kata 'mampus UMNO'. Mereka sebut kalimah yang suci dan selepas itu mereka maki balik," katanya.
Dulu urut batin, tetapi kini 'urut badan dengan badan' dijadikan sebagai umpan berahi untuk menarik perhatian lelaki hidung belang berkunjung ke rumah urut.
Dengan bayaran antara RM130 hingga RM150, khidmat ekstra itu hangat diperkatakan sekarang sehingga tauke rumah urut berlumba-lumba menawarkannya.
So..... Tak payah nak hairan la bila aku sebut urut sampai pancut di Selangor, ini lah servis yang di tawarkan di setiap rumah urut di Selangor.... kepada puak pakatan di Selangor jangan panas sampai ke telingga bila tengok video ni....
Ahahaha! Tak habis-habis cerita rumah Azmin kena serbu! Apa kes mamat ni?
Di percayai hampir 50 orang berkumpul di depan rumah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali petang tadi.... Macam biasa Pemuda Umno terus dipersalahkan! Memang dah tak ada modal lain dah puak PKR ni!
Azmin main dalam jamban pun salah UMNO! Hampeh!
Jam 4 petang tadi orang ramai berkumpul di jalan bertentangan dengan rumah Azmin sambil membawa plakad dan melaungkan slogan anti-PKR.
Kumpulan tersebut berkumpul kira-kira 20 minit sambil melaungkan slogan "PKR penipu" dan "Azmin rasuah".
Terdahulu Ahli kariah masjid Bukit Antarabangsa di Hulu Kelang pada Jumaat membuat laporan polis untuk meminta siasatan dibuat terhadap dakwaan salah laku membabitkan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali, seperti yang didedahkan oleh sebuah blog baru-baru ini.
Wakil penduduk itu Shaharuddin Mohd Yusof, yang juga Penolong Setiausaha Masjid Bukit Antarabangsa, serta 15 penduduk lain membuat laporan itu di Balai Polis Hulu Kelang kira-kira 3 petang.
Shaharuddin berkata dalam laporan polis itu, mereka meminta Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR membuat sumpah laknat berhubung dakwaan itu memandangkan beliau adalah wakil rakyat kawasan berkenaan.
Selain itu, mereka turut meminta isteri Azmin, Shamsidar Taharin, dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, iaitu Presiden PKR dan isteri Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, tampil menjawab dakwaan Presiden Parti Bersatu India Malaysia Senator Datuk S. Nalakaruppan mengenai hubungan seks Anwar.
Sementara itu di KULIM, Persatuan Kebajikan Masyarakat dan Perpaduan Masyarakat Malaysia (Perkemas) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyambung siasatan terhadap Azmin yang didakwa terbabit rasuah.
Pemuda Umno Johor akan menganjurkan 'Himpunan Menjunjung Taat Setia' di Istana Pasir Pelangi di sini pada 10 Jun ini sebagai tanda sokongan rakyat terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Ketua Pemuda Umno Johor Mohd Fadil Maskon berkata, himpunan yang disertai lebih 300 badan bukan kerajaan dari seluruh negeri itu juga diadakan sebagai tanda amarah terhadap tindakan
Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan bidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh baginda.
Beliau berkata, himpunan itu yang akan disertai lebih 5,000 orang, termasuk sayap parti Barisan Nasional, adalah sebagai tanda sokongan rakyat Johor kepada baginda dalam menghadapi apa jua isu serta menyatakan kesediaan rakyat Johor pertahankan institusi diraja daripada diperkotak-katik.
"Baginda selama ini berbelas tahun sanggup mencemar duli melakukan Kembara Mahkota Johor untuk berjumpa rakyat di setiap pelosok negeri, jadi ini masa yang sesuai untuk kita pula sebagai rakyat turun untuk menyatakan sokongan terhadap baginda," katanya.
Sehubungan itu, Mohd Fadil, yang ditemui dalam sidang media khas yang diadakan di sini hari ini, menyeru semua rakyat Johor agar sama-sama menyertai himpunan yang akan diadakan pada 12 tengah hari bagi menyatakan taat setia kepada Sultan Johor.
Fadil berkata rakyat Johor merasa amat sedih dan terhina dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohammad Nizar dan sehubungan itu mendesak beliau supaya segera meminta maaf kepada rakyat Johor kerana mendatangkan kemarahan dan fitnah itu.
"Kami juga meminta supaya beliau memperbetulkan keadaan dengan menyeru semua penyokongnya supaya lebih berhati-hati dalam melontarkan pandangan dalam apa jua bentuk media supaya tidak mengelirukan rakyat berhubung insitusi diraja, pemerintah dan kerajaan," katanya. - Bernama
Bersatu Bersetia Berkhidmat... Inilah keakraban Pemimpin UMNO Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin dan Dato' Mukhriz Mahathir melaungkan slogan 1 Malaysia.
Pelancaran jentera BN Jitra kedah
Pemuda Barisan Nasional dan Puteri Umno hari ini melancarkan Program "BN Pilihan Orang Muda" Dan Jentera PRU13 Pemuda Dan Puteri BN peringkat negeri Kedah yang berlangsung di Dewan Besar IPG(IPDA) Jitra Kedah.
Program ini antaranya untuk menarik sokongan yang padu dari orang muda di samping itu Pemuda BN bersama Puteri UMNO juga akan memastikan golongan generasi muda/belia bersama-sama dengan pemimpin BN menerangkan pelbagai isu yang telah diputar belitkan oleh pembangkang yang bertujuan mencetuskan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.
Menteri Besar Negeri Sembilan??? Bukan jang. Yang sebonar eh nak cerito hangit dan topat pasal tok pekong-tok pekong yang baru bermastautin dalam Majlis Belia Negeri Sembilan. Dah galak bonar kito nyalang isu-isu sensasi, hangat dan paneh punggung MBNS ini. Namun ternyata petua pekak badak dan bodoh sombong MBNS patut dipuji.
Pak Sedaro suko sarankan Sekretariat Belia YNS yang kobar eh dah keluar baris Parman, dan diganti dengan Zamri, mako YAB MB ambillah masa dan ruang untuk memberi fokus kepada peranan dan perancangan strategik RPBNS2 untuk dijayakan secara saksama dan berterusan.
Kok tanyo cayo dengan Zamri, Pengarah Sekretariat Belia YNS yang baru tu campaklah ketopi dan bubarkan Sekretariat Belia YNS yang terlalu lamo lopong. Dah nak basi cerita dan berita RPBNS2 dengan perayaan Sambutan Belia peringkat Negeri pun tidak dikordinasi ikhlas oleh ketumbukan utama belia dalam Negeri Sembilan.
Penatlah Pengarah JBS, Baharuddin Md Jali berhempas pulas. Lotihlah juo melihat budak hingusan yang bolun tentu arah lagi dah dihadiahkan Tokoh Belia Wanita NSDK...apo kojo ni? Menjerat lubang-menggali lubang?
Apakah dokumen RPBNS2 hanyalah karangan berkajang-kajang demi membuktikan bahawa TONG SAMPAH LEBIH MULIA DARIPADA RPBNS2? Jika demikian tingkah gerak silat pihak-pihak bertangungjawab, khasnya YB Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, YB Setiausaha Kerajaan Negeri yang tak sudah-sudah berperanan "Little Napoleon", YB-YB yang ramai temberang di Dewan Undangan Negeri, ditambah dengan "ilmu tai chi" pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri yang penakut kepada YAB MB, maka hancurlah sebuah pentadbiran eksekutif BN.
Negeri Kerja Belia hanya retorika daif dan paria sekumpulan pemikir belia. Negeri Kerja Belia hanya fatamorgana yang dicetuskan untuk menelanjangkan kerendahan ilmu sekumpulan pemikir belia. Benarlah pesanan Za'aba dalam Makalah Al-Ikhwan bertarikh 16 Mac 1927, bahawa Melayu masih Miskin iaitu;
Betul ker Nora Danish berpakwekan Mat Rempit? Nora Danish dilihat dalam program Evolusi R – RempitUnited di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu petang tadi….
Menurut sumber, Nora kononnya temankan pakwenya di sana. Atau kata mudah, dia ada bersama orang istimewa di sana… betul ker?
Hakikatnya …. Tidak benar sama sekali. Kehadiran Nora Danish petang tadi sebagai
DUTA kepada RempitUnited…. Selain Nora, Duta lain ialah antaranya Sariyanti, Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Zizan Raja Lawan, Adi Putra & ramai lagi ….
Sepanjang hari nie, kumpulan 'Mat rempit' telah mengamuk di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu. Namun semua anggota polis dan RELA yang berada di sana …. Senyum sokmo sahaja melihat gelagat anak-anak muda nie …
Mengapa?
Kenapa nak pandang serong kepada mereka. Mereka juga Anak Merdeka. Mereka juga warganegara Malaysia…. Mereka bukan sampah masyarakat, jangan sisihkan mereka.
Maka wujudkan RempitUnited yang bertujuan untuk membawa kumpulan ini untuk berada di landasan yang sebenar.
Maka peluang kedua diberikan kepada golongan ini. Evolusi R yang dilaksanakan di Dataran Syahbandar Kuala Terengganu hari nie memulakan detik baru kepada golongan ini.
Bandar Alor Setar semalam seperti dipenuhi dengan kaum-kaum yang lebih sesuai dipanggil sebagai SHREK.
Mengapa penyokong dan pemimpin PAS ini dipanggil SHREK?
Secara relevannya, seorang yang menyokong dan memimpin parti Islam ini sepatutnya mempunyai akidah yang lebih baik daripada golongan yang tidak menyokong.
Ia sebagai contoh atau teladan yang perlu ditunjukkan pemimpin dan penyokong PAS dalam usaha menarik rakyat Malaysia menyertai parti yang memperjuangkan Islam itu.
Namun, apa yang berlaku sepanjang Himpunan Bersih anjuran kelab-kelab SHREK SeMalaysia di Kedah itu ternyata menampakkan kedangkalan penyokong dan kepimpinan PAS di semua peringkat.
Mungkin perkara itu telah lama disedari penyokong PAS sekitar Kedah, maka dapat dilihat yang ramainya didalam stadium itu hanyalah penyokong-penyokong dari Kelantan.
Persoalannya, di mana ahli-ahli PAS Kedah berada pada malam itu.
Pemerhatian PerakToday mendapati, ahli-ahli PAS Kedah kebanyakannya berada di kedai-kedai mamak dan restoran tom yam berdekatan stadium.
Langsung mereka tidak hiraukan Presiden SHREK mereka hadir serta Mursyidul AM SHREK sedang berucap.
"Lebih baik tengok Final Super Spontan daripada dengar Hadi berucap," antara kata-kata ahli PAS Kedah ketika berbual-bual dengan geng-geng SHREKnya.
Apakah yang boleh disimpulkan dari Himpunan SHREK malam tadi adalah kumpulan SHREK Kedah seolah-olah menentang kepimpinan SHREK PAS.
Dan PAS kini seperti hanya disokong oleh orang Kelantan.
A 19-year-old Arizona mother who police say left her 5-week-old baby strapped in a car seat atop her car roof and drove off is under arrest on child abuse and aggravated DUI charges, Phoenix-area media reported Saturday.
The baby is in the custody of Arizona Child Protective Services, officials said. At about 1 a.m. Saturday, police got calls from the area near North 45th Avenue and West Cholla Street in northwest Phoenix that a baby was in a car seat in the middle of a road, The Arizona Republic reported. Phoenix Fire Department officials found the baby and took him to a local hospital, officials said. Holmes told reporters that the mother, Catalina Clouser, had apparently been smoking marijuana late Friday night at a nearby park with her boyfriend. About 11 p.m. they left the park to buy some beer, and the boyfriend was arrested on aggravated DUI charges while on the way, Holmes told The Republic. An upset Clouser then reportedly went to a friend's house, where police say she admitted smoking more marijuana, Holmes said. Clouser left the house with the baby asleep in the car seat about midnight, he said. Watch US News crime videos on msnbc.com Before driving away, Clouser apparently forgot that she had left her child sitting on the roof of her car, Holmes said. Clouser realized the baby was missing when she reached home, and started calling friends to look for him and retrace her route, KTVK reported. The friends ran into the officers investigating the found the baby, and when Clouser arrived, she was arrested, KTVK reported.
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia pada seluruh warga PROTON yang saya kasihi.
Semoga warkah saya ini bertemu saudara saudari dalam keadaan sihat sejahtera, ceria dan bersemangat tinggi dalam menjalankan tugas-tugas harian. Seperti yang semua sedia maklum, saya telah pun melepaskan jawatan saya sebagai Pengarah Urusan Kumpulan PROTON berkuatkuasa 4hb Julai, 2012. Dengan mengambil kira cuti yang saya perlu habiskan, hari ini yakni Khamis 31hb Mei, 2012 adalah merupakan hari terakhir saya berada di PROTON secara fizikal.
Saudara saudari yang saya kasihi,
Terlalu berat untuk saya menulis surat ini sebagai penutup tirai kepada lebih enam (6) tahun perkhidmatan saya di PROTON. Berhari-hari saya mengadap skrin komputer yang kosong kerana ternyata tidak ada perkataan yang dapat menterjemahkan apa yang ada di lubuk hati saya. Bagaimana mungkin dapat saya melepas perginya sesuatu yang telah memberi impak yang dalam dan bermakna kepada kehidupan saya? Bagaimana mungkin dapat saya berjabat tangan dan mengucapkan selamat tinggal pada rakan-rakan yang sudah saya anggap sebagai ahli keluarga sendiri? Tiada ucapan yang dapat saya ungkapkan untuk mengucapkan ribuan terima kasih saya kepada setiap individu yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam membantu saya menjalankan tugas saya sekian lama. Tiada mampu dalam diri saya yang kerdil ini untuk membalas pengorbanan, kegigihan dan masa yang telah di curahkan oleh semua pihak dalam usaha merealisasikan impian PROTON tanpa mengenal lelah dan jemu.
