Rabu, 25 April 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 25 Apr 2012 03:48 AM PDT

MEDIA Rakyat MALAYSIA


NGO HULU SELANGOR @ JASA WANITA DAN PAWAHS MENYOKONG PENUH BERSIH 3.0

Posted: 25 Apr 2012 03:21 AM PDT

DBKL MUNGKIN JADI ROBOCOP PADA HARI BERSIH 3.0 !!!

Posted: 25 Apr 2012 01:12 AM PDT

KAMI BOLEH PROMO DBKL DAN RAJA NONG JIKA MAHU ......!

Posted: 24 Apr 2012 10:40 PM PDT

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Posted: 25 Apr 2012 01:17 AM PDT

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


MediaRakyat "Rakyat Bersuara" : Dari Occupy Dataran Ke Bersih 3.0

Posted: 24 Apr 2012 11:05 PM PDT

Ceramah Chegu Bard di Selayang 22 Aprril 2012

Posted: 24 Apr 2012 10:27 PM PDT


Part 1
Part 2

Part 3

Suara Sri Andalas

Posted: 24 Apr 2012 11:35 PM PDT

Suara Sri Andalas


Hartanah Di Mont Kiara: Keluarga Dato’ Seri Shahrizat Terus Dapat Manfaat Kewangan Dari Dana Rakyat

Posted: 24 Apr 2012 02:49 AM PDT

Walaupun Dato' Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa aset NFC telah dibekukan, hakikatnya keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil masih lagi mendapat bayaran bulanan yang lumayan dari harta-harta yang dibeli menggunakan dana NFC.

Selain dari pelbagai kondominium yang telah didedahkan kini, keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil juga mendapat kutipan sewa dari hartanah-hartanah yang dibeli dengan dana NFC dan kemudiannya disewakan kembali kepada NFC dan syarikat-syarikat bersekutu yang lain.

Bukti yang paling kukuh ialah dua premis utama operasi NFC iaitu pejabatnya di alamat L-3A, No. 2, Jalan Solaris, Solaris Mont Kiara dan restoran mewah Meatworks di alamat 2G 3A, Jalan Solaris 5, Solaris Month Kiara.

KEADILAN berjaya mendapatkan rekod hakmilik dan nilaian kedua-dua hartanah dari carian rasmi dengan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (sila rujuk dokumen carian harta JPPH yang disertakan bersama).

4 unit ruang pejabat yang digunakan oleh NFC dan syarikat bersekutu di Tingkat 3A, Jalan Solaris dimiliki bersama oleh Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail dan anaknya Wan Izanur Izran. Salah satu unit iaitu Unit L-3A-3A berjaya dipadankan dengan carian harta di JPPH atas nama Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail yang dibeli pada harga RM814,550.

Semakan pembayaran dari rekod kewangan NFC pula menunjukkan bahawa pada setiap bulan, NFC akan membuat dua pembayaran sewa pejabat seperti berikut:

RM28,000 setiap bulan kepada Wan Shahinur Izran
RM8,240 setiap bulan kepada Dato' Seri Mohamad Salleh


Ini menimbulkan beberapa kesimpulan dan persoalan besar seperti berikut:
  1. Dua orang pengarah NFC telah menyalahgunakan wang syarikat dengan mendapatkan pinjaman bank bagi hartanah yang kemudiannya disewakan kembali kepada syarikat;
  2. Adakah urusniaga pembelian hartanah atas nama peribadi tetapi dibayar menggunakan kutipan sewa dari NFC dan syarikat bersekutu ini mendapat kelulusan Lembaga Pengarah? Jika tidak, Dato' Seri Salleh Ismail dan Wan Shahinur Izran perlu disiasat atas kemungkinan pecah amanah wang syarikat; 
  3. Bayaran sewa yang dikutip oleh Dato' Seri Salleh Ismail iaitu RM8,240 sebulan bagi ruang pejabat bernilai RM814,550 adalah terlalu tinggi. Jika pembelian ini dibiayai dengan pinjaman selama 25 tahun pada kadar faedah semasa, bayaran bulanan dianggarkan sekitar RM4,800 sebulan. Ini bermakna Dato' Seri Salleh Ismail membuat keuntungan 72% setiap bulan; iaitu kadar keuntungan yang terlalu tinggi dari wang rakyat.
  4. Jika ini keadaannya dengan unit L-3A-3A yang dimiliki oleh Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail, sudah tentu kadar keuntungan serupa juga dibayar oleh NFC kepada Wan Shahinur Izran bagi ruang-ruang pejabat lain yang dimiliki beliau.


Kaedah membeli hartanah atas milikan peribadi dan dibiayai oleh bayaran sewa oleh NFC dan syarikat bersekutu turut digunapakai dalam hartanah-hartanah lain.

Ruang niaga restoran yang disewa oleh RFC bagi operasi Meatworks di Mont Kiara pula dimiliki oleh Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh.

Carian rasmi di JPPH menunjukkan beliau mempunyai dua ruang kedai iaitu unit 2 dan 3. Unit 2 berharga RM8.4 juta sementara unit 2 berharga RM5.7 juta. Ruang ini disewakan kepada RFC yang membayar sewa bulanan kepada Wan Shahinur Izran menggunakan dana RM250 juta yang dibiayai oleh rakyat.

Walaupun saya tidak mempunyai rekod kewangan terperinci bagi RFC dan syarikat-syarikat bersekutu yang lain, saya percaya Wan Shahinur Izran turut mendapat bayaran sewa yang lumayan dari dua ruang restoran yang dimilikinya. Saya menganggarkan beliau memperolehi pendapatan sewa RM150,000 sebulan dari dua unit hartanah bernilai RM14.1 juta ini, mengambil kira kadar keuntungan sama yang diperolehi Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail.

Ini membuktikan sekali lagi bahawa Dato' Seri Najib Tun Razak tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghentikan penyelewengan wang rakyat walaupun pelbagai pendedahan telah dibuat. Beliau berharap dengan pengunduran sementara Dato' Seri Shahrizat Jalil dari jawatan kabinet, skandal ini akan reda sementara beliau membiarkan keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil terus bermewah dengan wang rakyat sebanyak RM250 juta.

KEADILAN akan membuat laporan polis susulan berikutan pendedahan ini agar Wan Shahinur Izran dan Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail disiasat atas kemungkinan pecah amanah dalam urusan sewa beli hartanah-hartanah yang digunakan oleh NFC dan syarikat bersekutunya di Mont Kiara.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN


24 APRIL 2012





Stateless Indians: PKR Veep Strikes Back

Posted: 24 Apr 2012 02:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: PKR vice-president N Surendran has hit back at his detractors over the issue of stateless Indians in the country, calling MIC "powerless and pathetic."

He said the Barisan Nasional component party failed to resolve a problem which was much bigger than what the government would like to admit.

"We do not wish to debate this issue with the powerless and pathetic MIC. We want to know why the deafening silence from (Prime Minister) Najib (Tun Razak) and (Home Minister) Hishammuddin (Hussein)?" Surendran told FMT.

"We want the home minister to answer why there are tens of thousands of Malaysian Indians who are still without documents," said the lawyer.

Surendran said that previously the government itself admitted that there were about 40,000 stateless Indians, though MIC claimed that it was 15,000.

Even former Selangor menteri besar Dr Mohd Khir Toyo said in 2008 that there were 40,000 Indian children without birth certificates in the state, he added.

"Whatever the figure is, I am saying that we should not even have a single Malaysian, whether Indian, Malay or Chinese who is born in the country and not have any documents.

"The real figure is obviously huge and the government is in no position to say that 40,000 is correct, have they done a comprehensive survey and documented everyone without ICs?" he asked.

Justifying his 300,000 figure, Surendran said it was not only derived from "ground reports, evidence from the work of activists and political parties" but was also consistent with population studies.

"Now, according to the population study by the legendary R Chander, who was the chief statistician in the country in the 70s, the Indian population should be much higher than what it is today.

"This is very accurate (and it shows that) there are about 300,000 who are living in the country but are unaccounted for. They are the missing 300,000. And I believe this too is an underestimation.

"The real figure could be much higher. This is certainly not something I pulled out of thin air," he added.

'BN should locate them'

Responding to calls that PKR bring the 300,000 forward so that MIC could help register them, Surendran said:"The 300,000 are all over the country, the duty to find them and get them registered is in the hands of the federal government."

"We demand that the government don't try to wash its hands off the problem," he added.

Surendran said the government had enough resources to locate each and every one of these undocumented Indians.

"Until now, they have totally failed, maybe deliberately. MIC's MyDaftar campaign to register Indians without proper documents is a complete and utter failure," he said.

"Going by anecdotal evidence, the people you encounter in the estates, rural ares, and housing areas, everywhere you can come across people with red ICs, and without birth certificates. I know because I have been going across the country for the past one year. Everytime I go to an Indian area for a ceramah, I come across five… 10… 15 of these people in just one area," he added.

Surendran said that MyDaftar was just a "ploy" by the government to "pretend that they were solving the problem."

"I believe the government is deliberately hiding the real fact of stateless Indians. They came up with the MyDaftar in response to political pressure after the 2008 election in order to silence the Indians. They are doing that just to win, because its an important issue," he said.

"BN has neither the political will nor real interest in resolving the problem. They are indifferent and they have complete lack of concern for the suffering of the poor and the oppressed. They are more interested in big business, cronyism and mega projects. And anyway, these are not voters, they (BN) are not interested," he added.

Surendran repeated his claim that the country was now in a "crisis situation" and said that these 300,000 or more Indians were now shut out of the economic output.

"You have 300,000 who can't contribute to the economy. No education, no employment, no healthcare, nothing. They are in limbo, they are cut off from society.

"Just last week, I met a 70-year-old Indian born in Sg Petani, he has been carrying a red IC all these while. He asked me 'do you know how much I have suffered in my life?'

"I feel angered about this the most when I see the utter indifference of BN, the behavior of MIC is totally disgraceful. They have come to betray these people and trying desperately to justify the actions of the BN government," he added.
'Systematic neglect'

Surendran said the root causes of the problem were factors such as the social economic situation of the Indians, their illiteracy, and how many, until the mid 70s, had still lived in estates.

"The biggest contributor was the systematic neglect of the Indian community by the government," he added.

On why he had taken up this issue now, Surendran said: "Why have I taken up this issue? I have been going around the country for the past one year or so, I have come across so much of suffering among Indians who are victims of this. And it has sunk into me, the extent of the problem. Anyone who has gone down, walked the mile, will understand what I am talking about."

"These are people living in limbo and its a horrible thing to do to people with the rights to citizenship," he added.

"The government can't blame anyone, because they have ruled for 50 over years. I tell you now, concede the next general election, and let Pakatan Rakyat take Putrajaya, then we will it. That is our resolve," he stressed.

Last Thursday, Surendran had led a protest at the Parliament gates, urging the government to issue MyKads to those who do not have proper identification.

Subsequently, Surendran's claim of 300,000 stateless Indians was attacked by several MIC leaders.

