Pakatan Rakyat |
Posted: 15 Apr 2012 03:23 PM PDT | [Panas] ADUN PEMBANGKANG Curi Elektrik Posted: 15 Apr 2012 09:04 AM PDT P/s: Duit yang masuk poket belum tentu halal, elektrik pun tidak mahu bayar? HAMMMMMMPFRAAAAAKKK betul! | [Video-Wajib Tonton] Pihak Mana yang WAJIB Kita Undi dalam PRU? Ikuti Komen Ustaz Azhar Posted: 15 Apr 2012 06:52 AM PDT P/s: Ingat, undi anda bukan sahaja memberikan kesan kepada negara, malah memberikan kesan kepada hidup anda di dunia dan di akhirat! | Bunuh & Makan Mayat untuk Bersih Jiwa Posted: 15 Apr 2012 03:15 AM PDT [HM] PERNAMBUCO (Brazil): Seorang pakar karate dan dua wanita ditangkap kerana membunuh sekurang-kurangnya dua orang sebelum memakan daging mangsa untuk 'membersihkan jiwa.' Menurut polis, ketiga-tiga warga Brazil yang ditangkap di Pernambuco, timur laut negara itu, adalah anggota yang mempercayai fahaman 'menyucikan dunia.' Pakar karate, Jorge da Silveira, 51, ditangkap bersama-sama Isabel Pires, 51, dan Bruna da Silva, 25, kerana merancang membunuh tiga wanita setiap tahun. Seorang jurucakap polis berkata, rancangan mereka terbongkar apabila polis menemui buku 50 muka milik da Silveira yang mengandungi lukisan dan maklumat mengenai memakan daging manusia. Polis juga menemui dua mayat di laman rumah kumpulan terbabit. Mereka percaya mayat itu milik Alexandra Falcao, 20, dan Gisele da Silva, 30, yang dilapor hilang di kawasan itu baru-baru ini. Kedua-dua mangsa dilapor dilihat berhampiran rumah suspek sejurus sebelum hilang. Jiran membakar rumah terbabit, tempat mayat itu ditemui Khamis lalu, menurut laporan media Brazil. Pesuruhjaya Polis, Wesley Fernandes berkata, ketiga-tiga suspek merancang membunuh seorang lagi mangsa berhampiran bandar itu. Dia percaya suspek sudah membunuh lebih banyak mangsa. - Agensi | Lelaki Minta Bantuan Polis lepaskan Diri daripada Wanita Gila Seks Posted: 15 Apr 2012 02:02 AM PDT [HM] MUNICH: Seorang lelaki mendapat lebih daripada yang diimpikannya selepas berkenalan dengan seorang wanita empat tahun lebih tua daripadanya. Dia terpaksa melarikan diri ke balkoni sebelum meminta bantuan polis apabila wanita berkenaan enggan melepaskannya kerana mahu lebih banyak seks. Lelaki berusia 43 tahun itu berkenalan dengan wanita terbabit di sebuah bar di Munich, Isnin lalu. Menurut akhbar Internet Jerman, The Province, wanita itu membawanya pulang ke aparmentnya, tempat mereka mengadakan seks berulang kali. Tetapi apabila wanita itu mendesak untuk mengadakan lebih banyak seks, lelaki itu menolak. Jurucakap polis berkata, dia melayan kehendak wanita itu beberapa kali supaya dapat meninggalkan apartmen itu. "Tetapi apabila wanita itu mendesak lagi, lelaki itu melarikan diri ke balkoni dan menelefon polis untuk mendapatkan bantuan. "Lebih buruk lagi, apabila polis tiba, dia cuba menggoda mereka pula," kata jurucakap itu. Wanita berkenaan mungkin menghadapi tuduhan melakukan serangan seksual. - Agensi | Warga Emas Bunuh Isteri Kerana Tolak keinginan Seksnya Posted: 15 Apr 2012 01:15 AM PDT [HM] JAKARTA: Seorang lelaki berusia 70 tahun ditangkap kerana dituduh membunuh isterinya, 60, selepas wanita itu menolak untuk mengadakan hubungan kelamin. Ketua Polis Persanggrahan di Jakarta Selatan, Kompol Darmawan Situmorang, mayat wanita terbabit, Kartinah, ditemui berlumuran darah di rumah pasangan berkenaan. Menurutnya, polis melancarkan gerakan memburu lelaki itu, Soleh yang akhirnya ditemui di terminal bas di Kebayoran Lama. Dia dipercayai cuba melarikan diri ke kampung asalnya di Semarang, Jawa Tengah. "Selepas disoal siasat, Soleh akhirnya mengaku dia membunuh isterinya selepas mereka bertengkar," kata Darmawan. Pertengkaran meletus antara pasangan itu yang sudah puluhan tahun berkahwin selepas Kartinah menolak ajakan suaminya untuk mengadakan hubungan suami isteri. "Dia mengaku memukul isterinya dengan tukul berulang kali hingga Kartinah mati berlumpuran darah," kata Darmawan. Tukul berkenaan ditemui kira-kira 200 meter dari tempat kejadian. - Agensi | Motif Penyanyi Rap Dibelasah Didedahkan Posted: 15 Apr 2012 12:30 AM PDT [Kosmo] KUALA LUMPUR – Seorang penyanyi dan pemuzik hip hop, Mikael Adam Mohd. Rafie Michel, 23, yang dilapor cedera selepas dibelasah di luar kompleks beli-belah di Jalan Bukit Bintang kelmarin dipercayai kerana cemburu. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamed Zulkarnain Abdul Rahman berkata, polis sudah mengambil keterangan beberapa saksi kejadian itu bagi membantu siasatan. "Berdasarkan siasatan awal, kita tidak menolak kemungkinan kejadian tersebut bermotifkan cemburu. "Kita juga sudah mengenal pasti suspek terlibat yang merupakan anak orang kenamaan," katanya ketika dihubungi di sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 3.50 pagi kelmarin, Mikael Adam yang berada di dalam keretanya bersama dua rakan didatangi suspek secara tiba-tiba sebelum menariknya keluar lalu ditumbuk sehingga terjatuh dan mukanya dipijak. Mohamed Zulkarnain berkata, tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan. P/s: Belum ada tangkapan, belum pun dibicarakan, polis sudah mendedahkan motif yang mungkin menjadi penyebab penyanyi dibelasah kerabat raja. Altantuya yang sudah bertahun-tahun dibunuh, namun pihak mahkamah masih tidak menyatakan motif pembunuhannya. Pelik! | Lelaki Cuba Berhelah Hantar Makanan Pukul 1.15 Pagi untuk Elak Dicekup Khalwat Posted: 14 Apr 2012 11:30 PM PDT [SH] LEDANG – "Kami tidak buat apa-apa dan saya datang ke sini hanya untuk hantar makanan," itu helah bapa kepada tiga anak ketika dicekup khalwat oleh Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL), kelmarin. Bagaimanapun helahnya tidak menjadi dan akhirnya ditahan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang untuk laporan tangkapan serta ke pejabat agama untuk siasatan lanjut. Lelaki berkenaan yang juga bertugas sebagai penjawat awam ditahan dalam serbuan pada jam kira-kira 1.15 pagi di rumah teman wanitanya di Tangkak. Manakala pasangannya berusia 28 tahun dan belum berkahwin dan mengakui baru berkenalan kira-kira setahun lalu. Menurut lelaki itu, dia datang ke rumah teman wanitanya untuk menghantar makanan dan jarang-jarang datang ke situ tetapi tidak bernasib baik apabila dicekup khalwat oleh penguat kuasa. Sementara itu, Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, tangkapan tersebut dijalankan berdasarkan aduan orang awam. Menurutnya, ekoran itu sepasukan anggota penguat kuasa membuat pemantauan dan memeriksa di rumah terbabit sebelum membuat serbuan. "Selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang lengkap berpakaian membuka pintu. "PPADL terpaksa menunggu hampir 15 minit sebelum lelaki berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan. "Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita memakai baju-T dan berseluar pendek bersembunyi dalam bilik tingkat atas rumah," katanya kepada Sinar Harian. Menurutnya, pasangan itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri. Jelas beliau, mereka ditahan sementara dijamin oleh keluarga masing-masing. Katanya lagi, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. | Budak Ting 1 Maut Ditikam Pendatang Indonesia di Pasar Malam Negara Paling Selamat di Asia Tenggara Posted: 14 Apr 2012 10:45 PM PDT [BERNAMA] KUALA LUMPUR - Kunjungan seorang remaja perempuan ke pasar malam Wira Damai di Gombak dekat sini malam ini, berkesudahan dengan kematian apabila dia menjadi mangsa serangan seorang lelaki dipercayai warga Indonesia. Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, Noor Fathanah Misnawi, pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas, Batu Caves meninggal dunia di sebuah klinik swasta selepas cedera pada rusuk kanan akibat terkena tikaman senjata tajam suspek yang sedang mengejar seorang lelaki Indonesia lain. Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek kemudian dapat menikam Mohammad Hasir, 30, sebelum dia melarikan diri dari tempat "Terdapat lima kesan tikaman pada tubuh Mohamad Hasir termasuk di leher, bahu kiri, dada kiri dan perut menyebabkan kecederaan parah. Dia mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Selayang," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernama malam ini. Abdul Rahim meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil memberi maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak. Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. | Akibat Gagal Kawal Berahi, Mat Bangla Gigit Wanita Sampai Berdarah Posted: 14 Apr 2012 09:41 PM PDT [SH] MAK MANDIN - Gara-gara tidak dapat mengawal nafsu terhadap wanita yang diminati, seorang warga Bangladesh melepaskan geram dengan menggigit bibir mangsa hingga berdarah dalam satu kejadian mencabul awal pagi, kelmarin. Namun, Muhiduzzan Moshed, 22, ditahan selepas mangsa membuat laporan polis. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioener Zulkifli Alias yang dihubungi berkata, mangsa seorang kerani pengeluaran dan bertugas berseorangan di dalam pejabat ketika kejadian itu berlaku. "Sekitar jam 12.08 pagi kelmarin, suspek memasuki pejabat kilang berkenaan dan menyerahkan borang pengeluaran untuk disemak oleh mangsa. Tiba-tiba suspek bertindak memegang tangan mangsa membuatkan dia terkejut," katanya. Zulkifli berkata, suspek kemudiannya menarik tangan mangsa dan memeluknya dari belakang dan dalam masa sama, bertindak agresif cuba mencium mulutnya. "Mangsa dikatakan cuba menolak suspek dan memaklumkan bibirnya terdapat ulser, namun suspek tidak menghiraukan sebaliknya terus bertindak rakus. Disebabkan terlalu ghairah, suspek dikatakan menggigit bibir mangsa hingga berdarah. Selepas kejadian itu, mangsa membuat laporan kepada penyelianya sebelum membuat laporan di Balai Polis Mak Mandin kemudiannya," katanya. Selepas kejadian, mangsa dibawa mendapatkan rawatan di sebuah hospital, kerana mengalami pendarahan yang agak teruk di bahagian bibir. Zulkifli berkata, suspek dikatakan meminati kerani pengeluaran wanita itu sejak mula masuk bekerja di kilang itu hampir dua tahun lalu, namun mangsa tidak pernah memberi sebarang reaksi. Mangsa yang ditemui bagaimanapun enggan mendedahkan identiti dan membenarkan kesan kecederaan di bibirnya dirakam, kerana malu dengan kejadian itu. Suspek ditahan pagi semalam di tempat kerjanya sebelum direman selama 14 hari untuk disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. | Posted: 14 Apr 2012 08:24 PM PDT P/s: TM tidak mahu melulu. Surat ini boleh jadi hasil rekayasa. Namun jika benar, hamprak dan terdesak sungguh Regim BN. Daripada duit negara, sampailah duit masjid disalah guna untuk kepentingan BN. Hamprak sungguh! |
Posted: 15 Apr 2012 03:04 PM PDT TEMERLOH: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob (gambar kiri) bertindak kurang ajar terhadap seorang penduduk yang mengemukakan persoalan berkaitan sijil layak menduduki rumah (CF). L Ramasamy yang menghuni rumah pangsa kos rendah di Taman Sri Kemuning selama 22 tahun berkata kejadian itu berlaku dua minggu lalu. "MB memang bersikap kurang ajar. Kami tidak tahu harga rumah pangsa kos rendah. "Pada peringkat awal MBSB (Malaysia Building Society Bhd) dakwa harga rumah adalah RM18,000, kemudian kata RM25,000," kata beliau. Isu CF Justeru itu, dalam perjumpaan melibatkan 200 penduduk, MBSB dan Adnan, Ramasamy bertanya mengenai CF. Pertemuan di dewan Pejabat RELA bertujuan untuk menyelesaikan masalah perumahan khususnya berhubung bayaran kepada MBSB dan harga rumah. Dalam ucapannya, Adnan berulangkali meminta penduduk membuat bayaran kos perumahan tanpa menyebut harganya. "Selepas ucapan MB ada sesi dialog dan soal jawab lalu saya bertanya sama ada CF sudah diperolehi. "Selama 22 tahun isu CF belum selesai dan bagaimana mahu bayar jika CF tidak ada? Bayar dulu "MB jawab bayar dulu duit rumah dan kemudian bincang tentang CF. "Saya tanya lagi sebenarnya CF lulus atau tidak dan MB menjawab isu CF tidak timbul kerana yang lebih penting ialah bayaran perlu dibuat. "Saya tak puas hati dengan jawapan MB kerana lebih 22 tahun CF perumahan kami tak dapat tetapi saya terus diam dan ambil keputusan untuk balik sahaja. Apabila Ramasamy keluar, MB bertindak memanggilnya masuk kembali dengan menggunakan alat pembesar suara. "Dengan kasar dan bersuara kuat menggunakan pembesar suara MB bertempik: Awak orang PKR, pergilah minta (rumah) dengan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim." MB marah "Saya jawab kenapa cakap macam itu sebab Pahang di bawah perintah BN bukannya PKR, bukannya tanggungjawab Anwar tetapi MB dan kalau Anwar mesti tolong orang susah," kata Ramasamy. MB marah lalu merapatkan pembesar suara kepada Ramasamy (gambar kanan) sambil bertanya dengan suara kasar sebab Ramasamy menjadi ahli PKR. "Saya jawab 21 tahun saya sokong BN tetapi saya tak dapat apa-apa. "Saya beritahu, BN tak tolong orang susah dan masyarakat India makin tertindas sebab itu saya masuk PKR… kerana saya sayangkan negeri saya. "Saya anak jati Pahang tetapi satu inci tanah pun saya tak ada," ceritanya. Dipujuk keluar PKR Ramasamy ialah seorang ahli jawatan kuasa cabang PKR Temerloh. Ramasamy mendakwa bahawa exco negeri dan ketua bahagian Umno Temerloh Datuk Sharkar Shamsudin kemudian berjumpa dengannya. "Sharkar pujuk saya keluar PKR dengan janji untuk tolong saya selesaikan masalah perumahan ini dan akan bawa saya jumpa MB," kata Ramasamy yang menolak tawaran tersebut. Ramasamy turut menyelar tindakan Adnan yang dianggap tidak profesional. "Sepatutnya MB selesaikan masalah rakyat bukannya marah-marah dan cakap merapu. Saya juga kesal dengan perangai MB yang merapu dan langsung tidak profesional seperti itu." Ini bukan kes pertama di mana Adnan melepaskan rasa marah di khayalak umum. Pada bulan lepas, dua wartawan diherdik Adnan. Sebuah NGO yang bernama Tukar turut ditubuhkan rakyat yang mahu Adnan disarakan dari persada politik ekoran tindakannya yang memarahi rakyat di khayalak ramai. Sumber: Freemalaysiatoday.com |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan