Isnin, 28 Mei 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Kerabu Bersuara ®

Posted: 28 May 2012 03:27 PM PDT

Oleh: Abdul Hadi Awang

MEMILIH pemimpin negara adalah amanah besar dalam Islam, yang disebut Ulil Amri. Al-Quran mengesahkan semua rasul menentang sekeras-kerasnya ajaran yang memartabatkan pemimpin kerajaan sehingga dianggap Maha Suci daripada segala kesalahan.

Di zaman keemasan umat Islam menjadi kuasa besar dunia, setiap Uli al-Amri yang dinamakan Khalifah diharamkan bersikap Maha Suci seperti Tuhan Yang Maha Esa (ALLAH S.W.T).

Rasulullah S.A.W bersabda: "Ketaatan terhadap pemimpin hanya dalam perkara yang baik". Ucapan ini adalah mentafsirkan perintah ALLAH yang dihayati di masa baginda sendiri menjadi ketua negara dan wajib diikuti oleh umatnya.

Ucapan Abu Bakar R.A apabila dipilih menjadi ketua negara selepas wafatnya Rasulullah S.A.W: "Wahai tuan-tuan! saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu, padahal saya bukannya orang yang terbaik di kalangan kamu."

"Sekiranya saya dalam keadaan yang baik tolonglah saya, sekiranya saya dalam keadaan yang buruk perbetulkan saya. Benar adalah amanah, bohong adalah khianat..." Beginilah juga ucapan setiap pemimpin yang dilantik selepasnya.

Amalan sistem pemerintahan Islam yang dibukukan dan dicatit oleh para ulama Islam daripada semua mazhab menjadi kajian para orentalis.

Kitab-kitab seperti Muqaddimah Ibn Khaldun, Ahkam Sultaniyyah, Adab al-Wazir dan lain-lain diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah mempengaruhi perkembangan Demokrasi Moden yang diamalkan oleh negara Barat.

Walaupun mereka menerima dengan fahaman sekularisme yang dianut, memisahkan politik daripada agama, namun pengaruh inilah yang mewujudkan sistem pilihan raya yang adil dengan memberi hak kepada rakyat menjadi hakim terhadap kerajaan dan para pemimpin kerajaan yang boleh dijatuhkan sekiranya berlaku kesilapan atau kelemahan dalam mentadbir negara, rakyat pula diberi hak dalam urusan pemerintahan secara beradab.

Sistem yang adil ini menggantikan revolusi rakyat secara berdarah yang banyak berlaku seperti di England, Perancis dan lain-lain. Akhirnya terciptalah demokrasi moden dengan mewujudkan pilihan raya yang adil.

Bagi mewujudkan penghakiman yang adil oleh rakyat melalui pilihan raya, maka rakyat diberi kefahaman yang benar berkenaan pilihan raya.

Mereka benar-benar memahami hak mereka dengan larangan tegas secara undang-undang terhadap ugutan, sogokan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Pihak media diletakkan sebagai saksi yang melaporkan semua pihak kepada rakyat yang menjadi hakim, sama ada pihak kerajaan yang dituduh atau pihak pembangkang yang menuduh.

Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah badan yang bebas bagi mengendalikan urusan pilihan raya mengikut sistem pemisahan kuasa di antara badan kehakiman, perundangan dan pentadbiran yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W ketika menegakkan negara contoh di Madinah.

Sistem ini diterima oleh semua parti Islam di seluruh dunia termasuk Pas, yang ditubuhkan daripada gerakan tajdid dan islah kerana demokrasi moden menjadi medan politik paling sesuai dengan Islam yang mengutamakan secara damai.

Keseluruhan negara Barat dan termasuk negara komunis sekarang telah berubah, menerima sistem demokrasi pilihan raya yang adil, sehingga tidak ada parti dan pemimpin kerajaan boleh mendabik dada bahawa mereka Maha Suci daripada segala sifat kekurangan dan tidak ada kesilapan langsung.

Sistem demokrasi moden ini menjadikan parti kerajaan dan pemimpinnya sentiasa berwaspada dan sedia ditolak dan dihukum oleh rakyat, maka berlakulah perlumbaan yang sihat bagi melakukan yang baik dan menolak yang munkar, menjadikan riadah yang menjadikan hak rakyat dan kerajaan sentiasa sihat kerana silih berganti apabila berlaku setiap kelemahan dan para pemimpin sangat berhati-hati menunaikan amanah.

Di Amerika pernah dibatalkan kemenangan seorang presiden dalam peristiwa yang terkenal dengan nama skandal Water Gate. Di England pula menjatuhkan kerajaan kerana skandal salah seorang menteri kabinetnya dengan pelacur yang berkait dengan perisikan negara asing.

Di India membatalkan kemenangan seorang perdana menteri kerana menyalahgunakan jentera kerajaan dan banyak lagi. Di zaman kini banyak negara yang dibelenggu dengah sistem dictatorship terpaksa berubah kepada sistem demokrasi pilihan raya yang adil.

Negara kita Malaysia yang tercinta ini mengalami sistem demokrasi menuju ke arah yang lebih buruk dan memalukan. SPR yang tidak bermaya untuk melakukan reformasi demokrasi yang sebenar kerana tidak diberi kuasa yang sebenar mengikut takrif demokrasi dan tidak berlaku pemisahan kuasa yang sebenar.

Kedudukannya berada di bawah siapa parti yang memerintah mengikut arahan secara nyata dan sulit bagi mengekalkan sistem satu parti seperti negara komunis, secara agenda yang diatur begitu rupa.

Media arus perdana sebelah pihak yang menutup minda rakyat mengetahui segala kelemahan kerajaan, seolah-olah menjadikan kerajaan itu Maha Suci sepanjang hayat seolah-olah tidak ada ajal dan tidak ada hari kiamat.

Daftar pengundi yang tidak masuk akal seperti jumlah isi rumah laksana sebuah kampung dan penduduk kampung yang ramai laksana satu daerah kerana terlalu gelojoh mangambil pengundi bagi menjamin kemenangan parti yang sedang memerintah walaupun sudah banyak senarai penyelewengan sehingga dilupai yang telah berlaku sebelumnya tanpa tindakan yag adil.

Politik wang yang membarah ke dalam parti kerajaan dan masuk pula ke dalam rakyat, ke lapangan pilihan raya umum.

Semua yang berlaku adalah kemungkaran yang mencalarkan imej Islam yang menjadi agama negara mengikut perlembagaan dan banyak kemunkaran yang wajib dicegah dan kezaliman yang wajib disanggah.

Pas wajib menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia dengan memberi kefahaman yang betul kepada penganut Islam dan memperkenalkan Islam kepada bukan Islam, bagi mengajak kepada makruf dan mencegah kemunkaran kerana Rasulullah S.A.W mewajibkan kepada setiap orang Islam menyampaikan mesej sebenar, menyatakan yang benar dan mencegah kemunkaran mengikut kemampuan masing-masing dengan tangan, lidah dan perasaan benci dalam hati.

Demonstrasi aman yang menjadi salah satu daripada amalan demokrasi moden adalah salah satu cara menunjukkan kebencian dalam hati.

Rasulullah S.A.W mengizinkan para sahabatnya keluar beramai-ramai daripada persembunyian mereka di Makkah selepas Islamnya Hamzah dan Umar R.A bagi menunjukkan sikap mereka terhadap pamimpin Makkah yang zalim secara terbuka dan aman tanpa senjata.

Ketika berada di Madinah dan telah wujud negara yang berkuasa, tiba-tiba Rasulullah S.A.W bersabda kepada para sahabatnya, menyebut peristiwa lama berlaku sebelum dilantik manjadi Rasul:

"Aku pernah dibawa oleh bapa-bapa saudaraku ke rumah Abdullah bin Judaan bagi mengadakan Halaf Fudul (persefahaman dan kerjasama) bagi membela mereka yang dizalimi dan menentang mereka yang zalim secara bersama. Sekiranya perkara ini dibawa kepadaku sekarang nescaya aku menyertainya."

Rasulullah menerima secara positif segala sifat yang baik secara fitrah yang ada dalam diri manusia termasuk bukan Islam, sehingga menghargai keluarga Hatim al-Toei seorang pemimpin kabilah yang suka menolong dan meraikan tamu di zaman jahiliyyah dan banyak lagi contoh yang lain.

Bersih adalah gabungan kerjasama NGO berbagai agama dan parti-parti politik pelbagai ideologi yang menganjurkan demonstrasi aman bagi membantah pilihan raya yang mengotorkan amalan demokrasi di Malaysia, ramai kalangan mereka tidak terlibat secara langsung dalam pilihan raya, tetapi sifat fitrah manusia yang bencikan zalim, tipu dan lain-lain.

Pas berpendapat bahawa BN telah banyak menyeleweng daripada konsep demokrasi yang adil. Umno sendiri telah lama merosakkan imej Islam. Ajaran Islam meletakkan politik adalah amanah besar yang diamalkan para Rasul seluruhnya, tiba-tiba dikotori dengan banyak perkara yang memalukan seperti menyalahgunakan kuasa secara penipuan dan zalim bukannya bertahan dengan akhlak yang mulia.

Amanah politik dijadikan peluang mengumpul harta dan menaikkan pangkat, bukannya amanah yang wajib ditunaikan. Harta dan kuasa dijadikan senjata mengugut rakyat, laksana dajjal yang zahir di akhir zaman, menawarkan kesenangan untuk pengikutnya sahaja, sesiapa yang tidak mengikutnya menerima padah.

Akhirnya Pas wajib mencegah kemungkaran besar yang sedang berlaku ini, hujah lebih kuat lagi apabila membaca amanat Rasulullah S.A.W:

"Sama ada kamu menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran atau berdiam diri, nescaya orang-orang yang jahat memerintah kamu, lalu orang-orang yang baik berdoa, tiba-tiba doanya tidak diperkenankan oleh ALLAH". Sabdanya lagi: " Menyatakan yang benar kepada kerajaan yang zalim adalah jihad paling afdal ".

Pas tidak membenarkan para ulamanya menjadi syaitan bisu yang berdiam diri terhadap kebenaran di hadapan mata yang wajib ditegakkan dan kemunkaran nyata yang wajib ditegah, Pas tidak mengizinkan para ulamanya menjadi burung kakak tua yang bercakap hanya mengikut apa yang diajar oleh tuannya sahaja dan tidak mampu menilai sendiri.

Adapun alasan berlakunya kekacauan selepas itu, adalah disebabkan salah laku kerajaan terhadap perhimpunan aman seperti melarang berhimpun di padang Dataran Merdeka yang menjadi tempat berhimpun dan provokasi pihak yang diadakan sendiri atau diizin oleh kerajaan sendiri.

Sikap tidak adil melantik kumpulan penyiasat yang ditunjukkan oleh satu pihak kerajaan sahaja adalah cara yang tidak bermoral untuk menegakkan keadilan yang sebenar.

Lebih tidak adil lagi apabila adanya tangkapan selepas bersurai dan menyeksa mereka yang ditangkap, dimaki hamun dan sebagainya.

Ini bukan cara yang bijak untuk mempertahankan kerajaan, bahkan cara menggali lubang sendiri untuk jatuh dengan cara memalukan. Bukan sahaja menjadi sunnah alam dan nas al-Quran dan hadith, serta doa mereka yang dizalimi pasti diperkenan ALLAH walaupun daripada seorang yang bukan Islam.

Akhirnya, kalau bangsa Melayu masih bersama Umno yang tidak menegakkan Islam yang sebenar, berlakulah amaran Allah:
وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ ( 38
Maksudnya: Sekiranya kamu berpaling (tidak mahu menegakkan agama kamu) nescaya Allah menukarkan kaum lain, kemudian mereka tidaklah seperti kamu. (Surah Muhammad: 38).

* Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Pas

DIALOG RAKYAT

Posted: 28 May 2012 03:11 PM PDT

Harga Minyak Dunia Turun Tetapi Harga RON97 Masih Sukar Diturunkan Seperti Yang Dijanjikan?

Posted: 28 May 2012 04:11 AM PDT

Staff Berita Semasa 

Harga Minyak Turun1 Harga Minyak Dunia Turun Tetapi Harga RON97 Masih Sukar Diturunkan Seperti Yang Dijanjikan?

Ketika ini harga minyak  dunia menunjukkan trend menurun. Sudah beberapa kali harga minyak dunia mengalami penurunan harga tetapi yang menjadi persoalan kami ketika ini bilakah masa dan ketikanya kerajaan bertindak menurunkan harga minyak RON97 seperti masa kerajaan sendiri yang memberikan ketetapkan mahu mengapungkan harga minyak mengikut pasaran semasa? 

Harga minyak dunia turun sejak April 2012 sehinggalah Mei 2012 tetapi harga minyak RON97 masih tetap "utuh" dan dilihat "sukar" untuk diturunkan oleh pihak kerajaan sebaliknya hanya berita kenaikan harga minyak RON97 yang didengar setakat ini.(naik 10 sen lagi) yang kedengaran oleh rakyat Malaysia.

Minyak mentah jenis West Texas Intermediate @Light Sweet Crude oil (yang diperdagangkan di AS) turun sebanyak 0.14 peratus menjadikannya US$90.72 setong ketika ini. Sementara minyak mentah jenis Brent North sea (diperdagang di London) pula turun sebanyak 0.13 % kepada US$106.80 setong. Malah, penurunan harga minyak dunia itu turut diikuti dengan pengukuhan dolar Amerika Syarikat.

P/S : Diharap kerajaan mempertimbangkan untuk mengkaji semula harga minyak RON97 dan ditetapkan berdasarkan harga semasa dunia ketika ini. Jika harga minyak RON97 boleh dinaikkan dengan kadar segera tanpa notis awal ketika harga minyak dunia melambung tinggi, mengapa tidak "budaya" tersebut diaplikasikan sama kepada ketika harga minyak dunia mula menurun. Apa respon anda pula?

Tunku Aziz: Saya dipaksa keluar DAP 'dengan lembut'

Posted: 28 May 2012 04:05 AM PDT

Fairuz Jumain dan Nurul Aini Mohamed Ali

PETALING JAYA - Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menegaskan beliau dipaksa keluar dari parti itu dengan cara 'paling lembut' ekoran kenyataannya berhubung Bersih 3.0 bulan lalu.

Menurutnya, kenyataan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng baru-baru ini yang mengatakan beliau tidak akan dihukum parti hanyalah separuh benar.

Katanya, beliau dipaksa keluar kerana kenyataannya itu menyukarkan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR), dan menyebabkan namanya sebagai Senator tidak akan dilantik semula.

"Penasihat, Lim Kit Siang datang dua kali ke rumah saya, pada 27 dan 30 April, dengan cara yang paling 'lembut'. Pada tahap ini saya ingatkan Kit Siang bahawa saya tidak masuk Pas atau PKR.

"Saya sokong Bersih tapi saya tidak sokong tindakan mereka yang mahu melanggar undang-undang negara iaitu merempuh Dataran Merdeka," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Tunku Abdul Aziz juga mendakwa DAP memanipulasikan kenyataan dan pendirian beliau berhubung Bersih 3.0.

Katanya, beliau menyokong Bersih 3.0 untuk mendapatkan pilihan raya yang adil dan tujuan beliau menyertai DAP bukan untuk menyertai demonstrasi jalanan.

"Saya tidak menyokong cara mereka menggunakan demonstrasi jalanan bagi menuntut perkara tersebut," ulas beliau.

Katanya, demonstrasi jalanan tidak sepatutnya diadakan dalam memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil.

"Kalau mereka melanggar undang-undang, saya tidak akan memberi sokongan. Saya memberi sepenuh sokongan untuk kempen bagi mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil. Saya sokong 100 peratus," kata beliau.

Katanya beliau menyertai DAP selepas mendapat jemputan daripada Kit Siang dan tidak pernah mengharapkan sebarang balasan.

"Saya melihat yang perjuangan parti DAP memberi peluang kepada saya untuk memperjuangkan dan menghapuskan rasuah di kalangan pihak kerajaan dan pihak lain," katanya.

"Saya tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti selepas ini," tegas beliau.

Katanya lagi, sebelum ini beliau sudah dua kali cuba untuk meletak jawatan tetapi apabila dipujuk dan memikirkan semangat setiakawan, beliau menarik kembali hasrat tersebut.

Tunku Aziz secara rasmi meletakkan jawatan sebagai Naib Pengerusi DAP pada 14 Mei lalu.

Salehuddin Disambut Meriah Masyarakat Cina Johor

Posted: 28 May 2012 04:03 AM PDT

Keputusan YB Salahuddin Ayub untuk balik bertanding di negeri Johor mendapat sokongan dan dokongan daripada pengundi masyarakat Cina. Sokongan ini telah dizahirkan kepada YB Salahuddin pada satu majlis makan malam bersama masyarakat Cina Gelang Patah di Restoran Pekin Sutera.

Rata-rata masyarakat Cina yang hadir menyatakan kegembiraan mereka dengan keputusan yang diambil YB Salahuddin untuk kembali ke negeri Johor. Walaupun baru membuat keputusan untuk bertanding di Johor dan belum lagi dimuktamadkan kerusi yang ingin ditandingi, terdapat segelintir masyarakat Cina sudah memberikan harapan kepada YB Salahuddin untuk memimpin perubahan di negeri Johor seterusnya menjadi Menteri Besar di negeri ini.

Dalam ucapan beliau kepada hadirin yang hadir, YB Salahuddin jelas menyatakan bahawa kepulangan beliau ke kancah politik Johor bukan kerana elaun ataupun pangkat tetapi kerana ingin membela nasib rakyat Johor.

"Saya mengambil keputusan untuk bertanding di tempat kelahiran saya ini. Jika difikirkan untuk mengekalkan elaun ahli parlimen, lebih baik saya kekal bertanding di Kelantan. Namun itu bukan segalanya bagi saya kerana perjuangan rakyat negeri Johor adalah lebih penting kepada saya"

"Saya diminta bertanding di Kelantan dahulu kerana saya pada waktu itu menjadi Ketua Pemuda PAS Malaysia. Parti melihat saya perlu berada di dalam dewan parlimen maka saya dihantar bertanding di Kelantan. Namun untuk pilihanraya umum pada kali ini, saya telah menyatakan keazaman saya untuk bertanding di Johor. Saya akan membantu rakyat negeri saya ini menentang kezaliman yang berlaku", jelas beliau lagi yang menyebabkan hadirin berdiri memberikan tepukan atas ucapannya itu.

Dalam pada itu, majlis makan malam yang dianjurkan DAP Gelang Patah itu berjaya mengumpulkan lebih 1,600 orang masyarakat Cina. Majlis makan malam ini dianjurkan di Restoran Pekin yang turut dihadiri oleh YB Dr. Boo Cheng Hau, YB Tian Chua dan YB Teng Cheng Kim. -nusajaya

Budaya Ganas Semakin Menular Menjelang Pru 13

Posted: 28 May 2012 04:01 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengecam keras tindakan segelintir pihak yang melakukan provokasi melampau dan keganasan dengan membaling batu, telur dan botol air ke arah hadirin dalam ceramah yang dianjurkan oleh PKR di perkarangan pangsapuri di Lembah Pantai semalam sehingga beberapa orang penonton tercedera. Ceramah itu turut dihadiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Nurul Izzah Anwar, YB Tian Chua dan Shamsul Iskandar Mohd Akin.

DPPWP merasa kecewa kerana masih ada rakyat yang bersikap tidak bertamadun dengan menolak kebenaran melalui maklumat yang disampaikan oleh Pakatan Rakyat. Mereka yang seperti ini tidak ubah seperti 'haiwan' yang tidak mampu menggunakan akal untuk berfikir sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk menggagalkan ceramah tersebut.

Apa yang lebih dikesali adalah gangguan tersebut berlaku di dalam kawasan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, YB Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. DPPWP melihat beliau telah gagal dalam memastikan keselamatan terhadap orang awam dalam program yang diadakan di dalam kawasannya.

Insiden ini juga memperlihatkan seolah-olah ada pihak merasa amat cemas dengan kebangkitan rakyat dan gerun mendengar pendedahan demi pendedahan mengenai skandal pemimpin-pemimpin UMNO yang semakin terbongkar. Mungkin mereka ini tidak boleh menerima hakikat bahawa mereka telah ditolak oleh rakyat sehingga terpaksa melakukan apa sahaja demi memastikan penerangan dan maklumat tidak sampai kepada rakyat, hatta terpaksa mencederakan orang awam.

Apa yang membimbangkan adalah insiden keganasan seperti menyimbah cat merah, melempar bom petrol, membaling batu ke arah kenderaan pemimpin PR menghalang dan memukul orang ramai, mengugut dan lain-lain kerap berlaku akhir-akhir ini. DPPWP risau jika keganasan terhadap rakyat menjadi budaya yang dicipta menjelang PRU ke 13 sebagai strategi terdesak pihak tertentu.

Untuk itu, DPPWP mendesak kerajaan membuat siasatan lanjut terhadap insiden ini dan mereka yang bertanggungjawab melakukan keganasan ini perlu diheret ke mahkamah. DPPWP mahukan jaminan keselamatan terhadap rakyat supaya insiden serupa tidak berulang di masa akan datang dan hak rakyat untuk menikmati kebebasan berhimpun, dan mendapat maklumat tidak terhalang.

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Saifuddin: Lepasan SPM boleh ke IPT berdasarkan pengalaman kerja

Posted: 28 May 2012 03:59 AM PDT

SINAR HARIAN

Datuk Saifuddin Abdullah

 

 

TEMERLOH - Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang kurang cemerlang berpeluang melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi berdasarkan pengalaman kerja atau perniagaan masing-masing.
  
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata peluang berkenaan adalah selaras dengan agenda kerajaan mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
  
"Kerajaan akan mewujudkan satu kaedah kelulusan baharu dengan mengambil kira pengalaman kerjaya serta perniagaan seseorang lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi termasuk di universiti," katanya.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada 16 pelajar cemerlang SPM yang mengikuti Program Empower di bawah kendalian Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di sini, hari ini.
  
Saifuddin menjelaskan pendekatan baharu itu diharap dapat melahirkan tenaga kerja mahir setanding dengan status negara maju dan seterusnya mampu menjayakan agenda rakyat berpendapatan tinggi.

Katanya Jawatankuasa Kabinet Mengenai Modal Insan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyediakan instrumen mengukur kelayakan atau 'Akreditasi Pembelajaran Pengalaman Masa Lalu' sebelum memilih calon lepasan SPM mengikuti pengajian tinggi.
  
"Selain pengalaman kerjaya dan perniagaan, antara kriteria yang turut diambil kira termasuk pengalaman kursus keusahawanan dan kemahiran yang diambil oleh calon dari institusi kemahiran seperti GiatMara," katanya.
  
Saifuddin berkata konsep itu sama seperti pembelajaran sepanjang hayat itu sebenarnya sudah lama diamalkan di negara maju.
  
Beliau berkata lebih 80 peratus tenaga kerja di negara ini hanya memiliki kelulusan SPM dan ia bukan satu pencapaian yang baik dari segi memenuhi kriteria rakyat negara maju. - Bernama

Cerita Politik: Apa pula kata ibu, ayah?

Posted: 28 May 2012 03:57 AM PDT

SINAR HARIAN SHAH ALAM – Tidak dapat dinafikan, anak-anak yang bijak bercakap politik sebenarnya dipengaruhi cara didikan di rumah.

Salwa Said, 35, percaya anakanak perlu tahu apa yang sedang berlaku dalam negara.

"Sebagai ibu, saya dedahkan hal berlaku dalam negara kepada anak-anak. Mereka perlu kenal pemimpin negara tidak kira pembangkang atau tidak sebab saya percaya, cara begini dapat memupuk semangat sayangkan negara dalam diri anak bila dewasa.

Katanya, dia tidak pernah menolak memberi penerangan kepada anak-anak mengenai hal politik kerana kanak-kanak memang perlu ambil tahu dan perlu tahu.

"Kalau anak saya yang berusia lapan tahun bertanya hal politik, contohnya kenapa pemimpin itu tidak kawan dengan pemimpin ini, saya terangkan secara am," kata eksekutif pentadbiran itu.

Cara didikan berbeza digunakan Muhaini Mustafa, 43, yang bertugas di syarikat swasta.

"Saya dan suami tidak bercakap secara terbuka hal politik dalam negara depan anak-anak, tapi kalau mereka bertanya, saya terangkan untuk pengetahuan.

"Kami tidak akan tanamkan dalam jiwa anak-anak supaya sukakan pemimpin itu dan bencikan pemimpin ini, sebab ia akan hanya membentuk sifat negatif dalam jiwa anak," katanya.
Menurut Muhaini, anak-anak ada hak untuk tahu apa berlaku dalam negara dan mereka boleh membuat pilihan (parti politik) sendiri apabila telah layak.

Suri rumah, Susisafrianti, 37, pula tidak membenarkan anaknya yang berumur sembilan tahun terlalu fokus kepada politik kerana usia yang masih mentah untuk memahami dunia politik.

"Tunggulah dia besar sikit. Sekarang ni pun, kalau ada gambar- gambar tak elok ditayang di akhbar atau televisyen, memang saya tak bagi dia tengok," katanya. Susisafrianti berkata, anak-anak perlu diberikan ruang untuk membuat pilihan sendiri mengenai politik kerana pada usia muda, mereka hanya akan menuruti apa yang disuruh ibu bapa.

Lain pula bagi Mohd Ikram Md Nazir, 53, yang tidak mendedahkan anak kepada politik kerana dia sendiri tidak berapa minat dengan dunia politik.

"Saya sendiri pun tak ambil tahu sangat hal politik, jadi saya tak bercerita pasal politik dengan anak-anak," katanya.

Ditanya sama ada dia membenarkan anaknya menyertai politik, Mohd Ikram berkata, dia tidak akan menghalang jika itu menjadi pilihan anak-anaknya.

Matahari tegak di atas Kaabah petang ini

Posted: 28 May 2012 03:47 AM PDT

SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Umat Islam di negara ini berpeluang menyemak arah kiblat yang betul pada pukul 5.16 petang hari ini (waktu Malaysia) berikutan fenomena Istiwa' Matahari di atas Ka'abah, iaitu matahari akan berada tegak di atas Kaabah, di Masjidil Haram, Makkah.

Laman Facebook milik Observatori Negara Langkawi (NOL), di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, memberikan pautan www.falak-online.net yang menyebut matahari akan berada tepat di atas Kaabah dua kali setahun iaitu pada 5.16 petang 28 Mei dan juga pukul 5.28 petang 16 Julai.

Di Makkah, Arab Saudi, ia berlaku pada 12.16 tengah hari 28 Mei dan 12.28 tengah hari pada 16 Julai.

Laman sesawang itu juga memaklumkan cara menyemak arah kiblat iaitu dengan memacak kayu atau pancang di atas tanah yang tidak dilindungi sebarang pokok atau bangunan supaya bayang kayu yang dipacakkan itu dapat dilihat dengan jelas.

"Apabila tepat masanya, pastikan bayang-bayang yang ada jelas dan tidak dilindungi. Kemudian buat garisan bayang-bayang itu ke arah matahari supaya mendapat arah kiblat yang tepat, Insya Allah," menurut laman itu.- Bernama

Hadi: Sebab Pas sertai Bersih 1, 2 dan 3

Posted: 28 May 2012 03:43 AM PDT

Abdul Hadi Awang

Bersih 3.0

 

 

MEMILIH pemimpin negara adalah amanah besar dalam Islam, yang disebut Ulil Amri. Al-Quran mengesahkan semua rasul menentang sekeras-kerasnya ajaran yang memartabatkan pemimpin kerajaan sehingga dianggap Maha Suci daripada segala kesalahan.

Di zaman keemasan umat Islam menjadi kuasa besar dunia, setiap Uli al-Amri yang dinamakan Khalifah diharamkan bersikap Maha Suci seperti Tuhan Yang Maha Esa (ALLAH S.W.T).

Rasulullah S.A.W bersabda : "Ketaatan terhadap pemimpin hanya dalam perkara yang baik ". Ucapan ini adalah menafsirkan perintah ALLAH yang dihayati di masa baginda sendiri menjadi ketua negara dan wajib diikuti oleh umatnya.

Ucapan  Abu Bakar R.A apabila dipilih menjadi ketua negara selepas wafatnya Rasulullah S.A.W : "Wahai tuan-tuan ! saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu, padahal saya bukannya orang yang terbaik di kalangan kamu.

Sekiranya saya dalam keadaan yang baik tolonglah saya, sekiranya saya dalam keadaan yang buruk perbetulkan saya. Benar adalah amanah, bohong adalah khianat ......". Beginilah juga ucapan setiap pemimpin yang dilantik selepasnya.

Amalan sistem pemerintahan Islam yang dibukukan dan dicatit oleh para ulama Islam daripada semua mazhab menjadi kajian para orentalis.

Kitab-kitab seperti Muqaddimah Ibn Khaldun, Ahkam Sultaniyyah, Adab al-Wazir dan lain-lain  diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah mempengaruhi perkembangan Demokrasi Moden yang diamalkan oleh negara Barat.

Walaupun mereka menerima dengan fahaman sekularisme yang dianut, memisahkan politik daripada agama, namun pengaruh inilah yang mewujudkan sistem pilihanraya yang adil dengan memberi hak kepada rakyat menjadi hakim terhadap kerajaan dan para pemimpin kerajaan yang boleh dijatuhkan sekiranya berlaku kesilapan atau kelemahan dalam mentadbir negara, rakyat pula diberi hak dalam urusan pemerintahan secara beradab.

Sistem yang adil ini menggantikan revolusi rakyat secara berdarah yang banyak berlaku seperti di England, Perancis dan lain-lain. Akhirnya terciptalah demokrasi moden dengan mewujudkan pilihanraya yang adil.

Bagi mewujudkan penghakiman yang adil oleh rakyat melalui pilihan raya, maka rakyat diberi kefahaman yang benar berkenaan pilihan raya.

Mereka benar-benar  memahami hak  mereka dengan larangan tegas secara undang-undang terhadap ugutan, sogokan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Pihak media diletakkan sebagai saksi yang melaporkan semua pihak kepada rakyat yang menjadi hakim, samada pihak kerajaan yang dituduh atau pihak pembangkang yang menuduh.

Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya adalah badan yang bebas bagi mengendalikan urusan pilihanraya mengikut sistem pemisahan kuasa di antara badan kehakiman, perundangan dan pentadbiran yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W ketika menegakkan negara contoh di Madinah.

Sistem ini diterima oleh semua parti Islam di seluruh dunia termasuk Pas, yang ditubuhkan  daripada gerakan tajdid dan islah kerana demokrasi moden menjadi medan  politik paling sesuai dengan Islam yang mengutamakan secara damai.

Keseluruhan negara Barat dan termasuk negara komunis sekarang telah berubah, menerima sistem demokrasi pilihanraya yang adil, sehingga tidak ada parti dan pemimpin kerajaan boleh mendabik dada bahawa mereka Maha Suci daripada segala sifat kekurangan dan tidak ada kesilapan langsung.

Sistem demokrasi moden ini menjadikan parti kerajaan dan pemimpinnya sentiasa berwaspada dan sedia ditolak dan dihukum oleh rakyat, maka berlakulah perlumbaan yang sihat bagi melakukan yang baik dan menolak yang munkar, menjadikan riadah yang menjadikan hak rakyat dan kerajaan sentiasa sihat, kerana silih berganti apabila berlaku setiap kelemahan dan para pemimpin sangat berhati-hati menunaikan amanah.

Di Amerika pernah dibatalkan kemenangan seorang presiden dalam peristiwa yang terkenal dengan nama skandal Water Gate. Di England  pula menjatuhkan kerajaan kerana skandal salah seorang menteri kabinetnya dengan pelacur yang berkait dengan perisikan negara asing.

Di India membatalkan kemenangan seorang perdana menteri kerana menyalahgunakan jentera kerajaan dan banyak lagi. Di zaman kini banyak negara yang dibelenggu dengah sistem dictatorship terpaksa berubah kepada sistem demokrasi pilihan raya yang adil.

Negara kita Malaysia yang tercinta ini mengalami sistem demokrasi menuju ke arah yang lebih buruk dan memalukan. Surahanjaya Pilihan raya yang tidak bermaya untuk melakukan reformasi demokrasi yang sebenar kerana tidak diberi kuasa yang sebenar mengikut takrif demokrasi dan tidak berlaku pemisahan kuasa yang sebenar.

Kedudukannya berada di bawah siapa parti yang memerintah mengikut arahan secara nyata dan sulit bagi mengekalkan sistem satu parti seperti negara komunis, secara agenda yang diatur begitu rupa.

Media arus perdana sebelah pihak yang menutup minda rakyat mengetahui segala kelemahan kerajaan, seolah-olah  menjadikan kerajaan itu Maha Suci sepanjang hayat seolah-olah tidak ada ajal dan tidak ada hari kiamat.

Daftar pengundi yang tidak masuk akal, seperti jumlah isi rumah laksana sebuah kampung dan  penduduk kampung yang ramai laksana satu daerah kerana terlalu gelojoh mangambil pengundi bagi menjamin kemenangan parti yang sedang memerintah walaupun sudah banyak senarai penyelewengan sehingga dilupai yang telah berlaku sebelumnya tanpa tindakan yag adil.

Politik wang yang membarah ke dalam parti kerajaan dan masuk pula ke dalam rakyat, ke lapangan pilihan raya umum.

Semua yang berlaku adalah kemunkaran yang mencalarkan imej Islam yang menjadi agama negara mengikut perlembagaan dan banyak kemunkaran yang wajib dicegah dan kezaliman yang wajib disanggah.

Pas wajib menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia dengan memberi kefahaman yang betul kepada penganut Islam dan memperkenalkan Islam kepada bukan Islam, bagi mengajak kepada makruf dan mencegah kemunkaran kerana Rasulullah S.A.W mewajibkan kepada setiap orang Islam menyampaikan mesej sebenar, menyatakan yang benar dan mencegah kemunkaran mengikut kemampuan masing-masing dengan tangan, lidah dan perasaan benci dalam hati.

Demonstrasi aman yang menjadi salah satu daripada amalan demokrasi moden adalah salah satu cara menunjukkan kebencian dalam hati.

Rasulullah S.A.W mengizinkan para sahabatnya keluar beramai-ramai daripada persembunyian mereka di Makkah selepas Islamnya Hamzah dan Umar R.A bagi menunjukkan sikap mereka terhadap pamimpin Makkah yang zalim  secara terbuka dan aman tanpa senjata.

Ketika berada di Madinah dan telah wujud negara yang berkuasa, tiba-tiba Rasulullah S.A.W bersabda kepada para sahabatnya, menyebut  peristiwa lama berlaku sebelum dilantik manjadi Rasul:

"Aku pernah dibawa oleh bapa-bapa saudaraku ke rumah Abdullah bin Judaan bagi mengadakan Halaf Fudul  (persefahaman dan kerjasama) bagi membela mereka yang dizalimi dan menentang mereka yang zalim secara bersama. Sekiranya perkara ini dibawa kepadaku sekarang nescaya aku menyertainya."

Rasulullah menerima secara positif segala sifat yang baik secara fitrah yang ada dalam diri manusia termasuk bukan Islam, sehingga menghargai keluarga Hatim al-Toei  seorang pemimpin kabilah yang suka menolong dan meraikan tamu  di zaman jahiliyyah dan banyak lagi contoh yang lain.

Bersih adalah gabungan kerjasama NGO berbagai agama dan parti-parti politik pelbagai ideologi yang menganjurkan demonstrasi aman bagi membantah pilihan raya yang mengotorkan amalan Demokrasi di Malaysia, ramai kalangan mereka tidak terlibat secara langsung dalam pilihan raya, tetapi sifat fitrah manusia yang bencikan zalim, tipu dan lain-lain.

Pas berpendapat bahawa BN telah banyak menyeleweng daripada konsep demokrasi yang adil. Umno sendiri telah lama merosakkan imej Islam. Ajaran Islam meletakkan politik adalah amanah  besar yang diamalkan para Rasul seluruhnya, tiba-tiba dikotori dengan banyak perkara yang memalukan, seperti menyalahgunakan kuasa secara penipuan dan zalim bukannya bertahan dengan akhlak yang mulia.

Amanah politik dijadikan peluang mengumpul harta dan menaikkan pangkat, bukannya amanah yang wajib ditunaikan. Harta dan kuasa dijadikan senjata mengugut rakyat, laksana dajjal yang zahir di akhir zaman, menawarkan kesenangan untuk pengikutnya sahaja, sesiapa yang tidak mengikutnya menerima padah.

Akhirnya Pas wajib mencegah kemungkaran besar yang sedang berlaku ini, hujah lebih kuat lagi apabila membaca amanat Rasulullah S.A.W:

"Sama ada kamu menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran atau berdiam diri, nescaya orang-orang yang jahat memerintah kamu, lalu orang-orang yang baik berdoa, tiba-tiba doanya tidak diperkenankan oleh ALLAH".  Sabdanya lagi: " Menyatakan yang benar kepada kerajaan yang zalim adalah jihad paling afdal ".

Pas tidak membenarkan para ulamanya menjadi syaitan bisu yang berdiam diri terhadap kebenaran di hadapan mata yang wajib ditegakkan dan kemunkaran nyata yang wajib ditegah, Pas tidak mengizinkan para ulamanya menjadi burung kakak tua yang bercakap hanya mengikut apa yang diajar oleh tuannya sahaja dan tidak mampu menilai sendiri.

Adapun alasan berlakunya kekacauan selepas itu, adalah disebabkan salah laku kerajaan terhadap perhimpunan aman, seperti melarang berhimpun di padang dataran merdeka yang menjadi tempat berhimpun dan provokasi pihak yang diadakan sendiri atau diizin oleh kerajaan sendiri.

Sikap tidak adil melantik kumpulan penyiasat yang ditunjukkan oleh satu pihak kerajaan sahaja adalah cara yang tidak bermoral untuk menegakkan keadilan yang sebenar.

Lebih tidak adil lagi apabila adanya tangkapan selepas bersurai dan menyeksa mereka yang ditangkap, dimaki hamun dan sebagainya.

Ini bukan cara yang bijak untuk mempertahankan kerajaan, bahkan cara menggali lubang sendiri untuk jatuh dengan cara memalukan. Bukan sahaja menjadi sunnah alam dan nas al-Quran dan hadith, serta doa mereka yang dizalimi pasti diperkenan Allah walaupun daripada seorang yang bukan Islam.

Akhirnya, kalau bangsa Melayu masih bersama Umno yang tidak menegakkan Islam yang sebenar, berlakulah amaran Allah:

وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ ( 38
Maksudnya: Sekiranya kamu berpaling (tidak mahu menegakkan agama kamu) nescaya Allah menukarkan kaum lain, kemudian mereka tidaklah seperti kamu. (Surah Muhammad: 38).

* Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Pas

Masyarakat India bakal tolak BN dalam PRU13

Posted: 27 May 2012 10:22 PM PDT

Roketkini.com

KUALA LUMPUR: Menyedari nasib kaum India di Malaysia terus dipinggirkan oleh kerajaan UMNO-BN, kumpulan Malaysian Indian Voice (MIV) dan jawatankuasa bersama Barisan Bertindak Hak Kaum India (INDRAF 2.0) secara terbuka menyuarakan sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat.

Satu majlis rapat rakyat telah diadakan di Brickfields di sini semalam untuk menyatakan pendirian kaum India dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Menurut pengerusi MIV, V.Raidu, ia akan bekerja keras untuk menukar kerajaan di peringkat Putrajaya supaya kerajaan baru Pakatan Rakyat dapat membela nasib kaum India yang telah lama dipinggirkan kerajaan UMNO-BN yang tidak bertanggungjawab.

"Matlamat kita adalah untuk meningkatkan mutu hidup masyarakat miskin India dari sudut ekonomi, sosial, politik dan sebagainya termasuk dalam sektor kerajaan mau pun swasta," katanya.

Antara tuntutan NGO ini ialah isu pendidikan, hak kewarganegaraan, kad pengenalan, sosial dan ekonomi masyarakat India di samping menggesa kerajaan memupuk dan meningkatkan perhubungan antara kaum dengan menggubal Akta Hubungan Antara kaum dan Akta Perlindungan Minoriti.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang hadir pada majlis semalam berkata, kehadiran ribuan masyarakat India merupakan satu sejarah dalam menuntut perubahan demi generasi kini dan akan datang.

"Sejak 54 tahun di bawah UMNO-MCA-MIC, adakah kita dapat faedah? Yang paling beruntung adalah 'UMNOputra, MCAputra dan MICputra…" katanya.

Justeru, beliau menyeru semua pihak termasuk kaum India supaya menyokong tuntutan BERSIH 2.0 dan 3.0 yang menuntut agar politik kotor dihentikan serta-merta.

"Kita mahu satu mesyuarat diadakan dengan semua parti-parti politik untuk hentikan politik kotor. Kita juga mahu jaminan dari BN sekiranya mereka kalah, mereka dapat menerima kekalahan tersebut dengan baik dan menyerahkan kuasa secara aman," tambah beliau.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pula menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menolak UMNO-BN kerana mereka sering memainkan isu perkauman untuk memecahbelahkan kesatuan rakyat semata-mata  untuk menang pilihan raya.

"Isu perkauman ditaja sendiri oleh pemerintah dan mereka inilah pemerintah yang 'dajal' dan tidak berwibawa…." katanya disambut dengan tepukan gemuruh hadirin.

"Sepatutnya kerajaan mainkan peranan untuk satukan rakyat, bukan pecahbelahkan," ujarnya lagi, menambah bahawa beliau tidak akan berganjak bagi merubah politik Malaysia yang semakin kotor dengan politik perkauman.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, semua rakyat perlu menerima hakikat  bahawa semua kaum harus dihormati dan dimuliakan.

"Percayalah dengan pendirian Pakatan Rakyat. Ini bukan masalah orang India sahaja, ini masalah kita semua. Ini masalah negara," ujarnya.

Katanya, orang Melayu tidak akan rugi malah akan lebih dihormati kalau pemimpin menunjukkan sikap yang adil.

"UMNO tidak berhak untuk menafikan hak rakyat negara ini. Kerajaan UMNO-BN gagal untuk melindungi rakyatnya sendiri," ujarnya lagi.

Majlis INDRAF 2.0 berlangsung dengan aman dan berjaya menarik ribuan hadirin.

Antara wakil dan pimpinan NGO serta parti politik yang hadir serta memberi ucapan ialah bekas pemimpin UMNO Tamrin Ghaffar dan Datuk Mazlan Haron mewakili Amanah Merdeka; Datuk  Thasleem Mohamed mewakili Badan Hak Asasi Kaum India (NIAT) serta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr. P.Ramasamy, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah, EXCO Selangor Ronnie Liew, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo dan ramai lagi. – Roketkini.com

UMNO-BN merusuh jika Pakatan Rakyat menang pilihan raya?

Posted: 27 May 2012 10:19 PM PDT

 Oleh Fairuz Azhan

Baru-baru ini Tun Mahathir Mohamad telah memberikan satu kenyataan kononnya Pakatan Rakyat akan membuat rusuhan sekiranya BN memenangi PRU13. Bekas Perdana Menteri itu sepatutnya tanya Najib Razak sama ada BN mahu merusuh sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Bukankah Najib menyeru kepada semua ahli UMNO supaya mempertahankan Putrajaya dengan nyawa dan darah? Siapa sebenarnya akan merusuh jika kalah?

Sudah 12 pilihan raya umum negara ini sejak 1955, kesemuanya dimenangi oleh BN (dan sebelum 1974, oleh Perikatan – UMNO, MCA, MIC) menjadikan mereka kerajaan paling lama di dalam sejarah dunia, tetapi tak pernah pula berlaku rusuhan oleh oposisi.

Malah bila pembangkang menang lebih sedikit pada tahun 1969, pimpinan UMNO yang memprovokasi rusahan sehingga terjadinya peristiwa berdarah 13 Mei. Tetapi hingga hari ini UMNO dan para pecacainya masih menyalahkan orang lain.

Siapa samseng, siapa anti-demokrasi?

Rakyat sememangnya boleh melihat dan menilai di antara Pakatan Rakyat dan UMNO-BN, siapa yang anti-demokrasi, siapa lebih samseng, siapa yang lebih berkemungkinan untuk merusuh sekiranya kalah dalam PRU 13 nanti.

 Hampir setiap hari sejak kebelakangan ini, tanpa putus kita mendengar kisah-kisah lagak samseng UMNO dan para pecacai mereka yang membuat kacau dalam sebarang acara Pakatan Rakyat.

Apakah minda mereka cukup dangkal untuk menerima idea keluhuran proses demokrasi? Sudahlah Pakatan Rakyat tidak mendapat sebarang liputan langsung dalam media massa, bila buat majlis pun diserang, dipukul dan dibaling dengan batu. Inilah 'transformasi' Najib, daripada demokrasi yang sedang membangun kembali kepada zaman jahiliyah.

Amat malang sekali bahawa UMNO tidak mahu menjayakan sebuah demokrasi luhur atau setidak-tidaknya mempromosi demokrasi. Bila diajak debat isu-isu nasional, dia kata debat itu budaya barat. Sudahlah debat tak mahu, bila Pakatan mahu sampaikan mesej, dibaling batu, dipukul oleh samseng-samseng pro-UMNO. Inikah masa depan politik negara yang kita mahukan?

Belum kalah lagi, UMNO dan para pecacai sudah merusuh sana sini. Apatah lagi jika mereka kalah dalam PRU13 nanti. Apakah Najib bersama 'panglima ludah' dan 'pembuat kek tahi' akan mempertahankan Putrajaya 'hingga ke titisan darah terakhir'?

Atau adakah Mahathir sudah memberi isyarat kepada UMNO dan para pecacai untuk menghuruharakan negara mulai sekarang kerana sedar tanda-tanda berakhirnya pemerintahan UMNO-BN semakin jelas? – Roketkini.com

Samseng Umno kepung, cuba kasari pembantu Izzah

Posted: 27 May 2012 10:08 PM PDT

Oleh Mohd Martin Kahar

PETALING JAYA: Setiausaha Politik Pejabat Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memberitahu, beliau dikepung sekumpulan samseng Umno pada ceramah di pangsapuri Pantai Permai, Kuala Lumpur.

Menceritakan detik cemas itu, Fahmi berkata, kira-kira jam 9.00 malam, beliau berada berhampiran pondok keselamatan pangsapuri untuk menjawab panggilan telefon.

Menurut beliau, sekumpulan samseng yang berada di kawasan berhampiran telah menjerit memanggil namanya.
"Samseng mengherdik meminta saya datang kepada mereka. Saya tidak menghiraukan permintaan itu kerana sibuk melayan panggilan telefon.

"Mereka kemudian berjalan laju menghampiri saya. Untuk mengelakkan berlaku perkara tidak diingini, saya cuba beredar," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN .

Hadir sama, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Pengarah Operasi Jentera Pilihan Raya Parlimen Lembah Pantai, Md Zaman Md Tasi.

Bercerita lanjut, Fahmi berkata, ketika mahu beredar, samseng yang kebanyakan berbaju merah itu terus mengepung beliau dan mengherdik dengan kata-kata kesat.

"Mujurlah kehadiran Zaman ke kawasan itu menyelamatkan saya daripada diapa-apakan," kata Fahmi.

Sementara itu, Zaman berkata, samseng yang mengepung Fahmi adalah penduduk setempat tetapi setelah diberi amaran supaya tidak membuat kacau, kesemua mereka akur.

BN jangkakan PRU September ini, mula menggerakkan jentera pilihan raya

Posted: 27 May 2012 10:03 PM PDT

Oleh Jahabar Sadiq
Editor

 KUALA LUMPUR — Barisan Nasional (BN), sedang meneliti kemungkinan pilihan raya dijalankan pada Sepetember ini sebagai tarikh terawal dengan kerajaan mula menggerakkan jenteranya supaya memperolehi kemenangan besar dan Datuk Seri Najib Razak, menyemak senarai nama calon bagi 222 kerusi Parlimen dan 505 negeri dengan meletakkan calon yang sesuai, kata sumber. 

The Malaysian Insider telah melaporkan sebelum ini kemungkinan PRU akan diadakan seawal bulan Julai sebelum Ramadan bermula tetapi sumber BN berkata sebahagian kaji selidik menunjukkan BN perlu bekerja keras untuk kemenangan besar lebih-lebih lagi dengan 2.2 juta pengundi berdaftar akan mengundi buat kali pertama. Pilihan raya kali ini perlu diadakan sebelum April 2013 apabila mandat BN berakhir.

Difahamkan berdasarkan beberapa kaji selidik menunjukkan BN boleh memenangi sehingga 146 kerusi Parlimen dengan sekurang-sekurangnya 80 kerusi sudah pasti menang, lebih 140 yang dimenangi pada PRU 2008.

"Datuk Seri Najib Razak seorang yang amat berhati-hati dan beliau menyemak setiap senarai calon dan jumlah penyokong. Beliau akan mengarahkan kaji selidik untuk memastikan sokongan untuk pengundi baru," kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Sumber itu berkata, kaji selidik itu akan siap pada Jun dan strategi BN akan dibuat ketika Ramadan dan Syawal.

"Ramadan dijangka bermula pada 21 Julai dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Tarikh yang paling sesuai untuk pilihan raya adalah pada September sebelum musim Haji," kata sumber lain.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan pentadbiran Najib akan membentangkan bajet tahun hadapan dan kemudiannya membubarkan Parlimen. " Semua kemungkinan boleh berlaku tapi pilihan raya mungkin tidak berlaku sekarang," tambahnya.

Sumber telah mengesahkan kepada The Malaysian Insider pilihan raya pada Julai ada kemungkinan kerana barang-barang untuk tujuan itu sudah pun diimport dan disimpan di dalam gudang menunggu masa diedarkan. Beberapa Umno cawangan juga mula meletakkan bendera di pusat bandar di seluruh negara,

menjangkakan pilihan raya mengejut. Parti itu menguasai 138 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat dan semua negeri kecuali empat negeri ditadbir Pakatan Rakyat (PR).

Najib sendiri berkata kepada belia sewaktu perhimpunan di Putrajaya hujung minggu lalu bahawa BN adalah pilihan terbaik. Himpunan Jutaan Belia yang berlangsung selama tiga hari itu menarik kehadiran ribuan termasuk ucapan politik diselang-seli dengan konsert, aktiviti sukan, serta perlumbaan drag.

Pentadbiran Najib memfokuskan terhadap pelbagai demografi namun cadangan pemansuhan bantuan pinjaman oleh pembangkang memungkinkan sokongan terhadap belia berubah, kunci utama daftar pemilih yang terdiri daripada 20 peratus daripada 12 juta pengundi. Hampir 60 peratus daripada pengundi baru adalah pengundi Melayu, majoriti dominan di negara ini.

Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April menuntut pulihan raya adil dan bersih turut mengurangkan jumlah sokongan terhadap kerajaan dengan hampir 200,000 orang menyertai perhimpunan duduk bantah di ibu negara.

Najib pada 4 Mei telah menafikan spekulasi kononnya pilihan raya mungkin dilewatkan kerana Bersih 3.0, dan menegaskan tarikh pilihan raya akan ditentukan rakyat. "Tarikh pilihan raya bergantung kepada itu," katanya.

"Ia terpulang kepada rakyat. Kami akan memutuskan berdasarkan pengamatan rakyat terhadap kerajaan," tambah Najib.

Bersih, gabungan 84 NGO telah menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan sistem daftar pemilih untuk ketiga-tiga perhimpunan mereka pada 2007, dengan yang terakhir pada 28 April lalu yang mana ribuan peserta merempuh ke kawasan Dataran Merdeka yang telah diharamkan pihak berkuasa.

Pentadbiran Najib telah membentuk panel khas Parlimen selepas Bersih 2.0 dan telah mengemukkan 22 syor namun ditolak Bersih.

SPR semalam menafikan kaji selidik yang menunjukkan hampir separuh responden tidak mempercayai kredibiliti daftar pengundi, dengan menegaskan saiz sample terlalu "kecil" dan "rawak" untuk mewakili keseluruhan rakyat Malaysia.

Kaji selidik yang diumumkan Jumaat lalu oleh Merdeka Centre mendapati 92 peratus pengundi mahu daftar pemilih dibersihkan, dengan 48 peratus barsetuju data daftar pemilih tidak lengkap dan tepat.

Kerajaan Najib masih lemah, kata Dr M

Posted: 27 May 2012 10:00 PM PDT

Oleh Shannon Teoh

KUALA LUMPUR— Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberi amaran kepada Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau masih lagi memimpin kerajaan yang lemah, mengulangi pendirian supaya pilihan raya ditangguhkan sehingga selesai bulan puasa yang akan tamat pada Ogos.

Bekas perdana menteri itu dipetik Bloomberg dalam satu temuramah khas berkata, perdana menteri perlu menanggunhkan rancangan untuk mengadakan pilihan raya yang mesti dilakukan dalam masa setahun.

"Apabila lemah, beliau perlu berhadapan dengan kritikan. Tapi bila berhadapan dengan masalah ini, apa pun yang dibuat tidak akan cukup," kata bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) ini, dan menambah, Najib mewarisi perikatan yang lemah, yang mana memenangi pilihan raya 2008 dengan nisbah yang paling kecil sejak Merdeka.

 

Dr Mahathir: Temuramah Bloomberg. — Foto fail

Najib mengambil alih pemerintahan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada  April 2009, bagi mengurangkan rekod kekalahan 82 kerusi Parlimen dan lima negeru dengan pemerhati melihat dengan mengembalikan kuasa dua per tiga majoriti, Najib dijamin memegang kuasa yang besar.
 Najib telah melaksanakan beberapa pembaharuan demokrasi untuk memberikan lebih kebebasan kepada rakyat, namun pengkritik melihat ia hanyalah remeh dengan lebih banyak undang-undang lama digantikan.

Perdana menteri masih lagi menguruskan perhimpunan ketiga Bersih pada 28 April lalu dan pentadbirannya telah mengemukakan saman badan pemerhati pilihan raya tersebut minggu lalu kerana menyebabkan berlakunya kerasakan terhadap kenderaan kerajaan berpunca daripada pertembungan antara polis dan perusuh.

Polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air serta menahan 512 perusuh apabila menceroboh Dataran Merdeka dengan merempuh halangan pihak polis.

Kaji selidik Merdeka Center mendapati 92 peratus pengundi menuntut daftar pemilih dibersihkan sebelum pilihan raya dilaksanakan dengan 48 peratus melihat daftar pemilih sedia ada tidak lengkap.

Dr Mahathir turut berkata kepada akhbar tersebut Najib perlu mengambil lebih masa sebelum melaksanakan pilihan raya bagi memperoleh kemenangan daripada kaum Cina yang majoritinya menyokong pembangkang, Pakatan Rakyat.

Najib sebelum ini berkata piloihan raya bakal dilaksanakan "tidak berapa lama lagi" disamping khabar angin Parlimen akan dibubar sebelum sidang berikutnya Jun ini

Namun hari ini, The Malaysian Insider melaporkan BN sedang meneliti kemungkinan pilihan raya akan dilaksanakan pada September kerana kaji selidik dalaman mendapati parti itu mampu memenangi 146 kerusi Parlimen dengan sekurang-kurangnya 80 pasti menang, lebih 140 yang dimenangi pada 2008 tapi kurang 148 untuk majoriti dua pertiga majoriti.

Pentadbiran Najib memberikan fokus utama kepada demografi namun cadangan pemansuhan bantuan dana pinjaman pendidikan oleh PR mungkin mengakibatkan undi belia, kunci utama pengundi yang meliputi sekurang-kurangnya 20 peratus daripada 12 juta pengundi.

Hampir 60 peratus pengundi baru adalah Melayu, komuniti dominan di negara ini.

Najib umum insentif penjaja, peniaga kecil

Posted: 27 May 2012 09:56 PM PDT

SINAR HARIAN

Datuk Seri Najib Tun Razak

 

 

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak  mengumumkan beberapa insentif penting untuk golongan peniaga dan penjaja kecil termasuk menurunkan kadar bayaran pendaftaran kali pertama bagi perniagaan pemilik tunggal dan perkongsian kepada RM50 untuk tempoh lima tahun sekali gus.

Sebelum ini, penjaja dan peniaga kecil perlu membayar RM30 bagi pendaftaran perniagaan Pemilikan Tunggal dan RM60 bagi Perniagaan Perkongsian, yang perlu diperbaharui setiap tahun.

Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian diskaun sehingga 50 peratus terhadap kadar kompaun bagi pendaftaran lewat perniagaan dan bayaran pendaftaran lewat.

Pengumunan tersebut disambut dengan tepukan gemuruh daripada kira-kira 15,000 warga penjaja dan peniaga kecil yang menghadiri Majlis Ramah Mesra Warga Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia di Dataran Merdeka malam ini.

Perdana Menteri berkata diskaun kadar kompaun itu akan berkuatkuasa 1 Jun sehingga 31 Disember 2012.
"Ini merupakan pemberian istimewa kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) kepada warga penjaja dan peniaga kecil di negara ini," katanya.

Bagi menjamin kesejahteraan jangka panjang pula, Najib turut memaklumkan bahawa kerajaan akan memperkenalkan satu skim insurans berkelompok khusus untuk golongan penjaja dan peniaga kecil selepas proses mengemas kini data pendaftaran golongan itu dibuat.

"Kalau golongan peniaga ini sakit, mereka tidak ada Sosco (Pertubuhan Keselamatan Sosial), jadi beban kos rawatan hospital itu sangat berat pada keluarga.

"Jadi pada golongan ini, yang pendapatannya tidak tetap, kita kena fikir perlindungan untuk mereka, bukan sahaja pada masa senang, tetapi juga semasa mereka susah, kita tetap jaga kebajikan mereka," katanya.

Najib berkata kerajaan akan meneliti semua maklumat berhubung golongan penjaja dan peniaga kecil dan memaklumkan mengenai butir-butir skim insurans itu tidak lama lagi.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Persatuan Penjaja Dan Peniaga-peniaga Kecil Malaysia (PPPKM) Datuk Ramli Norani.

Pada majlis itu, Najib turut bersetuju dengan cadangan Ramli untuk meletakkan tanggungjawab bagi menjaga hal ehwal penjaja dan peniaga kecil di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

"Dengan ini jika ada masalah (penjaja dan peniaga kecil) sudah ada tempat untuk dirujuk dan mendapatkan perlindungan dan Datuk Seri Ismail Sabri boleh jadi bapa (mereka)," katanya secara berseloroh.

Sehingga kini, terdapat kira-kira sejuta penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara. Sebelum ini, tiada kementerian khusus bertanggungjawab menjaga hal ehwal penjaja dan peniaga kecil.

Perdana Menteri berkata, kejayaan PPPKM menghimpunkan sejumlah besar ahlinya malam ini secara aman dan tertib memberi isyarat jelas bahawa tindakan mengadakan demonstrasi jalanan tidak perlu jika mahu membuat sebarang kenyataan.

"Apa perlu demonstrasi jalanan untuk membuat kenyataan... kenyataan peniaga kecil malam ini sudah cukup kuat, hebat dan lebih bermakna dan menunjukkan mereka juga punya kekuatan sebagai sebuah kumpulan yang penting dalam masyarakat," katanya.

Selain peranannya sebagai penyumbang ekonomi negara, Najib berkata penjaja dan peniaga kecil juga mempunyai hak dan kuasa untuk menentukan hala tuju negara.

Imuniti tidak halang Najib dibicarakan di Perancis

Posted: 27 May 2012 09:52 PM PDT

Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Memiliki imuniti sebagai Perdana Menteri tidak dapat menghalang Datuk Seri Najib Razak daripada dibicarakan di Perancis atas penglibatannya dalam skandal rasuah Scorpene.

Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata, Najib merupakan saksi penting kerana terlibat dalam pembelian kapal selam itu ketika menjadi Menteri Pertahanan pada 2002.

"Imuniti bukan sesuatu yang mutlak. Ia bergantung kepada asas jenayah yang dilakukan. Ia perkara yang sangat subjektif," katanya pada taklimat kes berkenaan di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya semalam.

Beliau mengulas soal imuniti Perdana Menteri dan hubungan kedaulatan antara kedua negara yang dikatakan bakal menghalang Najib sebagai saksi di Tribunal Paris Grande de Instance.

Mengulas bidang kuasa Mahkamah Perancis, Cynthia berkata, mahkamah negara itu akan mengeluarkan sapina kepada saksi sebelum mengeluarkan waran tangkap di Kesatuan Eropah.

Beliau berkata, pihaknya percaya Abdul Razak Baginda – kenalan rapat Najib dan pemilik Perimekar Sdn Bhd akan dipanggil sebagai saksi pertama selewat-lewatnya Jun atau Julai ini.

"Berdasarkan siasatan, Abdul Razak akan menjadi saksi utama. Perbicaraan terhadap saksi akan dilakukan di perbicaraan terbuka," katanya.

Beliau turut menambah, selain komisyen kepada Perimekar sebanyak Euro 114 juta (RM540 juta), Mahkamah Perancis juga mendapati dua penemuan baru.

Ia direkodkan sebagai Doc 87 iaitu tuntutan bayaran yang dibuat Najib bernilai RM3 bilion daripada DCNS- syarikat pembuat kapal selam berkenaan.

Manakala dokumen kedua direkodkan sebagai Doc 97, yang disalurkan kepada Terasasi Sdn Bhd, milik Abdul Razak, di Hong Kong bernilai Euro36 juta (RM114 juta).

Bersih 2.0: SPR perlu dengar suara rakyat

Posted: 27 May 2012 09:41 PM PDT

Nurul Aini Mohamed Ali

MENJELANG PRU 13 - PARLIMEN

 

 

SHAH ALAM - Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) mendakwa Pilihan  Raya Umum ke-13 (PRU13) akan menjadi pilihan raya yang paling kotor jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membersihkan daftar pengundi sebelum pilihan raya umum.

Sehubungan itu, Bersih 2.0 mahu SPR menerima hasil kajian kendalian firma pungutan suara Merdeka Center berkaitan dengan proses pilihan raya dan daftar pemilih, yang selari dengan tuntutan pihaknya.

Kaji selidik yang dijalankan oleh Merdeka Center mendapati 92 peratus daripada pengundi mahu daftar pemilih dibersihkan dan hanya 44 peratus yakin dengan proses pilihan raya di Malaysia.

Seramai 48 peratus responden bersetuju daftar pemilih tidak tepat dan terdapat pengundi yang meragukan seperti warga asing, pengundi yang berpindah tanpa pengetahuan dan individu yang memiliki idendtiti lebih daripada satu.

"SPR perlu mendengar suara hati para pengundi. Walaupun nisbah ini kecil ia tetap menjadi suara dan pendapat rakyat berhubung isu ini," kata Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Sehubungan itu tegas beliau, SPR perlu membersihkan senarai daftar pemilih dengan segera sebelum PRU13.

Tambah beliau, rakyat kini mula faham dan ini menunjukkan para pengundi inginkan sistem pilihan raya yang adil dan bersih dilaksanakan menjelang PRU13.

"SPR perlu dengar suara rakyat. Tidak kira pendapat apa sekalipun," katanya.

Kata beliau, pihaknya tidak menolak penemuan kajian tersebut kerana ia merupakan pendapat dan suara hati rakyat Malaysia.

Bagaimanapun SPR menolak hasil kajian tersebut dengan alasan sampel yang digunakan terlalu kecil untuk mewakili semua rakyat Malaysia.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, beliau yakin yang para pengundi tidak akan mempertikaikan keputusan pilihan raya umum.

Selain itu, kajian Merdeka Center juga menunjukkan hanya satu pertiga pengundi berdaftar mendapati Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berkenaan Penambahbaikan Pilihan Raya  satu usaha yang ikhlas untuk memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini. 

Seramai 43 peratus merasakan bahawa pembentukan PSC hanya usaha untuk menutup atau mengalihkan pandangan rakyat. Baki 20 peratus responden pula tidak pasti dengan pendirian mereka.

Londeh seluar di mahkamah

Posted: 27 May 2012 09:33 PM PDT

RUBIAH OMAR

Mohd Khairul Hamimi didakwa mencuri 50 burung banji dan 45 arnab di Mahkamah
Majistret, semalam.

 

 

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Majistret, di sini, semalam gempar apabila pemuda yang dituduh atas kesalahan mencuri di sebuah kedai menjual haiwan peliharaan, melondehkan seluarnya sejurus masuk ke dalam kandang tertuduh.

Perlakuan tertuduh, Mohd Khairul Hamimi Mohd Sabri, 25, yang separuh bogel itu telah menggemparkan suasana di mahkamah, sebelum Majistret Abdul Hayyi Salim terpaksa mengarahkan polis bertugas agar menggari kedua belah tangannya sepanjang pertuduhan dijalankan.

Bukan itu sahaja, dia yang berasal dari Kampung Tebakang, Bukit Payung, Marang turut meracau-racau kononnya menampakkan dia seorang yang tidak waras sambil memohon agar mahkamah menghantar dirinya ke wad sakit jiwa kerana mendakwa sudah lama tidak makan ubat.

"Bos (Majistret), saya memang melakukan curi itu tetapi bos masukkan saya dalam hospital sebab saya gila. Sekarang ini, kepala saya tengah sakit dan saya perlu makan ubat," katanya yang telah menarik perhatian orang awam yang berada di galeri awam mahkamah.

Terdahulu, Mohd Khairul Hamimi mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah dibacakan oleh jurubahasa.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa pada 22 Mei lalu jam lebih kurang 7 petang hingga 23 Mei lalu jam lebih kurang 8.55 pagi bertempat di kedai menjual Haiwan Peliharaan dan Aquarium Ming Yu Two, Jalan Hiliran Masjid, Chabang 3, telah melakukan pecah rumah dan curi dengan memasuki kedai milik Lim Chew Siang, 41, dengan mencuri 50 ekor burung banji dalam sangkar dan 45 ekor arnab dalam sangkar besi yang dianggarkan RM5,000.

Mohd Khairul Hamimi didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara boleh sampai 14 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan dan Abdul Hayyi kemudiannya memerintahkan Mohd Khairul Hamimi dihantar ke Hospital Permai, Tampoi, Johor Bahru untuk menjalani rawatan psikiatri selama sebulan dan menetepkan 24 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Anak Dunstan Muda manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh pertama sakit, kes Sosilawati ditangguh

Posted: 27 May 2012 09:31 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

Kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya

 

 

SHAH ALAM - Perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain - peringkat membela diri - yang dijadualkan bermula hari ini ditangguhkan kerana tertuduh pertama, N Pathmanabhan tidak sihat.

Peguam Manjeet Singh Dhillon memberitahu Mahkamah Tinggi pagi ini bahawa anak guamnya rebah di Penjara Sungai Buloh semalam dan perlu mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

Dia hadir di mahkamah hari ini.

Manjeet turut memohon untuk meneliti semua exibit kes sebelum meneruskan pembelaan.

MIV ikrar sokongan pada Pakatan Rakyat

Posted: 27 May 2012 05:17 PM PDT

 

Abdul Rahim Sabri

Pengerusi Malaysian Indian Voice (MIV) V Raidu hari ini menyatakan ikrar bahawa NGO itu akan bekerja keras membantu Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 agar gabungan parti itu  dapat membela nasib kaum India.

Beliau turut memuji pentadbiran kerajaan Selangor dan Pulau Pinang dalam menyelesaikan masalah melibatkan orang Indian seperti isu kuil dan tanah perkuburan.

Indraf 2.0 Malaysian Indian Voice - Ramasamy, Mat SabuBercakap dalam program perhimpunan Indraf 1.0 di Brickfields, pemimpin kumpulan serpihan Hindraf itu berkata beliau gembira dengan tindakan kerajaan Pakatan dalam membantu golongan tersebut seperti kelulusan untuk 120 tapak kuil di Selangor.

"Ini yang kita nanti-nantikan, bukan hamper yang luput tarikhnya.... Berubahlah. Kita mesti mengubah BN. Kita mesti teguh, kalau bercerai kita roboh," katanya sambil diiringi tepukan gemuruh daripada 1,000 orang hadirin.

Beliau juga meminta Pakatan Rakyat memenuhi sepuluh tuntutan mereka sekiranya gabungan parti itu berjaya menguasai Putrajaya.
Indraf 2.0 Malaysian Indian Voice event in Brickfields
Antara lain, tuntutan itu menggariskan supaya Pakatan mempertahan dan melindungi hak masyarakat India termasuk pendidikan dan memberi peluang pekerjaan yang saksama kepada mereka.

"Suara masyarakat masyarakat India sejak perhimpunan Hindraf, jauh daripada tahap yang memuaskan.
"Malangnya kita memerintah negeri dan bukan Putrajaya," katanya yang menyeru masyarakat India supaya memberi masa kepada Pakatan untuk menyelesaikan masalah mereka.

Indraf 2.0 Malaysian Indian Voice event in BrickfieldsTurut berucap dalam program itu ialah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang berkata mendakwa kerajaan yang ditaja Umno kini memainkan isu perkauman ekoran pilihan raya sudah hampir.

Katanya, Pakatan "tidak berganjak untuk merubah politik negara" walaupun pelbagai tohmahan dan serangan dalam ceramah yang dihadiri oleh pemimpin Pakatan Rakyat, tetapi mereka

"Kita bersatu bukan untuk bergaduh, tetapi kita mahu semua hak rakyat Malaysia dikembalikan.

"Jangan curi wang rakyat," katanya sambil mendesak kerajaan mengembalikan wang NFC kepada rakyat.

Turut berucap di perhimpunan itu ialah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata semua kaum "harus dihormati dan dimuliakan" sebagai warganegara.

indraf gathering 270512 03"Sebab apa kita marah-marah hari ini... Sebab (berlaku) ketidakadilan, sebab hina orang, sebab warna kulit.

"Ini negara kita, apa sebab mahu hina orang. Cukup, (hari ini) kita beri mesej yang kuat (kepada BN)," katanya sambil diiringi tepukan gemuruh hadirin.

Beliau juga menempelak pihak yang melakukan kekecohan dan serangan terhadap pemimpin Pakatan dan juga ke atas Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga, dalam beberapa insiden sebelum ini.

"Apa salah Ambiga... Sebab dia lawan dalam BERSIH kerana pilihan raya tidak adil.

"Ambil orang, tunjuk punggung... Ini kerja jahil," katanya lagi yang merujuk kepada demonstrasi oleh satu kumpulan anti-BERSIH di hadapan kediaman Ambiga pada 15 Mei lalu.

Turur hadir dalam perhimpunan itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Timbalannya Prof P Ramasamy, Exco Kerjaan Selangor Ronnie Liu, dan bekas speaker DUN Perak V Sivakumar.

Keganasan tidak harus berlaku dalam perbezaan berpolitik

Posted: 27 May 2012 05:12 PM PDT

Oleh Syed Imran


Kebelakangan ini keganasan sering berlaku di kalangan para pendukung dan penyokong parti-parti politik khususnya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Ianya tidak seharusnya berlaku walaupun berlainan fahaman dan pegangan politik kepartian.

Jika satu ketika dahulu, orang Melayu menjadikan sebagai satu jenaka apabila mesyuarat sebuah parti politik yang mewakili satu kaum tertentu berkesudahan dengan pergaduhan dan saling membaling kerusi dan apa saja objek yang boleh dilontar, sekarang mereka pula yang mentertawakan perangai dan tingkah laku orang Melayu.

Berlainan pegangan dan sokongan politik tidak seharusnya dipenuhi dengan keganasan dan kesamsengan yang bukan sahaja memperlihatkan ketandusan disiplin tetapi kerendahan akhlak. Biar berbeza pendapat dan sokongan tetapi jangan pula ia dijadikan alasan untuk mengganas dan mencederakan saudara sebangsa dan seagama ataupun sesiapa sahaja. 

"Sesungguhnya orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara dua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat." (Surah Al-Hujuraat: Ayat 10)

Majoriti orang Melayu bimbang perpecahan bangsa yang sedang berlaku atas kerekahan fahaman politik akan membawa padah kepada negara dan keturunan akan datang. Orang Melayu mesti belajar daripada sejarah dan pengalaman bangsa dan negara lain yang hancur apabila kesatuan bangsa runtuh. 

Kita hendaklah jadikan iktibar daripada sejarah hitam Melaka dan bangsa yang ditakluk Portugis pada 1511 diikuti selama 446 tahun penjajahan oleh Belanda, Inggeris dan Jepun dan selepas Merdeka peristiwa berdarah 13 Mei 1969.  Kita percaya mereka yang terlibat dalam keganasan dan tindakan samseng kebelakangan ini belum lahir semasa peristiwa hitam 1969 itu berlaku dan tidak tahu akan padahnya.

Bangsa Melayu tidak mampu lagi untuk berpecah-belah. Biarlah berlainan fahaman politik tetapi jangan jadikannya sebagai satu alasan untuk bergaduh dan berpecah-belah. Jadikan perbezaan pendapat dan pegangan politik sebagai satu kekuatan bukan satu kelemahan.

Peringatan yang diberikan dalam al-Quran secara nyata mengajak manusia supaya menjaga ikatan silaturahim dan persaudaraan, bukan sebaliknya. Kita diajar supaya menjauhkan diri daripada melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan ikatan persaudaraan dan kejiranan, bukan bermusuhan.

Perpecahan hanya akan melemahkan umat Islam. Apabila menjadi lemah sudah tentu akan berlaku kerosakan dan kehancuran.

Semua pihak yang 'bermusuhan' akibat berlainan fahaman politik perlu ingat dan disedarkan bahawa Islam menyeru kepada perpaduan sejagat, melarang sama sekali perpecahan apa lagi sesama umat Islam. 

Apa yang berlaku hari ini, terutamanya di kalangan negara berpenduduk majoriti Islam, amat menyedihkan kerana ia berlawanan sama sekali dengan apa yang dianjurkan oleh Islam. Perkara yang sama sedang berlaku di Malaysia, semuanya kerana berlainan fahaman politik yang sempit. 

Saya percaya majoriti orang Melayu dan umat Islam di Malaysia, khasnya dan rakyat Malaysia amnya,  menolak perpecahan apatah lagi keganasan dan tindakan samseng, tak kiralah oleh mana-mana pihak atau kumpulan tertentu.

BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH.

http://kudaranggi.blogspot.com

Perhimpunan peringati BERSIH diganggu, dua ditahan

Posted: 27 May 2012 05:10 PM PDT

 

Low Chia Ming

Satu kekacauan tercetus ketika sambutan memperingati BERSIH 3.0 di Pulau Pinang hari ini apabila sekumpulan lelaki mula berteriak ke arah seorang ADUN.

Sekumpulan lelaki itu yang menggangu perhimpunan di Esplanade itu turut mencabar ADUN Pantai Jerejak Sim Tze Tzin untuk berdebat.

Namun, tiada sesiapa mengendahkan provokasi itu, dan peserta perhimpunan yang sedang bersurai itu juga cuba menjauhkan diri mereka daripada lokasi tersebut di dataran tersebut.

Kumpulan lelaki berkenaan bagaimanapun terus membuat bising dan berteriak ke arah seorang peserta perhimpunan, Dalbinder Singh, yang sedang berucap di satu sudut.

Kumpulan lelaki tersebut mencabar Dalbinder untuk berdebat dengan mereka.

Dalam kejadian pada jam 7.30 petang itu, kumpulan lelaki berkenaan mendekati Dalbinder dan satu pergaduhan kemudiannya berlaku.

Beberapa orang polis berpakaian preman kemudiannya masuk campur dan memisahkan kumpulan tersebut daripada peserta perhimpunan.

Beberapa orang bagaimanapun terus mengejar Dalbinder ke sekelililing padang tersebut walau beberapa orang cuba mempertahankan Dalbinder.

Ketua polis daerah Georgetown Gan Kon Meng mengesahkan bahawa dua lelaki ditahan kerana terlibat dalam pergaduhan dan disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

Misteri lembaga wanita dalam kereta Sinar

Posted: 27 May 2012 05:07 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

Kelihatan imej lembaga berkenaan yang tertera di cermin belakang kereta.

 

Imej lembaga wanita dari jarak dekat.

 

 

KULIM - "Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni," jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang.

Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu.

Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya.

Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera.

Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan.

Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan.

Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang.

Sementara itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak mahu dikenali berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok.

Menurutnya, beberapa tahun lalu polis ada menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam gaung berhampiran.

"Ramai pengguna jalan itu menjadi mangsa gangguan lembaga berkenaan. Lembaga itu pernah duduk di belakang penunggang motosikal, saya juga pernah nampak lembaga itu berada di atas bumbung kereta yang datang dari arah bertentangan.

"Sememangnya jalan itu tidak dilalui oleh kenderaan pada lewat pagi terutama ketika hujan renyai atau lebat," katanya.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim juga tidak menafikan kewujudan lembaga itu yang sering mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan Bukit Lengkok menjelang lewat pagi.

"Jalan itu tidak sesuai digunakan pada waktu Subuh terutama ketika hujan. Ini kerana terlalu banyak kejadian kemalangan berlaku di sekitar kawasan itu disebabkan keadaan jalan di situ sempit dan bengkang-bengkok.

"Saya menasihatkan pengguna supaya menggunakan lebuh raya Butterworth Kulim Express (BKE) untuk pergi ke Pekan Kulim dan jangan mengunakan jalan Bukit Lengkok sebagai jalan pintas walaupun ia lebih dekat," katanya.

Rakyat bosan dengan politik cara UMNO

Posted: 27 May 2012 05:01 PM PDT

Oleh: Rossem 


 Memetik kata-kata penulis terkenal Indonesia, Goenawan Mohamad dalam sebuah Catatan Pinggir yang amat popular. Beliau berbicara tentang kejatuhan ketua-ketua negara di beberapa negara Arab pada tahun 2011.

Siapa yang memimpin para pemberontak yang mengempur Tripoli? Siapa yang mengkomondo ribuan orang yang menjatuhkan Mubarak dari lapangan Tahrir di Mesir, dan mengerakan demonstran yang menuntut demokrasi di jalanan kota Hamas di Syria?

Tidak ada. Belum ada. Entah! Mereka ibarat "orkes" tanpa dirigen.

Ertinya sebuah orkestra telah dengan spontan terbentuk lalu para pemainnya memainkan irama yang dapat memikat orangramai sehingga orangramai tertarik lalu mendorong mereka bergabung, akhirnya orkestra bertambah besar dan perkasa.

Demikian halnya dengan perhimpunan Bersih 3.0 kelmarin. Ratusan ribu hadir, membentuk menjadi sebuah orkestra dengan mengalun muzik yang sama, irama yang sama, rentak juga sama, dan setiap individu yang bergabung itu tidak pula bertanya; siapa pemimpin orkestra sehebat itu.

Jawapannya kerana pengabungan itu bukan atas dasar siapa yang memimpin atau siapa yang menjadi ketua, tetapi kerana masing-masing terpanggil setelah melihat di sana terdapat beberapa kepincangan dan ketidakadilan yang telah dilakukan pemerintah dalam mengurus demokrasi di negara ini.

Sedang kepincangan itu harus diperbetulkan segera, biarpun terpaksa melalui jalan raya kerana meja perundingan sudah tertutup.

Mereka datang bukan kerana Ambiga atau A. Samad Said tapi kerana tuntutan lapan perkara yang tersenarai dalam dokumen tuntutan Bersih itu bagi mereka sangat bertetapan dengan kehendak hati nurani masing-masing.

Saya bertanya salah seorang anak muda dari Kelantan, yang ditemui secara kebetulan di Kota Bharu saat akan berangkat ke Kuala Lumpur " Untuk apa mahu menyertai Bersih 3.0 ? Terpengaruh dengan Ambiga atau siapa?. Anak muda itu menjawab " Saya tak kenal pun Ambiga. Tapi saya mahu menyertai perhimpunan kerana tak bersetuju dengan perjalanan demokrasi di negara ini yang dilihatnya tempang."

Seterusnya anak muda itu menghujah: Malaysia sudah 54 tahun merdeka, sepatutnya pemilihan parti politik yang akan menerajui negara dilakukan secara demokratis seperti dilakukan negara-negara lain yang mengamalkan sistem demokrasi.

Contoh paling mudah, menentukan tarikh pilihanraya. Parlimen seharusnya menetapkan tarikh pilihanraya, bukannya Perdana Menteri dengan kuasa mutlak. Apa yang berlaku sekarang rakyat berteka teki bila masanya parlimen akan dibubarkan untuk membolehkan satu pilihan raya umum diadakan. Rakyat bosan dan terasa "rugi masa" dengan kondisi seperti ini.

Kedua, radio, televisyen (RTM) milik kerajaan seharusnya membenarkan parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya berkempen menerusi media elektronik seperti diamalkan negara-negara maju kerana RTM adalah milik kerajaan (Kementerian Penerangan), dimana sumber kewangannya datang dari rakyat yang membayar cukai tanpa mengira mereka itu BN atau PR.

Di negara-negara lain, bahkan pemerintah memberikan wang kepada parti-parti oposisi untuk membiayai mereka berkempen.

Sewaktu berlangsung pemilu (pilihan raya ) Indonesia beberapa tahun dulu, kebetulan saya berada di Indonesia. Terasa tak mahu keluar dari kamar hotel kerana asyik menonton acara kempen pelbagai parti yang disiarkan dilayar televisyen Republik Indonesia silih berganti. Senario seperti itu tak pernah wujud di Malaysia biarpun sudah lebih setengah abad negara mencapai kemerdekaan.

Rakyat mahukan pilihan raya yang bersih dan adil. Senarai pengundi yang meragukan dalam daftar pemilih hendaklah dibuang. Bukti -bukti yang ditunjukkan Pakatan Rakyat seperti berpuluh-puluh pengundi menggunakan alamat rumah yang sama hendaklah diambil tindakan sewajarnya oleh SPR, bukan mendiamkan diri.

Rakyat sebenarnya mahu melakukan transformasi politik untuk menyelamatkan negara daripada sebarang bentuk pengkhianatan dan penipuan.

Kerajaan yang sudah diberi mandat selama 54 tahun sudah terlalu lama membiarkan orang Melayu berada dalam kepompong hidup feudal sehingga pemikiran dan sikap merdeka dalam erti kata sebenar tidak menjadi asas dalam menentukan kepimpinan negara.

Di mata penguasa, orang Melayu dianggap sebagai pengundi yang lebih mudah dibeli dengan rasuah dan fitnah. Lantaran itu orang Melayu diberikan pelbagai suapan wang tunai oleh kerajaan, disusuli dengan pelbagai fintah melibatkan lawan politik mereka melalui media cetak, elektronik dan media baru.

Barangkali umum tidak terasa, bahawa apa yang diberikan kerajaan kepada rakyat sekarang sebenarnya berunsur rasuah, walaupun atas nama wang bantuan kepada rakyat miskin.

Sekiranya wang sedemikian dibahagi-bahagikan kepada rakyat selepas pilihan raya PRU Ke 13 nanti mungkin rakyat dapat menerimanya sebagai bentuk bantuan ikhlas kerajaan kepada rakyat, tetapi olehkerana dilakukan sekarang, sewaktu dekat pilihan raya, pemberian itu dinilai sebagai pemberian "ada udang disebalik batu".

http://demitinta.blogspot.com

Mahathir jangan dijadikan contoh dan ikutan

Posted: 27 May 2012 04:47 PM PDT

Oleh Aspan Alias


 Betul kah padangan Dr Mahathir jika PR kalah dalam pilihanraya nanti negara akan huru-hara? Satu lagi yang menjadi persoalan  ialah kata-kata Mahathir yang jika UMNO kalah dan ditewaskan Melayu akan hilang kuasa politiknya? Kenapa Mahathir alih-alih terlalu sayang kepada UMNO pula? 

Kenapa Mahathir alih-alih dan tidak semena-mena  terlalu sayang kepada orang Melayu yang selama ini beliau pandang rendah? Persoalan-persoalan yang saya ajukan ini jangan di salah fahamkan.

Saya bertanya perkara ini, kerana orang Melayu telah hilang identiti asalnya oleh kerana Mahathir. Apabila Mahathir kembali bercakap pasal masa depan orang Melayu dan tentang ketakutannya kepada huru hara negara ini, ia amat bertentangan dengan apa yang beliau lakukan selama ini, terutamanya semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dahulu. Segala yang beliau lakukan semasa sedang seronok berkuasa dahululah yang menjadi penyebab berlakunya apa yang berlaku pada hari ini.

Saya mempunyai keyakinan tinggi yang Mahathir sedang begitu panik dengan pergerakan perubahan yang sedang berlaku dalam minda rakyat termasuk minda orang Melayu. Yang pastinya Mahathir tidak mahu seboleh-bolehnya melihat UMNO ciptaan beliau kecundang dihadapan mata beliau semasa beliau masih hidup ini. Kalau di nilai dari sudut mana pun, mahu tidak mahu Mahathir merupakan orang yang 'accountable' terhadap kekeruhan politik negara kini.

Kecelaruan politik negara tidak akan menjadi begini buruk dalam sekelip mata dan tidak adil jika Mahathir dan konco-konconya meletakkan semua kesalahan kepada kelemahan Abdullah Badawi sahaja. Malahan naiknya Abdullah Badawi itu adalah kerana kesalahan Mahathir sendiri kerana Mahathir sememangnya mahukan Abdullah menjadi PM kerana beliau menyangkakan Abdullah boleh beliau pengaruhi dalam pentadbirannya.

Apabila Abdullah tidak mahu mendewakan beliau semasa menjadi PM maka Mahathir merasakan yang Abdullah telah mengecewakan beliau kerana tidak menurut kehendak dan kemahuan peribadinya. Maka Abdullah lah yang menjadi kain buruk dan tidak elok kepada Mahathir sampai kehari ini. Sememangnya Abdullah tidak mempunyai kelayakan untuk menjadi PM tetapi kehendak Mahathirlah yang menjadikan beliau (Abdullah) menjadi PM yang dianggap oleh Mahathir sendiri sebagai PM yang tidak berguna.

Mahathir begitu berjaya melaksanakan pemerintahan 'pecah dan perintah' selama ini kerana dengan 'pecah dan perintah'  itu boleh menyematkan kuasa yang beliau genggam itu. Denagn pemerintahan secara ini beliau telah berjaya mendapatkan kehendak peribadi beliau, iaitu untuk menjadi kuat seorangan dan yang lain-lain di kelilingnya hanya kumpulan 'yes men' yang menawarkan peranan untuk menjadi pahlawan untuk mempertahankan beliau (Mahathir)

Mahathir terlalu 'obsess' untuk menjadi orang kuat bersaorangan ini kerana beliau memerlukan pembodek-pembodek di sekeliling beliau untuk menjaga kehendaknya sehinggakan beliau seolah-olah menjadi maharaja yang dikelilingi oleh mereka yang buta hati tanpa memikirkan 'consequence' perlakuan ini terhadap masa depan politik, rakyat dan negara.

Mahathir gagal untuk menjadi seorang 'statesman' tetapi hanya sekadar seorang 'warlord' politik semata-mata. Beliau tidak akan lagi berjaya untuk diakui sebagai negarawan sampai bila-bila. Kata-kata dan tindakan beliau membuktikan yang beliaulah yang dalam kegusaran jika PR memerintah seolah-olah beliau mempunyai 'stake' yang begitu besar jika PR memerintah.

Kata-kata ugutan beliau itu samasekali tidak mempunyai kredibiliti dengan menuduh huru-raya yang akan berlaku jika PR kalah. Sebaliknya petanda awal menunjukkan UMNO lah yang akan menghuru-harakan keadaan jika PR menang. Di mana-mana pihak PR mengadakan perhimpunan untuk berceramah khususnya yang dilakukan oleh PKR, samseng-samseng UMNO mengganggu sehinggakan berlaku kecederaan kepada yang hadir seperti yang berlaku tiga hari yang lepas di Lembah Pantai.

Ceramah Anwar Ibrahim diganggu oleh samseng upahan UMNO dengan membaling batu serta telor kea rah penceramah dan yang hadir sehinggakan mencederakan beberapa orang yang berada di situ. Banyak pihak berpendapat yang Mahathir amat takut jika Anwar menjadi PM selepas pilihanraya yang akan datang kerana sebab-sebab yang semua pihak tahu.

Mahathir mahukan kepimpinan hari ini untuk terus memerintah walaupun beliau sendiri yang mengakui yang UMNO itu sudah busuk sampai ke ususnya. Beliau jika mengakui yang tinggal dalam UMNO hanyalah yang kurang pandai (bodoh) kerana yang pandai sudah masuk PAS, yang bijak menyertai PKR dan yang pintar menyertai DAP.

Itulah sebabnya Mahathir mahukan UMNO masih memerintah kerana pada beliau yang tidak pandai (bodoh) sahaja boleh membela beliau sehingga ke akhir hayat beliau.

Kepada rakyat yang ramai-ramai yang telah mengambil keputusan untuk melakukan perubahan teruskan usaha itu dengan tata-cara yang baik. Sampai sahaja PRU undi sahaja mana-mana calon dalam PR kerana bak kata Mahathir yang pandai, yang bijak dan yang pintar sememangnya berada dalam Pakatan rakyat.

Mahathir amat takut PR akan mampu membuktikan pentadbiran negara yang lebih baik di bawah PR jika PR memerintah Putrajaya, kerana bukti yang akan ditunjukkan oleh PR itu akan membuatkan UMNO baru ini tidak boleh bangun lagi sampai bila-bila.

Sampai ke hari ini Mahathir serta pemimpin UMNO yang lain tidak mengeluarkan kenyataan tentang budaya samseng yang sedang berkembang dalam UMNO pada masa ini.

Saudara, segala yang berlaku pada hari ini menunjukkan yang UMNO itu memang sudah sampai kepenghujung hayatnya. Hanya rakyat terpaksa memilih diantara dua pilihan: untuk bersama dengan parti yang akan hilang kuasa atau dengan pihak yang mengambil alih dan akan melakukan segala usaha untuk membentuk kerajaan yang menghormati undang-undang, tidak rasuah, dan mempunyai aras 'governance' yang tinggi serta beretika. Jika Pakatan Rakyat yang memerintah, sudah pasti budaya samseng akan tiada lagi dan sesiapa boleh berpolitik secara selamat dan aman damai.

Sementara menanti kejayaan itu, penyokong-penyokon PR jangan sekali-kali melatah. Gunakan pemikiran yang bernas dan jangan sekali-kali menggunakan 'buku lima' atau pun batu-batu dan kekasaran terhadap mereka.

Seperti kita melayani orang yang hendak meninggal, kita mesti hormat kepada tubuh yang akan berpisah dengan nyawanya. Apabila tiada lagi orang itu, aman damailah hendaknya kita. tentu rakyat akan merasakan nikmat hidup dengan aman damai dibawah naungan kerajaan yang baru.

Kita buktikan yang pihak PR tidak melakukan apa yang Mahathir pernah lakukan dan itu pun sebabnya kita berjuang untuk menunjukan kelainan memerintah jika tidak menjadikan agenda peribadi sebagai perjuangan kita.

Formula kita mudah sahaja: jangan jadikan Mahathir sebagai contoh dan ikutan. Selamat kita, insyaallah.

Aqidah Umat Islam Ramai Rosak Setelah Ramai Bukan Islam Sokong Parti Islam ?

Posted: 27 May 2012 04:44 PM PDT

Oleh Litmohd 

Kebimbingan bertambah ramai orang Islam di Malaysia yang rosak aqidah menjadi momokan Umno dan pengampu-pengampunya sejak mutakhir ini.

Apakah benar momokan Umno ini atau ia sekadar serampang lima mata politik Michelvelli bagi menggambarkan hanya Umnolah yang menjuarai Islam di Malaysia?

Sedang hakikatnya Umno telah gagal menjuarai Islam di Malaysia apabila didapati ramai umat Islam di Malaysia yang longgar aqidahnya. Umno perlu bertanggungjawab kerana dialah yang menjadi pemerintah di Malaysia selama lebih 50 tahun dan mempunyai kuasa ke atas Orang Melayu dan Agama Islam.

Apakah cukup sekadar menjaja isu orang bukan Islam berucap di dalam surau atau masjid, orang bukan Islam menyebut kalimah Allah, membuat serbuan di gereja, menggantung kepala babi di masjid, mengheret kepala lembu di jalanraya dan seumpamanya lalu menjadikan babak itu satu senario buat Umno dan penjilatnya menjustifikasikan bahawa aqidah umat Islam telah rosak teruk?

Atau menjaja isu kerajaan PAS Kedah meroboh sebuah surau yang dijaja dengan murah oleh ulamak muda Umno, Sheikh Fathul Bahri sebagai menggambarkan PAS sudah tidak membela Islam lagi akibat bersekongkol dengan bukan Islam di dalam Pakatan Rakyat.

Atau sekadar mengutip pemikiran Dr. Hassan Ali yang dipecat dari PAS sebagai menjustifikasikan benar dakwaan mereka bahawa aqidah umat Islam semakin luntur antaranya berpunca dari tindak tanduk PAS.

Persoalannnya sejak bila Umno sudah pandai bermain dengan perkataan 'aqidah'? sejak bila pula Umno mentelaah dan menghayati kitab-kitab yang ditulis oleh ulamak-ulamak besar berkaitan dasar-dasar Islam khususnya berkaitan batas-batas iman dan kufur.

Lupakah kita akan penghinaan terhadap Islam yang dilakukan oleh pemimpin atau bekas pemimpin Umno.
Antaranya, jika hendak makan sup tangan pergilah ke Kelantan, menyatakan jika wanita bertudung dan menutup aurat akan menjadi mundur, melarang pelajar universiti dari aktiviti qiamullail kerana akan melemahkan fizikal dan mental di siang hari dan berbagai lagi.

Lupakah kita pemimpin yang berkata jika laksanakan hudud habislah orang Islam di Malaysia akan kudung tangan. Tiba-tiba sekarang pemimpin itulah juga yang berasa bimbang tentang akidah umat Islam kononnya semakin teruk. Apakah baru sekarang disedarinya?

Merekalah yang pada satu ketika memberi pelbagai alasan dan helah untuk menyekat atau menangguh perlaksanaan seluruh syariat Islam termasuk hudud di Malaysia, tiba-tiba sekarang merekalah juga dengan disokong oleh pengampu dan pembodeknya menganjurkan himpunan di stadium atau demonstrasi jalanan kononnya untuk menyelamatkan aqidah orang Melayu.

Kononnya untuk menyelamatkan Islam, Melayu dan Raja sebaliknya mereka menjadi puak pelampau yang mencemarkan keharmonian kerukunan hidup pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Ketika meletup tuduhan skandal liwat Dato; Seri Anwar Ibrahim dari liwat 1 ke liwat 11, suratkhabar pembela Umno menghidangkan sepuasnya segala cerita di dalam kelambu itu sehingga murid sekolah pun ingin mengetahui dan merasai apa itu seks dan liwat.

Suratkhabar penjilat Umno ini oleh kerana tidak berapa laku di kedai maka di hantar percuma ke sekolah bagi memaksa guru-guru dan murid-murid menatapnya.

Memang kita pernah dikejutkan suatu ketika, bahawa terdapat pelajar wanita Islam yang bertudung,
tiba-tiba bila dibuat pemeriksaan dalaman oleh guru disiplin dijumpai tatoo malah lebih mengejutkan ada yang terdapat lambang salib di badannya.

Bukankah ini menggambarkan bahawa sistem pendidikan kita telah hilang tumpuan akibat perbuatan gila politik Umno. Isu disiplin di sekolah amat terok sekali. Kita dimaklumkan bahawa ramai pengetua sekolah yang menyembunyikan kes anak-anak muridnya yang mengandung!

Puak-puak yang kononnya berjuang menyelamatkan aqidah orang Melayu ini disokong pula oleh puak yang sangat tebal mukanya yang tersilap memilih medan berpolitik. Mereka adalah ahli politik kepala pusing kerana membuat pusingan 360⁰ di dalam kareir politik dengan menukar parti setelah mendapat jolokan YB.

Mereka ini tidak mempunyai pendirian jelas dan hala tuju di dalam perjuangan agama dan politik seterusnya menipu rakyat yang memilih mereka.

Jelas, Umnolah yang mempermainkan agama demi survival politik. Ini tidak menghairankan kerana di dalam Umno bersarang segala macam isme yang bercanggah dengan Islam seperti pragmatisme, sekularisme dan nasionalisme.

Hakikatnya memang ramai umat Islam di Malaysia yang rosak aqidah yakni sejak awal pemerintahan Umno lagi.

Namun Allah s.w.t pun telah memberi amaran di dalam Al Quran tentang seseorang walaupun Islam di waktu pagi, tetapi boleh menjadi kafir di waktu petang dan Islam di waktu petang dan boleh menjadi kafir di waktu pagi.

Maksud di sini, soal aqidah adalah persoalan harian umat Islam. Maksudnya, amat mudah untuk seseorang yang mengaku muslim itu tergelincir aqidahnya. Contoh terdekat, aqidah boleh tergelincir jika seseorang Islam menyokong pemimpin yang menolak atau mempermainkan syariat Islam.

Tidak perlu Dr. Hassan Ali mendedah ramainya umat Islam yang semakin rosak aqidah kerana Allah s.w.t sudah pun memberi amaran tersebut. Ironinya, selagi Umno memerintah di bumi Malaysia ini, selagi itulah mudah seseorang itu tergelincir aqidahnya.

Setelah kehilangan lima negeri dan kehilangan sokongan rakyat terutama dari orang Melayu Islam di dalam PRU 12, kini Umno kembali kepangkuan rakyat menuntut simpati dengan menjaja isu Melayu sedang terhimpit, institusi Raja dicemari dan Islam dihina.

Sedangkan rakyar telah tahu dan faham siapa sebenarnya yang telah mengkhianati Melayu, mencerca Raja dan menghina Islam.

Gelombang tsunami Mac 2008 menyentap keegoan Umno yang pemimpinnya sekian lama leka dengan kemewahan dan berterusan menganggap semua benda boleh disuap dan ditelan oleh rakyat. Langit terbuka dan teknologi komunikasi alaf baru menjadikan dunia tanpa sempadan membuat rakyat semakin celik dan cerdik lalu mengenal mana intan dan dan mata permata, mengenal siapa Umno sebenarnya, kecuali JKKK di kampong-kampong yang mindanya disekat Umno.

Gelombang PRU 12 juga menyaksikan politik baru yang digerakkan oleh Pakatan Rakyat membuahkan hasil apabila rakyat Malaysia tanpa terikat dengan fahaman kaum dan agama boleh berpakat demi menghentikan politik basi yang didominasi oleh Umno yang merugikan bangsa dan Negara.

Bukan Islam khususnya kaum Cina memberi sokongan terbuka kepada PAS. Satu fenomena baru yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Ramai, mendorong PAS Pusat menubuhkan satu entiti yang diiktiraf iaitu Dewan Himpunan Penyokong-Penyokong PAS. Inilah yang menggerunkan Umno di saat hubungan mereka dengan komponen bukan Melayu di dalam BN ibarat retak menunggu belah.

Justeru dimomokkanlah ramai Melayu yang sudah terpesong aqidah! Tetapi malang menggunakan metod dan pendekatan yang tersasar. Umno melihat Islam sebagai hak eksklusif orang Melayu. Bangsa lain yang bukan Islam tidak boleh menyebut kalimah Allah atau membaca Al-Quran, dituduh sebagai menghina Islam.

Kononnya menjunjung Islam sebab Islam agama suci. Hakikatnya Islam tetap suci, tinggi, istimewa dan eksklusif untuk semua manusia. Dan Islam tidak perlu menunggu Umno mengiktirafnya! Allah s.w.t. ada menyatakan di dalam Al-Quran bermaksud, jika sesuatu kaum itu tidak mahu menerima Islam, Islam akan pergi kepada kaum yang mahu menerimanya. Ternyata ini terjadi pada Umno.

Kenapa tidak kita meraikan kawan-kawan kita yang berlainan bangsa dan agama itu setelah mereka mahu berjinak dan bermesra dengan Islam.

Umno patut mengambil pengiktibaran, persahabatannya lebih 50 tahun dengan MCA, hasilnya Choi Soi Lek memperlekeh malah menghina Islam. Sebab mereka tidak pernah mendapat apa-apa pengajaran berguna tentang Islam daripada Umno.

Menegakkan Islam dan mempertahan aqidah tidak boleh dilakukan seorang diri seperti dilakukan oleh Dr. Hassan Ali. Tidak ada manusia yang berhak berkata dia 'champion' segalanya. Penubuhan PAS itu sendiri, dari awal lagi dasarnya adalah demi mempertahankan aqidah orang Islam. Ketegasan PAS dalam soal ini jelas sehingga tercetus isu kafir-mengkafir sehingga PAS difitnah. PAS tidak pernah mengkafirkan Umno sebaliknya menegaskan tentang batas-batas iman dan kufur serta amalan atau perkara yang boleh membatalkan syahadah seseorang muslim.

Kesimpulannya untuk merealisasikan Islam sebagai addeen lagi syumul kita tidak boleh jadi seperti beberapa orang buta mentafsir seekor gajah lalu memberi berbagai tafsiran. Islam adalah agama praktikal yang perlu ditunjuk dan diamalkan. Ia bukan tersimpan di atas kertas-kertas kerja di bilik hawa dingin.

Justeru seluruh rakyat perlu menyokong Pakatan Rakyat dan PAS yang menjadi rakan penting mempunyai cara untuk mendaulatkan Islam yang manafaatnya akan melimpah kepangkuan seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Tiada ulasan:

Pengikut