Saudara saudari yang saya kasihi,
Apabila saya imbas kembali detik-detik perjalanan saya di PROTON, saya menganggap sayalah yang sebenarnya beruntung. Saya beruntung kerana dapat menerajui sekumpulan tenaga pekerja yang saya anggap permata-permata yang amat bernilai. Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan sekumpulan warga Malaysia yang kental semangatnya. Tatkala masyarakat umum memberi persepsi negatif pada PROTON, saudara saudari masih bangun dinihari untuk ke kilang dengan penuh rasa bangga. Tatkala kita ditertawakan atas kesilapan lalu, saudara saudari menerima kritikan dengan sikap terbuka. Tatkala kita berada di bawah, saudara saudari bangkit dan menyahut cabaran perubahan. Semangat saudara saudari lah yang membakar semangat saya untuk terus berjuang memulihkan PROTON. Kematangan saudara saudari jualah yang telah mematangkan diri saya untuk berani mengambil pendekatan baru demi melonjakkan nama PROTON. Saya yakin berdiri di atas pentas kerana saya berdiri di atas keyakinan saudara saudari. Ternyata hari ini, saya lah yang kehilangan sesuatu yang besar nilainya. Bukan saudara saudari.
Saudara saudari yang saya kasihi,
Saya yakin saudara saudari akan meneruskan perjuangan ini dan mampu membawa nama PROTON ke tahap yang lebih tinggi. Saya percaya saudara saudari akan terus memberikan sokongan yang mampan walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Segalanya tidak mustahil jika kita tanam keyakinan yang tinggi pada setiap sesuatu. Di mana ada kemahuan, disitu pasti ada jalan, Saya telah melihat kehebatan saudara saudari, jadi saya menyeru agar di teruskan kegigihan ini. Percayalah pada diri sendiri, kejayaan pasti memihak kepada saudara saudari dengan izinNya. Saya yakin dengan suntikan dan anjakan paradigma pengurusan baru, di bawah pimpinan YBhg Dato Sri Hj Mohd Khamil Jamil, PROTON akan terus meraih namanya di persada automotif, insyaallah.
Saudara saudari yang saya kasihi,
Sebagai manusia yang dhaif dan lemah dalam pelbagai aspek, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari setiap warga PROTON atas segala keterlanjuran bahasa, tingkahlaku, makan minum, hak-hak saudara saudari yang tidak dapat saya sempurnakan sepanjang perkhidmatan saya di PROTON. Saya pasti terdapat banyak kekhilafan dan serba kekurangan dalam pentadbiran dan pengurusan saya, Yang baik itu datang dariNya, yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri. Saya mohon juga disampaikan kemaafan dan salam saya pada keluarga saudara saudari sekelian. Walaupun saya mungkin tidak berkesempatan bertemu dengan mereka, doa saya akan sentiasa mengiringi mereka.
Hukum alam menetapkan, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Walapun jauh dimata, PROTON akan tetap di hati saya. Saya akan sematkan ingatan dan pengalaman berharga ini jauh di lubuk hati saya. Semuga takdir mempertemukan kita semula dilain tempat, dilain masa, insyaallah.
Akhir kalam, saya memetik lirik dari nyanyian Faith Hill dari lakun layar Pearl Harbour dan kata-kata ini saya tujukan khas kepada semua warga kerja PROTON.
"There You'll Be" When I think back On these times And the dreams We left behind I'll be glad 'cause I was blessed to get To have you in my life When I look back On these days I'll look and see your face You were right there for me In my dreams I'll always see you soar Above the sky In my heart There will always be a place For you for all my life I'll keep a part Of you with me And everywhere I am There you'll be And everywhere I am There you'll be Well you showed me How it feels To feel the sky Within my reach And I always Will remember all The strength you Gave to me Your love made me Make it through Oh, I owe so much to you You were right there for me 'Cause I always saw in you My light, my strength And I want to thank you Now for all the ways You were right there for me You were right there for me For always
Alamat rumah mereka telah digunakan oleh 22 orang pengundi seperti yang tercatat dalam daftar pemilih SPR.
Pasangan ini ialah Sahlan Hamdan (66) dan Rodiah Ahmad (65).
Mereka mempunyai 22 orang anak (10 lelaki dan 12 perempuan) yang berumur antara 21 hingga 47 tahun). Ini bermakna semua anaknya adalah merupakan pengundi.
Jadi apa yang nak dipertikaikan kalau 24 orang menggunakan satu alamat, seperti yang dicurigai oleh Ambiga dan rakan-rakannya dari DAP, PAS dan PKR?
Semalam, merupakan hari bersejarah bagi pasangan yang mempunyai anak seramai 22 orang dan cucu yang berjumlah 42 orang.
Mereka bertuah kerana mendapat hadiah dari PM DS Najib.
Selain pasangan berkenaan, seorang ibu tua (berbangsa Cina) turut mendapat hadiah yang serupa kerana melahirkan 15 orang anak.
Sementara, pasangan dari keturunan India yang mempunyai 11 anak turut menerima hadiah.
Semua mereka diraikan dalam majlis di Pandamaran, Klang.
Tahniah buat ketiga-tiga keluarga besar berkenaan.
Bob Lokman semakin kuat dan sehat, tongkat pun sudah dibuang ketepi, sekarang kembali sihat selepas minum kopi kuat keluaran PAS.
Bob sudah naik pangkat daripada menjadi penceramah kepada tukang promosi ( Promoter) kopi kuat pulak.
Bob menyeru supaya lebih ramai ahli Pas minum kopi tersebut untuk mencapai impian MLM sebagai usahawan berjaya dan kereta BMW dan Merc CLK menjadi habuan mereka yang berjaya.
TAHNIAH DATO SEBAB MASUK PAS, INGAT! Nik Aziz pun marah bila kakitangan kerajaan negeri tidak menyokong Pas. sama lah Dr Mahathir pun marah bila pegawai tinggi khianat macam hang. so kenapa dari awal tak berhenti dan masuk Pas. Kalau dari dulu masuk kan dah boleh bergelar Yang Berhormat. Ini dah lewat baru nak jadai ahli Pas dan sudah tentu nak jadi YB...HAHAHAHAHAHA!
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tergamak muslimat pas nie pijak bendera kesayangan zuraidah mak lampir, muslimat pas nie langsung tak sensitif pada panji-panji rakan se pakatannya, atau mungkin himpunan hijau pas menjadi titik tolak keluarnya pas dari pakatan haram jadi sebelum keluar pakatan, bendera pkr la jadi mangsa dulu...
Anwar, Azmin dan Shamsidar masing-masing dikaitkan dengan dakwaan skandal seks selain isu integriti yang serius. Wan Azizah selaku Presiden PKR dan sebagai isteri, tidak bersuara.
Kita hanya mampu tersenyum apabila membaca reaksi Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berhubung pendedahan bahawa beliau mempunyai kekayaan luar biasa. Seperti skrip lama, Azmin mendakwa dia mangsa fitnah. Kali ini, beliau menganggap apa yang dialaminya sama seperti yang pernah dihadapi Nabi Musa dan Nabi Yusof.
Ramai yang kenal siapa Azmin termasuk orang-orang PKR yang masak dengan tingkah laku dan tabiatnya. Tidak perlulah hendak samakan pula dengan Nabi Musa dan Nabi Yusof. Kalau dikaji sejarah Islam, Nabi Musa dan Nabi Yusof memang menjadi mangsa fitnah. Persoalannya apakah Azmin mangsa fitnah? Beliau lebih tahu apa yang telah dilakukannya.
Berdasarkan pendedahan terbaru oleh pengendali blog, Raja Petra Kamarudin bersama fail sulit Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu dan Ummi Hafilda beserta bukti-bukti, ada asas untuk mempercayai Azmin tidak bersih. Pendapatan sebagai setiausaha sulit dengan gaji tidak sampai RM2,400 tetapi kekayaan tidak masuk dek akal. Kalau di negara lain terutama Barat, pasti kes tersebut dibongkar habis-habisan atas nama integriti.
Azmin didakwa mempunyai kekayaan luar biasa ketika Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Menurut fail sulit itu, Azmin telah disiasat atas kes rasuah tetapi ia dihentikan pada 1995 atas arahan Anwar.
Sejak dua bulan kebelakangan ini, banyak isu dibangkitkan oleh pelbagai pihak berkaitan Azmin dan isterinya Shamsidar Taharin. Setakat ini, pasangan tersebut berdiam diri dan banyak mengelak. Jika ada pun penjelasan daripada Azmin, ia tidak menjawab persoalan asas sebaliknya menuduh dan mengaitkan pihak lain.
Berikut adalah di antara isu berkaitan Azmin?
1) Tuduhan Ummi Hafilda mengenai aset dimiliki Azmin dan isterinya yang mencecah RM30 juta pada tahun 1990-an.
2) Pendedahan menggemparkan adegan video seks lelaki menyerupai Azmin bersama seorang wanita. Ramai persoalkan mengapa tiada laporan polis dibuat? Ada yang minta Azmin saman blogger yang membuat pendedahan.
3) Dakwaan hubungan dingin di antara isterinya, Shamsidar dan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Setakat ini, kedua-duanya belum tampil memberikan sidang akhbar bersama berhubung isu-isu panas yang berbangkit. Shamsidar didakwa menjalin skandal seks dengan Anwar sebagaimana dakwaan, S. Nallakaruppan dan Ummi Hafilda.
4) Status DNA Afifa iaitu salah seorang anak Azmin. Apakah dia anak kandung Azmin atau Anwar seperti yang ditanya oleh banyak pihak menerusi kenyataan media?
5) Pendedahan ibunya, Che Tom Yahaya bahawa Azmin sudah lama tidak pulang dan berubah sikap setelah bersama Anwar. Che Tom meminta Azmin bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
6. Azmin juga setakat ini gagal memberikan penjelasan menyakinkan berhubung dakwaan mempersenda Raja-raja Melayu sewaktu pertabalan Yang di-Pertuan Agong.
Selagi semua persoalan itu tidak dihadapinya dengan sikap terbuka, budiman dan bertanggungjawab, selagi itulah ia membentuk persepsi rakyat tentang siapa sebenarnya Azmin dan PKR. Sekarang ini pun, PKR dianggap banyak pihak sebagai parti seks bebas dan tiada integriti. Pembohongan sudah menjadi pakaian pemimpin-pemimpin utamanya. Cukuplah wahai Azmin...!!!-UMO
• Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui bahawa Pas tidak boleh menjanjikan syurga kepada mereka yang mengundi parti itu dalam pilihan raya.
• Kenyataan Presiden Pas itu sekali gus bercanggah dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mempertahankan pendirian untuk meneruskan kempen menegakkan syiar Islam, dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan sokongan kepada parti itu semasa pilihan raya.
• Hadi juga dilihat bercanggah pendapat dengan Mursyidul Am Pas itu apabila menegaskan, jawatan Perdana Menteri mesti disandang oleh orang Melayu beragama Islam sedangkan Nik Abdul Aziz tidak kisah siapa yang memegang jawatan tersebut asalkan individu berkenaan beragama Islam.
Pas tidak boleh janji syurga - Hadi
Haji Abdul Hadi Awang hari ini mengakui bahawa Pas tidak boleh menjanjikan syurga kepada mereka yang mengundi parti itu dalam pilihan raya.
Kenyataan Presiden Pas itu sekali gus bercanggah dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mempertahankan pendirian untuk meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan sokongan kepada parti itu semasa pilihan raya.
Menurut Abdul Hadi, Pas tidak boleh berbuat demikian kerana syurga hanya hak Allah SWT.
"Pas memang tak boleh janji syurga, yang berhak jamin syurga hanya Allah. Nabi pun tak berhak janji orang masuk syurga, cuma Tuhan bagi tahu Nabi, jadi kita boleh tahu siapa yang beriman dan beramal soleh dan ikut Islam maka akan masuk syurga, itu saja. Kita tak boleh senarai, itu bukan hak kita," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan Amanat Khas Presiden Pas sempena Himpunan Hijau ke Putrajaya di Kota Sarang Semut, dekat sini hari ini.
Dalam satu wawancara pada 26 Mei yang lalu, Ahli Majlis Fatwa Masjidilharam, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.
Abdul Hadi juga turut dilihat bercanggah pendapat dengan Nik Abdul Aziz dalam isu bukan Melayu menjadi Perdana Menteri.
Ini jelas apabila pada sidang akhbar itu beliau menyatakan parti tersebut tetap mahukan orang Melayu beragama Islam menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Sebelum ini Nik Abdul Aziz menegaskan, tidak kisah siapa yang menjadi Perdana Menteri asalkan individu tersebut beragama Islam. Menurut Nik Abdul Aziz, Islam tidak menetapkan kaum tertentu untuk menjadi pemimpin kepada sesebuah negara.
Bagaimanapun Abdul Hadi pula menegaskan, pemimpin yang bakal dilantik menyandang jawatan itu mesti individu daripada kalangan yang mempunyai pengaruh paling besar dan hakikatnya orang Melayu beragama Islam merupakan kaum majoriti di negara ini.
"Kita berasaskan kepada resolusi pakatan pembangkang, mengikut Perlembagaan, Islam sebagai agama Persekutuan, hak bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan raja berperlembagaan.
"Ini yang kita dahulukan, kita tak mahu lebih daripada itu. Kita bergerak atas tapak itu, tak mahu gopoh," katanya.
Kenyataan beliau juga turut bercanggah dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.
Abdul Hadi seterusnya berkata, mengikut prinsip asas kepada amalan demokrasi ialah pemimpin bukan Islam tidak sesuai untuk memegang jawatan Perdana Menteri di negara ini yang majoriti penduduknya adalah Melayu beragama Islam.
Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Gambar di atas sempena Persidangan Menteri Pertahanan di Kemboja.Yang turut dihadiri Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi.
Dalam masa yang sama kesempatan mengunjungi negara tersebut oleh Naib Presiden UMNO ini, barang bantuan kemanusiaan juga turut dihulurkan kepada umat Islam yang kurang berada di Kemboja.
Di kala rakyat Malaysia menikmati kehidupan yang senang nasib saudara seagama tidak dilupakan. Bukan mementingkan diri sahaja. Itulah sikap orang beriman atau parti yang mempunyai nilai keimanan.
Sebelum ini kita selalu membaca bagaimana nasib umat Islam di Palestin dibantu negarawan kita Tun Mahathir tetapi sayang ia tidak dianggap kebajikan kerana dilakukan oleh pemimpin dari parti Umno.
Sampai bila perkara ini mahu dibiarkan ?
Berita sepenuhnya perjalanan Naib Presiden Umno DS Zahid Hamidi merangkap Menteri Pertahanan ke sana sila klik di sini
Dalam ceramahnya, Ustaz Azhar ada menjawab bab patung ni.
Tapi kenapa Ustaz Azhar tak tegur patung yang macam ni punya besar di Himpunan Hijau ke Putrajaya?
Patung ini bukan sahaja menyerupai, malah boleh bergerak lagi.
Siap ada nama iaitu HADI dan HUDA!
Adakah patung ini permainan kanak-kanak seperti mana yang diterangkan dalam ceramah Azhar Idrus atau bentuk sembahan berhala baru bernama HADI oleh penganut PAS?
Bodo mu Azhar Idrus. Cakap tak boleh simpan patung. Tapi bila PAS sendiri yang buat mu tak berani tegur. MUNAFIK!
*Baik buang kopiah tu kalau pemimpin parti sendiri tak berani nak tegur. Takut tak dipanggil bagi ceramah lagi ke?
Hasrat Nizar untuk kata perhimpunan PAS di stadium Alor Setar sebagai petanda kejatuhan UMNO, tetapi Allah takdirkan lidah Nizar sebut sebagai "petanda kejatuhan PAS disemua peringkat" (dengar di 0:11).
SIAPA sangka mereka Kerah budak-budak sekolah datang ke stadium, mereka Kerah seluruh negara untuk konon perhimpunan menuju Putrajaya, akhirnya Stadium Alor Setar yang boleh memuatkan 100,000 orang termasuk di tengah padang hanya dihadir 50,000 orang sahaj mengikut kata portal pujaan mereka di sini http://www.malaysiakini.com/news/199719
Dan yang paling memeranjatkan apabila Nizar dengan Garang, Tegas, Meninggikan Suaranya berkata..." INILAH PETANDA KEHANCURAN PAS DI SEMUA PERINGKAT..." Inilah yang dikatakan Wamakaru Wamakarallah...Nizar Merancang Nak Jatuhkan UMNO, Allah SWT pula Menjatuhkan PAS...Hasrat Nizar untuk kata perhimpunan PAS di stadium Alor Setar sebagai petanda kejatuhan UMNO, tetapi Allah takdirkan lidah Nizar sebut sebagai "petanda kejatuhan PAS disemua peringkat" (dengar di 0:11).
Memang benar wahai Nizar, sesuadah kau menerima wang berguninuntuk membayar dan mengupah orang berbaring di atas jalanraya tatkala Sultan Perak melintas jalan, Tatkala kau kata Sultan Johor gila kerana membeli plat WWW1 kau lupa Haji Hadi juga punya plat no kereta yang mahal, Nik Aziz juga punya plat kereta nombor mahal, dan kau pun sama...kau lagi-lagi patkong fatkong matkong kangkong kata orang Cina. Wamakaru Wamakarallah...Nizar Merancang Nak Jatuhkan UMNO, Allah SWT pula Menjatuhkan PAS...
Tiada apa hendak di kata lagi kerana Allah SWT sudah memberi insyarat, Allah menunjuk contoh dan bukti, Allah tunjuk di depan mata akan hasrat di hati busukmu itu, tetapi...Hasrat Nizar untuk kata perhimpunan PAS di stadium Alor Setar sebagai petanda kejatuhan UMNO, tetapi Allah takdirkan lidah Nizar sebut sebagai "petanda kejatuhan PAS disemua peringkat" (dengar di 0:11).
Esok Nizar, jangan lupa berkata Aku menyesal masuk PAS, Aku patut masuk DAP. Bukankah kau ada darah DAP.
Hasrat Nizar untuk kata perhimpunan PAS di stadium Alor Setar sebagai petanda kejatuhan UMNO, tetapi Allah takdirkan lidah Nizar sebut sebagai "petanda kejatuhan PAS disemua peringkat" (dengar di 0:11).
Sesungguhnya Allah sudah terang menyatakan maksudnya...sesungguhnya musuh kamu adalah terang, melainkan kamu buta...
Hasrat Nizar untuk kata perhimpunan PAS di stadium Alor Setar sebagai petanda kejatuhan UMNO, tetapi Allah takdirkan lidah Nizar sebut sebagai "petanda kejatuhan PAS disemua peringkat" (dengar di 0:11).
Wamakaru Wamakarallah...Nizar Merancang Nak Jatuhkan UMNO, Allah SWT pula Menjatuhkan PAS...
ALOR SETAR - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengakui bahawa jalan menuju ke Putrajaya - mengambil alih Kerajaan Pusat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) umpama "mudah sahaja nak sebut tetapi jalannya penuh liku."
"Kita nak lalu lebuh raya supaya cepat sampai di Putrajaya. Untuk buat lebuh raya, semak samun perlu ditebas," kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran derma kilat untuk dana pilihan raya di Himpunan Hijau Ke Putrajaya, di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, dekat sini hari ini.
PAS menangguhkan muktamar tahunannya dan digantikan dengan himpunan ini bagi memberi fokus kepada PRU13.
Mohamad berkata, bagi menawan Putrajaya, Pas memerlukan dana yang banyak bagi memperkemas gerak kerja pilihan raya di peringkat pusat.
"Pas memerlukan dana yang banyak jadi saya harap banyak dana dapat dikumpulkan hari ini.
"Wang bukan segala-galanya tapi segala-galanya perlukan wang," katanya dipetik Harakah Daily.
Kelakar bila tengok PAS beria-ia nak ke Putrajaya. Sampai 'pow' duit orang miskini untuk capai cita-cita politik pemimpin mereka yang gila kuasa. Dulu bukan ke PAS nak gadai Putrajaya? Kalau nak gadaikan Putrajaya, kenapa nak bina 'lebuh raya' pulak?
Takkan tak cukup-cukup lagi duit sakau yang PAS dok kutip selama ni.
*Mentang-mentang la peneroka baru dapat durian runtuh, laju je pemimpin PAS kutip derma.
Apabila puak-puak khawarij ini sudah mula duduk berkumpul, maka kita pun akan dengarlah seribu satu macam cerita dongeng. Masa itulah tiba-tiba parti "Isle" boleh jadi juara assobiyah. Malah talkin pun jadi Halal balik dan macam-macam lagi. Semua ini kerana tok-tok garu Pas ini tahu yang pengikut mereka ini semua adalah ribuan zombies yang telah diternak semenjak Pasti lagi.
Kalau cakap esok Pas buat tangga ke Sorga pun, sudah tentu puak-puak ini akan ikut ber take beer.
Dan bila sudah ramai ini, barulah hendak tunjuk berani. Sampaikan BERHALA Hadi yang lama tidak berkata-kata pun boleh jadi berani lawan Singh is Kingg! Bayangkanlah sudah berapa lama Karpal "tersasul" janji bukan Melayu jadi PM?!!
Jangan lepas ini apabila OKU itu berdehem balik, kepala masuk dalam sudahlah...
You are subscribed to email updates from MyMassa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Menjelajah negeri Perak secara beperingkat menyelami pendapat rakyat oleh Dr Zambry Abdul Kadir kemerata pelusuk negeri untuk mengetahui apa yang dihadapi rakyat serta menyelesaikannya.
Seawal jam 6.30 pagi di kediaman beliau dipenuhi dengan mereka yang mahu ikut bersama MB untuk program berbasikal masuk kampung yang sudah beberapa kali sebelum ini mreka berkumpulan berkayuh dan sebagai menteri besar secara terus dapat mengetahui apa kehendak rakyat
Uniknya program begini bila teman tengok Datuk Bandar, Dato Pegawai Daerah dan banyak lagi yanag ada kaitan ikutsama berkayuh, apa saja masalah yang terpandang oleh Dr Zambry akan terus diajukan kepada Datuk Bandar, Dato' Pegawai Daerah, Ketua Jabatan, agensi dan semua yang sepatutnya mengambil tindakan terhadap permasalahan rakyat. Nampaknya selain berkayuh dapat juga bersenam dan lebih penting masalah rakyat dapat diselesaikan dengan segera dan keakar umbi.
Teman tengah tunggu Nizar pulak yang sering sangat meniru semacam dia rasa dia yang jadi MB, selalunya kalau dia tak mampu berkayuh macam dpDr Zambri buat dia akan kondemkan dalam siri ceramahnya, Penderhaka kebelakangan nie nampaknya sedang mencari POPULARITI untuk dirinya kerana penderhaka jadian DAP ini semakin kurang diberi perhatian, semuanya kerana Pecah Tembelangnya yang menipu dan menipu rakyat, cermah menjadi pentas untuk dia kencing rakyat dengan melonggokan segala Fitnah semacam dia bercerita dengan Fakta, sebaliknya Auta...
Pembohong bersiri ini macam ada bisul di ponggong tak boleh duduk senang sekarang ini, cuba cari perhatian di mana sahaja kalau ada peluang untuknya menjadi popular kembali, dimasa yang sama juga dia lupa kawasan yang sepatutnya dia berkhidmat ditinggalkan begitu saja, makin ramai lagi yang mula tidak berpuas hati dengan khidmat yang sepatutnya diberikan beliau sebaliknya asyik sibuk dengan Ceramah mencaci dan memfitnah macam kempen pilihanraya...
Hehe... Nampaknya silambei ni tengah mencari tempat baru bila rakyat Pasir Panjang dah tak larat telan kencingnya memanjang. Elok jugak rasanya kalau pusat khidmat dun tu bagi ke orang kampung untuk dema jadikan sekolah agama rakyat lagi baik...
AMARAN KERAS : ADMIN TIDAK AKAN BERTANGGUNG JAWAB KEATAS SEMUA KEROSAKAN MENTAL, KEROSAKAN AKHLAK, FIKIRAN JADI KACAU, TIMBUL HASRAT MEMBENCI, TAKSUB, BERDENGKI SESAMA SENDIRI DAN BERFIKIRAN SONSANG BILA ANDA MEMBACA PADA GAMBAR AKHBAR HARAKAH SEPERTI DIATAS.
MEMANG NAMPAKNYA AYAH PIN PUN TAK SEHEBAT PAS DAN HARAKAH, KALAU AYAH PIN JANJIKAN KERAJAAN LANGIT, PAS LAGI HEBAT JANJIKAN SYURGA UNTUK NAJIB DENGAN HANYA SOKONG DAN IKUT BERSIH TAJAAN OLEH YAHUDI.
Nampaknya acaman kepada umat islam di negara nie, bukan lagi parti politik sebaliknya lebih teruk dari ajaran sesat, dengan JOIN PAS syurga boleh booking, dengan baca harakah boleh ker anda syahid, makin teruk bila PAS dan Harakah makin menyeleweng dari tujuan asal parti politik kini dah jadi macam ajaran sesat, apakah nanti nik ajih akan dijulang sebagai antara yang akan memimpin ahli parti kesyurga?
Hukum hakam agama nampaknya boleh ditokok tambah mengikut kesesuaian, apakah kalau menjadi ahli PAS merupakan confirm ahli syurga? Bukan setakat itu sahaja malah sesiapa sahaja yang menjadi Ahli PAS nampaknya seolah orang yang paling warak, dalam meyebut kenyataan berhubungan dengan ajaran islam, Ahli PAS bebas menafsir dan mengadakan hukum atau fatwa ikut pandangan sendiri yang nampaknya seakrang golongan ini seolah mencabar Mufti yang dipertanggung jawabkan terhadap hal ehwal ugama Islam
You are subscribed to email updates from sekupangdua To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Shaharuddin Mohd. Yusof (berkopiah) bersama beberapa individu mewakili penduduk tampil membuat laporan polis terhadap Azmin Ali yang dikaitkan dalam skandal seks dengan seorang wanita seperti disiarkan beberapa blog, di Balai Polis Hulu Kelang, semalam.
Seramai 10 individu mewakili penduduk Bukit Antarabangsa hari ini menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Azmin Ali tampil membuktikan beliau bukanlah individu yang dikaitkan dalam skandal seks dengan seorang wanita seperti disiarkan beberapa blog pada 30 Mac lalu.
Gesaan itu dibuat penduduk yang diketuai Penolong Setiausaha Masjid Bukit Antarabangsa, Shaharuddin Mohd. Yusof selepas kumpulan itu membuat laporan di Balai Polis Hulu Kelang kira-kira pukul 3 petang ini.
Menurut Shaharuddin, gesaan itu dibuat kerana Azmin yang merupakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah membuat penafian di hadapan penduduk Bukit Antarabangsa mengenai skandal seks yang dihadapinya.
Sehubungan itu, pihaknya menuntut agar Azmin Ali tampil meyakinkan penduduk dan seluruh masyarakat bahawa beliau bukan individu terbabit.
"Azmin perlu membuat laporan polis bagi menyiasat ketulenan dan kesahihan gambar yang dikatakan mirip beliau sedang melakukan aksi lucah dengan seorang wanita.
"Kami juga meminta wakil rakyat kami ini supaya melakukan sumpah laknat di Masjid Bukit Antarabangsa untuk memberi keyakinan kepada kami bahawa dia tidak pernah terlibat dalam rakaman itu," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis.
Dua laman blog iaitu papagomo.com dan stopthelies.my pada penghujung April lalu mendedahkan skandal seks dua pemimpin utama pembangkang daripada dua parti yang berbeza.
Paling mengejutkan pendedahan blog papagomo.com yang menyiarkan gambar seorang lelaki menyerupai pemimpin parti pembangkang sedang menyelak baju seorang wanita di dalam sebuah tandas.
Gambar itu dipercayai sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki berkenaan bersama wanita misteri yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi daripada bahagian atas tandas tersebut.
Sementara itu, Pengerusi Tetap Kariah Bukit Antarabangsa, Safaridan Shaari berkata, Azmin juga perlu mengarahkan isterinya, Shamsidar Taharin supaya membuat kenyataan media dan tampil bersama Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
"Mereka diminta supaya memberi penjelasan mengenai pendedahan yang dibuat oleh Senator Datuk S. Nallakaruppan baru-baru ini mengenai video seks seorang pemimpin pembangkang bersama isteri orang.
"Penduduk juga menasihatkan Azmin supaya pulang ke rumah dengan segera dan menjenguk ibunya yang telah ditinggalkan serta berhenti menjadi anak yang derhaka," katanya.-UMO
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Bertanding hanya 63 kerusi, ini bukti PAS tidak akan kuasai Putrajaya. Selebihnya lagi 159 kerusi akan ditandingi oleh PKR dan DAP. Oleh kerana itu, Mat Sabu sendiri tidak yakin PAS akan menang.
Kalau tidak yakin menang, mengapa hendak guna duit rakyat untuk berpolitik? Bukankah Mat Sabu sendiri sudah mendapat elaun bulanan yang tinggi dari kerajaan DAP Pulau Pinang. Duit rakyat hendak ambil tetapi apa yang PAS beri semula kepada rakyat? PAS hanya janji air liur sahaja kepada rakyat. Itu yang mereka mampu.
Pastinya ucapan Nizar ini akan memberi tamparan hebat buat PAS. Sebagaimana Khalid Ibrahim silap dalam pilihan raya kecil di Ijok pada 2008 hingga mengakibatkan dirinya sendiri kalah.
Hasrat Nizar untuk kata perhimpunan PAS di stadium Alor Setar sebagai petanda kejatuhan UMNO, tetapi Allah takdirkan lidah Nizar sebut sebagai "petanda kejatuhan PAS disemua peringkat" (dengar di 0:11). Apa sebenarnya yang berada dalam minda Nizar ini?
Apakah Nizar sedang memikirkan DAP bukannya PAS dalam kepalanya? Kesimpulannya, apa yang dicakapkan secara spontan itu melambangkan apa yang sedang difikirkan oleh seseorang itu secara relatifnya. Nizar memang bukan orang PAS, tetapi orang DAP.
It seems like the opposition is on a role in their debating season now. They would bring up just about any issue so that they could spread it to the public. They also invited UMNO representatives to discuss upon a few issues - the last issue was about the opposition's proposal in abolishing PTPTN which was done between UMNO Youth Chief, Khairy Jamaluddin (KJ) and PKR's Strategy Chief, Rafizi Ramli.
As everyone had witnessed, along the debating series, only Rafizi is involved. Where is Shamsul Iskandar Mohd Akin who is the Chief of AMK as he is the one who is supposed to be debating with KJ as a political colleague who is holding the position which is as same as his?
Is this the proof that Rafizi is indeed Anwar Ibrahim's golden boy as he gets all the limelight, leaving Shamsul with nothing? Well, it is clear now.
Obviously, for the opposition supporters, they think that they should win every each one of the debating series, even if UMNO had given factual and concrete points to justify their arguments.
The opposition seemed to be astonished with the debate concept that are held during the elections in America and Britain. To them, that is the peak of maturity in a democratic system.
But as for the debate that are held by the opposition here in this country, the only reason why they organize those debates are just to tarnish the Prime Minister's image and to insult his administration.
That is their intention. That is all there is. They are just sessions of constant insults and accusations to the government, PM and that they also provide empty promises to those who are listening. The opposition are nothing. They only talk and they never really find any way to actually fulfill their promises.
Another weird matter that really showed how stupid the opposition really is, especially its leaders such as Anwar and Nik Aziz Nik Mat is when they talked about the issue of Malay unity.
The opposition seemed to be really exited to ask for UMNO to debate with them, but when UMNO had agreed to organize a muzakarah with PAS. Nik Aziz started to give excuses and then left the matter just like that. PAS knew that if the muzakarah is held, their dirty secrets will be leaked just like that.
One of them can be seen through history on how PAS was formed. When Haji Ahmad Fuad Hassan (he was the Religious Biro Chairman in UMNO then) lost in a competition against Tunku Abdul Rahma Putra Alhaj for the position of President of UMNO after Dato' Onn Ja'afar left the party.
In short, PAS was formed due to the greed for power that its leader had back then, and the exact actions was the real reason why Malays fail to unite in Tanah Melayu back then. PAS cannot handle that fact, that is why they said no to the muzakarah. So, to cover the issue of the fact that PAS was the reason why Malays fail to unite, they then got together with PKR and DAP to organize series of debates on various issues but Malay unity.
It's not just that they are crazy for power, PAS also has this 61 year-old vengeance when their first leader actually lost an election
Kuliah: Jalan Golongan Yang Selamat Tarikh: 20/05/2012 - Ahad Penyampai: Ustaz Idris Sulaiman
Ini adalah kuliah pertama. Kitab terjemahan "Jalan Golongan Yang Selamat" tulisan Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu Rahimahullah. Karya asal, Minhaj al-Firqah an-Najiyah Wa ath-Tha'ifah al-Manshurah. Kuliah pertama ini lebih kepada pengenalan penulis kitab. Semoga bermanfaat.
Pisau kata " DAP hina Islam dan melayu di ceramah puak pas bertakbir jugak..apa macam?"
Ramai yang melihat PAS begitu terdesak apabila melihat ratusan ribu orang berkumpul meraikan hari ulang tahun Umno yang ke 66. Berasakan mereka tidak mahu ketinggalan maka satu himpunan diadakan di Alor Star .Daripada himpunan sejuta kepada himpunan seratus ribu.
Sasaran tidak tercapai malah diburukkan lagi dengan ucapan Nizar yang mengambarkan himpunan ini adalah saat kejatuhan PAS.Ironinya ia sama dengan ucapan Khalid Ibrahim semasa PRK Ijok pada waktu itu beliau menjadi calon PKR tetapi berucapa didepan penyokong agar mengundi Umno.
Natijahnya Khalid tewas ditangan Cikgu Parthiban dalam jumlah undi majoriti yang selesa.
Allah telah buktikan didepan mata,ucapan sebegitu tanda kehancuran PAS sudah pun bermula.
Pisau kata " Nizar kata halal syarie undi DAP"
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Warna hijau sering dikaitkan dengan penjagaan alam sekitar dan alam semula jadi.
Namun lain pula jadinya dengan perhimpunan hijau sebuah parti hijau yang selama ini kononnya merekalah jaguh Islam.
Kebersihan juga menjadi kayu ukur untuk kita menilai sesuatu atau seseorang.
Islam sangat mementingkan kebersihan , menuntut umatnya supaya menjaga kebersihan dan kebersihan sebahagian daripada iman.
Berikut adalah gambar-gambar yang dikirimkan oleh seorang pembaca dari Kedah kepada saya malam ini. Katanya gambar-gambar dibawah dirakamnya olehnya petang tadi di kawasan Stadium Darulaman dimana tempat Pas mengadakan perhimpunan hijau ke Putrajaya malam tadi.
Lagi gambar-gambar di dalam.....
Klik link dibawah
Menurut pengirim gambar-gambar diatas , jika dihimpun sampah disekiling luar Stadium Darulaman tersebut beliau yakin beratnya bertan-bertan.
Katanya tong sampah besar ada disediakan, tetapi ianya tidak digunakan oleh pencacai-pencacai Pas. Sehingga jam 5 petang tadi tiada sebarang kerja-kerja pembersihan lagi yang dijalankan.
Itu baru luar stadium, belum kira dalam stadium lagi. Begini punya mentaliti nak tawan Putrajaya ? Habislah Putrajaya jawabnya dipenuhi dengan sampah.
Oleh yang demikian selamatkan Putrajaya sebelum menjadi bakul sampah Pas yang pengotor....
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Semalam, 1 Jun 2012, PAS dijadualkan mengadakan Himpunan 100,000 di Alor Setar, Kedah bermula pada jam 4.30 petang sehingga ke malam. Antara aturcara yang diwar-warkan di internet ialah kemunculan penyanyi Aisyah dan pelawak Bob Lokman.
Mulanya program ini disebut sebagai Himpunan Raksaksa, tetapi kemudiannya ditukar kepada Himpunan 100K PAS, pastinya setelah mereka kembali berpijak di bumi nyata dan menyedari bahawa percubaan menyaingi perhimpunan raksaksa ulangtahun ke-66 UMNO baru-baru ini adalah mustahil sama sekali. Justeru, bagi mengelak malu, adalah lebih baik nama Himpunan ini ditukar sejak awal.
Kebimbangan PAS sekiranya jumlah hadirin tidak menepati sasaran sememangnya berasas. Ini kerana, program-program anjuran pakatan pembangkang akhir-akhir ini mengalami kemerosotan yang agak drastik dari segi jumlah hadirin. Malah pemimpin 'selebriti' mereka seperti Anwar atau Mat Sabu juga gagal mengumpan hadirin.
Ditambah dengan pendedahan yang bertali arus mengenai salahlaku pemimpin mereka, pembangkang benar-benar tertekan sehingga memaksa 'Ulama-ulama' mereka mengeluarkan berbagai-bagai jenis fatwa sesat bagi menghalalkan atau menutup perbuatan tersebut. Fatwa-fatwa sesat yang diharapkan dapat menyelamatkan mereka, nampaknya memakan diri sendiri apabila ia disangkal oleh Ulama-ulama tersohor termasuk Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram.
Semua ini membuatkan moral penyokong-penyokong mereka jatuh dan tidak kurang juga yang mula menyimpan niat untuk tidak lagi menyokong PAS atau pembangkang dalam PRU yang akan datang.
Justeru, Himpunan 100K ini diharapkan dapat menyuntik semangat baru untuk menghadapi pilihanraya ini. Sama ada jumlah tersebut mampu dicapai, tidak dapat dipastikan. Stadium Darul Aman mempunyai kapasiti penonton berjumlah 32,387 dengan semuanya berkerusi.
Ini bermakna ramai yang akan terpaksa duduk di lantai dan di tengah padang jika benar yang hadir ialah 100,000 orang.
Setakat artikel ini ditulis, kelihatan 4 – 5 buah bas di hadapan Masjid Zahir, Alor Setar. Beberapa masjid dan surau di sekitar bandar Alor Setar juga dilihat menerima 'tetamu' dalam jumlah satu-dua biji bas, yang mungkin berehat atau bermalam di situ semalam semata-mata untuk menghadiri himpunan ini.
PAS telah menyebarkan risalah perhimpunan ini jauh lebih awal. Masjid-masjid dan surau-surau juga rancak mempromosi program ini sejak ia mula diumumkan.
Pada 12 Mei lalu, ketika Himpunan Jentera Pilihan Raya PAS Kedah, Dato' Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah berkata, "Stadium kita punya, saya Pengerusi takut apa. Dulu kita buat ceramah belakang rumah kat kampung kita, depa halau macam samseng. Sekarang kita pegang."
Menurut Azizan, UMNO sekarang yang dalam keadaan bimbang untuk mengadakan Pilihanraya.
Kita faham bahawa kenyataan Azizan di atas adalah kenyataan politik yang bertujuan untuk menaikkan semangat penyokong yang semakin 'cuak' dengan perkembangan poolitik akhir-akhir ini. Hakikatnya, Azizan tersangat 'cuak' dan begitu juga pemimpin PAS secara keseluruhannya.
Jika tidak kerana bimbang atau 'cuak', tidak mungkin Hadi Awang akan mengambil keputusan untuk tidak bertanding dalam pilihanraya kali ini. Desas-desus dari dalam PAS juga kedengaran bahawa Azizan juga belum tentu akan bertanding lagi kali ini.
Hanya penyokong-penyokong yang sama bingung dengan Nik Aziz sahaja yang masih bermimpi konon PAS mampu ke Putrajaya dan duduk sama tinggi dengan Anwar ataupun Kit Siang.
PAS melihat Himpunan 100K ini sebagai kayu-ukur kekuatan parti amnya, dan Azizan khasnya, dalam menghadapi PRU yang akan datang. Dengan isu-isu Negara Islam, Hudud dan Perdana Menteri bukan Melayu masih menjadi tanda-tanya, maka himpunan ini diharap dapat memberi jawapan kepada ke mana arah tuju PAS dalam Pakatan Rakyat.
Jika Himpunan ini gagal mencapai sasaran maka beberapa langkah drastik perlu dilakukan oleh PAS bagi menarik kembali sokongan rakyat terhadap mereka. Antara langkah tersebut juga mungkin termasuk pengunduran Azizan.
Justeru, Himpunan ini bukan sahaja menjadi penentu arah tuju PAS tetapi juga Azizan.
Memang panas!! AKSB tak habis-habis dengan skandal... Jika dulu skandal isu air berkarat... Kali ini isu apa pula?? Dikatakan surat di bawah ini ditulis oleh kakiktangan AKSB dan ditujukan kepada MB Kelantan, Tok Garu Nik Aziz...
eXception tak pasti kesahihan dokumen di atas... Tetapi jika benar... Mengapa Nik Aziz mendiamkan diri?? Adakah Allah sudah ampunkan dosa mereka yang bertanggungjawab??
Foto rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajjah Haminah
Seperti kelazimannya, setiap hari Sabtu pertama di dalam bulan Jun. Seluruh negara akan diisytiharkan cuti umum sempena Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong tanpa mengira hari keputeraan sebenar Sultan-Sultan atau Raja-Raja yang dilantik sebagai YDP Agong.
Bagi tahun 2012, hari Sabtu pertama bagi bulan Jun adalah pada tarikh 2 Jun 2012 (hari ini) manakala tarikh Hari keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2013 ialah 1 Jun, 7 Jun bagi tahun 2014 dan 6 Jun bagi tahun 2015.
Sultan Kedah iaitu Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Sultan Badlishah sebenarnya diputerakan pada 28 November 1927. Manakala sambutan Hari Keputeraan Baginda pada tahun ini jatuh pada 15 Januari 2012 yang lalu. Disambut pada setiap hari Ahad minggu ketiga bulan Januari. Walaubagaimanapun, tarikh sambutan tersebut boleh dipinda kerana sebelum ini pernah juga disambut pada bulan lain.
Apapun... Di sini eXception ingin merafak sembah takzim sempena Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong. Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku... Daulat Tuanku!! Daulat Tuanku!! Daulat Tuanku!!
Disebelah ini adalah gambar yang dihantar Yuna buat tatapan peminat beliau di Instagram dua hari lalu.
Yuna yang sememangnya aktif di Instagram menghantar gambar ini ketika dalam perjalanan menuju ke Chicago, USA sebagai sebahagian daripada tour persembahan beliau.
Peminat yang prihatin, harapnya, tampil memberikan komen tentang Yuna yang mendedahkan aurat melalui gambar ini sedangkan popular dengan imej bertudung.
Tetapi, kalau anda pergi lihat di Instagram, komen komen negatif sudah dipadam oleh Yuna. Kami rasa peminat tidak perlu terlalu ekstrim dalam mengkritik.
IPOH, 2 Jun - New Zealand akan bertemu Argentina bagi penentuan juara dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-21 pada perlawanan akhir yang dijadualkan Ahad.
Walaupun kalah kepada Korea pada perlawanan terakhir peringkat pertama Sabtu, tetapi jurulatih pasukan Shane Mcleod dilihat seperti ingin merehatkan anak-anak buahnya bagi bertarung dalam perlawanan akhir.
Begitu juga pasukan Argentina yang menewaskan skuad negara malam ini dilihat bermain dengan lebih berhati-hati bagi mengelak kecederaan.
Gol Argentina dijaringkan Pedro Ibarra pada minit ke-40 melalui pukulan sudut penalti yang menewaskan penjaga gol negara.
Skuad negara yang pada mulanya mencatatkan seri ketika turun menentang Korea dan Great Britain hanya sekadar mengumpul lima mata serta akan bertemu semula dengan gergasi Asia, Korea dalam perlawanan penentuan tempat kelima dan keenam yang dijadualkan pada pukul 6 petang Ahad.
Sementara itu, tuan rumah Sukan Olimpik 2012, Britain akan bertemu India dalam perlawanan penentuan merebut tempat ketiga dan keempat.
So what's the plan this weekend – will you be running errands, catching a movie, or window-shopping maybe?
Add 'Take a VW out for a spin' to your to-do list this weekend! With a promotion where you can be a proud Volkswagen owner for only RM980 a month, head for the nearest VW showroom and get a taste of the best in German engineering.
Selepas isu aksi berahi Remy Ishak dengan Diana Danielle tempohari, kini giliran Bront Paralae pula.
Bront mengaku dia terkejut selepas menonton aksi berahinya bersama pelakon, Nadiya Nisaa ketika tayangan perdana Jiwa Taiko, kelmarin.
Malah, Bront Paralae berkata dia sendiri tidak menyangka bahawa hasilnya menjadi seperti begitu realistik ketika dia bersentuhan dan berciuman dengan Nadiya Nisaa sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya.
"Saya pun tidak sangka hasil camera trick nampak realistik padahal saya dan Nadiya tidak bersentuhan langsung.
"Tetapi terus-terang ketika diarahkan oleh Osman Ali untuk melakukan babak itu, saya agak gementar kerana inilah pertama kali saya melakonkan babak yang agak panas dan berahi.
"Namun saya terima ianya sebagai cabaran dalam lakonan saya," jelasnya yang ditemui selepas tayangan perdana filem tersebut baru-baru ini.
Babak aksi berahi itu dilakonkan dia atas sofa ketika Nadiya yang hanya memakai kemeja besar lelaki dicium oleh Bront dari hujung kaki hingga ke wajahnya.
Lebih menggusarkan Bront Paralae lagi, apabila dia perlu bergandingan dengan pelakon wanita berstatus isteri orang ketika melakonkan babak berahi berkenaan.
Namun dia bersyukur kerana Nadiya memberi kerjasama dan masing- masing tahu untuk menjaga batas.
"Pada mulanya, saya dan Nadiya ada berbincang mengenai aksi panas dan berahi yang akan kami lakonakan bersama kerana saya risau dia sudah berstatus isteri orang.
"Tetapi Nadiya juga memberi kerjasama kerana kami sudah lebih sepuluh tahun kenal dan agak rapat. Malah saya sudah anggap dia sebagai adik saya sendiri.
"Saya harap tiada pihak yang akan beranggapan buruk dengan aksi saya dan Nadiya. Lebih-lebih lagi daripada pihak suaminya.
"Tetapi jika ada menyentuh mana-mana pihak yang kurang senang, saya minta maaf," katanya yang memegang watak Pinto.
Sementara itu, Nadiya yang memegang watak Lara dalam filem yang hanya ditayangakan untuk 18 tahun ke atas itu berkata yakin suaminya akan memahami kerana dia telah menjaga batas ketika melakonkan aksi berahi tersebut.
"Saya memang tidak masalah untuk melakonkan aksi ini kerana saya tahu saya akan bersama kawan baik saya iaitu Bront.
"Dia pun faham saya perlu menjaga batas untuk melakonkan aksi tersebut kerana saya sudah berkahwin.
"Jadi saya hanya lakukankan sahaja tetapi saya akui agak terkejut apabila melihat aksinya kerana ketika melakukannya saya tidak banyak berfikir dan hanya go with the flow," terangnya yang memegang watak wanita liar di dalam filem tersebut.
Selain Bront dan Nadiya, filem yang akan mula ditayangkan mulai 14 Jun itu turut dibintangi oleh pelakon hebat lain seperti Remy Ishak, Diana Danielle, Fizz Fairuz, Beto Kusyairy, Soffi Jikan dan Mislina Mustaffa.
SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendakwa lebih 20 orang pemuda, dipercayai anggota sayap muda sebuah parti politik, mengganggu keluarganya di rumah mereka di Ampang kira-kira dua jam lewat malam tadi.
Kumpulan itu dikatakan berada di pekarangan rumah Azmin, di Taman TAR, dan disuraikan oleh polis yang tiba sekitar jam 11.30 malam.
Dalam mesej menerusi Twitter lewat malam tadi, kata Azmin, polis tiba di rumah beliau untuk memantau serangan lebih 20 ahli Pemuda, yang bermotosikal "untuk ganggu kacau keselamatan keluarga saya."
Seorang pegawainya memberitahu Sinar Harian Online bahawa mereka berada di kawasan rumah Azmin sejak 10 malam dan hanya bersurai selepas polis tiba pada jam 11.30 malam.
Azmin berhadapan dengan insiden ini beberapa hari selepas pendedahan sebuah portal bahawa beliau tidak dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa dalam isu rasuah yang berlaku 17 tahun yang lalu.
Beberapa ceramah dan program anjuran parti itu juga berhadapan dengan tindakan kasar pihak tertentu sejak kebelakangan ini.
KUANTAN - Seorang buruh tidak mengaku bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan merogol jirannya iaitu seorang gadis bawah umur yang juga orang kurang upaya (OKU) pada Jun, 2010 lalu.
Tertuduh, Amri Mustaffa, 26, mengaku tidak bersalah sebaik saja pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Umairah K M Heider.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Amri dituduh merogol seorang gadis bawah umur berusia 17 tahun dan dua bulan di sebuah rumah tidak bernombor di sebuah kampung di Nenasi, Pekan pada 8 Jun 2010, kira-kira jam 1 petang.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Mohd Azman Ariffin yang menawarkan jaminan sebanyak RM7,000.
Namun Umairah menetapkan Isnin ini untuk sebutan semula kes termasuk jumlah jaminan yang akan dikenakan terhadap tertuduh.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam ditemani ahli keluarganya sepanjang prosiding mahkamah berlangsung.
Sebelum ini, berdasarkan fakta kes, tertuduh mengambil kesempatan merogol mangsa selepas mendapati mangsa tinggal seorang diri ketika pergi ke rumahnya pada hari kejadian untuk meminjam peralatan bertukang.
Keadaan mangsa yang tidak boleh bercakap dan mengalami masalah mental tidak mampu melawan perbuatan tertuduh dan kejadian itu hanya disedari oleh adik mangsa yang berusia 12 tahun ketika pulang dari sekolah.
Dalam pada itu, di mahkamah sama, seorang lelaki, Mohd Zaimi Abdullah, 40, mengaku tidak bersalah atas tuduhan mendatangkan kecederaan pada seorang lelaki, Isnin lalu.
Umairah menetapkan Isnin ini untuk sebutan semula kes, manakala pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya, Chif Inspektor Mohd Azman Ariffin.
Sebahagian daripada ahli Pas yang hadir mendengar amanat presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Semakin pilihanraya menghampiri, semakin ligat PAS mula menggunakan perkataan Melayu dan kemudianya baru disusuli dengan Islam.
Berlainan pula dengan cara Nik Aziz yang terang-terang tidak pernah mengangkat nilai Melayu di negara ini.
Nik Aziz secara amnya, menghina perjuangna UMNO yang memperjuangkan nasib orang Islam Melayu terutamanya disamping tidak mengabaikan kaum-kaum dan penganut agama-agama lain.
Hadi dia nampak Putrajaya, dan dia kini lebih selesa bermain dengan perkataan Melayu kerana golongan inilah dengan izin Tuhan, akan memberi kemenangan kepada mereka.
Kalau dulu mereka mengutuk UMNO sebgai racist memperjuangkan nasib agama dan bangsa sendiri, kini nampaknya mereka mula menjilat kembali kahak mereka demi kuasa.
ALOR SETAR - Pas sudah bersedia untuk menggantikan Umno sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam di negara ini.
Malah, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat (PR) juga sedia menggantikan BN untuk memimpin negara ini.
Beliau berkata model Negara Berkebajikan yang ingin dibangunkan Pas menimbulkan kebimbangan Umno-Barisan Nasional (BN) yang sejak 54 tahun lalu melakukan diskriminasi terhadap kaum lain dan kaum Melayu/Bumiputera.
"Model Negara Berkebajikan yang bersumberkan al-Quran dan Al-Sunnah ini diyakini akan memberi keadilan kepada semua manusia tanpa mengira kaum dan agama," katanya ketika menyampaikan Amanat Khas Presiden di Kompleks Pas Kedah, semalam.
Menurutnya, pembangunan sebuah Negara Berkebajikan adalah iltizam Pas sejak penubuhannya untuk menyampaikan rahmat (kasih sayang) ALLAH SWT bukan sahaja kepada manusia tetapi seluruh alam sejagat.
"Takrifan Negara Berkebajikan ialah kerajaan beramanah yang berpaksikan prinsip adil dan ihsan dalam seluruh sistem pemerintahan termasuk pentadbiran, perundangan, kehakiman, politik, ekonomi dan sosial.
"Ia seterusnya membawa kepada pembinaan sebuah masyarakat yang berlumba-lumba melakukan kebajikan dan saling bekerjasama ke arah kejayaan pemerintah dan rakyat di dunia dan akhirat," katanya.
Sehubungan itu, Abdul Hadi menyatakan kesediaan untuk berdialog dengan mana-mana pihak daripada kalangan kumpulan NGO Islam mengenai dakwaan kononnya Pas lari daripada perjuangan selain menerangkan pendirian parti itu.
Bercakap kepada media kemudiannya, beliau berkata Pas berhasrat mengadakan sesi dialog bersama badan bukan kerajaan (NGO) secara besar-besaran selepas penganjuran dialog melibatkan sebahagian daripada NGO Islam di negara ini minggu lalu.
Menurutnya, dialog berkenaan akan dibuka penyertaannya kepada semua pihak kerana ia bukan perbahasan tetapi untuk mencari titik pertemuan dan memberi penjelasan mengikut al-Quran dan hadis.
"Minggu lepas kita sudah mengadakan perjumpaan dengan sebahagian NGO Islam dan kita akan buat besar-besaran dan menyeluruh," katanya.
Anggota penguat kuasa syariah wanita turut menjalani latihan menembak di Lapang Sasar Bukit Bubus, Tembila, Besut.
TEMBILA- Anggota Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Agama Daerah Besut atau lebih dikenal dengan pencegah maksiat turut dilengkapi senjata api bagi tujuan mempertahankan diri.
Pegawai Agama Daerah, Azmi Tengah berkata, beberapa pucuk pistol semi automatik dibekalkan kepada unit berkenaan bagi memastikan keselamatan mereka sekiranya mendapat ancaman ketika melaksanakan tugas.
Menurutnya, namun begitu anggota terbabit tidak boleh melepaskan tembakan atau menggunakan senjata sembarangan sebaliknya perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
"Pistol antara keperluan bagi petugas unit ini kerana tugas mereka berdepan dengan pelbagai risiko namun hanya boleh digunakan untuk mempertahankan diri sekiranya keadaan mengancam nyawa mereka atau petugas lain," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Latihan Menembak Pejabat Agama Daerah Besut 2012 di Lapang Sasar Bukit Bubus, di sini, semalam. Latihan yang mendapat kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah itu adalah latihan kemahiran membabitkan sembilan anggota unit penguat kuasa yang diketuai Mohd Ali Pahmi Shafie serta jemputan.
Hadir sama dalam latihan menembak itu Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT), Che Mustafa Hamzah, pendakwa syarie dan kakitangan Mahkamah Rendah Syariah Besut.
Azmi berkata, lazimnya pihaknya mendapat kerjasama padu pihak polis ketika melakukan operasi. Beliau turut memberi amaran keras kepada umat Islam terutama pasangan muhrim agar tidak melakukan perbuatan tidak senonoh atau khalwat di daerah ini khususnya di chalet, tempat perkelahan dan pelbagai lokasi lagi kerana mereka yang ditangkap akan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah.
Sementara itu, dalam latihan menembak tersebut setiap anggota diberi latihan mengendalikan pistol dengan betul, keselamatan menggunakan pistol dan menembak sasaran kertas menggunakan peluru hidup pada jarak 20 meter.
BATU PAHAT - Bayi perempuan berusia empat bulan yang dikatakan hilang Rabu lalu dan kemudian ditemui tidak bernyawa di Tasik Y di sini kelmarin, disahkan menemui ajal akibat lemas ditekup dengan kain pada bahagian muka.
Berikutan itu, seorang janda berusia 42 tahun yang juga pengasuh bayi itu ditahan reman selama seminggu bermula semalam untuk membantu siasatan.
Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad, suspek bagaimanapun masih dirawat di Hospital Batu Pahat kerana patah kaki dan diletakkan di bawah kawalan pihak polis.
"Kami masih menyiasat kes ini termasuk dakwaan individu tertentu seperti disiarkan di laman sosial Facebook kononnya ada bayi lain yang mati sebelum ini ketika berada di bawah jagaan suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, semalam.
Din berkata, mayat Lim Xiu Yao, ditemui di sebalik pokok hiasan di kawasan Tasik Y di sini jam 7 malam kelmarin oleh orang awam yang sedang berjoging di sekitar tasik itu.
Menurutnya, sebelum itu, bapa mangsa, Lim Aik Zheng, 38, pergi ke rumah suspek di Taman Bandar di sini pada hari Rabu jam 9 malam untuk mengambil anaknya, namun mendapati Xiu Yao dan suspek tiada di rumah.
"Dua anak suspek yang berada di rumah memberitahu Aik Zheng, ibu mereka keluar bersama Xiu Yao ke Tasik Y sejak awal pagi lagi.
"Aik Zheng kemudian bergegas mencari mereka di Tasik Y kira-kira jam 10 malam setelah gagal menghubungi suspek menerusi telefon. Namun mereka tiada di situ," katanya.
Din berkata, keesokan paginya selepas mendapat berita suspek dimasukkan ke Hospital Batu Pahat kerana patah kaki, bapa bayi itu terus ke sana untuk bertanyakan di mana anaknya.
"Suspek memberitahu dia keluar bersama Xiu Yao ke Tasik Y seawal jam 4.30 pagi untuk menampal iklan bagi menawarkan khidmat mengasuh.
"Menurutnya, tiba-tiba dia ditarik masuk ke dalam kereta oleh tiga lelaki tidak dikenali Ketika itu Xiu Yao masih berada di dalam keretanya," katanya.
Din berkata, suspek mendakwa dia berjaya melepaskan diri ketika sampai di jalan berdekatan Stadium Batu Pahat, namun dalam keadaan panik itu dia terjatuh dan kakinya patah.
Aik Zheng yang bimbang keadaan bayinya segera membuat laporan polis setelah berasa curiga dengan cerita suspek.
"Bagaimanapun mayat bayinya ditemui beberapa jam kemudian," katanya.
Menurut Din, kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya menghubungi balai polis berdekatan.
Sementara itu, ibu bayi malang berkenaan, Tan Hui Kheng, 35, tidak menyangka suspek sanggup berbuat demikian terhadap bayinya.
"Saya sungguh terkilan dengan insiden ini, saya belum puas tatap wajah anak saya. Jika benar suspek yang melakukannya, saya amat berharap pihak polis dapat mengheretnya ke muka pengadilan," katanya dengan nada sebak.
Dengan peratusan undian yang agak tinggu berbanding kumpulan yang lain, Hujan berjaya mengungguli senarai kumpulan yang lain untuk bergelar juara pada malam tadi.
Persembahan Hujan malam tadi sememangnya tidak boleh disangkal akan kehebatan mereka lebih lebih lagi dengan kemunculan mengejut Dato' Siti Nurhaliza sebagai duet khas.
Hujan membawa pulang plaque kemenangan Versus selain wang tunai RM200,000 sebagai ganjaran utama selaku juara keseluruhan.
Seperti yang dijangka ramai, hanya salah seorang daripada duo popular Johan Raja Lawak dan Zizan Razak bakal membawa pulang gelaran juara selain hadiah materialistik yang lainnya.
Dalam persaingan pentas akhir Super Spontan yang baru sahaja berakhir, Zizan Razak telah disahkan sebagai juara mutlak mengalahkan enam peserta lain termasuk Johan Raja Lawak.
Kemenangan Zizan Razak pada malam ini membolehkan beliau membawa pulang sebuah kereta Toyota Camry dan wang tunai RM100,000.
Pas, pantang ada bekas-bekas pegawai tertinggi kerajaan masuk ke partinya, dia canang habih satu Malaysia!
Macamlah kemasukkan depa tuh punyai signifikan yang tinggi kepada parti. PAS mungkin mengharapkan puak-puak ni bocorkan rahsia-rahsia kerajaan yang mereka tahu ketika bertugas dalam kerajaan. So senanglah nak kumpul fakta untuk dimanipulasikan untuk disebarkan waktu PRU nanti.
Errmm..takde pulak bekas-bekas pegawai nak join PKR dan DAP..apasal pulak eek? Parti lain takde kredibiliti sehebat Pas kah? Atau pemimpin pemimpin sebenarnya bangang dan lurus bendul mudah dimanipulasikan pada masa depan?
SHAH ALAM - Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof menyerahkan borang menyertai Pas - pegawai kanan kedua menyertai parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu dalam tempoh dua minggu ini.
Laporan Harakah Daily menyebut penyertaan beliau menyertai Pas menambah bilangan tokoh pentadbir dan teknokrat yang menyertai parti itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Nik Zain menyandang jawatan Ketua Setiausaha kementerian dari 1998 hingga 2002.
Beliau menyerahkan borang menyertai Pas kepada Presiden Datuk Seri, Abdul Hadi Awang di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Dua minggu lalu, Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menyertai parti itu.
Dalam satu pertemuan dengan Sinar Harian dan Sinar Harian Online Rabu lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya akan menerima penyertaaan ramai bekas pegawai kanan kerajaan.
Katanya, salah seorang daripada mereka adalah "bekas KSU" dan namanya akan diumumkan di Alor Setar sempena Perhimpunan Hijau.
Perhimpunan Hijau menggantikan muktamar tahunan yang ditangguhkan bagi membuat persiapan menghadapi PRU13.
Beliau telah pun mempunyai 15 juta peminat di Twitter.
Tetapi semalam Kim Kardashian mengucapkan terima kasih kepada dua juta 'sexy beast' yang mengikuti beliau di akaun Instagram, salah satu lagi laman sosial di Internet.
Biatang realiti yang berusia 31 tahun itu menganugerahkan penyokong-penyokongnya dengan memuatnaikkan gambar seksinya yang hanya memakai pakaian dalam, boot tinggi dan jaket kulit.
Sebelum itu, Kim Kardashian telah memuat naik gambarnya dalam keadaan basah sambil menarik-narik seolah-olah mahu menunjukkan baju dalamnya yang berwarna merah.
Kim turut menjadi gadis penyeri untuk majalah Esquire edisi Amerika Latin. Di dalam twitternya, beliau tidak sabar untuk berkongsi keseluruhan aksi-aksinya di dalam majalah tersebut.
Muka depan majalah tersebut telah pun dimuat naik ke blog beliau. Anda berani melihat Christina Perri lebik seksi? Klik SINI
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
1. Bangsa Melayu diseluruh negara adalah pengamal agama Islam. Selaras dengan Islam adalah agama resmi yang dianuti turun temurun. Pegangan terhadap agama Islam sangat menebal, justeru ada kalangan pemimpin dan parti politik mempergunakan agama untuk menarik simpati dan sokongan.
2. Dalam pada mendapatkan sokongan pengikut banyak perkara yang dijanjikan oleh pemimpin politik bahkan ada diantara mereka mengeluarkan fatwa yang bukan-bukan, bukan dari ajaran Islam sebenar. Ada antara mereka sanggup menipu untuk meraih simpati.
3. Allah maha besar. Ada antara dosa yang diperbuat Allah berikan balasan dan azab diakhirat kelak, namun ada juga yang Allah tunjukkan di dunia ini juga.
4. Dalam klip di atas, Nizar, pemimpin Pas mantan Menteri Besar Perak (sementara) sangat terkenal dengan pembohongannya akhirnya Allah tunjukkan (perhatikan di 0:11). Beliau yang ingin katakan .....'petanda kejatuhan UMNO...' akhirnya telah dipesongkan lidahnya lalu diucapkan.....'petanda kejatuhan Pas...'
5. Marilah kita 'amin-kan' beramai-ramai. Semoga apa yang Allah ingin tunjukkan, iaitu kejatuhan Pas akan menjadi kenyataan. Umat Islam di Malaysia sudah tida redha dengan perbuatan mempolitikkan agama oleh pemimpin-pemimpin Pas ini.
6. Apa logik akalnya bahawa mengundi Pas akan masuk syurga? Apakah Allah itu hanyalah milik pengikut Pas sahaja? Apakah Pas itu parti yang diturunkan Allah sebagaimana agama Islam? Hanya mereka yang hitam hatinya saja yang percayakan itu semua.
Memang mengejutkan bila Himpunan Hijau yang merupakan himpunan Pas terbesar selepas himpunan Bersih3 menjadi medan pemimpin sendiri menghentam parti. Siapa lagi kalau bukan si Nizar wakil Pas dari Perak ini.
Dalam ucapantamanya, si Nizar telah tersasul dengan menyebut sepintas lalu petanda kejatuhan Pas disemua peringkat dihadapan beribu-ribu penyokong Pas didalam stadium Darul Aman.
Mungkin selepas ini, ada mulut yang akan menuduh si Nizar agen UMNO dan anggota cawangan Khas 'Special Branch' sehingga tergamak mengeluarkan ayat sedemikian.
Memang Nizar ini selalu membuat sensasi. Semasa PRK Tenang, Johor, dia membuat fatwa.. Haram mengundi Umno, awal minggu ini pula menghina Sultan Johor, dengan mendakwa DYMM Johor itu menggunakan wang rakyat untuk mendapatkan nombor kereta WWW1.
Nizar bukan sahaja menghentam Umno/BN malah partinya sendiri. Dah miring barang kali.. semenjak kehilangan Jawatan MB pada Februari, 2009.
Dalam Gambar juga... nampaknya pada PAS kini... pergaulan antara Lelaki dan wanita dah dibolehkan.Cuba tengok gambar ini betul2.. apa bezanya dengan gambar bawah!!!
Hari ini berlangsung satu Himpunan Hijau anjuran PAS yang diadakan di Stadium Darul Aman, Kedah. Sasaran kehadiran yang digembar gemburkan ialah 100,000 orang.
Surat pekeliling telah lama dihantar oleh Setiausaha Agung PAS sejak 19 Mei lepas meminta ahli-ahli PAS hadir bagi memenuhkan stadium sebab kalau ada sedikitpun ruang kosong alamatnya hasrat nak meniru Gelombang Merah tak kesampaian.
Tajuk surat bunyinya mengarut dan terdesak betul. Kerahan Ahli PAS Ke Himpunan Hijau menuju Putrajaya. Ini dah nama paksaan dah macam kerahan tenaga kalau tak ikut sama tiket syurga ditarik balik agaknya.
Nampak seperti terdesak sangat nak lawan Gelombang Merah yang menghimpunkan lebih 100,000 rakyat dan penyokong UMNO di Stadium Bukit Jalil.
Mengikut maklumat rakan-rakan banyak juga bas-bas yang parking di sekitar Stadium Darul Aman, betul ke? T-shirt free dan elaun serta upah wang kehadiran pun ada. Biar betul. Bukankah benda sebegitu kerap puak PAS kaitkan dengan UMNO?
Seperti kita sedia maklum, kapasiti tempat duduk Stadium Darul Aman ialah lebih kurang 32,000 dan sekiranya ruang berdiri tingkat atas dan ruang pejalan kaki setiap pintu dan ruang depan dipenuhi, total kapasiti akan menjadi sekitar 35,000 orang.
Bagi stadium size biasa seperti Stadium Darul Aman jika semua ruang duduk, ruang padang dan olahraga stadium dipenuhi tanpa sedikitpun ruang kosong jumlah hampir 50,000 orang lebih logik, itupun dalam keadaan berhimpit-himpit dan sukar untuk bergerak.
Kot kalau ada mamat haprakdaily kata 60,000 berhimpun atas padang dan 44,000 ribu lagi duduk di kerusi sedia ada itu namanya kebanyakkan hadirin dalam keadaan berlaku tindih menindih atas perut dan atas kepala.
Kot ye pun nak cukupkan 100,000 orang kira biarlah logik dek akal, kan nampak sangat menipu namanya.
Entah dari mana dia dapat statistik 60,000 orang boleh duduk atas padang dan trek olahraga stadium, mengarut sungguh. Satu meter persegi sepuluh orang berhimpit-himpit jantan betina ka?
Setakat maklumat rakan-rakan, paling tinggipun 60,000 orang yang hadir itupun termasuk yang berada di luar stadium. Angka yang hampir tepat mungkin lagi kurang dari itu.
Dengar kata hujan mencurah-curah di Alor Setar Kedah tatkala petang tadi betul ke? Harapnya tidaklah, sebab kalau betul ada berlaku hujan automatik acara itu akan dikenali sebagai Himpunan 100,000 Katak Hijau.
Tapi hujan adalah rahmat, bukan begitu? Ya, rahmat hanya bila hujan turun waktu program PAS tapi dianggap bala bila hujan turun tatkala majlis anjuran UMNO berlangsung. Dwi standard itu biasalah dalam politik kepartian yang memperalatkan agama, tak gitu?
BERMULA dengan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang melahirkan hasrat untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRI-13) nanti, seorang lagi daripada golongan ulama iaitu Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberikan isyarat yang sama.
Bagaimanapun kita tidak boleh menyatakan bahawa pendirian mereka ini suatu yang pasti atau tidak kerana akhirnya keputusan muktamad terletak kepada parti. Namun ini tidak bermaksud kita tidak berhak untuk menghitung nasib golongan ulama di dalam Pas dalam pilihan raya umum akan datang.
Sememangnya, kedudukan golongan itu menjadi perhatian sama ada mereka akan menjadi calon majoriti atau sekadar ditempatkan dalam kelompok yang kecil untuk bertanding di kawasan-kawasan luar bandar (kampung-kampung).
Semua orang tahu bahawa biar pun Pas suatu ketika memperkasakan kepimpinan ulama namun slogan berkenaan boleh dikatakan hampir tidak kedengaran lagi, apa yang kita sering dengar kini adalah Pas Untuk Semua (Pas For All) .
Justeru timbul persoalan sejauh manakah suara ulama akan memainkan peranan penting dalam penentuan calon bagi Pas dalam PRU-13 nanti. Sama ada penyokong Pas hendak mengakui atau tidak, suara ulama di dalam parti itu sudah semakin menipis.
Segalanya berlaku sejak Pas bersekutu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, malahan pemilihan parti itu tahun lalu sudah menjadi bukti bagaimana golongan ulama tidak begitu lagi diharapkan untuk menjadi peneraju utama dalam mencapai cita-cita politik Pas mencapai kejayaan cemerlang dalam pilihan raya.
Mungkin atas dasar itu juga, Abdul Hadi ketika diminta mengulas mengenai kejayaan calon-calon profesional menduduki jawatan utama dalam parti itu menganggap, ''inilah barisan pilihan raya Pas." Sememangnya Abdul Hadi tidak mampu berbuat apa-apa bagi menghalang penguasaan golongan ulama semakin luntur dalam parti itu. Biar pun Pas mempunyai Dewan Ulama atau Majlis Syura yang seharusnya menjadi pakar rujuk kepada sebarang tindakan politik Pas tetapi sejauh manakah badan-badan berkenaan berfungsi?
Apa yang menarik dari semasa ke semasa suara ulama yang lantang memperjuangkan sesuatu perkara atas nama kebenaran semakin dihalangi dengan cita-cita politik Pas. Sebab itulah kita melihat bagaimana Dr. Hasan Ali biar pun menjadi Exco Kerajaan Negeri Selangor beliau akhirnya disingkirkan, begitu juga dengan nasib Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa yang dikatakan semakin tidak menentu kerana dilihat cenderung kepada usaha bekerjasama dengan UMNO.
Ramai pemerhati politik melihat, penguasaan golongan profesional bagi jawatan-jawatan utama dalam Pas akan turut mempengaruhi keputusan parti itu dalam penentuan calon-calon dalam pilihan raya umum akan datang.
Ini memandangkan, golongan profesional mungkin sudah merasakan masanya sudah tiba bagi mereka menguasai parti itu manakala golongan ulama hanya bertindak sebagai penasihat sahaja.
Mengulas perkara ini, penganalisis politik, Ahmad Masrizal Muhammad berkata, sesuatu yang menarik untuk diperhatikan dalam isu ini ialah bagaimana pengaruh pemimpin profesional dalam Pas membuat keputusan terbaik memilih calon untuk partinya dan setakat mana kumpulan aliran agama sanggup berkompromi.
Menurut beliau, secara strategiknya, peminggiran terhadap kumpulan berlatarbelakang agama dilakukan dalam beberapa situasi.
''Pertama, ia dibuat berdasarkan kepada faktor lokaliti iaitu kumpulan itu tetap akan menjadi taruhan terutama dalam kawasan yang majoriti Melayu konservatif namun bagi kawasan Melayu di bandar utama, pasti kumpulan ini tidak akan diberi peluang. Kumpulan profesional akan lebih diutamakan.
''Kedua, peminggiran berlaku dalam situasi kepimpinan struktural parti. Jawatan-jawatan utama yang strategik akan dipastikan diproksikan kepada kumpulan bukan aliran agama. Ini adalah lebih merbahaya kerana ia akan ada kaitan dengan hala tuju, dasar dan orientasi parti," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, dalam hal ini jika jawatan-jawatan utama parti dipegang oleh kumpulan profesional maka adalah tidak mustahil dalam pilihan raya umum nanti kita akan dihidangkan dengan lebih ramai calon-calon Pas yang bukan daripada aliran agama kerana sudah pasti mereka akan campur tangan menentukan calon-calonnya.
'' Jawatan utama mereka dalam parti adalah modal untuk mereka bertegas dalam membuat keputusan penting parti seperti calon-calon pilihan raya. Majlis Syura pun nampaknya sudah semakin menipis imunitinya. Inilah wajah dan warna baru pas di era kepimpinan profesional dengan tagline 'Pas For All'," katanya.
Namun apa pun yang hendak dilakukan oleh Pas, mereka tidak harus melupakan jasa golongan ulama yang bukan sahaja bertanggungjawab menubuhkan parti berkenaan tetapi juga meletakkan Pas pada tahap sekarang.
Bermula dengan hanya menangi satu kerusi dalam pilihan raya, Pas kini sudah berupaya memerintah dua negeri iaitu Kelantan dan Kedah serta suatu ketika pernah menawan Terengganu. Semua itu berlaku kerana jasa dan pengorbanan golongan ulama yang disifatkan oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr.Haron Din sebagai juruterbang.
Malahan dalam satu wawancara dengan lidah rasmi Pas, Haron pernah mengingatkan bahawa sejak Pas ditubuhkan pada 1951, ia adalah sebuah parti Islam yang tujuan utamanya untuk melaksanakan tuntutan Allah bagi mengislamkan masyarakat dan negara.
Selain itu, Haron juga menyentuh bagaimana dalam era kepimpinan ulama, pencapaian besar perjuangan yang diletakkan atas landasan Islam bagi menuju matlamat, keagungan dan memartabatkannya menjadi perjuangan yang memikat hari majoriti umat Islam.
Tetapi itu dulu, Haron bercakap dalam wawancara yang disiarkan 15 Mei 2009, namun sekarang Pas sudah berbeza,. Matlamat negara Islam sudah tidak lagi menjadi sasaran parti itu dan ini kemungkinan akan disusuli dengan peminggiran konsep kepimpinan ulama secara terancang.
Ia terjadi kerana keterujaan Pas yang lebih bersikap terbuka dalam berpolitik merebut kekuasaan. Keterujaan inilah yang memungkinkan Pas sanggup berkompromi dan bersekongkol dengan PKR dan DAP biar pun banyak tindak-tanduk kedua-dua parti itu dilihat bertentangan dengan perjuangan Pas.
Oleh itu bagi penyokong-penyokong golongan ulama dalam Pas mereka perlu sedar tentang ancaman yang sedang dihadapi oleh golongan berkenaan menjelang pilihan raya umum akan datang. Seperti mana kita ketahui golongan ulama bukannya kumpulan yang semakin kuat dalam Pas malah semakin luntur kekuatan mereka.
Tanpa menduduki jawatan penting dalam parti kecuali Abdul Hadi yang menjadi Presiden, golongan ulama dalam Pas tidak boleh bersuara banyak. Selama ini pun kita sudah lihat bagaimana apabila ada ulama yang cuba bersuara lantang hatta dalam soal agama sekali pun mereka akan mendapat kritikan daripada dalam Pas sendiri.
Oleh itu, kata-kata kononnya golongan ulama akan menjadi jurupandu kepada perjuangan politik Pas hanyalah omong kosong dan nasib golongan itu akan terus terpinggir dalam pilihan raya umum akan datang.
Jika golongan ulama mahu memperkukuhkan semula kedudukan mereka dalam parti itu, mereka harus mematikan calon daripada golongan itu paling ramai menjadi calon kerana jika tidak percayalah haluan perjuangan Islam yang dipelopori oleh ulama pada 1951 hanya akan tinggal sekadar catatan sejarah. - Klik sini
PENGANJURAN program 'Himpunan Hijau Ke Putrajaya' di Stadium Darulaman di Alor Setar, Kedah semalam, mengundang kelucuan bagi sesetengah rakyat negeri ini yang masih tidak lupa apa yang dilaungkan oleh pakatan pembangkang kira-kira lebih sedekad lalu.
Ketika Putrajaya mula dibuka oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekitar 1999, parti pakatan pembangkang bersama Pas menjaja dakyah-dakyah antaranya ia adalah mega projek oleh kerajaan yang membazir dan menghabiskan duit rakyat.
Justeru, kesemua parti yang bersekongkol dalam pakatan itu memburuk-burukkan Putrajaya hingga ke tahap mahu ia dilelong sahaja.
Namun kini, lain pula ceritanya, 'ibarat cakap tak serupa bikin' dahulu mahu Putrajaya dilelong tetapi sekarang mereka pula yang 'terhegeh-hegeh' dan 'tergila-gilakan' Putrajaya.
Sungguh melucukan kerana amat jelas, apa yang diperkatakan oleh pemimpin mereka sejak dahulu (dan hari ini sebahagian pemimpin itu masih lagi hidup) adalah ibarat meludah ke langit lalu terkena muka sendiri.
Tapi tidak mengapalah, semua orang mempunyai hasrat atau impian dan mungkin pemimpin parti pembangkang tidak berfikir panjang ketika mengeluarkan kenyataan mahu melelong Putrajaya dan hari ini mereka tiba-tiba insaf kepentingan Putrajaya lalu mahu memilikinya.
Hakikatnya, ia menunjukkan satu lagi pengajaran bahawa Pas sentiasa tidak konsisten dalam apa jua dilakukan sama ada dasar negara Islam, negara kebajikan, perjuangan hukum hudud atau tidak dan sebagainya. Biar rakyat menilai.
Dalam satu majlis di Dewan wawasan Jitra, Kedah baru-baru ini, Dr. Mahathir berkata:
"Dulu depa mahu lelong Putrajaya tapi sekarang berjuang nak ke Putrajaya, saya sebenarnya nak belikan loceng kepada (Datuk Seri) Nik Aziz (Abdul Aziz) untuk dia guna waktu lelong," kata Dr. Mahathir berseloroh sambil disambut dengan sorakan daripada orang ramai.
Apapun begitulah Pas, yang mana rakyat negeri ini sudah puas 'geleng kepala' sejak 2008 apabila melihat satu persatu isu, masalah dan kontroversi timbul akibat kelemahan pentadbiran kerajaan negeri.
Sejak isu pelantikan Exco yang menyaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak 'dipantau' oleh jawatankuasa pemandu Pas Pusat, pergolakan dalaman masih berlaku hingga ada pemimpin Pas negeri yang mahu agar orang muda diberi laluan memegang jawatan itu jika Pas memenangi semula Kedah.
Ini menunjukkan isu tersebut belum selesai bahkan kerajaan negeri tidak sudah-sudah berdepan dengan pelbagai masalah antaranya isu krisis kewangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) hingga menyebabkan para pelajar dan kakitangannya teraniaya.
Ketika ini, Pas sering mendabik dada berbangga dengan Kuin yang mempunyai kursus-kursus pengajian seperti Syariah, Usuludin, Bahasa Arab dan Muamalat tetapi fakta sebenar ialah Kuin adalah projek yang dimulakan oleh Barisan Nasional (BN) sebelum Pas mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri.
Kuin di bawah Pas menghadapi banyak masalah antaranya kenaikan mendadak yuran pengajian pelajar dari RM60 ke RM200 sejam kredit, kegagalan menjelaskan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), potongan zakat dan ansuran bank bagi perumahan dan kenderaan walaupun gaji pekerja dipotong setiap bulan untuk tujuan tersebut.
Selain itu, kursus perubatan yang baru diperkenalkan juga tidak mendapat sambutan sewajarnya.
Ketika pembangkang kononnya mahu menuju ke arah pendidikan tinggi percuma, Kuin pula mengenakan caj RM25 seorang bagi membuat pemeriksaan terhadap sesi kemasukan pelajar.
Selain itu, Kuin menetapkan RM150 hingga RM250 seorang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di Kuin sahaja, sedangkan pemeriksaan itu boleh dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dengan kos RM20 dan di klinik swasta sekitar RM70 seorang.
Rakyat juga tertanya-tanya apabila isu-isu tender terbuka terhadap beberapa projek kerajaan negeri juga masih gagal dijawab sewajarnya oleh kerajaan negeri. Mungkin ada baiknya jika Pas Kedah mencermin diri sendiri kerana begitu beria-ia mahu menawan Putrajaya sedangkan mentadbir kerajaan negeri dalam keadaan 'lintang pukang' dan dihimpit pelbagai masalah.
Apapun, Himpunan Hijau Ke Putrajaya itu bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana pengisiannya adalah aktiviti biasa seperti ceramah-ceramah rutin Pas sebagai usaha untuk menguatkan momentum mereka kononnya bagi menawan Putrajaya yang terletak kira-kira 470 kilometer dari Stadium Darulaman.
Sebab itu, sasaran kehadiran 100,000 orang ke perhimpunan mulai pukul 4.30 petang hingga ke 9 malam itu, tidak tercapai atau menjadi sesuatu yang boleh dipertikaikan. - Klik sini
BUAT sebuah negara demokrasi seperti Malaysia, ada 2 cara dimana undang-undang digubal dan diterima pakai sebagai rujukan dinegara ini. Yang pertama sudah tentulah melalui Parlimen, dimana ahli-ahli Dewan Rakyat yang dipilih akan duduk bersidang dan menentukan undang-undang.
Cara yang kedua ialah apabila sesuatu kes diputuskan di Mahkamah tertinggi negara (Mahkamah Persekutuan) yang mungkin berlainan daripada undang-undang asal dari yang diluluskan di Parlimen. Ini adalah amalan biasa di negara-negara bekas jajahan British. Undang-undang seumpama ini dipanggil Law of the land.
Dalam kedua-dua di atas, dimana para peguam terlibat? Melainkan peguam itu adalah ahli Parlimen, maka jawapannya ialah tarak, yilek.
Justeru, amat menggelikan hati bila ada 2 peguam (seorang dipanggil pakar perundangan) yang memberikan pandangan bahawa Akta Hasutan tidak sepatutnya digunakan dalam kes Nizar memfitnah Sultan Johor kerana kononnya menggunakan wang rakyat untuk membida nombor plat WWW1, seperti disiarkan Malaysian Insider hari ini.
Tidak setakat itu, salah seorang dari mereka yang juga orang kuat Majlis Peguam, Syahredzan Johan dipetik sebagai berkata "This Act must go. It is against democracy and one's constitutional freedom of expression and speech" (Undang-undang itu mesti dihapuskan. Ia bertentangan dengan demokrasi dan kebebasan berucap dan menyuarakan pendapat dalam perlembagaan).
Persoalannya sekarang lu dua orang sapa?
Keputusan untuk menghapuskan sesuatu undang-undang atau tidak perlu dibuat di platform yang betul iaitu Parlimen atau Mahkamah Persekutuan, bukan di tangan lawyer cabuk yang tak seberapa tapi dah diagung-agung sebagai pakar dan sebagainya.
Kalau rakyat memilih kerajaan sekarang, bermaksud mereka bersetuju (secara kolektif) dengan apa juga tindakan yang dibuat oleh wakil mereka di parlimen. Kalau rasa nak buang atau kekalkan undang-undang, perlulah berdasarkan suara rakyat, bukan suara peguam yang tak berapa belas ribu orang tu.
Tak tahu bila ianya bermula, tapi kelihatannya peguam hari ini sudah rasa diri mereka lebih bagus mengatasi segala yang lain. Sebab itulah segelintir dari mereka yang kemudian membentuk Majlis Peguam, beraja dimata bersultan dihati.
Nak cakap pasal keadilan tapi polis pukul perusuh, depa kondem, perusuh pukul, terbalikkan kereta polis, depa buat tak nampak, keadilankah itu?
Balik pada soal Nizar tadi, kalau bukan menghasut apa yang kita nak gelarkan tindakan Nizar tu? Adakah itu nak dipanggil setia? Toksah nak perbodohkan atau perlekeh sistem beraja di Malaysia inilah, setiap kelompok perlukan ketua dan ketua negara ini ialah Sultan dan Raja, terimalah hakikat itu.
Kalau Nizar boleh setia dan patuh kepada DAP, kenapa dengan institusi beraja dia boleh buat main-main? DAP ada nama dalam rukun negarakah?
Tak payah faham undang-undang pun boleh tahu semua ni. Peraturan yang direka manusia saja yang menjadikan peguam nampak 'somebody', itu pun dalam Mahkamah saja, luar mahkamah, lu orang sama macam orang lain jugak.
Baru-baru ini Timbalan Pengerusi Suruhajaya Piliharaya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengumumkan bahawa penggunaan bahan kempen berbentuk karikatur tidak dibenarkan pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) ini.
Katanya, tindakan tersebut diputuskan bagi mengelak sebarang unsur fitnah yang dilukis pada karikatur tersebut memandangkan ia boleh direka-reka mengikut kehendak akal dan mampu menjurus kepada bentuk tohmahan yang tidak benar.
Maka ekoran pengumuman itu, maka melentinglah Zunar, seorang kartunis upahan pembangkang yang mencari rezeki mencipta persepsi dan fitnah berbentuk sindiran di dalam karikaturnya.
Reaksi itu adalah normal bagi mereka yang cari makan dengan kartun-kartun fitnah seperti Zunar dan rakan-rakannya.
Meskipun begitu, ia juga satu keputusan yang agak mengecewakan saya kerana saya sebelum ini banyak melihat kartun-kartun yang berbentuk positif, informatif dan berfaedah yang diterbitkan oleh pelbagai agensi kerajaan bagi menafikan dakyah kartun Zunar dan konco-konconya.
Bagaimanapun, saya terpaksa menghormati keputusan SPR tersebut memandangkan salah satu tanda sikap bertamadun ialah mematuhi undang-undang yang ditetapkan. Dalam konteks ini, saya perlu patuh pada keputusan SPR itu.
Namun, khabarnya Zunar sudah mengeluarkan kenyataannya semalam mengenai pengumuman SPR tersebut dan dia menegaskan bahawa dia tetap mahu meneruskan kempen PRU ke-13 kali ini dengan karikatur-karikatur karyanya bagi menentang BN.
Pasa saya, reaksi sebegitu pun sudah dijangkakan. Maklumlah, puak-puak Pakatan Haram sememangnya tidak bertamadun, menggunakan undang-undang rimba dan memang suka melanggar undang-undang yang ditetapkan.
Persoalannya, jika Zunar berdegil dan mahu SPR membatalkan keputusan itu, apakah Zunar sanggup menerima risiko buruk dari pembatalan tersebut?
Sekiranya dibatalkan keputusan SPR itu, Zunar sudah tentu akan lebih giat mengeluarkan karya-karya fitnah dan tohmahan dengan agenda hasutan jahat bagi mempengaruhi rakyat Malaysia untuk membenci BN.
Sudah pasti Zunar akan menggunakan kartun-kartunnya menggarap persepsi buruk terhadap para pemimpin BN pada PRU ke-13 ini.
Namun, apakah Zunar sanggup berhadapan dengan kartun-kartun yang bakal diterbitkan oleh para penyokong BN nanti?
Apakah Zunar sanggup melihat para penyokong BN melukis gambar-gambar aksi panas Anwar, Azmin, Shamsidar, China Doll, Siam Doll, Mat Sabu, Normah dan lain-lain pemimpin Pakatan Haram?
Bagaimana nanti kalau para penyokong BN mengeluarkan kartun dalam versi rakaman video pendek yang menceritakan bagaimana modus operandi Anwar menghilangkan diri selama 2 jam dan beraksi bersama China Doll?
Bagaimana pula nanti jika wujud pula komik bersiri mengenai rentetan kisah Anwar yang beraksi panas dengan Shamsidar sambil makan "ais krim" sebagaimana yang diceritakan oleh Nallakarupan menerusi koleksi-koleksi videonya?
Apa kata kalau para penyokong BN mengeluarkan karikatur Zunar sendiri yang mempamerkan dirinya menerima upah lumayan dan "Siam Doll" dari agen Yahudi untuk memburuk-burukkan para pemimpin BN dan UMNO?
Kalau karikatur-karikatur sedahsyat itu dikeluarkan oleh para penyokong BN dan Pakatan Haram pada PRU ke-13 nanti, apakah Zunar sanggup menanggung dosa para pelakunya?
Jelas sekali akal Zunar "pendek". Dia tidak merenung jauh tentang keputusan SPR itu dan tidak tahu untuk menilai yang mana satu baik dan yang mana satu yang buruk.
Agak memalukan apabila Zunar bersikap seperti keanak-anakan apabila gagal memahami sesuatu larangan yang mampu memberikan kebaikan kepada kedua-dua belah pihak. Agaknya, Zunar sudah kehabisan idea untuk menyerang kerajaan, mungkin…
Semalam, aku nampak Kadiaq pi Himpunan Hijau Ke Stadium Darulaman...tapi dia tak pakai bow tie macam biasa...dia pakai songkok dan berbaju Melayu...
Ada budak PAS tu kata.."Tu Kadiaq tu...dia tertinggal bow tie kat rumah ke?"...bunyi sindiran...
Kawan dia menyampuk..."Aku dengar dia pakai bow tie tadi..tapi bila Azizan jegil biji mata kata dia...terus dia tukar pakai baju Melayu.." heh!
Tu la yang aku dengaq semalam...
Errr..actually semalam aku menyusup masuk ke himpunan tu... lecah! Habis kasut aku kena selut..aku dok berdiri tengah padang semalam...
Nak tahu apa cerita yang aku dapat semalam? Heh...takpa..baca dulu apa yang kawan-kawan aku cerita...nanti aku cerita pulak dari kaca mata aku...gambaq pun ada...heh!
Himpunan BN Pilihan Orang muda. Cecah 15k orang di Jitra, Kedah.. Tak payah import orang luar. Walaupun dewan ni penuh. Mc tak sampai hati nak letak 100k.. Rasa macam tak logik la pulak..
Mai kita tengok laporan dari dua portal pro pembangkang..yang mana betul dan yang mana pulak kelentong.
Ini laporan dari Malaysiakini..
Ini laporan dari harakah..
Buat pertama kali Mc bersetuju dengan laporan dari Malaysiakini. Pelik pula kali ni Malaysiakini melaporkan perkara yang tepat. Sedangkan harakah dengan bangga dan muka tak malunya menipu rakyat Malaysia, apabila menulis angka 100 ribu. Mana mungkin stadium kapasiti 40 ribu boleh muat 100 ribu orang. Umpama peruk nasi boleh masuk 1 kilo tapi dok bohong kata masak nasi 10 kilo, mana logik akal fikiran manusia.
Nak bohong pun agak-agak laa.. sudah la harakah memang terkenal dengan kaki fitnah, ditambah pulak dengan pembohongan yang nyata, alamatnya yang menulis harakah ni umpama takdak agama dah.
Untuk laporan kehadiran Himpunan Hijau di Stadium Darulaman, Alor Setar, pembaca boleh rujuk kat SINI dan SINI.
McTheory: Apabila pembohong lawan penipu.. jawapannya penyapu saja la.. heh..
KANTOI!!! Geng blogger di sana memberitahu yang kebanyakan ahli PAS yang datang adalah dari negeri Nik Aziz dari Kelantan. PAS Kedah sudah hilang ahli. Dikhabarkan ada lebih kurang 20 buah bas membawa ahli PAS dari serata ceruk kampung di Kelantan.
Adui orang PAS ni cakap besar lah tak kena bayar lah, tak kena angkut lah. Kan dah kantoi busuk sendiri. Sendiri kentut sendiri cium la. Rupanya import je semua tu.
Rakan blogger JawaBer6 membongkarkan kes angkut-angkut ni.. cehh.. angkut pun tak sampai juga 100 ribu orang.. apa dahh.. hehe..
Semalam Mc dan rakan-rakan Team Media Kedah bersama dengan puak Pas di dalam Himpunan Hijau. Mc ke sana hanyalah untuk mengambil gambar dan tunjukkan pada rakyat Malaysia apa yang terjadi di himpunan hijau raksaksa Pas.
Pada permulaannya, Pas target kehadiran 100 ribu orang keatas. Tapi apakah hasrat mereka tercapai? Mari kita tengok.
Azizan Razak pembuka majlis.. bosann..
Bekas pengacara TV Al-Hijrah.. syok sendiri..
Artis ayam pencen..
Bawah ni pula lautan manusia yang tak berapa nak jadi laut.. sebelum Mc komen banyak-banyak, sila tengok gambar sendiri.
awat kosong kat tengah tuu..
ishh budak-budak di latih untuk jadi tegar Pas..
Tengok belakang tu.. penuh kaa?
Macam lapang saja pun..
Tengok sendiri..
Tempat VIP pun tak penuh..
Ini geng Pas brutal punya.. hardcore habis.. he he..
Nak layan gambar lagi, boleh sambung tengok kat SINI.
Puak Pas kata Himpunan Hijau depa ni berjaya.. ishh.. Mc taktau nak kata apa. Depa target 100 ribu orang.. tapi apa yang Mc tengok dengan mata Mc sendiri, tak mungkin kehadiran serupa ni boleh capai sampai 100 ribu. Celah mana nak kira nak bagi sampai 100 ribu pun Mc tak tau.
Mc ada tengok gambar-gambar di blog geng sebelah sana. Banyak yang di edit dari yang betui. Malah ada artikel yang kata sambutan Himpunan Hijau ni cecah 100 ribu orang. Muntah darah Mc baca..nak bohong pun agak-agak la.. stadium Darulaman tempat duduk hanya 40 ribu orang.. campur tengah padang dan luar padang dalam lingkungan 45 ribu atau 50 ribu saja.
Bila ada yang tulis sampai 100 ribu orang tuu.. nampak sangat la pemohong besaqnya.. bawa-bawa la mengucap bro..
Paling best semalam, bila masa nak kutip derma, berduyun-duyun orang lari keluar dari stadium.. rasanya puak Pas pun dah malas nak bagi derma lagi kat pemimpin depa. Pemimpin Pas naik kereta besar sebab makan duit derma, pengikut dan penyokong naik kancil la sebab habih dok kena kikih.. he he..
McTheory: Derma PRU tak sudah-sudah.. dah 4 tahun dok kutip derma PRU.. berjuta dok ada dah..
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan