Isnin, 28 Mei 2012

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Ceramah Perdana Pemimpin Bersama Rakyat

Posted: 28 May 2012 12:32 AM PDT

PROMO Himpunan Hijau Ke Putrajaya

Posted: 28 May 2012 12:27 AM PDT


Tun M beri isyarat undi Pakatan kalau mahu aman?

Posted: 28 May 2012 12:25 AM PDT


KUALA LUMPUR, 28 Mei: Adakah Tun Dr Mahathir Mohamad memberi isyarat kalau mahu negara aman undilah Pakatan Rakyat (PR) apabila beliau mendakwa akan berlaku keganasan jika PR kalah, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan.

Ditemui selepas majlis ceramah anjuran PAS Wilayah Persekutuan di sini, beliau berkata dakwaan Dr Mahathir bahawa akan berlaku keganasan jika PR kalah dalam pilihan raya umum akan datang boleh mendorong sesetengah pihak membuat kesimpulan untuk mengundi PR kerana mahu memastikan keamanan berkekalan.

"Dr Mahathir fikir dia boleh untung dengan kenyataan itu, tetapi saya nampak dia akan lebih banyak rugi dari untung," katanya.

Mahfuz bagaimanapun mengucapkan tahniah kepada bekas Perdana Menteri itu kerana semakin pandai membuat rakyat tertawa.

"Dalam keadaan Dr Mahathir dilaporkan yakin benar bahawa kerajaan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) berada dalam keadaan yang lemah, saya setuju dengan pandangan salah seorang penyokong PR yang menyatakan bahawa bekas presiden Umno itu sebenarnya semakin paranoid dan merasakan PR boleh buat apa sahaja, buat Avatar, buat 911, apa sahaja," kata beliau sinis.

Sebelum itu, dalam ceramahnya, Mahfuz berkata beliau yakin negeri-negeri PR tidak ada masalah untuk tidak mengadakan pilihan raya berasingan asalkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju melaksanakan apa yang dituntut oleh rakyat.

"Asalkan SPR bersetuju dengan tuntutan rakyat supaya daftar pengundi dibersihkan dan satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat semua amalan tidak bersih dan tidak adil dalam perjalanan pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR, saya yakin negeri-negeri di bawah kerajaan PR bersetuju untuk tidak mengadakan pilihan raya berasingan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Diminta mengulas lanjut mengenai perkara itu, Mahfuz bagaimana tetap tidak yakin kerajaan Umno dan SPR di bawah kekuasaannya bersedia untuk mengadakan pilihan raya yang adil dan bersih.

"Apabila Timbalan Pengerusi SPR (Datuk Wan Ahmad Wan Omar) kata 92 peratus rakyat dalam kajian Merdeka Centre yang hilang keyakinan terhadap sistem pilihan raya sebenarnya tidak tahu apa yang mereka katakan dan kemudiannya mendakwa pula kajian itu tidak mencerminkan pemikiran rakyat Malaysia atas alasan terlalu kecil dan rawak, ia terang-terangan membuktikan keengganan SPR untuk memperbaiki apa yang dituntut oleh rakyat," katanya.

Mahfuz kesal apabila SPR berdalih dengan pelbagai alasan dan dakwaan sedangkan sebelum ini berkali-kali Umno sendiri mengiktiraf dan meraikan kajian Merdeka Centre termasuk mengenai tahap penerimaan rakyat terhadap Perdana Menteri.

Majlis Pecah Tanah Lebuhraya Rakyat Oleh YAB Tuan Guru

Posted: 28 May 2012 12:23 AM PDT

Mustapa risau apabila Kelantan buat lebuhraya

Posted: 28 May 2012 12:19 AM PDT


MACHANG: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad yang berkata Kelantan buat lebuhraya sendiri sebagai gimik politik seumpama orang yang sedang risau.

"Tok Pa risau takut Kelantan berjaya buat, sedangkan kerajaan pusat yang kaya nak halang walaupun dah rancang sejak RMK ke 5

"Dia nak risau, risaulah tetapi kita berdoa pada Allah. Moga berjaya buat, berkat sokongan semua," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mustapha selepas majlis perasmian pembinaan Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai di Felcra Berangan Meka Nab dekat sini pagi ini.

Lebuhraya  sejauh 64 km akan dibuat oleh kerajaan negeri berasaskan sumbangan kerajaan negeri, anak-anak syarikat dan orang ramai.

Semalam Mustapha mendakwa Kelantan membuat lebuhraya ini sebagai gimik pilihanraya semata-mata.

Tok Guru Nik Aziz sendiri menyumbangkan RM5,000 wang peribadinya hari ini untuk menjayakan projek ini.

Anak syarikat kerajaan negeri, Ladang Sungai Terah menyumbang RM1 juta manakala syarika Ufuk Budiman menyumbang RM100,000 kepada projek ini.

Di majlis itu, Tok Guru Nik Aziz menyeru semua lapisan masyarakat turut derma atas rasa tanggungjawab dan rasa hak bersama.

"Iapun bertepatan dengan Islam derma yang menggalakkan kita buat jalan selain masjid dan kita akan dapat pahala berpanjangan," katanya.

Menurutnya, sepanjang 22 tahun mentadbir Kelantan, beliau sudah dituduh dengan pelbagai fitnah "termasuk buat jalan pun akan hadapi masalah yang sama."

Exco kerajaan negeri yang menerajui projek lebuhraya ini, Datuk Husam Musa berkata, Kelantan telah dipinggirkan dalam pembangunan negara sejak sekian lama.

Antara projek yang menjadi mangsa adalah projek lebuhraya dan lapangan terbang.

"Anak Kelantan di luar bagaikan didera apabila kepulangan kereka ketika cuti sekolah dan hariraya terpaksa melalui jalan yang sukar kerana kesesakan," kata Husam.

Selangor perlukan 60 guru tetap

Posted: 28 May 2012 12:18 AM PDT



(Khalid bersama-sama berikrar di hari Guru Jais)

SABAK BERNAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid  Ibrahim mengumumkan kerajaan negeri meluluskan permohonan kenaikan pangkat guru JAIS Gred DG41 ke Gred DG44 dan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred DGA29 ke Gred DGA32.

Kata Abdul Khalid, dalam tempoh terdekat ini, kerajaan negeri akan mengiklankan kekosongan 60 jawatan tetap guru bagi gred jawatan DG41, DGA29, DG48, DG44 dan DG41.

Pada masa yang sama juga bagi mengisi perjawatan gred DGA34, DGA32 dan DGA29, katanya.

Tambahnya lagi, sistem pendidikan Islam kelolaan JAIS yang bermula sejak tahun 1945 dan apabila mengambil alih pentadbiran negeri pada tahun 2008, banyak perubahan dibuat terhadap sistem pendidikan Islam.

Antaranya, penstrukturan semula dasar dan hala tuju pendidikan Islam dengan menjadikan Al-Quran sebagai kukikulum teras pendidikan Islam, penambahan bilangan sekolah agama dan perlaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks kepada semua murid.

(Khalid menyampaikan hadiah kepada salah seorang guru cemerlang)

Pada masa ini, JAIS mengurus sebanyak 12 buah Pra Sekolah, 11 buah Sekolah Rendah Agama Integrasi, 2012 buah Sekolah Rendah Agama, 286 buah KAFA Integrasi, 23 buah Sekolah Agama Menengah dan dua buah Sekolah Agama Menengah Tahfiz Sains dan Teknologi.

"Justeru, untuk menampung kekurangan guru pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Kerajaan Negeri Selangor bersetuju menambah 5,161 jawatan guru agama di negeri ini," kata Abdul Khalid.

Sementara itu, Exco Pendidikan, Pendidikan Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali pula berkata, kerajaan negeri memiliki kemampuan kewangan yang mencukupi untuk melaksanakan penambahan jawatan ini bagi menampung kekurangan guru masa kini.

"Setakat ini seramai 9,128 orang guru mengurus dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran seramai 238,572 pelajar," katanya.

Jumlah pertambahan pelajar setiap tahun menyebabkan guru yang dipertanggungjawabkan tidak mencukupi, katanya.

Jumlah guru itu juga merangkumi pelbagai jawatan sama ada tetap, kontrak dan sambilan, katanya ketika ditemubual media dalam Majlis Sambutan Hari Guru JAIS Peringkat Negeri Selangor di Kompleks Pendidikan Islam JAIS, Bagan Terap, Sabak Bernam, di sini.

Hadir sama, Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Hussin.

Wan Ahmad angkuh tolak kajian Merdeka Center

Posted: 28 May 2012 12:17 AM PDT


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP) menyifatkan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menolak hasil kajian Merdeka Center sebagai angkuh.
Dalam kajian tersebut menyatakan bahawa hampir separuh pengundi tidak percaya pada pemilihan proses pilihanraya di Malaysia.

"Seharusnya Timbalan Pengerusi SPR tersebut berterima kasih di atas kajian tersebut yang mana ianya suatu 'check and balance' kepada SPR," kata ketuanya, Kamaruzaman Mohamad (gambar).

Katanya, SPR kini menghadapi situasi yang mana kepercayaan rakyat kepada institusi tersebut semakin terhakis.

Menurutnya, beberapa insiden seperti isu kad pengenalan sementara, daftar pemilih ragu, pengundi hantu telah meletakkan SPR bukan lagi suatu badan yang boleh dipercayai dan ketelusan SPR dalam menguruskan pilihanraya semakin diragui.

Beliau berkata, SPR juga dilihat ingin menegakkan benang yang basah dalam mempertahankan segala tindakannya yang dilihat berat sebelah.

"Kajian Merdeka Center ini sepatutnya dijadikan muhasabah buat SPR kerana inilah suara respons rakyat Malaysia terhadap badan pengurusan pilihanraya ini dan bukannya menolak mentah-mentah," katanya kepada Harakahdaily.

DPPWP juga, ujar beliau berasa kesal dengan tindakan Wan Ahmad yang memandang lekeh terhadap sampel kajian tersebut, ianya seolah-seolah menghina rakyat Malaysia dan sekaligus memandang rendah suatu kajian ilmiah.

"Apakah beliau benar-benar tidak ingin melaksanakan proses pilihanraya dengan bersih dan adil?

"Apakah SPR ingin terus memekakkan telinga dan melaksanakan pilihanraya mengikut acuan kerajaan Umno BN?" soal Kamaruzaman.
Katanya, persoalan-persoalan itulah yang terus bermain di fikiran rakyat Malaysia sekiranya SPR terus bersikap demikian.

Ceramah Khas. “ Etika Perniagaan Dalam Islam”

Posted: 28 May 2012 12:17 AM PDT

Wasatiyyah kosmetik pada Himpunan Jutaan Belia

Posted: 28 May 2012 12:14 AM PDT


KUALA LUMPUR: Mungkin ada segelintir masyarakat yang teruja terhadap Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya tetapi yang pastinya ramai yang terkesima dan kecewa.

Justeru, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) melahirkan kekecewaan kerana ruang yang baik sudah tersedia, tetapi kenapa perlu dicemari dengan budaya-budaya yang tidak elok.

Presidennya, Akram Ikrami Taib Azamudden (gambar) berkata, usaha pembentukan belia perlu dipandang serius oleh semua pihak.

"Semua maklum bahawa belia merupakan aset negara yang mesti digilap, bukan dibiarkan sahaja tanpa mendapat bimbingan yang betul," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, penganjuran Himpunan Jutaan Belia pada 23 hingga 27 Mei 2012 di Putrajaya mungkin merupakan sebuah projek mega kerajaan untuk menggilap potensi golongan belia.

Namun, kata beliau program hiburan yang melampau, bukan sekadar menghilangkan nilai-nilai ketimuran, malah yang lebih teruk ialah mencalarkan imej Islam yang sudah lama terpahat pada Malaysia.

Justeru, tambah beliau konsep wasatiyyah yang seringkali dilaungkan oleh kerajaan, hakikatnya telah terpesong dari matlamat.

Jelasnya, wasatiyyah bukannya bermaksud mengambil separuh yang baik lalu dicampur dengan separuh yang buruk, maka jadilah wasatiyyah.

"Kesilapan dalam memahami konsep ini secara betul akan mencemarkan lagi pandangan masyarakat terhadap Islam, apatah lagi menggunakan nama Islam untuk mencantikkan perkara yang buruk.

"Kita amat risau sekiranya wasatiyyah (atau yang lebih sesuai digunakan dalam konteks ini ialah moderate) yang dicananangkan oleh kerajaan sebenarnya adalah boneka kepada Amerika," jelasnya lagi.

Hal ini, ujarnya seperti yang dilaporkan oleh Yayasan RAND iaitu sebuah pusat pemikiran terbesar di dunia yang berpusat di wilayah California, Amerika.

Beliau berkata, ia menjadikan agenda kesederhanaan (moderate) sebagai medium untuk menghalang gerakan islam lain dari bangkit.

Malah, katanya lagi kesederhanaan dan ciri-cirinya perlulah mengikut kefahaman Amerika Barat, bukannya kefahaman Islam yang syumul.

"Perlu ditegaskan, Islam adalah agama yang praktikal tidak cukup sekadar teori," katanya.

Islam juga, kata beliau bukannya agama rasmi sahaja yang berlegar dalam majlis-majlis keramaian, solat dan seumpamanya tetapi agama yang 'hidup' dalam kehidupan kita seperti yang disifatkan oleh Hujjatul Islam Imam Ghazali terhadap golongan al-Mutarasimun iaitu golongan yang mengamalkan agama yang bersifat rasmi tanpa penghayatan mendalam.

Beliau berkata, projek pembangunan belia mesti dipandang serius sama ada dari sudut pengisian mahupun teknikal.

Gagasan tersebut juga, ujar beliau sewajarnya melalui perbincangan dengan golongan cendekiawan.

"Justeru, Gamis melihat aspek utama yang perlu dititikberatkan ialah rohani dan keilmuan.

"Belia wajar digilap dari sudut keilmuan dan kerohanian supaya perkembangan belia menjadi seimbang disamping aspek-aspek sampingan disemai ke dalam jiwa belia," katanya.

Selain itu, kata Akram ruang yang wujud dalam projek membangunkan belia iailah melalui kebajikan boleh diperkasakan untuk belia.

"Contohnya pendidikan percuma, prasarana yang lengkap bagi sukan dan kebudayaan di kawasan pedalaman, kurangkan tahap pengangguran dengan mewujudkan institusi-institusi belia yang efektif bagi membantu ekonomi belia dan sebagainya.

"Tuntasnya, dalam keghairahan kita membangunkan 'peradaban' sehingga kita terlupa perkara asas yang menjadi tonggak kepada peradaban tersebut. Seperti pesanan seorang reformis Islam, Malek Bennabi 'membangunkan peradaban tanpa kerohanian adalah gagal'," ujarnya.

PAS tanding 3 kerusi di Kuala Lumpur

Posted: 27 May 2012 08:34 PM PDT



(Tuan Guru Abdul Hadi menerima borang permohonan menjadi ahli PAS dari penjaja Chow Kit)

KUALA LUMPUR: PAS akan bertanding di tiga kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan iaitu Putrajaya, Titiwangsa dan Setiawangsa.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad berkata, PAS negeri sedang memberikan fokus kepada tiga Parlimen ini.

"PAS Wilayah Persekutuan meletakkan dua strategi dalam menghadapi pilihan raya umum iaitu mengekalkan kemenangan di Titiwangsa dan mencipta kemenangan baru di Parlimen Setiawangsa dan Putrajaya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily selepas taklimat jentera PAS Wilayah Persekutuan bersama Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di bangunan Yayasan Selangor, Kampung Baru, hari ini.

Beliau berkata, persiapan PAS di Wilayah Persekutuan sudah mencapai 80 peratus selain memberi tumpuan kepada isu-isu tempatan sebagai kempen pilihan raya.

"Kita telah menggerakkan jentera yang kita atur di semua peringkat di samping mengumpul dana yang perlu dan setakat ini persiapan kita telah hampir sempurna tinggal lagi bagaimana kita nak menghadapi beberapa isu yang besar di Wilayah Persekutuan," katanya.

Menyentuh soal calon pula, PAS Wilayah Persekutuan menyerahkan sepenuhnya kepada PAS pusat.

"Siapa calon kita serah kepada pusat untuk tentukan, cuma kita persiapkan jentera," katanya lagi.

Dalam pilihanraya umum lalu, PAS bertanding di dua kawasan Parlimen iaitu Titiwangsa dan Putrajaya.

Di Titiwangsa, Calon PAS Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Ghazali menang dengan majoriti 1,972 undi.

Bagaimanapun, calonnya Mohammad Nor sendiri tewas di kerusi Putrajaya dengan majoriti 2,734.

Sementara itu, seramai 200 peniaga Pasar Chow Kit menyerahkan borang keahlian PAS kepada Ustaz Hadi dalam majlis dialog dan minum petang bersama pimpinan PAS.

Majlis itu merupakan salah satu program yang diatur dalam lawatan kerja Ustaz Hadi ke Wilayah Persekutuan hari ini.

Majlis Pecah Tanah Pakej 1 Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai

Posted: 27 May 2012 08:33 PM PDT

Lebuh raya: Pihak luar lebih baik diam

Posted: 27 May 2012 08:30 PM PDT


KOTA BHARU: Kelantan meminta pihak luar memberi peluang kepada kerajaan negeri membina 'lebuh raya rakyat' tanpa mengeluarkan persoalan negatif apa lagi berbaur tidak sihat.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa, berkata sebaiknya berdiam diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan negatif berhubung perkara itu.

Beliau berkata demikian kepada media semalam ketika mengulas kenyataan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Fathmi Che Salleh, yang mendakwa pembinaan lebuhraya oleh kerajaan negeri tidak akan berjaya.

Pada sidang medianya itu Husam seterusnya berkata, kerajaan negeri telah memilih lima daripada sembilan syarikat yang berhasrat untuk membina lebuhraya ini.

"Kita buat saringan akhirnya daripada lima syarikat dan hasil daripada pemerhatian itu, kita telah memilih dua daripada sembilan syarikat yang memohon.

"Syarikat ini kebetulan pula syarikat yang terkenal dan mana-mana pihak  yang meraguinya boleh menyemak track recordnya sebelum ini," ujar Husam lagi.

Beliau turut mempersoalkan kenyataan negatif pihak berkenaan, adakah munasabah sebuah syarikat besar tiba-tiba ingin menyerah diri untuk melaksanakan projek yang tidak ada jaminan pembayaran.

"Kalau saya adalah pemilik syarikat itu, saya tidak akan menerima projek besar ini yang langsung tidak dijamin pembayarannya.

"Kerana dia yakin kerajaan negeri akan membayar berdasarkan strategi yang kita aturkan dengan syarikat berkenaan," ujarnya.

Atas keyakinan itu katanya, syarikat berkenaan menawarkan diri, ia bukan syarikat tepi jalan yang tidak ada pengalaman iaitu Menta Contraction untuk fasa pertama.

Jadi katanya, Fathmi boleh menyemak latarbelakang kemampuan syarikat itu sebelum ini.

"Pilihanraya dijangka tidak akan diadakan pada tempoh yang terdekati ni, jadi kita ada peluang untuk melihat lebuhraya ini ada progress ataupun tidak," ujarnya.

Beliau turut mengambil contoh Jambatan Sultan Yahya Petra yang pernah disindir akan pembinaannya oleh pihak Umno dan akhirnya dengan sokongan rakyat, ianya berjaya dibina.

"Andainya Jambatan Sultan Yahya dianggap satu perkara mustahil, lebihraya ini juga bukan suatu yang mustahil. Sebagai sebuah kerajaan negeri, kita mempunyai cara, kemudahan, untuk melaksanakan projek sperti itu.

"Ia akan menjadi tunggak kepada kejayaan pembinaan pembangunan yang lain pada masa akan datang termasuk pendaratan gas dan minyak," katanya.

Menyentuh ada pihak yang membandingkan pelabuhan darat di Kuala Krai dan jambatan di Palekbang, Tumpat yang tidak berjaya dilaksanakan, Husam mendakwa ianya bukan projek kerajaan negeri.

Katanya, Jambatan Palekbang dicadangkan oleh sebuah syarikat swasta yang juga bakal memajukan Hotel River View yang ada sekarang.

Menurut Husam lagi, Hotel River View telah beroperasi kecuali jambatan kerana telah berlaku kegawatan ekonomi pada tahun 1997, di mana syarikat Ardona dari Pulau Pinang itu telah membatalkan projek berkenaan.

"Perkara ini dipersetujui bersama dengan Kerajaan Persekutuan dan ini bukan projek kerajaan negeri, sebaliknya projek swasta," ujarnya.

Sambungnya, berlainan pula dengan projek pembinaan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai yang diusahakan oleh kerajaan negeri, begitu juga pelabuhan darat.

Katanya, pelabuhan darat dicadangkan oleh pihak swasta di atas tanah mereka sendiri dan bukannya dari kerajaan negeri.

Menurutnya, kegagalan itu kerana masalah kegawatan ekonomi menyebabkan tanah syarikat tesebut terpaksa dilelong.

"Kerajaan negeri hanya bekerjasama dalam beberapa perkara khususnya berhubung kelulusan bagi membolehkan pelabuhan darat itu diadakan sebahagiannya pula dari kementerian di peringkat Pusat," ujarnya lagi.

Sambungnya, antara kerajaan dan syarikat suatu yang berbeza.

Katanya, pembinaan lebuhraya ini 100 peratus diusahakan dan milik kerajaan negeri.

"Tetapi saya tidak mahu berkata apa-apa sekarang, fokus kita insyaallah kita akan buat apa yang dapat dilakukan oleh kerajaan negeri," katanya.

Husam seterusnya menambah, pihak di luar sana diharap memberi peluang pada kerajaan negeri untuk menjayakan hasrat rakyat tanpa sebarang kenyataan negatif.

Apa yang penting sekarang ini, jelas Husam peluang amat wajar diberikan pada kerajaan negeri untuk meneruskannya dan bukannya membuat sebarang spekulasi.

Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai mula dirasmikan pembinaan pecah tanah hari ini oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sebaik sahaja majlis pelancarannya dilakukan, kerja-kerja membina lebuhraya sepanjang 65 kilometer itu akan bermula.

Bapak kafir: Ulamak Kelantan minta fatwa

Posted: 27 May 2012 08:30 PM PDT



(Tuan Guru Nik Aziz menerima cenderamata dari Dewan Ulamak Kelantan)

MACHANG: Dewan Ulamak PAS Kelantan semalam meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan kenyataan berhubung kes bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor, yang menghina Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebagai bapa kafir.

Majlis fatwa juga turut didesak mengeluarkan segera fatwa khas berhubung perkara itu bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai berhubung kenyataan menghina ulamak itu.

Pada masa yang sama, Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Hassan Mahmood, turut menyokong demontrasi di hadapan pejabat NST petang ini berhubung kenytaan 'bapa kafir' kepada Tuan Guru.

"Kita meminta Majlis Fatwa Kebangsaan yang dianggotai mufti-mufti seluruh negara berasa sensitif tentang penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan yang memerintah hari ini.

"Banyak perkara yang tidak sehat dilakukan oleh pemerintah, namun pihak majlis fatwa berdiam diri, namun boleh pula mengeluarkan fatwa khas khusus untuk Pakatan Rakyat walaupun tidak bercanggah dengan Islam,"ujarnya.

Sambungnya, majlis fatwa tidak hanya perlu memandang sudut agama sahaja, sebaliknya pelenyelewengan kuasa, ekonomi, yang berlaku di hadapan mereka kena beri perhatian.

Beliau juga turut mencadangkan majlis fatwa menegur isu penyelewengan yang membabitkan NFC, saham syarikat MAS dan lain-lain lagi.

Sementara itu ketuanya, Datuk Mohammad Daud, mengakui pihaknya menggunakan kaedah yang lebih lunak dalam berdakwah, khususnya kepada orang bukan Islam.

Sambungnya, Dewan Ulamak PAS Kelantan, seboleh mungkin tidak akan menggunakan bahasa yang kesat apa lagi menyinggung perasaan mereka.

"Sebab itu ketika kita berucap, berkempen, berdakwah kita tidak kata mereka sebagai orang kafir, sebaliknya 'bukan Islam', sebab perkataan kafir itu begitu kasar, walaupun mereka bukan beragama Islam,"ujarnya.

Terdahulu Tuan Guru merasmikan laman web rasmi dewan berkenaan. Untuk melayari serta mendapat sebarang maklumat http://dupnk.org.my.

Tiada ulasan:

Pengikut