Pakatan Rakyat |
Posted: 25 Apr 2012 03:10 PM PDT | Rakyat Sedia Biayai TAMBANG dan KOS Perjalanan Zahid Hamidi ke PARIS Posted: 25 Apr 2012 01:28 AM PDT [MK] Menteri Pertahanan Datuk Zahid Hamidi tidak patut menjadikan alasan pembiayaan untuk mengelakkan diri daripada menghadiri inkuiri berhubung pembelian kapal selam Scorpene di Paris, kata NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram). Anggota sekretariatnya Cynthia Gabriel berkata, Zahid sepatutnya mengutamakan soal akauntabiliti dan ketelusan kerana perbelanjaan ketenteraan datang daripada wang pembayar cukai rakyat Malaysia. "Iltizam kepada kebenaran sepatutnya menjadi alasan pertama dan paling penting untuk menjadi saksi dalam kes ini, bukan wang," kata Gabriel kepada Malaysiakini. "Tambahan pula, beliau memungkiri kata-katanya sendiri. Sebelum ini, beliau berkata sanggup memberi keterangan, kemudian beliau tukar fikiran. Kami mahu tahu apa yang telah berlaku yang menyebabkannya bertukar nada." Gabriel berkata, paling banyak, peruntukan yang diperlukan sebanyak RM10,000 semalam, meliputi tiket pergi balik bukan Malaysia Airlines (RM5,500), tempat tinggal (RM600 semalam) dan makan di restoran (RM200). Zahid sebelum ini dilaporkan tidak akan hadir atau menghantar wakil ke perbicaraan di mahkamah Perancis berhubung kes bayaran komisen tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan kapal selam pada 2002. Katanya, tiada sebab untuk beliau hadir kerana bukan menjadi saksi dan beliau tidak akan menggunakan wang kerajaan atau duit poket sendiri bagi membiayai kehadiran ke sana, lapor Sin Chew. P/s: Kalau main Chess, langkah SUARAM ini bagaikan Checkmate untuk Zahid! | Posted: 25 Apr 2012 12:25 AM PDT [FMT] PETALING JAYA: Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin berkata saksi yang dikaitkan dengan dakwaan pemberian wang RM1.5 juta oleh menteri kabinet kepada seorang pelakon wanita akan diketengahkan kepada umum tidak lama lagi. Menurut Zuraida selain dari saksi utama, saksi-saksi yang terlibat juga akan ditampilkan berserta dengan bukti lain dan pihaknya akan melaporkan dakwaan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu depan. Ketika ditanya mengenai tindakan undang-undang yang bakal dihadapi beliau oleh individu terlibat, Zuraida berkata beliau sedia berdepan dengan perkara itu. Zuraida menegaskan bahawa beliau mempunyai bukti-bukti kukuh berhubung dakwaan tersebut. "Kita rancang akan bawa saksi utama dan beberapa saksi terlibat termasuklah kenalan pelakon wanita berkenaan. "Saya tunggu sekiranya mereka mahu saman. Kita yakin dengan bukti yang ada. Kita dan kaji setiap maklumat yang diperolehi," katanya ketika dihubungi FMT. Zuraida ketika sesi parlimen minggu lalu mempersoalkan pemberian wang tunai sebanyak RM1.5 juta oleh Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kepada artis yang dikenali melalui filem Anak Mami, Zahida Mohd Rafik hanya dalam tempoh empat bulan. Zuraida mendedahkan maklumat itu berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh pemandu peribadi artis terbabit ekoran tindakan artis tersebut yang membuat laporan polis menuduh beliau melarikan duitnya sebanyak RM200,000 pada 3 Mac lalu. Dalam laporan polis yang dibuat pada 13 Mac lepas, pemandu itu mendakwa artis berkenaan telah membuat laporan palsu terhadapnya kononnya beliau melarikan wang itu. Justeru, Zuraidah meminta menteri berkenaan menjawab persoalan yang beliau bangkitkan itu. Shafie Apdal menafikan bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh bekas pemandu Zahida bahawa beliau telah membuat sejumlah bayaran kepada Zahida. | Posted: 24 Apr 2012 11:30 PM PDT | [Gambar] Video Seks Mirip 2 Ahli Politik Indonesia Tersebar Posted: 24 Apr 2012 09:02 PM PDT [HM] JAKARTA: Pita video seks memaparkan dua anggota Parlimen daripada Partai Demokrasi Indonesia - Perjuangan (PDI-P) diedarkan secara meluas di Internet. Pita video seks itu awalnya disiarkan semalam di laman kilikitik.net, yang digantung sejurus kemudian selepas khabar angin mengenainya tersebar dengan meluas.