In February this year, Prime Minister Najib Tun Razak had hailed the MyDaftar campaign, which at that point had approved 5,593 applications out of 9,529 applied, as a success.

Source: FreeMalaysiaToday

PKR Selangor Sasarkan Lebih 80,000 Sertai BERSIH 3.0

Posted: 24 Apr 2012 01:45 AM PDT

SHAH ALAM, 24 APRIL : PKR Selangor dijangka akan menggerakkan lebih 80 ribu ahli dan jentera partinya  menyertai himpunan BERSIH 3.0 'Duduk dan Bantah' pada Sabtu ini sebagai sokongan kepada gerakkan rakyat menuntut penambahbaikan dalam sistem pilihanraya.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie berkata pihaknya yakin dengan penyertaan puluhan ribu dibaris hadapan mengemudi kemaraan rakyat akan berjalan secara secara aman sepertimana kejayaan himpunan BEBAS ANWAR 901 lepas.

"Saya berasa amat yakin dengan tahap disiplin dan prinsip perjuangan yang jitu dari kalangan anggota kami, penyertaan ini akan menjadikan BERSIH 3.0 sebagai satu lagi medan kepada jentera dan ahli parti untuk berhimpun dalam menghadapi PRU 13 yang berbaki beberapa bulan sahaja lagi,"ujarnya.

Sejak akhir-akhir ini, politik negara sering memperlihatkan kerakusan kerajaan mengunakan segala kekuatannya untuk mengekang kebebasan rakyat bagi memastikan BN terus kekal berkuasa.

Dalam masa yang sama, Negara juga diperlihatkan dengan pelbagai episod ketirisan, salahguna kuasa dan penyelewengan dana rakyat oleh pemimpin kerajaan.

Menurut Shuhaimi, tindakan kerajaan negeri Selangor untuk tidak menyertai pilihanraya negeri ketika pilihanraya umum akan datang sebagai suatu langkah yang tepat dan wajar ekoran terdapat beberapa keraguan yang membimbangkan berhubung daftar pemilih di Selangor.

Kini, suasana semakin membimbangkan apabila Kerajaan menerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) meluluskan Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang diluluskan Dewan Rakyat dengan mempersembahkan beberapa perubahan yang menimbulkan keraguan dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat serta rakyat yang inginkan ketelusan pilihanraya.

Justeru, Shuhaimi melihat kronologi ini sebagai suatu yang membimbangkan dan sudah tiba masanya untuk kerajaan bertemu dengan gerombolan rakyat yang inginkan perubahan dan hak mereka.

"Mungkin telah tiba masanya agar 'buku bertemu ruas' digunakan supaya maruah rakyat dikembalikan. Jangan sampai SPR di humban ke dalam api kemarahan rakyat di jalanraya! Waktu itu 'jalanraya' yang banyak 'mengajar pimpinan kuku besi dalam sejarah dunia' wajar dipertimbangkan sebagai pilihan akhir,"jelasnya melalui kenyataan media.


Sumber: Selangorku

Bersih Akan Diteruskan di Dataran Merdeka

Posted: 24 Apr 2012 01:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 April — Pergerakan menuntut pilihan raya adil dan bersih hari ini mengekalkan cadangan mereka untuk meneruskan perhimpunan Bersih di Dataran Merdeka dan 11 lokasi di bandar-bandar seluruh negara Sabtu ini.

Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan ketika sidang media berkata mesyuarat dengan 84 pertubuhan telah mendakan mesyuarat malam tadi dan sebulat suara untuk meneruskan ranangan mereka di Dataran Merdeka walaupun menerima ancaman daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pihak berkuasa itu bagaimanapun turut menawarkan lokasi lain, seperti stadium di Cheras, dan Titiwangsa, termasuk Stadium Merdeka bagi mengadakan perhimpunan "Duduk Bantah" mereka.

"Kami sudah tidak boleh melakukan perubahan lagi. Hanya tinggal empat hari shaja lagi dan kami tidak boleh mahu orang ramai terkeliru," katanya.

Pihak polis sebelum ini telah menolak permohonan Bersih untuk membantu menjaga lalu lintas, atas faktor keselamatan.

"Polis seperti menolak Bersih bukan sahaja di ataran Merdeka. Saya tidak pasti sekiranya mereka sudah menerima peringatan daripada Menteri Dalam Negeri yang seperti menyokong," katanya merujuk kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bekas Presiden Majlis Peguam itu menegaskan pergerakan itu masih lagi mahu "bekerjasama dengan pihak polis dan DBKL" dan akan menulis surat kepada kedua-dua pihak tersebut untuk mengadakan perjumpaan.


Sumber: TheMalaysianInsider

Selangor Adakan PRU Berasingan Atas Kelemahan SPR

Posted: 22 Apr 2012 01:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 April — Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor bakal mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 kali ini berasingan ekoran kelemahan sistem daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jelas Setiausaha Politik menteri besar, Faekah Hussin, isu pilihan raya berasingan tidak akan timbul sekiranya SPR bersungguh-sungguh membersihkan senarai daftar pemilih yang meningkat mendadak.

"Walaupun telah banyak bukti yang dikemukakan namun SPR masih gagal bertindak sewajarnya sebaliknya memberikan alasan yang pelik dan tidak munasabah.

"Kita mahu SPR melaksanakan tanggungjawab secara bebas dan jangan mengikut telunjuk (Barisan Nasional) BN atau mana-mana parti politik seperti lembu dicucuk hidung," tegasnya.

Jelas Faekah, pihaknya amat kecewa apabila SPR tanpa berselindung menunjukkan sokongan kepada BN.

"Jika ada pegawai tertinggi SPR mahu berpolitik, sila letak jawatan dan bertanding sebagai calon BN.

"Kita mendesak SPR berhenti menjadi jurucakap BN. Jika SPR mahu dihormati seluruh masyarakat Malaysia, laksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan jujur kerana setiap perbuatan kita pasti akan mendapat balasan," tambahnya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Faekah menjelaskan, hak mengadakan PRU bersesama atau berasingan adalah terletak sepenuhnya pada kerajaan negeri dan SPR tidak boleh menggunakan alasan belanja RM30 juta untuk menyekat hak tersebut.

"Mereka harus sedar tindakan mengadakan pilihan raya berasingan adalah akibat dari kegagalan SPR membersihkan dan mengambil langkah berkesan sebagaimana unjuran Bersih 2.0.

"Jika kita mahu berbicara soal wang rakyat, bagaimana pula dengan RM250 juta wang rakyat yang disalahguna NFC (Pusat Fidlot Nasional) dan RM589 juta hutang Tan Sri Tajuddin Ramli yang dilupuskan oleh kerajaan?"

"Bagaimana pula dengan urusniaga penjualan Lebuh Raya MEX? Adakah geran kerajaan yakni duit rakyat yang diberikan kepada Maju Holdings berjumlah lebih RM900 juta telah dikembalikan?"

"Bukankah ini semua melibatkan pembaziran wang rakyat?" soal pembantu Tan Sri Khalid Ibrahim ini.

Tambahnya lagi, perjumpaan antara kerajaan Selangor dengan SPR baru-baru ini berlangsung secara profesional walaupun hakikatnya kerajaan PR Selangor tidak berpuas hati dengan cara SPR menyelesaikan isu pertambahan pengundi yang meragukan  di selangor.

"Ini perjumpaan rasmi yang pertama kali diadakan antara kerajaan Selangor dengan SPR selepas pilihan raya umum 2008 sekali gus membuktikan komitmen kerajaan Selangor untuk memastikan pilihan raya umum akan datang dijalankan secara adil, bersih dan bebas.

"Ketika pertemuan itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak menghuraikan secara terperinci kepada media massa intipati perbincangan bagi memelihara kerahsiaan dan menghormati permintaan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof," tambah Faekah.

Malah jelas Faekah, SPR turut mengucapkan terima kasih kepada PR Selangor yang sanggup membantu SPR membersihkan senarai daftar pemilih menerusi program Selangorku Bersih lantaran kewujudan lebih 42,000 pemilih yang amat meragukan.

"Dalam pertemuan lebih dua jam itu, isu pembaziran wang rakyat jika Selangor mengadakan pilihan raya berasingan langsung tidak dibangkitkan walaupun SPR telah maklum lebih awal dengan keputusan ini yang dipersetujui Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat," katanya lagi.


Sumber: TheMalaysianInsider

Kempen Selangorku Bersih Bantu Pemimpin Kenalpasti Pengundi

Posted: 21 Apr 2012 02:00 AM PDT

KLANG, 21 APR : Kempen "Selangorku Bersih" adalah cara erbaik bagi pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk mengenali pengundi mereka di kawasan masing-masing.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, menerusi kempen ini, kerajaan negeri berupaya mencegah kemasukan pengundi hantu ke dalam senarai daftar pemilih di Selangor dengan lebih efektif.

Menurutnya, kempen itu bagi membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memantau perkara berkenaan selepas mendapati terdapat penambahan [ada daftar pengundi secara mendadak yang meragukan di Selangor.

"Terlalu banyak pengundi baru di Selangor seperti di Batang Kali iaitu seramai 8,000 orang.

"Dari mana mereka datang sedangkan penduduk di kawasan itu kalau dilihat terlalu sedikit.

"Di Kota Raja sendiri terdapat lebih 20,000 pengundi baru. Kita tidak sekat orang yang layak megundi, kita mesti galakkan kerana itu hak rakyat," katanya.

Beliau berkata, menerusi pendekatan ini, kerajaan Pakatan berupaya membuktikan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam mengadakan pilihan raya yang adil dan bersih.

Tambahnya, kerajaan negeri juga akan menganjurkan program mengenali pengundi supaya rakyat dapat mengenalpasti kawasan mengundi masing-masing menjelang pilihan raya nanti.

"Setiap ketua kampung dan pemimpin masyarakat diminta untuk menyemak pengundi supaya kita benar-benar kenal mereka dan tunjukkan kawasan yang betul semasa mengundi.

"Sebelum ini, terdapat pengundi yang dipindahkan ke kawasan lain tanpa pengetahuannya. Kita tidak mahu perkara itu berulang lagi," jelasnya.

Kelmarin, kerajaan negeri mengumumkan sedia bekerjasama dengan pihak SPR dalam usaha membersihkan daftar pemilih menerusi Kempen "Selangorku Bersih".

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Selangor selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi SPR, Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.

Dalam pertemuan itu, Abdul Khalid turut memaklumkan kepada SPR berhubung usaha-usaha yang dilakukan kerajaan Selangor bagi menguatkan demokrasi di negeri ini.

Sehubungan itu, kerajaan negeri memperuntukkan RM 5 juta untuk Program Pendemokrasian di bawah Geran Selangorku sebagai inisiatif khusus bagi membolehkan semua pihak tanpa mengira parti politik membuat bantahan jika terdapat mana-mana pengundi yang meragukan.


Sumber: Selangorku.com

Masih Ramai Tidak Mendaftar Bagi Program MES

Posted: 21 Apr 2012 01:30 AM PDT

KLANG, 21 APR : Kerajaan Selangor menyarankan setiap rakyat di negeri ini yang masih belum berdaftar di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) untuk segera mengambil bahagian bagi membolehkan mereka menikmati hasil negeri.

Saranan itu dinyatakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berkata masih ramai lagi rakyat Selangor yang tidak berdaftar untuk program-program seperti Tabung Warisan Anak Selangor, Jom Shopping dan Khairat Kematian.

Menurut Abdul Khalid, hasil pembangunan yang dikecapi melalui pentadbiran telus pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) sejak 2008 perlu dinikmati dan dirasai oleh setiap masyarakat.

Beliau berkata, setakat ini juga kerajaan negeri telah membelanjakan lebih RM600 juta untuk program kebajikan, di mana wang ini diberi terus kepada rakyat tanpa melalui orang tengah.

"Kerajaan negeri berbelanja banyak kepada rakyat dan kita juga simpan banyak (simpanan tunai) untuk rakyat.

"Ini hak rakyat Selangor yang mesti dijaga sebaiknya. Kita tunjukkan bahawa hasil simpanan negeri ini dikembalikan semula kepada rakyat. Kita tidak berhutang untuk beri kebajikan kepada rakyat.

"Kita harus jaga duit rakyat dengan beramanah supaya tidak disalahgunakan selain berjaga-jaga dalam penggunaan wang rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Program Karnival Rakyat Parlimen Kota Raja di Padang Besar Jalan Hulubalang, Taman Sentosa di sini hari ini.

Karnival yang julung kalinya dianjurkan di Klang itu merupakan kesinambungan daripada Karnival Terima Kasih Rakyat di Kuala Selangor, 25 Mac lalu dan turut disertai MP Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.

Karnival yang berlangsung selama dua hari ini menganjurkan pelbagai aktiviti menarik antaranya, permainan go-kart, pameran keselamatan jalan raya dan pendaftaran program kesihatan.

Sementara itu, Abdul Khalid dalam ucapannya turut menyelar sikap pilih bulu kerajaan Umno-BN dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat terutama berkaitan isu banjir.

Beliau berkata, tindakan itu sama sekali tidak wajar, malah berbeza daripada pendekatan yang diamalkan kerajaan Selangor dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

"Ada kalanya kerajaan persekutuan mengamalkan sikap piluh bulu terutama kepada negeri-negeri PR. Kadangkala, mereka mengambil masa lama untuk meneliti permohonan bantuan kepada negeri-negeri di bawah pentadbiran PR berbanding negeri-negeri di bawah pemerintahan Umno-BN.

Tetapi di Selangor, rakyat tidak perlu menunggu lama untuk menerima bantuan.

"Saya harap rakyat yang layak segera mengambil sumbangan ini. Polisi kerajaan PR ialah, kita menyegerakan bantuan tanpa perlu menunggu lama. Kalau lambat bayar, maknanya kita lemah dari sudut pentadbiran," ujarnya.


Sumber: Selangorku

Pakatan Tunaikan Manifesto 2008, Tambah Kebajikan Rakyat

Posted: 21 Apr 2012 01:00 AM PDT

Sebagai pengenalan, teks ini dihasilkan dan disebarkan  untuk menafikan tohmahan kalangan pemimpin Umno–BN semasa bercakap dalam setiap perhimpunan bersama rakyat di negeri Selangor khususnya. Mereka sepatutnya lebih berhemah dan bersopan apabila berucap di hadapan rakyat Selangor yang rata-rata lebih bermaklumat, bijak dan matang untuk menerima atau menolak antara ucapan yang dipenuhi fakta yang benar dengan ucapan merapu dan dipenuhi fitnah serta rasa dengki kesumat. Semoga penyebaran teks yang ringkas tetapi dipenuhi fakta dan angka ini kepada semua pihak, dapat segera menjawab segala tohmahan dan kebohongan kalangan pemimpin Umno-BN yang mengatakan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor  gagal menunaikan janji-janji dalam Manifesto Pilihan Raya Ke-12 lalu.
Tujuan manifesto dirangka pada setiap Pilihan Raya Umum ( PRU ) adalah untuk memberi gambaran kepada rakyat apakah model pentadbiran yang akan dilaksanakan oleh sesebuah parti politik atau gabungan parti-parti politik jika mereka diberi mandat memerintah. Manifesto merupakan iltizam pemimpin dan kepemimpinannya mentadbir negeri jika berjaya membentuk kerajaan. Dalam bahasa mudah manifesto adalah janji-janji pilihan raya.
 Walau apapun yang terdapat  dalam manifesto, setiap parti politik yang bertanding  dalam PRU, rata-rata rakyat mahukan sebuah kerajaan yang mengamalkan amalan bersih, tidak rasuah dan berhemat berbelanja. Hanya program yang memberi kepentingan rakyat akan menjadikan bayaran cukai yang mereka bayar, mempunyai nilai sebenar. Sebuah kerajaan yang baik pula ialah kerajaan yang berjaya mengutip cukai dengan efisien dan menggunakan cukai tersebut untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat termasuk meningkatkan tahap ekonomi negeri agar pembangunan dapat dilakukan.
Begitulah yang ditekankan PR apabila menerajui negeri Selangor pada 2008. Pertumbuhan ekonomi negeri menjadi tumpuan agar semua janji  dalam Manifesto dapat dilaksanakan sebaik mungkin dan hasil pembangunan negeri dapat dirasai oleh setiap rakyat negeri ini.
Draf di bawah adalah data yang menunjukkan pencapaian ekonomi negeri Selangor semenjak 2008.
Setelah meletakkan kedudukan kewangan negeri dalam keadaan yang kukuh maka barulah janji-janji manifesto dapat direalisasikan kerajaan. Saya galurkan di sini 23 janji utama Pakatan Rakyat (PR) ketika PRU12 yang lalu yang kebanyakan daripadanya berjaya dilaksanakan.
Selama empat tahun memerintah Selangor, dengan tema Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan Kerajaan PR telah melaksanakan hampir semua janji dalam Manifesto PRU 2008. Memandangkan Selangor adalah nadi pembangunan dan pemacu utama ekonomi Negara atau lebih tepat lagi penyumbang 23% kepada KDNK negara maka rakyat Selangor berhak mendapat bahagian yang besar dari kemajuan negeri dan Negara.
Justeru itu, Kerajaan PR telah melakar pembangunan negeri melalui program yang memberi kesan langsung kepada kebajikan rakyat di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan tidak hanya tertakluk pada Manifesto 2008. Di bawah adalah data yang menunjukkan janji dan perlaksanaan oleh kerajaan PR di bawah MES;
Program MES telah dilebarkan menerusi program-program Hasil Negeri Untuk Rakyat kerana menyedari bahawa sekian lamanya hasil negeri terkaya ini dikutip namun pengagihannya tidak menitikberatkan kebajikan rakyat marhaen; hanya berlegar dalam kalangan pemimpin dan suku sakat mereka. Pelbagai program telah dilaksanakan di bawah Hasil Negeri Untuk Rakyat ini, antaranya;
  • Jom shopping bagi warga emas,
  • Pembiayaan pendidikan kepada warga kerja Selangor yang mahu melanjutkan pelajaran.
  • Program Pendidikan – SPIES, GEMS, Tuisyen Rakyat
  • Skim Perumahan Pekerja Ladang
  • Bantuan pengurusan bangunan, lif & pusat komuniti
  • Bonus Selangorku- Jom Shopping anak YAWAS yang berusia 4 tahun (lahir 2008)
Selama empat tahun mengamalkan pentadbiran reformasi; bersih telus dan berhemah PR telah berjaya mengutip hasil negeri tanpa berlaku ketirisan. Menyedari bahawa selama 50 tahun pentadbiran terdahulu; tanpa adanya proses semak dan imbang yang berkesan, pastinya terlalu banyak kepincangan dan ketirisan yang berlaku. Justeru, kehadiran PR tepat pada masanya. Ini terbukti apabila banyak lubang ketirisan berjaya dibendung. Hutang lapuk syarikat kroni yang mencecah hampir RM400juta dan berusia sedekad lamanya telah berjaya dikesan dan dikutip. Sejumlah wang yang mengikut kelaziman pemerintah terdahulu akan masuk ke dalam poket pemimpin, kini berjaya disalurkan semula kepada rakyat melalui Geran Selangorku. Satu dana besar berupa bonus kepada rakyat Selangor.
Terdapat 17 program yang telah dirancang dan sebahagian besarnya sedang berjalan lancar. 17 program tersebut menyentuh setiap segmen rakyat di Selangor; golongan pekerja, belia, wanita, warga emas, anak kecil, OKU, di bandar mahupun di desa. Bonus RM300 juta ini merupakan julung-julung kali diterima rakyat negeri ini melalui program berikut;
Melihat kepada program-program MES, Hasil Negeri Untuk Rakyat dan Geran Selangorku di atas rakyat dapat melihat meskipun ada di antara Manifesto 2008 yang belum dilaksanakan antaranya penurunan cukai pintu, pemberian wang masuk tadika dan wang saku suri rumah, namun program-program tambahan yang dilaksanakan jauh lebih memberi manfaat kepada rakyat. Umpamanya program Pemerkasaan Wanita berjumlah RM30 juta bakal menyediakan prasarana dan peluang yang jauh lebih cerah kepada golongan wanita dan suri rumah.
Begitu juga dengan Program Daripada Pejabat Kepada Rakyat dengan peruntukan sejumlah RM20 juta di bawah Geran Selangorku, adalah satu projek penyediaan data digital geran-geran tanah di seluruh Selangor dengan tujuan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat bagi jangka panjang. Rakyat tidak perlu lagi mengunjungi pejabat tanah untuk berurusan kerana semua urusan boleh dilakukan melalui teknologi internet. Secara langsung program ini dapat mengurangi kos yang ditanggung rakyat. Projek ini merupakan projek pertama yang pernah diadakan di Asia.
Jika mahu dibongkar dan diungkit perkara yang dilakukan pemerintah terdahulu maka terlalu banyak yang boleh diperkatakan. Namun kerajaan PR mengambil pendekatan bahawa rakyat Selangor sesungguhnya maklum perkara tersebut  lantas rakyat memilih untuk menolak mereka pada PRU yang lalu. Justeru itu, PR tidak menoleh ke belakang dengan menonjolkan perlakuan mereka sejak 50 tahun lalu. Sebaliknya PR melaksanakan pentadbiran maju ke hadapan dengan melakukan perubahan dan reformasi pada setiap segmen pentadbiran; politik, ekonomi dan sosial.
Puluhan program telah dilaksanakan hanya dalam tempoh 4 tahun memerintah. Selain menghalang kenaikan tarif air hingga mencecah 71%, PR berjaya memberikan air percuma 20 meter padu kepada setiap isi rumah sejak 2008 yang lalu. Usaha giat dijalankan untuk menyelamatkan air Selangor daripada terus diancam kroni pemerintah Persekutuan. Setelah PR memerintah, barulah rakyat Selangor mengetahui bahawa aset air negeri Selangor yang selama ini digunakan secara percuma oleh syarikat kroni, bernilai RM12 billion apabila Kerajaan Negeri melakukan audit besar-besaran terhadap aset-aset tersebut. Dengan penemuan nilai aset yang setinggi itu ia mampu menambah iltizam kita untuk terus mempertahankan air Selangor.
PR yakin dengan semua program kebajikan di atas, rakyat Selangor akan terus memberikan mandat kepada PR untuk memerintah negeri ini. Pentadbiran secara telus, bersih dan bebas rasuah adalah yang didambakan oleh rakyat. Konsep "Value For Money" yang diperkenalkan oleh pentadbiran PR kini benar-benar mendapat tempat di negeri termaju dan terkaya di Malaysia ini. Selangor adalah model terbaik jika PR diberi peluang oleh rakyat Malaysia untuk memerintah Putrajaya.
FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK
KEPADA MENTERI BESAR SELANGOR Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Anwar Ibrahim

Posted: 24 Apr 2012 07:42 PM PDT

Anwar Ibrahim


Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Wilayah Persekutuan

Posted: 24 Apr 2012 04:55 AM PDT

Jom Bersih 3.0

26 April 2012 (Khamis)

1)    7.00 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib

    Lokasi – Kediaman Dato' Seri Anwar Ibrahim – Bukit Segambut

2)    9.00 – 12.00 – Ceramah Perdana – Countdown Bersih 3.0

    Lokasi : Flat Sri Labuan, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur

       

    Penceramah:

i.                    YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii.                  YAB Tan Sri Khalid Ibrahim

iii.                YBhg Tan Sri Kadir Sheikh Fadir

iv.               YB Khalid Samad

v.                 YBhg Shamsul Iskandar Mohd Akin

Negara Bankrap Modal Baru BN

Posted: 23 Apr 2012 08:59 PM PDT

Sinar Harian

BANKRAP adalah satu modal baru Umno-BN untuk menakutkan rakyat supaya jangan pilih Pakatan Rakyat. Sebelumnya mereka menggunakan isu agama, bangsa dan raja. Oleh kerana ketiga-tiga isu ini sudah menjadi basi dan tidak laku kerana Umno mempunyai rekod yang buruk terhadap tiga perkara yang diperkatakan. Maka Umno mengalih pemikiran rakyat dengan menakutkan isu bankrap jika Pakatan Rakyat memerintah. Semua tawaran Pakatan Rakyat akan dilabelkan bankrap dengan harapan rakyat tidak beralih sokongan dan meninggalkan Umno.

Apabila Pakatan Rakyat menjanjikan untuk menghapuskan PTPTN, hapuskan tol, gaji minimum RM1,100.00, menurun harga minyak, mengekalkan subsidi. Maka terdapat suara-suara sumbang mengatakan negara akan bankrap, termasuklah dari kalangan pensyarah. Apa yang pelik semua yang dilakukan oleh kerajaan BN tidak berani ditegur walaupun memudaratkan ekonomi negara dan membankrapkan negara walaupun mengenepikan prinsip ketelusan.

Sebenarnya taktik pemimpin BN bermodalkan bankrap supaya rakyat lupa bahawa negara akan menjadi bankrap, kerana rekod pemerintahan Umno seperti barah di peringkat empat. Apa tidaknya, hutang negara 53 peratus, paras bahaya ialah 55 peratus. Hutang negara melonjak dari RM146 bilion pada tahun 2002, RM242 bilion (2006) dan RM456.1 bilion pada penghujung 2011. Wang Felda susut daripada RM4.08 bilion (2004) kepada RM1.35 bilion (2009). Saham Bumiputera RM52 bilion lesap, Stadium Terengganu berharga RM292 juta runtuh, walaupun hanya setahun dibina, upah Apco Yahudi Israel RM77 juta setahun, RM589 juta hutang bekas Pengerusi Eksekutif MAS Tan Sri Tajudin Ramli dihapus kira, projek NFC RM250 juta, Laporan Ketua Audit Negara 2008 menyatakan berlaku ketirisan RM28 bilion, laporan Ketua Audit Negara 2006 melaporkan Kementerian Pertahanan membayar kepada kontraktor sebanyak RM943.46 juta (hampir RM1 bilion) tanpa ada baucar.

Ini bukti bahawa negara akan bankrap jika BN terus berkuasa. Sedangkan tawaran PR untuk membantu rakyat dengan kita memerangi rasuah, perbelanjaan berhemah insya-Allah negara selamat, rakyat mendapat rahmat.

Idris Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat

MP: Tak Hadir ke Mahkamah Perancis Beri Kesan Buruk

Posted: 23 Apr 2012 08:54 PM PDT

Malaysiakini

Tindakan perdana menteri terus berdiam diri sama berhubung tanda tanya beliau akan muncul di mahkamah Perancis untuk inkuiri dalam kes pembelian Scorpene akan memberikan kesan buruk kepada kerajaan Malaysia, kata anggota parlimen DAP.

“Ia memberikan kesan buruk kepada PM, yang berjanji melakukan pembaharuan dan beriltizam ke arah melawan rasuah,” kata wakil rakyat Puchong Gobind Singh Deo melalui e-mel malam tadi.

“Sebagai PM, menjadi tanggungjawabnya untuk membersihkan segala perkara yang menjejaskan kerajaannya. Ia menjadi kemahuan seluruh rakyat Malaysia, terutamanya yang berada di peringkat antarabangsa.”

Wee Choo Keong

Posted: 24 Apr 2012 03:33 PM PDT

Wee Choo Keong


“Perompak-perompak Negara” – Part 1

Posted: 24 Apr 2012 04:59 AM PDT

Yours truly speech during the debate on Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 on 19-4-2012. Below is the verbatim report in the Hansard. 10.53 mlm. (19-4-2012) Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangkit untuk membahas rang undang-undang ini bernama Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Apa- apa yang disebut [...]

PKR PENGKALAN HULU

Posted: 24 Apr 2012 01:05 PM PDT

PKR PENGKALAN HULU


Rafizi Ramli: UMNO Akan Tipu Hapis-Hapisan, Kita Akan Lawan Tetap Lawan

Posted: 24 Apr 2012 06:01 AM PDT

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.

Posted: 24 Apr 2012 11:40 AM PDT

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.


PKR Healthcare Forum Tak Nak 1- Care . Why Pay More and Get less? Truth or Myth?

Posted: 24 Apr 2012 10:30 AM PDT

pkr- 1 care forum

The first ever healthcare public forum organized by PKR Sabah was officiated by PKR president – Dato Dr Wan Azizah Wan Ismail , in attendance was Yb Fuziah Salleh  MP fo Kuantan, Dr Ng Swee Choon – from Federation of Private Medical Practitioners Association of Malaysia (FPMPAM), Sdr Ahmad Thamrin – PKR SABAH Chairman on 22 Apr 2012 Sunday

Dr Roland Chia who is also PKR Supreme Council member cum PKR Sabah Secretary presented his paper on What the rakyat wants for healthcare highlighted the following :

Pakatan Rakyat, as underlined in our Buku Jingga, is committed to protecting healthcare as a right for all Malaysians. We believe that rather than implementing this new 1Care proposal, the government should increase the percentage of government expenditure for health over a span of a few years to leverage on the good basic health infrastructure available in the country.

The World Health Organization recommends that government expenditure for health as a percentage for GDP should be between 5 to 6 per cent. Malaysia's total health expenditure in 2008 was 4.8 per cent but government expenditure was only 2.2 per cent. In 2004, private health expenditure as a percentage for GDP overtook government health expenditure for the first time.  In addition the 2010 World Health Report on Health Systems Financing by WHO clearly states that 20 to 40 per cent of health expenditure is wasted due to inefficiency

PKR would look into the formation of a Health Service Commission that is committed to improve the quality of service, increase the remuneration of health personnel, guarantee appointments based on merit, ensure transparent procurement and re-examine privatised services in government hospitals.

Instead Pakatan Rakyat strongly oppose the 1 care healthcare because the government is mistaken if it thinks that the proposed 1Care healthcare policy will be the best way to overcome the challenges plaguing Malaysia's healthcare system. Under the proposal, the rakyat as well as both employers and the government are expected to contribute to a health financing scheme in which private and public healthcare providers will be integrated.

The proposal that approximately 10 per cent of workers' salaries would be contributed to the health financing scheme will further burden the rakyat. At present, they are stuck in the middle income trap of low wages and rising costs. This situation will be further exacerbated when the government introduces a goods and services tax soon. Combine this with the endemic corruption and leakages that plague government expenditure (including health) it should not surprise the government if the rakyat rise up in anger at the 1Care proposal.

The propose 10% contribution was highlighted in the Concept Paper produced by Ministry of Health – 1 Care for 1 Malaysia  Restructuring the Malaysian Health System which was produced way back in 11 August 2009.

We do not dispute that there are challenges under the present healthcare system in the country. There is a growing gap between government and private hospitals. There is a need to stem the tide of migration from government to private hospitals. Malaysians cannot continue to rely on out-of pocket treatments for their healthcare.

Yet there have been many restructuring attempts in the past where decisions taken without a proper and transparent consultation process ended with bigger problems for the rakyat. Our government hospitals have not been spared from the privatisation of essential services that have increased profits for select-few companies at the expense of the taxpayers and patients.

We call upon the government to be transparent regarding the stage at which 1Care is at the moment. There have been conflicting answers that do not increase the confidence of stakeholders in a major shake-up of the nation's healthcare system.

States governed by Pakatan Rakyat ie Selangor, Penang , Kedah & Kelantan have already proven that each year it has helped the rakyat save millions of ringgit through sand, land & timber royalty. Such huge saving proves that Pakatan Rakyat is able to help the rakyat to solves this public healthcare financing  woes when it forms the federal government.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 24 Apr 2012 11:27 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Hairan kereta tak lulus ujian

Posted: 23 Apr 2012 07:09 PM PDT



24 April 2012 SHAH ALAM – Seorang ahli perniagaan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di Seksyen 28 di sini apabila kereta Proton Wira miliknya didapati gagal melepasi pemeriksaan khas.

Ahli perniagaan itu, Mokthar Endan, 54, mendakwa, berdasarkan laporan Puspakom, kegagalan itu disebabkan nombor enjin kereta tersebut telah diketuk semula dan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan oleh syarikat pengeluar kenderaan tersebut.

Bagaimanapun, tegasnya, sejak kenderaan itu dibeli daripada seorang rakannya pada tahun lalu untuk kegunaan harian anaknya, dia tidak pernah mengetuk atau menukar enjin sehingga pemeriksaan Puspakom dijalankan semula, Khamis lalu.

"Ketika membeli kereta ini, saya juga telah melakukan pemeriksaan Puspakom untuk proses tukar hak milik dan hasil ujian adalah lulus pada enjin yang sama.

"Namun, hasil ujian kali ini amat mengecewakan, malah Puspakom tuduh saya mengetuk semula nombor enjin asal pada enjin baharu yang mungkin dicuri bagi menutup kesalahan dan semua tuduhan ini amat berat," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0424&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 24 Apr 2012 09:07 AM PDT

Tiada ulasan:

Pengikut