Pengerusi Majlis Etika Dewan Perwakilan, M Prakosa yang juga daripada PDI-P berkata, dia mendengar khabar angin mengenainya, tetapi belum melihat video itu. "Ia hanya khabar angin. Saya pun mendengarnya daripada wartawan. Tidak dipastikan lagi siapakah mereka," katanya kepada wartawan di dewan itu. - Jakarta Post | New Zealand Rancang Naikkan Harga Rokok Sehingga RM250 Sebungkus Posted: 24 Apr 2012 08:40 PM PDT [HM] AUCKLAND: Pegawai Kementerian Kesihatan New Zealand mengkaji kemungkinan menaikkan harga rokok kepada NZ$100 (RM250) sebungkus, sebagai usaha untuk menghentikan sama sekali tabiat merokok. Satu dokumen sulit mendedahkan beberapa senario kenaikan harga secara drastik yang diperlukan untuk mencapai matlamat itu. Satu cadangan menunjukkan, walaupun rokok dinaikkan sebanyak RM120 sebungkus menjelang 2025, bersama-sama cukai yang lain, matlamat itu tidak akan dicapai. Tetapi, sekiranya harga itu dinaikkan sehingga RM250 menjelang 2020 bersama-sama dengan kenaikan cukai lain, dasar itu akan berjaya. Ramalan itu terkandung dalam laporan sulit yang didedahkan kepada stesen televisyen 3 News di bawah Akta Maklumat Rasmi. Meskipun pegawai mengaku kenaikan sebanyak itu tidak realistik, pakar percaya cukai menjadi jalan terbaik menangani isu berkenaan. Profesor Richard Edwards dari Jabatan Kesihatan Awam, Universiti Otago berkata: "Cukai adalah cara paling berkesan untuk mengurangkan tabiat merokok dan menggalakkan perokok berhenti merokok. "Sungguh menarik kerajaan menjadikannya satu matlamat. Ia menjadikannya kerajaan pertama di dunia berbuat demikian." - DM P/s: Kalaulah harga rokok di Malaysia atas RM100...mesti setiap asap yang keluar akan disedut semula...sayang...mahal! Kepada perokok, berhentilah merokok. TM sudah hampir 6 tahun berhenti merokok. Hidup lebih nikmat! | Kalau Tertekan Sekalipun, TOPI KELEDAR Jangan Lupa! Posted: 24 Apr 2012 06:10 PM PDT Topi keledar mana? Pak menteri ini ada lesen motosikal atau tidak? Setidak-tidaknya, JPJ dan polis tolong nasihati menteri ini agar memakai topi keledar setiap kali menunggang motosikal. Apa kata Shafie tentang kontroversinya? "Saya sudah mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung hal itu semalam, sudah cukup. Ia ada motif politik, namun, mereka akan tetap mereka cipta bermacam-macam cerita tetapi yakinlah kita akan tetap tunaikan tanggungjawab." Macam itu saja? Habis? Nafi sahaja? Kalau kena pada batang hidung pemimpin pembangkang, puak ini meminta pemimpin yang terlibat menafikan diri mereka terlibat, bersumpah, menggesa menyaman individu yang melontar tuduhan, dan sebagainya. Tindakan paling rasional, menteri ini perlu meminta bekas pemandu artis itu menarik laporannya dan meminta maaf. Jika enggan, pak meneteri ini perlu menyaman bekas pemandu itu. Jika sekadar menafi, banyak penjenayah yang terlepas daripada hukuman hanya dengan membuat penafian. | "Maaf ye, saya BEKERJA KERAS untuk dapatkan duit." - Zahida Rafik Posted: 24 Apr 2012 05:14 PM PDT [MStar] PETALING JAYA: Aktres Zahida Rafik menjadi semakin popular selepas tersebar dakwaan dia menerima sejumlah wang daripada seorang menteri kanan sehingga mengundang pelbagai reaksi panas menerusi laman sembang Twitter milik pelakon itu. Kebanyakan pengikut Twitternya iaitu di @zahida_rafik menghantar pesanan yang menyindir selain teguran pedas berhubung dakwaan kononnya dia menerima wang kira-kira RM1.5 juta daripada VIP berkenaan. Salah seorang pengikut Twitter Zahida iaitu Fared Isa pada dua hari lalu menghantar mesej berbunyi: "Hi jutawan. Anda telah kantoi…Saya tidak pernah dengar nama anda sebelum ini hinggalah berita anda ini tersebar ke seluruh negara." Zahida pula membalas dengan berkata; "Sabar!!Teruskan usaha anda! Saya perlu tido sekarang, selamat malam! Esok jangan lupa tweet lagi tau…Sekurang-kurangnya saya seorang jutawan, anda pula? Seorang lagi pengguna, Mohd Firdaus menghantar pesanan kepada Zahida lima hari lalu berbunyi: "Untung laaa @zahida_rafik hidup senang-senang sahaja hujung minggu dapat RM200,000. Nak duit beritahu sahaja dekat menteri. Saya harap berita ini satu kebenaran." Zahida pula membalasnya; "Maaf ye, saya bekerja keras untuk dapatkan duit. Jika kamu tak ada duit, saya boleh derma sedikit. Tidak apa, Allah akan tunjukkan kebenarannya." Bagaimanapun trend tersebut berubah apabila pengikut Twitter milik Zahida mula memberi komen yang positif terhadap pelakon itu apabila terdapat mereka yang menyokong dan memberi galakan kepadanya. Seorang pengikut Twitter Zahida iaitu Tengku Iskandar menghantar mesej berbunyi; "Harap cepat selesai masalah ini sebelum makin melarat. Faham-faham sahaja la di Malaysia ini, semua hendak jadi hakim." Adlynn Jamlus pula menghantar mesej dengan meminta Zahida bersabar iaitu; "Bersabarlah dengan dugaan yang diberi... Insya-Allah ada hikmahnya. Sehingga malam Isnin, akaun Twitter pelakon Anak Mami The Movie ini mempunyai 7,069 pengikut. Rabu lalu, pemandu peribadi Zahida, Noor Azman Azemi membuat laporan polis mendakwa aktres berkenaan mendapat wang berjumlah RM1.5 juta daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal. Bagaimanapun, Zahida dan menteri berkenaan telah menafikan tuduhan itu dan sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang cuba memfitnah mereka. P/s: Tengok-tengok juga....cuba dengar apa Chegu Bard dan Rafizi cakap.... |
Posted: 25 Apr 2012 03:10 PM PDT Ketua Bahagian Umno Gopeng, Datuk Hamzah Bin Kasim ( kiri) turut hadir di tempat kedai yang telah diroboh itu pagi kelmarin. Dalam temubual bersama beliau, beliau turut menyatakan rasa terkilan dan kecewa diatas tidakan merobohkan premis kedai tersebut. "Saya amat terkilan.Sepatutnya perkara ini dibincangkan dengan Menteri Besar," katanya. Apabila pemilik kedai beritahu, bahawa perkara tersebut telah dibincangkan dengan Hamidah, beliau berkata,"Tak, bukan bincang dengan Hamidah., bincang dengan MB. Patut diberitahu kepada kaunseler disini, Dato Haji Mukti , kaunseler di sini..." dikerjakan oleh Pakatan Rakyat? Apabila dinyatakan bahawa mereka ini , orang biasa dan tidak tahu hal untuk berunding dengan MB dan diusulkan bahawa sepatutnya Hamidah berunding dengan MB mengenai hal ini sebab Hamidah sudah maklum mengenainya, Hamzah tetap bertegas supaya merujuk kepada Dato Hj Mukti. "Saya yang letak Dato Hj Mukti di situ, jadi saya bolehlah tahu perkara ini...ini kita pun tak tahu! Macam mana kita nak...." hambar sahaja bunyinya. Pemilik kedai itu lalu menyampuk, "Saya heran ngapa Hamidah buat macam ini?" "Bukan Hamidah ni kut..", Hamzah dengan tergagap-gapap sikit cuba mempertahankan Hamidah dan Umno. Begitukah wahai Datuk Hamzah? "Bandaraya...ni meroboh Bandaraya...," dia berkata demikian seolah-olah orang ramai tidak kenal sekumpulan petugas beruniform yang datang dengan lori MBI itu. "Bandaraya ni dapat arahan; arahan daripada mana? Sampuk salah seorang di situ yang ingi penjelasan sebenar. " Orang nombor satulah, Dato Bandar!" balas Hamzah disambut gelak ketawa beberapa orang yang ada di situ." Mereka mungkin terasa lucu dengan jawapan Hamzah itu. Tentu pening pemilik kedai itu ( foto sebelah) mendengar jawapan demikian rupa dari seorang Ketua Umno Bahagian Gopeng ini. "Bandaraya kata orang ni...orang ni kata orang ni, orang ni...macamana entah!" kedengaran dia bersungut. "Bandaraya...Bandaraya...," Hamzah cuba menyakinkannya lalu disambut dengan ketawa beberapa orang yang berada disitu. Ada juga kedengaran suara menyampuk, "Umnolah tu!" "Saya ketua parti, pun tak tahu...ini kerajaan (bukan parti- penulis) kadang-kadang bertindak ...kerajaan pun bukannya semua Umno....pembangkang pun ada...", katanya. Jawapan tersebut mendapat reaksi sepontan salah seorang di situ dengan menyampuk, " Hei! Mana ada? Semua orang Umno!" "Bandaraya tu penuh! (orang pembangkang– penulis) . Orang disitu yang mendengarnya semua terasa lucu dan ketawa.... "Ketua kampung saya dah jumpa. Tok Penghulu saya dah jumpa," pemilik kedai itu dah tak tahu nak kata apa lagi. Hamzah turut ditanya kenapa hanya satu bangunan ini sahaja dirobohkan sedangkan ada banyak lagi gerai-gerai seumpamanya. "Ketika saya Ahli Majlis dahulu, memang saya bangkang.... saya kata, kalau nak roboh, roboh semua! Yang di Pasir Pinji tuu...semua sekali ambil tindakan! "Saya kata selesaikan masalah depa dulu jangan kira kita nak peroboh aje ", nampak bersungguh Hamzah dengan kata-katanya itu. Tetapi, tidak masuk akal bahawa Hamzah tidak tahu. Dia Ketua Bahagian. Hamidah orang bawahan dia dalam susur galur hiraki parti. Hamidah tahu rancangan MBI nak merobohkan kedai tersebut. Mustahil Hamidah tidak maklumi dan tidak tahu menghormati Hamzah sebagai Ketua Bahagian. 10.00 pagi. Lihat entri atas ini - jam 1.12 tengah malam! Apa perlunya tengah-tengah malam muat naik berita ini? Konon nak lepas tangan, tapi lupa orang boleh lihat jam tu! Blog penjilat Hamidah, Sungai Rapat Online, melaporkan dalam entrinya pada 24 April lalu yang diposting pada jam 1.12 malam buta berkaitan ura-ura MBI mahu merobohkan kedai tersebut. MBI datang sungguh selepas itu, lebih kurang jam 10.00 pagi. Jelas bahawa Hamidah Osmah sudah terlebih maklum hal yang akan di lakukan oleh MBI. Mana boleh Ketua Bahagian diperbodohkan oleh orang bawahannya.Dan tidak mungkin Hamzah sanggup memperbodohkan dirinya sedemikian rupa. Cer kita fikirkan bersama. Betul sungguh apa yang pernah Mahathir katakan dulu ... "Teman tetap tidak puas hati keadaan begini , mike Ketua Bahagian Umno , duduk deka-dekat sini (Pinji Utama- penulis), macam mana boleh tidak tahu!" jawab pemilik kedai yang kena roboh itu. Kenapa Hamidah tidak hadir disitu pada hari kejadian? Walhal dia telah berjanji tidak akan mengambil tindakan sehingga masalah peniaga di situ diatasi dengan menyediakan 'Medan Selera' - tempat khas berhampir kawasan tersebut.Cer klik gambar Sinar tu! Dan kenapa Hamzah tidak menghubungi Hamidah Osman serta merta pada waktu kejadian tersebut berlaku. Mereka perlu jelaskan persoalan tersebut kepada rakyat. Kalau tidak, nampak sangat mereka hanya bermain wayang China sahaja. Selepas ini jika MBI merobohkannya sekali pun, pemilik dan pengusaha jangan kata MBI zalim. Nak kata Umno baik? Ha! ha! ha! |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan